Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



SHAH ALAM: Pelakon Rozita Che Wan tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam di sini, malam Selasa.
Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 40, memasuki dewan kira-kira pukul 9 sambil menggayakan kebaya moden berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya aktor Zain Saidin, 29.
Pelakon drama Kiah Pekasam itu menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta.
Duduk di atas pelamin yang dihiasi bunga putih, Rozita dan Zain turut memakai inai tajaan My Beautiful Henna.
Selepas selesai majlis berinai, pasangan tersebut menukar persalinan kedua dari rona putih rekaan Bianco Mimosa.
Pada sesi kedua itu Rozita turut menggayakan set berlian merangkumi sebentuk tiara, cokar mutiara kuning dan berlian, dua bentuk cincin berlian kuning, sepasang anting-anting labuh serta dua pasang rantai tangan berlian lebar bernilai RM5 juta.
Seramai 200 orang tetamu hadir yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, media dan rakan-rakan artis antaranya Datuk Aznil Nawawi, Ayu Raudhah, Sharifah Shahora dan Mazlan Pet Pet.
Sementara itu, anak sulung kepada Rozita, Ammar Effendy, 17, gembira ibunya bakal mengakhiri zaman jandanya dan berharap kebahagiaan tersebut kekal ke akhir hayat.
"Tiada apa yang lebih penting dari melihat ibu gembira dan Uncle Zain juga saya lihat seorang yang bertanggungjawab dan baik hati," katanya.
Pasangan itu akan dinikahkan pada malam Rabu di Pusat Konvensyen Setia City di sini selepas solat Maghrib.

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla berkata tuduhan kononnya dia bersikap kurang sopan apabila bercumbuan dengan individu bernama Hans di sebuah kafe hotel terkemuka telah mencalarkan hati keluarganya.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata, walaupun ibu dan ayahnya tidak menunjukkan perasaan sedih di depannya, namun dia tahu gosip tersebut pasti membuatkan kedua-dua mereka berasa sedih.
"Ibu dan ayah mana yang tidak sedih apabila anak mereka digosipkan dengan perkara-perkara memalukan?
"Sudahlah sebelum ini ada berita kononnya saya ditangkap khalwat. Sekarang pula, saya dikatakan bercumbuan di khalayak ramai.
"Walaupun mak dan ayah tahu cerita sebenar, tetapi mereka terpaksa berdepan pelbagai persoalan daripada rakan-rakan dan saudara. Mujurlah mereka faham dan percayakan saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Tasha bersama lelaki yang dikatakan kekasihnya.
Pada 4 Disember lalu, sebuah akhbar melaporkan Tasha bercumbuan dengan Hans di sebuah kafe hotel terkemuka.
Bagaimanapun Tasha menafikan sekeras-kerasnya perkara itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal apabila melakukannya di tempat awam lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis rasmi.
Sementara itu, pelakon yang popular menerusi drama Cinta Bertamu Di Abu Dhabi ini menyifatkan sikapnya yang mudah mesra dan tidak melenting membuatkan ada segelintir pihak sengaja mengambil kesempatan mengada-adakan cerita buruk mengenainya.
"Saya seorang yang tidak mudah melenting dengan apa-apa isu yang timbul. Tetapi janganlah 'provoke' saya dengan cerita-cerita rekaan sendiri. Kalau nak cakap isu ini telah mencalarkan nama saya, rasanya gosip sebelum ini lagi teruk.
"Tapi sampai bila gosip-gosip buruk sebegini mahu berterusan? Selagi saya boleh tahan, saya tahan. Tetapi bagaimana dengan mak dan ayah? Jangan sampai saya terpaksa mengehadkan kemesraan saya bersama orang sekeliling saya," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Tasha bakal sibuk dengan penggambaran drama Dinginnya Sahara bersama aktor Afiq Muiz di Bandung, Indonesia pada pertengahan bulan ini.
Manakala pada tahun depan, Tasha akan bergandingan bersama Nazim Othman menerusi drama Gerimis Salju, di mana penggambarannya akan dijalankan di Korea Selatan.
"Alhamdulillah, setakat ini gosip-gosip buruk tidak pernah menjejaskan kerjaya saya.
"Saya percaya apabila mempunyai disiplin dalam kerja, kita akan mendapat kepercayaan daripada penerbit," ujarnya yang juga terlibat dengan klip video kumpulan baharu iaitu Bendang.

