Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

PETALING JAYA: Pelakon baharu Azman Kombos mengakui berasa malu dengan khabar angin kononnya dia 'ditaja' oleh kekasihnya aktres Nad Zainal.
Azman,
29, berkata, perkara tersebut merupakan khabar angin yang tidak sihat
kerana ia boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon yang
baharu mencari tapak di bidang seni hiburan tanah air.
"Saya
ada rasa malu apabila timbul gosip begini. Bagi saya ia sebuah khabar
angin yang tidak sihat dalam mengembangkan karier saya.
"Tetapi
nak buat macam mana, saya terima dengan hati terbuka. Ada artis lain
terkena gosip yang lebih teruk, jadi saya tidak perlu nak melatah,"
katanya kepada mStar Onlineyang dihubungi di sini pada Rabu.
Minggu
lalu, sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan Nad kini
menyara hidup teman lelakinya iaitu Azman berikutan perkembangan
kerjaya pemuda itu yang dilihat masih suram berbanding Nad sendiri.
Sementara
itu, Azman berkata, memandangkan dia dan Nad perlu menanggung keluarga
masing-masing, mereka mengamalkan konsep berkongsi dalam hal-hal
perbelanjaan apabila keluar bersama.
"Nad
ada keluarga nak ditanggung, begitu juga saya. Jadi saya akui, ada
masanya Nad belanja saya makan dan kemudian saya pula yang keluarkan
duit, kami bergilir-gilir dan berkongsi untuk mengurangkan bebanan
masing-masing," ujarnya.
Sementara itu, mengenai perkembangan karier pula, Azman kini sibuk dengan penggambaran drama Jika Itu Takdir untuk siaran TV3. Selain itu pelakon drama bersiriDewi Lasak itu juga bakal muncul dengan filem Mukasurat Cinta arahan Pierre Andre pada 16 Januari ini.
Hiburan

SIBU – Seorang nenek berumur 58 tahun membuat laporan polis kerana seorang pondan yang menyewa bilik sewanya di Jalan Punai di sini tidak membayar sewa bilik selama dua bulan.
Penyewa berumur dalam lingkungan 20-an berkenaan dikatakan membuat pengadu geram kerana sering mengganggu ketenteraman penyewa lain di situ.
Menurut pengadu, dia sering menerima aduan daripada penyewa lain kerana penyewa tersebut selalu membuat bising dengan memasang lagu dengan kuat pada waktu malam.
Katanya, walaupun pondan tersebut telah dihalau keluar dari bilik sewanya, namun dia tetap berkeras enggan meninggalkan rumah tersebut.
Malah, pondan tersebut juga mengugut pengadu agar tidak membebel dan memberi amaran bahawa dia akan memukulnya jika dia mengarahnya keluar dari situ.
Pondan tersebut juga mempunyai seorang teman lelaki yang tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.
Bimbang kerana berasa terancam pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Sentral di sini,pagi semalam. – Borneo Post
(*Gambar Hiasan)
[Wow] - Berita Tempatan
KUALA LUMPUR – Seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dipercayai cuba menyamun dua pelajar Nigeria di Taman Pusat Kepong, Sentul semalam maut akibat dibelasah.
Sazali Mokhtar, 52, meninggal kira-kira 5 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Selayang.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian berlaku kira-kira 9.30 malam ketika mangsa dan dua rakannya memecah masuk rumah yang didiami pelajar itu sebelum mengambil wang tunai berjumlah RM5,000.
“Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 42 dan 52 tahun memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis dan mendakwa kedua-dua pelajar itu telah melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen, sebelum memecah masuk rumah tersebut.
“Dua pelajar berkenaan yang sempat menghubungi tujuh rakan mereka kemudiannya menangkap ketiga-tiga suspek,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Khairi berkata sebelum itu berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa yang menyebabkan salah seorang suspek cedera manakala salah seorang mangsa juga cedera akibat senjata kuku kambing yang digunakan suspek.
“Pada mulanya polis menganggap orang awam telah melakukan tangkapan bagi membantu pihak polis. Tetapi apabila terdapat kematian, kita anggap telah berlaku perlakuan jenayah yang berlebih-lebihan semasa tangkapan dilakukan.
“Kerana itu kita turut siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Beliau berkata polis merampas sebatang besi kuku kambing yang telah digunakan suspek untuk memecah masuk rumah mangsa, gari, pemotong besi dan vest polis.
Dua suspek yang bekerja sebagai penarik kereta dan bekas anggota DBKL kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, katanya.
Dalam kes lain, seorang warga Myanmar maut manakala seorang lagi rakannya berjaya menyelamatkan diri selepas sebuah rumah kongsi jenis kontena yang didiami mereka hangus dalam kebakaran di Lorong Tiong Nam, Jalan Raja Laut awal pagi tadi.
Khairi berkata hasil siasatan mendapati kejadian itu mempunyai unsur khianat berdasarkan beberapa bahan bukti yang ditemui berhampiran lokasi kejadian.
“Kita siasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana percaya ada perbuatan khianat dan ada bahan bukti bahawa kebakaran ini disengajakan dengan niat untuk membunuh dan tangkapan akan dijalankan dalam masa terdekat,” katanya.
Kedua-dua mangsa yang berusia 28 tahun bekerja sebagai penjaga parkir.
Punca kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan kawasan penjagaan parkir, katanya. – BERNAMA
(gambar hiasan)
[Wow] - Jenayah
Selepas menggegarkan laman sosial Facebook dengan beberapa buah lagu cover yang kami sendiri impress, pagi
tadi, melalui siaran radio Fly Fm, Elizabeth Tan telah diberi
kesempatan untuk menyanyi duet lagu Havoc bersama penyanyi asal lagu
tersebut, Joe Flizzow.
Dijemput khas untuk mendendangkan lagu secara langsung di Fly Fm,
pada mulanya Elizabeth tidak tahu mengenai rancangan pihak radio untuk
menemukannya bersama Joe Flizzow.
Ketika sedang mendendangkan sebuah lagu, Joe secara tiba-tiba muncul
di belakang Elizabeth sehingga membuatkan gadis tersebut terkejut
terpaku sebentar.
Menariknya, bukan sekadar kejutan buat Elizabeth, para pendengar Fly
Fm juga dikejutkan dengan persembahan duet Elizabeth dan Joe yang
berjaya memukau seluruh studio. Secara jujurnya, kami sendiri tergamam
sewaktu mendengar persembahan mereka berdua pagi tadi.
Tak perlu kami panjangkan cerita disini, apa kata anda layan video berdurasi 4.01 minit ini sekarang!
VIDEO - FlyFM
[Wow] - Hiburan

BARU-BARU ini, tersebar khabar yang menyatakan pelakon Nur Fazura telah ditawarkan sebagai pengacara bagi menggantikan Neelofa untuk program popular Nona yang disiarkan setiap Ahad di TV3.
Ada yang betul dan tidak betul dalam kenyataan di atas.
Memang benar Fazura menerima tawaran daripada penerbit eksekutif Nona, Ezzah Aziz Fawzy sebagai pengacara Nona, memetik laporan Berita Harian.
“Terus-terang Faz sangat terharu apabila beliau sendiri datang ke butik Faz untuk bertanyakan hal itu.
“Bagaimanapun Faz terpaksa menolak tawaran berkenaan secara baik kerana kesuntukan waktu, selain terikat dengan pelbagai komitmen yang dipersetujui lebih awal. Insya Allah jika ada rezeki Faz pada masa akan datang, Faz akan terima,” jelasnya.
Bab yang tak betulnya, tawaran itu bukanlah untuk menggantikan Neelofa, sebaliknya ia lebih kepada pengacara jemputan.

Ini dijelaskan sendiri oleh Ezzah:
“Manalah tahu jika ada pengacara tetap yang bercuti atau ada hal yang tak dapat dielakkan, sekurang-kurangnya adalah juga pengganti. Kontrak untuk dua pengacara Nona sebelum ini sudah pun diperbaharui. Jadi mana mungkin ada bakal menggantikan sesiapa.”
Ha, itulah perkara yang sebenarnya. Apa pun, peminat Neelofa boleh menarik nafas lega kerana dia masih terus mengacarakan Nona selepas ini.
Kepada peminat Fazura, jangan risau. Kami yakin suatu hari nanti pelakon ini akan kembali semula ke bidang pengacaraan yang pernah menjadi ‘makanan’nya suatu ketika dahulu.
[Wow] - Hiburan

SEORANG jutawan Hong Kong sanggup terbang dengan pesawat peribadinya ke Malaysia semata-mata untuk menikmati keenakan ikan empurau, sejenis ikan yang sangat terkenal dalam masyarakat Cina disebabkan kesedapan dan harganya yang sangat mahal.
Harga ikan ini boleh mencecah RM1,800 sekilo.
Difahamkan, Peter Lam telah terbang ke sini bersama sembilan rakannya yang lain untuk menikmati ikan tersebut yang dikukus di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Ikan empurau dalam bahasa Cina dikenali dengan nama Wang Bu Lio (Jangan Lupakan Saya).
Ikan itu telah dipesan melalui seorang pakar ikan air tawar dari Sarawak, James Wong untuk makan malam Ahad lepas.
Wong memberitahu ikan yang dipesannya itu berharga RM3,000 (dua kilogram).
“ Ramai pelancong dan jutawan terbang ke Malaysia semata-mata untuk merasai keenakan ikan ini, tetapi inilah kali pertama ada yang datang dengan jet peribadinya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Lam yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Hong Kong turut membeli lima ekor ikan air tawar termasuk empat dari jenis empurau dengan harga RM17,000 untuk dibawa pulang ke Hong Kong semalam.
Ketika ditanya wartawan, Lam berkata, inilah kali pertama dia membeli ikan empurau di negara ini. Katanya, ikan itu sungguh sedap!
” Saya akan kembali lagi. Bukan empurau saja, banyak ikan lain yang sedap di Malaysia…saya akan bawa lagi kawan-kawan untuk merasai kesedapan ikan di sini,” katanya.
Untuk rekod, ikan air tawar itu menjadi popular di Hong Kong selepas seorang pengkritik makanan Chua Lam dan chef terkenal wilayah itu, Liang Wentao memasak ikan tersebut dalam sebuah program televisyen di sana.
Global
RASANYA peminat pelakon kacak, Keith Foo sudah mengetahui yang dia kini sedang dilamun cinta dengan kekasih barunya yang juga penuntut jurusan fesyen di sebuah universiti luar negara.
Dia yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Indonesia, Tyas Mirasih juga mengaku gadis itu sangat istimewa dan cukup matang.
Biarpun tidak mendedahkan nama kekasihnya itu, Keith Foo telah berkongsi gambar-gambar mesra bersama seorang gadis yang bernama Kim Raymond menerusi akaun Instagramnya.
Kami yakin 100 peratus itulah gadis yang dimaksudkan oleh pelakon ini.
Memang sama cantik dan sama padan kedua-duanya!
Apa pun, kami harapkan hubungan Keith dan kekasihnya akan kekal hingga ke gerbang perkahwinan suatu hari nanti.
Hiburan

Kalau dah namanya dosa, ia tetap dosa tak kiralah dikerjakan oleh sesiapa pun.
Namun bila kita berpakaian mencerminkan pegangan agama tetapi selepas itu buat perkara yang tidak sepatutnya, sudah tentu ia akan kelihatan lebih buruk.
Itulah jadinya apabila makcik-makcik ini didapati ikut sama beratur di kedai nombor ekor namun memakai baju kurung dan bertudung.
Sedangkan mengikut undang-undang, kedai nombor ekor tidak dibenarkan berurus niaga dengan individu beragama Islam.
Kalau nak kata kedai nombor ekor ada jalankan perniagaan sampingan lain macam urusan pajak gadai, rasanya tak pernah dengar pula kan.
Apa pun, semoga hidayah Allah sentiasa bersama kita hendaknya jadi dijauhkan daripada perbuatan dosa terutama pada usia senja.
Sumber: beliabangkit.blogspot.com
Isu Panas
Penjawat awam yang berurusan dengan masyarakat terutama di kaunter hadapan harus lebih berhati-hati dengan tindak tanduk mereka pada hari ini.
Maklumlah di zaman penyebaran berita hanya di hujung jari, sebarang perlakuan yang boleh mencetus kontroversi boleh tersebar dalam masa sekejap sahaja.
Contohnya gambar menunjukkan pegawai polis trafik yang bertugas di kaunter sedang leka melihat telefon bimbit kini disebarkan di media sosial.
Dalam gambar yang dimuatnaik oleh seorang pemilik akaun Facebook, dia mendakwa melihat sendiri pegawai trafik berkenaan membuka Facebook di telefon mereka dan tidak kisahkan slogan Mesra Rakyat.
Pengadu juga mendakwa melalui pengalaman tidak menyenangkan ketika berurusan dengan mereka. Kronologi pengalamannya ini dikongsikan dalam Facebook Nikmatulzamzam Binti Abdul Kadir.
Sama ada dakwaan ini benar atau tidak, siasatan harus dijalankan.
Namun yang pasti, sekeping gambar sudah cukup untuk mencetus prasangka tak enak.
Jadi para penjawat awam terutama yang berada di baris hadapan jabatan kerajaan, berhati-hatilah dengan perlakuan anda kerana banyak mata yang memerhati.
Sumber: Facebook Nikmatulzamzam Binti Abdul Kadir
Isu Panas

"Saya memeriksa perutnya dan saya mendapati dia mempunyai puting susu seperti kambing betina," ujar Shammari, seperti dipetik Emirates 24/7, Selasa (7/1/2014).
"Saya tidak pernah melihat hal ini sebelum ini," lanjut lelaki asal bandar Al Jouf itu.
Berita tentang kambing jantan yang boleh menghasilkan susu langsung tersebar. Shammari mengaku ada beberapa orang yang mahu membeli peliharaanya dengan harga mahal namun dia menolaknya.
Sumber: international.okezone.com
Pelbagai

1. tikus mati
Cate Barrett sangat terkejut apabila mendapati ada seekor tikus mati di dalam botol sosnya. Saat itu, dia hendak memasak untuk dirinya dan teman lelakinya, Nigel. Ketika Cate menuangkan sos itu ke dalam periuk, dia menambah sedikit air ke dalam sos kerana merasa itu terlalu kental. Saat Cate mula mengacau sos itu, dia melihat sesuatu yang kelihatan seperti ekor dan misai. Dia langsung tahu bahawa itu adalah seekor tikus mati. Cate dan Nigel memasukkan tikus mati itu ke dalam botol dan membawa barang bukti itu kepada pengurus kedai itu. Sang pengurus langsung minta maaf pada mereka dan berjanji akan segera melakukan pemeriksaan pada produk tersebut.
Cate Barrett sangat terkejut apabila mendapati ada seekor tikus mati di dalam botol sosnya. Saat itu, dia hendak memasak untuk dirinya dan teman lelakinya, Nigel. Ketika Cate menuangkan sos itu ke dalam periuk, dia menambah sedikit air ke dalam sos kerana merasa itu terlalu kental. Saat Cate mula mengacau sos itu, dia melihat sesuatu yang kelihatan seperti ekor dan misai. Dia langsung tahu bahawa itu adalah seekor tikus mati. Cate dan Nigel memasukkan tikus mati itu ke dalam botol dan membawa barang bukti itu kepada pengurus kedai itu. Sang pengurus langsung minta maaf pada mereka dan berjanji akan segera melakukan pemeriksaan pada produk tersebut.
2. Serat kain guni
Seorang wanita di Ireland Utara mendapati bahawa roti yang dibelinya mengandungi serat kain guni. Dia bahkan tidak menyedari hal itu, sampai akhirnya dia memakan roti itu. Roti itu dibelinya di sebuah kedai tempatan di daerahnya. Hal itu kemudian disampaikan kepada pejabat kesihatan.
Seorang wanita di Ireland Utara mendapati bahawa roti yang dibelinya mengandungi serat kain guni. Dia bahkan tidak menyedari hal itu, sampai akhirnya dia memakan roti itu. Roti itu dibelinya di sebuah kedai tempatan di daerahnya. Hal itu kemudian disampaikan kepada pejabat kesihatan.
3. pisau
John Agnesini, 27, terkejut apabila mendapati bahawa sandwich yang dibelinya berisi pisau. Lelaki yang berasal dari Queens, New York ini pun kemudian menyaman restoran Subway yang telah menjual sandwich itu kepadanya. mujur John tidak menggigit pisau itu, kerana itu tentu boleh melukainya.
John Agnesini, 27, terkejut apabila mendapati bahawa sandwich yang dibelinya berisi pisau. Lelaki yang berasal dari Queens, New York ini pun kemudian menyaman restoran Subway yang telah menjual sandwich itu kepadanya. mujur John tidak menggigit pisau itu, kerana itu tentu boleh melukainya.
4. Katak mati
Fred Denegri sedang memanggang di halaman belakang rumahnya, ketika dia membuka setin minuman soda. Saat Fred minum minumannya dengan cepat ada sesuatu yang membuatnya tersedak. Dia pun mulai merasa ada yang aneh dengan minumannya. Minuman itu terasa agak pahit dan berlendir. Fred kemudian membawa tin minuman itu ke sebuah makmal pengujian untuk mengenalpasti apa yang ada di dalam minuman sodanya. Hasil pengujian lab menyimpulkan bahawa benda asing yang berada di dalam minumannya adalah seekor katak.
Fred Denegri sedang memanggang di halaman belakang rumahnya, ketika dia membuka setin minuman soda. Saat Fred minum minumannya dengan cepat ada sesuatu yang membuatnya tersedak. Dia pun mulai merasa ada yang aneh dengan minumannya. Minuman itu terasa agak pahit dan berlendir. Fred kemudian membawa tin minuman itu ke sebuah makmal pengujian untuk mengenalpasti apa yang ada di dalam minuman sodanya. Hasil pengujian lab menyimpulkan bahawa benda asing yang berada di dalam minumannya adalah seekor katak.
5. jari manusia
Seorang lelaki terkejut apabila dia mendapati potongan jari putus dalam bungkusan setengah liter custard beku. Clarence Stowers mengatakan bahawa awalnya dia berfikir itu adalah gula-gula. Dia bahkan sempat menaruh potongan jari itu di mulutnya. Namun beberapa saat kemudian, dia meludah dan baru mengetahui bahawa itu potongan jari manusia. Clarence pun langsung berteriak dan melaporkannya kepada badan kesihatan tempatan. Potongan jari itu ternyata milik dari salah satu pekerja yang mengalami kemalangan di kilang custard tersebut.
Seorang lelaki terkejut apabila dia mendapati potongan jari putus dalam bungkusan setengah liter custard beku. Clarence Stowers mengatakan bahawa awalnya dia berfikir itu adalah gula-gula. Dia bahkan sempat menaruh potongan jari itu di mulutnya. Namun beberapa saat kemudian, dia meludah dan baru mengetahui bahawa itu potongan jari manusia. Clarence pun langsung berteriak dan melaporkannya kepada badan kesihatan tempatan. Potongan jari itu ternyata milik dari salah satu pekerja yang mengalami kemalangan di kilang custard tersebut.
6. kondom
Pada Februari 2002, seorang wanita di Irvine, California, Amerika, menemui sebuah kondom yang tersangkut di makanan pesanannya. Ketika dia hendak makan makanannya, dia menggigit sesuatu yang berbentuk seperti getah. Dia segera memanggil pengurus restoran itu dan kemudian memintanya mengambil benda, yang diketahuinya sebagai kondom, itu dari mangkuknya. Wanita itu lantas menyaman restoran itu dan berjaya memenangi samannya itu.
Pada Februari 2002, seorang wanita di Irvine, California, Amerika, menemui sebuah kondom yang tersangkut di makanan pesanannya. Ketika dia hendak makan makanannya, dia menggigit sesuatu yang berbentuk seperti getah. Dia segera memanggil pengurus restoran itu dan kemudian memintanya mengambil benda, yang diketahuinya sebagai kondom, itu dari mangkuknya. Wanita itu lantas menyaman restoran itu dan berjaya memenangi samannya itu.
7. lipas
Seorang lelaki hampir saja memakan lipas mati ini, ketika dia sedang menjamah makanan ringan yang dibelinya. Dia tidak menyedari bangkai lipas mati itu kerana dilindungi oleh lapisan bijan, sehingga kelihatan bersatu dengan makanan ringannya.
