Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Hai nampaknya Emma Maembong mungkin tak serik-serik lagi menimbulkan masalah kepada orang yang berurusan dengannya.
Jika sebelum ini,
namanya tercalit kontroversi berikutan Emma membatalkan kontrak selepas
beberapa bulan berbincang dengan seorang pengusaha produk kesihatan dan
kecantikan.
Disebabkan tindakan tidak profesionalnya itu, pengusaha itu
dilaporkan telah mengalami kerugian dalam berpuluh ribu ringgit jugalah!
Terbaru, Emma dikatakan buat hal dengan sebuah syarikat produksi di mana dia memegang watak utama dalam rangkaian drama bersiri yang kini sedangn hangat ditayangkan di kaca televisyen.
Menurut laporan Bi-Pop, pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) minggu
lalu, Emma sepatutnya terikat dengan babak penggambarannya tetapi
disebabkan dia mengatakan terlibat dalam persembahan di AJL, pihak
produksi terpaksa juga melepaskannya untuk menghadiri majlis itu.
Tapi tup tup orang produksi tu dapat tahu dia sebenarnya tidak
terlibat langsung dengan persembahan para artis pada malam itu,
sebaliknya hanya hadir sebagai rakan artis untuk memeriahkan acara.
Kelibat Emma juga sempat dishot kamera AJL di mana dia hadir bersama teman tapi mesranya, Zizan Razak.
Hai dik, kalau nak nama bertahan lama dalam industri, pandai-pandailah jaga displin agar semua pihak senang berurusan jika berurusan dengan awak.
[Wow] - Kisah Artis

India – Seorang ibu muda dan bayi
perempuannya meninggal dunia dalam keadaan tragik apabila suaminya
mencurahkan minyak tanah ke badan mereka hanya kerana wanita itu
melahirkan seorang anak perempuan.
Ibu malang itu, Annu Devi, 22, sedang menyusukan bayinya apabila Gunjan Masat melakukan perbuatan tidak berperi kemanusiaan itu.
Lebih malang, selepas membakar dua
beranak itu, Gunjan meletakkan kedua-duanya yang dalam keadaan
nyawa-nyawa ikan di luar rumah berhampiran tempat pembakaran kayu, untuk
menjadikan kejadian itu sebagai kemalangan.
Kedua-duanya ditemui oleh jirannya mereka pada keesokannya dan masih hidup meskipun 90 peratus badan mereka terbakar.
Mereka bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Polis sudah menahan Gunjan manakala abangnya melarikan diri.
Sementara itu, bapa Anny, Raghuna Rana
berkata, pasangan itu bahagia pada awal perkahwinan mereka namun keadaan
berubah selepas Annu melahirkan anak perempuan.
“Sejak itu mereka mula menyiksa anak saya hingga ke peringkat membunuhnya,’’ katanya.
Selain itu, Raghuna berkata, keluarga besannya juga menuntut wang hantaran berupa televisyen dan motosikal.
“Saya sudah memberikan tanah seluas 1.6 hektar kepada mereka, kini mereka menuntut lagi,’’ katanya.
Global

Walaupun sudah hampir sebulan setengah usia perkahwinannya, nama
Linda Onn dan suaminya, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 34, tidak
habis-habis diperkatakan berikutan mereka dikatakan menghalang pihak
media daripada membuat liputan pada hari bahagia mereka pada 27 Disember
lalu.
Mengulas mengenai perkara itu, Linda atau nama sebenarnya, Rozlindah
Onn mengatakan dia sangat menghormati permintaan suaminya yang mahukan
majlis mereka diadakan dalam acara penuh tertutup dan hanya dihadiri
sanak saudara yang rapat dengan mereka sahaja.
“Suami saya seorang yang sukakan privasi, jadi sebagai isteri saya hormati permintaannya.
“Saya tidak mahu lagi memberikan sebarang komen mengenai perkara ini.
Pertama kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Kedua, bila kita
melalui alam perkahwinan, kita mahu segala yang berlaku indah dan
positif,” ujarnya memetik laporan Sinar Harian.
Dalam pada itu, baru-baru ini, Linda baru sahaja selesai mengadakan
majlis resepsi untuk teman-teman rapatnya termasuk pihak media yang
berlangsung di sebuah restoran di Ampang.
“Pada majlis tersebut, hanya 100 sahabat saya dijemput dan 100 lagi sahabat suami serta kaum keluarga sahaja,” ujarnya lagi.
Linda juga menambah, dia tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ini.
[Wow] - Kisah Artis

Isu artis berhijab kembali ke imej seksi selepas beberapa bulan atau tahun bertudung liput bukan perkara baru dalam industri hiburan tempatan.
Sebelum ini, pelakon kelahiran Singapura, Hetty Sarlene pernah mencetuskan kontroversi apabila tiba-tiba memuatnaik gambar-gambar menjolok di akaun Instagram miliknya sedangkan beliau ketika itu memang diketahui umum sudah berhijrah pada pertengahan tahun lalu.
Itu kes lama yang berlaku kira-kira dua minggu lalu. Kini, isu terbaru yang menjadi bahan cerita wartawan Harian Metro ialah Wan Nor Azlin. Penampilan pelakon itu didakwa sudah mula berubah apabila tampil dengan kain labuh yang semakin singkat manakala tudungnya sudah melayang.
Mari ikuti lebih lanjut luahan hati seorang wartawan Harian Metro dikenali Sha di bawah. Pada admin, mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa pelakon itu tampil sedikit seksi dan membuka tudung.

[Wow] - Kisah Artis

KUANTAN- Tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang meletakkan tiga
kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran
kira-kira 10 sentimeter di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong,
baru-baru ini, berkemungkinan didalangi orang dalam.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas
berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh
digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak
dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau
mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.
Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan
berbentuk penyangkut baju disedari apabila seorang kakitangan wanita
hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.
“Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan
tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala
orang awam tidak dibenarkan.
“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci
dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak
kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya, ketika dihubungi di sini,
semalam.
Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga
kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran
kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus
mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan
hangat di laman sosial.
Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau
jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat
naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun
Facebooknya. – Harian Metro
Isu Panas

NIAT memang baik, mahu membantu rakan yang ketika itu dalam keadaan susah.
Tapi yang tak disangkanya, disebabkan menolong rakannya itu, kini
nama Hana telah disenaraikan sebagai muflis berikutan Watie Elite tidak
menyelesaikan hutang keretanya.
Hana atau nama sebenarnya, Norhanasafiza Mat Adnan menceritakan,
lapan tahun lalu, dia telah bersetuju meminjamkan namanya kepada Watie
demi membolehkan sahabatnya itu membeli kereta.
“Sampai hati dia lepas tangan, walhal ketika susah dulu dia merayu
supaya saya membantunya. Ketika itu saya baru pulang ke tanah air dan tumpang bersedih melihat keadaannya digantung tidak bertali.
“Saya bersetuju buat pinjaman dan bayarkan duit pendahuluan kereta
berserta insurans dan cukai jalan sebanyak hampir RM10,000 tetapi dia
mesti bayar setiap bulan kepada bank kerana itu keretanya.
“Tak sangka pula dia tidak penuhi janjinya dan saya tak tahu di mana
kereta itu sekarang. Menurut pihak bank, tiada bayaran dibuat sejak 2008
dan sebelum itu pun bayar tak konsisten,” katanya memetik laporan Metro
Ahad, hari ini.
Disebabkan namanya sudah diisytiharkan bankrap, Hana nekad
membawa perkara ini ke muka pengadilan demi membersihkan kembali
namanya.
Hai, tak baiklah macam tu, kawan itu beriya tolong ketika awak dalam keadaan terdesak, alih-alih ini pula jadi kat dia.
Janganlah jadi kawan makan kawan pula kan..
Harapnya kes mereka ini dapat diselesaikan secara baik kerana sayanglah kawan dah lama,
tup-tup hubungan jadi renggang disebabkan masalah yang sepatutnya tak
timbul sekiranya Watie konsisten membayar hutang keretanya itu.
[Wow] - Kisah Artis

