Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Stockholm: Seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun terkejut apabila akhbar yang dibacanya melaporkan yang dia sudah meninggal dunia.

Sven-Olof Svensson sedang membaca akhbar tempatan Jonkopings-Posten sebelum terlihat paparan ucapan takziah untuk dirinya sendiri.

Ucapan takziah itu diserahkan kepada akhbar terbabit oleh kakaknya yang berusia 90 tahun selepas Svensson dimasukkan ke hospital pada malam Krismas kerana tidak sihat.


Kakaknya menghubungi doktor yang merawat Svensson tetapi salah faham mengenai penyakit yang di jelaskan oleh doktor itu. Dia menyangka Svensson sudah meninggal dunia dan mula menulis ucapan takziah kepada adiknya bersama kawan baik Svensson, Lars Faltskog.

Bagaimanapun, Faltskog yang ingin mengambil barangan peribadi milik sahabatnya itu pada 3 Januari lalu terkejut apabila mendapati Svensson masih hidup. - AP


Manchester, England: Manchester United yakin dapat membeli Juan Mata dari Chelsea dengan harga £37 juta (RM203.8 juta) selewat-lewatnya hujung minggu ini.
 
Rundingan membabitkan pemain tengah Sepanyol berusia 25 tahun itu semakin rancak dan Mata yakin dia akan menjalani pemeriksaan perubatan sebelum hujung minggu ini.

Sekalipun United berhati-hati dalam urusan perpindahan itu selepas mereka gagal mendapatkan pemain ternama musim panas lalu, pengurus United, David Moyes percaya perpindahan itu semakin hampir dimuktamadkan.

Mata berazam meninggalkan Chelsea selepas kecewa dengan kegagalannya memikat pengurus, Jose Mourinho musim ini.

Pemain tengah itu bimbang mengenai tempatnya dalam skuad Sepanyol pada Piala Dunia musim panas ini jika dia tidak beraksi secara kerap di peringkat kelab dan Moyes akan memberinya peluang ketika beliau membentuk pasukan masa depan.

United, yang ketinggalan enam mata di belakang pasukan tangga keempat dalam Liga Perdana, agak terdesak untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Walaupun bayaran perpindahan itu jelas lebih tinggi daripada yang dibayar Chelsea £23.5 juta (RM129.5 juta) kepada Valencia pada 2011, Moyes tetap menaruh harapan untuk mengambil pemain ternama pada pintu perpindahan kali ini.

United difahamkan berhati-hati kerana Moyes dan ketua eksekutif, Ed Woodward gagal membeli pemain seperti Thiago Alcantara dan Cesc Fabregas pada musim panas lalu.

Pemain terbaik Chelsea bagi dua musim terakhir itu tidak beraksi dalam tiga perlawanan terakhir kelab itu. Selepas dia digantikan ketika menentang Southampton pada tahun baru, Mourinho mengakui beliau akan menimbangkan sebarang tawaran. - Agensi


Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Seorang pemandu lori patah gigi dan lebam pada badan selepas dibelasah sebaik lori dipandunya terlanggar sebuah teksi di Jalan Kuchai Lama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 29 tahun ditemani adiknya berusia 23 tahun dalam perjalanan ke ibu kota sebelum lori dipandunya melanggar sebuah teksi di lokasi kejadian.

Menurut sumber, mangsa kemudian keluar untuk melihat kerosakan yang berlaku dan ingin berbincang dengan pemandu teksi terbabit.

“Bagaimanapun tiba-tiba pemandu teksi itu mengamuk dan memarahi mangsa dengan menghamburkan kata-kata kesat.

“Terkejut dengan tindakan berkenaan, mangsa meminta lelaki terbabit bertenang namun gagal apabila dia tiba-tiba menumbuk muka mangsa.

Malah adik mangsa turut diserang lelaki itu,” katanya.
Sumber berkata, sebaik dibelasah selama beberapa minit, pemandu teksi berkenaan terus beredar.

“Akibat kejadian itu, mangsa patah sebatang gigi dan lebam di muka serta badan sementara adiknya hanya mengalami kecederaan ringan.
“Bimbang kejadian sama berulang mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields,” katanya.


Kuala Lumpur: Panik apabila api menyambar badannya, seorang lelaki nekad menyelamatkan diri dengan berlari turun dari rumah kedai tiga tingkat di Jalan Pelangi 17, Taman Pelangi, di sini, sebelum pengsan, semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa berusia 30-an berjaya diselamatkan orang awam yang menyedari kejadian itu sebelum menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Keadaan mangsa dilaporkan kritikal selepas hampir separuh badannya terbakar.

Malah, kereta Nissan Sylphy miliknya turut musnah dalam kejadian itu apabila dinding konkrit premis berkenaan runtuh dan menghempap keretanya.

Seorang lagi mangsa yang menyewa premis di tingkat dua, Datuk Zulkifli Azbdul Aziz pula kerugian dianggarkan RM200,000 selepas barangan milik syarikatnya turut musnah.

Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi semalam selepas dimaklumkan pekerjanya dan terus bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati rumah kedai berkenaan yang turut menempatkan pejabat syarikatnya musnah.

“Saya diberitahu, sebelum kejadian ada saksi terdengar bunyi letupan di tingkat tiga premis ini.

“Selang beberapa minit kemudian tiba-tiba terdengar jeritan seorang lelaki yang berlari turun dalam keadaan terbakar sebelum pengsan,” katanya.

Zulkifli berkata, dia jarang bertemu dengan lelaki itu kerana mangsa menyewa di tingkat tiga sebagai stor simpanan barang.

“Saya sendiri tidak mengenali mangsa kerana dia jarang berada di sini.

“Malah, akibat kebakaran ini, semua peralatan seperti komputer, mesin pencetak, barangan syarikat rosak dan tidak boleh digunakan menyebabkan kerugian hampir RM200,000,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.12 pagi dan tiba ke lokasi kejadian 25 minit kemudian.

Api berjaya dikawal lima minit kemudian. Dalam kejadian itu seorang lelaki terbakar separuh badan dan dihantar ke HKL untuk rawatan,” katanya.

“Seramai 45 anggota bomba pelbagai pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan, Sentul, Titiwangsa dan Hang Tuah terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu,” katanya.

Menurutnya, punca dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan.


Kuching: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di bulatan Jalan Muara Tabuan/Samajaya, Kuching, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Abdul Rani Rumani, 21, maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang bersama rakan Adeni Wahab, 28, dilanggar Toyota Hilux. 

Menurut sumber, difahamkan, mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar rakannya pulang ke rumah di Tabuan dan ketika keluar simpang di bulatan berkenaan, motosikal mereka dirempuh Toyota Hilux dipandu laju dari arah Muara Tabuan ke Samajaya.
Mangsa tidak sempat mengelak menyebabkannya dilanggar dan tercampak beberapa meter.  

“Mangsa parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian, manakala rakan yang cedera ringan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dilaporkan stabil.


Kuala Lumpur: Dua pasangan remaja bukan Islam dikesan menjadikan surau di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara, di sini, sebagai tempat memadu kasih sebelum perbuatan mereka terbongkar, petang semalam.

Menurut sumber, perbuatan pasangan terbabit yang berasmara di dalam rumah ibadat itu dikesan seorang penduduk yang mahu menunaikan solat Asar dan hairan apabila mendapati pintu surau berkunci dari dalam kira-kira jam 4.30 petang. 

Katanya, sebaik menyedari pintu berkenaan berkunci, penduduk terbabit yang memegang kunci pendua surau itu cuba membuka menggunakan kunci itu, namun gagal kerana ia seperti ditahan seseorang dari dalam.
Menurutnya, penduduk terbabit kemudian memaklumkan kepada beberapa jemaah lain yang datang untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.  

Katanya, sebaik menyedari pintu berkenaan berkunci, penduduk terbabit yang memegang kunci pendua surau itu cuba membuka menggunakan kunci itu, namun gagal kerana ia seperti ditahan seseorang dari dalam.
Menurutnya, penduduk terbabit kemudian memaklumkan kepada beberapa jemaah lain yang datang untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.

Admin tak pasti mana datang term ini tetapi ianya digunakan di Korea Selatan.Ini bukan sesuatu yang kurang siuman. 'Dinner Porn' adalah satu rakaman yang juga dipanggil 'mok-bang' di negara itu bermaksud gabungan 'makan malam' dan 'rakaman siaran langsung'. Dalam siaran langsung itu, anda akan lihat seseorang itu makan makanan yang begitu banyak dan belanja sehingga RM 6,000 untuk sebulan bagi membeli makanan demi rakaman itu. 



