Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Hai nampaknya Emma Maembong mungkin tak serik-serik lagi menimbulkan masalah kepada orang yang berurusan dengannya.

Jika sebelum ini, namanya tercalit kontroversi berikutan Emma membatalkan kontrak selepas beberapa bulan berbincang dengan seorang pengusaha produk kesihatan dan kecantikan.

Disebabkan tindakan tidak profesionalnya itu, pengusaha itu dilaporkan telah mengalami kerugian dalam berpuluh ribu ringgit jugalah!

Terbaru, Emma dikatakan buat hal dengan sebuah syarikat produksi di mana dia memegang watak utama dalam rangkaian drama bersiri yang kini sedangn hangat ditayangkan di kaca televisyen.

Menurut laporan Bi-Pop, pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) minggu lalu, Emma sepatutnya terikat dengan babak penggambarannya tetapi disebabkan dia mengatakan terlibat dalam persembahan di AJL, pihak produksi terpaksa juga melepaskannya untuk menghadiri majlis itu.

Tapi tup tup orang produksi tu dapat tahu dia sebenarnya tidak terlibat langsung dengan persembahan para artis pada malam itu, sebaliknya hanya hadir sebagai rakan artis untuk memeriahkan acara.

Kelibat Emma juga sempat dishot kamera AJL di mana dia hadir bersama teman tapi mesranya, Zizan Razak.

Hai dik, kalau nak nama bertahan lama dalam industri, pandai-pandailah jaga displin agar semua pihak senang berurusan jika berurusan dengan awak.


India – Seorang ibu muda dan bayi perempuannya meninggal dunia dalam keadaan tragik apabila suaminya mencurahkan minyak tanah ke badan mereka hanya kerana wanita itu melahirkan seorang anak perempuan.

Ibu malang itu, Annu Devi, 22, sedang menyusukan bayinya apabila Gunjan Masat melakukan perbuatan tidak berperi kemanusiaan itu.

Lebih malang, selepas membakar dua beranak itu, Gunjan meletakkan kedua-duanya yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di luar rumah berhampiran tempat pembakaran kayu, untuk menjadikan kejadian itu sebagai kemalangan.

Kedua-duanya ditemui oleh jirannya mereka pada keesokannya dan masih hidup meskipun 90 peratus badan mereka terbakar.

Mereka bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Polis sudah menahan Gunjan manakala abangnya melarikan diri.

Sementara itu, bapa Anny, Raghuna Rana berkata, pasangan itu bahagia pada awal perkahwinan mereka namun keadaan berubah selepas Annu melahirkan anak perempuan.

“Sejak itu mereka mula menyiksa anak saya hingga ke peringkat membunuhnya,’’ katanya.
Selain itu, Raghuna berkata, keluarga besannya juga menuntut wang hantaran berupa televisyen dan motosikal.

“Saya sudah memberikan tanah seluas 1.6 hektar kepada mereka, kini mereka menuntut lagi,’’ katanya.

Walaupun sudah hampir sebulan setengah usia perkahwinannya, nama Linda Onn dan suaminya, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 34, tidak habis-habis diperkatakan berikutan mereka dikatakan menghalang pihak media daripada membuat liputan pada hari bahagia mereka pada 27 Disember lalu.

Mengulas mengenai perkara itu, Linda atau nama sebenarnya, Rozlindah Onn mengatakan dia sangat menghormati permintaan suaminya yang mahukan majlis mereka diadakan dalam acara penuh tertutup dan hanya dihadiri sanak saudara yang rapat dengan mereka sahaja.

“Suami saya seorang yang sukakan privasi, jadi sebagai isteri saya hormati permintaannya.
“Saya tidak mahu lagi memberikan sebarang komen mengenai perkara ini. Pertama kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Kedua, bila kita melalui alam perkahwinan, kita mahu segala yang berlaku indah dan positif,” ujarnya memetik laporan Sinar Harian.

Dalam pada itu, baru-baru ini, Linda baru sahaja selesai mengadakan majlis resepsi untuk teman-teman rapatnya termasuk pihak media yang berlangsung di sebuah restoran di Ampang.

“Pada majlis tersebut, hanya 100 sahabat saya dijemput dan 100 lagi sahabat suami serta kaum keluarga sahaja,” ujarnya lagi.
Linda juga menambah, dia tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ini.



Isu artis berhijab kembali ke imej seksi selepas beberapa bulan atau tahun bertudung liput bukan perkara baru dalam industri hiburan tempatan.

Sebelum ini, pelakon kelahiran Singapura, Hetty Sarlene pernah mencetuskan kontroversi apabila tiba-tiba memuatnaik gambar-gambar menjolok di akaun Instagram miliknya sedangkan beliau ketika itu memang diketahui umum sudah berhijrah pada pertengahan tahun lalu.

Itu kes lama yang berlaku kira-kira dua minggu lalu. Kini, isu terbaru yang menjadi bahan cerita wartawan Harian Metro ialah Wan Nor Azlin. Penampilan pelakon itu didakwa sudah mula berubah apabila tampil dengan kain labuh yang semakin singkat manakala tudungnya sudah melayang.

Mari ikuti lebih lanjut luahan hati seorang wartawan Harian Metro dikenali Sha di bawah. Pada admin, mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa pelakon itu tampil sedikit seksi dan membuka tudung.





KUANTAN- Tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang meletakkan tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 sentimeter di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong, baru-baru ini, berkemungkinan didalangi orang dalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.

Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkut baju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.

“Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.

“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan hangat di laman sosial.

Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya. – Harian Metro


NIAT memang baik, mahu membantu rakan yang ketika itu dalam keadaan susah.

Tapi yang tak disangkanya, disebabkan menolong rakannya itu, kini nama Hana telah disenaraikan sebagai muflis berikutan Watie Elite tidak menyelesaikan hutang keretanya.

Hana atau nama sebenarnya, Norhanasafiza Mat Adnan menceritakan, lapan tahun lalu, dia telah bersetuju meminjamkan namanya kepada Watie demi membolehkan sahabatnya itu membeli kereta.

“Sampai hati dia lepas tangan, walhal ketika susah dulu dia merayu supaya saya membantunya. Ketika itu saya baru pulang ke tanah air dan tumpang bersedih melihat keadaannya digantung tidak bertali.

“Saya bersetuju buat pinjaman dan bayarkan duit pendahuluan kereta berserta insurans dan cukai jalan sebanyak hampir RM10,000 tetapi dia mesti bayar setiap bulan kepada bank kerana itu keretanya.

“Tak sangka pula dia tidak penuhi janjinya dan saya tak tahu di mana kereta itu sekarang. Menurut pihak bank, tiada bayaran dibuat sejak 2008 dan sebelum itu pun bayar tak konsisten,” katanya memetik laporan Metro Ahad, hari ini.

Disebabkan namanya sudah diisytiharkan bankrap, Hana nekad membawa perkara ini ke muka pengadilan demi membersihkan kembali namanya.

Hai, tak baiklah macam tu, kawan itu beriya tolong ketika awak dalam keadaan terdesak, alih-alih ini pula jadi kat dia.

Janganlah jadi kawan makan kawan pula kan..

Harapnya kes mereka ini dapat diselesaikan secara baik kerana sayanglah kawan dah lama, tup-tup hubungan jadi renggang disebabkan masalah yang sepatutnya tak timbul sekiranya Watie konsisten membayar hutang keretanya itu.



ALOR SETAR: Seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba merogol seorang wanita berusia 50 tahun cedera di kaki kanan akibat ditetak oleh suami mangsa dalam kejadian di Kampung Teluk Wanjah di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, suspek berusia 40 tahun itu dipercayai tiba-tiba masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu hadapan dan merentap pakaian serta cuba merogol mangsa. 

Mangsa cuba mempertahankan dirinya dan menjerit meminta pertolongan suaminya berusia 62 tahun yang ketika itu sedang mengupas buah kelapa di belakang rumah.
Suami wanita itu yang meluru masuk ke dalam rumah untuk membantunya terpaksa bergelut dengan lelaki itu dan suspek bertindak kasar dengan menumbuk bahagian dada suami wanita itu sehingga terjatuh.

Kerika pergelutan suami mangsa menetak lelaki itu pada bahagian kaki kanan dengan menggunakan parang yang digunakan untuk mengupas kelapa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan sebagai cubaan merogol dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Wanita berkenaan ketika ditemui di rumahnya hari ini berkata lelaki Bangladesh itu yang bekerja sebagai buruh binaan menyewa rumah berdekatan dengan rumah mereka sejak dua tahun lalu.

Katanya, ketika kejadian lelaki itu dikatakan berkeliaran di luar rumah dan keluar masuk rumah sewanya (lelaki itu) sebelum bertindak demikian.

Lelaki tersebut bertindak sedemikian selepas tiada orang di sekeliling rumah.

Suspek yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Bernama


Kota Bharu: Seorang remaja berusia 13 tahun bukan saja dilanggar malah turut digilis kenderaan sama sebelum pemandunya dipercayai melarikan diri dalam kejadian menyayat hati berhampiran rumah neneknya dekat Kampung Panchor, Jalan Kemumin, di sini, jam 10 malam kelmarin.

Lebih menyedihkan, kejadian itu turut disaksikan oleh sepupunya, Nor Suhadah Fauzi, 17, yang sebelum itu bersama mangsa, Muhammad Arif Salleh berjalan kaki untuk membeli kad prabayar di sebuah kedai terletak kira-kira 15 meter dari rumah nenek mereka.

Nor Suhadah berkata, mereka berdua keluar rumah pada jam 9.46 malam untuk ke kedai memandangkan mangsa mahu menggunakan perkhidmatan Internet.

Katanya, mereka berdua hanya berjalan kaki di bahu jalan dan dia sempat memimpin tangan mangsa namun dilepaskan ketika dalam perjalanan ke kedai itu.

“Mula-mula saya pimpin tangan dia tetapi dia lepas dan berjalan di depan. 



Sejak April tahun lalu, Tira terpaksa ‘menghuni’ wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selepas doktor mengesan jang­kitan pada paru-parunya. Hancur hati saya apabila dimaklumkan sebahagian paru-parunya rosak.”
 
Begitulah rintihan Ana Ali yang terpaksa menerima hakikat anak sulungnya Nur Aini Satirah Sari, 3, cacat seumur hidup angkara dirempuh sebuah kereta mewah Porsche Cayenne dari arah belakang di Kilometer 185.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran, dua tahun lalu.

Ana, 30, berkata, hampir kering air matanya meratapi nasib Nur Aini atau Tira selepas dimaklumkan anaknya lumpuh dari bahagian ping­gang ke bawah, malah terpaksa membesar di hospital akibat perbuatan pelesit lebuh raya.

Dia juga terkilan kerana pemandu kereta itu memecut laju kenderaannya meninggalkan mereka tiga beranak bergelimpangan di atas jalan dan menahan sakit sebelum dibantu pengguna lebuh raya lain.

Ana berkata, sejak kejadian itu Tira koma tiga bulan di HTAA dan kerap mengalami demam serta mere­ngek dan lebih menyedihkan, doktor memaklumkan anak sulungnya lumpuh separuh badan kerana masalah pada tulang belakang.


Tokyo: Seorang anggota polis berpangkat sarjan meletak jawatan selepas ditahan kerana memaksa orang bawahannya memakan sehingga 15 burger sebagai cara untuk mendisiplinkan mereka.

Sarjan di bahagian trafik yang berusia 40 tahun itu meletak jawatan dari jabatan polis di Osaka, barat Jepun minggu lalu.

Akhbar Yomiuri Shimbun berkata, dia berulang kali mengarahkan empat orang bawahannya, memakan 15 burger, 15 donat, empat cawan besar mi segera atau tiga hingga empat liter kopi susu.

“Selepas mendapati orang bawahannya tidak bekerja secukupnya, saya bertindak mendisiplinkan mereka,” kata sarjan berkenaan kepada penyiasat.

Orang bawahannya yang berusia 20-an dan 30-an yang ditugaskan di dua pos polis komuniti dipaksa makan makanan itu apabila sarjan itu melawat mereka. - AFP


San Juan: Beratus-ratus peminat petinju Puerto Rico Christopher Rivera Amaro, 23, yang mati dibunuh mengunjungi upacara penghormatan terakhir untuknya kelmarin.

Mayat Amaro yang lengkap dengan sut tinju berhud kuning, berkaca mata hitam dan sarung tangan tinju disandarkan di tepi gelanggang palsu. Dia kelihatan seperti sudah bersedia untuk berlawan di gelanggang yang berlatar tirai merah putih, warna rasmi bendera negara itu.

Naib persiden rumah mayat Marin, Elsie Rodriguez berkata keluarga Amaro mahu upacara itu menonjolkan konsep sukan tinju dan pihaknya menyediakan gelanggang itu sebagai memenuhi permintaan mereka. Gelanggang tinju itu dibina di pusat komuniti di kompleks perumahan awam berhampiran San Juan. Menurut Rodriguez, pihaknya mengambil masa beberapa jam untuk mewujudkan suasana seperti di gelanggang tinju di situ. Sebelum ini, rumah mayat berkenaan pernah menunaikan permintaan yang seumpamanya bagi upacara sedemikian untuk beberapa keluarga ternama lain, termasuk mayat lelaki yang menunggang motosikal.

Selain itu, terdapat juga mayat seorang lelaki lain menghisap rokok. Amaro yang mempunyai lima rekod kemenangan daripada 15 perlawanan ialah petinju kelas 59 kilogram. Polis berkata, dia ditembak Ahad lalu di Santurce. Amaro meninggalkan seorang balu, seorang anak lelaki dan ibunya. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat. - Agensi


Rome – Seorang lelaki yang mengambil sekurang-kurangnya 15 kucing untuk dipelihara sepanjang tempoh dua tahun lalu kini dituduh membunuh, memasak dan memakan haiwan itu.

Lelaki yang dikenali sebagai Francesco F itu didakwa mengunjungi beberapa pusat perlindungan haiwan di wilayah Brianza dan mengambil kucing hitam yang mempunyai beberapa ciri khusus, menurut Lorenzo Croce, Presiden Persatuan Perlindungan Haiwan dan Alam Sekitar Itali.

“Kucing itu mesti sekitar tiga tahun dan agak gemuk,” katanya.
Selepas menerima beberapa laporan, pegawai mula mengesyaki lelaki itu terbabit dalam kumpulan pemujaan syaitan.

Francesco dikatakan ditangkap ketika hendak makan seekor kucing, lapor sebuah akhbar tempatan, Independent.

Penyiasat berkata, apabila disoal, lelaki itu kelihatan terkejut dan bertanya sama ada membunuh dan memakan kucing satu kesalahan.
Memakan kucing bukan perbuatan pelik di Itali walaupun ia jarang berlaku. – Agensi