ALOR SETAR: Seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba merogol seorang
wanita berusia 50 tahun cedera di kaki kanan akibat ditetak oleh suami
mangsa dalam kejadian di Kampung Teluk Wanjah di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, suspek berusia 40
tahun itu dipercayai tiba-tiba masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu
hadapan dan merentap pakaian serta cuba merogol mangsa.
Mangsa cuba mempertahankan dirinya dan menjerit meminta pertolongan
suaminya berusia 62 tahun yang ketika itu sedang mengupas buah kelapa di
belakang rumah.
Suami wanita itu yang meluru masuk ke dalam rumah untuk membantunya terpaksa bergelut dengan lelaki itu dan suspek bertindak kasar dengan menumbuk bahagian dada suami wanita itu sehingga terjatuh.
Suami wanita itu yang meluru masuk ke dalam rumah untuk membantunya terpaksa bergelut dengan lelaki itu dan suspek bertindak kasar dengan menumbuk bahagian dada suami wanita itu sehingga terjatuh.
Kerika pergelutan suami mangsa menetak lelaki itu pada bahagian kaki kanan dengan menggunakan parang yang digunakan untuk mengupas kelapa.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan sebagai cubaan merogol dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan.
Wanita berkenaan ketika ditemui di rumahnya hari ini berkata lelaki Bangladesh itu yang bekerja sebagai buruh binaan menyewa rumah berdekatan dengan rumah mereka sejak dua tahun lalu.
Katanya, ketika kejadian lelaki itu dikatakan berkeliaran di luar rumah dan keluar masuk rumah sewanya (lelaki itu) sebelum bertindak demikian.
Lelaki tersebut bertindak sedemikian selepas tiada orang di sekeliling rumah.
Suspek yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Bernama
Isu Semasa

Kota Bharu: Seorang remaja berusia 13 tahun bukan saja dilanggar
malah turut digilis kenderaan sama sebelum pemandunya dipercayai
melarikan diri dalam kejadian menyayat hati berhampiran rumah neneknya
dekat Kampung Panchor, Jalan Kemumin, di sini, jam 10 malam kelmarin.
Lebih menyedihkan, kejadian itu turut disaksikan oleh sepupunya,
Nor Suhadah Fauzi, 17, yang sebelum itu bersama mangsa, Muhammad Arif
Salleh berjalan kaki untuk membeli kad prabayar di sebuah kedai terletak
kira-kira 15 meter dari rumah nenek mereka.
Nor Suhadah berkata, mereka berdua keluar rumah pada jam 9.46 malam
untuk ke kedai memandangkan mangsa mahu menggunakan perkhidmatan
Internet.
Katanya, mereka berdua hanya berjalan kaki di bahu jalan dan dia sempat memimpin tangan mangsa namun dilepaskan ketika dalam perjalanan ke kedai itu.
Katanya, mereka berdua hanya berjalan kaki di bahu jalan dan dia sempat memimpin tangan mangsa namun dilepaskan ketika dalam perjalanan ke kedai itu.
“Mula-mula saya pimpin tangan dia tetapi dia lepas dan berjalan di depan.
[Wow] - Berita Tempatan

Sejak April tahun lalu, Tira terpaksa ‘menghuni’ wad Unit Rawatan
Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini
selepas doktor mengesan jangkitan pada paru-parunya. Hancur hati saya
apabila dimaklumkan sebahagian paru-parunya rosak.”
Begitulah rintihan Ana Ali yang terpaksa menerima hakikat anak
sulungnya Nur Aini Satirah Sari, 3, cacat seumur hidup angkara dirempuh
sebuah kereta mewah Porsche Cayenne dari arah belakang di Kilometer
185.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran, dua tahun lalu.
Ana, 30, berkata, hampir kering air matanya meratapi nasib Nur Aini
atau Tira selepas dimaklumkan anaknya lumpuh dari bahagian pinggang ke
bawah, malah terpaksa membesar di hospital akibat perbuatan pelesit
lebuh raya.
Dia juga terkilan kerana pemandu kereta itu memecut laju kenderaannya meninggalkan mereka tiga beranak bergelimpangan di atas jalan dan menahan sakit sebelum dibantu pengguna lebuh raya lain.
Dia juga terkilan kerana pemandu kereta itu memecut laju kenderaannya meninggalkan mereka tiga beranak bergelimpangan di atas jalan dan menahan sakit sebelum dibantu pengguna lebuh raya lain.
Ana berkata, sejak kejadian itu Tira koma tiga bulan di HTAA dan kerap
mengalami demam serta merengek dan lebih menyedihkan, doktor
memaklumkan anak sulungnya lumpuh separuh badan kerana masalah pada
tulang belakang.
Isu Semasa

