Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Kaherah: Sekumpulan pakar arkeologi Universiti Pennsylvania, Amerika
Syarikat berjaya menemui rangka Raja Senebkay, yang dikenali sebagai
‘firaun hilang’ di Abydos, wilayah Sohag, kira-kira 500 kilometer ke
selatan Kaherah baru-baru ini.
Tidak pernah disebut di dalam mana-mana sejarah Mesir kuno, nama Raja Senebkay tercatat di dalam bentuk tulisan hiroglifik yang ditemui bersama barangan yang menggambarkan ia milik keluarga diraja,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Kenyataan berserta gambar penemuan itu juga menunjukkan keranda batu yang rosak teruk di dalam bilik pengebumian tanpa bumbung.
Dinding batunya dihias dengan imej berwarna. Rangka tulang firaun yang disusun diatas kain putih turut ditunjukkan.
“Pada asalnya ia di awet tetapi tubuhnya rosak dan terpisah akibat aktiviti pencuri makam zaman purba,” jelas kenyataan bergambar itu.
Misteri Sejarah
Jasin: Seorang lelaki putus pergelangan kaki kanan selepas motosikal
berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit kemalangan di Kilometer 30 Jalan
Merlimau-Jasin, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, motosikal Kawasaki Versys 650
ditunggang Syed Mustapha Kamal Syed Kassim, 59, dari arah Jasin ke
Merlimau dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan
kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra dipandu Ketua Balai Polis
Sungai Rambai Sarjan Mejar Kamaridzman Khanafee.
Difahamkan, ketika kejadian, Kamaridzman dalam perjalanan dari Merlimau
ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin untuk menghadiri mesyuarat.
Kemalangan mengakibatkan Syed Mustapha Kamal putus pergelangan kaki kanan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.
Kemalangan mengakibatkan Syed Mustapha Kamal putus pergelangan kaki kanan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal
ditunggang Syed Mustapha Kamal dari arah Jasin ke Merlimau memasuki
laluan bertentangan sebelum bergesel dengan MPV berkenaan yang datang
dari arah Merlimau ke Jasin.
“Dipercayai mangsa yang menunggang motosikal memotong beberapa kenderaan lain di depan dan memasuki laluan bertentangan sebelum motosikalnya bergesel dengan Naza Citra dipandu Kamaridzman.
“Kemalangan mengakibatkan pergelangan kaki kanan mangsa putus selepas tersangkut di ruang antara tayar depan dan bumper MPV berkenaan sebelum terjatuh, manakala MPV itu rosak di sebelah kanan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
[Wow] - Berita Tempatan

Dia sering digandingkan dengan penyanyi lelaki untuk lagu duet. Kalau
dulu Pasha Ungu disebut pasangan idealnya, Rossa kini bekerjasama
dengan lebih ramai penyanyi seperti Taufik Batisha dari Singapura dan
Hafiz (Malaysia).
Dalam kehidupan peribadi, dia juga sering dikaitkan dengan seseorang
sebagai pengganti selepas bercerai dengan Yoyo pada 2009. Bagaimanapun,
sehingga kini penyanyi yang popular dengan lagu cinta itu masih
sendiri.
Rossa yang kini hangat dengan lagu duet bersama Hafiz, Salahkah,
dikatakan mempunyai teman istimewa dan bakal mengakhiri zaman jandanya
dalam waktu terdekat.
Kalau sebelum ini Rossa dikatakan akrab dengan ahli perniagaan di sini, hubungan mereka tidak panjang, kemudian timbul pula cerita kini rapat dengan ahli perniagaan di tanah kelahirannya.
Kalau sebelum ini Rossa dikatakan akrab dengan ahli perniagaan di sini, hubungan mereka tidak panjang, kemudian timbul pula cerita kini rapat dengan ahli perniagaan di tanah kelahirannya.
Rossa yang berkunjung ke Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menjayakan
Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) pada 14 Disember lalu, sekali gus
mempromosi Salahkah, menafikan apa yang dihebohkan itu.
[Wow] - Selebriti

