Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

BAGI sesiapa yang mengikuti perkembangan penyanyi Yuna, mereka pasti dapat melihat perubahan yang dilaluinya sehingga berada di tahap yang cukup membanggakan bagi seorang anak seni tempatan.
Bukan sahaja dari segi pencapaian dalam industri muzik, malah penampilannya juga turut berubah seiring dengan kehidupannya di Amerika Syarikat.
Namun, tidak ramai yang gemar dengan penampilan terbaru Yuna yang kini lebih gemar menggunakan turban yang menampakkan leher berbanding sebelum ini yang lebih ‘tertutup’.
Semalam, satu gambar yang dimuatnaik oleh Yuna di laman Facebook telah mengundang kritikan daripada peminat yang terkejut dengan cara pemakaiannya yang dianggap terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnya.
Gambar yang disertakan dengan ‘caption’, “It’s nice being a woman in the music industry, you get to dress up all the time!” memperlihatkan dia memakai baju lengan panjang baldu yang melekat pada tubuh dan berseluar ketat.
Secara tidak langsung, berlaku perbalahan antara peminat kerana perbezaan pendapat antara mereka.
Kami rasa, ada baiknya Yuna menimbang pendapat ramai kerana tak semestinya mereka menegur kerana benci, sebaliknya mahukan yang terbaik untuk penyanyi itu.
Apa pun, gunakan cara yang berhemah untuk menasihat ya. Artis pun ada perasaan, betul tak?

Bermula tengah malam 10 Januari hingga awal pagi 11 Januari lalu, berlaku kejadian tembakan rambang yang dilepaskan pihak tidak dikenali di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan Penampang, Sabah.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis yang merakam kejadian tersebut, polis menyifatkan suspek yang sedang diburu merupakan ‘budak-budak nakal’ yang sengaja melakukan perkara ini untuk menggusarkan masyarakat setempat.
CCTV merakamkan, dalang di sebalik kejadian ini terdiri daripada enam remaja yang menaiki tiga kenderaan berasingan.
Mereka melepaskan tembakan rambang hingga mengakibatkan kerosakan termasuk memecahkan cermin premis menggunakan senapang angin berpeluru ‘ball bearing’ dan guli.
Kira-kira 46 premis rosak angkara perbuatan khianat ini.
Kejadian ini menakutkan orang ramai apabila ada pihak mengaitkannya dengan pengganas Sulu. Bagaimanapun Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Jauteh Jikun menafikan kes ini ada ada kena mengena.
Terbaharu, pihak polis kini berjaya menahan tiga suspek dipercayai terbabit dalam kejadian terbabit.
Ketiga-tiga mereka merupakan pendatang asing dan berusia dalam lingkungan 30an.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua suspek ditahan di lokasi berasingan namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Dinamakan Ops Cermin, pihak polis kini sedang giat mencari suspek lain yang masih bebas.
Apa pun jika dilihat pada suspek yang sudah ditahan, nampak gaya ini bukanlah kerja ‘budak-budak’ nakal tetapi individu yang lebih berbahaya kerana melibatkan pendatang asing yang cuba mengancam ketenteraman negara. –
[Wow] - Jenayah

MANAMA – Seorang isteri di Yaman meminta mahkamah untuk memaksa
suaminya memberi lebih perhatian kepada beliau kerana banyak masa
dihabiskan dengan aplikasi WhatsApp di telefon bimbitnya.
Dalam kes yang disifatkan sebagai luar biasa di negara itu, wanita
berusia 30-an mendakwa suaminya mengalami ketagihan yang tidak normal
terhadap mesej aplikasi mesej telefon bimbit terbabit sehingga
mengabaikan isteri dan gagal memenuhi tanggungjawab sebagai seorang
lelaki.
Penduduk bandaraya Aden terbabit mengadu ketagihan suaminya itu
begitu membimbangkan sehingga beliau terpaksa meminta hakim memaksa si
suami untuk membahagikan masa antara isteri, teman dan WhatsApp secara
adil.
Kes luar biasa
Ini adalah satu kes yang luar biasa tetapi ia sebenarnya adalah
menggambarkan keadaan dunia Arab masa kini, kata Rasha, seorang peguam
di Manama.
Melarikan diri dari dunia realiti ke dunia maya atau ke dalam dunia
fantasi kini adalah perkara biasa dan keluarga semakin teruk menderita,
katanya dalam komen terhadap kes berkenaan.
WhatsApp Inc yang berpejabat di California bulan lalu berkata
aplikasi bagi mesej segera telefon bimbit kini memiliki lebih 400 juta
pengguna yang aktif setiap bulan.
Aplikasi yang dibangunkan untuk telefon pintar pada 2009 itu kini
dinaiktaraf untuk membolehkan pengguna berkongsi kandungan multimedia
seperti foto dan video. – AGENSI
Global
ROMPIN – Seorang penduduk yang sedang berjalan-jalan di Pantai Tanjung Pahang, di sini setelah selesai memukat terkejut apabila menemui tulang punggung yang berseluar dalam di pantai itu.
Pada permulaanya, penduduk tersebut menyangka ia adalah rangka binatang dan memanggil rakan sekampung untuk mengesahkannya.
Pengerusi KRT Tanjung Gemok, Noor Azhar Abu Bakar, 50, berkata, penduduk kampung yang menjumpai rangka tersebut telah memanggilnya untuk mengesahkan ia rangka manusia atau binatang.
“Bila sampai di sana bersama beberapa penduduk lain, saya juga terkejut melihat rangka manusia yang tidak sempurna iaitu hanya ada bahagian punggung yang siap dengan seluar dalam. Bila lihat ada seluar dalam, maka sahlah itu rangka manusia,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, beliau juga telah memaklumkan kepada Ketua Kampung Tanjung Gemok, Mohd Zaker Awang mengenai penemuan rangka bahagian punggung manusia itu.
Dalam pada itu, Zaker yang dihubungi Sinar Harian berkata, beliau telah menghubungi pihak polis di Balai Polis Tanjung Gemok memaklumkan mengenai penemuan tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya yang turut dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
“Pihak polis sedang melakukan siasatan ke atas rangka tersebut. Besar kemungkinan ia ada kaitan dengan beberapa kes lemas yang berlaku sebelum ini atau orang hilang yang belum dijumpai,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
[Wow] - Berita Tempatan
IBARAT kata pepatah, tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata. Kisah yang bertebaran lewat hujung minggu lalu membabitkan dua bintang sensasi, Emma Maembong dan Zizan Razak yang didakwa bercumbu di dalam kapal terbang benar-benar mencuri perhatian.
Laporan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar mingguan Ahad lalu menyatakan, dua pelakon popular itu tanpa segan silu bercumbuan di dalam pesawat ketika dalam perjalanan menuju ke Los Angeles, Amerika Syarikat sekitar dua minggu lalu.
Cumbuan yang dimaksudkan merangkumi aksi mesra, intim dan mencium pipi. Lebih memalukan, perilaku itu berlaku di hadapan penumpang lain di dalam penerbangan tersebut.
Kosmo! secara eksklusif kemudiannya mendapatkan respons daripada Emma dan Zizan sendiri berhubung kontroversi tersebut.
Jawab Emma atau nama sebenarnya, Che Fatimah Rohani Ismail, 22, kepulangannya dari Los Angeles disambut dengan khabar yang benar-benar mengaibkan namanya dan keluarga. Terkilan, kecewa dan tertekan, Emma menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.
"Bercumbu? Melampau dakwaan itu! Saya menafikan sama sekali tuduhan tidak berasas itu dan cubalah berfikir secara logik mana mungkin kami akan melakukan perkara itu, tambahan pula di hadapan orang ramai dalam pesawat.
"Selagi tiada sebarang ikatan Emma tidak akan sesekali melakukan perkara itu (bercumbu) walaupun ramai yang membuat spekulasi Emma dan Zizan bercinta, janganlah sampai membuat fitnah sebegini.
"Cerita ini secara tidak langsung memburukkan nama Zizan dan mengaibkan keluarga kami. Pasti ramai yang menganggap kami selalu buat perkara bukan-bukan seperti ini.
"Emma sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenai cerita ini, memang benar orang selalu cari salah kita," katanya kepada Kosmo! petang semalam.
Duduk sebaris
Emma menjelaskan sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih 12 jam dari Kuala Lumpur ke Los Angeles, Amerika Syarikat dua minggu lalu, ada masanya dia tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan.
"Malah, kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka (yang mengikuti trip bersama) tapi tidak pula keluar cerita.
"Mungkin kebetulan Emma duduk bersebelahan Zizan dan ada pula spekulasi kami bercinta sebelum ini, maka orang senang menjatuhkan hukuman," jelasnya yang ke Los Angeles untuk projek Jom Upgrade Mamee Chef.
Pelakon drama Projek Memikat Suami itu menerangkan, dia duduk bersebelahan Zizan dan sebaris dengan penyanyi Kaka serta pengurus Wire Frame Entertainment, Marina Juki.
"Emma tidak marahkan penyampai cerita itu sebab semua tahu perkara yang sebenar, malah sampai sekarang Emma tidak pasti siapakah individu yang bertindak menyebarkan cerita itu. Mungkin juga ada peminat yang tersalah anggap.
"Agak sedih sebenarnya apabila cerita itu keluar tanpa bertanyakan dahulu kepada Emma atau Zizan. Kalau betul Emma salah, Emma minta maaf," ujarnya yang menyifatkan Zizan adalah lelaki paling rapat dalam hidupnya.
Impak keluarga
Terbit kisah itu sekali gus mengundang tanda tanya keluarga masing-masing. Terang Emma, dia sudah menjelaskan situasi tersebut kepada keluarganya dan mengharapkan agar tidak timbul sebarang isu berbangkit.
"Keluarga ada bertanya akan hal itu dan Emma sudah jelaskan satu persatu, mereka memahami dan menyokong Emma.
"Begitu juga Zizan, apabila dimaklumkan mengenai perkara itu dia memang terkejut. Tiada apa yang boleh dibuat melainkan menceritakan perkara sebenar," katanya.
Permainan Zizan
Tenang suaranya menyambut gosip bercumbu dengan Emma yang menjadi santapan umum hujung minggu lalu.
Dalam nada yang emosi dikawal rapi dan waras, Zizan yang sudah terbiasa dengan pelbagai provokasi dan sensasi sepanjang menjadi anak seni mula berbicara.
Satu persatu soalan dijawab rapi dalam balutan isi yang tersirat.
Anak Terengganu ini tidak menafikan kemesraannya di dalam pesawat seperti yang didakwa entah siapa penyampai cerita.
Namun tegasnya, ia jauh sekali mendekati istilah bercumbu seperti yang didakwa.
"Ya, di dalam pesawat kami duduk bersama. Namun harus saya ingatkan bahawa kami bukan duduk berdua, sebaliknya bersama pengurus saya, Marina Juki dan Kaka.
"Di dalam pesawat, dengan banyak orang yang ada di dalamnya, mana mungkin kami bercumbu.
"Jika istilahnya bergurau, ya. Mungkin pada waktu si penyampai cerita mendakwa kami mesra kerana ternampak kami bergurau, itu tidak saya nafikan.
"Kami memang ada bergurau tetapi bukan bercumbu," katanya yang bagaimanapun memaafkan si penyebar cerita kerana jelasnya jika dia mahu memarahi pembawa cerita itu, ia telah pun disiarkan dan diketahui umum.
Zizan yang ditanya bagaimana dia melihat gosip sehingga mampu memberi impak terhadap kehidupan dan kariernya menjelaskan bahawa gosip pada kawalan mindanya tidak ubah seperti sebuah permainan video.
Sebagai seorang pemain, dia perlu mengawal permainan dengan bijak, profesional dan bermain secara serius.
Jelasnya yang mengaku keluarganya memahami perihal gosip: "Jika saya ditimpa gosip, saya kira tidak guna untuk melenting, sebaliknya lebih baik saya bijak mengemudi permainan video yang sedang dimainkan dengan baik.
"Saya fikir bersikap rasional dan profesional itu lebih baik daripada melenting. Sebab itu, sebolehnya saya akan menjawab setiap gosip atau persoalan yang diberikan kepada saya.
"Bagaimanapun, pada hal-hal yang saya kira terlalu peribadi untuk dikongsikan, saya akan simpan untuk diri sendiri."
Dilanjutkan lagi tentang hubungannya dengan Emma. Ada getar suara berlucu di corong telefon, sedikit menyindir dalam bahasa humornya kerana saya tidak lupa soalan sedemikian, Zizan bagaimanapun menjawab cermat persoalan-persoalan yang dilontarkan.
Soalannya, digosip terlalu kerap, jawapan mengenal hati budi menjadi santapan, adakah hanya itu sahaja yang mahu dijawab berulang-ulang oleh Emma dan Zizan.
Tidak adakah satu jawapan yang solid dan mempunyai ketetapan tentang hala tuju hubungan mereka?
Jawab Zizan yang disua tentang jarak usia antaranya dengan Emma sebanyak sembilan tahun dan keperluannya menunggu tempoh matang pelakon lawa itu untuk disunting sebagai suri, katanya, faktor usia bukan penentu.
Sebagai seorang lelaki yang telah mantap dari segi ekonomi dan usia 30 tahun, jujurnya luah Zizan dia memang berniat untuk berkahwin pada tahun ini.
Bagaimanapun sebagai manusia, merencana itu mudah, namun perjalannya ditentukan Allah.
"Ya, sejak berusia 25 tahun, saya memang telah memasang niat untuk berkahwin pada usia 30 tahun. Insya-Allah jika tiada halangan, memang saya ingin menamatkan zaman bujang pada tahun ini," katanya ringkas.
Namun kata Zizan, hal yang barangkali membuat rencana itu sedikit tersekat adalah kerana kesibukannya.
Komitmen bersama filem Cicakman 3 yang masih dalam penggambaran selain kerja-kerja yang perlu dilunaskan sepanjang tahun barangkali menjadi kekangan hasratnya itu.
Ditebak adakah wanita itu hampir pasti Emma, Zizan ketawa dan menjawab: "Doakan kami. Saya hanya perlu doa daripada semua orang buat masa ini."
Hiburan
London: Sebuah kereta lumba Ferrari yang pernah memenangi beberapa
perlumbaan terkenal pada 1950-an dijangka mencatat rekod dunia dengan
bidaan jualan pada harga 10 juta pound (RM54 juta).
Ferrari 375 Plus berkenaan antara kereta lumba yang terpantas dan
paling berkuasa pada zamannya, dengan mencatat kemenangan di Le Mans dan
Silverstone pada 1954.
Hanya empat versi kereta lumba itu pernah dibuat, manakala satu model kegunaan di jalan raya dibina khas untuk Raja Belgium. Kenderaan merah yang mempunyai enjin V12 dengan 4.9 liter 330bhp itu dan berkelajuan 281 kilometer sejam hanya dikhaskan untuk pemandu yang terbaik dan paling berani zaman berkenaan.
Kejayaan
terkenalnya ialah ketika perlumbaan Carrera Pan-Americana merentasi
Mexico yang dipandu oleh Umberto Maglioli.
Bintang Itali itu memandu 2,000 batu pada kelajuan purata 281 kilometer
sejam dan dalam tempoh seperlima daripada tempoh akhir dia memandu
dengan kelajuan 241 kilometer sejam. Selepas berpindah milik daripada
beberapa pengumpul, ia dibeli oleh pengimport Ferrari, Jacques Swaters
kawan rapat Enzo Ferrari pada 1990-an yang mengembalikan zaman
kegemilangan kenderaan itu. - AFP
Cool
Germantown: Seorang wanita dari Maryland yang membunuh dua anaknya
memberitahu polis, dia terpaksa berbuat demikian bagi mengusir kehadiran
roh dan kuasa jahat.
Zakieya Latrice Avery, 28, semalam didakwa dengan tuduhan membunuh
selepas menikam matinya anaknya yang berusia setahun dan dua tahun.
Polis berkata, anggotanya dikejarkan ke kediaman di utara Washington DC
itu awal pagi Jumaat lalu selepas seorang jiran menghubungi talian
kecemasan 911 setelah menyedari terdapat sebuah kenderaan dengan
pintunya terbuka di luar kediaman itu, selain sebilah pisau juga dikesan
berhampiran kenderaan berkenaan.
Sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati dua kanak-kanak itu sudah mati, manakala dua lagi adik-beradiknya yang berusia 5 dan 8 tahun cedera dengan kesan tikaman.
“Suspek menyangka ada syaitan merasuk kanak-kanak terbabit, jadi dia
melakukan upacara menghalau roh jahat dengan membunuh kanak-kanak malang
berkenaan,” kata pengarah jabatan jenayah, Kapten Marcus Jones.
Seorang lagi wanita yang berdepan tuduhan membunuh ialah Monifa Denise
Sanford, 21, yang turut memberikan kenyataan sama ketika disoal siasat
polis. Monica ditahan sehari selepas kejadian ngeri itu.
Dua wanita itu yang dipercayai bertemu ketika upacara keagamaan di gereja berkongsi tempat tinggal sejak beberapa bulan lalu.
Kedua-duanya yang ditahan tanpa ikat jamin atas tuduhan membunuh dan cubaan membunuh dijangka hadir ke mahkamah tengah hari esok (hari ini). - AFP
Global
Manchester: Pasangan pengantin baru yang sangat menyukai makanan
segera meraikan majlis perkahwinan dengan mengabadikan potret wajah
mereka di atas dua keping piza.
Kieran dan Natasha Morris, dari Bury, Manchester, meminta restoran
piza kegemaran mereka mengabadikan wajah mereka di atas dua piza yang
berukuran 13 inci diperbuat daripada puri tomato, daging dan jagung.
Restoran piza itu pernah mengabadikan potret artis Nathan Wyburn yang pernah muncul dalam rancangan Britain's Got Talent, selain turut menghasilkan imej seperti ikan duyung, cokelat dan pelbagai lagi.
Dalam tempoh tiga jam, piza istimewa itu siap untuk dihantar kepada pasangan bahagia berkenaan Sabtu lalu.
Kieran berkata, mereka mendapat idea itu untuk memberi kejutan kepada tetamu yang hadir kerana rakan mereka sering berjenaka mengenai tabiat kedua-duanya yang gemar memakan piza.
“Piza yang menampilkan wajah kami menjadi hadiah perkahwinan kepada tetamu. Kami sangat gembira apabila melihat wajah kami di atas piza dan tetamu juga seronok dengan kejutan itu,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi
Global
Kuala Lumpur: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan
Amizan Wan Abd Razak memfailkan permohonan cerai terhadap seorang wanita
yang didakwa sebagai isterinya dan mendakwa defendan sudah berkahwin
lain.
Permohonan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di
sini semalam dan Wan Amizan turut membuat satu lagi permohonan iaitu
mahu mahkamah memfarakkan (membubarkan) perkahwinan defendan dengan
pasangannya.
Bagaimanapun, defendan Azma Azifazilla Azan, 28, yang juga pemilik restoran, membantah permohonan Wan Amizan sambil menegaskan dia tidak pernah berkahwin dengan ahli politik itu serta membawa bersama akuan bersumpah bagi menyokong kenyataannya. Azma Azifazilla berkata demikian selepas peguam syarie Mohamad Isa Abd Ralip yang mewakili Wan Amizan memohon kepada mahkamah untuk menyerahkan saman bagi memfarakkan perkahwinannya dengan Rizal Md Radzi, 40.
Ketika memfailkan permohonan, Mohamad Isa berkata anak guamnya
mendakwa masih suami sah kepada Azma Azifazilla dan menamakan wanita
itu sebagai defendan pertama manakala Rizal defendan kedua.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin kemudian mencadangkan defendan memfailkan pembelaan atau bantahan awal sekiranya berpandangan tuntutan yang dibuat plaintif itu tidak relevan namun ia perlu dibuat secara bertulis. Mahkamah turut menasihati kedua-dua defendan melantik peguam bagi mengimbangi kes dan menetapkan 20 Februari depan untuk sebutan semula. Wan Amizan, 42, yang turut diwakili peguam Anita Arifin memfailkan permohonan cerai terhadap Azma Azifazilla pada Disember lalu mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Manakala bagi permohonan membubarkan perkahwinan, ADUN itu mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.
Wan Amizan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada mulanya hadir di mahkamah tetapi pulang sebelum prosiding bermula dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna hitam kerana dimaklumkan mempunyai urusan penting. Sementara itu, Azma Azifazilla dan Rizal ketika ditemui di luar mahkamah, memberitahu mereka berkahwin pada 28 September 2013 di Hulu Langat.
“Selepas empat bulan berkahwin baru masalah ini timbul, dan
sekarang dia (Wan Amizan) mahu pisahkan kami pula. Ini tidak munasabah
kerana Azma sudah jadi isteri saya," kata Rizal.
[Wow] - Berita Tempatan
Seri Iskandar: Seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, di sini, meninggal dunia secara
mengejut ketika menjalani sesi latihan menembak di lapang sasar Ayer
Kuning, Kampung Gajah, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Mansor Jusoh, 47, yang
berpangkat koperal dan bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Perak Tengah, dibawa rakan sepasukannya ke Klinik Kesihatan
Kampung Gajah selepas tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian oleh doktor bertugas.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Fakri Che
Sulaiman berkata, arwah dipercayai meninggal dunia akibat penyakit
jantung selain menghidap penyakit darah tinggi dan diabetes.
“Saya diberitahu anggota lain arwah kelihatan begitu bersemangat mengikuti latihan menembak itu bermula awal pagi sehingga petang, semalam,” katanya.
[Wow] - Berita Tempatan
Kuala Lumpur: Angkara enggan memberikan barangan kemas miliknya,
seorang wanita bukan sahaja dibelasah dengan tongkat malah turut diludah
di muka oleh suaminya dalam kejadian di kediaman mereka di Jalan Klang
Lama, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, suami mangsa yang
berusia 40 tahun pulang ke rumah sebelum meminta isterinya yang berusia
42 tahun menyerahkan semula barangan kemas yang baru dibeli mereka
sebulan lalu.
Menurut sumber, mangsa enggan memberikan barangan kemas itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka selama beberapa minit.
“Pertengkaran terbabit kemudian bertukar ganas apabila suami mangsa
yang gagal mengawal kemarahan bertindak menampar pipi sebelum menolak
kepala isterinya itu.
“Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut mengambil tongkat dan memukul mangsa sehingga terjatuh sebelum memaksanya menyerahkan barangan kemas berkenaan,” katanya.
[Wow] - Berita Tempatan

Kuala Lumpur: Akibat taasub ilmu mistik, seorang warga emas tergamak
memaksa menantu lelakinya menelan 100 bebola besi yang setiap satu
sebesar wang syiling lima sen kononnya supaya diri gagah dan hebat dalam
seni mempertahankan diri.
Menantu itu yang mahu dikenali sebagai Ramlan, 28, berkata, mentuanya
mendakwa mempunyai kekuatan luar biasa selepas menelan 100 bebola besi
beberapa tahun lalu.
Berikutan itu, katanya, ayah mentuanya yang berusia 60-an memaksanya
berbuat demikian supaya kerja mereka sebagai penyelia keselamatan di
tapak pembinaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
“Ayah mahu saya mengikuti upacara ‘telan besi’ dikendalikan seorang bomoh warga Indonesia di Gombak, tapi saya tak mahu terbabit dengan ilmu karut itu.
“Ayah mahu saya mengikuti upacara ‘telan besi’ dikendalikan seorang bomoh warga Indonesia di Gombak, tapi saya tak mahu terbabit dengan ilmu karut itu.
“Akibatnya, saya dibuang kerja dan saya nekad membawa isteri serta anak
keluar dari rumah mentua. Tapi, ayah semakin marah dan kini sering
mengganggu kami,” katanya.
[Wow] - Berita Tempatan
Subscribe to:
Posts (Atom)









Recent Comments