Tokyo: Seorang anggota polis berpangkat sarjan meletak jawatan
selepas ditahan kerana memaksa orang bawahannya memakan sehingga 15
burger sebagai cara untuk mendisiplinkan mereka.
Sarjan di bahagian trafik yang berusia 40 tahun itu meletak jawatan dari jabatan polis di Osaka, barat Jepun minggu lalu.
Akhbar Yomiuri Shimbun berkata, dia berulang kali mengarahkan empat orang bawahannya, memakan 15 burger, 15 donat, empat cawan besar mi segera atau tiga hingga empat liter kopi susu.
“Selepas mendapati orang bawahannya tidak bekerja secukupnya, saya
bertindak mendisiplinkan mereka,” kata sarjan berkenaan kepada
penyiasat.
Orang bawahannya yang berusia 20-an dan 30-an yang ditugaskan di dua pos polis komuniti dipaksa makan makanan itu apabila sarjan itu melawat mereka. - AFP
Global

San Juan: Beratus-ratus peminat petinju Puerto Rico Christopher
Rivera Amaro, 23, yang mati dibunuh mengunjungi upacara penghormatan
terakhir untuknya kelmarin.
Mayat Amaro yang lengkap dengan sut tinju berhud kuning, berkaca mata
hitam dan sarung tangan tinju disandarkan di tepi gelanggang palsu.
Dia kelihatan seperti sudah bersedia untuk berlawan di gelanggang yang
berlatar tirai merah putih, warna rasmi bendera negara itu.
Naib persiden rumah mayat Marin, Elsie Rodriguez berkata keluarga Amaro mahu upacara itu menonjolkan konsep sukan tinju dan pihaknya menyediakan gelanggang itu sebagai memenuhi permintaan mereka. Gelanggang tinju itu dibina di pusat komuniti di kompleks perumahan awam berhampiran San Juan. Menurut Rodriguez, pihaknya mengambil masa beberapa jam untuk mewujudkan suasana seperti di gelanggang tinju di situ. Sebelum ini, rumah mayat berkenaan pernah menunaikan permintaan yang seumpamanya bagi upacara sedemikian untuk beberapa keluarga ternama lain, termasuk mayat lelaki yang menunggang motosikal.
Selain itu, terdapat juga mayat seorang lelaki lain menghisap rokok.
Amaro yang mempunyai lima rekod kemenangan daripada 15 perlawanan
ialah petinju kelas 59 kilogram. Polis berkata, dia ditembak Ahad lalu
di Santurce. Amaro meninggalkan seorang balu, seorang anak lelaki dan
ibunya. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat. - Agensi
Global

Rome – Seorang lelaki yang
mengambil sekurang-kurangnya 15 kucing untuk dipelihara sepanjang tempoh
dua tahun lalu kini dituduh membunuh, memasak dan memakan haiwan itu.
Lelaki yang dikenali sebagai Francesco
F itu didakwa mengunjungi beberapa pusat perlindungan haiwan di wilayah
Brianza dan mengambil kucing hitam yang mempunyai beberapa ciri khusus,
menurut Lorenzo Croce, Presiden Persatuan Perlindungan Haiwan dan Alam Sekitar Itali.
“Kucing itu mesti sekitar tiga tahun dan agak gemuk,” katanya.
Selepas menerima beberapa laporan, pegawai mula mengesyaki lelaki itu terbabit dalam kumpulan pemujaan syaitan.
Francesco dikatakan ditangkap ketika hendak makan seekor kucing, lapor sebuah akhbar tempatan, Independent.
Penyiasat berkata, apabila disoal, lelaki itu kelihatan terkejut dan
bertanya sama ada membunuh dan memakan kucing satu kesalahan.
Memakan kucing bukan perbuatan pelik di Itali walaupun ia jarang berlaku. – Agensi
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments