Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Tidak seperti segelintir artis yang mencari publisiti dengan gossip panas, pemilik nama sebenar Norliana Samsudin atau lebih mesra dipanggil Yana ini jarang sekali disentuh mengenai kisah-kisah peribadinya.
Minggu lalu, peminat industri hiburan tanah air disajikan dengan berita Yana sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya dan sudah bersedia untuk bergelar isteri.
Apa yang menjadi persoalan disini, adakah syarikat pengurusan MIG yang diterajui oleh David Teo akan menghalang Yana untuk berkahwin?
Kata Yana, syarat yang ditetapkan oleh syarikat pengurusan MIG bukanlah menjadi penyebab dirinya masih solo dan tidak berkahwin hingga kini.
Sebenarnya itu bukanlah menjadi penyebab utama saya masih lagi solo. Saya akui sudah bersedia menamatkan zaman bujang, namun belum berjumpa jodoh yang sesuai lagi.
Terbaru, peminat-peminat Yana akan dapat melihat Yana beraksi dalam Fear Factor Malaysia yang akan bersiaran di Astro Ria bermula 15 Februari ini.
[Wow] - Kisah Artis

Grafiti di dinding menjadi hal yang biasa , namun bagaimana jika tubuh
dijadikan media grafiti ? Sebuah blog bernama Shriiimp: Graffiti On
Girls mempunyai potret ribuan wanita yang rela tubuhnya dilukis.
Awalnya Shriiimp ini didirikan oleh seniman grafiti Vince Prawns pada 2005 kini ia sudah mempunyai 60 ribu penggemar.
Ribuan perempuan mengupload potret yang provokatif tapi artistik . Ada
grafiti dibuat di bahagian tubuh tertentu , ada pula yang dibuat di
seluruh tubuh mereka . " Ketika saya memulakan Shriimp pada 2005 , saya
tidak membayangkan akan menjadi trend dan sangat menggila , " ujar
Prawns seperti dilansir dari Daily Mail .
Konsep dasarnya sederhana , yakni seniman grafiti melukis teman wanitanya . " Laman ini benar - benar untuk gambar grafiti para gadis . "
" Ada risiko besar apabila anda melakukan grafiti di jalan , tapi jika dengan seorang gadis jauh lebih baik , " kata Prawns .
Pelbagai

Penemuan serpihan fosil tumbuhan kuno yang direkodkan setakat ini ialah daripada tujuh genus membabitkan bahagian daun, bunga, akar, buah dan batang yang terawet di bumi Paya Peda sedalam kira-kira 150 meter sebelum ditemui baru-baru ini.
Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Datuk Yunus Abd Razak yang menganggapnya sebagai kejayaan istimewa berkata penemuan itu merupakan satu sejarah baharu yang amat penting kerana ia dapat menentukan usia negara ini di samping kaitannya dengan kewujudan negara-negara di Asia sebelumnya.
Katanya penemuan yang begitu penting kepada ahli geologi di Malaysia ini menunjukkan bukti kukuh bahawa sebahagian timur Semenanjung Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Selatan China dahulunya merupakan satu benua dinamakan Cathaysian.
Jelasnya fosil tumbuhan kuno itu mula ditemui oleh seorang pembantu jurutera kaji tanah sebuah syarikat perunding yang melakukan kerja tanah di tapak Ampangan Paya Peda pada awal tahun 2012 sebelum beliau melaporkannya kepada JMG.
“Pegawai JMG yang membuat siasatan mengesahkan penemuan fosil tumbuhan berkenaan sebagai genus tumbuhan purba yang kini telah pun pupus dari permukaan bumi negara sekarang”, katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan ke lokasi penemuan bersama pegawai dan juga anggota media di sini semalam.
Turut sama dalam lawatan itu termasuk pakar kaji bumi dan juga pakar fosil, Profesor Shafeea Leman dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Pengarah JMG Terengganu Mohd Zukree Abd Ghani serta pegawai kanan dari JMG Terengganu dan Kelantan.
Antara genus yang ditemui setakat ini ialah dari jenis dedaun yang dikenali dengan nama saintifiknya Pecopteris, Tinggia, Lepidodendron, Sigillaria, Sphenophyllum, Neurotepris dan Cordaites selain bahagian bunga atau organ pembiakan dikenali sebagai Lepidostrobos, bahagian akar (Stigmaria) dan batang (Artisia horizontallis).
Yunus percaya ada lebih banyak lagi jenis tumbuhan yang bakal ditemui apabila pihaknya menjalankan kerja-kerja menggali dengan lebih giat di tapak berkenaan dan kawasan sekitarnya kelak.
Dengan penemuan itu JMG akan mengambil langkah awal mewartakan kawasan itu di samping memagar kawasan terbabit bagi mengelakkan ia dirosakkan.
Katanya JMG akan bekerja dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bagi memastikan setiap kerja berkaitan penerokaan fosil tumbuhan kuno ini dapat diteruskan dan tidak tergendala.
Yunus berkata sehingga kini Terengganu merekodkan 23 lokasi sebagai sumber warisan geologi di mana dua daripadanya diberikan penataran luar biasa iaitu di Bukit Keluang dan Bukit Bewah tetapi penemuan di Paya Peda lebih istemewa kerana wujudnya kepelbagaian genus fosil tumbuhannya.
Berbanding dengan beberapa kawasan lain yang pernah ditemui fosil tumbuhan kuno sebelum ini seperti di Gunung Panti, Johor, Gunung Gagau, di sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang, fosil yang terdapat di Paya Peda dianggap yang asli kerana ia tumbuh dan berasal dari kawasan itu dan bukan dipindahkan dari tempat lain.
Katanya kajian pihaknya mendapati kawasan Paya Peda pada satu ketika dahulu merupakan kawasan paya rendah yang akhirnya menjadi berlapis-lapis dengan keadaan tanah yang tinggi dan rendah ekoran proses pemampatan.
Beliau berharap kawasan itu terpelihara dan boleh dijadikan sebagai kawasan kajian oleh pengkaji bumi dari seluruh dunia dan untuk dilawati kanak-kanak sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) .- Bernama
[Wow] - Berita Tempatan
Ini
adalah baju dalam wanita yang canggih untuk wanita. Bra 'true love
tester' adalah pakaian dalam pertama di dunia hasil direka cipta yang
bertujuan untuk wanita. Ravijour, syarikat yang menghasilkan produk aneh
ini, mengatakan bahawa bra revolusioner ini tahu bagaimana apa yang
dirasakan oleh perempuan.
Bra tidak akan dapat terbuka tanpa "cinta sejati" dan akan terbuka dengan sendirinya setelah mencari seseorang yang istimewa. Bra ini mempunyai built-in sensor yang mengukur denyut jantung pemakainya.
Data yang dikumpul oleh sensor dihantar ke aplikasi khusus di telefon bimbit. Aplikasi kemudian menganalisis denyut jantung pemakainya. Jika denyut jantung si pemakai mencapai batas yang telah ditentukan, bra akan terbuka dengan sendirinya.
Cool
Mendengar berita teman baiknya, pelakon
dan pengacara Scha Al-Yahya kini sudah hamil, Lisa Surihani antara orang
yang paling gembira.
Malah dedah Lisa, sebelum khabar tersebut sampai ke pengetahuan umum lagi, heroin Istanbul Aku Datang ini sebenarnya sudah pun dimaklumkan terlebih dahulu oleh suami Scha sendiri iaitu Awal Ashaari.
“Awal ada beritahu saya tapi masa tu dia
dengan Scha belum betul-betul pasti lagi dan tak bersedia nak kongsi
berita tu dengan peminat. Tapi bila mereka dah beritahu pada umum,
sebagai teman baik saya sangat gembira untuk mereka”, katanya kepada
Malaysian Digest.com ketika ditemui baru-baru ini.
Justeru kata Lisa, sebagai seorang
isteri dia pun mengharapkan gilirannya melalui saat gembira seperti Scha
mahupun wanita lain yang pernah hamil akan tiba satu hari nanti. Siapa
yang tidak mahukan zuriat, namun mungkin belum rezeki dia dan suaminya.
Begitupun, menurut Lisa dia tidak kisah
dengan pertanyaan ramai tentang bila lagi mereka suami isteri mahu
menimang cahaya mata. Cuma dia berasa kecil hati bila ada beberapa
pertanyaan diajukan padanya sehingga menyentuh soal yang terlalu
peribadi.
“Saya tak kisah kalau orang kerap
bertanya, bila lagi, bila lagi…? Ini semua kuasa Allah. Mungkin belum
rezeki kami. Tapi saya tak boleh terima bila ada soalan-soalan daripada
orang sekeliling yang sampaikan menyentuh hal yang terlalu peribadi.
“Saya tak faham kenapa mereka tak
sensitif dan tak menjaga perasaan orang lain. Cubalah mereka letakkan
diri mereka dalam situasi saya. Bukan kami tak berusaha, tapi tidaklah
sampai kami perlu berkongsi tentang perkara itu pada umum.
“Disebabkan soalan-soalan yang sensitif
itu, membuatkan saya asyik terfikir walhal saya dan suami, kami okay
saja. Sebab itu saya luahkan rasa kesal dengan sikap beberapa pihak itu
di Instagram baru-baru ni, mujur ramai yang menyokong saya dan saya rasa
lega”, tuturnya yang hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan
pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim.
Dalam pada itu menyentuh mengenai perkembangan karier, Lisa kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Cicakman The Movie 3.
Beritahu Lisa, pada awalnya timbul juga
rasa bimbang untuk bekerja dibawah arahan suaminya. Namun sehingga kini
semuanya berjalan lancar.
Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
“Mulanya risau juga nak kerja dengan
Yusry sebab saya ni manja, takut nanti kalau kena marah, saya terasa
hati. Tapi bila di set, okay pula. Kami profesional.
“Setiap kali masuk set, dia akan panggil saya dengan nama watak saya iaitu Linda. Tapi ada sekali tu dia tersasul panggil sayang
kemudian cepat-cepat dia tukar dan panggil saya Linda. Lucu pula
rasanya”,katanya yang sebelum ini pernah berlakon bersama dengan Yusry
menerusi filem Ular.
Cuma, cabaran yang dihadapi ialah apabila dia perlu menahan gelak apabila perlu berlakon dengan Zizan.
“Tapi cabaran utamanya, saya kena tahan
gelak setiap kali berlakon dengan Zizan. Tengok mukanya saja saya dah
nak tergelak padahal karakter saya ialah seorang yang serius”, ujarnya
yang memengang watak isteri kepada Zizan dalam filem berkenaan.
Perkembangan lain, selepas penggambaran
Cicakman, Lisa bakal menjayakan sebuah filem arahan Osman Ali. Namun
buat masa ini judul dan jalan cerita filem yang khabarnya turut
melibatkan pelakon dari Singapura dan Indonesia itu masih dirahsiakan. – Malaysian Digest
[Wow] - Kisah Artis
London: Sebuah jawatankuasa parlimen meminta keluarga diraja Britain
mengurangkan kos dan meningkatkan pendapatan selepas simpanan tunai
institusi itu mencatat rekod paling rendah iaitu £1 juta (RM5.5 juta).
Mengikut laporan jabatan akaun awam, keluarga diraja dicadang
merancang perbelanjaan dengan lebih baik bagi memastikan mereka
mempunyai simpanan mencukupi untuk menampung sebarang kejadian yang
tidak dijangka Ratu Elizabeth.
Dana simpanan itu yang direkodkan
sebanyak £35 juta (RM193 juta) pada 2001 berkurangan sedikit demi
sedikit disebabkan perbelanjaan berlebihan.
Pengerusi
jawatankuasa itu, Margaret Hodge turut mengkritik Perbendaharaan britain
kerana gagal membuat semakan terhadap perancangan dan pengurusan
kewangan keluarga diraja sedangkan banyak peluang untuk membantu mereka
meraih pendapatan lebih dan mengurangkan kos serta perbelanjaannya.
Katanya, tahun kewangan lalu menunjukkan peningkatan dalam pendapatan
mereka namun menganggap masih banyak yang boleh dilakukan.
“Kami percaya pengurusan yang lebih baik mampu memastikan lebih banyak kos dikurangkan.
“Keluarga Diraja juga perlu menangani masalah penyelenggaraan beberapa estet miliknya yang agak kurang terpelihara,” katanya.
Global

Dubai: Walaupun menghidap autisme Johann Mendes tetap istimewa kerana
mampu mengingati tarikh lahir hampir semua rakan sekelas, guru dan
kakitangan sekolahnya.
Dengan kelebihan itu Mendes sedang membuat persediaan mencatat nama
dalam Buku Rekod Guinness bagi membuktikan penghidap autisme juga mampu
melakar kejayaan besar.
Menariknya, Mendes mahu memecahkan rekod
dalam tiga kategori sekali gus - paling banyak mengingati tarikh lahir,
bendera negara dan ibu negara dalam tempoh seminit.
Ibunya, Judy berkata, kelebihan Mendes disedari sejak dia berusia enam tahun.
“Mendes sangat tertarik kepada kalendar dan menghabiskan masa dengan membaca, melukis dan menyalin tarikh yang ada,” katanya.
Di peringkat awal, kata Judy, dia tidak memberi banyak perhatian kepada
hobi Mendes sehinggalah pada satu hari bapa saudara remaja terbabit
mula bertanya tarikh lahir keluarga mereka.
“Kami semua terkejut kerana Mendes menyebut tarikh lahir itu dengan betul,” katanya.
Sejak itu, kata Judy, bakat Mendes berkembang kepada meneka hari seseorang itu lahir - sama ada pada masa silam atau akan datang - berdasarkan tarikh lahir mereka.
Sejak itu, kata Judy, bakat Mendes berkembang kepada meneka hari seseorang itu lahir - sama ada pada masa silam atau akan datang - berdasarkan tarikh lahir mereka.
Ditanya mengenali kelebihannya, Mendes berkata, dia hanya menghafal kalendar.
“Segalanya ada dalam kepala,” katanya.
Untuk mencatat rekod Mendes mesti menamakan lebih 50 ibu negara dunia dalam tempoh 60 saat dan mengenal pasti lebih 77 bendera dalam tempoh sama. - Agensi
Global

