Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Kuala Lumpur: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak memfailkan permohonan cerai terhadap seorang wanita yang didakwa sebagai isterinya dan mendakwa defendan sudah berkahwin lain. 

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam dan Wan Amizan turut membuat satu lagi permohonan iaitu mahu mahkamah memfarakkan (membubarkan) perkahwinan defendan dengan pasangannya.

Bagaimanapun, defendan Azma Azifazilla Azan, 28, yang juga pemilik restoran, membantah permohonan Wan Amizan sambil menegaskan dia tidak pernah berkahwin dengan ahli politik itu serta membawa bersama akuan bersumpah bagi menyokong kenyataannya. Azma Azifazilla berkata demikian selepas peguam syarie Mohamad Isa Abd Ralip yang mewakili Wan Amizan memohon kepada mahkamah untuk menyerahkan saman bagi memfarakkan perkahwinannya dengan Rizal Md Radzi, 40.
Ketika memfailkan permohonan, Mohamad Isa berkata anak guamnya mendakwa masih suami sah kepada Azma Azifazilla dan menamakan wanita itu sebagai defendan pertama manakala Rizal defendan kedua.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin kemudian mencadangkan defendan memfailkan pembelaan atau bantahan awal sekiranya berpandangan tuntutan yang dibuat plaintif itu tidak relevan namun ia perlu dibuat secara bertulis. Mahkamah turut menasihati kedua-dua defendan melantik peguam bagi mengimbangi kes dan menetapkan 20 Februari depan untuk sebutan semula. Wan Amizan, 42, yang turut diwakili peguam Anita Arifin memfailkan permohonan cerai terhadap Azma Azifazilla pada Disember lalu mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Manakala bagi permohonan membubarkan perkahwinan, ADUN itu mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Wan Amizan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada mulanya hadir di mahkamah tetapi pulang sebelum prosiding bermula dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna hitam kerana dimaklumkan mempunyai urusan penting. Sementara itu, Azma Azifazilla dan Rizal ketika ditemui di luar mahkamah, memberitahu mereka berkahwin pada 28 September 2013 di Hulu Langat.
“Selepas empat bulan berkahwin baru masalah ini timbul, dan sekarang dia (Wan Amizan) mahu pisahkan kami pula. Ini tidak munasabah kerana Azma sudah jadi isteri saya," kata Rizal.


Seri Iskandar: Seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, di sini, meninggal dunia secara mengejut ketika menjalani sesi latihan menembak di lapang sasar Ayer Kuning, Kampung Gajah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Mansor Jusoh, 47, yang berpangkat koperal dan bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, dibawa rakan sepasukannya ke Klinik Kesihatan Kampung Gajah selepas tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian oleh doktor bertugas.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, arwah dipercayai meninggal dunia akibat penyakit jantung selain menghidap penyakit darah tinggi dan diabetes.

“Saya diberitahu anggota lain arwah kelihatan begitu bersemangat mengikuti latihan menembak itu bermula awal pagi sehingga petang, semalam,” katanya.


Kuala Lumpur: Angkara enggan memberikan barangan kemas miliknya, seorang wanita bukan sahaja dibelasah dengan tongkat malah turut diludah di muka oleh suaminya dalam kejadian di kediaman mereka di Jalan Klang Lama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, suami mangsa yang berusia 40 tahun pulang ke rumah sebelum meminta isterinya yang berusia 42 tahun menyerahkan semula barangan kemas yang baru dibeli mereka sebulan lalu.

Menurut sumber, mangsa enggan memberikan barangan kemas itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka selama beberapa minit.

“Pertengkaran terbabit kemudian bertukar ganas apabila suami mangsa yang gagal mengawal kemarahan bertindak menampar pipi sebelum menolak kepala isterinya itu.

“Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut mengambil tongkat dan memukul mangsa sehingga terjatuh sebelum memaksanya menyerahkan barangan kemas berkenaan,” katanya.


