Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


China – Selepas kehilangan kedua-dua jari akibat kemalangan di tempat kerja, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, Wang Jin mendapat sepasang tangan `penyepit’ selepas doktor memutuskan untuk membuat jari baru dan mengekalkan tapak tangannya.

Kini selepas dua minggu pembedahan dijalankan, Wang Jin sudah boleh membengkokkan jari dan disifatkan doktor sebagai pembedahan yang berjaya.

Pembedahan itu diketuai Dr Dang Juyu dan mengambil masa selama sembilan jam.

`Bahagian yang paling mencabar ialah membentuk semula struktur tulang dan jari, menyambungkan urat yang pelbagai saiz dan memastikan salur darah bersambung semula,’’ kata Dr. Dang Juyu.

Kejadian malang yang menimpa Wang Jin berlaku pada 11 Disember lalu selepas dua tangannya tersepit ke dalam sebuah mesin penukul ketika dia bekerja shif malam.
Pekerja yang panik telah menghantar Wang Jin ke hospital.

Namun mereka hanya tiba di hospital di wilayah Hunan selepas melalui lima jam perjalanan.
Selepas melihat kedua-dua tangan itu mengalami kecederaan yang serius, doktor tiada pilihan kecuali membedah tangan baru kepada pesakit.

Debaran Anugerah Juara Lagu yang ke-28 (AJL28) kian terasa. Dan sudah pasti persembahan daripada pasangan kolaborasi dua pemuzik berbakat besar, Noh Salleh dan Aizat menerusi lagu taruhan mereka, In Love With You, antara persembahan yang dinanti-nanti ramai.

Bertemu Noh pada sidang media AJL28 semalam, vokalis kumpulan Hujan ini berkata, saat ini hatinya lebih teruja dengan perancangannya menunaikan umrah pada 27 Januari ini berbanding mahu beraksi di pentas AJL28 iaitu sehari sebelum dia berangkat ke Tanah Suci Mekah.

Malahan akui Noh, dia pernah terfikir mahu menarik diri daripada pertandingan tersebut. Keputusan berkenaan dibuat ketika dia dan isterinya, penyanyi Mizz Nina sudah mendapat tarikh penerbangan mereka ke Mekah namun pada waktu itu tarikh AJL28 masih belum diumumkan.

Sebaik tarikh AJL28 diumumkan, dia melupakan hasratnya itu lantaran tarikh penerbangannya juga berjaya diubah ke tarikh lain.

“Sepatutnya saya pergi umrah pada 20 haribulan. Dan sebetulnya saya ada terfikir nak tarikh diri daripada AJL, lagipun pada masa itu pihak TV3 belum umumkan lagi tarikh final. Jadi sebab tu saya buat keputusan nak tarik diri. Terpulang pada Aizat samada dia nak teruskan atau tak. Kalau nak teruskan, terpulang pada dia untuk cari pengganti saya.

“Tapi tarikh umrah kami berjaya diubah dan kebetulan tarikh kami berangkat adalah sehari selepas AJL. Tapi kalau ikutkan sebenarnya saya dah tak fikir sangat dengan AJL ni sebab hati saya lebih teruja dengan umrah”, katanya ketika ditemui sejurus usai sidang media yang diadakan di Hotel Empire, Subang.

Ini merupakan kali keempat Noh bakal menunaikan umrah. Apa yang lebih isimewa kali ini, dia bukan saja pergi bersama isteri tercinta bahkan buat pertama kali dia pergi bersama ibu bapanya dan juga turut disertai oleh kedua-dua mertuanya.

Tambah suami kepada ratu Hip Hop tanah ini lagi, disebabkan itu juga dia tidak terlalu memikirkan soal bagaimana corak persembahan mereka pada malam anugerah itu nanti. Begitupun dia dan Aizat tetap menjanjikan sebuah persembahan yang terbaik.

“Ini kali ketiga saya di pentas AJL tapi kali pertama sebagai solo. Saya akui yang saya stress sebenarnya dengan Aizat. Iyalah, sebab tahun lalu dia juara dan tahun ini saya membuat persembahan bersama bekas Juara. Pasti ramai yang menjangkakann sesuatu daripada kami.

“Tentang persiapan, saya releks jer. Mulanya kami buntu juga bila pihak TV3 beritahu tentang konsep tahun ini. Tapi kami tak fikir sangat soal itu. Kami anggap ia peluang untuk kami buat persembahan. Kami tak letak harapan apa-apa. Malam tu nanti kami hanya nak berikan yang terbaik dan berseronok sepanjang membuat persembahan di pentas yang berprestij. Kami akan buat yang terbaik”, ujarnya.

Hormat Keputusan Noh

Sementara itu Aizat yang juga ditemui pada sidang media berkenaan berkata dia menghormati keputusan awal Noh yang mahu menarik diri. Namun dia bersykur dan berasa bertuah kerana dapat membuat persembahan dengan idolanya di pentas berprestij AJL28 yang bakal berlangsung pada 26 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.

“Saya hormat keputusan Noh sebelum ni (nak tarik diri). Tapi akhirnya kami dapat juga membuat persembahan bersama. Saya rasa bertuah sebab selama ni saya membesar dengan lagu-lagu nyanyian Noh. Dia idola saya. Dan ini juga kolaborasi saya yang pertama layak ke AJL. Saya sangat teruja.

“Dari segi persiapan untuk persembahan, kami tak fikirkan sangat. Semua orang pasti nak menang. Tapi kami tak nak terlalu tertekan jadi kami hanya nak berseronok dan berikan yang terbaik pada malam tu nanti”, katanya.

Lagu In Love With You nukilan Noh sendiri bakal berentap dengan 11 lagi lagu iaitu Aku Pelat (Salammusik), Takkan Terpisah (Black), Hanya Aku (Hype Act), Bosan (Stacy), Bahagiamu Deritaku (Hafiz), Penglipur Lara (Hazama & The Penglipurlara), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor), Sahabat (Najwa Latif feat. Sleeq & Syamkamarul, Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Kau Yang Terindah (Alyah) Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet) bagi merebut gelaran Juara Lagu.

Noh dan Aizat akan membuat persembahan pada giliran yang ketiga. Bertemakan ‘Game On’, acara gilang-gemilang AJL28 juga akan disiarkan secara langsung di TV3, jam 9 malam. – Malaysian Digest

CARACAS (Venezuela): Bekas Ratu Venezuela dan bekas suaminya ditembak mati manakala anak perempuannya berusia lima tahun cedera selepas bergelut dengan perompak di lebuh raya di sini, kata polis hari ini. 

Pembunuhan Monica Spear, 29, dan lelaki warga Britain, 39, adalah kes jenayah berprofil tinggi terbaru di negara itu di mana pembunuhan adalah perkara biasa dalam rompakan bersenjata dengan penculikan berleluasa di kalangan duta asing dan pemain besbol profesional. 

Spear dan Berry dibunuh pada kira-kira jam 10.30 malam, Isnin lalu ketika dalam perjalanan dari Puerto Cabello dan menuju ke pelabuhan utama di wilayah Valencia. Mereka dalam perjalanan pulang selepas bercuti di Caracas. - AP

Mahkamah Arab Saudi telah menghukum seorang lelaki yang disabitkan dengan kesalahan memfitnah seorang penyanyi Saudi-Kuwait, Shams, 33 tahun, dengan menuduh beliau telah melakukan perbuatan zina dan fitnah itu dilemparkan di laman sosial Twitter. Lelaki tersebut telah dihukum tiga bulan penjara dan 80 sebatan serta didenda 10,000 riyal (RM8,000).


Menurut laman web Arab Sabq, Peminat bintang pop itu dijatuhi hukuman penjara dan sebatan kerana menuduh Shams berzina tanpa menyediakan bukti.

Keputusan ini berdasarkan undang-undang syariah Islam yang menetapkan sebatan bagi orang-orang yang menuduh orang lain melakukan hubungan seks luar nikah tanpa memberi bukti.

Shams telah memfailkan kes fitnah terhadap orang yang memiliki akaun Twitter dalam bahasa Arab iaitu ‘peguam Ratu Ahlam’.


Laman web microblogging adalah sangat popular di Arab Saudi, yang juga merupakan salah satu daripada 10 negara ditapis dalam kontek penggunaan media sosial, dan kira-kira 41 peratus daripada pengguna internet di negara itu menggunakan Twitter.





Riuh duk cerita kisah anak murid di permulaan persekolahan mereka, berbagai perkara berlaku ada yang pengsan dan ada pula yang tersepit pada kerusi, itu lah kisah dan ragam anak-anak di musim baru persekolahan 2014. 

Kini kita nak cerita pula pasal cikgu, ada ada terjumpa satu gambar Cikgu yang cantik sedang pose di dalam kelas, sumber tak pasti sama ada beliau betul guru atau tidak jika di ikut pada gambar beliau seorang guru.

kata lain jika macam ni lah cikgu cantik jelita dan sentiasa tampil bergaya bukan kata murid suka ke sekolah dengan bapa-bapa murid sekali akan ke sekolah .. ha ha .


Kesimpulan dari gambar di atas adalah penampilan seseorang itu penting bagi memberi semangat kepada individu tertentu untuk hadir ke sesuatu tempat.

Beijing: Seorang wanita enggan memakai seluar dalam sejak setahun lalu kerana tidak selesa akibat lebihan lemak melampau pada perutnya menyebabkan badannya menjadi tidak seimbang.
Wang, 37 memaklumkan doktor di Hospital Umum Kuang Tien lemak itu membuatkan punggungnya nampak terlalu kecil dan pelik.

Keadaan itu, katanya, menyebabkannya tidak selesa menggunakan seluar dalam.
Tabiatnya itu menimbulkan masalah lain ketika musim sejuk apabila bahagian sulitnya terlalu sejuk dan tidak mendapat perlindungan sewajarnya walaupun jika dia memakai kot tebal.

Berikutan itu, Wang mahu menjalani pembedahan sedutan lemak untuk membuang lingkaran lemak di sekitar perutnya. - Agensi

New Delhi: Seorang wanita berusia 28 tahun mencipta rekod apabila melahirkan 10 janin dikandungnya secara normal.

Doktor di Hospital Peringatan Sanjay Gandhi berkata, Anju Kushwaha yang hamil 12 minggu melahirkan sembilan janin itu ketika dalam perjalanan ke hospital itu, manakala janin terakhir dilahirkan di hospital.

Dr S K Pathak berkata, wanita terbabit dilaporkan dalam keadaan stabil, namun malangnya semua anaknya itu meninggal dunia.

“Sembilan janin dilahirkan dalam perjalanan ke hospital manakala yang terakhir dilahirkan dengan bantuan pakar kami di dewan bedah.

“Semuanya dilahirkan tidak bernyawa pada usia hampir 12 minggu,” katanya.

Pihaknya mendakwa kes itu adalah kelahiran janin tertinggi daripada satu rahim.
Sebelum ini, pada 1971, seorang doktor di Rom mengeluarkan 15 janin daripada seorang wanita berusia 5 tahun. - Agensi


Setelah sempat membuat heboh dengan gaya busana berkutang tirus pada November tahun lalu , Agnes kembali lagi melakukan penampilan tidak sopan . 

Kejadiannya berlangsung pada tahun 2013 apabila bekas penyanyi cilik ini diundang ke rumah atau kediaman Dubes ( Duta Besar ) Amerika untuk Indonesia yang mengadakan acara formal untuk memotivasi generasi muda agar berprestasi .

Dalam foto itu , kelihatan penyanyi yang tengah mengeluarkan single Coke Bottle bersama Timbaland ini memakai pakaian yang super seksi . Di foto ini pun Agnes tampak mengenakan kebaya bahan sutera ketat berleher terbuka hingga belahan payudara yang timbul tampak jelas dipadu hotpant seksi .

Penyanyi kelahiran 1 Julai 1986 ini duduk di sebelah Duta Amerika di antara orang ramai para pelajar Indonesia .

Penampilan pelakon sinetron Pernikahan Dini ini sangat berbeza dengan Duta Besar Amerika Syarikat dan para jemputan lain yang berbusana batik dan baju yang sopan .

Pilihan Agnes memakai busana super hot dan seksi itu mengundang kecaman di media sosial , seprti dilansir dari yahoo.com . Namun , nampaknya Agnes tak terpengaruh dan terus berani berpakaian dengan gaya berbeza dari yang ada

Sumber tribunnews.com

Kisah cinta Johan As'ari yang sering bertukar-tukar pasangan dengan beberapa artis wanita tempatan tidak asing lagi buat penggiat-penggiat blog atau media hiburan termasuk juga peminat.

Baru sahaja bulan lepas, aktor itu putus cinta Lana Nordin selepas hampir sebulan menyulam cinta. Alasannya ialah tidak mendapat restu dari keluarga.

Sebelum Lana, Johan sudah mengecewakan tiga rakan artis wanita lain yang sememangnya cantik. Mereka ialah Izreen Azminda, Nabila Huda dan Shila Amzah. Bagi setiap kontroversi yang membabitkan putus cinta, nilai publisiti yang diperolehi Johan dikatakan mencecah jutaan ringgit.

Sebagai contoh katakanlah satu laporan muka surat penuh sesebuah akhbar yang menyiarkan kisah Johan, nilai iklannya ialah RM8,000. Kalau dalam tempoh sebulan akhbar berkenaan menyiarkan empat kali kisah cinta tak menjadinya itu, ia telah menelan belanja RM32,000.

Itu untuk sebuah akhbar. Kalau ada lima akhbar, portal, majalah dan rancangan hiburan TV yang menyiarkan topik berkenaan, tidakkah Johan mendapat nilai jutaan ringgit kos promosi percuma?

Jadi, ini jelas membuktikan pelakon itu bijak mencari publisti meluas secara percuma. Tak perlu bayar wartawan atau akbhar. Kalaulah esok atau lusa timbul isu Johan As’ari berkata dia nak kahwin dengan hantu kubur, kita jangan terkejut kerana itu semua strategi yang disusunnya.
CP: SINI

REMBAU – Hasrat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun untuk berkahwin akhirnya berjaya membongkar perbuatan kejinya bersama pasangan kekasih berusia 27 tahun.

Sumber berkata, remaja berkenaan yang mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook selama beberapa bulan bertindak tinggal bersama kekasihnya semasa musim cuti sekolah.

Menurut sumber, bapa remaja berkenaan yang curiga dengan hasrat anaknya itu terkejut apabila anaknya memberitahu perkara sebenar.

“Sebelum ini, remaja perempuan berkenaan memberitahu bapanya yang dia tinggal bersama kawan perempuannya sewaktu cuti sekolah lalu.

“Bagaimanapun, dia menceritakan kejadian malang menimpa dirinya apabila telah dirogol kekasihnya yang bekerja sebagai penjual buah lebih 10 kali selama tempoh cuti berkenaan,” katanya.

Susulan insiden itu, ayah mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Nilai pada Ahad lalu dan suspek berjaya ditangkap di Chembong malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

San Bernardo adalah sebuah bandar yang berjarak 3 jam perjalanan dari Bogota , ibu negara negara Colombia . Bandar yang hanya mempunyai penduduk sebanyak 17 ribu orang ini punya mumia yang jadi perhatian pelancong dan para saintis .

Mumia - mumia di San Bernardo diyakini berlaku secara semula jadi kerana masyarakat di sana tidak tahu cara mengawetkan mayat dengan balsam seperti di Mesir . Mumia - mumia di San Bernardo pun masih dalam keadaan yang bagus .

Penemuan mumia di San Bernardo terjadi pada 15 tahun lalu . Saat itu , seorang penggali kubur bernama Eduardo Cifuentes menemui mayat - mayat yang bentuknya sudah seperti mumia di dalam keranda. Dia menganggarkan mayat - mayat tersebut sudah ditanam sejak tahun 1957 . Eduardo saat sangat terkejut kerana kulit mayatnya masih terlihat jelas pucat dan kedutan !


Para saintis sehingga kini masih belum boleh menjelaskan mayat yang menjadi mumia di San Bernardo . Di kawasan Amerika Latin , juga dijumpai mumia di Guanajuato , Mexico . Tapi , mayat yang jadi mumia di sana akibat gas dan dikebumikan dalam tanah .

Berbeza dengan tanah perkuburan di Colombia , mayat diletakkan dalam keranda dan tidak dikuburkan ke dalam tanah . Ada bangunan khas untuk menyimpan mayat dalam keranda tersebut

Pelbagai spekulasi muncul. Masyarakat tempatan beranggapan , orang - orang San Bernardo pada zaman dulu masih hidup secara tradisional dan sama sekali tidak mengenal zat - zat kimia pada makanan . Air di sana pun bersih , sehingga membuat mayat orang yang meninggal masih dalam keadaan yang bagus .

Sebahagian masyarakat menyebut buah guatila dan balu yang menyebabkan keadaan mayat tidak hancur . Dua buah ini adalah makanan khas setempat yang diyakini baik untuk kesihatan dan sering digunakan oleh penduduk San Bernardo .

Buah guatila ukurannya sebesar limau , berwarna hijau , dan mempunyai duri . Biasanya , buah ini dimakan dengan cara mengupas kulitnya dan isi buahnya direbus untuk ditambah dalam sup .

manakal balu seperti kacang polong . Masyarakat San Bernardo biasa memasak dan menghaluskannya menjadi tepung untuk adunan kek .

Pemerintah San Bernardo pun menjadikan mumia sebagai salah satu daya tarik Colombia untuk pelancong . Datuk Bandar tempatan , Antonio Acosta merancang pembangunan muzium untuk menyimpan 8 mumia yang keadaannya paling bagus dan bakal diletakkan dalam peti kaca .

Sumber: travel.detik.com

Arau: “Dia tak patut hidup lagi di dunia ini kerana perangainya lebih teruk daripada binatang,” kata seorang isteri muda yang menjadi mangsa deraan seksual suaminya apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.

Malah, dalam kejadian yang berlaku jam 3 petang, 1 Januari lalu, si suami durjana itu turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil apabila wanita berkenaan meronta.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nora, 19, berkata, suaminya turut merakam aksi hubungan seksnya dengan remaja terbabit yang juga sepupu lelaki itu.

“Selepas itu dia (suami) pula melakukan hubungan seks secara paksa dengan saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.

Berikutan kejadian itu, Nora membuat laporan di Balai Polis Arau pada hari yang sama, menyebabkan suaminya yang berusia 22 tahun serta remaja terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro