GEORGETOWN - Mayat seorang daripada dua lelaki yang dilapor lemas ketika mandi di Pantai Kerachut, Teluk Bahang dekat sini ditemui hari ini.
Mayat Ashwanpaljit Singh Charnjit Singh, 22, ditemui terapung dalam keadaan telungkup di pantai itu oleh pasukan menyelamat pada pukul 5 petang tidak jauh dari lokasi dia dilapor dihanyutkan ombak kuat petang semalam.
Ketika mayat Ashwanpaljit Singh dibawa turun daripada bot ke jeti nelayan Taman Negara Pulau Pinang, ibunya yang hanya dikenali sebagai Manjit Kaur dilihat rebah sehingga terpaksa dipapah anggota keluarganya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.
Sementara itu usaha mencari dan menyelamat seorang lagi pekerja syarikat pengiklanan yang turut hilang selepas dihanyut ombak kuat itu, Ku Muhammad Ilyas Ku Abdul Halim, 19, masih diteruskan.
Operasi mencari bermula 7.30 pagi ini melibatkan 70 pegawai dan anggota daripada Polis Marin Wilayah Utara, Renjar Hutan, Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Dalam kejadian pada pukul 4.17 petang semalam, lima orang dihanyut ombak kuat menyebabkan seorang mati, dua berjaya diselamatkan manakala dua lagi hilang.
Mereka adalah antara 24 pekerja sebuah syarikat di Prai, dekat sini yang menyertai kem bina diri di Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang. - Bernama
Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
LONDON – Seorang pelajar Britain berusia 16 tahun semalam menjadi individu termuda berjalan kaki ke Kutub Selatan, kata pasukannya.
Lewis Clarke meraikan kejayaan tersebut bersama semangkuk pasta dan keju parmesan yang menjadi hidangan lengkap pertamanya sejak dia mengembara sejauh 1,129 kilometer dari Denmark pada 2 Disember 2013.
Remaja lelaki itu dan pemandu arahnya, Carl Alvey merentasi rantau Antartika menggunakan ski dan tanpa sokongan lain.
Mereka hanya membawa barang makanan semasa melakukan perjalanan jauh dengan menempuh suhu -50° Celsius di bawah paras beku.
“Saya benar-benar gembira dan lega kerana buat kali pertama sejak 48 hari lalu, saya tidak perlu bangun dan mengheret gelongsor salji merentasi lapisan ais dan angin sejuk selama sembilan jam setiap hari,” kata Clarke.
Dua pengembara itu tiba di Kutub Selatan pukul 2 pagi semalam (waktu Malaysia).
Clarke yang melakukan perjalanan sukar itu untuk mengutip dana bagi mengisi tabung yayasan belia Putera Charles, akan pulang ke Britain pada Jumaat ini apabila rekodnya disahkan.
Terdahulu, Guinness World Records menyatakan, rekod orang paling muda berjalan kaki ke Kutub Selatan tanpa bantuan anjing atau kenderaan bermotor dicatat oleh gadis Kanada berumur 18 tahun, Sarah Ann McNair-Landry pada Januari 2005. – AFP
Global
Anggota keluarga dan sahabat yang rapat dengan Justin Bieber mendesaknya memasuki pusat pemulihan selepas beberapa bulan ditimpa pelbagai skandal.
Mengikut sumber, penyanyi sensasi berusia 19 tahun itu memerlukan bantuan bagi isu perilaku selain sering menggunakan dadah untuk tujuan berseronok.
Bagaimanapun, buat masa ini Bieber nampaknya belum merancang mendengar nasihat mereka mendapatkan rawatan pemulihan.
Sumber memberitahu MailOnline keluarga serta sahabat Bieber mahukan yang terbaik untuknya dan mengharapkan dia menyedari betapa teruk keadaannya sekarang.
Penyanyi itu kini masih di California selepas kediamannya di Calabasas diserbu polis, minggu lalu, apabila didakwa 'menyerang' rumah jirannya dengan telur yang mungkin boleh membawa kepada penahanan dan dakwaan bagi kesalahan vandalisme.
