Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan beberapa dakwaan berkaitan Operasi Tahun Baharu Cina (Ops TBC) 2014 yang tersebar melalui media sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Jabatan itu dalam satu kenyataan menjelaskan JPJ mempunyai pasukan penyamaran bagi mengesan kesalahan-kesalahan utama yang boleh menyebabkan kemalangan. 

Katanya, pasukan tersebut hanya mengumpul bukti bergambar dan menghantar notis siasatan kepada pemilik berdaftar untuk hadir temusiasat bagi menentukan pesalah sebelum saman dikeluarkan.

Kenyataan itu juga menafikan dakwaan JPJ menetapkan sasaran 15 saman kepada seorang anggota semasa Ops berkenaan serta kadar kompaun tidak kurang daripada RM1,000.

"Kadar kompaun adalah berdasarkan kepada kadar yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi RM300," katanya sambil menambah operasi perlu dijalankan menggunakan kenderaan jabatan dan bukan melibatkan kenderaan persendirian.

Anggota ditugaskan mengikut syif yang ditetapkan tanpa melibatkan sebarang tuntutan elaun lebih masa atau tuntutan perjalanan, katanya.

"Sekiranya didatangi oleh individu yang mendakwa dirinya adalah pegawai JPJ tanpa memakai uniform dan gagal menunjukkan kad kuasa, maka orang ramai perlu membuat laporan kepada pihak JPJ atau polis dengan segera," katanya.

Khabar angin disebarkan melalui media sosial dan SMS berhubung Ops TBC 2014 yang mendakwa JPJ akan mengadakan ops penyamaran tanpa sekatan jalan raya; anggota JPJ diberi sasaran 15 saman; anggota JPJ tidak memakai pakaian seragam; dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri ketika bertugas; dibenarkan membuat tuntutan dan saman dikenakan tidak kurang daripada RM1,000. - BERNAMA


Mill Ends Park yang terletak di pusat bandar Oregon, Amerika Syarikat merupakan sebuah taman bunga terkecil yang telah dibangunkan pada sambutan Hari St. Patrick tahun 1948. 

Dengan ukuran bulatan hanya sebesar 2 kaki (0.61 meter) dan jumlah keluasan sebanyak 452 meter persegi (0.292 m), ia telah mendapat pengiktirafan dari pihak Guiness World Record sebagai "taman terkecil di dunia."

Mengikut sejarah asalnya, tapak taman tersebut (bulatan 2 kaki tersebut) telah dirancang untuk diletakkan sebatang tiang lampu pada tahun 1948, namun telah ditukar menjadi taman oleh Dick Fagan.







Hotel del Salto telah dibuka secara rasmi pada 1924 berdekatan dengan Tequendama Falls, Bogotá River, Colombia dan sayangnya hotel ini telah ditutup pada 1990'an. Orang ramai speculate hotel ini berhantu dan disebabkan itu tidak ramai yang datang menginap dalam hotel ini tapi salah satu sebab kenapa hotel ini ditutup mungkin adalah kerana sungai berdekatan dengan hotel telah tercemar.





















Ketika lagu Royal, nyanyian penyanyi wanita New Zealand, Lorde mula-mula menjadi hit ramai yang tak percaya bahawa usianya baru 16 tahun.
Ini kerana wajah Lorde kelihatan lebih jauh berusia.
Oleh kerana tak percaya, ada pihak bertindak menyiasat hingga ke sampai tahap mendapatkan salinan surat beranak Lorde.
Hasilnya, memang sahlah dia sememangnya masih di peringkat remaja dan baru menyambut hari jadi ke-17 pada 7 November lalu.

