Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Mao Dou menjadi perbincangan netizen di China sejak mengikuti Beijing Marathon pada Oktober 2013 . Lalu pada awal tahun ini dia juga kelihatan mengikuti Xiamen International Marathon 2014 . Dengan paras cantik , perut berotot dan rambut indah membuat Mau Dou menjadi pusat perhatian saat marathon diadakan .

Pesona Mao Dou itu langsung tersebar di internet dan kini dia sudah mempunyai 10 ribu follower di Weibo . Perempuan asal Hangzhou ini sudah sering ikut marathon sejak 4 tahun lalu yang pertama kali dilakukannya pada Mei 2012 . Dia menjalani latihan 3-5 kali seminggu yang tiap sesinya lari 10 km dan 25 km.

Mao Dou mengatakan hasratnya saat ini adalah mengikuti total 100 marathon tanpa cedera. Xiamen International Marathon yang baru diikutinya menjadi penglibatannya yang ke - 7 untuk event lari . Perempuan cantik ini juga berharap dapat mempertahankan bentuk tubuhnya selama mungkin yang boleh .



Ketika ditanya reputasinya sebagai " Pelari marathon tercantik di China " , Mao Dou mengaku tak mempedulikannya . Dia juga tenang saja ketika para netter menuduhnya cantik kerana  operasi plastik . " Kita semua sama - sama manusia jadi janganlah bersikap kejam , " ucap perempuan berusia 26 tahun itu .

Meski tak peduli jadi bintang internet namun Mao Dou mengakui itu membuatnya menerima banyak mesej dari calon pelari yang minta diajari . Harapannya kini dia boleh mendorong agar semakin banyak gadis cantik yang mahu mengikuti jejaknya ikut lari marathon .

Sumber: wowkeren.com

Aksi tebusan yang dilakukan lelaki China ini sebagai ancaman kepada keluarga agar membenarkan mereka berkahwin. Dua pegawai polis mengejar seorang lelaki yang menjadikan wanita sebagai tebusan di Sanya, Hainan, China, isnin (20/1). Lelaki yang diketahui bernama Lin manakala tebusan wanita adalah kekasihnya sendiri. 

Lelaki itu memeluk erat kekasihnya sambil memegang pisau dalam kondisi berada di atas atap rumah.
Pelaku juga menelanjangi kekasihnya ketika berada di atas atap



 
Sumber: merdeka.com

NAMPAKNYA penyanyi Miley Cyrus tidak akan berhenti daripada mencetuskan kontroversi khususnya melalui penampilannya yang semakin ‘murah’.

Terbaru, dia yang akan membuat persembahan di MTV Unpluggged hujung bulan ini muncul dengan imej ‘hodoh’ melalui poster promosi.

Bukan sahaja menggunakan rambut dan gigi palsu, Miley juga hanya menutup bahagian payudaranya dengan penampal hiasan.

Ramai pihak yang berpendapat, penyanyi itu cuba meniru gaya Lady Gaga yang sememangnya terkenal dengan gaya anehnya.



Kami percaya, agak sukar untuk Miley berundur daripada imej kontroversinya kerana kini ramai yang berharap dia akan menampilkan aksi sensual untuk setiap persembahan.
Pendek kata, dia akan dilihat ‘pelik’ jika mengenakan pakaian yang lebih tertutup. Kasihan…


NEW DELHI – Kematian isteri seorang menteri di India sehari selepas wanita itu mendedahkan kecurangan suaminya dipercayai berpunca daripada pengambilan dadah dalam dos berlebihan, menurut laporan autopsi, kelmarin.

Agensi berita Press Trust of India melaporkan, kesimpulan mengenai punca kematian akan diputuskan dan laporannya akan diserahkan kepada polis untuk menentukan sama ada mereka mahu menjalankan siasatan lanjut atau tidak.

Jumaat lalu, Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Shashi Tharoor, 57, menemui mayat isterinya, Sunanda Pushkar di bilik hotel mereka selepas beliau pulang dari menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kongres All India.

Susulan daripada insiden itu, bekas diplomat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut bersetuju memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa selain menggesa satu siasatan berhubung kematian isterinya dibuat bagi menghentikan spekulasi liar yang disebarkan oleh media pada masa ini. – AFP

PENERBIT Skop Productions, Datuk Yusof Haslam merancang untuk mengadakan majlis resepsi persandingan anak-anaknya Syamsul dan Syafiq secara serentak iaitu pada Jun depan, beberapa bulan selepas kedua-dua mereka sah bernikah.

Yusof, 60, berkata, majlis resepsi berkenaan dirancang untuk diadakan dalam suasana sederhana bagi mengelak daripada berlakunya pembaziran.

“Setelah berbincang, kami bersetuju untuk mengadakan sebuah majlis sahaja melibatkan perkahwinan Syamsul dan adiknya Syafiq. Itu pun cukuplah sekadar secara sederhana agar tidak membazir.

“Bagaimanapun hasrat ini belum dibincangkan lagi dengan Syamsul,” katanya ketika ditemui pada pelancaran drama Gerak Khas musim baharu, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Selasa.

Syamsul bakal bernikah dengan pelakon Puteri Sarah pada penghujung Mac ini, manakala adiknya Syafiq pada sekitar April iaitu sebulan kemudian.

Sementara itu, bercakap tentang bakal menantunya, Yusof berkata kedua-duanya adalah berasal daripada keluarga yang ‘baik-baik’ dan berpendidikan tinggi.

“Alhamdulillah kedua-dua pilihan mereka daripada keluarga yang bagus. Puteri Sarah pun seorang yang baik dan sentiasa ingin berubah ke arah menjadi lebih baik.
“Pilihan Syafiq pula daripada keluarga yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi, bagus juga untuk dia, saya hanya doa yang terbaik,” katanya.

Walaupun sentiasa berasa bimbang melepaskan anak-anaknya untuk membina keluarga, namun dia yakin mereka mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga dengan baik.

“Saya harap lepas ini kehidupan mereka lebih terurus, kalau nak kata bimbang itu ada juga, tapi kalau fikir balik dalam hubungan suami isteri tidak semua indah sahaja.

“Apa yang penting mereka akan berubah menjadi orang yang lebih baik,” katanya.
Tambahnya, selepas berkahwin Syamsul akan tinggal di rumah berasingan, sementara Syafiq memilih untuk menetap bersama keluarga di Taman Melawati di sini.

Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediamannya di Sri Damansara, dekat sini. - mStar

Santiago – Seorang remaja Chile cuba menjual anak dalam kandungannya di Facebook dengan hanya £68 (RM371) kata polis semalam.

Remaja terbabit dikenali sebagai Veronica Carrera Chaparro, 18 ditangkap bersama ibu dan kakaknya yang disyaki bersekongkol untuk menjual bayi berkenaan.

Ketua Polis Santiago, Miguel Ampuero berkata, Veronica menyedari dia hamil pada Februari tahun lalu.

“Ketika itu kandungan Veronica berusia dua bulan,” katanya. Keadaan itu dimaklumkan kepada teman lelaki Veronica yang berusia 17 tahun dan berjanji untuk merahsiakan kehamilan berkenaan.

Namun, kata Ampuero, Veronica mendedahkan keadaan itu kepada keluarganya. Mendengar berita itu ibu Veronica, Angela, 42, dan kakaknya Daniela Perez, 24, memberi tiga pilihan kepada remaja terbabit – sama ada ada menjual anaknya apabila lahir, menggugurkan kandungan atau memberikan bayi berkenaan kepada keluarga angkat.

“Selepas Veronica mengiklankan anaknya yang bakal lahir itu di Facebook, ia mendapat reaksi serta-merta daripada sepasang suami isteri dari bandar Concepcion tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat,” katanya. Sebuah keluarga dari Puente Alto di Santiago juga menghubungi Veronica dan menawarkan bayaran bernilai RM3,770 untuk urusan pendaftaran bayi berkenaan nanti.

Veronica kemudian bersalin pada 4 November lalu dan menyerahkan bayinya sehari kemudian tetapi pasangan terbabit didakwa tidak mengotakan janji apabila hanya membayar wang dalam jumlah lebih rendah daripada sepatutnya.

Kejadian itu kemudian diketahui polis mendorong pihak berkuasa menahan Veronica, ibu serta kakaknya atas dakwaan menjual bayi. Pasangan yang membeli anak Veronica itu juga ditangkap. Mereka dibicarakan di mahkamah semalam. – AFP


SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Saya mendoakan Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.

Ingin saya sampaikan bahawa saya memahami keadaan Datuk Seri yang mungkin tersasul semasa memberikan ucapan di Kemaman tempoh hari.

Saya akui, saya juga tertawa kecil, tapi dalam masa sama, saya sedar kita semua manusia, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, Datuk Seri perlu sedar, apa yang Datuk Seri katakan itu cumalah salah satu daripada banyak kenyataan yang keluar daripada mulut Menteri Kabinet Malaysia kebelakangan ini. Dulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pernah berkata, “jika harga ayam mahal, jangan makan ayam”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga pernah berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. “Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut.”

Datuk Seri, cuba tanyakan soalan ini dengan ikhlas kepada diri Datuk Seri sendiri, adakah ini kenyataan daripada mereka yang prihatin dengan masalah rakyat? Laporan media arus perdana mengatakan kadar inflasi di Malaysia sudah mencapai kemuncaknya pada 2.9 peratus pada November 2013.

Rakyat negara ini sudah lali dengan berita ini. Tetapi, tugas kerajaan bukan sahaja untuk mengawal kadar inflasi ini, tetapi juga untuk memberi penerangan kepada rakyat apakah makna inflasi ini, bagaimanakah kadar inflasi ini dikira dan seterusnya, apakah kesan-kesannya kepada rakyat. Sebagai ahli ekonomi, saya percaya Datuk Seri tahu akan kepentingan Indeks Harga Konsumer (CPI) kepada penentuan kadar inflasi ini.

Rakyat marhaen dapat melihat harga barang semakin meningkat dari hari ke hari, tapi perkara ini tidak langsung dicerminkan dalam kadar inflasi. Mengikut perkiraan pakar ekonomi, kadar inflasi yang sebenar di Malaysia berada pada kira-kira 8 peratus.

Dalam soal gaji dan upah, pekerja Malaysia juga jelas terseksa dengan kadar gaji rendah. Pada ketika ini pekerja Malaysia cuma menikmati 28 peratus daripada KDNK, berbanding keuntungan perniagaan pada 67.1 peratus. Bandingkan dengan negara jiran kita, Singapura yang pada 1997 mempunyai pecahan gaji berbanding KDNK sebanyak 42 peratus. Nampaknya pecahan ini amat tidak seimbang. Jika kita bandingkan dengan beberapa negara maju lain, pecahan ini lebih besar, contohnya pekerja-pekerja di Jepun menikmati gaji dan upah sebanyak 52 peratus daripada KDNK keseluruhan.

Datuk Seri, saya pelawa Datuk Seri sendiri turun melihat sendiri keadaan rakyat. Baru-baru ini, saya ternampak sebuah iklan jawatan kosong di sebuah restoran makanan segara yang popular, menawarkan gaji RM900 sebulan. Saya ingin tanya, bagaimanakah seseorang itu boleh hidup di kawasan Lembah Kelang dengan gaji RM900 sahaja? Pada hemat saya komen tentang kangkung tempoh hari melihatkan betapa Datuk Seri dan Kabinet Datuk Seri terputus daripada realiti kehidupan rakyat marhaen. Masalah pendapatan ini juga membawa kepada suatu masalah yang lebih besar. Orang miskin nampaknya tidak ada ruang untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan, kerana pendidikan yang berkualiti tiada dalam jangkauan mereka.

