Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Hong Kong: Seorang jutawan tempatan menggandakan jumlah tawaran wang
kepada mana-mana lelaki yang berjaya menambat hati anak perempuannya
yang lesbian untuk berkahwin.
Tawarannya sebanyak HK$500 juta (RM215 juta) yang dibuat tahun lalu sudah menarik minat 20,000 calon dua tahun lalu.
Cecil Chao, 77, mengikut laporan The Edge Malaysia, menggandakan tawaran itu kepada RM433.1 juta kepada lelaki yang berjaya menawan hati anaknya, Gigi.
“Saya tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi kehidupan anak
saya. Saya cuma mahu dia berkahwin dengan baik dan mendapat anak yang
bakal mewarisi perniagaan saya,” kata Chao Tetapi tindakan Chao membuat
tawaran untuk mencari jodoh buat anaknya menyebabkan Gigi dan
“pasangannya” Sean Eav kecewa.
“Saya tidak yakin tawaran itu akan menemukan saya dengan lelaki idaman saya,” kata Gigi kepada sebuah media tempatan.
“Saya lebih gembira dan berbaik dengan lelaki yang sanggup menderma kepada badan kebajikan saya dan yang penting, mereka tidak kisah saya sudah mempunyai ‘isteri’. “Terakhir sekali, terima kasih ayah, saya sayang ayah juga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Gigi dilaporkan hampir mengahwini Eav - pasangannya selama sembilan
tahun - dalam satu majlis di Perancis pada awal 2012, kerana perkahwinan
sesama jantina tidak diiktiraf di Hong Kong.
Tawaran Chao yang mendapat perhatian seluruh dunia sebelum ini gagal mengubah pendirian Gigi mengenai cara hidupnya.
Gigi memberitahu media, tindakan ayahnya itu melambangkan betapa besar kasih sayang ayahnya terhadapnya.
Pengarah filem dari Britain, Sacha Baron dilaporkan sedang menyiapkan sebuah filem berdasarkan kisah Chao dan Gigi. - AFP
Global
Teluk Intan: Seorang penjenayah berbahaya yang dikehendaki polis
kerana jenayah berat termasuk kes bunuh, ditembak mati ketika cuba
melarikan diri di Taman Koperasi di sini, petang semalam.
Dalam kejadian 5 petang itu, suspek yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi dikesan di Kampung Banjar sebelum pasukan Cantas Bahagian Jenayah Berat D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak mengarahkan lelaki itu berhenti untuk pemeriksaan.
Bagaimanapun, suspek bertindak melarikan diri sebelum terbabas di
Lorong Berlian 2 Taman Koperasi ketika cuba dipintas kereta dinaiki
anggota polis.
Suspek bagaimanapun bertindak keluar dari kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis.
Susulan itu, anggota polis membalas tembakan balas menyebabkan penjenayah terbabit maut serta-merta di lokasi kejadian.
Pihak polis kemudian menemui sepucuk pistol model Norinco pada badan suspek selain bungkusan dadah disyaki ganja.
Suspek berusia 30 tahun mempunyai 11 rekod jenayah dengan lima rekod dikehendaki polis.
Pihak polis kemudian menemui sepucuk pistol model Norinco pada badan suspek selain bungkusan dadah disyaki ganja.
Suspek berusia 30 tahun mempunyai 11 rekod jenayah dengan lima rekod dikehendaki polis.
[Wow] - Jenayah

Wajahnya memang nampak jauh berbeza berbanding pada awal kemunculannya dalam bidang seni tempatan dulu.
Bukan saja tampil lebih berseri dan menyerlah, perubahan wajahnya
juga begitu ketara dengan bentuk hidungnya nampak lebih mancung.
Perubahan pada wajah pelakon popular Yana Samsudin itu turut menimbulkan
pelbagai spekulasi, sekali gus ada pihak yang mendakwa dirinya
melakukan pembedahan kosmetik.
Bermula dengan dirinya menjadi tumpuan ramai pada majlis Anugerah Skrin 2013, kemunculan Yana di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG Production yang berlangsung di Seksyen 14, Shah Alam turut mencuri tumpuan ramai.
Bermula dengan dirinya menjadi tumpuan ramai pada majlis Anugerah Skrin 2013, kemunculan Yana di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG Production yang berlangsung di Seksyen 14, Shah Alam turut mencuri tumpuan ramai.
Terbaru, kehadiran Yana sekali lagi menjadi tumpuan lensa jurugambar
pada majlis pengumuman barisan finalis Anugerah Bintang Popular Berita
Harian 2013 (ABPBH) yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala
Lumpur di sini, kelmarin.
Semuanya kerana pihak media dan jurugambar ingin merakamkan wajah ‘barunya’ yang hangat diperkatakan ketika ini.
[Wow] - Berita Tempatan

Perai: “Saya terkejut dan tak sangka mangsa kemalangan itu ahli
keluarga sendiri,” kata Azmi Abdul Rahim, 41, yang juga abang saudara
kepada Radzuan Idris, 31, yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer
4.5, Jambatan Pulau Pinang, arah pulau jam 8.30 pagi semalam.
Mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Teluk Bahang
meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Menurut Azmi, mangsa tinggal di Penanti, Bukit Mertajam dan ketika
kejadian mereka dalam perjalanan ke tempat kerja di Teluk Bahang.
“Kami dalam perjalanan ke tempat kerja sama dengan menaiki motosikal secara berasingan dan saya tertinggal di belakang.
“Kami dalam perjalanan ke tempat kerja sama dengan menaiki motosikal secara berasingan dan saya tertinggal di belakang.
“Dari belakang saya lihat ada kemalangan berlaku, namun tidak menduga Radzuan yang terbabit dalam kemalangan itu,” katanya.
[Wow] - Berita Tempatan

Butterworth: Seorang wanita menerima lebih 80 jahitan selepas
dipercayai ditetak dengan parang oleh seorang lelaki yang cuba
menyamunnya dalam kejadian berhampiran sebuah pusat beli-belah di
Seberang Jaya di sini, 11 Januari lalu.
Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa mengalami kecederaan pada ibu
jari tangan kiri, perut, lengan kanan dan paha, namun dilaporkan stabil
selepas menerima rawatan kecemasan.
Tetakan secara rambang itu turut menyebabkan beberapa urat pada tangan
dan jari mangsa putus menyebabkan anggota badan berkenaan tidak boleh
digunakan secara normal dan mengambil masa untuk sembuh.
Menceritakan detik cemas itu, mangsa, Ang Chin Ting, 56, berkata, ketika kejadian dia memandu kenderaan pacuan empat roda miliknya seorang diri untuk ke pusat beli-belah berkenaan bagi menempah cermin mata.
Menceritakan detik cemas itu, mangsa, Ang Chin Ting, 56, berkata, ketika kejadian dia memandu kenderaan pacuan empat roda miliknya seorang diri untuk ke pusat beli-belah berkenaan bagi menempah cermin mata.
Dia yang berhenti di kawasan gelap tidak menyangka sedang diperhatikan suspek yang tiba-tiba muncul dan mengarahkannya menyerahkan beg tangan yang dibawanya.
[Wow] - Jenayah