Rakannya Lil' Za turut ditahan dalam serbuan itu kerana didapati memiliki dadah dipercayai kokain. Bagaimanapun, polis berkata Bieber tiada kaitan dengan dadah ditemui. Bieber juga dikatakan tidak langsung menghubungi jiran itu untuk memohon maaf atau membayar ganti rugi kerosakan dialaminya.
Menurut laporan, perbuatannya itu mengakibatkan kerosakan lebih $20,000 (RM65,920). Undang-undang California menetapkan kerosakan lebih daripada $400 (RM1,318) dianggap vandalisme yang boleh membawa hukuman penjara.
Keluarga dan rakan-rakan Bieber semakin risaukan keadaan penyanyi muda itu terutama sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang melihatnya dihimpit pelbagai skandal membabitkan parti lewat malam bersama gadis-gadis seksi malah lambat hadir untuk persembahan konsertnya sendiri.
Desas-desus turut mengatakan Bieber yang berada di Amerika menggunakan visa kerja mungkin dihantar pulang ke Kanada selepas isu serangan telur itu.
"Jika Bieber didakwa dan didapati bersalah bagi tuduhan vandalisme, ada kemungkinan dia menghadapi tindakan pembatalan visa kerja yang membolehkannya tinggal di Amerika Syarikat.
"Perbuatannya itu boleh dianggap kesalahan moral yang keji mengikut perundangan imigresen Amerika," kata sumber agensi pengkuatkuasaan kepada laman berita Radar.
Kejadian itu bukan kali pertama Justin menimbulkan kemarahan jirannya, malah sering mengadakan parti yang membingitkan sehingga lewat malam serta berlumba.
Pada Mac tahun lalu, dia dikatakan meludah ke muka seorang jiran selepas memarahinya kerana memandu Ferrari miliknya dengan laju.
Jabatan Syerif Los Angeles dipanggil melakukan siasatan berikutan Bieber didakwa memaki hamun jirannya sambil berkata: "Saya akan bunuh awak!"
Sementara itu, November lalu pihak polis dipanggil ke rumahnya tiga kali dalam satu malam selepas jiran tidak tahan bunyi bising apabila dia mengadakan parti.
Menurut TMZ, polis dipanggil pada jam 1 pagi dan mengarahkannya supaya berhenti membuat bising.
Selain itu, laman web Radar turut melaporkan ada anggota pasukan keselamatan Bieber dipecat selepas menegur perbuatannya. Akibatnya Bieber kini boleh melakukan apa saja yang dimahukannya.
"Pengawal peribadinya Dustin Folkes bertikam lidah dengan pengurus Bieber, Scooter selepas menawarkan mahu membantu Bieber mendapatkan rawatan perilaku.
"Dustin dan anggotanya kemudian dipecat kerana cuba mencampuri isu itu. Malangnya, kini pasukan keselamatan sedia ada tidak mempedulikan apa yang terbaik untuknya jadi keadaan menjadi semakin tidak terkawal," katanya.
[Wow] - Selebriti
![]() |
| RUMAH tangga Obama - Michelle bergegar beberapa kali sebelum ini. |
Washington: Rumah tangga Presiden AS, Barack Obama didakwa bergolak beberapa kali gara-gara dia disyaki menjalin hubungan dengan wanita lain.
Malah, beberapa pihak percaya Obama akan bercerai dengan isterinya, Michelle.
Sumber berkata, Michelle mengesyaki Obama mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Bekas editor The New York Times, Edward Klein berkata, Obama dan Michelle kini di ambang perceraian. Kenyataan itu dibuat Klein melalui bukunya, The Amateur.
Khabar itu bukanlah berita baru kerana pada 2000 Michelle dilaporkan pernah menulis surat tuntutan cerai selepas Obama gagal memenangi kerusi senat Illinois di Chicago. Kata Klein, ketika itu Michelle muak dengan Obama yang tidak mengendahkan peringatannya agar tak bertanding menentang penyandang Bobby Rush.
“Ketika mereka berada di tahun ke lapan perkahwinan, Obama kelihatan tertekan kerana menghadapi banyak masalah dengan Michelle. “Pada satu ketika rakan terdekat Obama bimbang dia akan membunuh diri kerana berdepan kekalahan memalukan itu, selain berdepan hutang,” katanya. Bagaimanapun, kata Klein, Obama akhirnya berjaya melepas kegawatan rumah tangga itu dan hubungannya dengan Michelle kembali kukuh.
Kata Klein, hubungan pasangan suami isteri itu juga semakin dekat dengan anak mereka, Malia, 13, dan Sasha, 9. Namun, dugaan sekali lagi datang.
Klein berkata, Obama berdepan kemungkinan bercerai pada 2012 apabila Michelle - yang tidak mempercayai Obama - mencurigai wanita yang ada di sekeliling presiden itu. “Michelle sering menyemak aktiviti harian Obama kerana wanita itu dibayangi skandal presiden terdahulu, seperti John F Kennedy,” katanya. - Agensi
Global
![]() |
| Anwar Ibrahim |
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad dilarang memasuki Jepun dan beliau mengkritik layanan yang diberikan oleh para pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.
Beliau menerusi kenyataan di blog miliknya berkata, "Saya membantah sekeras-kerasnya tindakan ini, tidak wajar kerajaan Jepun untuk tidak membenarkan saya masuk dan menafikan hak-hak sah saya bagi perjalanan secara bebas tanpa halangan.
"Ia memang mustahil untuk salah sebuah negara demokrasi yang terkemuka di dunia untuk mengambil tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di bawah alasan lemah itu dan membiarkan saya dengan gambaran bahawa terdapat sesuatu yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku," kata Anwar di blognya yang merujuk kepada campur tangan pihak tertentu yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan masuk ke negara itu.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di lapangan terbang pada pukul 6.46 pagi Ahad dari Kuala Lumpur tetapi telah dinafikan kemasukan oleh pegawai-pegawai imigresen.
Sebaliknya, beliau diberitahu untuk menaiki penerbangan pertama untuk pulang atau berhadapan dengan tindakan pengusiran.
Anwar memberi kerjasama dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi.
Ketua pembangkang itu diberikan penjelasan berhubung pengusirannya ekoran sabitannya sebelum ini pada 1999.
"Saya beritahu mereka ini tidak boleh jadi sebab yang diterima kerana saya pernah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali sebelum ini pada 2006, 2009, dan 2012.
"Saya memberitahu pihak berkuasa imigresen mesti terdapat campur tangan berhubung perkara inu dan membantah bahawa adalah tidak wajar bagi mereka untuk tidak membenarkan saya memasuki ke negara ini (Jepun) tanpa bona fide dan sebab yang sah," katanya.
Apabila didesak untuk diberitahu sebab lain, para pegawai menjelaskan bahawa tindakan itu diambil 'kerana laporan terkini', Anwar berkata, beliau menuntut penjelasan daripada Wisma Putra.
Anwar turut menambah bahawa pejabatnya lebih awal membuat pertanyaan dengan pihak Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur dan telah diberikan pelepasan.
Menurut kenyataan di blog Anwar, beliau pergi ke Tokyo selepas menerima jemputan peribadi oleh Yohei Sasakawa yang merupakan Pengerusi Yayasan Nippon bagi membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam.
-mSTar
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA: Pelakon Faizal Hussein menganggap keengganannya membawa watak seorang bapa yang mempunyai anak dewasa sebagai strategi untuk bertahan lama sebagai hero dalam sesebuah drama atau filem.
Faizal, 46, berkata, sebagai pelakon, dia akan memilih watak paling muda dan bersesuaian yang mampu dilakonkannya mengikut kepercayaan yang diberikan oleh pengarah.
"Jika saya ambil watak 'bapa tua' iaitu yang mempunyai anak-anak yang sudah dewasa ia seperti memendekkan jangka hayat saya sebagai seorang hero.