Mengakui tahu cakap-cakap belakang yang menyatakan dia nampak lebih tua daripada usia sebenar, Lorde atau nama sebenarnya Ella Maria Lani Yelich-O’Connor berlawak ketika muncul di parti pra-Grammy baru-baru ini dengan berkata, “Hai, saya Ella. Umur saya sebenarnya 45 tahun.”
Dari satu segi, usia sebenar Lorde tertera dalam ucapan penghargaan dibuatnya bagi mengucapkan terima kasih kepada peminat di negara kelahirannya baru-baru ini selepas berjaya memenangi dua trofi di Anugerah Grammy.
Dalam ucapan satu muka surat khas dalam surat khabar New Zealand Herald, Lorde melukis gambar trofi bersama tulisan tangan yang dengan gaya bahasa yang jelas menggambarkan usianya masih muda.
Apa pun, Lorde sememangnya berbakat dan usia nyata bukan kayu pengukur untuk  jadi penghalang dia terus cemerlang dalam karier muzik


ENDAU – Mayat seorang lelaki yang sudah berbau busuk dan berulat dengan hanya memakai seluar dalam ditemui terdampar oleh seorang penduduk di pantai Kampung Sungai Mengkuang, di sini, kira-kira jam 5.15 petang tadi.
Penduduk, Azmi Mahmood, 44, berkata, dia diberitahu oleh seorang wanita bersama anak perempuannya bahawa mereka melihat satu objek terdampar yang kelihatan seperti mayat manusia di tepi pantai berkenaan sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk kepastian dengan melihat lebih dekat objek tersebut.
Bagaimanapun, cubaan beliau untuk untuk merapati dan melihat objek berkenaan dengan lebih dekat yang jaraknya kira-kira 100 meter dari pantai gagal kerana keadaan lumpur tebal.
“Setelah mengharungi lumpur pantai kira-kira 50 meter saya mula terhidu bau busuk serta dapat melihat dengan jelas mayat seorang lelaki hanya berseluar dalam terdampar di pantai.
“Saya segera berpatah balik untuk menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Susulan daripada itu, sepasukan anggota penyelamat diketuai Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Husin bersama enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu membawa mayat itu ke pantai.
“Pasukan penyelamat menghadapi sedikit kesukaran untuk menghampiri mayat itu dan operasi membawa naik mangsa ke pantai memakan masa kira-kira setengah jam kerana terpaksa mengharungi lumpur hingga ke paras pinggang untuk sampai ke lokasi,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkepli Hashim berkata, keadaan mayat tanpa sebarang dokumen berkenaan yang ditemui sudah berbau dan berulat dipercayai mati lebih tiga hari seterusnya menyukarkan proses pengecaman.
“Setakat ini identiti mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun masih belum dapat dikenalpasti dan dipercayai warga asing (Thailand) berdasarkan tanda tatu yang terdapat pada tubuh si mati,” katanya.
Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. - Sinar Harian Online

KUALA TERENGGANU – Tidak pernah serik! Dua beradik yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama lima lelaki di dalam sebuah bilik hotel sekali lagi dicekup penguat kuasa selepas didapati tinggal sebumbung dengan seorang peniaga, kelmarin.
Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 tahun itu menerima padah apabila diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas dua beradik berkenaan mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.
Dua beradik itu bersama seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai peniaga mengaku bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah rumah di Kondo Rakyat, di sini, 27 Januari lalu.
Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 10.45 pagi.
Ketika sampai, pintu rumah serta tingkap berkunci sebelum dibuka seorang lelaki dan hasil pemeriksaan, mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram.
Sebelum ini, satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah bagi menahan dua beradik itu selepas keduanya gagal hadir ke mahkamah.
Kedua mereka sebelum ini turut didakwa melakukan khalwat bersama lima lelaki berusia antara 19 hingga 22 tahun di dalam sebuah bilik hotel, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi pada 7 Jun 2013.
Bagi setiap pertuduhan, Kamalruazmi mengarahkan dua beradik berkenaan menjalani hukuman enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor, bagaimanapun beliau membenarkan hukuman itu berjalan serentak.
Dua rakan lelaki tertuduh masing-masing berusia 19 dan 21 tahun sudah pun menjalani hukuman sementara satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tiga lagi tertuduh selepas gagal hadir ke mahkamah.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu. – SINAR HARIAN

DI negara China, berjuta-juta rakyatnya bakal bergerak beramai pulang ke kampung untuk menyambut bersama-sama perayaan itu bersama keluarga di kampung di kawasan pedalaman China.
Di sana, perjalanan untuk pulang ke kampung halaman memakan masa puluhan jam untuk sampai ke destinasi.
Di blog serius, dikongsikan beberapa foto menunjukkan keadaan di sebuah gerabak keretapi di China selepas satu perjalanan selama 30 jam.

