Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Singapura: Seorang juruteknik mempunyai keberanian tersendiri melakukan jenayah apabila menjadikan seorang pegawai polis sebagai sasarannya.
Ling Jia Hui, 24, menggunakan telefon bimbitnya merakam aksi seorang anggota polis wanita membuang air dalam tandas di Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri di New Phoenix Park.
Ling merakam aksi anggota polis berpangkat sarjan itu ketika dia melakukan kerja pemasangan kabel di bangunan berkenaan pada 6 Jun 2012. Ling berdepan tuduhan mencabul terhadap seorang wanita lain dengan menghubunginya di telefon dan bertanya mengenai saiz coli mangsa 7 Mei tahun sama. Semalam dia mengaku bersalah di mahkamah dan hakim mengarahkan dia dipenjara dua minggu.
Ling turut diletakkan di bawah pengawasan selama sembilan bulan.
Pemeriksaan mendapati Ling mengalami kecenderungan berfantasi seks membabitkan wanita yang tiada hubungan dengannya. - Agensi

Ampang: Wajah menarik dan susuk tubuh menawan tidak semestinya membawa bahagia kepada seorang wanita kerana tanpa pertimbangan bijaksana dalam membuat keputusan, badan pasti merana ditimpa derita berpanjangan.
Itu nasib seorang wanita mahu dikenali sebagai Zue, 32, bekas isteri aktor popular tanah air suatu ketika dulu yang kini hidup dalam ketakutan apabila diperangkap teman lelaki yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah.
“Apa yang menimpa diri saya boleh diibaratkan seperti keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Dulu, ketika berkahwin dengan bekas suami yang juga pelakon dan model popular, saya sering dipukul. 

“Kini, saya diperalat pula teman lelaki untuk menemaninya berurusan dengan pengedar dadah,” kata ibu tunggal beranak dua itu yang sebelum ini turut terbabit secara tidak langsung dalam industri hiburan.

Zue berkata, selepas bercerai dengan bekas suaminya dia bekerja di sebuah kelab malam di ibu kota dan ketika itulah dia berkenalan dengan teman lelakinya itu iaitu pada awal 2012.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung status naskah Bible versi Bahasa Melayu dan Iban yang dirampas jabatan itu daripada Persatuan Bible Malaysia di Damansara minggu lepas.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jika Bible yang dirampas itu mematuhi Resolusi Penyelesaian 10 Perkara, beliau akan mengarahkan Jais memulangkan semula Bible itu kepada persatuan berkenaan.
"Antara syarat resolusi itu ialah membenarkan untuk mengimport, mengguna dan mencetak Bible dalam bahasa Melayu.
"Kita juga mahu tahu bagaimana Bible ini boleh masuk ke Selangor dan negeri lain kerana setiap buku yang diimport atau dicetak perlu ada pengesahan daripada KDN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini, Rabu.
Kerajaan Selangor turut menasihatkan Jais supaya menjalankan siasatan secara profesional dengan mengambil kira sensitiviti penganut agama Kristian di negeri ini.
Pada 2 Januari lepas, Jais menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim, Petaling Jaya dan merampas 300 naskah Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban sebagai usaha membanteras penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu yang didakwa melanggar Enakmen 1988.
Mengulas isu kalimah Allah, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri tetap berpegang kepada titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris yang melarang orang bukan Islam mengguna pakai beberapa perkataan termasuk kalimah Allah dalam mana-mana penulisan, penerbitan, pengucapan awam dan sebarang kenyataan seperti mana yang termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988.
"Oleh sebab itu, kita juga merancang mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua agama bukan Islam di negeri ini untuk memberi pemahaman kepada mereka mengenai titah Sultan dan enakmen itu," katanya.
Abdul Khalid berkata Jais turut diarah mengguna pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikemas kini oleh kerajaan negeri dalam sebarang operasi penguatkuasaannya berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata prosedur itu termasuk memaklumkan mengenai operasi Jais kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais). BERNAMA