Kuala Lumpur: Akibat taasub ilmu mistik, seorang warga emas tergamak memaksa menantu lelakinya menelan 100 bebola besi yang setiap satu sebesar wang syiling lima sen kononnya supaya diri gagah dan hebat dalam seni mempertahankan diri.

Menantu itu yang mahu dikenali sebagai Ramlan, 28, berkata, mentuanya mendakwa mempunyai kekuatan luar biasa selepas menelan 100 bebola besi beberapa tahun lalu.

Berikutan itu, katanya, ayah mentuanya yang berusia 60-an memaksanya berbuat demikian supaya kerja mereka sebagai penyelia keselamatan di tapak pembinaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Ayah mahu saya mengikuti upacara ‘telan besi’ dikendalikan seorang bomoh warga Indonesia di Gombak, tapi saya tak mahu terbabit dengan ilmu karut itu.

“Akibatnya, saya dibuang kerja dan saya nekad membawa isteri serta anak keluar dari rumah mentua. Tapi, ayah semakin marah dan kini sering mengganggu kami,” katanya.

KEMATIAN seorang lagi pendaki akibat tergelincir di Bukit Tabur, Taman Melawati, Gombak 14 Januari lalu menarik kembali perhatian kepada bukit yang tersergam indah itu.
Ia antara lokasi riadah terkemuka bagi warga kota yang gemarkan aktiviti lasak.

Bukit Tabur mula meniti di bibir pendaki sekitar tahun 2006 selepas ia menjadi perhatian para juru gambar amatur.

Gambar-gambar keindahan Bukit Tabur yang tersebar di alam maya menarik minat bukan sahaja jurgambar malah penghuni kota yang gemarkan sukan lasak itu.

Maka tidak hairanlah, mereka yang menaiki Bukit Tabur ini tidak mengira peringkat umur dan juga latar belakang.

Ada yang naik kerana suka-suka, bersukan mahupun bagi tujuan merakamkan gambar matahari terbit di sebalik bukit-bukau dan kehijauan alam flora di bukit ini.

Namun, di sebalik ceritera keindahan Bukit Tabur ini, ia juga tidak sunyi dengan insiden-insiden ngeri sehingga meragut nyawa pencinta alam yang mengunjunginya.

Dalam bulan ini sahaja, dua insiden berlaku di Bukit Tabur. Yang pertama pada 5 Januari melibatkan seorang wanita yang mendaki secara berseorangan di bukit itu.

Anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) mengambil masa kira-kira 15 jam untuk membawa mangsa turun.

Operasi menyelamat yang disifatkan paling lama diambil oleh pasukan itu.

Tidak sampai 10 hari selepas insiden itu, seorang lagi wanita turut terjatuh di bukit yang sama akibat tergelincir.

Malangnya, mangsa tidak dapat diselamatkan. Mangsa jatuh ke dalam gaung setinggi 60 meter. Seramai 55 anggota polis, bomba dan JPAM terlibat dalam operasi menyelamat mangsa yang tidak sedarkan diri ketika ditemui.

Operasi yang mengambil masa tiga jam itu terpaksa menggunakan helikopter untuk mengeluarkan mangsa daripada tempat kejadian.

Mangsa yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagaimanapun meninggal dunia setengah jam kemudian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Begitulah tragisnya insiden Bukit Tabur, aktiviti sihat boleh bertukar bahaya jika salah langkah. Berikut beberapa kronologi insiden Bukit Tabur yang dilaporkan media;

- 14 Januari 2014: Soleha Abdul Rahman, 25, dilaporkan terjatuh dari Bukit Tabur kira-kira 60 meter ke dalam gaung. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

- 5 Januari 2014: Noor Asmahani Hashim, 28, mengalami kecederaan belakang, tangan dan wajah setelah terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.

- 3 Disember 2013: Guru sains, Ng Pee Tat, 30an, maut setelah tergelincir di sebuah cerun yang curam ketika pertama kali menyertai pendakian di Bukit Tabur bersama rakan-rakannya

- 28 September 2013: Tan Tick Soon, 51, jatuh sejauh 60 meter di cerun curam dan mengalami kecederaan serius. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa empat jam untuk menyelamatkan mangsa

- 17 Disember  2012: Seorang jurutera berusia 27 tahun terselamat setelah terjatuh dari ketinggian 100 metre ke dalam gaung di Bukit Tabur. Chan Wing Sing bagaimanapun mengalami kecederaan buku lali dan pinggang.

- 19 Disember 2009: Lima sekawan dilaporkan sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Tabur, namun berjaya ditemui dengan selamat.

-23 September 2009: Lim Kok Leong, 51, terselamat daripada maut setelah dahan-dahan pokok memperlahankan jatuhan mangsa ketika mendaki berseorangan di Bukit Tabur. Mangsa terperangkap selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.

- 28 Mac 2009: Dua doktor ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang selepas sebuah ekspedisi mendaki di Bukit Tabur. Kedua-dua mangsa Dr Haliza Mohd Shafie, 53, seorang pakar kanak-kanak dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, seorang pakar bedah kanak-kanak dilaporkan tergelincir dan jatuh dalam jarak sekitar 500 meter.

-15 Oktober 2008: Seorang pelajar kolej jatuh dari ketinggian 100 meter namun terselamat ekoran dahan-dahan yang menahan mangsa dari jatuh dengan lebih cepat. Mangsa bagaimanapun dilaporkan cedera parah antaranya luka dalam di dahi, retak tulang rusuk serta tertusuk ke paru-paru.


PADA tahun 1940, seorang wanita yang bernama Helen Kramer telah tampil dan mendakwa dia ialah Lorraine Allison, kanak-kanak yang terselamat sewaktu berusia dua tahun dalam tragedi kapal karam, Titanic pada tahun 1912.

Mengimbas sejarah, Lorraine merupakan anak perempuan kepada pasangan kaya, Hudson dan Bess yang turut mempunyai seorang lagi anak, Trevor yang sewaktu itu berusia tujuh bulan.

Ketika tragedi, pasangan suami-isteri itu dan Lorraine dikatakan meninggal dunia selepas karam bersama kapal semasa mencari Trevor yang sebenarnya sudah dibawa masuk ke dalam bot penyelamat oleh pembantu mereka

Bagaimanapun, ‘kemunculan’ semula Lorraine selepas 28 tahun mengejutkan ramai pihak termasuklah ahli keluarga Allison yang tidak percaya kepada dakwaan itu.
Menurut Kramer, dia sebenarnya telah diselamatkan oleh seorang lelaki dan dibesarkan oleh keluarga angkat.

Sebelum meninggal pada tahun 1992, dia telah melakukan pelbagai kempen bagi membolehkan dirinya diterima oleh keluarga Allison.

Usahanya kemudian diteruskan oleh cucunya, Debrina Woods dari Florida yang telah membina sebuah laman web dan forum bagi mengukuhkan lagi dakwaan itu selain mendapatkan bantuan guaman.

Dia turut menyatakan bahawa dia telah menemui sebuah beg kepunyaan neneknya yang mengandungi dokumen berkaitan keluarga itu.
Jika terbukti bahawa Debrina ialah keturunan Allison, maka dia berpeluang untuk mewarisi kekayaan keluarga itu nanti.

Bagaimanapun, segalanya musnah selepas satu ujian DNA yang dijalankan terhadap salah seorang ahli keluarga terdekat Lorraine, Sally Kirkelie dan kakak tiri Debrina, Deanne Jennings menunjukkan tiada padanan antara mereka.

“Saya berterima kasih kepada Deanne dan Sally kerana sanggup menawarkan diri untuk ujian ini bagi menghentikan semua gangguan ini. Penipuan ini telah menghantui keluarga kami bertahun-tahun lamanya. Ini semua kerana wang.