Oleh Kerana pasangan ini mengehadkan penglibatan media seperti kami dalam perjalanan hari hari bahagia mereka, gambar awal yang boleh anda tatap mungkin tidak memuaskan hati namun raut wajah bahagia Rozita Che Wan & Zain Saidin masih boleh di’lihat.
Malam ini telah berlangsungnya majlis berinai buat pasangan Zain Saidin & Rozita Che Wan yang mengambil tempat di Ndah Mahligai, Shah Alam bermula sekitar 8.00 malam tadi. Itu sahaja maklumat yang kami ada setakat ini.
Kami kongsikan beberapa keping gambar di bawah di media sosial dan rata rata peminat keliru dengan persalinan yang dikenakan Zain Saidin & Rozita Che Wan kerana begitu gah seolah olah mereka sudah bernikah dan ketika ini sedang bersanding.
Sesuai rasanya persalinan mereka dengan status majlis perkahwinan bernilai RM13 juta bukan?
CP: DISINI






TARIKH 11 Disember (esok), akan menjadi saksi penyatuan dua hati antara dua selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Pasangan yang sudah empat tahun menjalinkan hubungan cinta ini dijangka diijabkabulkan di Gazebo Setia City Convention Centre, Setia Alam sekitar jam 7.30 malam.

Biarpun perkahwinan bersama Zain ini merupakan perkahwinan keduanya, Rozita atau mesra di sapa Che Ta mengakui debaran perkahwinan kedua ini lebih terasa.

Katanya, semua persiapan tela dilakukan dan dia hanya menanti majlis berinai yang akan diadakan di Ndah Mahligai Shah Alam pada jam 8 malam ini.

"Sejujurnya saya sangat berdebar, berbanding perkahwinan sebelum ini. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar esok (hari ini).

"Alhamdulillah hari ini (semalam), saya hanya berehat-rehat di Ascott Kuala Lumpur yang menaja lokasi penginapan (complimentary) buat saya selama 7 hari 6 malam.

"Memang rasa teruja sebaik mendaftar masuk tadi, apabila setiap sudut bilik dihiaskan dengan bunga kegemaran saya iaitu lily dan turut ada gambar saya dan Zain," katanya kepada Zass.

Che Ta berkata, ke semua ahli keluarganya sudah berada di Kuala Lumpur dan mereka akan berkumpul di Ascott pagi esok sebelum ke majlis berinai.

Tak ambil hati

Sementara itu, dalam kemeriahan dan debaran perkahwinan Che Ta dan Zain, majlis pasangan ini turut di cemuh dan ada sesetengah pihak menganggap kedua-dua selebriti ini cuba menunjuk-nunjuk persiapan perkahwinan mereka yang mendapat tajaan sebanyak RM13 juta.

Bagaimanapun ujar Che Ta, dia dan Zain tidak mengambil hati dengan kata-kata orang lain dan menganggap ia adalah rezeki mereka.

"Soal tajaan itu, pada saya, masing-masing ada pandang. Tapi pada saya, saya sangat berterima kasih pada penaja yang sudi menaja majlis perkahwinan kami dari baju, katering, lokasi, spa dan sebagainya.

"Saya tidak ambil hati dengan apa yang orang hendak katakan," katanya yang akan kembali bekerja selepas pulang dari bulan madu, " katanya.

Sumber sinar

Bagi sebahagian besar , membincangkan tentang zakar adalah hal yang sangat sensitif sehingga kebanyakan dari lelaki mengelakkan perbincangan ini . Padahal sebenarnya ada begitu banyak fakta menarik tentang zakar yang boleh diungkap .

Berikut adalah fakta menarik tentang zakar seperti dilansir dari healthmeup.com .

  •     Saiz rata - rata zakar yang sedang tidak berereksi adalah 3,5-3,9 inci atau sekitar 8-9 cm
  •     Sedangkan saat terangsang , saiz rata - rata zakar menjadi 14.7 cm
  •     Sebahagian besar lelaki mempunyai nama panggilan khas untuk zakar mereka
  •     Untuk mendapatkan seks yang hebat , sudut penetrasi zakar haruslah 106,8 darjah
  •     Walaupun bersaiz kecil , zakar masih mempunyai kemampuan untuk menyentuh setiap sudut faraj
  •     Saiz zakar boleh menyusut akibat kebiasaan merokok . Merokok akan mengganggu aliran darah yang diperlukan untuk ereksi
  •     Orgasme lelaki hanya berlangsung selama 6 saat , sedangkan orgasme wanita berlangsung selama 23 saat
  •     Menurut sebuah kajian , rata - rata lelaki berkulit hitam mempunyai zakar lebih besar daripada lelaki kulit putih
  •     Penyakit yang menyerang kelenjar prostat boleh menyebabkan mati pucuk dan ejakulasi pra-matang
  •     Kurang daripada 5,000 lelaki di dunia ini mempunyai zakar yang lebih panjang dari 27 cm
  •     Rata - rata lelaki mengalami 11 kali ereksi setiap hari , 9 ereksi rata - rata berlaku ketika sedang tidur
  •     Menurut thoughtcatalogue.com , suku Australia Walibri menyapa dengan saling menggoyangkan zakar satu sama lain
  •     Tahukah anda bahawa sekurang-kurangnya 100 orang di dunia ini lahir dengan keadaan kesihatan yang disebut dengan diphallus atau mempunyai 2 zakar
  •     Gajah jantan dewasa mempunyai zakar dengan saiz rata - rata 6 kaki
  •     Zakar berhenti membesar ketika seorang lelaki berusia di awal 20 - an

Alat kelamin lelaki ini ternyata mempunyai begitu banyak fakta yang menarik . Namun selain hal tersebut , bagi anda para lelaki menjaga kesihatan zakar merupakan perkara yang terpenting .
Rasa bagus dia kurangkan satu lagi iaitu yang hitam tu. Macam ni pun dia seolah-olah seperti jalan berbogel hanya memakai G-string dan coli. Macam-macam hal sungguhlah. 





Esok Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri bakal dinikahkan di Istana Negara lama. Hari ini dan semalam, bakal pengantin baru ini telah pun mengadakan majlis bersiram, berinai dan khatam Al Quran bersempena perkahwinan mereka. Memang nampak meriah sekali. Lebih-lebih lagi majlis bersiram yang mengikut adat Jawa.
nina ismail sabri
Mesti sejuk Nina kena siram dengan air. Hehehe. Abang Nara yakin Jovian dan Nina sudah tidak sabar lagi untuk menunggu ketibaan hari esok. Semoga segala persiapan telah pun siap dan mengikut apa yang dirancang. Tak sabar Abang Nara nak menunggu detik istimewa mereka berdua.
nina ismail sabri
Beberapa lagi gambar sekitar majlis berinai, bersiram dan khatam Al Quran Jovian dan Nina dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram JovianInstagram Nina dan Instagram Min PrettyPeektures.
nina ismail sabri
nina ismail sabri
nina ismail sabri
nina ismail sabri
nina ismail sabri
nina ismail sabri
nina ismail sabri
nina ismail sabri
nina ismail sabri
nina ismail sabri
nina ismail sabri
nina ismail sabri

Seorang nenek telah melihat penipuan seorang pengemis yang berlakon sebagai orang cacat.  Seperti yang sedia maklum, taraf kehidupan di China amatlah tinggi, mungkin cara mengemis adalah cara cepat untuk mengaut keuntungan! Cuba anda lihat betapa keuntungan yang diperolehinya. 





Kali terakhir rusuhan berlaku di Singapura ialah lebih 40 tahun yang lalu. Rekod bersih ini terhapus semalam apabila berlaku rusuhan yang melibatkan 400 orang pekerja asing dari India. Kejadian berlaku di Race Course Road dan dikatakan berlaku akibat sebuah kemalangan yang mengakibatkan seorang pekerja asing maut selepas digilis sebuah bas. Terdapat laporan yang mengatakan pekerja asing yang tinggal di sekitar kawasan kemalangan berang dengan kelewatan ketibaan ambulan ke tempat kejadian. Akibatnya 5 kenderaan yang terdiri dari sebuah ambulan, 3 kereta polis, dan sebuah motosikal musnah dibakar oleh perusuh. Sebanyak18 orang tercedera dalam rusuhan ini termasuk 10 orang anggota Polis. Dari 400 pekerja asing yang merusuh 27 ditangkap di tempat kejadian dan ramai lagi akan ditahan selepas siasatan dijalankan. 

Rusuhan ini menimbulkan kemarahan warga Singapura yang mengatakan polis lambat bertindak terhadap warga asing tetapi lebih pantas bertindak terhadap warga Singapura yang melakukan protes terhadap pihak pemerintah. Rusuhan juga dikatakan ada kena mengena dengan layanan kurang hajar yang sering dihadapi pekerja migran. Kemarahan mereka mungkin tidak dapat dibentung lagi apabila mereka merasakan teman mereka yang digilis lambat menerima bantuan dari hospital. 



Laporan asal Today