"Sebagai pelakon sudah tentu kita ada strategi kita untuk bertahan lama dalam industri, kalau boleh saya akan pilih watak yang muda daripada usia atau seiring dengan usia sebenar," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanpun, kata Faizal, ia turut bergantung kepada sesebuah skrip yang akan dilakonkan.
Faizal berkata, bagi drama Jiwa watak sebagai bapa kepada pelakon Remy Ishak dan Kamal Adli berbeza kerana ia berkisarkan tentang perkembangan watak.
"Drama Jiwa berbeza kerana watak bapa kepada Remy dan Kamal ialah sejak mereka kecil sehingga mereka membesar. Drama tersebut tentang perjalanan kehidupan daripada saya muda hingga anak-anak membesar.
"Saya tidak mahu watak saya awal-awal sudah menjadi bapa kepada anak-anak yang sudah dewasa," katanya.
Dalam pada itu, Faizal berkata, sejak kembali aktif berlakon, dia lebih banyak menerima watak aksi berbading zaman kegemilangannya dahulu yang dikenali dengan watak romantik.
Kata Faizal, dia selesa menerima watak-watak aksi tersebut biarpun terpaksa membuat persediaan lengkap dan menjaga stamina.
"Sekarang lebih banyak menerima watak aksi berbanding belasan tahun dahulu, saya sentiasa menjaga kesihatan dan stamina agar tidak mengecewakan pengarah.
"Selain itu juga, saya ada persedian dan kelengkapan khas untuk berlakon babak-babak aksi agar tidak cedera," katanya.
Faizal bakal bergandingan dengan Remy Ishak dan Kamal Adli dalam drama Jiwa untuk slot Aksi pada setiap Rabu pukul 9 malam bermula 5 Februari depan di TV3.
[Wow] - Kisah Artis

Batu Pahat: Tiga maut manakala 15 orang lagi cedera termasuk 11 parah
selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di
Kilometer 107 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Yong
Peng, awal petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pada jam 1.50 petang itu, bas yang dinaiki
17 penumpang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke
selatan.
Bas berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar penghadang jalan sebelum terbalik ke parit bersebelahan.
Mangsa meninggal dunia dikenal pasti sebagai Mohd Sofuan Nurhakim Mohd Zaidi, 21; Mohd Amirul Asyraff Yaakub yang juga sepupu Mohd Sofwan serta Mohammad Zikri Othman, 10.
Mangsa meninggal dunia dikenal pasti sebagai Mohd Sofuan Nurhakim Mohd Zaidi, 21; Mohd Amirul Asyraff Yaakub yang juga sepupu Mohd Sofwan serta Mohammad Zikri Othman, 10.
Semua mangsa cedera dan terkorban dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk rawatan dan bedah siasat.
[Wow] - Berita Tempatan

Alor Gajah: Tersentak melihat kehadiran penduduk kampung, sepasang
kekasih yang asyik memadu asmara dalam sebuah kereta bertindak nekad
mengundurkan kenderaan sejauh kira-kira 200 meter sebelum merempuh tiang
dan masuk ke dalam longkang di Jalan Sungai Ragok, Ayer Paabas di sini,
awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pasangan masing-masing
berusia 20 tahun itu memberhentikan kereta Produa Myvi di bahu jalan di
kawasan kampung berkenaan.
Menurut sumber, beberapa penduduk menyedari kereta berkenaan berhenti
dan mematikan lampu kesemua lampu hingga menimbulkan kecurigaan.
"Bimbang berlaku sesuatu yang buruk berlaku, beberapa penduduk kampung menaiki kereta dan motosikal menghampiri kenderaan itu untuk menghulurkan bantuan.
"Bimbang berlaku sesuatu yang buruk berlaku, beberapa penduduk kampung menaiki kereta dan motosikal menghampiri kenderaan itu untuk menghulurkan bantuan.