“Debrina mahu menulis sebuah buku dan tidak ada kesangsian lagi yang dia mahukan keuntungan dari cerita kami. Ini cerita kami. Jai, biarkan kami tenang selepas ini,” jelas David Allison, cucu saudara Hudson.

Namun, keputusan itu disangkal oleh Debrina yang mengatakan dia mempunyai bukti tersendiri dan tidak berminat dengan wang keluarga Allison.
Bukti itu akan didedahkan dalam buku yang sedang ditulisnya kini.

(Sumber: Daily Mail & The Telegraph)




SEPULUH orang termasuk seorang warga Arab Saudi, telah ditangkap kerana mengedar dan menjual air minuman palsu Zamzam.

Kementerian Perdagangan dan Industri Arab Saudi menyerbu sebuah rumah di kejiranan Al-Rusaifah Makkah, yang telah digunakan untuk mengisi botol Zamzam dengan air minuman biasa.

Pihak berkuasa berkata sendikit kumpulan ini telah dikendalikan oleh seorang lelaki Arab Saudi. Mereka di tangap semasa sedang mereka mengisi botol dengan air biasa dan bersiap sedia untuk mengagihkan nya.

Mereka telah diserahkan kepada balai polis Al-Mansour untuk tindakan selanjutnya.  (www.saudigazette.com.sa)

PONTIAN: Tiga maut dan seorang cedera ringan dalam kemalangan di Kilometer 41, Jalan Pontian-Johor Bahru, Pekan Nenas di sini, jam 6.40 pagi tadi.

Kemalangan berlaku di depan Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas membabitkan dua motosikal dan sebuah kenderaan pelbagai guna Nissan Grand Livina.
Mangsa yang maut ialah Md Hisham Md Khalil, 41, dan dua beradik, Ang Kim Sing, 58, dan Ang Kim Sai, 50.

Mangsa yang cedera ialah seorang wanita yang juga pemandu Grand Livina.
Md Hashim menunggang berseorangan manakala Kim Sing dan Kim Sai membonceng sebuah lagi motosikal.

Gadis ini baru berusia 18 tahun tapi videonya di YouTube ditonton lebih ramai orang daripada klip video Lady Gaga.

Bukan itu sahaja, Bethany Mota, 18, yang mempunyai rangkaian fesyen berjenama sendiri turut mempunyai pengikut Instagram yang jauh lebih ramai sekali pun pengikut Instagram bagi jenama terkenal seperti Vogue, Elle, Marie Claire, Glamour dan Cosmo dikumpulkan sekali!

Remaja yang tinggal di Utara California ini, memulakan hobi mengepos video di YouTube sejak berusia 14 tahun sebelum berjaya menarik perhatian ramai pengikut.

Popularitinya membuka laluan untuk Mota seterusnya muncul dengan jenama pakaian dan barangan kemas sendiri.



Hingga kini, pengikut Mota berjumlah lebih 5 juta di YouTube sahaja.

Manakala di laman Instagram di mana Mota memuatnaik gambar dirinya, pakaian dan bilik tidur apabila dia tidak mengepos video di YouTube; berjaya meraih lebih 2 juta pengikut.

Populariti Mota membuatkan pusat beli belah Aeropostale setuju untuk memasarkan baju dan barangan kemas menggunakan jenamanya, ‘Motavator’.
Mota juga sebelum ini pernah mendapat peluang bekerjasama dengan jenama yang popular dalam kalangan remaja, JC Penney dan Forever 21.

Tak keterlaluan dikatakan, media sosial telah menjadikan gadis muda yang masih tinggal bersama ibu bapa ini menjadi jutawan tanpa disangka-sangka.
Nampak tak, betapa hebatnya kuasa media sosial yang kadangkala mengalahkan media arus perdana?



PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak Zizan Razak menafikan dia dan aktres Emma Maembong bercumbuan dan bersikap tidak senonoh di dalam kapal terbang ketika penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Zizan atau nama sebenarnya, Razizan Razak, 30, berkata, gosip yang ditimbulkan itu tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke negara itu turut disertai oleh pengurus dan beberapa krew penggambaran.

“Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua.

“Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Pemergian Zizan dan Emma ke Amerika turut ditemani oleh rakan-rakan dan krew penggambaran.

Zizan mengulas laporan sebuah ruangan gosip akhbar mingguan pada Ahad lalu yang melaporkan dia dan Emma tanpa segan silu bercumbuan di atas kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi mereka.

Anggota kumpulan Jozan itu ketika dihubungi mStar Online pada pagi Isnin lalu pada mulanya enggan mengulas mengenai isu tersebut kerana tidak mengetahui cerita sebenar dan baharu sahaja pulang ke Malaysia.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak sehingga timbulnya gosip tidak berasas itu kerana ia hanya spekulasi.

Malah kata Zizan, dia tidak berkecil hati dengan laporan akhbar tersebut kerana menganggap pihak media hanya menjalankan tugas mereka.
“Gosip itu tidak akan timbul sekiranya tiada pihak yang cerita kepada pihak media dan wartawan hanya menjalankan tugas mereka.

“Saya juga tidak berani hendak tunding jari kepada mana-mana pihak kerana nama pun gosip dan pada saya ia kedengaran kelakar,” ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai reaksi Emma mengenai gosip berkenaan, Zizan berkata, dia belum sempat untuk bercakap dengan pelakon itu dan tidak berhak untuk memberi kenyataan bagi pihaknya.

Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, percutiannya ke Amerika amat menyeronokkan kerana dia dapat mempelajari pelbagai perkara baharu sepanjang berada di sana.
Jelas Zizan, kehidupan masyarakat di negara itu yang sentiasa pantas cukup mengagumkannya selain pemandangan indah meninggalkan pengalaman manis buatnya.

Seorang lelaki pencinta sukan ekstrim , Igor Scotland , mencabar maut dengan tidur di atas seutas tali pada ketinggian 30 meter. Tali tersebut dibentangkan di antara dua bangunan di Bandar Vienna , Austria .

Bukan hanya tidur , Scotland juga berjalan dan menjalani kehidupan kesehariannya di atas tali itu . Scotland tercatat berada di atas tali selama 12 jam . Aksi nekad lelaki ini diabadikan oleh seorang jurugambar bernama Sebastian Wahlhitter .

" Walaupun saya seorang pendaki gunung dan cukup biasa dengan ketinggian , tapi tetap saja melihat aksi Scotland sangat luar biasa , saya merasa hal itu sangat menakutkan , " ujar Whalhitter . Demikian dilaporkan oleh Daily Mail , Sabtu ( 18/1/2014 ) .

Scotland adalah ahli komuniti pencinta ketinggian yang dikenali dengan nama Slackliners Vienna . Kumpulan ini sering melakukan perjalanan ke wilayah - wilayah terpencil di Vienna untuk mengeksplorasi ketinggian .

" Kumpulan ini memang gila dan mempunyai keinginan untuk merasakan ketinggian di sekitar Vienna , " ungkap Scotland .









Conventry - Pejalan kaki ini tampak jelas mengikuti peraturan di mana kenderaan tidak boleh berjalan bila lampu isyarat bertukar merah. Demikian seperti yang dilaporkan oleh Metro , ahad ( 19/1/2014 ) .

Wanita yang tak dikenali tersebut ditemui oleh remaja bernama Imogen O'Neill sekitar pukul 2.45 petang waktu setempat sedang berjalan di sepanjang jalan di Coventry .

Dalam gambar kelihatan , wanita itu hanya berdiri menunggu lampu bertukar  hijau . Tak mensia - siakan hal itu , O'Neill pun mengambil foto untuk mengabadikannya .

Foto ini bahkan telah disebar lebih dari 4,500 kali di Twitter .

Sumber: international.okezone.com