London – Seseorang “gagalis” yang sukar
mendapat kekasih mungkin bukan sekadar perlu menilai diri sendiri,
sebaliknya wajar melihat kepada kereta yang dipandu.
Satu kaji selidik mendapati tarikan seseorang boleh dipengaruhi jenis kenderaan dimiliki.
Menurut laman web Insure.com, wanita
berpendapat lelaki memandu trak Ford hitam lebih menarik, manakala
lelaki melihat wanita yang memandu BMW ‘sports’ merah sebagai lebih
menawan.
Kaji selidik membabitkan 2,000 wanita
dan lelaki berkenaan melihat jenis, jenama dan warna kenderaan yang
dipandu orang yang dikategorikan menarik.
Sehubungan itu, wanita rata-rata menganggap pemandu pikap sebagai paling menarik iaitu sebanyak 32 peratus diikuti:
• Sports (27 peratus)
• SUV (16 peratus)
• Sedan (11 peratus)
• Hibrid (9 peratus)
• Trak UPS (4 peratus)
• Van (2 peratus)
Sementara itu, jenama paling dikaitkan
dengan daya tarikan terhadap lelaki adalah Ford (16 peratus), Chevrolet
(13 peratus) dan Porsche (11 peratus).
Di samping itu, wanita turut meminati
hitam (53 peratus) sebagai warna untuk lelaki menarik diikuti perak (16
peratus) dan merah (13 peratus).
Bagi kaum lelaki pula, mereka menganggap
wanita yang memandu kereta ‘sports’ sebagai paling menarik (39 peratus)
diikuti Sedan (22 peratus); SUV (20 peratus); pikap (10 peratus);
hibrid (6 peratus) dan van (4 peratus).
Mereka turut menganggap wanita paling menarik jika memandu:
• BMW (16 peratus)
• Mercedes (14 peratus)
• Porsche (10 peratus)
Informasi
Cool

Kuala Lumpur: Akibat gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar
apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki
berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan
lebam di beberapa anggota badan, kelmarin.
Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan
Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat
mengandung itu.
Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan
anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga
serta pipi.
Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.
Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.
“Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak
mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan
aktif.
[Wow] - Berita Tempatan
Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.
Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi Dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.
Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kainkapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.
Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah.
Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning Dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.
“He, Ada lagi najis”, kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.
“He, kenapa tak cukup. Takkan salah potong”, saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami sediakan itu tidak muat.Kami berdua sama-sama bingung Dan bertanya-tanya di mana silapnya.
Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan Dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu dan mendapatinya cukup 24 ela.
Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi.. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.
Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang Ada . Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat besar bilamendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk Cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.
Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.
Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir.Ketika jenazah diturunkan,liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki.Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?
Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega.
Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.
Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.
Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk – suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.
Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an.. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.
“Bersih betul mayat ini”, saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi. Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.
Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ketanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.
Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamat didunia dan akhirat.
Rencana

Agnes Monica menyiarkan fotonya bersama penyanyi legenda Amerika Syarikat Stevie Nicks saat hadir di acara anugerah Grammy Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat. twitter.com / agnezmo
Agnes Monica
berpose bersama Corinne Bishop, putri dari pelawak dan penyanyi Amerika
Syarikat, Jamiex Foxx saat hadir di acara anugerah Grammy Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat. twitter.com / agnezmo
Agnes Monica
menyiarkan fotonya bersama Mark Pitts ke media sosial Twitter milinya
saat hadir di acara anugerah Grammy Awards di Los Angeles, Amerika
Syarikat. twitter.com / agnezmo
Agnes Monica berpose bersama Clive Davis iaitu seorang American record producer and music industry executive yang disiarkan ke media sosial Twitter miliknya saat hadir di acara anugerah Grammy Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat. twitter.com / agnezmo
Agnes Monica bertemu dengan American music executive saat hadir di acara anugerah Grammy Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat. twitter.com / agnezmo
Foto Agnes
Monica bersama penyanyi dan pembuat lagu, Robert Sylvester Kelly saat
hadir di acara anugerah Grammy Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat.
twitter.com / agnezmo
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
















Recent Comments