“Penduduk mendapati tempat duduk pemandu dan penumpang direbahkan dan
melihat pasangan itu leka bergomol dan berpelukan di dalam kereta dengan
seluar pasangan terbabit separuh terlondeh.
[Wow] - Berita Tempatan

WARGA Jepun mempunyai satu budaya yang unik dan ia telah kekal
selama berpuluh-puluh tahun lamanya dikenali sebagai ‘Shuudan Koudou’
iaitu pergerakan seragam.
Keunikan pergerakan itu juga telah menjadikan satu video persembahan
berkaitan pergerakan sebegitu di Jepun menjadi viral pada November tahun
lalu.
Seramai 77 orang penuntut Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU) telah
membuat persembahan berjalan kaki seragam di hadapan 11,000 orang
penonton pada 14 November lepas.
Persembahan itu juga merupakan antara program utama dianjurkan universiti berkenaan.
Dalam persembahan itu, mereka akan berjalan kaki dengan
pantas ala-ala kawad tentera cuma pergerakan pelajar ini lebih laju dan
tepat serta pergerakan mereka agak kompleks.
Untuk menjayakan persembahan seperti itu, mereka berlatih
selama lima bulan sebanyak tiga kali seminggu. Latihan diadakan untuk
menjadikan pergerakan mereka benar-benar seragam dan lurus serta
semuanya sama.
Dalam latihan mereka sahaja, mereka sudah pun berjalan sejauh
kira-kira 1,200 km, jarak yang sama antara Paris di Perancis dan Rome
di Itali.
Kapten kumpulan NSSU Keiko Suzuki berkata, golongan muda di Jepun di
kritik hebat kerana gagal bekerjasama dan tidak berkemampuan bekerja
dalam kumpulan.
“Remaja di Jepun dikatakan kurang mahir dalam bekerja secara bersama
dalam kumpulan tetapi kami berjaya membuktikan ia tidak benar,” katanya.
Menurut beliau, aktiviti juga membantu mereka dalam proses mencari
pekerjaan kelak kerana mereka juga dilatih untuk berdisiplin pada tahap
tertinggi dan mampu mengikuti serta mematuhi peraturan.
“Saya yakin pengalaman seperti ini begitu berguna ketika kami bersaing dalam pasaran kerja kelak,” menurut Keiko.
Budaya bergerak bersama secara seragam sudah lama dipupuk dalam budaya masyarakat Jepun.
Di sekolah di Jepun, para pelajar berdiri dalam barisan yang teramat
lurus di antara satu sama lain. Kumpulan berjalan kaki seragam dari NSSU
ini merupakan antara satu kumpulan yang popular di Jepun.
Video

SEORANG pemandu teksi di Singapura ditipu seorang penumpangnya yang
meninggalkan sebuah kotak yang mengandungi barang tidak berguna ketika
kononnya pergi untuk mengambil wang.
Pemandu itu yang dikenali hanya sebagai Koh berkata seorang lelaki
meninggalkan sebuah kotak polisterin selepas memberitahu akan pergi
bertemu majikannya untuk mengambil wang tambang.
Malangnya, lelaki itu tidak kembali untuk membayar tambang berkenaan dan terus menghilangkan diri.
“Lelaki itu menaiki teksi saya dari Redhill Close ke Tampines
Street 83, dia meletakkan sebuah kotak besar polisterin di dalam but
barang dan berkata ia perlu dihantar kepada majikannya.
“Menurutnya, majikan akan memberinya wang tambang teksi itu apabila
dia tiba, dia juga kononnya membuat panggilan telefon kepada
majikannya,” katanya menurut laporan laman web stomp.com.sg dari Singapura.
Sebaik tiba di destinasi tujuan, lelaki meminta Koh untuk menunggu di
dalam teksi sementara dia pergi menemui majikannya mendapatkan wang
tambang, tetapi dia pergi tidak kembali.
“Kotak yang ditinggalkan di belakang teksi hanyalah kotak kosong
dengan barangan yang tiada nilai, dia kelihatan begitu profesional
menipu tambangnya yang hanya berjumlah $19.90 Dolar Singapura,” kata Koh
Pelbagai
Pelakon yang sering kali tampil dengan imej seksi, Nur Syatilla
Melvin mengakui dirinya memang seorang yang gemar berpakaian seksi namun
menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakannya seorang gadis
berperwatakkan liar.
Melahirkan kekecewaannya itu menerusi Harian Metro, Syatilla berkata,
“tak semestinya seksi, saya liar di luar. Jangan cakap macam itu”.
Menurutnya lagi, gemar berpakaian seksi bukan bererti dirinya sering
berpeleseran di luar dengan meneguk minuman keras, merokok malah
berparti di kelab-kelab di luar sana.
Pelakon kacukan Melayu-Jepun ini juga kecewa dengan penghinaan yang dilemparkan terhadap ibu bapanya berhubung perkara tersebut.
Itulah, lain kali jangan menilai orang berdasarkan penampilan luaran sahaja, bak kat orang ‘dont judge a book by its cover’.
Tak semestinya orang yang seksi itu semua jahat dan tak semestinya yang bertutup semua itu seorang yang baik.
Tak gitu?
[Wow] - Kisah Artis

SEREMBAN – Seorang wanita terkejut bukan kepalang apabila menjumpai
cebisan pembalut penutup luka dalam nasi lemak yang dihidangkan
kepadanya oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan, baru-baru ini.
Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Tay, 33, berkata, kejadian
itu berlaku pada 6 Januari lalu sekitar jam 10 pagi, ketika sedang
mengikuti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan atas urusan kerja.
“Semasa dihidangkan, saya tidak nampak sebarang keganjilan pada nasi
lemak tersebut. Bagaimanapun, selepas menghabiskan hampir 80 peratus
nasi lemak berkenaan, barulah saya perasan ada sesuatu yang tidak kena.
“Pada awalnya, saya sangkakan objek ditemui hanyalah cebisan sotong
dalam sambal nasi lemak. Namun, saya mula berasa loya dan jijik apabila
mendapati benda asing itu merupakan pembalut luka terpakai,” katanya
kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Katanya, tidak berpuas hati dengan kejadian itu, dia segera memanggil
ketua krew kabin bertugas untuk melihat sendiri objek dijumpai dalam
makanan yang mereka sediakan.
“Malangnya, respons diterima agak mengecewakan. Dia kelihatan acuh
tidak acuh apabila diberitahu penemuan plaster luka berkenaan dan
sekadar meminta saya mengemukakan aduan bertulis untuk tindakan susulan.
“Sehingga kini, saya masih menunggu jawapan daripada mereka (syarikat
penerbangan) yang terus berdiam diri dalam hal ini,” katanya.
Menurutnya, kesal dengan syarikat penerbangan tersebut yang
seolah-olah bersikap lepas tangan terhadap masalah dihadapi menyebabkan
dia membuat aduan kepada media.
“Bukan wang ringgit atau pampasan yang saya mahukan, cukuplah sekadar
permohonan maaf daripada mereka. Saya harap, tindakan sewajarnya juga
dapat diambil agar kejadian sama tidak berulang.
“Mujurlah saya tidak mengalami masalah kesihatan serius kecuali
sedikit alahan pada kulit selepas makan hidangan itu. Sedikit sebanyak,
saya berasa trauma dan serik untuk untuk menggunakan perkhidmatan
syarikat penerbangan terbabit,” katanya.
Sementara itu, Adun Rahang, Mary Josephine yang ditemui di
pejabatnya, dekat sini berkata, pihaknya bersedia membantu pengadu dalam
segala aspek.
“Kecuaian dilakukan tidak boleh diterima. Nama baik negara pasti akan
tercemar jika pelancong asing yang berdepan situasi sebegini.
“Kita minta pihak berkaitan beri perhatian serius dalam perkara ini
dan kita berikan tempoh seminggu untuk beri maklum balas,” katanya. - SINAR HARIAN
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)







Recent Comments