Kelihatan longgokan sampah yang banyak dikumpulkan dalam gerabak keretapi di sana ekoran penumpang yang ramai.
Sampah berkenaan adalah yang berada dalam keretapi L426 perjalanan dari Shenzhen ke Zhenzhou pada 22 Januari lepas.
Kementerian Pengangkutan China menganggarkan sebanyak 3.62 bilion perjalanan akan dibuat di seluruh China selama kira-kira 40 hari sepanjang musim percutian sempena perayaan musim bunga.

IPOH – Seorang penunggang motosikal maut dan anggota badannya hancur selepas terbabit dalam kemalangan dipercayai dengan kenderaan berat sebelum diseret sejauh lebih 40 kilometer, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, serpihan daging dan motosikal mangsa jenis Honda EX5 ditemui di Kilometer 274.2 arah Selatan kira-kira 800 meter ke susur keluar Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Ipoh.
Serpihan daging dan sebahagian tangan serta kaki mangsa kemudian turut ditemui Kilometer 317 kawasan Tapah arah Selatan.
Pemeriksaan melalui nombor pendaftaran motosikal yang ditemui, mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Mahmud, 25, beralamat di Lot 15 Kampung Majidi, Serdang, Kedah yang dalam perjalanan dari kampungnya ke tempat kerja di kilang PROTON di Tanjung Malim, dekat sini.
Ketika kejadian keadaan cuaca baru lepas hujan dan jalan licin.
Difahamkan ibu mangsa sudah dimaklumkan mengenai kemalangan ngeri itu. – HARIAN METRO

Kisah negara terkecil di dunia dengan keluasan 21 kilometer persegi | Republik terkecil di dunia dengan keluasan 21 kilometer persegi dan hanya 10,000 warganegara iaitu Kepulauan Nauru yang terletak di Lautan Pasifik telah memecat satu-satunya magistret negara itu - seorang warga Australia - dan menghantarnya pulang ke negara asalnya dengan serta merta. 

Dalam perkembangan yang berkaitan, kerajaan negara itu juga turut membatalkan visa ketua hakim negara tersebut - juga seorang warga Australia ketika dia sedang bercuti di negara asalnya - menyebabkannya tidak dapat kembali bertugas. Magistret Peter Law, tidak diberikan sebarang isyarat atau indikasi mengenai pemecatannya itu.

Ketua Hakim Nauru, Geoffrey Eames yang visanya pula dibatalkan, menyifatkan tindakan tersebut ada kaitan dengan kepentingan politik. Eames sebelum ini telah mengeluarkan satu injunksi ke atas Presiden Nauru, Baron Waqa dalam usahanya untuk menghalang pemecatan Law tetapi kemudiannya mendapati yang visanya telah dibatalkan sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang untuk kembali ke kepulauan itu.

Seorang kakitangan di Jabatan Penerangan Nauru ketika dihubungi oleh agensi berita AFP diberitahu yang kontrak Law telah ditamatkan berkuatkuasa serta merta tanpa menyatakan apakah alasan di atas pemecatan tersebut. Mahkamah Magistret Nuaru telah dijadualkan untuk mendengar kes 40 orang pemohon suaka politik yang didapati melancarkan rusuhan ketika ditahan di pusat tahanan penyeludupan dan pemerdagangan manusia minggu ini. Adalah tidak pasti sama ada pemecatan magistret tersebut mempunyai kaitan dengan kes perbicaraan 40 pemohon suaka politik itu.-AP
Selain tempat yang cantik dan menenangkan, tempat yang pelik dan menakutkan juga sebenarnya menjadi tarikan pelancong. Contoh tempat yang dikatakan berhantu dan tempat yang punya sejarah mengerikan.
 