Tak kira gadis ataupun lelaki, semakin banyak anda makan dan juga bunyi yang pelik semasa makan, itu yang akan memberi lebih 'Star Balloon' oleh penontonnya. Makin syok orang tengok makin untunglah, 'Star Balloon' adalah token yang mana boleh ditukarkan kepada wang tunai.

 Itu adalah cara mereka dalam 'Dinner Porn' ini mendapat bayaran yang begitu itu. Antara yang mula-mula naikkan 'Dinner Porn' ini adalah The Diva. Dia boleh makan 30 biji telur dan juga satu kotak besar kaki ketam dalam satu hidangan. 



Siang dia kerja di pejabat seperti orang lain tetapi pada waktu malam, dia membuat rakaman siaran langsung 'Dinner Porn'. Kini ramai orang telah cuba untuk mengikut langkah The Diva. 







Baru-baru ini, isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz iaitu Diyana Halik telah mengumumkan bahawa dirinya akan memakai hijab. Banyak pihak terutama peminat dirinya teruja untuk melihat wajah terbaru Diyana. Kini menerusi akaun Instagramnya, Diyana telah berkongsi beberapa keping gambar dirinya dengan penampilan bertudung.










Bagi yang sudah menonton muzik video terbaru Ning Baizura yang berjudul Bukan Wanita Sempurna, pastinya anda berasa sedikit terkejut dengan keberanian penyanyi itu mengetengahkan isu hubungan sejenis atau songsang menerusi video itu.
Namun, menurut penyanyi bersuara soprano itu, dia pada mulanya menentang idea muzik video yang diilhamkan oleh pengarah video itu sendiri iaitu Zul Ardhia.
Memetik portal Murai, Ning berkata, “masa mula-mula idea ini dilontarkan kepada saya terus-terang saya sedikit gementar dan agak berat hendak melakukannya tetapi bila diyakinkan oleh pihak label iaitu Universal Music bahawa mereka mahu bawa satu kelainan kali ini saya pun terus bersetuju”.
“Sebenarnya saya antara orang yang berfikiran sangat negatif bila idea ini diberikan kepada saya oleh pengarah videonya, Zul Ardhia. Bukan apa, saya kalau boleh hendak menjaga hati semua pihak, itu yang membuat saya sangat bimbang ketika itu,” ulasnya lagi.
Muzik video itu memaparkan kecurangan suami yang beralih arah mencintai seorang jejaka lain sehingga menghancurkan hati isteri yang setia mencintainya.
Ning juga menafikan menyokong hubungan songsang dengan penerbitan video tersebut sebaliknya mengharapkan peminat di luar sana dapat melihat mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu dan video tersebut.
“Saya harap, video klip ini tidak disensasikan dan harap khalayak lebih terbuka kerana sebenarnya kisah yang ditonjolkan kisah realiti sebenar yang pernah berlaku disekeliling kita juga, cuma kali ini divisualkan,” katanya.