Seorang lelaki hampir saja memakan lipas mati ini, ketika dia sedang menjamah makanan ringan yang dibelinya. Dia tidak menyedari bangkai lipas mati itu kerana dilindungi oleh lapisan bijan, sehingga kelihatan bersatu dengan makanan ringannya.
Sumber; merdeka.com
Pelbagai

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkata lawatan ke sesuatu
premis termasuk Persatuan Bible Malaysia (BSM) di Damansara Kim untuk
mengumpul maklumat merupakan prosedur biasa bila berbangkitnya
kontroversi.
Merujuk kepada lawatan dua pegawai MBPJ ke premis BSM hari ini,
Timbalan Datuk Bandar Puasa Md Taib berkata pegawainya tidak menjalankan
tugas penguatkuasaan seperti yang didakwa beberapa pihak.
“Kami hanya mahu mengemaskini rekod MBPJ agar kami dapat
memberi maklumat berkenaan bangunan tersebut bila ditanya kerajaan
negeri nanti,” kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat MBPJ petang
tadi.
Beliau menambah yang isu bangunan BSM diungkit semalam dalam
mesyuarat antara datuk bandar dan ketua jabatan apabila mereka mendapati
maklumat berkenaan BSM tidak lengkap.
Oleh itu, beliau berkata dua pegawai ditugaskan oleh pengarah
Bahagian Kawalan Bangunan MBPJ untuk mengemaskini maklumat pihak
berkuasa tempatan berkenaan BSM.
Bagaimanapun Puasa mengaku bahawa MBPJ sepatutnya memaklumkan BSM
terlebih dahulu berikutan keadaan sensitif yang menyelubungi perkara
ini.
Dua pegawai MBPJ yang datang ke premis BSM pagi ini tidak dibenarkan masuk kerana tiada notis awal.
MP: Maaf atas salah faham
“Dalam mesyuarat saya dengan Bahagian Kawalan Bangunan dan timbalan
datuk bandar, mereka menyatakan yang itu ialah prosedur operasi biasa
untuk mengemaskini maklumat berkenaan bangunan di mana ada kontroversi
berlaku.
“Ini dilakukan agar mereka mempunyai maklumat cukup apabila ditanya kerajaan negeri,” kata beliau.
“Bagi pihak MBPJ, saya meminta maaf kerana salah faham yang berlaku,” katanya.
Puasa berkata, rakan sejawatnya, ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin turut
telah bertemu BSM berkenaan insiden itu dan satu pertemuan antara MBPJ
dan BSM akan dilakukan selepas ini.
“Kami berharap proses yang lebih sensitif dan mesra selepas ini
kerana keadaan begitu sensitif, jadi kami harap dapat menjemput BSM
untuk satu pertemuan menyelesaikan salah faham itu.
Mengulas lebih lanjut perkara berkenaan, timbalan pengarah Bahagian
Kawalan Bangunan Ismathinoon Abdul Rahman berkata kedua pegawai itu
ialah wanita berumur 20-an dan 50-an tiada sebarang niat buruk terhadap
BSM.
Nafi diminta JAIS
Beliau menambah kedua pegawai tersebut tidak melanggar mana-mana SOP semasa lawatan itu.
“Notis awal tidak wajib dan ia adalah prosedur biasa bagi pegawai
memeriksa tempat berkaitan selagi mereka mempunyai kad kuasa – ia bukan
satu isu,” katanya.
Puasa turut menafikan pemeriksaan tersebut diminta oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Mereka (JAIS) boleh memohon maklumat tapi sehingga kini mereka tidak
(memohon),” kata beliau sebelum menambah yang Menteri Besar, Setiausaha
Kerajaan Negeri, exco serta wartawan juga turut boleh memintanya.
Beliau menambah yang pemeriksaan itu turut tiada kena mengena dengan
hal BSM mempunyai kitab Bible yang menggunakan perkataan “Allah”
“Ia (Bible) bukan di bawah bidang kuasa kami,” kata beliau. – (sumber Malaysiakini.com)
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)















Recent Comments