Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Seorang pengurus restoran berusia 40 tahun yang mengahwini gadis bawah umur yang juga mangsa rogolnya berkata dia tidak tahu bagaimana kesan air maninya boleh ditemui pada anggota intim gadis itu.
Riduan Masmud berkata ia juga sesuatu yang tidak logik apabila dua helai sapu tangan di tempat duduk belakang turut terdapat kesan air maninya.
“Saya tidak melakukannya (rogol) dan saya tidak tahu bagaimana kesan air mani saya boleh ditemui di tempat-tempat yang telah disebutkan dalam mahkamah ini,” katanya dalam prosiding pembelaan memetik laporan The Star Online hari ini.
Prosiding berlangsung di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di depan Hakim Ummu Kalthom Samad semalam.
Riduan berkata demikian dalam hujan pembelaan atas tuduhan merogol seorang pelajar sekolah berusia 13 tahun dalam sebuah kereta berdekatan Air Terjun Kionsom di Inanam antara pukul 9 pagi dan 10 pagi, 18 Februari tahun ini.
Tertuduh mengendalikan sendiri kesnya selepas peguamnya Loretto P Padua menarik diri dari mewakilinya pada September lepas.
Dakwaan itu tidak diketahui hanya apabila ibu saudara mangsa membuat laporan polis ke atas Riduan.
Pengurus restoran kemudian didakwa di mahkamah 10 hari kemudian.
Mangsa kemudian menarik balik laporan dan dakwaan berkenaan pada 18 April.
Tertuduh yang turut mengahwini mangsa selepas itu berkata perkahwinan mereka dipersetujui.
Riduan mengahwini mangsa sebagai isteri kedua biarpun belum menerima kebenaran daripada Mahkamah Syariah untuk berpoligami.
Pada hari kejadian, Riduan berkata dia menghantar isterinya pergi bekerja di pusat membeli-belah 1Borneo pada pukul 9.45 pagi dan menurutnya mustahil untuknya berada di lokasi kejadian sebelum pukul 10 pagi.
Apabila ditanya oleh Timbalan Pendakwaraya Raja Zaizul Faridah bersetuju atau tidak, dengan mengahwini mangsa tanpa kebenaran mahkamah, tertuduh sudah melanggar keputusan Mahkamah Syariah dan melanggar syarat ikat jaminnya oleh Mahkamah Sesyen, tertuduh tidak bersetuju.
“Saya dibenarkan untuk berkahwin dengan gadis itu, saya tidak tahu pula saya tidak dibenarkan berhubung dengan mangsa atau keluarganya yang akan melanggar syarat ikat jaminan,” katanya.
Riduan tidak bersetuju apabila ditanya tujuan dia berkahwin dengan mangsa secara tergesa-gesa adalah untuk memastikan tuduhan ke atasnya digugurkan.
“Saya ada bertanya pihak ketiga untuk mencarinya, dengan melihat beberapa maklumat yang dikongsikan di dalam akaun Facebooknya,” katanya.
Dia juga menafikan bahawa dia berkahwin dengan gadis itu dengan tergesa-gesa tetapi dia memaklumkan, dia mempunyai cukup masa untuk membuat persiapan membeli cincin dan juga menyediakan RM5,000 sebagai wang hantaran.
Kemudian dalam prosiding, tertuduh yang mengendalikan kesnya sendiri memanggil ibu dan bapa mangsa sebagai antara saksi pembelaan.
Menurut bapa mangsa yang berusia 47 tahun, yang bertugas sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah kolej dan ibu mangsa berusia 41 thun berkata mereka bersetuju dengan perkahwinan itu kerana mangsa dan Riduan saling mencintai.
Hakim Ummu Kalthom kemudian menetapkan 24 Januari sebagai hari terakhir prosiding pembelaan.
[Wow] - Berita Tempatan

TASIKMALAYA (Indonesia) – Seorang remaja, AS, 17, yang dibicarakan semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, mengejutkan mahkamah apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam.
Hakim yang mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan berkata, ini kali pertama dia mendengar kes seumpama itu. “Tertuduh mengaku memperkosa lebih 300 ayam dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya,” kata Motur.
Peguam AS, Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki kelainan seks.
“Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh menjalani rawatan,” katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu.
AS ditangkap selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan mencampakkan mangsa ke laut beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika itu dirawat di sebuah hospital tempatan.
Sementara itu, seorang penduduk yang berada di luar mahkamah berkata, dia dan beberapa jirannya mahu AS membayar ganti rugi terhadap kematian ayam mereka. – Agensi
Global

