Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Meeka Nasser,seorang mahasiswa dari American University of Dubai telah mengambil sekumpulan gambar untuk ditunjukkan kepada dunia. Gambar yang dia ambil itu adalah koleksi kereta para mahasiswa/i yang diletakkan di universiti tersebut. Terdapat Rolls-Royce, Ferrari, Aston Martin dan banyak lagi. #dan kereta Kancil?? :-P





Pengguna yang memakai kanta lekap hanya untuk kecantikan tanpa melakukan pemeriksaan mata terlebih dulu, berisiko menjadi buta akibat jangkitan kuman pada kornea mata.

Berikutan itu, Majlis Optik Malaysia (MOM) menasihatkan pengguna supaya membuat pemeriksaan mata terlebih dulu jika mahu memakai kanta lekap, termasuk kanta lekap berwarna tanpa kuasa.
Menurut majlis berkenaan, pemeriksaan penting bagi memastikan sama ada seseorang pengguna sesuai atau sebaliknya untuk menggunakan kanta lekap kerana pemakaiannya bukan sekadar untuk kecantikan saja.

Kanta lekap hanya sesuai untuk individu yang mempunyai masalah rabun serta masalah mata seperti keratokonus, koloboma iris dan sebagainya selain mereka yang aktif bersukan.

"Kanta lekap juga itu tidak harus dipakai individu yang menghidap masalah mata seperti konjunktivitis kronik, blefaritis, jangkitan kuman dan mata kering, selain pesakit diabetes, HIV positif dan penyakit berjangkit lain di samping individu yang mempunyai tahap kebersihan diri yang rendah," kata majlis dalam satu kenyataan, semalam.

MOM berkata, sekiranya seseorang itu tidak mematuhi peraturan pemakaian kanta lekap, komplikasi paling berbahaya ialah berlakunya jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dipanggil ulser kornea dan boleh menyebabkan buta.

Pengguna kanta lekap harus segera menghentikan penggunaannya jika mata menjadi merah, berasa sakit serta penglihatan menjadi kabur dan perlu berjumpa doktor mata kerana rawatan segera diperlukan bagi mencegah buta, katanya.

Setiap pegawai imigresen ukraine wanita diberikan make over dan tip kecantikan. Nampaknya wajah itu amat penting ye dak. Seperti yang kita sedia maklum, orang pertama yang kita akan jumpa sejurus selepas turun dari kapal terbang ialah pegawai imigresen. So, mungkin disebabkan inilah mereka diarahkan untuk memakai make-up dan lebih kemas.  I Wan This!







Laporan asal IBTimes

NEW YORK - Seorang juruterbang dilaporkan menunda penerbangan lebih dari dua jam . Uniknya , kelewatan tersebut disebabkan sang pilot menunggu pesanan sandwichnya datang.

Kejadian bodoh ini bermula dari permintaan sandwich dari pilot yang merancang akan menerbangkan pesawat Pakistan Antarabangsa Airlines . Tetapi ketika diberi tahu bahawa tidak ada sandwich di lapangan terbang atau pun menu di kabin pesawat , sang pilot marah berkeras untuk tetap mendapatkan apa yang dia mahu .

Akhirnya pihak syarikat penerbangan memenuhi permintaan pilot dan menempah sandwich dari hotel lima bintang terdekat . Namun , sandwich yang diminta sang pilot baru tiba dua jam selepas tempahan .

Akibat keinginan pilot tersebut , penerbangan dari Lahore ke New York perlu ditangguhkan sampai sandwich pesanan pilot datang .

Kejadian penangguhan tersebut ternyata berpanjangan. Jurucakap syarikat penerbangan Pakistan Antarabangsa Airlines Mashood Tajwar ternyata tidak menerima aksi " mogok terbang " yang dilakukan sang pilot yang namanya masih dirahsiakan ini .

" Pengurusan akan mengambil tindakan serius akibat kerterlambatan penerbangan antarabangsa ini , " ujar Tajwar , seperti dipetik dari ABC , Jumaat ( 20/12/2013 ) .

Sumber: international.okezone.com

Ai Shang Zhen baru-baru ini telah dipelawa untuk menjadi tetamu dalam siaran langsung perlawanan pasukan Guangzhou Evergrande dalam FIFA Club World Cup 2013 baru-baru ini. Ai Shang Zhen yang begitu terkenal dengan badannya yang begitu menawan telah membuka mata ramai orang kerana pengetahuannya mengenai bola sepak yang begitu mendalam. Selain itu, dia juga dapat mengulas mengenai pemain antaranya pertahanan kelab itu dari Korea Selatan, Kim Young dengan begitu baik sekali sehingga mendapat pujian dari pemain itu sendiri. Ai Shang Zhen menyatakan yang dia telah membuat kajian sebelum datang ke studio dan dia juga membuat begitu untuk acara-acara yang lain. 

Ini adalah biodata model cantik menawan dari China ini :

Name: Ai Shang Zhen 艾尚真
Date of Birthday: 9 September 1988
Height: 180cm
Weight: 55kg


Pencapaian : Naib Johan Ratu Cantik Chinese International Pageant 2008.






















Selepas tentera Jerman meninggalkan Perancis pada tahun 1944, ribuan wanita telah dijatuhkan hukuman kerana didapati mempunyai hubungan sulit dengan tentera dan pegawai Jerman. Wanita telah dibotakkan dan kemudian dipukul depan khalayak ramai. THIS IS MADNESS!






Day of the Skulls ialah perayaan aneh yang disambut di Bolivia. Ianya kepercayaan pagan orang asal Bolivia tetapi diterapkan kepada kepercayaan Katolic bagi "mejaga sensitiviti penduduk setempat". Di Bolivia mayat orang hanya boleh ditanam selama 8 tahun sebelum perlu dikeluarkan dan dibakar. Why? jangan tanya kenapa, aku pun tidak tahu. Masalahnya lepas 8 tahun ada family yang tak kutip mayat yang harus dikosongkan dari kubur dan tengkorak inilah yang diambil atau dijual untuk keraian Day of the Skulls. Bizarro!