Melaka: Terpedaya dengan hadiah lumayan termasuk Toyota Camry,
Honda City dan pakej umrah bernilai RM60,000, seorang pesara kerugian
RM12,800 selepas diperdaya sindiket gores dan menang di negeri ini.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 66, berkata, dia kerugian
RM12,800 selepas memberikan wang berkenaan kepada sindiket itu secara
berperingkat dari Disember lalu hingga pertengahan bulan ini.
Katanya, dalam kejadian jam 11 pagi 25 Disember lalu itu, dia yang baru
saja keluar daripada kereta di tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di Jalan Panglima Awang, didatangi dua lelaki berusia 20-an.
“Sebaik menutup pintu kereta mereka mengoyakkan kertas mendakwa saya menang cabutan bertuah dan berpeluang memenangi Totoya Camry, Honda City dan pakej umrah bernilai RM60,000 atau wang tunai RM28,000.
“Sebaik menutup pintu kereta mereka mengoyakkan kertas mendakwa saya menang cabutan bertuah dan berpeluang memenangi Totoya Camry, Honda City dan pakej umrah bernilai RM60,000 atau wang tunai RM28,000.
“Namun, untuk mengetahui hadiah lumayan yang bakal dimenangi, mereka
meminta saya membuat bayaran pendahuluan RM12,800,” katanya ketika
ditemui di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(PPDNKK) di Wisma Persekutuan, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka
(MITC), di sini, semalam.
[Wow] - Berita Tempatan
Kuala Krai: Suhu sejuk melanda jajahan ini sejak seminggu lalu
menyebabkan ramai penduduk mengehadkan kegiatan, selain memakai pakaian
tebal, terutama pada waktu malam.
Penduduk menyifatkan situasi ketika ini sebagai kejadian luar biasa kerana selalunya pada awal tahun, suhu jajahan terbabit kembali panas, selepas negeri dilanda banjir baru-baru ini.
Penduduk menyifatkan situasi ketika ini sebagai kejadian luar biasa kerana selalunya pada awal tahun, suhu jajahan terbabit kembali panas, selepas negeri dilanda banjir baru-baru ini.
Surirumah dari Kampung Sungai Dala, Rosmanita Zainal Abidin, 42, berkata
suhu terlalu sejuk pada waktu pagi, menyebabkan beliau terpaksa
menjerang satu periuk besar air untuk kegunaan anaknya mandi sebelum ke
sekolah.
Jerang air panas
“Biasanya, anak saya mandi air paip pada waktu pagi tanpa masalah. Namun, sekarang, tengah hari pun air paip masih terasa sejuk seperti dicampur ais, membuatkan anak yang baru balik sekolah enggan mandi.
“Suasana dalam rumah pada waktu malam juga terasa bagaikan dipasang pendingin hawa hingga memerlukan selimut tebal untuk mengurangkan kesejukan.
“Keadaan ini memberi kesan kepada kesihatan suami saya, R Azmi Jaafar, 48, yang mengalami angin ahmar sejak tujuh bulan lalu,” katanya.
Warga tua, Mohamed Mustapha Baharum, 62, berkata cuaca sejuk menyebabkan dia mengelak keluar rumah pada waktu malam dan awal pagi kerana bimbangkan masalah kesihatan diri.
“Suasana sejuk mula dirasai selepas jam 5 petang membuatkan kami bagaikan berada di luar negara seperti yang sering ditonton dalam televisyen,” katanya.
Penduduk Kampung Tualang, Rohaida Mohamed, 36, berkata suasana sejuk dialami ketika ini menyebabkan mereka tidak perlu menghidupkan kipas kerana keadaan terasa seperti menggunakan pendingin hawa.
Pakai stokin, selipar
“Sepanjang masa kalau berjalan dalam rumah pun perlu memakai selipar atau stokin bagi mengurangkan rasa sejuk,” katanya.
Sementara itu, suhu serendah 17 darjah celsius sekitar Kuala Krai, Kelantan dan 19 darjah di Besut, disifatkan tahap paling sejuk pernah direkodkan di Pantai Timur.
Pengarah Meteorologi Terengganu/Kelantan, Jenuwa Husin, berkata penurunan suhu itu disifatkan rekod berbanding suhu biasa dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini 23 darjah Celsius.
Di Sabah, Pengarah Meteorologinya, Abdul Malek Tusin, berkata fenomena cuaca sejuk sejak lima hari lalu menyaksikan Keningau mencatat suhu terendah 17 darjah Celsius, lebih rendah berbanding tanah tinggi Kundasang pada tahap 20 darjah Celsius.
Katanya, walaupun tidak dilakukan sebarang pengukuran, namun suhu di puncak Gunung Kinabalu, dijangka lebih sejuk berbanding suhu normal iaitu di bawah 15 darjah Celsius.
[Wow] - Berita Tempatan

KANGAR – Jemaah di Masjid Alwi di sini gempar selepas salah seorang
daripada mereka menjumpai mayat bayi perempuan cukup sifat dibuang di
tepi lubang tandas lelaki di masjid berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, Harian Metro difahamkan jemaah lelaki berkenaan
baru selesai mengerjakan solat subuh berjemaah di situ dan pergi ke
tandas berkenaan sebelum ternampak mayat bayi tersebut diletakkan
bersebelahan lubang tandas di situ.
Dia kemudian memaklumkannya kepada pihak pengurusan masjid yang
selepas itu memeriksa keadaan bayi yang sudah tidak bernyawa ketika
ditemui.
Mereka kemudian memaklumkannya kepada pihak polis sebelum polis
daripada bahagian forensik memeriksa lokasi kejadian termasuk bayi
berkenaan.
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA – Pelakon Raja Ilya sering
membayangkan dia akan dibenci peminat gara-gara sering membawakan watak
antagonis dalam drama atau pun filem.
Raja Ilya, 29, bagaimanapun berkata, dia
pelik apabila peminatnya menyukai dia membawa peranan tersebut
berbanding watak gadis baik atau pun komedi.
“Selalunya orang benci dengan seseorang
pelakon yang memegang watak jahat tetapi sebaliknya yang terjadi kepada
saya apabila peminat menyukai saya kerana watak jahat,” katanya kepada
mStar Online.
Raja Ilya pertama kali mendapat
pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH
2013) menerusi kategori Pelakon Wanita TV Popular.
Anugerah itu bakal berlangsung pada 6 April 2014 di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang.
Dalam pada itu, Raja Ilya berkata, dia
mengakui popularitinya semakin meningkat bukan sahaja kerana peminat di
kalangan orang Melayu tetapi juga kaum India.
Jelasnya peminat India turut menubuhkan
kelab peminat untuknya selain ‘fan page’ di Facebook yang kini telah
mencecah 10,000 pengikut.
“Saya terlebih dahulu dikenali di
kalangan peminat India ekoran banyak membintangi drama dan filem
berbahasa Tamil termasuk arahan Afdlin Shauki iaitu Appalam.
“Populariti saya semakin meningkat
selepas muncul dalam drama bersiri Di Mana Hilangnya Juita dan Dahlia
yang turut memperkenalkan saya di kalangan peminat Melayu,” katanya yang
fasih berbahasa Tamil.
Tambah Raja Ilya, dia turut mengakui
populariti yang diraihnya di kalangan peminat India dan Melayu menjadi
faktor kepada pencalonannya dalam ABPBH 2013.
Dalam perkembangan lain, Raja Ilya dia
bakal terbang ke India pada Februari depan untuk menjalani penggambaran
sebuah filem Tamil berjudul Briyani.
Filem yang diarahkan oleh Venkat Prabhu itu bakal dibintangi oleh Karthi dan Hansika Motwani.
“Selain filem Tamil, saya kini sedang
sibuk dengan penggambaran drama bersiri Kalimah Jiwa untuk slot Azalia
di TV3 dan Kata Hati arahan Rashid Sibir,” katanya. – mStar Online
[Wow] - Kisah Artis
Seronoknya melihat kemesraan dan keromantikan pasangan suami isteri, Siti Nurhaliza dan Datuk K. Walaupun sudah lama berkahwin, masih nampak seperti pengantin baru. Inilah yang kita mahukan. Sememangnya bercuti bersama keluarga akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita. Percutian Datuk Siti ke Phuket ini turut ditemani oleh anak-anak tirinya.
Hiburan
Akibat bengang dan marah dengan perkhidmatan layanan yang diberikan, seorang lelaki China bertindak menterbalikkan 42 kon ais krim yang dibelinya di atas meja kaunter pembayaran di sebuah restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) di China.
Kejadian berpunca daripada pekerja restoran berkenaan lambat menyediakan hidangan yang ditempah lelaki terbabit dan menyebabkan dia terpaksa menunggu selama lebih 1 jam tanpa sebarang notis pemberitahuan.
Isu Panas

Pelakon Uqasha Senrose menyatakan dia kini sedang membuat persiapan menjelang hari bahagianya bersama kekasih, Pekin Ibrahim.
Sebelum ini, hubungan mereka pernah dilanda badai apabila aktres itu dikatakan curang dengan seorang lagi pelakon berbadan sasa, Sharnaaz Ahmad.
Namun, tidak lama selepas itu hubungan mereka kembali pulih apabila Pekin menyifatkan perbalahan mereka adalah disebabkan sedikit salah faham yang terjadi.
Kakak kepada Nelydia Senrose ini juga mengatakan hanya akan mengumumkan tarikh perkahwinannya apabila segala persiapan yang dirancangkan sudah selesai dilakukan.
“Kami bukanlah nak sorok-sorok. Cuma persiapan belum siap 100 peratus lagi. Sekarang ini masih dalam planning. Bila dah siap semuanya nanti baru kami akan umumkan tarikh,” katanya memetik portal Ohbulan.
Kalau begitu, tahniah diucapkan dan jadikan pengajaran segala kesilapan lalu dan kalau ada masalah jangan terus melatah bercerita kepada pihak media agar hubungan mereka terus kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
















Recent Comments