Semalam, penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar yang terjadi semasa dirinya dikatakan dihalang daripada mengadakan persembahan di sebuah acara majlis makan malam anjuran sebuah syarikat hartanah, Castmet Sdn Bhd, Sabtu lalu.
Marinatasha menjelaskan dia telah diarahkan turun daripada mengadakan persembahan walaupun ketika itu sudah bersiap sedia memegang mikrofon untuk memulakan nyanyiannya.
Dia yang berasa terhina dan malu dengan tindakan Pengarah Kewangan Castmet, Shannon Yong yang dikatakan mendiskrimansi artis bertudung, membuat laporan polis pada keesokan harinya berhubung perkara tersebut.
Sementara itu, Castmet menerusi kenyataan medianya telah menafikan dakwaan mereka mendiskriminasi serta menghalang Marinatasha daripada menyanyi hanya disebabkan kerana dia bertudung.
Pihak Castmet juga sudah membuat laporan polis mengatakan Marinatasha adalah penyanyi gantian yang dirasakan tidak sesuai dengan tema dan perjalanan acara majlis pada malam itu.
Sebaliknya, Castment bersepakat dengan membuat keputusan bahawa Marinatasha bukanlah penghibur yang dirasakan sesuai untuk mengadakan persembahan dengan band Rufus.
Memetik laporan polis yang dibuat oleh Castmet yang diperoleh menerusi laman Facebook, “Marinatasha hanyalah penyanyi gantian untuk tujuan preview sahaja. Wakil syarikat mengatakan dia tidak sesuai untuk majlis makan malam itu, kerana penyanyi utamanya perlu bercampur dan berinteraksi dengan tetamu menerusi alunan dan tarian mengikut rentak lagu yang dipersembahkan”.
Berhubung hal itu, penyanyi utama yang dijanjikan oleh band tersebut ialah bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Farina AF8.
Menurut laporan polis itu lagi, pihak Castmet mengatakan mereka telah memberitahu permintaan tersebut kepada band Rufus di mana mereka mahukan penyanyi utamanya yang dapat berinteraksi, menari dan menyanyi bersama-sama tetamu yang hadir.
Namun, Marinatasha dilaporkan menghadirkan diri pada sesi preview yang diadakan pada 15 Januari lalu walaupun Castmet tidak bersetuju dengan perkara itu.
Wakil Castmet juga mendedahkan mereka tidak menyangkakan kehadiran Marinatasha di mana dia telah muncul beberapa jam sebelum majlis itu berlangsung.
Lantas, staff yang bertanggungjawab telah menyarankan kepada band Rufus supaya menerima pengacara majlis tersebut untuk mengantikan tempat penyanyi utama yang kosong ketika itu.
Nak dijadikan cerita, penyanyi asal, Farina pula muncul dan bersetuju untuk membuat persembahan dan program kemudiannya telah berjalan seperti yang telah dirancangkan.
Menerusi laporan Mynewshub semalam, Marinatasha mengatakan tindakan Castmet dilihat seakan mendiskriminasikan penyanyi bertudung dan ini merupakan kali keempat, dia telah dilayan sebegitu sepanjang bergelar penyanyi profesional selama 12 tahun.

POLIS kini sedang memburu individu pertama yang disyaki menyebarkan gambar jenazah kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terenganu, ACP K Manoharan berkata, pihaknya menafikan gambar yang disebarkan datangnya dari sumber polis dan mengutuk keras perbuatan yang dianggap tidak sensitif oleh individu terbabit.
Gambar ngeri kanak-kanak tidak berdosa itu mendapat kritikan ramai di media sosial sebaik sahaja ia dimuatnaik.
“Kami tidak tahu identiti orang pertama yang menyebarkan foto itu di media sosial. Kemungkinan orang yang mengambil gambar tersebut sampai ke tempat kejadian lebih awal daripada pihak polis. Kami tidak pasti. Kami masih sedang menyiasat,” kata Manoharan.
Nursyafiqah Abdullah yang dilaporkan hilang  sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira-kira jam 3.30 petang.
Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.
Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.
Rabiatul Adawiyah yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.
Tindakan penyebaran foto kanak-kanak itu di laman media sosial dipersoalkan oleh banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan.

Rasanya, peminat sudah pun mengetahui majlis merisik atau majlis menghantar tanda penyanyi Alif Satar kepada kekasihnya, Sha Dila Halid yang diadakan pada 14 Januari lalu bertempat kediaman keluarga Sha Dila yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan
Alif juga sudah memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan teman wanitanya itu pada September ini kerana signifikan bulan tersebut adalah merupakan bulan kelahiran mereka berdua.
Majlis merisik itu diadakan secara tertutup dan Alif sendiri dilaporkan tidak menghadiri majlis tersebut, namun penyanyi lagu Jangan Nakal ini ada berkongsi sekeping gambar buat tatapan peminatnya di luar sana.
Menurut Alif, hubungan mereka yang telah terjalin selama empat tahun itu dirasakan sudah cukup untuk membawa mereka ke fasa hidup yang baharu kerana kedua-duanya sudah pun saling kenal-mengenali di antara satu sama lain.
Tahniah diucapkan buat Alif dan pasangan, dan semoga segala perancangan sempena hari bahagia itu kelak berjalan lancar dan sempurna.