Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Kecoh disana-sini bila Murai Batu baca cerita pasal seorang pelakon wanita dari seberang yang terkenal kerana penampilan seksinya dan pernah bercinta dengan pelakon drama, Keith Foo yang kini sedang hangat menerusi drama bersiri Ariana Rose yang mendapat sambutan hangat.
Nama Tyas Mirasih tidak semena-mena panas seketika dek sejarah percintaannya dengan aktor Keith Foo yang terlebih dahulu popular di Indonesia sebelum mula membina tapak di negara sendiri. Kepada peminat filem tempatan yang ingin melihat siapa Tyas, anda boleh tonton filem Laga yang menampilkannya sebagai Maya.

Hubungan Keith dan Tyas sudah lama putus dan Keith pun sudah mempunyai teman baru, Kim Raymond seperti laporan-laporan di portal hiburan. Mereka turut menyiarkan foto mesra aktor kacak itu dengan teman wanita yang tidak kurang juga cantiknya yang sedang bercuti ketika tahun baru.
Murai Batu apa lagi, mula nak sibuk tengok siapalah Tyas Marisih ini dan rupa-rupanya dia bukanlah sekadar pelakon biasa-biasa di seberang. Setiap cerita yang mengaitkan dia pastinya beradar panas antaranya adegan ciuman mesranya dan Keith dalam filem Hantu Budeg serta gaya penampilannya yang seksi itu.Satu lagi perkara adalah tentang permulaan Tyas menjadi popular hingga pernah mendapat jolokan ratu muzik video kerana seringkali tampil dalam klip muzik video penyanyi terkenal Indonesia iaitu Ungu, Yovie & Nuno, Kerispatih, Seventeen dan banyak lagi.
Hairan juga Murai Batu mengapa bila dia diambil berlakon baru dapat mengenalinya dan mengapa dia tak sepopular Luna Maya, Wulan Guritno mahupun Julia Perez. Cari-cari punya cari terjumpa pula gambar si Tyas atau nama penuhnya Tyas Mirasih Endah ini di portal hiburan terkenal seberang, Kapanlagi.com.
Terjojol la juga mata Murai Batu tengok gambar tersebut tetapi sebagai seorang yang berpikiran terbuka, tidaklah Murai Batu melihat ia dari sudut negatif. Kerana budaya di sana dan di sini mungkin berlainan fahamannya.
Gambar tersebut menyiarkan Tyas menggayakan pakaian yang berkonsepkan perkahwinan namun dibuat dalam bentuk yang seksi sekali untuk siaran segmen lelaki di dalam Men Kapan Lagi itu. Ala-ala khusus untuk tontonan lelaki.
Cuba bayangkan Murai wujudkan segmen macam itu, siapakah artis pertama yang akan diseksikan oleh Murai? Lana Nordin? Oops dah tak boleh. Tetapi secara realitinya kalau Murai buat sama macam portal hiburan terkenal itu, memanglah portal ini akan dikecam hebat kan, jadi Murai Batu sekadar cuba berjenaka disitu.
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana perjalanan karier Tyas Mirasih disini yang bakal dimulakan dengan Laga. Khabarnya dia ada kawan dalam industri hiburan kita tetapi tidak mahu berkongsikan siapakah orangnya.
Hiburan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya ada
memberikan latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kepada selebriti Farid Kamil
seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan, Jumaat.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi
Korporat) Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman ACP Datin Asmawati Ahmad turut
menegaskan bahawa pihaknya juga tidak memberi sebarang bentuk latihan
UTK atau seumpamanya kepada mana-mana orang awam.
“PDRM menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mengaitkan jabatan ini
denganapa juga maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan timbulnya
sebarangkekeliruan,” katanya melalui laman sosial PDRM malam Jumaat.
Akhbar itu pada Jumaat melaporkan pengarah dan pelakon filem, Farid
Kamil Zahari menjadi selebriti tempatan pertama yang mengikuti sesi
latihan UTK PDRM bagi memantapkan staminanya yang telah dijalani sejak
minggu lalu.
Farid dipetik sebagai berkata dia memohon untuk menyertai latihan itu
selamatiga bulan atas inisiatif sendiri untuk mendisiplinkan diri serta
meningkatkan kecergasan badan bagi membantu kerjayanya sebagai pengarah
dan pelakon di negaraini. – BERNAMA

BAGAN SERAI – Seorang penjenayah bukan hanya berputih mata kerana
gagal menyamun seorang pengusaha bengkel kereta dengan menggunakan
pistol mainan malah dia cedera selepas dibelasah orang ramai di Batu 8,
di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, suspek berusia lingkungan
40-an terbabit memasuki premis milik T Anthony Dass, 41, dan mengugut
peniaga itu supaya menyerahkan wang tunai kepadanya.
Anthony berkata, dia yang sedang bersendirian di bengkelnya terkejut
diacukan pistol oleh suspek yang memasuki premisnya melalui pintu utama.
Menurutnya, suspek yang berada berdekatan pintu utama bengkel itu
mengugut untuk menembaknya sekiranya mangsa gagal menyerahkan wang tunai
dan barang berharga.
“Panik dengan kejadian itu, saya terus menolak pintu utama dan
menyebabkan pencuri itu terhumban keluar, manakala pistolnya terlepas
dari pegangannya.
“Melihat suspek terjatuh, saya segera menjerit meminta tolong dan tindakan saya itu menyebabkan suspek cuba melarikan diri.
“Bagaimanapun, lelaki terbabit berjaya dihalang adik saya dan orang
ramai yang berada di sekitar bengkel,” katanya kepada Sinar Harian
ketika dihubungi, semalam.
Anthony berkata, sejurus selepas suspek diberkas, berlaku pergelutan
antara lelaki terbabit dan sekumpulan orang ramai berikutan suspek
bertindak agresif untuk melepaskan diri.
Menurutnya, insiden itu segera dimaklumkan kepada sepasukan anggota
pasukan sukarelawan Bagan Serai yang kemudiannya membantu membawa suspek
ke balai polis.
“Tindakan agresif suspek membawa padah apabila orang ramai yang berang dengan sikapnya bertindak membelasahnya.
“Hanya setelah suspek tidak lagi agresif, barulah dia diserahkan kepada anggota keselamatan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Anthony berkata, dia kemudiannya terkejut selepas dimaklumkan bahawa
senjata digunakan suspek untuk mengugutnya itu hanyalah pistol mainan.
Susulan kejadian tersebut, Anthony membuat laporan di Balai Polis
Bagan Serai dan suspek serta motosikal dinaikinya diserahkan kepada
polis untuk siasatan lanjut. – Sinar Harian
[Wow] - Berita Tempatan
COLORADO – Malang menimpa seorang atlit angkat berat apabila besi
yang diangkatnya terjatuh, menyebabkan tulang belakangnya cedera
sekaligus mengakibatkan dia menjadi lumpuh.
Kejadian itu berlaku ketika Kevin Ogar yang juga jurulatih gim
CrossFit di Denver sedang melakukan acara `snatch’ iaitu acara sukan
yang mengabungkan angkat berat dan gimnastik.
Menurut laporan, Ogar berjaya menangkat barbell hingga paras pinggang dan kemudian mengangkat ke atas, mengatasi paras kepala.
Namun dia gagal bertahan, hinggakan besi berat itu terjatuh di
belakangnya menyebabkan Ogae\r mengalami kecederaan tulang belakang.
“Kesan itu amat menakutkan, dia melompat seperti orang menembaknya
dan kemudian rebah serta tidak boleh lagi menggerakkan kakinya,’’ kata
salah seorang rakannya.
Ogar telah menjalani dua pembedahan setakat ini dengan skru dan besi dimasukkan ke bahagian belakangnya.
Dia juga telah dipindahkan ke pusat pemulihan di Colorado.
Bapanya, Vince Ogar berkata, anaknya itu telah menjalani sesi terapi
dan terus bersemangat untuk pulih serta berharap agar dapat berjalan
semula.
Bagi membantu Ogar, CrossFit telah mengadakan kutipan wang bagi membiayai kos rawatan dan pemulihannya.
Selain itu seramai 3,230 orang daripada seluruh dunia telah menderma sebanyak $200,000 melalui Fundly,com.
Rakan-rakannya juga menjual t-shirt bagi membantu atlet tersebut.
Global

Polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan tiga wanita dan seorang
budak perempuan, dipercayai warga asing, kerana melarikan sebentuk
cincin berlian bernilai kira-kira RM5.2 juta, semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi
Ahrasa berkata pasukan itu, yang diketuai beliau sendiri, sedang
mengenal pasti identiti suspek termasuk meneliti rakaman kamera litar
tertutup.
“Polis percaya kesemua suspek masih berada di negara ini, dan
polis sedang menjalankan operasi besar-besaran untuk menahan suspek,”
katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Insiden itu berlaku pada kira-kira 3 petang di pusat jualan barangan
kemas eksklusif di pusat beli-belah terkemuka Bukit Bintang apabila
kesemua suspek masuk ke premis berkenaan untuk melihat barang kemas.
Budak perempuan berusia lingkungan lapan hingga 10 tahun dipercayai
mengambil kunci laci dan mencuri cincin berlian itu sebelum meletakkan
semula kunci berkenaan di tempat asal.
Khairi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan. – BERNAMA
[Wow] - Jenayah
Nama
Ery Zukhairi mungkin ramai yang sudah lupa atau tidak tahu, maklum la
sebelum ini beliau sibuk dengan peragaan. Terbaru ini, kitorang ada
dapat perkembangan terkini pasal beliau di mana Ery Zukhairi beliau memegang watak Prof. Ir. Dr. Ahmad Redza Muhammad dalam drama Cinta Padang Kedua.
Menurut Ery Zukhairi, beliau terpaksa membawa dua karakter
yang berbeza untuk drama ini iaitu semasa muda dan untuk watak seorang
lelaki yang berumur 40 tahun. Jika kaji secara mendalam watak beliau,
dia seorang yang nampak baik pada luaran tetapi dalam pada masa yang
sama, terpendam kejahatan dalam dirinya. Drama ini menceritakan dendam
kesumat watak ini di mana beliau sepatutnya berkahwin dengan watak
Dalilah lakonan Maria Farida tapi beliau ditinggalkan semasa majlis
nikah.
ERY ZUKHAIRI
SEBAGAI PROF. IR. DR. AHMAD REDZA MUHAMMAD
Watak Ery Zukhairi sebagai
seorang profesor di sebuah universiti tempatan. Semasa mudanya, beliau telah
dikecewakan oleh Dalilah (Maria Farida). Kerana rasa kecewa yang teramat,
beliau bertekad untuk menjadi 'somebody' dan membalas dendam kepada Dalilah.
Setelah
sekian lama dia menjejaki Dalilah, dia mendapat tahu Dalilah mempunyai seorang
anak gadis yang cantik bernama Ainnur Azleen (Izara Aisyah). Prof. Ahmad Redza
merasakan dengan merosakkan hidup Ainnur, Dalilah akan sengsara dan dendamnya
kepada Dalilah akan terlunas.
Prof.
Ahmad Redza telah berjaya memerangkap Ainnur pada suatu hari dan membuat Ainnur
terpaksa merayu-rayu kepadanya demi mengembalikan maruahnya. Namun apabila
Ainnur mengajak Prof. berkahwin untuk menebus dosa, Prof. menolak. Kerana
kecewa Ainnur menyambung pengajian ke UK.
Prof.
mengajar di universiti di mana Zairul menyambung pengajiannya dalam bidang
kejuruteraan. Zairul menjadi pelajar kesayangan Prof. kerana kecerdikannya lalu
menawarkan pekerjaan sebagai pembantunya di universiti. Zairul pula amat
menghormati Prof. dan menjadikannya sebagai idola.
Selepas
pulang dari UK, Prof. masih tidak dapat melupakan dendamnya kepada Dalilah dan
Ainnur. Dia akhirnya berjaya menjejaki Ainnur dan merayu untuk bersama Ainnur
kembali. Di sinilah terjadi konflik di antara Zairul-Ainnur-Prof. Redza.
Berjayakah Prof. meraih cinta Ainnur kembali dan membalas dendam kepada
Dalilah? Bagaimana pula reaksi Zairul apabila mendapat tahu bahawa dia terpaksa
bersaing dalam merebut hati Ainnur Azleen. Di antara Zairul dan Prof. Redza
yang mana satukah akan Ainnur berikan Cinta Pandang ke-2? Sama-sama kita saksikan drama komedi romantik
yang penuh emosi ini.
SINOPSIS
DRAMA CINTA PANDANG KE 2
Ia
mengisahkan tentang dua orang teman sekolah yang saling berbalah. Zairul,
pelajar yang bermasalah di sekolah elit telahpun ditukarkan sekolah oleh
ayahnya. Pada hari pertama persekolahannya di sekolah baru, dia telah menegur
seorang pelajar yang 'montel' bernama Ainnur. Bermula daripada situ, mereka
saling berbalas dendam. Kata-kata Zairul yang tidak sudah-sudah mengutuk
keadaan fizikal Ainnur yang XXL hingga
menyebabkan Ainnur berdendam dan berazam suatu hari dia akan kembali untuk
'membalas' semua tohmahan Zairul.
Ditakdirkan
setelah beberapa tahun berlalu, Ainnur telah menjadi gadis yang kurus dan
sangat cantik. Pertama kali bertemu, Zairul telah jatuh cinta dan tidak
menyangka, gadis cantik itu adalah si comel yang mahu membalas dendam
kepadanya. Sementelah Ainnur adalah ketua sedangkan Zairul hanyalah mat
despatch di pejabat ibu Ainnur.
TENAGA
PRODUKSI
Drama
ini dibarisi para pelakon hebat seperti Izara Aishah sebagai Ainnur Azleen, Dazrin Kamarudin sebagai Zairul
Hasmat, Ery Zukhairi sebagai Prof. Ir. Dr. Ahmad Redza
Muhammad, Maria Farida sebagai Dalilah& Rezuan Hashim sebagai Tan Sri
Zainuddin. Skrip drama ditulis oleh Maizura Mohd Ederis, Zuli Ismail, Laila
Kamilia dan Eenaz Mohkhtar dan diarahkan oleh pengarah berbakat besar M Nazir
Juhan.
JELAJAH
PROMOSI NOVEL DAN DRAMA CINTA PANDANG KE-2
JelajaH
promosi kali kedua ini dianjurkan oleh Grup Buku Karangkraf (Alaf21) yang akan
membawakan penulis novel Laila Kamilia bersama dengan pelakon utama Dazrin
Kamarudin dan Ery Zukhairi yang diadakan pada 9 Februari 2014 jam 10 pagi
hingga 12 tengaharibersempena Karnival Karangkraf di Kompleks Media Karangkraf,
Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Untuk
mengikuti perkembangan terkini tentang drama dan novel ini, boleh layari facebook.com/cintapandangke2,
facebook.com/alaf21
atau di facebook.com/lailakamili - Zafrul Asri
[Wow] - Kisah Artis

IPOH – Sebanyak 10 rumah sewa lama berhampiran Masjid Panglima Kinta di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Kebakaran kira-kira jam 8.55 pagi itu dikatakan bermula dari salah sebuah rumah sebelum merebak memusnahkan hampir 100 peratus kediaman berkenaan.
Pegawai Petugas Pusat Gerakan Bomba Ipoh, Faizal Saari, berkata hanya enam daripada 10 rumah sewa itu berpenghuni manakala empat lagi kosong.
Katanya, ketika kebakaran berlaku, kediamaan itu tidak berpenghuni kerana kebanyakan dari mereka keluar bekerja.
Katanya, kebakaran berkenaan tidak membabit sebarang kehilangan nyawa namun kerugian dianggarkan mencecah hampir RM18,000. - BH Online
[Wow] - Berita Tempatan
Seorang ibu terbunuh serta merta apabila disambar kilat di sebuah pantai di Brazil.Insiden berlaku ketika Rosangela Biavati, 36, berlari ke gigi air sambil menjerit dan mendepangkan tangan kepada anak lelakinya yang sedang mandi di pantai agar segera naik.Bagaimanapun sebaik sahaja dia habis berteriak muncul pancaran kilat dari langit menyambar tubuhnya membuatkan dia terus terkulai.
Suami dan rakan-rakan lain berkejar memberikan bantuan termasuk menekan dada Rosangela namun dia tidak memberikan sebarang respon sebelum disahkan sudah meninggal dunia.Kejadian ini dirakamkan sejak mula oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di pantai tersebut.

Orang ramai sememangnya diberi amaran agar tidak berada berdekatan air ketika cuaca mendung kerana bimbang disambar kilat tetapi kejadian ini membuatkan sesetengah pihak berpendapat amaran sahaja tidak cukup.
Sebaliknya, kawasan pantai harus ditutup daripada dimasuki orang ramai apabila cuaca buruk.
Foto Bah
Gara-gara tekanan hidup selepas bercerai, seorang ibu menembak mati dua anaknya sebelum menembak diri sendiri di West Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat.
Jennifer Berman, 48, membunuh anak lelakinya, Alexander, 16, dan anak perempuan, Jacqueline, 15, Isnin lalu selepas mengirim emel kepada bekas suami bahawa dia telah melakukan yang terbaik untuk keluarga.
Sebelum kejadian Jennifer dilaporkan berada dalam keadaan tertekan kerana menghadapi masalah kewangan kritikal selepas penceraian, bulan lepas hingga terpaksa berpindah dari rumah mewah yang didiami bersama anak-anaknya.
Malah dia dilaporkan, menjual jam pemberian bapanya untuk membeli gas dan barang runcit.
Dalam dokumen mahkamah memohon bekas suaminya memberikan bantuan kewangan kepada anak-anak, Jennifer menyatakan dia bekerja lebih masa selama 12 jam sehari sebagai juru rawat untuk menyara anak-anak.
Bekas suami Jennifer yang merupakan pemilik syarikat hartanah berjaya, Richard Berman, 51, segera berkejar ke ke rumah selepas menerima emel Jennifer namun mendapati kedua-dua anak dan bekas isterinya sudah tidak lagi bernyawa.
Alexander dan Jacqueline merupakan penuntut jurusan muzik di Dreyfoos School of The Arts.
Global

Gambar pasangan melakukan perbuatan tidak senonoh di tepi Sg Kelantan kini tersebar di internet.
Adegan panas yang dipercayai dirakamkan secara curi itu memaparkan pasangan muda berkenaan berpeluk dan bercium di tempat awam tanpa perasaan malu.
Apa yang menarik perhatian, wanita yang dirakam dalam gambar ini memakai jubah, bertudung labuh dan berniqab.

Mungkin, suasana angin yang sepoi-sepoi bahasa di tepi sungai membuai perasaan pasangan ini hingga tidak mengawal diri agaknya.
Tidak dapat dipastikan sama ada mereka sudah berkahwin atau belum tapi melakukan perbuatan begini di tempat terbuka sudah tentulah satu kelakuan yang melanggar batasan adab.
Apatah lagi, lokasinya di negeri yang mendapat jolokan Serambi Mekah.
Isu Panas

Ohio – Seorang lelaki menjadikan seekor
anak itik sebagai `anak angkat’ dan menggunakan jambangnya untuk
memastikan binatang tersebut sentiasa panas.
Brian Doss, 33, telah menyelamatkan `Peeps’ selepas anak itik itu ditemui di tepi rumahnya di Athens.
Doss kemudiannya cuba menyelamatkan anak
itik itu namun dia gagal menemui kandang untuk menempatkan binatang
berkenaan yang baru menetas itu.
“Saya cuba mencari tempat untuk
membolehkan itik ini mendapat haba tapi saya gagal mencarinya, Lalu saya
meletakkannya di bawah janggut saya,’’ katanya.
Mnurut Doss, dia menghabiskan masa
selama 24 jam untuk tempoh selama dua minggu dengan menjaganya dan
memastikan ia sentiasa mendapat haba di bawah janggutnya.
Peeps kini tidur di sebelah Doss dan turut berenang di dalam kolam mandi sendiri.
Doss menceritakan pengalamannya itu di dalam blognya dan kini ia menjadi sensasi internet.
Pelbagai
![]() |
| Gambar Hiasan |
DUNGUN: Seorang remaja terbunuh, manakala seorang lagi cedera parah
selepas kereta dinaki bersama tiga yang lain terbabit kemalangan di
Kilometer 94, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Nyior Paka,
pagi ini.
Kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi itu mengorbankan Aumiyah Tohmasae, 15, yang berasal dari Patani, Thailand, manakala seorang lagi saudaranya Padeelah Buenae, 21, berasal dari Yala, Thailand kritikal.
Kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi itu mengorbankan Aumiyah Tohmasae, 15, yang berasal dari Patani, Thailand, manakala seorang lagi saudaranya Padeelah Buenae, 21, berasal dari Yala, Thailand kritikal.
Bagaimanapun, tiga lagi mangsa yang turut berada dalam kereta iaitu
sepupu mangsa, Yameelah Mat, 30; suaminya, Faison Ibrahim, 45, dan anak
mereka Muhammad Firdaus Fugan, dua tahun hanya cedera ringan.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Faison terbabas ke kiri jalan, sebelum merempuh tiang elektrik lalu terbalik dalam keadaan keempat-empat tayar ke atas.
-BH
[Wow] - Berita Tempatan
Subscribe to:
Posts (Atom)


















Recent Comments