Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan ‘kangkung’ sebagai penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang kerana ia sekadar contoh barangan yang digunakan ramai orang.

“Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung…(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan. Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.

“Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip ‘supply and demand’ (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu ‘kangkung’ yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang sambil menambah bahawa perkara itu tidak patut dipermainkan.

Dalam pada itu, Najib telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu rakyat.

“Saya dah arahkan kementerian untuk gunakan akta sedia ada yang mana kuasa dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang umumkan bayaran atau caj yang terlalu tinggi, (semata-mata) untuk mendapat untung lebih.

“Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat, (akibat) peniaga tidak beretika yang cuba mencari kesempatan dalam masa sekarang,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Malam Bersama Perdana Menteri anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di sini Jumaat malam.

Beliau turut menggesa pengguna supaya lebih proaktif dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengesan peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan. – BERNAMA

Bagaimana rasanya jika akan pergi meninggalkan bumi dan tak kembali lagi ? Sekurang-kurangnya bagi Khalid Al Jaaidi itu adalah sebuah impian yang jadi kenyataan . Dia begitu gembira akan dihantar ke Marikh dan tak akan pulang lagi .

Khalid menjadi sebahagian dari misi Mars One yang akan membangun koloni manusia pertama di Marikh . Dia menjadi satu di antara 1,057 orang terpilih yang berjaya mengalahkan hampir 200 ribu orang lain . Misi bercita-cita tinggi itu akan berangkat pada 2025 , sedangkan usia Khalid saat ini 21 tahun .

Lelaki asal Dubai itu mengaku memohon untuk misi Mars One kerana sukakan adventure . Awalnya keluarga mengira Khalid hanya bergurau ketika menunjukkan e - mel balasan dari Mars One , namun akhirnya mereka setuju .

" Aku pertama kali dengar misi Mars One pada April 2013 , beberapa minggu sebelum pendaftaran dibuka aku ingin jadi bahagiannya , " ungkap Khalid .

" Boleh dikatakan semuanya menyokong . Hanya ibu yang tidak begitu gembira. Ayah mengatakan padaku bahawa rancangan ini hebat, " lanjut pereka grafik ini . "Lagi pula semua itu hanya Allah yang menetukan . "

Mars One adalah misi buatan syarikat asal Belanda untuk mendaratkan manusia di Planet Merah dan menetap selamanya di sana . Khalid mengakui mula mempersiapkan diri secara fizikal dan psikologi untuk menghadapi kenyataan tak akan kembali ke Bumi . Dia mengaku akan membawa Al Quran ke Marikh dan pasti akan merindukan puding karamel buatan ibu .

Namun Khalid belum tentu pergi ke Marikh kerana pemilihan masih terus berlanjutan hingga tersaring hanya 24 orang . Mereka yang terpilih akan menjalani latihan selama 8 tahun dan dibayar sebagai angkasawan Mars One .

Sumber: wowkeren.com

KOTA BHARU - Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.

Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu.

Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama.

Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung, Pasir Mas.

Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes pada keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Peguam mereka, Yuslan Yusof bagaimanapun memohon tarikh lain berikutan kedua-dua anak guamnya belum bersedia untuk perintah itu. Nik Najib kemudian bersetuju dan menetapkan sebutan semula pada 27 Mac depan.

Kedua-dua ditahan dalam serbuan kakitangan Pejabat Agama daerah itu. Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan Hassan.

Sumber: Sinar Harian

Foto mengejutkan yang menunjukkan kekejaman pasukan Marin Amerika Syarikat ( AS ) beredar luas di media . Foto tersebut memperlihatkan askar AS yang membakar jasad pejuang Iraq serta beberapa foto mengerikan lain .

Gambar mengerikan tersebut , dilaporkan diambil ketika pasukan Marin AS bertugas di Fallujah pada 2004 . Pihak Pentagon langsung melakukan siasatan terhadap foto yang diperoleh secara eksklusif oleh media TMZ tersebut .

Jumlah foto yang dimiliki oleh TMZ dikhabarkan mencapai 41 foto . Namun tidak semua foto disiarkan ke umum , kerana dinilai terlalu kejam untuk dilihat .

Salah satu foto menunjukkan pasukan As tersebut menuangkan cecair yang disyaki petrol ke jasad pasukan musuh . Sementara foto lain menunjukkan jasad yang sudah dibakar oleh api . Sementara dua foto lain menunjukkan jasad yang sudah hangus terbakar .

" Beberapa foto , - termasuk yang memperlihatkan jasad yang dimakan oleh seekor anjing - tidak boleh disiarkan kerana terlalu kejam , " pernyataan pihak TMZ , seperti dilapor The Daily Mail , Khamis ( 16/1/201)










ENDAU – Mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemui terdampar oleh penduduk kampung di Pantai Semanyir berhampiran dengan kilang memproses baja sekitar jam 5.30 petang, semalam.

Identiti mayat yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) itu ditemui hanya berseluar dalam itu dikenali sebagai Saw Khu Sae, 38, dan dipercayai mati lemas dalam tempoh lebih 48 jam yang lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkepli Hashim, berkata pihaknya menerima maklumat daripada penduduk kampung yang menemui mayat berkenaan.
“Seorang penduduk kampung yang kebetulan bersiar-siar di kawasan pantai itu dengan motosikal sebelum melihat mayat terbabit.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang tanda kecederaan dan mangsa dipercayai mati lemas dalam tempoh lebih 48 jam lalu berdasarkan keadaan fizikal mayat,” katanya.

Zulkepli berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk proses bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. – Sinar Harian Online

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin mengesahkan pasangan warga Malaysia di Stockholm ditahan kerana dikatakan menghukum anak.
Mereka ditahan sejak pertengahan Disember lalu dan bakal dibicarakan.

Suami merupakan seorang pegawai kerajaan Malaysia yang berkhidmat di Stockholm.
Sementara isterinya pula mengambil cuti tanpa gaji untuk bersama suami di negara itu.

Pihak Wisma Putra akan membantu sepenuhnya termasuk menyediakan bantuan guaman dan aspek pengurusan kes.
Menurut sumber, kesemua anak-anak dilapor berada di bawah penjagaan pihak kebajikan masyarakat Stockholm.
Jumaat lalu, Astro Awani melaporkan pasangan itu ditahan atas sebab menghukum anak kerana tidak menunaikan solat.

Penahanan itu disebabkan undang-undang ketat Sweden yang melarang anak dihukum melalui fizikal walaupun tanpa melibatkan kecederaan.

Dalam pada itu, warga Malaysia yang bakal melawat mahupun berkhidmat di luar negara dinasihat tidak mengambil ringan undang-undang terhadap kanak-kanak.
Ini kerana konsep penderaan serta perspektif hak asasi kanak-kanak yang berbeza diamalkan di negara terlibat.

Sementara itu, peguam syarie, Nizam Bashir berpendapat apa yang berlaku di Sweden mengetengahkan isu pe

Prague: Ketumbuhan seberat 36 kilogram berjaya dibuang dari dalam perut seorang wanita selepas ia membsar selama beberapa tahun.

Ketumbuhan itu menjadi besar kerana pesakit berusia 47 tahun itu terlalu takut untuk mendapatkan rawatan. 

Sekumpulan pakar bedah di bandar Zlin berjaya membuang ketumbuhan itu dalam pembedahan tujuh jam.
Tanpa ketumbuhan berkenaan, berat badan wanita terbabit turun mendadak daripada 66 kilogram kepada 51 kilogram.  

Ketua jabatan obstetrik dan ginekologi di Hospital Zlin, Zdenek Adamik berkata, agak pelik apabila keluarga dan rakan wanita terbabit tidak menyedari apa yang berlaku padanya.

“Ketumbuhan itu menyebabkan dia terlantar di katil dan tidak mampu menjalani kehidupan normal,” katanya.

Tidak dapat dipastikan sama ada dia akan sembuh dengan cepat selepas pembedahan. - Agensi

New York: Seorang wanita dari Queens, New York mendakwa ketagih menghidu dan mengunyah lampin pakai buang yang dipenuhi air kencing.

Menurutnya, dia lebih teruja untuk ‘menikmati’ lampin berkenaan jika ia dipenuhi banyak air kencing. 

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Keyshia itu berkata, dia memperoleh lampin kotor daripada rakan dan orang tidak dikenali.
“Saya juga sentiasa membawanya ke mana saja saya pergi,” katanya.

Keyshia, 22, berkata dia menikmati rasa lampin kotor itu kerana rasanya yang “hebat.”

“Saya ada simpan satu di dapur untuk dihidu ketika memasak, satu di dalam laci dan satu di atas katil untuk tidur.

“Ada juga beberapa keping yang saya simpan dalam kotak barangan dan dalam saku buku,” katanya.

Menurutnya, bau kuat air kencing dari lampin itu seolah-olah seperti makanan yang membuatnya rasa tidak sabar untuk menghidu dan mengunyahnya.

“Lampin yang banyak air kencing lebih baik,” katanya. - Agensi

Beijing: Seorang jutawan China yang membina piramid ala Mesir dan replika istana Versailles berazam tetap membina bangunan tertinggi dunia - hanya dalam tempoh enam bulan - walaupun berdepan halangan pihak berkuasa.

Zhang Yue, 53, yang dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak 1.1 bilion yuan (RM599 juta) bercita-cita besar mahu membina menara setinggi 838 meter, Sky City, sebelum akhir tahun ini.
Zhang, 53, mengakui projek itu menerima banyak tentangan.

“Tidak ramai yang menyokongnya, malah ramai mendengki.

“Masyarakat cepat melihat sesuatu sebagai negatif dan apabila bila kita melakukan perkara baik tidak siapa mempercayai,” katanya.

Sebelum ini, syarikatnya Broad Sustainable Building berjaya membina hotel 30 tingkat dalam tempoh 15 hari di Changsha.

Video pembinaan hotel itu di YouTube menunjukkan bangunan berkenaan dibina dengan semua bahagian konkrit dan besi saling diselit-selitkan seperti set Lego gergasi.

Sehubungan itu, Zhang berkata, tiada masalah untuk membina Sky City menggunakan kaedah sama.

“Malah jika mahu bangunan lebih tinggi pun boleh dibina.

“Disember nanti Sky City siaplah,” katanya.

Pembinaan bangunan itu dilancarkan secara rasmi tahun lalu, namun digantung tidak lama kemudian kerana tiada permit.

Pakar kejuruteraan bebas menganggap konsep Sky City bakal berdepan masalah termasuk dari segi keselamatan terutama jika berlaku kebakaran.

Malah, pihak yang menghadiri mesyuarat Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH) mentertawakan Zhang apabila membentangkan pelan itu.- AFP


Sungai Siput: Dua ahli sindiket pengedaran dadah disifatkan `berani mati’ apabila bersiar-siar di sekitar pekan ini sambil membawa tiga ketulan ganja mampat seberat tiga kilogram dalam raga motosikal.

Suspek yang masing-masing berusia 25 tahun itu dikesan berkeliaran di depan sebuah pusat beli-belah sebelum ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan anggota BSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput.

Dalam kejadian jam 7.20 malam kelmarin, suspek yang bekerja sebagai pemandu jentolak dipercayai cuba menyerahkan dadah berkenaan kepada pelanggan sebelum diberkas.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Kasuahdi Ali berkata, hasil penahanan itu polis berjaya merampas tiga balutan pita plastik berisi ketulan mampat daun ganja dianggarkan seberat hampir tiga kilogram.

Menurutnya, dadah itu dianggarkan bernilai RM2,350 mengikut nilai pasaran dan diperoleh suspek dari daerah berdekatan.

“Siasatan awal polis percaya dadah itu mahu dijual suspek kepada penagih sekitar Sungai Siput, Kantan dan Chemor. “Dadah dirampas itu mampu menampung bekalan selama sebulan bagi penagih di tiga kawasan itu. Ini rampasan terbesar IPD Sungai Siput sejak awal tahun lalu,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, polis yakin penahanan kedua-dua suspek itu sekali gus menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di Sungai Siput Utara.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
“Polis kini masih memburu saki baki kumpulan ini yang dipercayai masih bebas,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan memperhebatkan operasi bagi membanteras kegiatan jenayah termasuk kes curi motosikal yang sering dilaporkan di daerah itu.


Miri: Seorang suami dikatakan menyembelih isterinya sehingga mati sebelum mengelar lehernya sendiri dalam pergaduhan yang dipercayai bermula selepas lelaki itu menuduh wanita terbabit mempunyai kekasih dalam kejadian di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit di Kuala Suai, dekat sini, semalam.

Pergaduhan pasangan suami isteri warga Indonesia itu berakhir dengan tragedi apabila wanita berkenaan mati dipercayai akibat dikelar di leher menggunakan pisau buatan sendiri oleh suaminya kira-kira jam 3 pagi.

Salasiah Jamal, 35, berketurunan Bugis dari Makasar ditemui terbaring di bilik tidurnya dengan kecederaan di leher selain luka di tengkuk manakala suaminya, Tompok Nyarak, 39, dalam keadaan kritikal selepas mengelar lehernya sendiri.

Difahamkan, insiden terbabit disedari adik lelaki Salasiah yang terjaga daripada tidur selepas terdengar jeritan kakaknya meminta tolong dan dia pergi memeriksa terkejut mendapati pasangan itu terbaring berlumuran darah di dalam bilik.

Penyelia ladang Hendra Jumalang berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dan dikejutkan dengan kehadiran adik mangsa dikenali sebagai Agus, 21, mengetuk pintu rumahnya.

Kangar: Ketika majoriti umat Islam sibuk berselawat dan melakukan pelbagai ibadat sempena Maulidur Rasul Selasa lalu, sekumpulan warga emas di sebuah kampung di sini pula asyik berjoget dengan mak nyah di satu pesta joget lambak.

Pesta yang bermula jam 1 pagi itu bukan saja mencemarkan kemuliaan sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, malah turut memalukan penduduk lain di kampung berkenaan kerana ia dilakukan secara terbuka di depan sebuah rumah penduduk.

Seorang penduduk kampung itu yang mahu dikenali sebagai Amir 30-an berkata, dia difahamkan pesta joget lambak itu dianjurkan seorang penduduk dan turut menjemput sekumpulan 10 hingga 15 mak nyah.

“Difahamkan juga, semua mak nyah itu yang berpakaian seksi dibawa khas dari Kedah dan mereka turut diiringi lima atau enam pemuzik tradisional yang mengalunkan muzik latar,” katanya.
Menurutnya, kumpulan mak nyah itu seperti pelayan pelanggan (GRO) yang menjadi teman menari kepada 20 lelaki kampung berkenaan yang berusia 50-an dan 60-an.