GEORGETOWN – Mahkamah Tinggi hari ini menambah tempoh hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Sesyen ke atas bekas anggota polis berpangkat Sarjan yang didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya dua tahun lalu.
Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menambah hukuman kepada 18 tahun daripada 12 tahun yang dikenakan Mahkamah Sesyen pada Mei lalu terhadap Idrus Ayob, 56, setelah beliau membenarkan rayuan pihak pendakwa.
Beliau memerintahkan Idrus menjalani hukuman daripada tarikh jatuh hukum yang ditetapkan Mahkamah Sesyen pada 3 Mei lepas.
Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman penjara 12 tahun ke atas Idrus selepas dia didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya di sebuah rumah di Jalan Air Itam pada 18 Nov 2011.
Idrus diwakili peguam bela Amirul Fairuzzeen Jamaluddin sementara Melissa Mohd Awal bertindak selaku peguam pemerhati kepada keluarga mangsa.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit. – BERNAMA
[Wow] - Jenayah
SEPERTI yang kita sedia maklum, enam orang rentung selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah tiang lebuh raya, meletup dan terbakar berhampiran bulatan Kampung Pandan, awal pagi Rabu.
Mangsa-mangsa yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga, sedang dalam perjalanan dari Lebuhraya SMART menuju Jalan Perkasa, dalam kejadian kira-kira pukul 12.42 pagi apabila seorang saksi berkata kereta Nissan Skyline biru mereka hilang kawalan dan merempuh tiang konkrit.
Kereta itu meletup ketika bertembung dan terseret beberapa meter sebelum berhenti sepenuhnya.
Berikut adalah rakaman gambar-gambar kemalangan tersebut;
[Wow] - Berita Tempatan

Keempat suspek itu menjual bunga untuk mengumpulkan wang bagi para ahli mafia yang kini menjalani hukuman di penjara . Bunga poinsettia merah merupakan hadiah Krismas tradisional di Itali , biasanya dijual dengan harga 3 euro - 4 euro .
Keempat orang itu merupakan ahli klan Mazzarella dari Camorra , yang merupakan organisasi mafia dari Napoli . Mangsa mereka adalah para pemilik kedai di pusat membeli-belah di bandar Napoli .
Masa menjelang Krismas seperti ini biasanya menjadi kesempatan bagi mafia untuk " menuai rezeki " , terutama dari wang perlindungan di pelbagai kedai . Namun , dengan kemelesetan ekonomi yang tengah menghentam Itali , mafia juga kesulitan mendapatkan pendapatan kerana banyak tempat perniagaan yang gulung tikar .
Sumber: tribunnews.com
Global

Tiada glamour shot Nora Danish kami paparkan hari ini kerana mengangkat kotak barang bantuan mangsa banjir lebih baik. Bukan’nya selalu dapat kita lihat wanita anggun seperti Nora Daniah buat kerja rakyat marhaen.
Dalam temubual terbaru bersama Kosmo!, Nora Danish menjawab gossip yang mengatakan hubungan beliau dan Nedim Nazri tidak mendapat restu bapa kepada lelaki tersebut yang juga merupakan seorang menteri.
Nora Danish berkata yang beliau sanggup untuk putuskan hubungan cintanya bersama Nedim Nazri jika tidak mendapat restu daripada kedua dua belah keluarga.
“Sudah menjadi keutamaan bagi saya untuk mendahulukan pendapat yang datang daripada ahli keluarga. Jika saya tidak mendapat restu daripada bapanya, tidak mustahil untuk saya memutuskan hubungan kami”
“Tetapi, selama berkawan dengan Nedim, dia tidak pernah memberitahu saya apa-apa mengenai perkara itu. Saya juga pernah berjumpa dengan ibu dan bapanya. Mereka sungguh merendah diri dan begitu baik terhadap saya,” jelas Nora Danish.
Pelakon ini turut berkata yang beliau dan Nedim tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga setakat ini dan jika ditakdirkan mereka bakal berkahwin, Nora Danish akan membuat pengumuman melalui satu sidang media.
Hiburan

Apa yang ada di benak anda apabila mendengar kata paparazzi ? Mungkin
profesion ini sangat dibenci oleh para selebriti kerana berjaya
mengabadikan saat-saat tak terduga .
Namun jika anda melihat sosok paparazzi bernama Logan Fazio mungkin anda akan berfikir dia adalah seorang selebriti kerana badannya yang aduhai dan mukannya berparas cantik .
Bahkan kerana cantiknya, Logan, kini juga menjadi sasaran petikan para paparazzi lain saat dirinya sedang memfoto selebriti .
Terkini , bukti Logan menjadi sasaran tembak paparazzi lain saat foto dirinya sedang berjalan bersama penyanyi Lenny Kravitz . Foto itu pun dimuat naik oleh Logan di akaun facebooknya , Logan Fazio .
Logan yang berpusat di Miami sering diajak bergambar bersama selebriti . Salah satu contoh , saat dirinya mendapat pelukan hangat dari Kanye West dan berjalan bersama dengan Kim Kardashian .
Salah satu media di Britain, Dailystar , mengangkat dirinya menjadi berita mengenai paparazzi cantik.
Namun jika anda melihat sosok paparazzi bernama Logan Fazio mungkin anda akan berfikir dia adalah seorang selebriti kerana badannya yang aduhai dan mukannya berparas cantik .
Bahkan kerana cantiknya, Logan, kini juga menjadi sasaran petikan para paparazzi lain saat dirinya sedang memfoto selebriti .
Terkini , bukti Logan menjadi sasaran tembak paparazzi lain saat foto dirinya sedang berjalan bersama penyanyi Lenny Kravitz . Foto itu pun dimuat naik oleh Logan di akaun facebooknya , Logan Fazio .
Logan yang berpusat di Miami sering diajak bergambar bersama selebriti . Salah satu contoh , saat dirinya mendapat pelukan hangat dari Kanye West dan berjalan bersama dengan Kim Kardashian .
Salah satu media di Britain, Dailystar , mengangkat dirinya menjadi berita mengenai paparazzi cantik.




Sakit Mata

BUKAN sahaja untuk berjaya dalam hidup kita perlukan ilmu, sebaliknya
hendak menyuarakan rasa tidak puas hati atau protes juga memerlukan
ilmu supaya diri sendiri tidak malu.
Di hadapan pusat membeli-belah Sogo, beberapa orang dipercayai
melakukan protes ekoran beberapa pengumuman kenaikan harga barangan dan
perkhidmatan diumumkan kerajaan.
Seorang daripada lelaki yang memegang sebuah kadbod yang merungut
berkenaan kenaikan kos sara hidup, tetapi dia tersalah kiraan antara
gaji dan beban kos yang terpaksa dibayarnya.
Dalam kadbodnya tertulis, gaji yang diterimanya ialah RM1500.
Kemudian beliau menambah beberapa bayaran kos sara hidup iaitu RM100
(Bil Elektrik) + RM400 (Kereta) + RM150 (Mungkin rokok agaknya) + RM300
(Makan Minum) + RM400 (Rumah) dan diletakkan jumlah keseluruhan RM1900…
Padahal kiraan sebenarnya ialah RM1350 dengan baki RM150 lagi.
Bagaimana dia boleh letakkan pada kadbod bantahannya iaitu RM1900??
Gambar dipetik daripada laman Facebook seorang rakan blogger.
Foto ini menerima banyak komen daripada rakan-rakannya dan ada satu
komen mengatakan bahawa lelaki yang memegang kadbod ini sebagai kacak
tanpa melihat tulisan yang tertera pada kadbodnya.
Lihatlah bagaimana, di Facebook, orang selalunya melihat sesuatu status
atau gambar dengan sikap serius sebaliknya lain pula yang diperhatikan. –
Isu Panas

Pantai Alang di Teluk Khambat di India adalah satu lokasi yang unik untuk industri perkapalan dunia.
Ia adalah destinasi di mana kapal-kapal laut dihantar untuk ‘mati’
atau dalam erti kata lain, merupakan tempat terletaknya industri
terbesar dunia untuk melupuskan kapal laut usang.
Kawasan pantai itu setakat ini menjadi tapak pelupusan untuk lebih
daripada 300 jenis buah kapal seperti kapal mengangkut kapal terbang,
kapal layar, kapal kargo dan kapal mengangkut minyak.
Industri pelupusan kapal di Teluk Khambat itu sudah pun beroperasi lebih 50 tahun.
Pada 2010, ketika ekonomi dunia mengalami kejatuhan, industri
pelupusan di pantai Alang mendapat keuntungan besar kerana banyak
syarikat perkapalan terpaksa melupuskan kapal milik mereka akibat
kelemahan daya perniagaan.
Di sina,terdapat 40,000 orang pekerja di 125 tapak pelupusan kapal yang terletak di sepanjang persisiran pantai Alang.
Para pekerja menggunakan peralatan paling asas untuk melupuskan kapal
dan mereka boleh melupuskan sebuah kapal besar dalam masa hanya
seminggu.
Biarpun industri melupuskan kapal mengaut keuntungan besar, para
pekerja bagaimanapun hanya dibayar kira-kira RM9.70 sahaja sehari.
Lokasi pelupusan kapal ini juga merupakan antara kawasan paling
berbahaya di dunia kerana tahap pencemaran dan tahap keselamatannya yang
terlalu rendah.
Kerajaan India kini dalam usaha untuk memodenkan sistem pelupusan
kapal di pantai Alang dengan bantuan satu konsortium dari Jepun.
Sekurang-kurangnya nyawa pekerja di Alang akan menjadi lebih selamat dan mengurangkan tahap pencemaran akibat industri itu.
Pelbagai

PUTRAJAYA – Seorang tukang cat didenda RM5,000 oleh Mahkamah
Majistret di sini kerana menggunakan kad pengenalan palsu semasa
mendaftar sebagai saksi untuk satu upacara perkahwinan bagi satu
pasangan imigran.
Ong Kok Keong, 46, yang merupakan rakyat tempatan ditahan ketika dia
cuba untuk mendaftar sebagai saksi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Dia dituduh kerana menggunakan kad pengenalan yang didaftarkan atas nama Lai Kar Ching.
Ong mengaku melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 25(1)(e)
Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) di cawangan
penguatkuasaan dan penyiasatan jabatan itu pada pukul 12.45 tengah hari
pada 16 Disember dan mengaku bersalah di mahkamah.
Ong, yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman denda kepadanya dan bukan hukuman penjara.
Dia berhadapan dengan denda maksimum RM20,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
“Tolonglah denda saya, saya tidak mahu masuk penjara. Saya bekerja
sebagai tukang cat dengan upah RM100 sehari. Saya ada ibu dan isteri
untuk saya tanggung,” katanya pada Selasa.
Pegawai pendakwa bagi jabatan itu, Sulaiman Ghamat berkata, isu kad
pengenalan palsu merupakan perkara melibatkan kepentingan rakyat dan
memohon mahkamah memutuskan hukuman sebagai pengajaran.
Majistret Nur Dahlia Azmi meluluskan hukuman dan mengarahkan Ong
dikenakan hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal membayar denda.
[Wow] - Berita Tempatan

SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul
Abidin hari ini menegaskan kejadian turun salji di Mesir bukanlah satu
petanda kiamat.
Menurutnya, ada pihak mendakwa bahawa turunnya salji di Mesir sebagai
satu tanda Kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan
lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda: ”
” Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai”.
“…sebenarnya perkataan ‘Tanah Arab’ itu lebih merujuk kepada
Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan
Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika.
“Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat.
“Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai
bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab
(Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan
banyak sungai maka itu itu tanda kiamat.. oleh itu hati-hati dalam
memberi maksud hadis,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.
Baru-baru ini, Mesir sebuah negara yang beriklim panas, dituruni salji buat kali pertama dalam 112 tahun.
[Wow] - Informasi
Kesilapan dan ketinggalan (E&O), yang cenderung berlaku di dalam pengumpulan perangkaan import dan eksport Malaysia kerana ekonominya yang sangat terbuka, tidak seharusnya dianggap sebagai aliran keluar kewangan haram yang besar.
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Marzunisham Omar, sehubungan itu
berkata, tidak adil bagi sesetengah pihak untuk melabelkan Malaysia antara
negara paling banyak mengamalkan rasuah di dunia.
Beliau berkata E&O dan imbangan pembayaran, khususnya, berpurata pada dua peratus daripada jumlah dagangan, jauh lebih rendah daripada tanda aras sebanyak lima peratus yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
“Ia juga jauh lebih rendah berbanding E&O AS iaitu tujuh peratus,” kata beliau dalam persidangan akhbar di sini.
Aliran keluar modal haram yang jatuh di bawah kategori transaksi tidak direkodkan ialah antara sebab kepada ketinggalan, manakala yang lain pula ialah saiz sampel tidak lengkap dan penyeludupan barang.
BNM semalam menyatakan laporan terkini oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan asing telah membangkitkan isu aliran keluar kewangan haram yang besar dari negara-negara sedang membangun. Bank pusat berkata laporan itu telah memperakui bahawa penggunaan hab eksport semula (re-export hubs) menyebabkan anggaran manipulasi penetapan harga dagangan (trade mispricing) terlebih catat.
Bagaimanapun, BNM menambah anggaran yang tidak memasukkan eksport semula melalui Hong Kong (the “Hong Kong” effect) adalah tidak signifikan bagi Malaysia kerana perdagangan Malaysia dengan Singapura untuk eksport semula adalah lebih daripada tiga kali saiz perdagangan Malaysia dengan Hong Kong. Jika eksport semula melalui Singapura ke 10 rakan perdagangan Malaysia yang utama dimasukkan, ini akan mengurangkan trade mispricing Malaysia kira-kira 70 peratus,” kata BNM.
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)







Recent Comments