Pizza mungkin menjadi makanan ringan yang mengenyangkan di waktu santai .
Namun jika anda jenis orang yang suka mencuba perkara baru , maka
restoran ini akan menawarkan sesuatu ekstrim .
Restoran tersebut adalah Evan Neighborhood Pizza yang terletak di Fort Myers , Florida . Restoran ini terkenal dengan topping pizza yang tidak wajar yakni daging ular sawa . Ekstrimnya lagi selain daging ular sawa , pizza ini juga dilengkapi kaki katak dan sosej buaya .
Pizza ektrim ini dinamakan dengan Everglades Pizza . Pencetus idea ini tak lain adalah Evan Daniell , pemilik The neigborhood Pizza . Dia mengaku telah membuka restoran ini sejak 11 tahun lalu dan berjaya menjual 150 loyang Everglades Pizza di hari pembukaan .
Evan mendedahkan bahawa idea ini muncul apabila populasi ular sawa berkembang begitu banyak di daerahnya . Daripada mengganggu aktiviti penduduk , Evan lalu mengolahnya menjadi makanan yang lazat .
" Populasinya yang terus berkembang memberi ketakutan pada penduduk , " Ujar Evan . " Bahkan aku pernah membaca sebuah artikel tentang ular sawa yang memakan haiwan lain , itu benar - benar menakjubkan . "
Evan mengaku mendapat semua daging ular sawa tersebut dari pengedar yang telah disahkan . Untuk satu loyang pizza , Evan mengenakan harga yang cukup tinggi yakni US $ 45. Hal ini disebabkan kerana harga daging ular sawa yang juga mahal iaitu USD 66 per setengah kilogram .
Evan juga merancang untuk kembali membuat pizza dengan haiwan - haiwan lain seperti armadillo , rakun dan posum ( sejenis mamalia asal Sulawesi dan Australia ) .
Sumber: wowkeren.com

Kuala Lumpur: Malang bagi pelanggan Internet yang membelanjakan
kira-kira RM150 sebulan untuk menggunakan perkhidmatan sambungan
Internet tanpa wayar (Wi-fi), terutama di kediaman masing-masing, tetapi
akhirnya mendapati talian itu kerap terganggu.
Jika ia berlaku, anda mungkin menjadi mangsa talian Wi-fi digodam atau ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab menggunakan satu peralatan terbaru yang kini dijual secara meluas menerusi online.
Peralatan itu semakin popular digunakan di negara ini, terutama bagi mereka yang mahir teknologi maklumat (IT) untuk tujuan menggodam Wi-fi tanpa disedari pemiliknya walaupun dimasukkan kata laluan (password) rumit.
Lebih mengejutkan, alat buatan Taiwan dan China itu mudah dibeli melalui Internet dengan harga serendah RM150 yang dijual berserta perisian mendekod atau menggodam kata laluan.
Alat itu juga tidak mempunyai label SIRIM, sekali gus membuktikan ia dijual terus kepada pembeli tanpa kebenaran pihak berkuasa selepas mengimportnya dari dua negara berkenaan.

Isu Panas

Rio de Janeiro – Seorang suri rumah
mengalami kesakitan teruk selepas seekor landak jatuh atas kepalanya
ketika dia keluar membawa anjingnya berjalan.
Akibat kejadian, Sandra Nabuco, 52,
terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan berikutan 200 duri landak
melekat di kulit kepala dan rambutnya.
“Memang mengejutkan. Tiba-tiba saya rasa sesuatu di atas kepala saya dan apabila merabanya tangan saya terkena duri landak.
“Doktor terpaksa menggunakan penyepit untuk mengeluarkan semua duri itu.
“Mula-mula kami mengiranya tetapi bila
sampai 150 kami pun tidak larat meneruskan. Saya anggarkan
sekurang-kurangnya 200 duri dicabut,” katanya.
Haiwan itu dipercayai jatuh daripada tiang lampu.
Doktor memberikan antibiotik untuk mengelak jangkitan kuman.
Sandra kini mampu ketawa namun menganggap kejadian itu peringatan untuk semua.
“Sekurang-kurangnya saya masih sihat.
Saya tidak dapat bayangkan apa berlaku sekiranya kejadian membabitkan
kanak-kanak atau orang tua,” katanya ketika ditemui, semalam. – Agensi
Global

Beijing – Seorang lelaki berdepan
kemungkinan kudung apabila lengannya tersepit tiang ketika cuba mencuri
keluli di dalam struktur itu.
Kejadian berlaku di Guang’an, wilayah
Sichuan ketika lelaki terbabit cuba menggergaji bahagian luar tiang
diperbuat daripada konkrit untuk mencuri keluli di dalamnya.
Malangnya, tiang itu terjatuh ke atasnya mengakibatkan lengan kirinya tersepit.
Orang awam yang terdengar jeritannya menghulurkan bantuan dan menghubungi pasukan kecemasan.
Anggota bomba berjaya mengangkat tiang berkenaan dan melepaskan mangsa sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, doktor berkata mangsa mungkin
perlu dipotong lengannya akibat terlalu lama tersepit sehingga terputus
bekalan darah. – AFP
Global

Gelang Patah – “Anak-anak yang meninjau
dapur selepas terdengar bunyi kuat terkejut melihat televisyen 29 inci
menghempap kepala Qistina hingga hidung, mulut dan telinganya berdarah.
“Melihat keadaan cemas itu, keluarga
terus membawa Qistina ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk
mendapatkan rawatan kecemasan,” kata Mohd Nor Hizam Abdul Halim, 40,
bapa kepada Nurul Qistina Farrah Aivienna, 6, yang parah akibat dihempap
televisyen di dapur rumah ibu kanak-kanak itu di Taman Sri Pulai, di
sini, kelmarin.
Mohd Nor Hizam berkata, dalam kejadian
jam 7.30 malam, Qistina mungkin memanjat kabinet televisyen kerana ingin
membuka suis lampu sambil berpaut pada televisyen berkenaan.
Katanya, dia percaya ketika cuba menuruni kabinet itu, televisyen berkenaan terjatuh lalu terhempap kepalanya.
Menurutnya, anak keempat daripada lima beradik itu mengalami gegaran otak dan retak tulang tengkuk. – myMetro Online
[Wow] - Berita Tempatan

BARU-BARU ini, tersebar berita mengenai ibu kepada aktres Fasha Sandha, Hatijah Teh Man mengeluarkan status agak keras menerusi akaun Facebook miliknya setelah ada pihak yang mendakwa keluarganya mempunyai kaitan dengan penggunaan ilmu sihir.
Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada peminat Nora Danish kerana mereka menghentam Fasha dan mengaitkan Fasha dengan ilmu sihir. Hatijah menerusi status itu juga mendakwa Nora sendiri pernah bercakap mengenai ilmu sihir dan percakapan itu seakan-akan menuduh keluarga mereka terlibat dengan perbuatan syirik itu.
“Saya enggan besarkan cerita. Saya sayang anak saya lebih daripada segala-galanya. Dia (Hatijah) merupakan nenek kepada adik Rayqal, jadi dia punya perkaitan dengan anak saya. Jadi, saya tak mahu komen sebab anak saya penting daripada perasaan saya sendiri,” jelas Nora apabila diminta mengulas tentang perkara ini.
Jelas heroin ‘Aku Terima Nikahnya’ ini lagi dia berasa terkejut apabila mengetahui berita ini. Mengakui yang dia tidak mengikut perkembangan Hatijah di laman sosial, Nora mendapat tahu tentang isu ini apabila ada rakan yang memaklumkan kepadanya.
Mengulas mengenai kemungkinan segelintir orang akan memberikan tohmahan kepadanya apabila isu begini timbul, Nora hanya mengambil pendekatan mudah.
“Saya hanya boleh diamkan diri, hanya untuk anak saya walaupun saya ditohmah. Bagi saya, orang sekarang sudah bijak dan pandai menilai yang mana baik, yang mana buruk,” ujar Nora.
Ketika ditanya mengenai tindakannya memuat naik foto berkenaan doa untuk dijauhkan daripada ilmu sihir di akaun Instagramnya, Nora ada penjelasan tersendiri mengenai perkara ini.
“Orang mungkin salah faham. Umum tahu, sebelum ini ada banyak berita mengenai gangguan ilmu sihir di kalangan selebriti, jadi apa salahnya dengan doa sebegitu. Saya mempunyai kelompok ‘haters’, begitu juga dengan Fasha. Apabila saya memuat naik gambar tersebut, ‘haters’ mula menjalankan tugas mereka. Jadi timbul salah faham di situ. Apapun, hubungan saya dan Fasha masih dalam keadaan baik. Tempoh hari, Fasha ada menghadirkan diri ke majlis doa selamat sempena hari lahir Rayqal,” ujar Nora mengakhiri perbualan. – GUA
[Wow] - Kisah Artis
KUCHING – Sebuah bot panjang yang membawa rombongan pengantin karam di Matu, dalam Bahagian Mukah kira-kira jam 2 petang tadi.
Bot panjang berkenaan yang dalam perjalanan dari Kampung Saei ke Kampung Tekajong, membawa 27 penumpang.
Sehingga kini, tiga disahkan mati, 16 mangsa ditemui selamat manakala lapan lagi belum diketahui.
Gerakan mencari dan menyelamat masih dijalankan anggota Bomba dan Penyelamat Mukah dengan bantuan penduduk kampung.
BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL.
[Wow] - Berita Tempatan
KEJADIAN ini berlaku pukul 6.30 pagi kelmarin di Blik 621, Flat Bukit Batok, Singapura.
Ini kisah yang diceritakan oleh saksi yang melihat kejadian tersebut.
” Pemilik anjing itu mahu naik ke rumahnya selepas membawa anjingnya
berjalan-jalan. Dia kemudian masuk ke dalam lif dengan tali yang
mengikat anjing kesayangannya itu digenggamannya.
” Ketika dia masuk ke dalam lif tersebut, dia masih memegang
tali berkenaan. Pintu lif kemudiannya tertutup sedangkan anjing
kesayangannya itu masih di luar.
” Kejadian berlaku begitu pantas, pemilik anjing tersebut tak
sempat nak berbuat apa-apa. Lif itu kemudiannya bergerak naik ke
tingkat tiga.
” Beberapa minit kemudian satu pasukan penyelamat tiba tetapi
sudah terlambat kerana anjing itu didapati telah mati tergantung di
depan pintu lif lobi flat tersebut,” katanya.
Inilah yang dikatakan malang tidak berbau…
Isu Panas

Ketika melihat binatang ini mungkin akan berfikir ia adalah ular , namun
bukan . Dengan bentuk panjang seperti ular dewasa sebenarnya ia adalah
cacing tanah . Ya , cacing tanah ini merupakan yang terbesar .
Spesies tersebut dinamakan Giant Gippsland yang ditemui di Gippsland , Australia . Jenis itu sudah diakui sebagai spesies cacing tanah terbesar di dunia . Jika direntangkan maka panjangnya boleh mencapai 2 meter walau biasanya " hanya " 77 cm dengan ketebalan 2,54 cm .
Meski ukurannya besar namun cacing ini sukar untuk ditemui kerana lebih banyak hidup di dalam tanah . Tanah dengan kandungan air banyak memudahkan mereka bernafas sehingga mereka hidup di lapisan 3-5 kaki dari permukaan . Biasanya mereka muncul di permukaan ketika hujan lebat atau dijumpai di runtuhan tanah .

Giant Gippsland mempunyai struktur tubuh yang lembut sehingga sedikit
tekanan boleh membunuhnya . Namun jika anda berjalan di atas habitat
maka mereka akan mengeluarkan bunyi - bunyian cukup keras untuk didengar
.
Telur Giant Gippsland cukup besar dan perlu waktu setahun untuk menetas . Ketika menetas sudah saiz 15 cm dan mencapai saiz maksimum selepas 5 tahun . Cacing ini kemungkinan usia hidupnya 20 tahun .
Saat ini kewujudan Giant Gippsland semakin jarang kerana berkurangnya habitat dan rendahnya kadar pembiakan . Badan Pemuliharaan Antarabangsa telah memasukkannya ke dalam Red List atau hampir pupus sehingga wajib dilindungi .

Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments