Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
VIDEO seorang lelaki memakan pokok kaktus beredar di dunia maya. Aksi
melampau lelaki ini telah menimbulkan banyak kritikan dari para pengguna
internet.
Video yang disebar di YouTube oleh akaun LA Beast itu menunjukkan seorang lelaki memakan dua pohon kaktus berduri sebelum dia memakan 150 nugget ayam dari McDonald.
Video yang melampau ini telah disaksikan ribuan pengguna YouTube dan mendapat banyak kecaman dari banyak orang.
"Saya bukan orang yang sangat pintar, tapi saya tidak akan makan kaktus," tulis salah seorang pengguna YouTube. Demikian dipetik dari Metro, Jumaat (10/1/2014).
Selain memakan kaktus, akaun LA Beast juga pernah menyiarkan video dirinya saat memakan cili paling pedas di dunia dan 36 telur yang masih mentah.

Batu Gajah: Seorang gadis ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila
mangsa yang berusia awal 20-an dipercayai dipukul di kepala sebelum
dibakar hingga tinggal tulang.
Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang dan dibakar di kawasan pembuangan sampah berhampiran jalan Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, di sini.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh orang awam yang terserempak dengan mayat mangsa sekitar jam 2.15 petang semalam.
Menurutnya, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat seorang gadis yang terbakar seluruh tubuh hampir 95 peratus.
“Siasatan mendapati kawasan pembuangan sampah berhampiran Kampung Sri Rahmat, di sini, agak terpencil dan lengang terutama pada waktu malam.
Sumber: Harian Metro

[Wow] - Jenayah
London: Seorang pemiliki kelab malam mendakwa diculik tiga penari
eksotik berpakaian seksi, pengurus mereka dan dua lelaki kerana hutang
lebih £20,000 (RM107,660).
Curtis Woodman berkata, kumpulan itu yang menaiki dua kereta BMW merampas £60 (RM323) daripada dompetnya, jam tangan Breitling bernilai £4,650 (RM25,031) selain dipaksa memindahkan £4,800 (RM25,839) ke akaun pengurus wanita terbabit, Charlotte Devaney, 34.
“Wanita terbabit sangat seksi berseluar pendek ala Daisy Duke (watak dalam filem Dukes of Hazard), skirt pendek dan kasut tumit tinggi,” katanya.
Woodman menafikan dia meniru skrip filem gangster Revolver arahan Guy Ritchie, sebaliknya menegaskan kejadian 3 September tahun lalu itu membuatkannya trauma.
Kumpulan itu menuntut bayaran bagi persembahan di kelabnya ketika Pesta Cheltenham pada Mac 2012.
“Memang saya mengupah mereka untuk persembahan lima hari dengan menjanjikan 50 peratus daripada semua bayaran kad kredit dan pendapatan tunai.
“Bagaimanapun, mereka melanggar kontrak yang mensyaratkan mereka tidak menanggalkan pakaian dan perlu sekurang-kurangnya memakai bikini ketika menari sebaliknya tetap berbuat demikian walaupun diberi amaran.
“Perbuatan itu menyebabkan perjanjian antara kami terbatal,” katanya dalam keterangan di sebuah mahkamah di Bristol.
Katanya, Charlotte banyak kali menghubunginya selepas persembahan itu menuntut bayaran, namun dia menjelaskan perkara sama kepada wanita itu.
Menurutnya, pada hari kejadian, kumpulan berkenaan mengepungnya di luar pejabatnya sebelum dia dipaksa memasuki salah satu kenderaan berkenaan dan dibawa lari selama dua jam.
Charlotte didakwa bersama tiga penari, Mandy Cool, 29, Stephanie Pye, 31, dan Rachel Goodchild serta Robert Morris, 27, dan adiknya Alexander, 23. “Saya dihampiri Charlotte dan turut mengenali tiga wanita bersamanya sejurus sebelum kejadian.
“Saya dikepung kumpulan itu,” katanya.
sebelum Robert yang bersenjatakan pisau menolak saya ke dalam keretanya menyebabkan saya bimbangkan keselamatan saya,” katanya.
Woodman menafikan cadangkan peguam Morris, Khalid Missouri bahawa dia memasuki kereta berkenaan secara sukarela kerana tidak mahu membincangkan isu itu di tempat terbuka. Sebelum itu, mahkamah diberitahu persembahan terpaksa dibatalkan selepas tiga malam berikutan aduan diterima pihak polis daripada orang awam.
Mahkamah diberitahu, penari terbabit berjaya meraih pendapatan lumayan termasuk £42,000 (RM226,088) daripada seorang pelanggan, namun Woodman enggan membayar mereka atas alasan melanggar syarat dipersetujui dalam kontrak. - Agensi

Sebelum
ini, kita sering memperkatakan tentang artis-artis Malaysia sahaja
seperti isu Adi Putra, Nabila Huda, Neelofa, Emma Maembong dan banyak
lagi. Apakata kita beralih sedikit kepada gosip untuk negara seberang,
Indonesia.
Difahamkan,
pelakon dan model Wiwid Gunawan dinobatkan sebagai artis paling seksi
bagi tahun 2014. Meskipun usia Wiwd sudah mencecah 31 tahun namun
keseksian dan kecantikannya memang tiada tandingan.
Beliau
mempunyai pakej badan yang sempurna dan cantik sehingga menjadi
kegilaan ramai rakan artis lelaki dan jejaka di luar sana. Sementara
menenangkan fikiran kita di hujung minggu ini, mari skodeng beberapa
keping gambar Wiwid Gunawan yang paling menggoda dan menawan.
Hiburan
Fujian – Bermacam-macam cara digunakan oleh pelajar universiti di China untuk memastikan mereka tidak tertidur ketika menelaah.
Salah satunya adalah amalan yang dipraktikkan oleh Chen Tang, 20 iaitu pelajar di Universiti Pertanian dan Perhutanan Fujian.
Bersama dengan teman sebiliknya, Huang Lu, 21, mereka menggunakan
kaedah yang agak menyakitkan bagi memastikan mereka tidak tertidur pada
siang hari.
Kedua-duanya menggunakan tempat mengeringkan baju untuk mengikat rambut masing-masing.
“Ia membantu mengosongkan minda saya dan saya bercadang untuk mempraktikkan selalu agar boleh fokus kepada pelajaran.
“Meskipun untuk mengikat rambut di tempat mengeringkan baju ini
adalah sangat membosankan, namun ia amat menarik dan saya rasa lebih
bertenaga untuk belajar,’’ kata Chen.
Jelas Chen dia menggunakan kaedah itu selepas mengkaji sejarah yang
menyaksikan bagaimana tokoh-tokoh cendekiawan zaman dahulu yang berjaya
mencari jalan bagi mengelakkan mereka tertidur.
Mereka termasuklah dua tokoh terkenal yang menggunakan jarum. Salah
seorang akan mencucuk rakan mereka jika salah seorang tertidur.
Pelbagai

KUALA TERENGGANU – Pihak polis percaya
tiada unsur khianat berhubung kewujudan lubang di kubur seorang
kanak-kanak yang meninggal dunia kira-kira lapan bulan lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri
Asisten Komisioner K. Manoharan berkata bagaimanapun siasatan lanjut
berhubung insiden itu tetap dijalankan.
“Setakat ini kita tidak melihat ada
unsur khianat dalam kes ini berikutan keranda masih berada dalam
keadaan baik namun hanya sebahagian tanah yang hilang.
“Kita juga tidak menolak kemungkinan berlaku mendapan tanah atau sebaliknya namun kita akan terus menyiasat kejadian ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Semalam seorang bapa, Kamaruddin Muhammad,
44, membuat laporan polis selepas mendapati kubur anak perempuannya di
Tanah Perkuburan Kampung Binjai Berambu, Padang Midin di sini, berlubang
dipercayai akibat digali oleh pihak tertentu.
Kejadian itu disedari anggota jawatankuasa
keselamatan dan kemajuan Kampung (JKKK) yang mengadakan gotong-royong
membersihkan tanah perkuburan itu kira-kira pukul 9 pagi semalam.
Terdapat lubang sedalam kira-kira satu
meter di kubur anaknya itu yang meninggal dunia ketika berusia sembilan
bulan dan si bapa percaya perbuatan dilakukan oleh pihak tertentu yang
mempercayai amalan khurafat.
Arwah anaknya Siti Nur Anisah merupakan
anak bongsu daripada enam beradik, meninggal dunia disebabkan komplikasi
jantung dan jangkitan paru-paru.- BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
Kota Kinabalu, 11 Januari - Menurut seorang pengguna laman sosial Facebook, beliau telah mendapat berita daripada rakan beliau tentang kes tembak menembak di kawasan kota kinabalu sekitar pukul 12 tengah malam semalam. Laporan tidak rasmi menyatakan terdapat 22 buah premis yang cerminnya ditembak dan dipecahkan. Motif utama kejadian ini masih tidak diketahui. Kes masih dalam siasatan pihak polis dan belum mempunyai laporan rasmi tentang kejadian ini.
Maklumat terkini akan menyusul......
Sebagai langkah berjaga-jaga, elak diri anda, keluarga dan rakan anda untuk bersiar-siar di kawasan kota kinabalu pada waktu malam.