Saya fikir, sekiranya mahukan Malaysia yang terus-menerus mengeluarkan sumber manusia berkualiti secara mampan, isu pendidikan perlu diberi perhatian secara serius, bukan sekadar penukaran kosmetik.

Datuk Seri, saya juga amat bimbang sekali dengan retorik perkauman serta sentimen kebencian yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu dan isu-isu keagamaan sudah menjadi permainan ahli-ahli politik yang tidak peduli akan hak-hak kemanusiaan sejagat. Saya amat bimbang anak-anak Malaysia akan terpengaruh dengan sikap perkauman yang melampau, sehinggakan ada semakin berani guna kata-kata kesat atau berbaur ugutan ke atas bangsa-bangsa lain.
Justeru, Datuk Seri perlu menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia. Tidak boleh berdiam diri berkenaan isu-isu yang menggugat ketenteraman dan kesejahteraan hidup rakyat. Apakah dengan mendiamkan diri membolehkan Datuk Seri meninggalkan warisan yang lebih bermakna yang Datuk Seri sendiri inginkan? Pilihan di tangan Datuk Seri. Tepuk dada, tanya selera.

Berat sebenarnya mulutnya untuk mengatakan yang dia sudah betul-betul bersedia mahu bergelar isteri kerana soal jodoh bukan ditentukan oleh dirinya sebaliknya diserahkan kepada yang Maha Esa. Sekadar mampu melemparkan tersenyum seketika namun akhirnya pelakon dan pengarah, Yana Samsudin berkata,

“Tahun ini, tahun 2014 saya dah buka hati saya untuk berkahwin. Kalau dulu ibu saya selalu bertanya bila saya nak berkahwin, tapi ketika tu saya katakan padanya yang saya belum bersedia. Sekarang ni saya da terfikir dah…InsyaAllah saya dah sedia bergelar isteri”, kata gadis berusia 29 tahun ini ketika ditemui pada majlis kesyukuran dan sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG bertempat di N’Dah Catering & Services, Shah Alam, malam tadi.

Pemilik nama sebenar Norliana Samsudin ini berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media bilakah dia mahu menamatkan zaman bujangnya.

Ini kerana agak lama juga kisah percintaan pelakon yang pernah mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta ini diperkatakan ramai. Dia dikatakan menjalin hubungan cinta dengan adik kepada pelakon dan pengarah filem Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari yang juga seorang pelakon.

Justeru ditanya mengenai perkembanan hubungan mereka, kata Yana, “Kami macam biasa. Dah lima tahun kami berkawan. Saya perempuan, tak boleh lah nak cakap lebih-lebih. Lebih baik tanyakan pada dia (Fadzil)”, tuturnya ringkas sambil tersenyum.

Dalam pada itu, ditanya mengenai sejauh mana kesahihan dakwaan dia kononnya melakukan pembedaan plastik pada wajahnya, Yana menafikan hal tersebut. Dia juga menolak dakwaan segaja melarikan diri darpada media apabila timbulnya isu ini.

“Saya tak lari daripada media. Sekitar bulan November tahun lalu saya sibuk dengan penggambaran. Kemudian sekembalinya saya daripada menjalani penggambaran Fear Factor Selebriti Malaysia musim baru di Cape Town, saya mengalami penurunan berat badan. Saya juga ada pulang bercuti di kampung kerana nenek saya sakit.


“Masa saya kurus tu, ramai juga yang cakap wajah saya nampak lain tapi saya rasa sama saja. Tapi saya akui saya ada buat gigi iaitu saya ratakan gigi saya. Saya sebenarnya kurang selesa juga dengan gigi baru ni sebab terlalu rata (gelak). Tapi kalau yang lain… (dia sekadar menggelengkan kepala)”, itu reaksi Yana ketika mengulas isu tersebut. – Malaysian


DUNGUN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan dua tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, jam 3.20 petang tadi.

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan.

Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan.

Pengawal kesekamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

SEMENTARA itu Mynewshub.my difahamkan, kira-kira tiga hari lepas ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu sewaktu berjumpa seorang rakan di sebuah restoran kira-kira pukul 7.30 malam.

Dikatakan dia hanya meninggalkan anaknya di dalam kereta kira-kira lima minit sebelum mendapati anaknya itu tiada dalam kenderaan tersebut.

Menurut sumber, ibu berkenaan juga memaklumkan pernah menerima ugutan daripada seorang lelaki berkaitan dengan masalah hutang. 

ANGGOTA bomba berusaha untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit.

Kuching: Seorang pekerja kedai perkakasan logam maut selepas kepalanya tersepit pada lif pemunggahan barang di sebuah pusat komersial di Jalan Song, kira-kira 4 petang tadi.
Mangsa dikenali sebagai Benedick Guan Christopher, 19, mati di tempat kejadian dipercayai akibat patah leher.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.45 petang dan 12 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kepala mangsa tersangkut antara lif dengan dinding menyebabkan lif itu tersekat.
ANGGOTA bomba berusaha untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit.

“Mangsa dipercayai pengsan dalam lif itu, menyebabkan dia jatuh dan kepalanya tersangkut antara lif yang tidak berpintu dengan dinding.
“Lif itu tersekat di tingkat tiga dan ketika mengeluarkan mangsa, dipercayai lehernya sudah patah,” katanya.

Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.
Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat. (MyMetro)

Tersebar di media sosial hari ini apabila seorang remaja perempuan yang berasal dari Sabah, dikenali dengan nama She Shima mengupload salinan Chat tidak senonoh daripada remaja lelaki lepasan SPM.
Melalui salinan Chat itu, remaja lelaki dengan nama Panjang Putra Bugis Bone telah mengajak She Shima melakukan perkara terkutuk.

Namun permintaan remaja lelaki itu tidak diendahkan oleh She Shima, malah lebih malang bila salinan chat itu didedahkan kepada umum. Walaupun ramai rakan remaja lelaki itu menghentam perbuatan She Shima, namun tidak dihiraukan olehnya.

Walaubagaimanapun, kedua-duanya pasti bersalah kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

TASEK GELUGOR: Seorang lelaki yang sedang mencari tempat sesuai untuk menjerat burung, terkejut apabila menemui satu mayat dibaluti kain pelikat dalam kebun kelapa sawit di Ara Kuda dekat sini, hari ini.

Penjerat burung itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, mayat lelaki itu, yang dibaluti sempurna dengan beberapa helai kain pelikat seperti sedia untuk ditanam, ditinggalkan di tepi pokok kelapa sawit. 
Beliau kemudian memaklumkan perkara itu kepada polis.

Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu pada 11.15 pagi dan hasil pemeriksaan mendapati ia mayat lelaki Myanmar yang dipercayai baru meninggal dunia.

"Berdasarkan siasatan awal, mayat lelaki itu dibawa oleh beberapa rakannya untuk ditanam di ladang berkenaan tetapi ia ditinggalkan di tepi pokok sawit itu selepas terserempak dengan penjerat burung itu.

"Tiada kecederaan pada tubuh mangsa dan dipercayai lelaki itu, yang tinggal di rumah kongsi berhampiran ladang itu, mati akibat penyakit misteri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jurucakap itu berkata, pihaknya juga tidak menemui dokumen pengenalan diri mangsa di tempat kejadian.
Berikutan itu, polis menahan beberapa rakan serumah mangsa untuk diambil keterangan mengenai perkara itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, berkata kes itu disiasat sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan. - BERNAMA