Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Golongan remaja kini dikatakan semakin melupakan Facebook (FB) dan beralih menggunakan laman sosial lain seperti Instagram, Twitter serta WhatsApp.
Kajian Global Social Media menunjukkan hasil yang tidak begitu menggembirakan bagi Facebook. Populariti jejaring sosial terbesar dunia itu mulai mengalami penurunan.
Menurunnya populariti Facebook dalam kalangan remaja kerana mereka tidak
mahu diawasi lagi terutamanya oleh keluarga. Kajian juga mendapati
remaja merasa kurang selesa menggunakan FB kerana boleh dipantau dan
dijadikan rakan secara bebas.
Kajian membabitkan remaja berusia 16 hingga 18 tahun di lapan negara Eropah ini mendapati remaja enggan menggunakan FB dan beralih ke jejaring sosial lain seperti Twitter, Instagram, WhatsApp ataupun SnapChat.
Fenomena ini tidak hanya menunjukkan penurunan populariti FB, bahkan boleh dikatakan FB sudah tidak relevan dan tidak mampu bersaing dengan laman sosial yang lain.
Global

Bishkek: Pegawai Islam tertinggi Kyrgyzstan semalam dilaporkan
terpaksa meletak jawatan selepas klip video memaparkan imej seperti
dirinya mengadakan hubungan seks terbesar kepada umum.
Berita itu turut mendorong kira-kira 60 orang berkumpul di luar
pejabat Mufti Besar Kyrgyzstan, Rakhmatullah Hajji Egemberdiyev bagi
mendesaknya memberi penjelasan terhadap dakwaan berkenaan.
Mereka turut melaungkan kemarahan bagi mendesak Egemberdiyev meletak jawatan. Sebelum ini mufti terbabit berkata, dia mengakui lelaki dalam klip video itu adalah dirinya yang sedang berasmara dengan isteri kedua.
Ketika ini Kyrgyzstan mengharamkan amalan poligami walaupun umum
percayai golongan kaya dan bangsawan sebenarnya mempunyai lebih daripada
seorang isteri. Beberapa percubaan pernah dibuat untuk menghalalkan
poligami di negara berkenaan tetapi belum berjaya. Bekas Presiden
Kyrgyzstan, Kurmanbek Bakiyev - yang disingkirkan daripada kuasa pada
2010 juga berpoligami. Klip video itu mula tersebar di YouTube pada 1
Januari lalu dan mencetuskan kemarahan ramai.
Penduduk setempat berkata, Egemberdiyev mesti melepaskan jawatannya kerana “tidak mempunyai nilai moral” lagi untuk menjadi mufti. Klip berkenaan sudah dipadamkan dari YouTube. Egemberdiyev berkata, penyebaran klip video itu mungkin mempunyai motif politik dan didalangi pegawai kanan suruhanjaya agama di Kyrgyztan, Abdulatif Zhumabayev.
“Abdulatif berniat menggantikan saya dengan tokoh lain yang sehaluan dengannya serta menguasai agensi pengurusan haji yang membuat pungutan tinggi setiap tahun,” katanya.
Sementara itu sumber berkata Egemberdiyev turut disiasat kerana
disyaki cuba mengelak cukai serta mengambil rasuah ketika menguruskan
sistem kuota haji. Egemberdiyev menjadi mufti Kyrgyztan pada 2012 dan
tokoh keenam disingkirkan dari jawatan berkenaan dalam tempoh empat
tahun. Jawatan itu diisi melalui pilihan raya.
Sementara menunggu pemilihan baru pada 8 Februari ini jawatan berkenaan dipangku timbalan Egemberdiyev, Maksat Toktomushev. - Agensi
Global

AKTRES penuh kontoversi, Lindsay Lohan baru-baru ini ditimpa malang
apabila komputer riba miliknya dicuri sewaktu berada di sebuah lapangan
terbang di Shanghai, China.
Justeru itu, dia telah menawarkan ganjaran besar kepada sesiapa yang memulangkan semula barang miliknya itu.
Jika difikirkan, kehilangan komputer riba sepatutnya bukanlah masalah besar kerana dia boleh membeli semula yang baru.
Rupa-rupanya, kegusaran Lindsay berpunca daripada gambar yang ‘tidak sepatutnya didedahkan’. Senang cerita, gambar bogel.
Fuh, kalau begitu..agak-agak pencuri itu hendak pulangkan atau tidak?
[Wow] - Selebriti