Jadi, kali ini Teacher Muja dengan penuh berat hati dan kegusaran ingin berkongsi dengan para pembaca semua 10 tempat tarikan pelancong paling pelik dan menakutkan yang wujud di dunia ini. Harap tidak mengganggu tidur malam korang semuanya.

Mutter Museum of Medical History, Philadelphia)



Mutter Museum of Medical History di Philadelphia adalah sebuah muzium pathologi yang dipenuhi dengan peralatan medikal, dan barangan pameran biologi. Muzium ini sangat terkenal dengan koleksi tengkorak yang sangat besar.

Truk Lagoon, Micronesia


Banyak tentera laut Jepun sekarang terdampar di dasar Truk Lagoon di Micronesia, di barat daya Hawaii. Perairan ini dipenuhi dengan bangkai kapal perang dan pesawat pengangkut udara, yang tenggelam pada tahun 1944 yang sekarang dibuka untuk para penyelam.

Sonora Witchcraft Market in Mexico City, Mexico




Kedai Sonora dibuka setiap hari untuk mereka dari Mexico City dan pelancong dari jauh yang datang semata-mata untuk menilik nasib dan berhajat untuk kehidupan yang lebih baik. Tempat ini juga menjadi kegemaran mereka untuk membeli barang-barang ‘hikmat’ seperti darah ular orok-orok dan burung kelicap kering untuk nasib baik.

Easter Island, Chile


Salah satu daripada tempat yang paling misteri dalam dunia ini adalah Easter Island atau Pulau Easter, dengan patung batu besar yang dipotong, tertanam di dalam tanah beribu-ribu tahun. Patung-patung gergasi itu seperti merenung ke langit, dalam kekesalan dengan kesalahan mistik yang dilakukan.

Manchac Swamps, Louisiana


Bot yang membawa para pelancong, terapung melalui paya dalam cahaya lampu suluh yang diselubungi oleh pokok-pokok tua yang tinggi dan lumut yang panjang tergantung ke bawah daripada dahan-dahan. Paya Manchac juga dikenali sebagai ‘Paya Hantu’.

Paris Catacombs, France




Tulang dan tengkorak disimpan pada kedua-dua belah sesuatu yang kelihatan seperti dinding dalam gudang ini. Udara di sini kering dan hanya ada sedikit tanda-tanda reputan. Terdapat juga surat-surat yang secara amnya bertarikh dari zaman Revolusi Perancis, yang mempunyai bendera raja dan orang ternama. Panjangnya mencecah 187km di bawah seluruh bandar dan hanya sedikit bahagian dibuka untuk orang awam.

Winchester House, San Jose, California


Dikatakan yang hantu yang gilakan seorang perempuan yang bernama Sarah tinggal di 160 buah bilik di Rumah Winchester, San Jose, California. Disebabkan rumah itu dibuka untuk orang awam, terdapat laporan yang tidak henti-henti tentang kejadian-kejadian aneh. Hinggakan pelancong yang pada mulanya tidak mempercayai hantu, terkejut dengan apa yang ada di dalam rumah ini.

Mary King’s dead-end, Edinburgh


Beberapa batang jalan dengan sejarah hitam yang tersembunyi di bawah Old Town zaman pertengahan di Edinburg. Tempat itu adalah tempat mangsa tulah dikurung dan ditinggalkan untuk mati semasa abad ke XVII yang cukup terkenal dengan mereka yang pengecut. Baru-baru ini, ia dibuka untuk para pelancong, yang diserang dengan cerita tentang semangat dan makhluk ghaib.

Occult Abbey of Thelema, Sicily


Aleister Crowley mungkin salah satu ilmu ghaib yang paling dibenci di dunia dan rumah
Aleister Crowley – is perhaps one of most odious occultists in the world, and this stone farm house filled with dark pagan wall-paintings, once was the cosmopolis of satanic orgies. At least, it was considered to be such in 1920-s. Crowley is known because of his fans, such as Marilyn Manson. Tourists, apt to esotericism can wander there and thrill themselves.

Chernobyl, Ukraine



Tourists, coming to Ukraine, in the abandoned city of Pripyat, find themselves in the exclusion zone. Here, all the stuff is left in hurry in that horrible 1986, when Chernobyl NPP accident made thousands of people leave their homes forever.


Delhi – Wanita tertinggi di dunia akhirnya akan berhenti `membesar’ selepas doktor berjaya membuang tumor di dalam otaknya, dalam usaha menyelamatkan nyawa wanita tersebut.
Siddiqa Parveen, yang mempunyai ketinggian 7 kaki 8 inci, terpaksa melalui perjalanan sejauh 1,000 batu dari kampungnya di West Bengal ke Delhi bagi menjalani pembedahan berkenaan.

Dia yang mengalami pembesaran luar biasa akibat tumor tersebut juga berdepan dengan masalah tulang belakang dan kehilangan penglihatan.

Terdapat keretakan di bahagian tulang belakangnya dan dia juga tidak boleh berdiri tegak sejak beberapa tahun lalu dan jika berat badannya bertambah, kemungkinan tulang itu akan patah.

Menurut pakar bedah Dr Ashish Suri, dari All India Institute of Medical Sciences, tumor itu telah dibuang menerusi hidungnya dengan menggunakan endoscope.
Jelasnya, memandangkan tubuh Siddiga sangat besar, maka pihak hospital terpaksa menyediakan meja pembedahan yang besar .

Meskipun mengalami kehilangan darah semasa pembedahan, namun dia berada dalam keadaan stabil.

Ketinggian luar biasa itu membolehkan nama Siddiqa tercatat dalam Guinness Book of Records sebagai wanita paling tinggi di dunia.
Dia kini dipindahkan ke wad biasa namun masih dalam pemerhatian.

Selain masalah tumor itu, Siddiqa juga memencilkan dirinya sekian lama, justeru dia perlu menjalani kaunseling bagi membolehkannya bergaul semula dengan orang ramai.


KIRA-KIRA 10 bulan lalu, dirinya ditimpa musibah apabila suaminya, Allahyarham Asisten Superitendan Zulkifli Mamat, anggota VAT69 gugur dalam pertempuran menentang pengganas di Lahad Datu, Sabah.

Masih terbayang-bayang lagi tangisan Noor Ziah Noor, 28, sewaktu berhadapan dengan dugaan yang begitu besar tatkala dia mempunyai dua anak kecil yang masih dahagakan kasih-sayang seorang ayah.

Lebih memilukan lagi, pada waktu itu, dia baru sahaja mengandungkan anak ketiga hasil perkongsian hidup dengan arwah Zulkifli.

Bagaimanapun, kesedihan Noor Aziah Noor, 28, sedikit terubat apabila bayi lelaki itu dilahirkan pada Oktober tahun lalu.

Namun, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari apabila Noor Aqib Syahid yang baru berusia tiga bulan disahkan terkena jangkitan kuman pada paru-parunya pada pertengahan bulan ini.

Ketika ditemui pihak Mynewshub di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras hari ini, Aziah memaklumkan bahawa anaknya sebelum ini sudah pun menerima rawatan di sebuah hospital di Perlis.

Dia mula dimasukkan ke wad pada 16 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 22 Januari. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, saya lihat keadaannya kembali tidak sihat. 

Aqib kelihatan penat dan nafasnya agak laju daripada biasa sehingga menyebabkan saya terpaksa membawanya kembali ke hospital. Bayi saya kemudiannya ditahan semula di wad berkenaan sehinggalah 26 Januari lalu.

“Semalam, saya membawanya ke HUKM memandangkan saya perlu menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Op Daulat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Ia sekaligus memudahkan saya untuk menjaganya di sini selain mahukan rawatan yang terbaik untuk anak saya. Pada masa yang sama,  hospital ini mempunyai ramai pakar yang mungkin boleh membantu dalam memulihkan kesihatan Aqib,” katanya.

Ditanya keadaan terkini bayi itu, Aziah menjelaskan Aqib kini dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan rawatan dan perhatian rapi.

“Saya cuma berharap agar anak saya kembali pulih seperti sediakala dan memohon agar orang ramai sudi mendoakan yang terbaik untuk kesihatan anak saya,” ujarnya tenang ketika mengakhiri perbualan.