Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



BRASILIA – Wanita Brazil yang sudah empat kali cuba menjual daranya kepada pembida tertinggi di Internet akhirnya membatalkan hasratnya itu.

“Bidaan ditutup,” kata Catarina Migliorini kepada Huffington Post melalui emel.

Sebaliknya, Yahoo! Brazil melaporkan Catarina, 23, bercadang menyerahkan dirinya kepada pemenang bagi rancangan realiti ‘There’s Something About Catarina’ yang masih dalam peringkat perancangan di Brazil.

Bagi rancangan itu, 20 lelaki dari seluruh dunia akan bertanding untuk menjadi pasangan seks pertama Catarina selain memenangi hadiah AS$1 juta (RM3.3 juta).

Sebuah laman web diwujudkan untuk mencari calon bagi rancangan berkenaan.
Ini kali keempat Catarina berusaha meraih untung daripada menjual daranya.

Kali pertama dilakukan pada Oktober 2012 melalui dokumentari Australia ‘Virgins Wanted’ membabitkan bidaan di Internet.

Pemenangnya jutawan Jepun dikenali sebagai ‘Natsu’ dengan tawaran sebanyak $780,000 (RM2.6 juta).

Bagaimanapun, Catarina kemudian menarik diri kerana ragu-ragu mengenai ‘Natsu’ dan identiti sebenarnya selain mendakwa hampir ditipu pembuat dokumentari itu. – Agensi


SELALU disebut orang, wanita lebih setia berbanding lelaki. Betulkah? Sama seperti dalam banyak hal yang lain, walaupun mungkin benar wanita lebih setia dalam  percintaan tetapi pastinya bukan seratus peratus. Cuma daripada pemerhatian rambang, wanita sering dianggap lebih setia.

Tengoklah pada kawan-kawan kita, saudara mara kita, berapa ramai wanita yang terus hidup sendiri, tidak cari pengganti selepas kematian suami. Tidak. Saya tidaklah sampai mengatakan mereka yang berkahwin lagi itu sebagai tidak setia. Itu soal jodoh dan juga ada sebab-sebab yang lain.

Islam dan budaya kita pun tidak menghalang sesiapa juga untuk berkahwin kali kedua, ketiga atau ke berapa sekalipun setelah habis tempoh iddahnya. Ini sekadar perbandingan mudah dalam konteks setia cinta antara lelaki dengan wanita.

Dan kita lihatlah pula bagaimana lelaki yang berhadapan situasi serupa. Berapa ramai yang kekal hidup menyendiri selepas kematian isteri atas alasan tidak sanggup untuk menduakan si dia yang sudah pergi dan hati menolak kehadiran orang baru untuk bergelar pengganti.

Banyak yang saya jumpa untuk tempoh seminggu atau dua tiga minggu pertama, sedih hibanya tidak terkata. Lepas sebulan, akan disebut-sebut, kawan-kawan di surau , di pejabat sudah bertanya, “bila nak cari pengganti?”

Beberapa hari kemudian, keluarlah status baru: “hidup mesti diteruskan …” Masuk bulan kedua, bukan setakat status Facebook, status diri pun sudah baharu, ‘kalau dah jodoh …!’
Itulah yang kita biasa perhatikan walaupun bukanlah  maknanya semua lelaki demikian. Pada zaman dahulu, dicipta orang perumpamaan untuk menggambarkan mereka yang cepat bertemu jodoh baharu selepas kematian pasangan iaitu ‘tanah kubur masih lagi merah …’

Itu zaman dahulu. Zaman sekarang lain pula. Seiring dengan perkembangan teknologi, diciptakan pula perumpamaan baharu. Untuk menggambarkan betapa wanita lebih setia berbanding lelaki, hati mereka diumpamakan seperti wifi. Wifi seperti yang kita tahu  hanya boleh diakses oleh  yang  memiliki kata laluan atau password sahaja.

Ini khusus kepada yang diiktiraf sebagai pasangan sahaja, sama ada suami atau kekasih yang sejati.

Manakala hati lelaki pula, kononnya diumpamakan dengan aplikasi ‘bluetooth’. ‘Bluetooth’ seperti yang kita tahu apabila berdekatan,  akan ‘connect’ sebaliknya tatkala berjauhan, ia akan ‘try to search a new device’ atau cuba mencari pasangan baharu.

Betulkah begitu?  Seperti yang saya nyatakan di atas tadi, penilaian terhadap hal-hal yang semacam ini tidak akan ada yang seratus peratus betul atau seratus peratus sama. Ianya adalah pada diri masing-masing. Sendiri tanya, sendiri juga yang kena jawab!

Ada pun berkaitan dengan wifi,  satu lagi kisah yang walaupun bunyinya sekadar olok-olokan tetapi elok juga dijadikan peringatan.

Dikisahkan daripada seorang peguam yang menyampaikan cerita ini kepada saya bahawa seorang suami yang panas baran menerima SMS daripada bekas jirannya yang baru berpindah.

Dalam SMS itu, pemuda bekas jirannya itu meminta maaf kerana katanya selama mereka tinggal berdekatan, dia sudah beberapa kali curi guna ‘wife’ lelaki itu.
“Saya minta maaf sebab saya tahu saya berdosa kepada tuan kerana guna ‘wife’ tuan tanpa kebenaran,” demikian pengakuan pemuda berkenaan.

Lelaki itu pula yang tanpa usul periksa balik ke rumah terus mengamuk lalu menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus.

Tidak lama kemudian, dia terima satu lagi SMS daripada bekas jirannya itu: “Minta maaf tuan, bukan wife tapi wifi. Salah ejaan.”

Ya, cerita ini mungkin sekadar rekaan walaupun ada juga komen rakan-rakan yang mengaku pernah dengar cerita yang hampir sama atau seumpamanya bahawa hal yang seperti itu pernah berlaku secara realiti. Apa pun bagi saya, ia baik untuk kita jadikan peringatan.

Orang yang panas baran mudah hilang pertimbangan dan dalam keadaan hilang pertimbangan apa-apa yang tidak logik, tidak munasabah pun boleh berlaku tatkala kerasukan. Jadi waspadalah.

Berdoa pada ALLAH minta perlindungan daripada hasutan syaitan pada setiap masa kita. Jangan sampai nasi jadi bubur apa lagi yang berkaitan dengan talak. - Sinar Harian

BANGI – Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

“Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.

Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.

“Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
    
“Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis,” katanya.

Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.
Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu

“Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat,” katanya.
Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya.
Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.

“Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian,” katanya.

Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu.
Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya.

Sementara itu, seorang jiran keluarga itu, yang enggan dikenali, berkata ibu mangsa kini berada di Hospital Kajang bagi menemani anak-anaknya yang cedera.

Wanita itu berkata keluarga mangsa sangat dihormati oleh jiran-jirannya kerana mereka sekeluarga rajin solat berjemaah di surau kawasan perumahan itu. – Bernama

BAGI mereka yang mengikuti perkembangan pelakon Zizie Ezette dan suaminya, Bung Mokhtar pasti sudah tahu betapa romantiknya pasangan ini.
Biar pun usia perkahwinan mereka sudah menjangkau empat tahun, namun sisi romantis mereka jelas terserlah melalui gambar-gambar yang kerap dimuatnaik melalui laman sosial.
Baru-baru ini, Zizie dan Bung telah meluangkan masa untuk bercuti ke luar negara iaitu Amsterdam, Mexico dan Los Angeles.
Sekali lihat, macam pasangan baru berkahwin pula.
Apa pun, mari kita layan beberapa gambar yang dikongsi menerusi akaun Instagram Zizie.












KITA akui fesyen bertudung kini sedang melalui satu evolusi besar dengan kemunculan pelbagai jenis fesyen tudung pelbagai rupa.
Ada yang melilit ke sana sini, ada yang seperti berselubung, ada juga yang lengkap dengan purdahnya sekali.
Kita juga tahu akan pelbagai nama fesyen tudung ini dan kebanyakannya diambil sempena gaya pemakaian artis-artis yang memakai tudung dalam kerjaya seni mereka.
Bagaimanapun, foto diatas boleh difahami ia menunjukkan dua gadis yang memakai tudung tetapi yang penulis agak bingung ialah apabila ia digayakan bersama dengan seluar pendek yang singkat sehingga menyerlahkan peha mereka.
Dari sepanduk tempat mereka bergambar itu jelas tertulis “Comel Tak Saya?” – Lajnah Dakwah Pembelaan Islam anjuran Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.
Kalau mengikut sangkaan baik penulis, kemungkinan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengadakan kempen dakwah di situ dengan menyediakan beberapa helai tudung untuk digayakan wanita bukan Islam. 

Pada ketika dua gadis ini lalu dan menggayakan tudung di situ lantas bergambar bersama poster program berkenaan.

Jika begitu gayanya, sepatutnya pihak Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang menyediakan jubah bagi mereka untuk sarungkan sebelum bergambar sempena program berkenaan.
Jika begini sudahnya, memang buntu dan terkejut para ibu-ibu dan bapa-bapa Muslim tengok keraja ia amat di luar kebiasaan cara pemakaian tudung litup yang betul. 
Lapisan fros meliputi tanah dan tumbuh-tumbuhan di Laban Rata di Gunung Kinabalu. Foto ihsan Mestianna Eil Inda

KOTA KINABALU: Suhu rendah yang luar biasa di Sabah menyebabkan lapisan fros meliputi tumbuh-tumbuhan di Gunung Kinabalu, terutamanya berhampiran Panar Laban dan Laban Rata pada ketinggian hanya lebih 3,000 meter.
Selain itu, suhu yang sejuk itu telah membekukan titisan air kabus yang meliputi gunung.
"Ia seperti kristal ais kecil di udara yang cair apabila ianya menyentuh kulit anda. Ia sesuatu yang ajaib," kata pemandu pelancong berpengalaman, Tham Yau Kong.
Pengembara dan kakitangan rumah rehat Laban Rata menyedari kewujudan fros dan kristal ais sejak tiga hingga empat hari lalu.
Tham, yang mengatakan dia telah mendaki gunung kira-kira 500 kali berkata, dia menyedari keadaan fros di puncak itu dianggarkan 20 kali.
"Ia bukan satu fenomena baru.
"Saya pasti fros itu disebabkan oleh suhu lebih sejuk daripada biasa kita alami di Sabah sejak dua minggu lalu," katanya pada Khamis.
mStar

MUNGKIN ramai yang beranggapan bahawa penggunaan kereta elektrik adalah satu inspirasi zaman moden. Namun, jangkaan tersebut disangkal sama sekali oleh Porche.
Syarikat tersebut baru-baru ini telah membaikpulih sebuah kereta Porche yang dikenali sebagai P1, kereta elektrik yang direka oleh Ferdinand Porsche 116 tahun yang lalu, pada tahun 1898 yang merupakan kereta pertama rekaan beliau.
Walaupun hanya dilengkapi dengan enjin 3 kuasa-kuda serta jarak pemanduan sejauh 50-batu pada satu-satu masa, kereta ini sudah cukup laju untuk memenangi perlumbaan kereta elektik pada tahun 1899.
P1 kini dipamerkan di Muzium Porsche di Stuttgart, Jerman.
Sumber: Engadget

MUAR – Seorang kanak-kanak menempuh detik hitam bukan hanya dirogol dan diliwat, tetapi menerima 18 jahitan di kemaluan akibat ditoreh dengan senjata tajam apabila enggan melakukan seks oral, oleh lelaki yang menculiknya di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya.
Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter dari rumah penduduk.
Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan.
“Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam kereta tersebut.
“Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya.
Sumber berkata, pekebun itu mencatat nombor pendaftaran kereta suspek sebelum menghubungi pihak polis.
Katanya, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 5 petang kelmarin semasa berhenti di sebuah stesen minyak dipercayai untuk mengisi minyak.
Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, jalan pintas itu sememangnya sunyi kerana dikelilingi kebun getah.
“Tetapi penduduk tidak ada pilihan lain kerana laluan itu mempercepatkan perjalanan hantar anak ke sekolah serta turut digunakan mangsa setiap hari,” katanya. - Sinar Harian

Dari sudut perundangan Malaysia, menggugurkan bayi dalam kandungan adalah satu jenayah.
Kecuali, jika doktor mengesahkan bahawa pengguguran itu perlu untuk kesihatan ibu mengandung atau kandungan berkenaan menyebabkan kecelakaan kepada fizikal dan mental pesakit.
Mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan, individu yang melakukan pengguguran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Manakala jika janin yang digugurkan sudah bersifat, maka pelakunya boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Bagaimanapun ini cuma hukuman dunia. Bagi orang Islam, hukuman di akhirat pastilah lebih berat lagi kerana ia melibatkan pembunuhan.
Bagi yang sudah terlajak hingga mengandung, usah ditambah dosa sedia ada hingga terfikir mahu melakukan pengguguran.
Fikir-fikirkan apa jadi jika pengguguran tidak berlaku hingga meragut nyawa anda sekali?
Itu belum diambil kira masalah jangkitan dan lain-lain kesan sampingan yang mungkin dihadapi.
Dalam gambar yang dimuatnaik di blog siemens-melayumaju.blogspot.com ini, ia dikatakan mayat seorang gadis yang menemui ajal ketika dalam proses menggugurkan bayinya.

Tak pasti sejauh mana kebenarannya namun yang pasti ia amat mengerikan!
Semoga ia menjadi pengajaran berguna terutama gadis-gadis di luar sana agar memelihara batas pergaulan sebelum terjebak dalam masalah yang lebih rumit.

Rasanya semua orang dah tahu harga makanan di kedai mamak agak mahal tapi ramai yang tidak kisah terutama mereka yang menggemari masakan berkari.
Tapi nampaknya, bila harga bil makanan untuk tiga orang mencecah lebih RM200, ia dipos di laman sosial untuk berkongsi perasaan terkejut pelanggan terlibat.
Berdasarkan komen pembaca, ramai yang tidak menyangka restoran mamak terkenal tersebut mengenakan caj semahal itu namun tak kurang juga yang menyatakan ia adalah harga biasa jika dilihat pada lauk yang diambil.
Ini bukan kali pertama bil makan di restoran mamak dikongsikan di laman sosial oleh pelanggan yang terbeliak biji mata selepas melihat  harga yang perlu dibayar untuk makanan mereka.

Apa pun, senang cerita ukurlah baju di badan sendiri.
Kalau rasa-rasa dah hujung bulan dan duit dalam poket tak seberapa jangan cuba-cuba nak makan nasi campur dekat mamak lepas itu ambil lauk tak ingat dunia, okey?

SIAPA yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan?
Bukan sahaja ‘otai’ dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.
Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).
Menggelarnya sebagai ‘telanjang’, dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.
Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.
Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.

Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:
“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”
Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar?
Lebih penting lagi, nasi lemak ni dah umpama makanan rasmi kita … janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan itu.
Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya.
Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.
Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia.
Jangan kerana nila setitik, rosak pula susu sebelanga…

Hidup Jacqueline Saburido berubah sepenuhnya selepas seorang pemandu mabuk melanggar kereta dia dan empat orang rakannya. Jacqueline yang kini berusia 33 tahun telah menghadiri satu parti hari jadi rakannya pada tahun 1999. Selesai parti tersebut, seorang rakan sekelas setuju untuk menghantar mereka balik ke rumah sebelum mereka dilanda kemalangan. 

Kereta mereka berempat dilanggar oleh seorang lagi pelajar yang juga menghadiri parti tersebut tetapi mabuk selepas minum bir dengan rakan-rakan. Pelajar yang melanggar mereka , Reginald Stephey langsung tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi dalam kereta Jacqueline, dua orang mati dengan serta merta dan dua orang lagi cedera ringan. 

Manakala Jacqueline kurang bernasib baik kerana kakinya tersangkut dan dia dibakar oleh api kebakaran kereta tersebut. Nasib baik Jacqueline masih hidup tetapi kesan bakar pada dirnya begitu teruk sehingga perlu menjalani sehingga 120 pembedahan dan jarinya dipotong. Reginald dipenjara tujuh tahun dan denda RM65,000. Sementara, Jacqueline kini mengajar orang ramai mengenai bahayanya memandu semasa mabuk Cuba tengok rupa Jacqueline sekarang, hampir mengalir air mata bila admin tengok keadaan dia. Nasib baik dia tabah untuk meneruskan hidupnya.