Segamat – Gara-gara hubungan cinta dihalang, seorang lelaki sempat
mengejutkan teman wanitanya daripada tidur sebelum meminta melihat dia
membakar kereta milik bapa wanita berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi di Taman Seri Chaah, Chaah di sini,
lelaki berusia 25 tahun itu memanggil nama teman wanitanya sebelum
wanita berkenaan menjenguk melalui tingkap bilik.
Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, lelaki
terbabit kemudian meminta wanita itu menyaksikan dia membakar kereta
PROTON Wira berkenaan dengan “Wanita berusia 20-an yang terkejut dengan tindakan itu terus mengejutkan keluarganya.
“Usaha keluarga berkenaan memadamkan api gagal manakala pasukan bomba
dan penyelamat yang tiba kemudian tidak sempat menyelamatkan kenderaan
berkenaan yang hangus keseluruhannya,” katanya, semalam.
Wanita berkenaan berada di rumah keluarganya kerana sedang bercuti
daripada pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di
utara tanah air.
Menurut Mohd Kamil, bapa wanita berkenaan yang berusia 50-an dan
bekerja di sebuah syarikat swasta di pekan Chaah melaporkan kejadian di
Balai Polis Chaah.
Mohd Kamil berkata, pihaknya menahan suspek di sekitar pekan itu tidak lama kemudian.
“Suspek warga tempatan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dia kini direman bagi membantu siasatan.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek mendakwa tidak puas hati dengan
tindakan keluarga wanita berkenaan yang tidak merestui hubungan mereka,”
katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan bahan bakar. – HARIAN METRO
[Wow] - Berita Tempatan
Klang: Didikan agama diberi keluarganya jauh melebihi kebanyakan
individu lain, namun itu rupa-rupanya belum cukup untuk menghalang
seorang wanita daripada tewas dengan godaan nafsu.
Lebih mengaibkan, wanita berusia 25 tahun yang mahu dikenali sebagai
Hani itu terjebak dan terperangkap dengan aktiviti seksual sejenis.
Di sebalik penampilannya yang berjubah dan bertudung litup, pasti
tiada yang menyangka sudah 10 tahun dia terbabit dengan aktiviti
menjijikkan itu.
Hani berkata, bukan dia tidak berusaha untuk meninggalkan amalan songsang itu, namun sering kali tewas di pertengahan jalan dan kini dia sekali lagi mencuba dengan mendapatkan khidmat kaunselor profesional.

“Saya malu dengan Allah dan tidak sanggup menerima azab-Nya di akhirat
kelak. Doakanlah semoga usaha saya kali ini berjaya,” katanya ketika
ditemui di sebuah pusat kaunseling di sini, semalam.
[Wow] - Berita Tempatan
KUALA SELANGOR: Seorang
lelaki yang mengambil upah menjahit pakaian ditemui rentung apabila
bilik sewa yang didiaminya terbakar dalam satu kejadian di Taman Rhu, di
sini kira-kira jam 140 pagi, kelmarin.
Mangsa, A.Nagarajan, 53, seorang
warganegara India ditemui maut di tempat kejadian dipercayai akibat
terhidu asap tebal ketika tidur dan tidak sempat menyelamatkan diri.
Sinar Harian difahamkan, beberapa bilik
di dalam kedai yang disewakan majikannya itu turut dihuni lima pekerja
katering manakala mangsa mendiami sebuah bilik yang dipenuhi kelengkapan
jahitan.
Dalam kejadian itu, pekerja katering
berjaya menyelamatkan diri selepas menyedari api marak dipercayai
berpunca daripada bilik yang dihuni mangsa sebelum menghubungi pihak
bomba.
Ketua Komuniti India Assam Jawa/Bukit
Rotan, Abboo Rajoo, 67, berkata, pihaknya terkejut apabila dimaklumkan
kejadian terbabit dan terus bergegas ke lokasi selepas memaklumkan
kepada pihak berkenaan.
“Saya terkejut apabila dapat tahu ada
seorang maut. Lelaki itu (mangsa) difahamkan mengambil upah menjahit
sebab majikannya juga mempunyai perniagaan katering. Jadi, mungkin
pekerja katering pun tidur di kedai yang sama. Saya fikir tak teruk
sebab satu bilik saja yang terbakar. Rupa-rupanya dalam bilik itu ada
mangsa. Saya pun sedih bila ada yang terkorban dalam kejadian itu,”
katanya.
Sementara itu, Penghulu Mukim
Api-Api/Ijok, Husain Idris yang juga Pengerusi Bencana Mukim
Api-Api/Ijok memberitahu belai bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) turun padang melihat kejadian itu dan akan berbincang mengenai
bentuk bantuan yang boleh disalurkan,” katanya.
Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)
Dun Bukit Melawati turut hadir melihat keadaan kedai terbabit sebelum
membuat laporan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, 12 anggota dan dua
pegawai bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dan
Bestari Jaya yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Kanan II
Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Mohd Miso Hambali bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam.
Jentera bomba pertama tiba pada jam 1.51
pagi. Kebakaran dapat dikawal pada jam 2.06 pagi meliputi 20 peratus
kawasan yang terjejas di sebuah kedai kelas A yang berkeluasan 6x8
meter.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong
Karang untuk dibedah siasat. Punca kematian, akibat keracunan gas karbon
monoksida daripada peti ais yang terbakar , difahamkan tiada unsur
jenayah.
- Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/warga-india-rentung-ketika-tidur-1.238963
http://www.sinarharian.com.my/warga-india-rentung-ketika-tidur-1.238963
[Wow] - Berita Tempatan
Pelakon Norliza Abdullah memfailkan
perceraian terhadap suaminya yang dikenali sebagai Zolkifli di Mahkamah
Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat.
Memetik kenyataan di mStar online,
Norliza atau lebih dikenali sebagai Liza Abdullah, 52, hadir ditemani
peguamnya bagi tujuan berkenaan dan memfailkan permohonan di kaunter
mahkamah pada Rabu lalu.
Laporan juga menyebut, Liza turut
mengemukakan saman di mahkamah bagi membolehkan suaminya yang kini
berada di Johor Baru untuk hadir bagi sebutan kali pertama kes berkenaan
pada 5 Februari depan.
Dalam satu temu bual dengan sebuah
akhbar pada 2012, Liza menepis khabar angin berhubung gosip kononnya dia
sedang menghadapi masalah rumah tangga dan enggan berkongsi kisah
peribadi dengan peminat.
Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli
kira-kira 26 tahun, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz
Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi
Afif, 10.
Pelakon itu yang pernah popular dalam
drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang
filem ternama sekitar tahun 1980-an. Antara filem lakonannya ialah Ali
Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan.
sumber : mStar online
[Wow] - Kisah Artis

KUALA LUMPUR: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menafikan memberi perakuan dan
sijil logo halal kepada produk atau syarikat yang mengeluarkan minuman
keras.
Pengarah Hab Halal jabatan itu Hakimah
Mohd Yusoff berkata Jakim telah membuat laporan polis di Balai Polis
Putrajaya hari ini berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak
berkuasa untuk menyiasat.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan
di sini hari ini bagi mengulas maklumat dan aduan yang diterima daripada
orang ramai berkaitan gambar tin minuman bir tertera logo halal yang
disebar melalui media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.
"Jakim dengan ini menegaskan bahawa
jabatan ini tidak pernah memberi dan mengeluarkan perakuan serta sijil
atau logo halal kepada produk atau syarikat itu.
Bahkan produk lain yang turut
dikilangkan di kilang yang sama turut tidak diberikan sijil halal
walaupun ia bukan minuman keras," katanya.
Beliau berkata sebarang penyalahgunaan
logo halal oleh mana-mana pihak boleh diambil tindakan di bawah Akta
Perihal Dagangan - Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan
Halal 2011).
"Jakim menganggap penyebaran gambar
minuman tin berkenaan sebagai berniat jahat dan cuba menjatuhkan imej
serta kredibiliti Jakim sebagai sebuah badan pensijilan halal Malaysia
yang berwibawa dan diiktiraf di dalam dan luar negara," kata Hakimah.
Beliau berkata penyebaran gambar itu boleh menimbulkan tanggapan negatif kepada Jakim dan boleh menyentuh sensitivi agama.
"Justeru itu, Jakim mengecam tindakan
memalsukan logo halal itu, sama ada secara sengaja atau tujuan prokosi
kerana perkara ini boleh merosakkan kredibiliti Malaysia sebagai
peneraju pensijilian halal dunia dan boleh mencetuskan polemik di
kalangan masyarakat," katanya.
Beliau berharap pengguna tidak
terpengaruh dengan berita-berita palsu di laman sosial yang sengaja
dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan menghentikan penyebaran
perkara sedemikian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah
Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi Bernama
mengesahkan menerima laporan itu.
- Bernama
Isu Panas
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengurangkan
subsidi petrol RON95 malam ini seperti yang tersebar di internet, kata
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad menerusi akaun Twitternya malam ini berkata :"Tiada penurunan
subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar".
Terdapat penyebaran berita di internet termasuk di laman sosial yang
memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata
Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen berkuat kuasa malam
ini.
Harga petrol RON95 dipasaran ketika ini ialah RM2.10 seliter.
Ahmad berkata berbanding dengan negara-negara lain di dunia, Malaysia masih lagi mengekalkan harga petrol bersubsidi.
- Bernama
[Wow] - Berita Tempatan
KUALA LUMPUR: Suami
kepada pembaca berita TV3, Azawate Zenol Abidin cedera selepas diserang
dua lelaki yang bertindak menyamunnya di hadapan rumah di Kota Damansara
dekat sini.
Difahamkan, mangsa diserang dua lelaki
tempatan ketika dia bersama Azawate dan tiga lagi anaknya hendak keluar
rumah, kira-kira jam 8.45 malam tadi.
Menurut Azawate, ketika kejadian,
suaminya Raqizal Khalis Husni berada di luar rumah bersama dua anak
lelakinya yang berusia 2 serta empat tahun manakala dia sedang memangku
anak bongsunya yang berusia sembilan bulan di kawasan tempat letak
kereta.
“Ketika itu hujan renyai-renyai dan
suami telah menghantar dua anak lelaki saya masuk ke dalam kereta
terlebih dahulu sebelum mahu membawa payung untuk mengambil saya dan
bayi.
“Dua motosikal yang dinaiki empat lelaki
tiba-tiba datang dan dua lelaki turun lalu meluru ke arah suami yang
ketika itu mahu datang kepada saya.
“Kejadian itu berlaku di depan mata saya
dan saya sempat melihat dua daripada mereka menyerang suami dengan
batang besi serta satu buku lima. Dua lagi rakan mereka hanya berada di
atas motosikal,” katanya, semalam.
Mengulas lanjut, Azawate yang terkenal
dengan program Berita Utama memberitahu, dia tidak dapat melakukan
apa-apa selain menjerit meminta tolong dengan sekuat hati.
“Kejadian berlaku sepantas kilat dan saya hanya mampu menjerit kerana begitu terkejut apabila suami diserang dengan tiba-tiba.
“Ikutkan hati memang saya mahu meluru ke
arah suami namun adik lelaki yang ketika itu berada di dalam rumah
terus mengarahkan saya masuk ke dalam rumah dan dia menelefon polis,”
katanya.
Beliau berkata, individu yang menyerang
suaminya hanya mahukan wang dan mengarahkan suaminya itu tidak membuat
sebarang tindakan jika tidak mahu dicederakan.
“Suami saya hanya bimbangkan keselamatan
dua anak lelaki saya di dalam kereta dan dia risau jika penjenayah itu
mahu melarikan kenderaan itu memandangkan enjin kereta dihidupkan ketika
kejadian.
“Kami bersyukur kerana selepas suami
menghulurkan dompet, suspek itu segera melarikan diri dan tambahan lagi
jiran-jiran terus keluar rumah apabila mendengar jeritan saya,” katanya.
Azawate menjelaskan, dia telah membuat
laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Damansara dan kerugian
yang dialami mereka sekeluarga tidak sampai RM100 sahaja.
- Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/articles/KeluargapembacaberitaTV3disamun/Article?mutakhir
http://www.hmetro.com.my/articles/KeluargapembacaberitaTV3disamun/Article?mutakhir
[Wow] - Berita Tempatan

Bagaimana rasanya melihat ratusan orang bogel dan berenang bersama?
Itulah pemandangan di pantai Gisborne, New Zealand, baru-baru ini.
Seramai 745 orang bertelanjang untuk memecahkan rekod dunia.
Seluruh peserta tersebut datang dari pelbagai negara untuk memecahkan rekod orang bogel renang paling ramai di dunia. Tanpa merasa malu mereka berenang di laut bersama dan didokumentasikan. Kini pihak panitia menghantar dokumentasi itu pada Guinness World Record untuk disahkan.

"Aku tak percaya ada begitu ramai orang yang rela melepas pakaiannya,"
ucap pihak penganjur, Dena Roberts, pada TVNZ. "pemandangan 745 orang
telanjang renang di laut tidak akan pernah kulupakan.
Gisborne memegang rekod renang telanjang teramai pada tahun lalu dengan 506 pesera. Tapi gelaran itu direbut oleh Sepanyol pada bulan Julai dengan 729 orang renang bogel di pantai Playa El Playazo.
Sumber: wowkeren.com

KUALA TERENGGANU - “Saya tidak tahu
kenapa lelaki itu datang mengamuk dan tergamak merosakkan motosikal saya
dan beberapa rakan lain sedangkan kami langsung tidak mengenali dia,”
demikian luahan seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Mazlan,
17.
Dia adalah seorang pemilik motosikal yang dirosakkan seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau dan batu, dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah, di sini, kira-kira jam 10 pagi, semalam.
Menurut Mazlan, dia hanya mengetahui motosikalnya dirosakkan selepas diberitahu rakan sekelas sebaik keluar untuk ke kantin, memandangkan kejadian berlaku ketika waktu rehat.
“Saya memang nampak ramai pelajar berkumpul mengerumuni kawasan letak motosikal pelajar di luar pagar sekolah.
“Saya tak syak apa-apa sehinggalah dimaklumkan oleh seorang rakan, motosikal saya dirosakkan seorang lelaki bersenjatakan sebilah parang dan batu,” katanya
Jelasnya, bukan motosikalnya sahaja menjadi mangsa, malah dua buah lagi turut mengalami nasib sama apabila dibaling dengan batu selain sembilan buah motosikal lagi telah dijatuhkan.
Katanya, difahamkan lelaki dipercayai berusia 18 tahun itu sudah datang ke sekolah itu dan mengurung seorang pelajar wanita di dalam tandas sekolah, kelmarin.
“Tapi, saya difahamkan perbuatan lelaki itu sempat dihalang pelajar lelaki yang kebetulan ternampak kejadian itu sebelum bertindak menghalaunya keluar dari sekolah,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk yang turut menyaksikan insiden itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zila, 40, berkata, sebelum kejadian, lelaki itu datang dan membuat bising lalu membaling batu ke arah motosikal milik pelajar yang diletakkan di luar pagar sekolah.
“Pada mulanya saya cuba memberanikan diri menegur perbuatan lelaki itu tetapi bila nampak dia pegang pisau, saya ambil keputusan bersembunyi dan melihat kejadian itu dari jauh kerana takut.
“Saya lihat lelaki itu masuk ke dalam kawasan sekolah dan tidak lama kemudian kelihatan dia dihalau keluar dan terus melarikan diri,” jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Hashim Mohd Zin berkata, siasatan awal mendapati tiada pelajar wanita sekolah itu yang didakwa dikurung di dalam tandas oleh lelaki terbabit, kelmarin.
“Memang semalam (kelmarin), lelaki itu ada masuk ke dalam kawasan sekolah, namun dia meminta izin dengan pengawal keselamatan dengan memberitahu untuk bertemu dengan seorang pelajar.
“Berdasarkan siasatan awal, kita dapati lelaki terbabit kurang siuman dan telah merosakkan 12 buah motosikal milik pelajar yang diletakkan di luar kawasan sekolah dengan pengawasan pengawal keselamatan bertugas,” katanya.
Katanya, lelaki itu difahamkan sebelum ini terbabit dalam kemalangan jalan raya mengakibatkannya mengalami gangguan mental, dan sebelum ini pernah berkeliaran di hadapan sekolah tetapi tidak menimbulkan kekacauan.
Sumber: Sinar Harian

[Wow] - Jenayah
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments