Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

HULU SELANGOR: Kerana tidak puas hati dengan layanan diberikan terhadap bapanya, seorang lelaki bertindak menumbuk Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan hingga mengalami kecederaan di bahagian leher, di pejabatnya di sini, petang tadi.
Sebelum kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Kamalanathan dikatakan bertemu dengan bapa suspek yang meminta bantuannya untuk urusan memindahkan menantunya yang bertugas sebagai guru di selatan tanah air.
Bagaimanapun, setelah diterangkan yang beliau hanya mampu memberikan sokongan, bapa suspek bertindak merayu hingga menyatakan sanggup mencium kaki Timbalan Menteri terbabit.
Terkejut dengan tindakan lelaki itu, Kamalanathan memintanya untuk beredar dari situ.
Beliau terus menghadiri perjumpaan lain di pejabatnya.
Sebaik tiba, beliau berjabat tangan dengan setiap ahli yang menghadiri perjumpaan berkenaan sebelum ditumbuk suspek yang kemudian menuduhnya menghalau bapanya siang tadi. Sehubungan itu, Kamalanathan terus membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Beruntung dekat Bukit Sentosa sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan kejadian dan memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 324 kerana mendatangkan cedera.
[Wow] - Berita Tempatan

Bintang pop ternama Justin Bieber melancarkan serangan ‘nakal’ ke kediaman jirannya minggu lalu dengan melemparkan telur ke arah rumah berkenaan.
Sebuah laman sesawang gosip hiburan mendakwa insiden itu turut mendapat perhatian polis Los Angeles yang dihubungi ke tempat kejadian.
Polis berkata, jiran penyanyi itu terdengar sesuatu dilemparkan ke kediamannya di Calabasas kira-kira jam 7.30 malam pada Khamis.
Apabila jiran terbabit keluar ke balkoni tingkat dua untuk meninjau, dia melihat Bieber berada di tingkat bawah kediamannya sedang melontar telur ke arah pintu depan rumahnya.
Sambil menyiarkan beberapa foto menunjukkan telur yang dilempar ke kediaman itu, laman sesawang berkenaan melaporkan turut berlaku perang mulut antara Bieber dan jirannya itu.
Jirannya yang berang mempersoal tindakan penyanyi yang menjadi kegilaan remaja itu dan bertanya apa yang dia sudah lakukan.
Polis memberitahu, Bieber melontar sekurang-kurangnya 20 biji telur ke arah kediaman itu.
Tidak diketahui sama ada pihak berkuasa merekod kenyataan daripada Bieber.
Kejadian itu adalah kisah terbaru yang menggemparkan kejiranan mewah di Calabasas yang terletak kawasan bukit di Lembah San Fernando, barat California.
Penyanyi berusia 19 tahun itu dilaporkan sering membuat jiran tetangganya berang dengan pelbagai kerenah seperti membuat bising, berparti dan memandu secara berbahaya.
Mac tahun lalu dia dikatakan meludah ke arah muka jirannya selepas ditegur kerana memandu kereta Ferrari miliknya secara membabi-buta di kawasan kejiranan itu. Jabatan Polis Los Angeles dilaporkan akan menyiasat insiden itu yang turut menyatakan Bieber mengancam jiran terbabit dengan kata-kata: “Saya akan bunuh kamu”.
Pada November, polis mengunjungi kediaman penyanyi itu sebanyak tiga kali pada waktu malam ketika dia mengadakan parti secara besar-besaran.
[Wow] - Selebriti

Portland: Seorang bapa ayam memfailkan saman AS$100 juta (RM320 juta) ke atas syarikat pengeluar kasut Nike kerana gagal memberi amaran bahawa produk mereka - Air Jordan - tidak sesuai untuk untuk membelasah seorang lelaki.
Sirgiorgiro Clardy, 26, mendakwa Nike turut bertanggungjawab terhadap hukuman penjara 100 tahun yang dihadapinya kerana membelasah seorang lelaki.
Akhbar semalam melaporkan bapa ayam dari Portland itu memakai kasut Air Jordan ketika memijak muka lelaki yang cuba meninggalkan hotel tanpa membayar upah atas khidmat melanggan pelacur seliaannya.
Clardy didapati bersalah melakukan serangan tahap kedua oleh juri pada awal tahun lalu.
Mangsa menerima beberapa jahitan dan terpaksa menjalani pembedahan plastik. Clardy juga didapati bersalah kerana merompak lelaki terbabit, selain turut membelasah wanita yang dipaksa menjadi pelacur hingga telinga wanita itu berdarah.
Global

Pretoria: Seorang paderi mempunyai cara tersendiri untuk mengajak pengikutnya ‘mendekati Tuhan’ - iaitu dengan meragut rumput seperti haiwan ternakan.
Lesego Daniel dari Afrika Selatan yang menjadi paderi di Pusat Rabboni di Garankuwa, utara Pretoria turut didakwa memijak dan menendang pengikutnya ketika mereka melakukan upacara keagamaan baru-baru ini.
Media semalam melaporkan, paderi kontroversi itu sudah melakukan pelbagai kekasaran atas nama agama, tetapi pengikutnya tetap mempertahankan perbuatannya itu.
Bagaimanapun, pengguna media sosial menggelar Daniel “gila” apabila lelaki terbabit memuat naik gambar menunjukkan dia memijak pengikutnya di laman Facebook.
Berdasarkan gambar itu, ada antara pengikutnya dilihat menahan sakit ketika dipijak.

Sebelum ini, Daniel pernah mengarahkan pengikutnya melelapkan mata ketika dia cuba memulihkan seorang wanita yang menghadapi kehamilan ‘syaitan.’ Sambil mempertahankan tindakan paderi itu, pengikutnya menjelaskan kepada media mengapa mereka mentaati arahannya.
Pelajar undang-undang, Rosemary Phetha, 21, berkata mereka rela memakan rumput kerana ia menunjukkan - dengan kuasa Tuhan - apa saja boleh dilakukan.
“Memakan rumput menyembuhkan sakit tekak yang saya hidapi sejak lebih setahun,” katanya. Pengakuannya itu turut disokong Doreen Kgatle, 27, dari Garankuwa.
“Saya tidak boleh berjalan tetapi selepas memakan rumput seperti diarahkan, saya mula mendapat kekuatan dan sejam kemudian, saya boleh berjalan semula,” katanya. Sementara itu, pengguna Facebook Melvin Jeddy Bowtie berkata, dia melihat banyak perkara tidak masuk akal dilakukan paderi itu dan ia tidak lucu.
“Daniel sudah menukar pengikutnya menjadi kambing,” katanya dalam satu kenyataan.- AFP
Global

Miri: Pengusaha dan pekerja sebuah pusat kecantikan serta refleksologi di Jalan Sida di sini, berada dalam kebingungan selepas mengetahui dalang yang terbabit bagi beberapa kejadian pakaian dalam wanita digantung di depan premis perniagaan itu sejak Disember lalu.
Pemilik premis yang dikenali sebagai Amie, 40-an, membuat penemuan mengejutkan itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang menunjukkan perbuatan itu dilakukan seorang lelaki warga emas yang juga pekerja restoran bersebelahan premis itu.
Amie berkata, setakat ini kejadian sama berlaku sebanyak empat kali sejak pertengahan Disember lalu menyebabkan dia dan 10 pekerja wanita lain sentiasa berjaga-jaga kerana bimbangkan keselamatan mereka diancam lelaki gila seks itu.
Dalam kejadian terbaru semalam, Aimie berkata, dia dan beberapa pekerjanya terkejut apabila mendapati lebih 10 pakaian dalam wanita terpakai seperti coli dan seluar dalam digantung pada bidai di hadapan premis perniagaannya pada jam 9.30 pagi.
Katanya, dia tidak mengetahui motif individu yang melakukan perbuatan itu, namun hasil rakaman CCTV yang dipasang di luar premis itu mendapati ia dilakukan pekerja restoran bersebelahan.
“Saya tidak tahu apa niat lelaki itu kerana selama ini dia langsung tidak pernah bertegur sapa dengan saya atau pekerja saya dan tingkah lakunya yang pelik itu membimbangkan kami,” katanya, semalam.
Katanya, tindakan lelaki terbabit menakutkannya, apatah lagi apabila dimaklumkan pekerjanya bahawa lelaki terbabit sering berlegar-legar di hadapan premisnya hampir setiap hari. Berikutan itu katanya, dia membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkenaan dan mendapatkan keterangan daripadanya bagi membantu siasatan.
Katanya, setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan, namun pihaknya akan mendapatkan maklumat mengenai identiti suspek dengan majikannya, sekali gus mengenal pasti motif tindakannya.
[Wow] - Berita Tempatan
![]() |
| Gambar Hiasan |
KOTA TINGGI: Seorang bapa dan anak perempuanyanya maut selepas motosikal yang dinaiki mangsa terbabas sebelum dilanggar oleh dua buah kereta di KM 76, Jalan Johor Baharu-Mersing, pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 tengah hari itu, Mohamad Anwar Razali, 32, bersama anak tunggalnya Nurul Elyanatasha, 9, dari Felda Tenggaroh 5, Mersing dilaporkan dalam perjalanan menuju ke bandar Kota Tinggi selepas membeli kek hari jadi anak perempuannya itu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman ketika dihubungi berkata ketika tiba di tempat kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa telah hilang kawalan lalu terjatuh di tengah jalan sebelum dirempuh oleh dua buah kereta dari arah yang bertentangan.
"Nurul meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan kecemasan di Hospital Kota Tinggi (HKT) petang semalam," katanya ketika dihubungi di sini Ahad.
Rahmat berkata bagaimanapun, pemandu kedua-dua buah kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, adik Mohamad Anwar, Fadzil Razali, 26, berkata beliau turut menemani abangnya itu ke Kota Tinggi dengan menunggang sebuah motosikal lain.
"Kami singgah di sebuah pasar raya dan membeli kek yang kemudiannya dipegang oleh Nurul sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi.
"Bagaimanapun sampai di satu selekoh, motosikal abang saya hilang kawalan menyebabkan kedua-duanya tercampak di tengah jalan raya sebelum dilanggar oleh dua buah kereta," katanya.
Beliau sedih kerana majlis sambutan hari jadi untuk anak saudaranya yang sepatutnya diadakan hari ini, bertukar menjadi kenduri tahlil untuk kedua beranak itu. - BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan

KOTA KINABALU: Gambar menunjukkan dua individu ditahan polis, yang sedang tersebar secara meluas di media sosial dan khidmat pesanan ringkas tidak mempunyai kaitan dengan kes tembakan di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Omar Mammah berkata kedua-dua lelaki itu adalah suspek dalam kes kecurian dan tidak ada kena-mengena dengan kes tembakan di lebih 30 premis perniagaan di sini, di Penampang dan Inanam pada awal pagi Sabtu.
Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek sebenar.
"Orang ramai tidak sepatutnya terbawa-bawa kes ini dan percaya apa yang diperkatakan atau disiarkan di media sosial," katanya.
Omar juga berkata polis masih meneliti rakaman televisyen kamera litar tertutup (CCTV).
"Kami masih mengumpul bukti, termasuk rakaman CCTV yang dipasang di beberapa premis," katanya.
[Wow] - Berita Tempatan

PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin menafikan dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bergelar doktor selepas hubungannya dengan aktor Johan As'ari putus.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, laporan berkenaan tidak benar sama sekali dan menegaskan dia kini masih belum mempunyai pengganti Johan.
"Laporan itu tidak benar. Saya masih single and available," ujarnya menerusi mesej yang dikirimkan melalui aplikasi sosial WhatsApp kepada mStar Online, Ahad.
Sebuah akhbar mingguan melaporkan Lana sedang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki kacukan Pakistan dan Inggeris itu yang juga rakan lamanya.
Malah lelaki berkenaan didakwa telah menghantar 50 tangkai bunga mawar kepada Lana dan dia sendiri telah pun memuat naik jambangan bunga berkenaan di laman Instagram miliknya.
Lana bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Johan sebelum ini telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa.
Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 lalu dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.
Bagaimanapun Johan menerusi kenyataannya di sebuah akhbar pada akhir Disember lalu mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga Johan.
Hiburan

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif menafikan laporan sebuah akhbar pada Ahad yang menganggarkan pendapatannya mencecah RM1 juta setahun.
Najwa, 18, menjelaskan pendapatannya sepanjang tahun lalu kurang daripada RM500,000 hasil daripada persembahan pentas, penjualan album dan nada dering selain pelantikannya sebagai duta Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).
"Saya masih belum tahap bergelar jutawan seperti dilaporkan namun syukur jika benar pendapatan saya sebanyak itu saya anggap apa yang ditulis sebagai doa," katanya kepadamStar Online.
Najwa ditemui pada Jelajah Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) di Busana @ Menara Mara di sini, Ahad.
Najwa mengulas mengenai laporan yang menyenaraikannya sebagai salah lima artis wanita muda yang mempunyai pendapatan tertinggi di Malaysia.
Bagaimanapun Najwa tidak menafikan ada membeli sebuah kereta dan kondominium di Shah Alam sebagai aset untuk masa depannya.
"Impian saya untuk mempunyai kereta dan rumah sendiri akhirnya terlaksana hasil kerja keras saya selama ini," katanya.
Dalam perkembangan sama, Najwa berkata, dia tidak bimbang sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya selepas berita itu disiarkan kerana ia tidak benar.
Kata Najwa, apa yang lebih penting dia perlu sentiasa berpijak dibumi nyata dan meningkatkan motivasi diri supaya dapat menghasilkan lagu yang berkualiti kepada peminatnya.
"Bimbang juga laporan itu disalah erti tetapi ia tidak terlalu memberi kesan kerana apa yang lebih penting perhatian terhadap pengajian di UNITAR dan kerjaya nyanyian menjadi keutamaan saya," jelasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai AJL 28, Najwa berkata, persiapannya lebih tertumpu kepada persembahan pada malam itu nanti dan tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pihak.
Kata Najwa, dia hanya mahu berseronok membuat persembahan untuk penonton dan teruja berpeluang bertanding di AJL 28 buat kali kedua.
"Soal menang atau kalah bukan perhatian saya tetapi lebih kepada persediaan untuk membuat persembahan kerana ingin berseronok pada malam itu nanti," ujarnya.
Najwa turut memberitahu dia bakal melancarkan dengan single terbaharunya berjudulHilang awal Februari yang ditulis bersama kakaknya, Syafiqah Latif.
[Wow] - Kisah Artis
KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa kerajaan
Pulau Pinang mendapatkan nasihat perundangan sekiranya terdapat bukan
Islam di negeri itu dilarang oleh pihak berkuasa agama negeri
menggunakan kalimah `Allah’.
Beliau mendakwa, nasihat perundangan itu perlu diperoleh memandangkan
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad menyenaraikan sebanyak 40
perkataan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam termasuk kalimah
itu.
“Larangan penggunaan kalimah `Allah’ turut terkena pada amalan
keagamaan Sikh di Pulau Pinang. Ia kerana di dalam `Bible’ Sikh
perkataan `Allah’ muncul sebanyak 37 kali.
“Saya bersedia untuk kerajaan Pulau Pinang mendapatkan nasihat
perundangan terhadap larangan yang diumumkan Mufti Pulau Pinang sebelum
mana-mana bukan Islam dikenakan tindakan atas kesalahan menggunakan
perkataan yang dilarang itu,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari
ini.
Karpal seterusnya mendakwa, penggunaan kalimah `Allah’ telah lama
digunakan oleh kaum Sikh di seluruh dunia termasuk Pulau Pinang tanpa
sebarang bantahan, maka larangan Mufti Pulau Pinang itu cuma satu
tindakan sia-sia.
Beliau seterusnya meningatkan kepada semua pihak bahawa bukan Islam
tidak boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Syariah dan perlu didakwa di
Mahkamah Sivil termasuk dalam kes melibatkan penggunaan kalimah `Allah’
[Wow] - Berita Tempatan

Sebuah kiosk dalam sebuah pasar raya terkemuka di Jelutong, Pulau
Pinang dilaporkan selamba menjual produk daging babi di laluan utamanya.
Perkara ini dianggap satu tindakan tidak sensitif oleh pasar raya berkenaan yang turut mempunyai ramai pelanggan beragama Islam.
Apatah lagi dalam suasana pasar raya yang berhawa dingin, sudah pasti
aroma makanan tersebut terpaksa dihidu oleh pengunjung pasar raya lain
tanpa mengira agama.
Sepatutnya, jualan babi atau produk melibatkannya mempunyai stesen
sendiri dan tidak dilakukan secara terbuka sebagaimana amalan kebanyakan
premis perniagaan lain di negara ini.
Penyebaran gambar kiosk ini boleh dianggap satu bukti ada antara
pengunjung berasa terganggu dengan perlakuan tidak sensitif ini.
Justeru, pasar raya terbabit harus menyelesaikannya dengan segera.
Isu Panas
Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong mahupun pergi bercuti, anda perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian anda berjalan dengan lancar.
Perancangan kewangan yang rapi dan teliti sangat penting bagi mengelakkan kekusutan fikiran setelah pulang bercuti. Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan jika anda merancang untuk melancong atau bercuti, tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara.
1. Menabung
Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda.
2. Pakej promosi
Apabila memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Tanya ejen pelancongan tempatan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.
3. Perancangan percutian
Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian anda.
Buatlah pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.
4. Bajet semasa bercuti
Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.
Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.
5. Tempahan awal
Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian anda.
6. Bercuti bersama anak-anak
Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju menyediakan kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting.
7. Peta
Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda, pastikan anda membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.
8. Pengangkutan
Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.
Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.
9. Sarapan percuma
Manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang. Jika anda bercuti di Eropah, makanan di sana adalah mahal. Dengan memanfaatkan sarapan yang disediakan di hotel, anda boleh mengurangkan lagi perbelanjaan anda.
10. Ole-ole/ buah tangan
Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang anda rancangkan. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.
11. Dana Kecemasan
Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.
12. Penggunaan wang tunai
Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.
[Wow] - Informasi
Subscribe to:
Posts (Atom)


Recent Comments