PETALING JAYA: Penyanyi dari Indonesia Datuk Rossa dimasukkan ke sebuah hospital di Singapura selepas mengadu sakit-sakit badan pada Selasa lalu.
Pengurusnya, Putri Intan Sari berkata, Rossa yang mengadakan persembahan di Fiesta Langkawi Naturally Magical di Kedah pada Sabtu lalu mula berasa tidak sihat ketika berada di Johor sebelum menerima rawatan di Singapura.
"Sebelum itu Rossa sempat ke taman tema Legoland, Nusajaya, (Johor) bercuti bersama anak-anak tetapi apabila dia mengadu sekali lagi tidak sedap badan, saya terus membawa dia ke hospital di Singapura.
"Syukur doktor kata Rossa tidak mempunyai sebarang penyaki serius. Cuma, dia perlu rehat yang secukupnya sahaja," katanya.
Putri ditemui pada majlis sidang media Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan Rossa, Afghan dan Datuk Jamal Abdillah di Hotel The Royale Chulan di sini pada Rabu.
Putri Intan Sari
Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiani, 36, turut ditemani anaknya, Rizky Langit Ramadhan, 8, dan seorang lagi pengurus selain keluarga lain Singapura.
Akibat masih di rawat di hospital berkenaan, Rossa hanya menghantar Putri menghadiri sidang media tersebut.
Sementara itu, berhubung malam gala berkenaan, ia bakal diadakan pada 14 Februari depan di Hotel The Royale Chulan di sini anjuran Airish Global Sdn Bhd dengan kerjasama Event Resources & Services.
Konsert tersebut diadakan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada Anak-Anak Anugerah Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (KBNAB) dan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM).
Tiket berharga RM350, RM500, RM750 dan RM1,000 (platinum) boleh dibeli menerusi talian 011-25115715, 013-2009481, 012-2165948 atau 018-2699214.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia pada Rabu menafikan telah mengeluarkan amaran bahawa Tsunami akan melanda pantai timur Sabah seperti yang tersebar di Internet.
"Jabatan Meteorologi Malaysia tidak mengeluarkan sebarang amaran Tsunami pada 8 Jan 2014 seperti yang tersebar di Internet," tegas jabatan itu dalam satu kenyataan.
Sebarang pertanyaan untuk pengesahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-79678066 atau 03-79678065.




PETALING JAYA: Pelakon baharu Azman Kombos mengakui berasa malu dengan khabar angin kononnya dia 'ditaja' oleh kekasihnya aktres Nad Zainal.
Azman, 29, berkata, perkara tersebut merupakan khabar angin yang tidak sihat kerana ia boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon yang baharu mencari tapak di bidang seni hiburan tanah air.
"Saya ada rasa malu apabila timbul gosip begini. Bagi saya ia sebuah khabar angin yang tidak sihat dalam mengembangkan karier saya.
"Tetapi nak buat macam mana, saya terima dengan hati terbuka. Ada artis lain terkena gosip yang lebih teruk, jadi saya tidak perlu nak melatah," katanya kepada mStar Onlineyang dihubungi di sini pada Rabu.
Azman dan Nad menjalinkan hubungan cinta sejakdua tahun lalu.

Minggu lalu, sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan Nad kini menyara hidup teman lelakinya iaitu Azman berikutan perkembangan kerjaya pemuda itu yang dilihat masih suram berbanding Nad sendiri.
Sementara itu, Azman berkata, memandangkan dia dan Nad perlu menanggung keluarga masing-masing, mereka mengamalkan konsep berkongsi dalam hal-hal perbelanjaan apabila keluar bersama.
"Nad ada keluarga nak ditanggung, begitu juga saya. Jadi saya akui, ada masanya Nad belanja saya makan dan kemudian saya pula yang keluarkan duit, kami bergilir-gilir dan berkongsi untuk mengurangkan bebanan masing-masing," ujarnya.
Sementara itu, mengenai perkembangan karier pula, Azman kini sibuk dengan penggambaran drama Jika Itu Takdir untuk siaran TV3. Selain itu pelakon drama bersiriDewi Lasak itu juga bakal muncul dengan filem Mukasurat Cinta arahan Pierre Andre pada 16 Januari ini.

SIBU –  Seorang nenek berumur 58 tahun membuat laporan polis kerana seorang pondan yang menyewa bilik sewanya di Jalan Punai di sini tidak membayar sewa bilik selama dua bulan.
Penyewa berumur dalam lingkungan 20-an berkenaan dikatakan membuat pengadu geram kerana sering mengganggu ketenteraman penyewa lain di situ.
Menurut pengadu, dia sering menerima aduan daripada penyewa lain kerana penyewa tersebut selalu membuat bising dengan memasang lagu dengan kuat pada waktu malam.
Katanya, walaupun pondan tersebut telah dihalau keluar dari bilik sewanya, namun dia tetap berkeras enggan meninggalkan rumah tersebut.
Malah, pondan tersebut juga mengugut pengadu agar tidak membebel dan memberi amaran bahawa dia akan memukulnya jika dia mengarahnya keluar dari situ.
Pondan tersebut juga mempunyai seorang teman lelaki yang tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.
Bimbang kerana berasa terancam pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Sentral di sini,pagi semalam. – Borneo Post
(*Gambar Hiasan)

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dipercayai cuba menyamun dua pelajar Nigeria di Taman Pusat Kepong, Sentul semalam maut akibat dibelasah.
Sazali Mokhtar, 52, meninggal kira-kira 5 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Selayang.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian berlaku kira-kira 9.30 malam ketika mangsa dan dua rakannya  memecah masuk rumah yang didiami pelajar itu sebelum mengambil wang tunai berjumlah RM5,000.
“Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 42 dan 52 tahun memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis dan mendakwa kedua-dua pelajar itu telah melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen, sebelum memecah masuk rumah tersebut.
“Dua pelajar berkenaan yang sempat menghubungi tujuh rakan mereka kemudiannya menangkap ketiga-tiga suspek,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Khairi berkata sebelum itu berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa yang menyebabkan salah seorang suspek cedera manakala salah seorang mangsa juga cedera akibat senjata kuku kambing yang digunakan suspek.
“Pada mulanya polis menganggap orang awam telah melakukan tangkapan bagi membantu pihak polis. Tetapi apabila terdapat kematian, kita anggap telah berlaku perlakuan jenayah yang berlebih-lebihan semasa tangkapan dilakukan.
“Kerana itu kita turut siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Beliau berkata polis merampas sebatang besi kuku kambing yang telah digunakan suspek untuk memecah masuk rumah mangsa, gari, pemotong besi dan vest polis.
Dua suspek yang bekerja sebagai penarik kereta dan bekas anggota DBKL kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, katanya.
Dalam kes lain, seorang warga Myanmar maut manakala seorang lagi rakannya berjaya menyelamatkan diri selepas sebuah rumah kongsi jenis kontena yang didiami mereka hangus dalam kebakaran di Lorong Tiong Nam, Jalan Raja Laut awal pagi tadi.
Khairi berkata hasil siasatan mendapati kejadian itu mempunyai unsur khianat berdasarkan beberapa bahan bukti yang ditemui berhampiran lokasi kejadian.
“Kita siasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana percaya ada perbuatan khianat dan ada bahan bukti bahawa kebakaran ini disengajakan dengan niat untuk membunuh dan tangkapan akan dijalankan dalam masa terdekat,” katanya.
Kedua-dua mangsa yang berusia 28 tahun bekerja sebagai penjaga parkir.
Punca kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan kawasan penjagaan parkir, katanya. – BERNAMA
(gambar hiasan)

Selepas menggegarkan laman sosial Facebook dengan beberapa buah lagu cover yang kami sendiri impress, pagi tadi, melalui siaran radio Fly Fm, Elizabeth Tan telah diberi kesempatan untuk menyanyi duet lagu Havoc bersama penyanyi asal lagu tersebut, Joe Flizzow.
Dijemput khas untuk mendendangkan lagu secara langsung di Fly Fm, pada mulanya Elizabeth tidak tahu mengenai rancangan pihak radio untuk menemukannya bersama Joe Flizzow.


Ketika sedang mendendangkan sebuah lagu, Joe secara tiba-tiba muncul di belakang Elizabeth sehingga membuatkan gadis tersebut terkejut terpaku sebentar.

Menariknya, bukan sekadar kejutan buat Elizabeth, para pendengar Fly Fm juga dikejutkan dengan persembahan duet Elizabeth dan Joe yang berjaya memukau seluruh studio. Secara jujurnya, kami sendiri tergamam sewaktu mendengar persembahan mereka berdua pagi tadi.
Tak perlu kami panjangkan cerita disini, apa kata anda layan video berdurasi 4.01 minit ini sekarang!

VIDEO - FlyFM

BARU-BARU ini, tersebar khabar yang menyatakan pelakon Nur Fazura telah ditawarkan sebagai pengacara bagi menggantikan Neelofa untuk program popular Nona yang disiarkan setiap Ahad di TV3.
Ada yang betul dan tidak betul dalam kenyataan di atas.
Memang benar Fazura menerima tawaran daripada penerbit eksekutif Nona, Ezzah Aziz Fawzy sebagai pengacara Nona, memetik laporan Berita Harian.
“Terus-terang Faz sangat terharu apabila beliau sendiri datang ke butik Faz untuk bertanyakan hal itu.
“Bagaimanapun Faz terpaksa menolak tawaran berkenaan secara baik kerana kesuntukan waktu, selain terikat dengan pelbagai komitmen yang dipersetujui lebih awal. Insya Allah jika ada rezeki Faz pada masa akan datang, Faz akan terima,” jelasnya.
Bab yang tak betulnya, tawaran itu bukanlah untuk menggantikan Neelofa, sebaliknya ia lebih kepada pengacara jemputan.

Ini dijelaskan sendiri oleh Ezzah:
“Manalah tahu jika ada pengacara tetap yang bercuti atau ada hal yang tak dapat dielakkan, sekurang-kurangnya adalah juga pengganti. Kontrak untuk dua pengacara Nona sebelum ini sudah pun diperbaharui. Jadi mana mungkin ada bakal menggantikan sesiapa.”
Ha, itulah perkara yang sebenarnya. Apa pun, peminat Neelofa boleh menarik nafas lega kerana dia masih terus mengacarakan Nona selepas ini.
Kepada peminat Fazura, jangan risau. Kami yakin suatu hari nanti pelakon ini akan kembali semula ke bidang pengacaraan yang pernah menjadi ‘makanan’nya suatu ketika dahulu.

SEORANG jutawan Hong Kong sanggup terbang dengan pesawat peribadinya ke Malaysia semata-mata untuk menikmati keenakan ikan empurau, sejenis ikan yang sangat terkenal dalam masyarakat Cina disebabkan kesedapan dan harganya yang sangat mahal.
Harga ikan ini boleh mencecah RM1,800 sekilo.
Difahamkan, Peter Lam telah terbang ke sini bersama sembilan rakannya yang lain untuk menikmati ikan tersebut yang dikukus di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Ikan empurau dalam bahasa Cina dikenali dengan nama Wang Bu Lio (Jangan Lupakan Saya).
Ikan itu telah dipesan melalui seorang pakar ikan air tawar dari Sarawak, James Wong untuk makan malam Ahad lepas.
Wong memberitahu ikan yang dipesannya itu berharga RM3,000 (dua kilogram).
“ Ramai pelancong dan jutawan terbang ke Malaysia semata-mata untuk merasai keenakan ikan ini, tetapi inilah kali pertama ada yang datang dengan jet peribadinya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Lam yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Hong Kong turut membeli lima ekor ikan air tawar termasuk empat dari jenis empurau dengan harga RM17,000 untuk dibawa pulang ke Hong Kong semalam.
Ketika ditanya wartawan, Lam berkata, inilah kali pertama dia membeli ikan empurau di negara ini. Katanya, ikan itu sungguh sedap!
” Saya akan kembali lagi. Bukan empurau saja, banyak ikan lain yang sedap di Malaysia…saya akan bawa lagi kawan-kawan untuk merasai kesedapan ikan di sini,” katanya.
Untuk rekod, ikan air tawar itu menjadi popular di Hong Kong selepas seorang pengkritik makanan Chua Lam dan chef terkenal wilayah itu, Liang Wentao memasak ikan tersebut dalam sebuah program televisyen di sana.

RASANYA peminat pelakon kacak, Keith Foo sudah mengetahui yang dia kini sedang dilamun cinta dengan kekasih barunya yang juga penuntut jurusan fesyen di sebuah universiti luar negara.
Dia yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Indonesia, Tyas Mirasih juga mengaku gadis itu sangat istimewa dan cukup matang.
Biarpun tidak mendedahkan nama kekasihnya itu, Keith Foo telah berkongsi gambar-gambar mesra bersama seorang gadis yang bernama Kim Raymond menerusi akaun Instagramnya.
Kami yakin 100 peratus itulah gadis yang dimaksudkan oleh pelakon ini.
Memang sama cantik dan sama padan kedua-duanya!
Apa pun, kami harapkan hubungan Keith dan kekasihnya akan kekal hingga ke gerbang perkahwinan suatu hari nanti.