Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Seoul: Seorang wanita Korea Selatan dituduh merosakkan mukanya selepas prosedur mengenai pembedahan plastiknya tersebar di Internet. Wanita yang didakwa sebagai wartawan di sebuah stesen televisyen Korea Selatan berkenaan menjalani pembedahan rahang bagi memperoleh wajah berbentuk bujur sirih yang diimpikan kebanyakan wanita Asia Timur. 

Masyarakat Korea Selatan lebih banyak menjalani pembedahan plastik berbanding dengan masyarakat negara lain, menurut angka terkini dengan golongan sasaran berusia 19 hingga 49 tahun.
Prosedur itu menghasilkan dagu yang runcing secara luar biasa hingga beberapa pengguna forum Internet Jepun sangat terkejut.  

Seorang pengguna menulis: “Tolong beritahu saya ini adalah hasil Photoshop, manakala seorang pengguna menulis: “Nampaknya kamu boleh membajak sawah dengan dagu seperti itu”, lapor RocketNews24.

Seorang pengguna bertanya: “Adakah dagu seseorang benar-benar boleh diruncingkan sebegitu? Dia tidak tahu apakah makna sebenar kecantikan asli.”

KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah apabila PERODUA Myvi dipandunya terjatuh dari parkir tingkat empat ke dalam bangunan Star City dekat Asia City di sini, pagi tadi. 

Kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika pemandu berkenaan hendak meletakkan kenderaannya di parkir tingkat empat berkenaan. 

Mangsa yang tersepit dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini.




Pantai South Padre adalah sebuah destinasi Cuti Musim Luruh yang paling dashyat di dunia. Di lokasi ini, pengunjung digalakkan untuk minum minuman kerana harganya cuma RM20 untuk segelas cocktail. Setiap hari, seramai 60 orang didapati jatuh sakit di lokasi ini kerana beberapa sebab antaranya alkohol, dadah dan kemalangan.










"SEBENARNYA banyak perkara yang menyumbang kepada berlakunya nafas berbau dan permasalahan ini juga boleh dikategorikan sebagai tanda diri kita berpenyakit." Itu antara kenyataan awal diberikan oleh Pakar Pembedahan Pergigian, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr. Naseem Banu Sadruddin, sebaik sahaja diajukan persoalan adakah masalah nafas berbau merupakan simptom awal seseorang itu menghidap penyakit dalaman atau sebaliknya.

MENURUT Dr. Naseem Banu, sekiranya masalah tersebut bukan terhasil daripada penyakit dalaman yang dialami individu tersebut, ia sebenarnya adalah disebabkan oleh bakteria yang berkumpul di dalam mulut akibat daripada penjagaan oral yang tidak betul.

Begitupun, penurunan kandungan air liur di dalam mulut juga adalah antara penyebab nafas berbau. Disebabkan itu juga Dr. Naseem Banu menasihatkan, individu yang mengalami masalah nafas berbau perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum boleh diklasifikasikan sama ada ia hanya disebabkan penjagaan oral yang tidak betul atau merupakan satu penyakit berpunca daripada dalam badan.

"Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang penyakit mulut seperti tonsil, resdung, sakit tekak, selesema, demam, kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, kanser mulut, dan sebagainya, nafas berbau ini selalunya berpunca daripada penjagaan oral (mulut) yang tidak betul.

"Bau tersebut terhasil daripada proses pereputan sisa-sisa makanan yang terselit di antara gigi dan gusi.

"Oleh yang demikian, penjagaan oral dengan betul adalah penting dalam usaha memastikan nafas sentiasa segar dan tidak berbau," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Dr. Naseem Banu lagi, tidak perlu bersusah payah memberus gigi atau berkumur dengan pencuci mulut setiap kali habis makan bagi memastikan sisa-sisa makanan tidak melekat pada celah gigi, sebaliknya cukup sekadar berkumur dengan air bersih dengan cara yang betul.

Bagaimanapun, sekiranya ingin juga memberus gigi juga selepas makan, disyorkan dilakukan 30 minit selepas itu. 

Memberus gigi dua kali sehari sudah memadai untuk mengelakkan sebarang masalah lain timbul seperti gigi menjadi nipis.

Pada masa yang sama, Dr. Naseem Banu turut memberitahu pembersihan lidah juga adalah penting kerana kebanyakkan bakteria busuk suka berada pada penghujung lidah.
Seboleh-bolehnya bersihkan lidah dengan menggunakan berus gigi tetapi dengan cara yang lembut.

"Sekiranya tidak dapat berkumur atau memberus gigi pada masa-masa tertentu, cuba kunyah gula-gula getah kerana boleh membantu melonggarkan makanan yang terselit di antara gigi serta menutup bau busuk nafas anda.

"Tetapi awas, anda dinasihatkan agar mengunyah gula-gula getah tanpa gula kerana gula getah bergula akan memburukkan lagi bau nafas," katanya.


Tip segarkan nafas

Dalam hal ini, Dr. Naseem Banu memberikan beberapa tip untuk menyegarkan kembali nafas, antaranya seperti pengambilan yogurt (yang masam) kerana makanan ini mengandungi vitamin D yang boleh melawan bakteria yang mengakibatkan nafas berbau.

Walaupun nampak kuno, beliau turut menjelaskan daun sirih juga sebenarnya mengandungi klorofil yang menyegarkan nafas jika dimakan secara konsisten, tidak ketinggalan mengunyah beberapa helai daun kari dan juga daun pudina.

Selain itu, beliau turut menyarankan agar berkumur dengan air suam yang telah dicampurkan dengan serbuk penaik (tulen yang tidak dicampur dengan bahan kimia) selama 30 saat dalam usaha menjaga masalah nafas berbau ini.

Ini kerana kandungan serbuk penaik mampu menyeimbangkan asid yang terkandung dalam badan dan seterusnya menyegarkan semula pernafasan.

Apa yang pasti, Dr. Nassem Banu berkata, punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau bagi mana-mana individu yang tidak mengalami sebarang penyakit ialah makanan.
"Dalam hal ini (masalah nafas berbau), makanan merupakan punca utama kepada permasalahan ini kerana makanan harian hari ini terdapat lebih karbohidrat selain makanan yang berprotein lebih kepada jenis yang bergoreng.

"Jika kita lihat masyarakat kampung yang hidup dalam suasana yang tidak tercemar dan makan makanan yang segar dan asli, mereka jarang mengalami masalah nafas berbau ini.
"Jadi selain penjagaan oral dengan betul, pilihlah makanan yang betul untuk mengelakkan nafas anda berbau," katanya menutup bicara.




Ramai berpendapat menaiki pesawat bersama bayi berusia bawah dua tahun adalah suatu yang cukup mencabar, lebih-lebih lagi jika terpaksa mengembara berdua bersamanya.
Anak cerewet, hendak berlari-lari dalam pesawat, menangis sepanjang penerbangan, susah hendak menyusukan anak dan banyak lagi perkara yang menjadi kerisauan. 

Namun, penerbangan anda boleh menjadi lebih mudah dan menyenangkan dengan perancangan teliti, tidak kira anda mengembara berdua saja dengan bayi atau bersama ahli keluarga lain.
Oleh itu, tip melancong minggu ini memberikan beberapa panduan kepada ibu yang akan menaiki pesawat untuk sampai ke destinasi dituju.

Dapatkan penerbangan yang betul
Lihat jadual bayi anda dan anda mungkin boleh merancang perjalanan ketika waktu tidurnya. Dengan perancangan teliti itu, anak boleh tidur lena sepanjang penerbangan ke destinasi dituju, sekali gus memberi peluang kepada anda untuk berehat.

Jika bayi anda sudah menunjukkan tanda mengantuk ketika di balai menunggu, usahakan untuk membuatkan dia tidak tidur sebelum masuk dalam pesawat dengan mengalihkan perhatiannya kepada apa juga perkara atau bermain bersamanya.

Ini bagi mengelak dia tidur sebelum menaiki pesawat dan membantu dia lena sepanjang penerbangan.


Kerusi tambahan untuk bayi yang sudah boleh duduk

Bayi berusia dua tahun ke bawah biasanya tidak memerlukan kerusi dan hanya duduk di riba ibu atau bapa.

Namun, bagi memberi keselesaan kepada anda sepanjang penerbangan terutama yang mengambil waktu panjang, mengambil satu lagi kerusi adalah digalakkan.

Dengan menempah tempat duduk tambahan, anda boleh membawa ‘carseat’ anda ke atas pesawat dan anak kapal akan membantu anda untuk memasangnya. Bagi anak yang sudah boleh duduk, mereka pastinya boleh duduk dengan selesa dengan kerusi tambahan yang anda minta.

Caj tambahan sememangnya dikenakan tetapi ia tidak semahal yang disangkakan dan pastinya anak dan anda dapat duduk lebih selesa.

Bagi bayi yang tidak boleh duduk sendiri, anda mungkin boleh menggunakan anduh atau kain untuk memberikan keselesaan.


Pemilihan tempat duduk di dalam pesawat

Ketika memilih tempat duduk dalam pesawat, pilih tempat duduk berdekatan tingkap untuk mendapatkan lebih privasi kepada anda dan anak.

Selain itu, anda juga boleh memilih tempat duduk yang memudahkan anda untuk bangun ketika menukar lampin atau untuk melayan kerenah anak yang ingin berjalan-jalan dalam pesawat.


Pakaian mudah

Ketika melakukan penerbangan terutama jika anda berdua sahaja bersama bayi, pastikan pakaian yang anda dan anak pakai adalah pakaian ringkas.

Bayi terutamanya pakaikan dia pakaian yang mudah untuk dibuka sama ada untuk menukar pakaian atau menukar lampin.

Pastikan juga anda tidak menggunakan kasut bertali untuk bayi anda apabila terbang bersamanya kerana ia memberi kesukaran atau melecehkan saat mahu membuka seluarnya.

Pakaian yang anda kenakan pada bayi pula biar bersesuaian supaya dia selesa sepanjang penerbangan.

Untuk mengelakkan bayi anda kesejukan, anda mungkin boleh memakaikan dia baju yang sedikit tebal atau membawa jaket khas untuknya.

Pastikan semuanya lebih mudah untuk anda uruskan ketika terbang berdua bersama bayi.


Barang keperluan secukupnya

Pastikan anda mempunyai lebih daripada cukup segala-galanya dalam kes penerbangan anda terlewat. Ini bermakna lampin tambahan, pakaian tambahan, makanan ringan tambahan, tisu tambahan dan susu formula tambahan.

Pastikan juga anda membawa pakaian sesuai dengan suhu dalam pesawat untuk bayi dan anda sendiri. Baju tambahan untuk anda juga jangan diabaikan.

Simpan semua keperluan ini dalam beg lampin anda yang akan sentiasa dibawa bersama untuk menyenangkan anda.


Jangan malu untuk meminta bantuan

Anak kapal boleh membantu anda untuk mendapatkan keselesaan sepanjang penerbangan. Mereka juga bukan saja boleh membawakan air untuk membuat susu, mengambil barang dalam tempat penyimpanan barang, bahkan menjaga anak anda sementara anda mahu ke bilik air.

Anda jangan malu untuk meminta bantuan daripada mereka.


Bayi menangis di dalam pesawat

Banyak faktor yang menyebabkan bayi menangis dalam pesawat dan satu daripadanya adalah tidak selesa terhadap tekanan yang dirasai mereka.

Orang dewasa juga sering mengalaminya, inikan pula bayi yang membuatkan telinga mereka sakit dan sebagainya.

Bagi mengelak perkara ini berlaku, pastikan anda memberikan bayi anda susu, makan, minum atau apa saja yang boleh membuatkannya menelan sebaik pesawat berlepas sehingga isyarat tali pinggang keledar dipadamkan.

Lakukan perkara sama ketika pesawat mendarat. Pastikan juga si dia sentiasa selesa berada di tempat duduk dan sediakan permainan yang boleh menghilangkan kebosanannya.

Membawa si dia berjalan-jalan buat seketika dalam pesawat juga boleh mengelak daripada meragam dan menangis.

Penyusuan susu ibu

Bagi anda yang menyusukan bayi, mengambil kerusi di tepi tingkap adalah pilihan terbaik. Ia bukan saja memberikan keselesaan kepada anda ketika menyusukan anak tetapi juga lebih terlindung daripada penumpang lain.

Jika penumpang di sebelah tempat duduk anda adalah lelaki yang bukan pasangan anda, minta bantuan anak kapal untuk meminta supaya anda ditempatkan di tempat duduk bersebelahan perempuan.


Peti kecemasan

Bawa bersama anda peti kecemasan sendiri. Di dalamnya letakkan ubatan yang digunakan anak anda sekiranya diserang masalah kesihatan secara tiba-tiba. Misalnya ubat batuk, ubat demam, ubat selesema, pembalut luka dan salap berwap.



Beijing: Seorang pesara guru yang tinggal di Chongqing menghabiskan 11 tahun mengait baju sejuk dan topi yang diperbuat daripada rambutnya sendiri.

Ia sebahagian daripada usaha menyimpan kenangan zaman mudanya. 

Menurut laporan media tempatan, wanita bernama Xiang, 60, itu mengumpul kira-kira 110,000 helai rambutnya yang gugur sejak berusia 34 tahun sebelum mengait baju sejuk seberat 382 gram.

Dia turut mengait sehelai topi seberat 119 gram untuk suaminya.

Xiang berkata, dia menyimpan semua rambutnya yang melekat di sikat setiap hari dan mula menggunakan rambut itu untuk mengait pada 2003.

Setiap helai rambut yang dikaitnya sepanjang 70 hingga 80 sentimeter, manakala 15 helai rambut digunakan untuk membuat satu gumpalan benang bulu.

“Kaedah ini tidak sukar dilakukan. Rahsianya ialah kesabaran dan kesungguhan,” katanya.

Xiang juga ingin mengambil bahagian dalam rancangan “China’s Got Talent” bagi mempamerkan hasil baju sejuk yang siap dikaitnya.- Agensi



Ipoh: Seorang lelaki ditemui mati dengan kepala berlumuran darah dan hanya berseluar dalam berhampiran pencawang telekomunikasi bersebelahan sebuah kilang di Jalan Perindustrian Kanthan 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, A R Govindaraju, 30, dipercayai dihentak kepalanya dengan objek tumpul berulang kali sebelum dibiarkan mati di dalam kereta Honda City.

Ketika ditemui, mayat mangsa berada di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan telentang dan separuh bogel.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Ahmad Tarmizi Abdul Haq berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang curiga selepas melihat but kereta mangsa terbuka di kawasan pencawang itu.

“Hasil pemeriksaan, polis mendapati ada enam kesan kecederaan di kepala mangsa yang dipercayai akibat dipukul dengan besi atau kayu.

“Semakan mendapati, mangsa tinggal di Ladang Dovenby, Sungai Siput manakala kereta Honda City terbabit pula dilaporkan hilang pada Mei tahun lalu selain menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



Sebagai artis baru, nama­nya mungkin tidak popular seperti Emma Maembong, Nelydia atau Uqasha Senrose yang kini mewarnai persada hiburan tanah air. 

Namun, jangan memperlekehkan kemunculan pendatang baru berbakat dari Singapura, Atikah Suhaime, 22, kerana dia hadir dengan pakej lengkap sebagai anak seni.

Sebagai artis baru, nama­nya mungkin tidak popular seperti Emma Maembong, Nelydia atau Uqasha Senrose yang kini mewarnai persada hiburan tanah air. 

Namun, jangan memperlekehkan kemunculan pendatang baru berbakat dari Singapura, Atikah Suhaime, 22, kerana dia hadir dengan pakej lengkap sebagai anak seni.

Ramai yang mula membuka mata dengan bakat lakonan Atikah apabila namanya tersenarai dalam kategori Top 5 pada Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH 2013). 



Kuala Lumpur: Gara-gara tidak berpuas hati dengan laporan berita mengenai seorang guru yoga, tiga lelaki bersenjatakan parang dan batang besi dipercayai menceroboh dan menyerang bilik berita sebuah akhbar berbahasa Tamil di Jalan Ipoh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, seorang wartawan akhbar berkenaan M Ravindran cedera diserang kumpulan penceroboh itu yang turut memecahkan komputer dan peralatan kaca di pejabat berkenaan.

Ravindran berkata, tiga lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh itu dikatakan memecah pintu pejabatnya kira-kira jam 11 pagi.

Beliau berkata, sebaik memasuki pekarangan pejabat itu, kumpulan lelaki itu pada mulanya mencari seorang rakannya berhubung berita mengenai dakwaan berkaitan pemimpin sebuah pusat yoga dan kerohanian yang diasaskan seorang guru.

“Mereka memecah pintu kaca, meja kaca dan lima komputer di tingkat yang menempatkan bahagian pengurusan pejabat selain merampas dua telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM200 daripada kakitangan yang bertugas,” katanya.

 
City Evening News melaporkan seorang lelaki berusia 60 tahun di Jilin, China bertindak memotong zakarnya semata-mata untuk menguasai ilmu kung fu.

Lelaki itu mendakwa sifunya memberitahunya dalam mimpi agar memotong zakarnya jika mahu meningkatkan penguasaan ilmu kung funya - Qi Gong. Lelaki itu juga mendakwa sifunya turut mengarahkannya agar memusnahkan barang dan harta bendanya.


Keesokan harinya, lelaki dengan nama keluarganya Zhang terlompat-lompat sekeliling rumah kerana tidak dapat menahan kesakitan selepas memotong kemaluannya. Dia kemudiannya rebah dan tidak sedarkan diri.


Orang kampung yang menjumpai lelaki itu dalam keadaan bogel kemudiannya menelefon polis.

Selepas membuat pemeriksaan, pihak polis menemukan zakar lelaki itu di rumahnya, namun pihak hospital gagal menyambungnya semula kerana kecederaan yang teruk pada zakar tersebut.


Selepas sedarkan diri, lelaki itu menceritakan perihal mimpinya itu kepada pihak polis.
Beberapa doktor menyatakan seorang pekerja binaan berusia 24 tahun terselamat walaupun selepas sebuah pancang besi berukuran 1.8 meter menimpa dan menembusi kepalanya.

GAMBAR menunjukkan pancang besi menembusi tengkorak Leite

Seorang pegawai Hospital Miguel Couto di sini memberitahu rangkaian televisyen tempatan Globo, sepasukan doktor mengeluarkan besi itu daripada tengkorak mangsa, Eduardo Leite dalam satu pembedahan yang mengambil masa selama lima jam. 

"Satu keajaiban telah berlaku kerana Leite selamat dalam insiden tersebut," katanya.

Batang besi itu, katanya, jatuh dari tingkat lima sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di sini. Pancang tersebut menembusi belakang tengkorak.


Satu ketika dulu, fesyen rambut tocang menjadi lambang maruah bagi wanita di China, malah digayakan sempena menyambut Tahun Baharu Cina. Begitu juga fesyen sanggul pelbagai karakter, pernah menyerikan wanita China pada pagi perayaan. Konsep Shanghai Moulin Rouge yang sering digayakan bersama gaun Mandarin dan ceongsam, pula mendapat sambutan pada era 1020-an serta dipercayai, mengangkat darjat dan sosial wanita zaman itu.

Selain itu, rambut yang disisir rapi atau mengurai panjang pernah menjadi sebahagian nostalgia menyambut Tahun Baharu Cina suatu ketika dulu.

Bagaimanapun, kemodenan hari ini membawa pergi jauh imej lama yang dilihat lebih keanak-anakan, kaku dan tidak mengikut peredaran zaman.

Walaupun masih berlandaskan budaya dan adat resam masyarakat Cina, kebanyakan cenderung memilih gaya rambut berkiblatkan budaya luar, sama ada Barat dan fesyen Korea atau K-Pop yang sudah melanda negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.