Lihat senarai 22 buah premis yang ditembak dan dipecahkan cermin :
Setakat ini sebanyak 22 buah premis yg cerminnya telah dipecahkan.
A. Kawasan Karamunsing.
1. Agro Bank
2. Standard Chatered Bank
3. Wisma Merdeka
4. Belakang Hotel Hyatt
5. Pintu masuk KK Plaza
6. Maxis Warisan Square
7. Pintu B Warisan Square
8. Malar Hotel di Kk Times Square
9. Pejabat Aeropod Kk Times Square
10. Pejabat Sutera Avenue Kk Times Square
11. Pejabat MAA Api2
12. Pintu masuk wisma Sedco wawasan plaza
B. Kawasan Luyang
1. DM Hotel Damai
2. Ambank Damai
3. Southern Station Damai
4. Pizza Hutt Damai
5. Pearl Karaoke Damai
6. Secret Recipe City Mall
7. Hair Made Saloon City Mall
8. Hair Shampoo Saloon City Mall
C. Inanam
1. Public Bank
2. Cimb Bank
Kejadian berlaku lebih kurang jam 12 mlm dan dipercayai dilakukan oleh beberapa kumpulan.
Isu Panas
Linda Onn berjaya buat seluruh bala tentera media dalam industri hiburan tidak puas hati dengan keputusan beliau untuk menjalankan majlis pernikahannya dalam suasana 100% private.
Termasuk kami di sini. Dan, tiada siapa dapat melihat wajah jejaka yang sudah bergelar suami kepada penyampai radio popular ini secara jelas sehinggalah Linda Onn kongsikan sekeping foto seperti yang dijanjikan di Instagram beliau.
“Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari official photographer tadi. Thank you hubby ku Ungku Azhar for the photo! Love you like a love song,” tulis Linda Onn mengiringi gambar beliau bersama suaminya di majlis pernikahan mereka.
Linda Onn atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn pada 27 Disember lalu selamat diijab kabulkan dengan Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di kediaman Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang.
Hiburan

KUALA LUMPUR – Pasukan keselamatan berjaya menggagalkan cubaan orang
asing untuk menceroboh ke Sabah dua minggu lalu, kata Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Ada satu cubaan pihak asing untuk memasuki Sabah tetapi kita berjaya
mematahkan pencerobohan melalui kerjasama dengan pihak berkuasa lain
termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.
Beliau berkata, ekoran insiden itu polis sedang berusaha untuk
mempertingkatkan keselamatan di pantai timur Sabah dengan mempergiatkan
Ops Cantas Khas.
Beliau berkata, Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esscom) telah
melancarkan Ops Gasak bagi mengenal pasti pemberi maklumat yang
berpotensi di pulau penginan di sekitar syurga menyelam yang terkenal
Sipadan.
“Kes penculikan seorang pelancong Taiwan di Resort Pulau Pom Pom juga
masih segar dalam ingatan kita… kita akan melakukan semua yang kita
boleh bagi memastikan tiada pihak yang mampu untuk menyerang atau
menceroboh kawasan itu,” katanya pada sidang media.
Esscom ditubuhkan berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan
agensi penguatkuasa iaitu Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) meliputi 10
daerah – Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan,
Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, di pantai timur Sabah sepanjang
-1,400 kilometer.
Terdapat laporan untuk mempertingkatkan penglibatan tentera di Lahad Datu dalam tempoh 48 jam pada bulan lepas.
Penduduk mendakwa mereka melihat helikopter tentera berlegar
di udara dan keadaan adalah berlainan apabila terdapat kereta perisai
dan tentera darat berada di kawasan itu.
Pegawai Esscom bagaimanapun berkata bahawa mereka adalah
sebahagian daripada operasi yang sedang berjalan bagi membersihkan semua
kawasan hitam.
Difahamkan amaran dikeluarkan selepas seorang anggota di
sebuah pangkalan luar polis di Kg Sibuti di Dent Haven di kawasan Tungku
menyalakan api apabila mendengar bunyi bot pam menghampiri pantai pada
awal pagi.
Esscom dimaklumkan mengenai perkara itu helikopter dan tentera bergerak ke kawasan itu untuk pemeriksaan.
Insiden itu berlaku selepas serangan di Kampung Tandao, Lahad Datu
pada Februari tahun lepas oleh pengikut yang mendakwa diri mereka
sebagai pemerintah Sulu, Sultan Jamalul Kiram III.
Serangan itu mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, termasuk lapan anggota polis.
Khalid berkata, setiap tujuh balai polis di Esszone akan dilengkapi
dengan 150 anggota polis manakala Pasukan Gerakan Am (PGA) pasukan akan
ditempatkan tahun ini.
“Pada masa ini, kita menggerakkan anggota PGA dari negeri-negeri lain untuk membantu mengawal keselamatan di sana.
“Bagaimanapun, penambahan pasukan lain akan meningkatkan operasi keselamatan kami,” katanya.
Beliau juga menjelaskan bahawa operasi polis marin juga akan dipergiatkan untuk melindungi kawasan perairan Sabah.
“Kami mahu memastikan tiada individu atau kumpulan yang boleh
mengancam kedaulatan negara. Kami perlu bersedia untuk sebarang
kemungkinan dengan itu sebarang kelemahan akan diperbaiki dengan
segera,” katanya.
[Wow] - Berita Tempatan

BALING – Gara-gara dimarahi neneknya, seorang wanita merajuk selama 38 tahun dengan meninggalkan keluarganya sejak 1975.
Itulah yang diberitahu Bedah Mudin, 71, dari Kampung Sera Bawah setelah ditanya mengapa menghilangkan diri selama ini.
Menurutnya, dia nekad meninggalkan rumahnya setelah neneknya memarahinya gara-gara memotong rambut sehingga pendek.
“Makcik merajuk, sebab nenek marah
makcik potong rambut pendek. Makcik lari ke Alor Setar, kemudian, jumpa
seseorang yang berikan makcik kerja sebagai pembantu rumah.
“Kemudian, makcik pindah ke Kuala
Lumpur dan terakhir di Kelantan dengan majikan sama,” katanya ketika
ditemui di kediaman adik lelakinya, juga di Kampung Sera Bawah.
Pengakuan itu juga mengejutkan semua sanak
saudaranya yang juga tidak mengetahui sebab mengapa dia meninggalkan
keluarganya itu selama ini.
Bedah yang tidak mempunyai cahaya mata itu
kini tinggal di kediaman anak saudaranya setelah pulang semula ke
kampung halamannya itu pada Disember tahun lalu.
“Bila umur dah meningkat, makcik
tak dapat bekerja lagi selain keadaan kesihatan yang terganggu.
Disebabkan itu, makcik pulang semula ke pangkuan keluarga,” katanya.
Sementara itu, adiknya, Wahab Md Ali, 59,
berkata, dia terkejut setelah melihat kakaknya itu secara tiba-tiba
muncul di hadapan rumahnya tahun lalu.
“Masa itu dia (Bedah) dengan majikannya, saya memang tak kenal, sebab muka dah lain
“Jadi, saya terpaksa minta kad pengenalan untuk pengesahan,” katanya.
Menurut Wahab, dia dan keluarga sama sekali
tidak menyangka kakaknya itu akan pulang ke pangkuan keluarga setelah
berpuluh tahun meninggalkan kampung.
“Alhamdulillah, memang rasa bersyukur sangat. Dulu, saya pernah cari kakak, tapi tak berjaya, sampailah saya putus harapan.
“Bila kakak pulang semula ke sini, memang rasa macam tak percaya,” katanya.
Kepulangan Bedah diraikan dengan majlis
kesyukuran bersama keluarganya yang ternyata merinduinya selama ini. –
Sinar Harian Online
[Wow] - Kisah Hidup
MEXICO CITY - Anak paus kembar siam ditemui di Mexico. Dua anak paus
yang melekat di bahagian badannya terdampar di pantai Laguna Ojo de
Liebre.
Seperti yang dilaporkan oleh Stuff, Khamis (9/1/2014), paus kembar siam tersebut berasal dari jenis paus kelabu. Penyelidik menyebut ini merupakan pertama kalinya ditemui paus kembar siam.
Sayangnya, paus jarang itu tidak boleh bertahan hidup. Keduanya mati beberapa saat selepas terdampar di pantai.
Paus kembar siam tersebut tercatat mempunyai panjang hanya tujuh kaki. Anak paus normal diketahui mempunyai panjang 12 hingga 16 kaki.
Penyelidik menduga paus kembar siam itu terdampar setelah induknya keguguran. Tidak diketahui bagaimana nasib induk mereka.
Sumber: international.okezone.com

Keterujaan sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua
terbantut apabila kandungan yang sudah berusia lima bulan disahkan ghaib
tiba-tiba, minggu lalu.
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Liza, 30, berkata, seorang doktor perubatan mengesahkan janin dikandungnya ghaib ketika dia menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan, di sini.
Menurutnya, dua minggu sebelum kejadian, jururawat bertugas meminta supaya dia mengamalkan pemakanan sihat berikutan berat kandungan bayinya yang berusia hampir lima bulan ketika itu semakin berkurangan.
“Bagaimanapun, setelah hampir dua minggu berulang-alik ke klinik kesihatan itu untuk menjalani pemeriksaan rutin, kami dikejutkan dengan berita kehilangan bayi dalam kandungan secara tiba-tiba.
“Kami sememangnya tidak percaya bayi dalam kandungan hilang kerana kami baru sahaja melihat imej bayi itu melalui mesin pengimejan ultra sound beberapa hari sebelum kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Liza berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai penjelasan diberikan petugas klinik kesihatan terbabit dan bertemu seorang doktor perbidanan serta sakit puan untuk mendapatkan kepastian.
Bagaimanapun, mangsa dan suami sekali lagi terkejut apabila hasil pemeriksaan doktor terbabit turut mengesahkan kehilangan janinnya.
“Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, kami segera mendapatkan penjelasan mengenai fenomena pelik menimpa bayi kami di Hospital Parit Buntar.
“Hasil pemeriksaan kali ketiga di hospital itu sekali lagi mengesahkan kandungan saya hilang dan doktor memberi alasan kehilangannya disebabkan berlaku pengecutan pada janin,” katanya.
Menurutnya, sebalik pengesahan dibuat doktor, dia masih tidak berputus asa dan mencuba rawatan perubatan tradisional dengan harapan dapat memulihkan kandungannya.
Bagaimanapun, usaha Liza dan suaminya tidak berhasil apabila lima pengamal perubatan tradisional yang ditemui mendakwa bayi dalam kandungannya dilarikan makhluk halus atau orang bunian.
“Kini, saya trauma dan sering menangis melihat barang kelengkapan bayi yang dibeli sebelum ini sebagai persediaan menyambut anak yang dijangka lahir April ini.
“Namun begitu, saya dan suami reda dengan ketentuan Ilahi serta percaya ada hikmah di sebalik kejadian aneh ini,” katanya.
Liza turut menjelaskan, dia kini menunggu panggilan daripada Hospital Taiping untuk menjalankan rawatan mencuci rahimnya meskipun kandungannya disahkan hilang.
“Kejadian yang berlaku turut menginsafi kami sekeluarga dan saya berharap kejadian aneh ini dapat dijadikan pengajaran kepada ibu mengandung lain,” katanya.
Sumber: Sinar Harian

Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments