Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Kalau dah namanya dosa, ia tetap dosa tak kiralah dikerjakan oleh sesiapa pun.
Namun bila kita berpakaian mencerminkan pegangan agama tetapi selepas itu buat perkara yang tidak sepatutnya, sudah tentu ia akan kelihatan lebih buruk.
Itulah jadinya apabila makcik-makcik ini didapati ikut sama beratur di kedai nombor ekor namun memakai baju kurung dan bertudung.
Sedangkan mengikut undang-undang, kedai nombor ekor tidak dibenarkan berurus niaga dengan individu beragama Islam.
Kalau nak kata kedai nombor ekor ada jalankan perniagaan sampingan lain macam urusan pajak gadai, rasanya tak pernah dengar pula kan.
Apa pun, semoga hidayah Allah sentiasa bersama kita hendaknya jadi dijauhkan daripada perbuatan dosa terutama pada usia senja. 
Sumber: beliabangkit.blogspot.com

Penjawat awam yang berurusan dengan masyarakat terutama di kaunter hadapan harus lebih berhati-hati dengan tindak tanduk mereka pada hari ini.
Maklumlah di zaman penyebaran berita hanya di hujung jari, sebarang perlakuan yang boleh mencetus kontroversi boleh tersebar dalam masa sekejap sahaja.
Contohnya gambar menunjukkan pegawai polis trafik yang bertugas di kaunter sedang leka melihat telefon bimbit kini disebarkan di media sosial.
Dalam gambar yang dimuatnaik oleh seorang pemilik akaun Facebook, dia mendakwa melihat sendiri pegawai trafik berkenaan membuka Facebook di telefon mereka dan tidak kisahkan slogan Mesra Rakyat.
Pengadu juga mendakwa melalui pengalaman tidak menyenangkan ketika berurusan dengan mereka. Kronologi pengalamannya ini dikongsikan dalam Facebook Nikmatulzamzam Binti Abdul Kadir.
Sama ada dakwaan ini benar atau tidak, siasatan harus dijalankan.
Namun yang pasti, sekeping gambar sudah cukup untuk mencetus prasangka tak enak.
Jadi para penjawat awam terutama yang berada di baris hadapan jabatan kerajaan, berhati-hatilah dengan perlakuan anda kerana banyak mata yang memerhati.

Sumber: Facebook Nikmatulzamzam Binti Abdul Kadir

RIYADH - Seekor kambing jantan menghebohkan masyarakat Arab Saudi. Sebabbnya, kambing jantan tersebut boleh menghasilkan susu. Si pemilik, Zaid al Shammari memberitahu, kambing jantannya boleh menghasilkan susu selepas sakit. 

"Saya memeriksa perutnya dan saya mendapati dia mempunyai puting susu seperti kambing betina," ujar Shammari, seperti dipetik Emirates 24/7, Selasa (7/1/2014).

"Saya tidak pernah melihat hal ini sebelum ini," lanjut lelaki asal bandar Al Jouf itu.

Berita tentang kambing jantan yang boleh menghasilkan susu langsung tersebar. Shammari mengaku ada beberapa orang yang mahu membeli peliharaanya dengan harga mahal namun dia menolaknya.

Sumber: international.okezone.com
 1. tikus mati

 Cate Barrett sangat terkejut apabila mendapati ada seekor tikus mati di dalam botol sosnya. Saat itu, dia hendak memasak untuk dirinya dan teman lelakinya, Nigel. Ketika Cate menuangkan sos itu ke dalam periuk, dia menambah sedikit air ke dalam sos kerana merasa itu terlalu kental. Saat Cate mula mengacau sos itu, dia melihat sesuatu yang kelihatan seperti ekor dan misai. Dia langsung tahu bahawa itu adalah seekor tikus mati. Cate dan Nigel memasukkan tikus mati itu ke dalam botol dan membawa barang bukti itu kepada pengurus kedai itu. Sang pengurus langsung minta maaf pada mereka dan berjanji akan segera melakukan pemeriksaan pada produk tersebut.

 2. Serat kain guni

Seorang wanita di Ireland Utara mendapati bahawa roti yang dibelinya mengandungi serat kain guni. Dia bahkan tidak menyedari hal itu, sampai akhirnya dia memakan roti itu. Roti itu dibelinya di sebuah kedai tempatan di daerahnya. Hal itu kemudian disampaikan kepada pejabat kesihatan.

 3. pisau

John Agnesini, 27, terkejut apabila mendapati bahawa sandwich yang dibelinya berisi pisau. Lelaki yang berasal dari Queens, New York ini pun kemudian menyaman restoran Subway yang telah menjual sandwich itu kepadanya. mujur John tidak menggigit pisau itu, kerana itu tentu boleh melukainya.

 4. Katak mati

Fred Denegri sedang memanggang di halaman belakang rumahnya, ketika dia membuka setin minuman soda. Saat Fred minum minumannya dengan cepat ada sesuatu yang membuatnya tersedak. Dia pun mulai merasa ada yang aneh dengan minumannya. Minuman itu terasa agak pahit dan berlendir. Fred kemudian membawa tin minuman itu ke sebuah makmal pengujian untuk mengenalpasti apa yang ada di dalam minuman sodanya. Hasil pengujian lab menyimpulkan bahawa benda asing yang berada di dalam minumannya adalah seekor katak.

 5. jari manusia

Seorang lelaki terkejut apabila dia mendapati potongan jari putus dalam bungkusan setengah liter custard beku. Clarence Stowers mengatakan bahawa awalnya dia berfikir itu adalah gula-gula. Dia bahkan sempat menaruh potongan jari itu di mulutnya. Namun beberapa saat kemudian, dia meludah dan baru mengetahui bahawa itu potongan jari manusia. Clarence pun langsung berteriak dan melaporkannya kepada badan kesihatan tempatan. Potongan jari itu ternyata milik dari salah satu pekerja yang mengalami kemalangan di kilang custard tersebut.

 6. kondom

Pada Februari 2002, seorang wanita di Irvine, California, Amerika, menemui sebuah kondom yang tersangkut di makanan pesanannya. Ketika dia hendak makan makanannya, dia menggigit sesuatu yang berbentuk seperti getah. Dia segera memanggil pengurus restoran itu dan kemudian memintanya mengambil benda, yang diketahuinya sebagai kondom, itu dari mangkuknya. Wanita itu lantas menyaman restoran itu dan berjaya memenangi samannya itu.

7. lipas

Seorang lelaki hampir saja memakan lipas mati ini, ketika dia sedang menjamah makanan ringan yang dibelinya. Dia tidak menyedari bangkai lipas mati itu kerana dilindungi oleh lapisan bijan, sehingga kelihatan bersatu dengan makanan ringannya.

Sumber; merdeka.com

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkata lawatan ke sesuatu premis termasuk Persatuan Bible Malaysia (BSM) di Damansara Kim untuk mengumpul maklumat merupakan prosedur biasa bila berbangkitnya kontroversi.

Merujuk kepada lawatan dua pegawai MBPJ ke premis BSM hari ini, Timbalan Datuk Bandar Puasa Md Taib berkata pegawainya tidak menjalankan tugas penguatkuasaan seperti yang didakwa beberapa pihak.

“Kami hanya mahu mengemaskini rekod MBPJ agar kami dapat memberi maklumat berkenaan bangunan tersebut bila ditanya kerajaan negeri nanti,” kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat MBPJ petang tadi.

Beliau menambah yang isu bangunan BSM diungkit semalam dalam mesyuarat antara datuk bandar dan ketua jabatan apabila mereka mendapati maklumat berkenaan BSM tidak lengkap.

Oleh itu, beliau berkata dua pegawai ditugaskan oleh pengarah Bahagian Kawalan Bangunan MBPJ untuk mengemaskini maklumat pihak berkuasa tempatan berkenaan BSM.
Bagaimanapun Puasa mengaku bahawa MBPJ sepatutnya memaklumkan BSM terlebih dahulu berikutan keadaan sensitif yang menyelubungi perkara ini.

Dua pegawai MBPJ yang datang ke premis BSM pagi ini tidak dibenarkan masuk kerana tiada notis awal.

MP: Maaf atas salah faham

“Dalam mesyuarat saya dengan Bahagian Kawalan Bangunan dan timbalan datuk bandar, mereka menyatakan yang itu ialah prosedur operasi biasa untuk mengemaskini maklumat berkenaan bangunan di mana ada kontroversi berlaku.

“Ini dilakukan agar mereka mempunyai maklumat cukup apabila ditanya kerajaan negeri,” kata beliau.

“Bagi pihak MBPJ, saya meminta maaf kerana salah faham yang berlaku,” katanya.

Persatuan Bible Malaysia Agak-Agakla, Takkan MBPJ Nak Kemas Rekod Pun Tak Boleh??

Puasa berkata, rakan sejawatnya, ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin turut telah bertemu BSM berkenaan insiden itu dan satu pertemuan antara MBPJ dan BSM akan dilakukan selepas ini.

“Kami berharap proses yang lebih sensitif dan mesra selepas ini kerana keadaan begitu sensitif, jadi kami harap dapat menjemput BSM untuk satu pertemuan menyelesaikan salah faham itu.

Mengulas lebih lanjut perkara berkenaan, timbalan pengarah Bahagian Kawalan Bangunan Ismathinoon Abdul Rahman berkata kedua pegawai itu ialah wanita berumur 20-an dan 50-an tiada sebarang niat buruk terhadap BSM.

Nafi diminta JAIS

Beliau menambah kedua pegawai tersebut tidak melanggar mana-mana SOP semasa lawatan itu.

“Notis awal tidak wajib dan ia adalah prosedur biasa bagi pegawai memeriksa tempat berkaitan selagi mereka mempunyai kad kuasa – ia bukan satu isu,” katanya.
Puasa turut menafikan pemeriksaan tersebut diminta oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Mereka (JAIS) boleh memohon maklumat tapi sehingga kini mereka tidak (memohon),” kata beliau sebelum menambah yang Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, exco serta wartawan juga turut boleh memintanya.

Beliau menambah yang pemeriksaan itu turut tiada kena mengena dengan hal BSM mempunyai kitab Bible yang menggunakan perkataan “Allah”

“Ia (Bible) bukan di bawah bidang kuasa kami,” kata beliau. – (sumber Malaysiakini.com)

China – Selepas kehilangan kedua-dua jari akibat kemalangan di tempat kerja, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, Wang Jin mendapat sepasang tangan `penyepit’ selepas doktor memutuskan untuk membuat jari baru dan mengekalkan tapak tangannya.

Kini selepas dua minggu pembedahan dijalankan, Wang Jin sudah boleh membengkokkan jari dan disifatkan doktor sebagai pembedahan yang berjaya.

Pembedahan itu diketuai Dr Dang Juyu dan mengambil masa selama sembilan jam.

`Bahagian yang paling mencabar ialah membentuk semula struktur tulang dan jari, menyambungkan urat yang pelbagai saiz dan memastikan salur darah bersambung semula,’’ kata Dr. Dang Juyu.

Kejadian malang yang menimpa Wang Jin berlaku pada 11 Disember lalu selepas dua tangannya tersepit ke dalam sebuah mesin penukul ketika dia bekerja shif malam.
Pekerja yang panik telah menghantar Wang Jin ke hospital.

Namun mereka hanya tiba di hospital di wilayah Hunan selepas melalui lima jam perjalanan.
Selepas melihat kedua-dua tangan itu mengalami kecederaan yang serius, doktor tiada pilihan kecuali membedah tangan baru kepada pesakit.

Debaran Anugerah Juara Lagu yang ke-28 (AJL28) kian terasa. Dan sudah pasti persembahan daripada pasangan kolaborasi dua pemuzik berbakat besar, Noh Salleh dan Aizat menerusi lagu taruhan mereka, In Love With You, antara persembahan yang dinanti-nanti ramai.

Bertemu Noh pada sidang media AJL28 semalam, vokalis kumpulan Hujan ini berkata, saat ini hatinya lebih teruja dengan perancangannya menunaikan umrah pada 27 Januari ini berbanding mahu beraksi di pentas AJL28 iaitu sehari sebelum dia berangkat ke Tanah Suci Mekah.

Malahan akui Noh, dia pernah terfikir mahu menarik diri daripada pertandingan tersebut. Keputusan berkenaan dibuat ketika dia dan isterinya, penyanyi Mizz Nina sudah mendapat tarikh penerbangan mereka ke Mekah namun pada waktu itu tarikh AJL28 masih belum diumumkan.

Sebaik tarikh AJL28 diumumkan, dia melupakan hasratnya itu lantaran tarikh penerbangannya juga berjaya diubah ke tarikh lain.

“Sepatutnya saya pergi umrah pada 20 haribulan. Dan sebetulnya saya ada terfikir nak tarikh diri daripada AJL, lagipun pada masa itu pihak TV3 belum umumkan lagi tarikh final. Jadi sebab tu saya buat keputusan nak tarik diri. Terpulang pada Aizat samada dia nak teruskan atau tak. Kalau nak teruskan, terpulang pada dia untuk cari pengganti saya.

“Tapi tarikh umrah kami berjaya diubah dan kebetulan tarikh kami berangkat adalah sehari selepas AJL. Tapi kalau ikutkan sebenarnya saya dah tak fikir sangat dengan AJL ni sebab hati saya lebih teruja dengan umrah”, katanya ketika ditemui sejurus usai sidang media yang diadakan di Hotel Empire, Subang.

Ini merupakan kali keempat Noh bakal menunaikan umrah. Apa yang lebih isimewa kali ini, dia bukan saja pergi bersama isteri tercinta bahkan buat pertama kali dia pergi bersama ibu bapanya dan juga turut disertai oleh kedua-dua mertuanya.

Tambah suami kepada ratu Hip Hop tanah ini lagi, disebabkan itu juga dia tidak terlalu memikirkan soal bagaimana corak persembahan mereka pada malam anugerah itu nanti. Begitupun dia dan Aizat tetap menjanjikan sebuah persembahan yang terbaik.

“Ini kali ketiga saya di pentas AJL tapi kali pertama sebagai solo. Saya akui yang saya stress sebenarnya dengan Aizat. Iyalah, sebab tahun lalu dia juara dan tahun ini saya membuat persembahan bersama bekas Juara. Pasti ramai yang menjangkakann sesuatu daripada kami.

“Tentang persiapan, saya releks jer. Mulanya kami buntu juga bila pihak TV3 beritahu tentang konsep tahun ini. Tapi kami tak fikir sangat soal itu. Kami anggap ia peluang untuk kami buat persembahan. Kami tak letak harapan apa-apa. Malam tu nanti kami hanya nak berikan yang terbaik dan berseronok sepanjang membuat persembahan di pentas yang berprestij. Kami akan buat yang terbaik”, ujarnya.

Hormat Keputusan Noh

Sementara itu Aizat yang juga ditemui pada sidang media berkenaan berkata dia menghormati keputusan awal Noh yang mahu menarik diri. Namun dia bersykur dan berasa bertuah kerana dapat membuat persembahan dengan idolanya di pentas berprestij AJL28 yang bakal berlangsung pada 26 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.

“Saya hormat keputusan Noh sebelum ni (nak tarik diri). Tapi akhirnya kami dapat juga membuat persembahan bersama. Saya rasa bertuah sebab selama ni saya membesar dengan lagu-lagu nyanyian Noh. Dia idola saya. Dan ini juga kolaborasi saya yang pertama layak ke AJL. Saya sangat teruja.

“Dari segi persiapan untuk persembahan, kami tak fikirkan sangat. Semua orang pasti nak menang. Tapi kami tak nak terlalu tertekan jadi kami hanya nak berseronok dan berikan yang terbaik pada malam tu nanti”, katanya.

Lagu In Love With You nukilan Noh sendiri bakal berentap dengan 11 lagi lagu iaitu Aku Pelat (Salammusik), Takkan Terpisah (Black), Hanya Aku (Hype Act), Bosan (Stacy), Bahagiamu Deritaku (Hafiz), Penglipur Lara (Hazama & The Penglipurlara), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor), Sahabat (Najwa Latif feat. Sleeq & Syamkamarul, Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Kau Yang Terindah (Alyah) Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet) bagi merebut gelaran Juara Lagu.

Noh dan Aizat akan membuat persembahan pada giliran yang ketiga. Bertemakan ‘Game On’, acara gilang-gemilang AJL28 juga akan disiarkan secara langsung di TV3, jam 9 malam. – Malaysian Digest

CARACAS (Venezuela): Bekas Ratu Venezuela dan bekas suaminya ditembak mati manakala anak perempuannya berusia lima tahun cedera selepas bergelut dengan perompak di lebuh raya di sini, kata polis hari ini. 

Pembunuhan Monica Spear, 29, dan lelaki warga Britain, 39, adalah kes jenayah berprofil tinggi terbaru di negara itu di mana pembunuhan adalah perkara biasa dalam rompakan bersenjata dengan penculikan berleluasa di kalangan duta asing dan pemain besbol profesional. 

Spear dan Berry dibunuh pada kira-kira jam 10.30 malam, Isnin lalu ketika dalam perjalanan dari Puerto Cabello dan menuju ke pelabuhan utama di wilayah Valencia. Mereka dalam perjalanan pulang selepas bercuti di Caracas. - AP

Mahkamah Arab Saudi telah menghukum seorang lelaki yang disabitkan dengan kesalahan memfitnah seorang penyanyi Saudi-Kuwait, Shams, 33 tahun, dengan menuduh beliau telah melakukan perbuatan zina dan fitnah itu dilemparkan di laman sosial Twitter. Lelaki tersebut telah dihukum tiga bulan penjara dan 80 sebatan serta didenda 10,000 riyal (RM8,000).


Menurut laman web Arab Sabq, Peminat bintang pop itu dijatuhi hukuman penjara dan sebatan kerana menuduh Shams berzina tanpa menyediakan bukti.

Keputusan ini berdasarkan undang-undang syariah Islam yang menetapkan sebatan bagi orang-orang yang menuduh orang lain melakukan hubungan seks luar nikah tanpa memberi bukti.

Shams telah memfailkan kes fitnah terhadap orang yang memiliki akaun Twitter dalam bahasa Arab iaitu ‘peguam Ratu Ahlam’.


Laman web microblogging adalah sangat popular di Arab Saudi, yang juga merupakan salah satu daripada 10 negara ditapis dalam kontek penggunaan media sosial, dan kira-kira 41 peratus daripada pengguna internet di negara itu menggunakan Twitter.





Riuh duk cerita kisah anak murid di permulaan persekolahan mereka, berbagai perkara berlaku ada yang pengsan dan ada pula yang tersepit pada kerusi, itu lah kisah dan ragam anak-anak di musim baru persekolahan 2014. 

Kini kita nak cerita pula pasal cikgu, ada ada terjumpa satu gambar Cikgu yang cantik sedang pose di dalam kelas, sumber tak pasti sama ada beliau betul guru atau tidak jika di ikut pada gambar beliau seorang guru.

kata lain jika macam ni lah cikgu cantik jelita dan sentiasa tampil bergaya bukan kata murid suka ke sekolah dengan bapa-bapa murid sekali akan ke sekolah .. ha ha .


Kesimpulan dari gambar di atas adalah penampilan seseorang itu penting bagi memberi semangat kepada individu tertentu untuk hadir ke sesuatu tempat.

Beijing: Seorang wanita enggan memakai seluar dalam sejak setahun lalu kerana tidak selesa akibat lebihan lemak melampau pada perutnya menyebabkan badannya menjadi tidak seimbang.
Wang, 37 memaklumkan doktor di Hospital Umum Kuang Tien lemak itu membuatkan punggungnya nampak terlalu kecil dan pelik.

Keadaan itu, katanya, menyebabkannya tidak selesa menggunakan seluar dalam.
Tabiatnya itu menimbulkan masalah lain ketika musim sejuk apabila bahagian sulitnya terlalu sejuk dan tidak mendapat perlindungan sewajarnya walaupun jika dia memakai kot tebal.

Berikutan itu, Wang mahu menjalani pembedahan sedutan lemak untuk membuang lingkaran lemak di sekitar perutnya. - Agensi

New Delhi: Seorang wanita berusia 28 tahun mencipta rekod apabila melahirkan 10 janin dikandungnya secara normal.

Doktor di Hospital Peringatan Sanjay Gandhi berkata, Anju Kushwaha yang hamil 12 minggu melahirkan sembilan janin itu ketika dalam perjalanan ke hospital itu, manakala janin terakhir dilahirkan di hospital.

Dr S K Pathak berkata, wanita terbabit dilaporkan dalam keadaan stabil, namun malangnya semua anaknya itu meninggal dunia.

“Sembilan janin dilahirkan dalam perjalanan ke hospital manakala yang terakhir dilahirkan dengan bantuan pakar kami di dewan bedah.

“Semuanya dilahirkan tidak bernyawa pada usia hampir 12 minggu,” katanya.

Pihaknya mendakwa kes itu adalah kelahiran janin tertinggi daripada satu rahim.
Sebelum ini, pada 1971, seorang doktor di Rom mengeluarkan 15 janin daripada seorang wanita berusia 5 tahun. - Agensi