Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Jiangsu – Tertekan selepas terpaksa menemani teman wanitanya membeli-belah selama berjam-jam, seorang lelaki mengambil tindakan nekad dengan terjun daripada tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah.
Tindakan Tao Hsiao itu nyata menyebabkan pengunjung di situ panik dan berkeliaran lari.
Kejadian itu berlaku selepas Tao yang sudah lima jam menemani teman wanitanya membeli belah, telah letih dan mahu pulang.
Namun teman wanitanya enggan pulang dan mahu terus membeli barang.
Keadaan ini menyebabkan mereka bertekak dan saksi di situ mendengar Tao memarahi teman wanitanya.
“Kau dah ada banyak kasut, cukup banyak dan boleh dipakai seumur hidup.
Tidak ada gunanya untuk kau beli lagi kasut banyak-banyak,’’ itu bunyi jeritan Tao kepada teman wanitanya.
Namun wanita itu kemudian menuduh Tao sebagai kedekut dan cuba merosakkan perayaan Hari Krismas.
Pertengkaran antara mereka berakhir apabila Tao membuang beg ke lantai dan terjun daripada balkoni tingkat tujuh, sebelum terhempas ke atas perhiasan pokok krismas dan jatuh di tingkat bawah.
Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian bagaimanapun gagal menyelamatkan lelaki itu yang meninggal dunia serta merta.
“Ia merupakan satu kemalangan tragis, namun tahun ini merupakan tahun yang menyebabkan ramai orang tertekan,’’ kata jurucakap pusat beli belah itu.
Isu Panas

Nashville: Sepasang suami isteri yang memesan makanan segera melalui
kaunter pandu lalu mendapat lebih daripada apa yang diingini - satu beg
berisi wang.
Menurut media wang bernilai ribuan dolar itu disiapkan untuk dihantar
ke bank tetapi diletakkan dalam beg kertas yang digunakan untuk
pelanggan berhampiran kaunter pesanan pagi semalam.
Seorang
petugas secara tidak sengaja menyerahkan beg berkenaan kepada pasangan
Greg dan Stacye Terry yang membuat pesanan sarapan.
Namun petugas itu menyedari kesilapan berkenaan sejurus kemudian
dan mengikut pasangan terbabit ke rumah mereka yang terletak tidak jauh
dari situ.
Sementara itu Stacye berkata, suaminya terkejut apabila membuka beg kertas berkenaan dan mendapati ia dipenuhi wang.
“Saya terfikir untuk melarikan wang itu tetapi menyedari ia tidak wajar,” katanya.
Pasangan itu kemudian mengambil gambar wang berkenaan sebelum menyerahkannya kembali kepada pekerja restoran terbabit.
- AP
Global
Philadelphia: Keluarga anggota Tentera Marin AS yang membunuh diri
di Greece mendakwa dia ditanam tanpa jantung selepas kerajaan negara itu
melakukan autop-
si haram dan tidak memulangkan organ berkenaan.
Sarjan Brian LaLoup sedang berkhidmat di Kedutaan AS di Athens apabila dia menembak diri sendiri pada malam 12 Ogos 2012.
Pemuda berasal dari Coatesville itu menghadiri parti apabila mengaku mahu membunuh diri kepada seorang rakannya.
Menurut dokumen mahkamah, LaLoup, 22, merungut apabila merasai tiada sesiapa menyayangi dirinya.
Menurut dokumen mahkamah, LaLoup, 22, merungut apabila merasai tiada sesiapa menyayangi dirinya.
Dia kemudian menembak mukanya sendiri.
Saman dikemukakan keluarga LaLoup mendakwa dia tidak dibawa ke hospital untuk dirawat sebaliknya diajak terus minum.
Pada petangnya LaLoup pergi ke sebuah bilik di dalam bangunan kedutaan yang menjadi tempat simpanan senjatanya sebelum membunuh diri.
Ketika kejadian LaLoup didakwa mabuk dan tertekan.
Warisnya percaya mayat LaLoup dibiar tanpa kawalan dan ada pihak tertentu menjalankan pembedahan haram bagi mengeluarkan jantungnya.
Apabila mayat LaLoup diterbangkan ke AS, autopsi kedua dijalankan dan barulah kehilangan jantung tentera terbabit dikesan.
Namun keluarga LaLoup tidak diberitahu sehinggalah dia selamat dikebumikan.
Apabila aduan dibuat kerajaan Greece memulangkan jantung berkenaan ke AS tetapi ujian DNA mendapati organ itu bukan milik LaLoup.
Justeru waris LaLoup mengemukakan saman dan menuntut pampasan bernilai kira-kira RM394,000. - Agensi
Global

Selain Rozita Che Wan & Zain Saidin yang akan bernikah dan menjadi perhatian ramai Rabu ini, pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie juga akan menempuh hari bahagia beliau bersama Nina Ismail Sabri di Muzium Diraja Istana Negara Lama, KL.
Pastinya gambar pra perkahwinan sesuatu yang perlu buat pasangan moden demi abadikan saat saat akhir sebelum menempuh alam perkahwinan dan pasangan Jovian Mandagie & Nina tidak terkecuali. Lebih istimewa, gambar pra perkahwinan mereka diambil di bumi Eropah.
Diabadikan oleh pasukan jurugambar dari Pretty Peektures, kami secara peribadi suka akan gambar yang diambil lebih lebih lagi dengan latar belakang Eropah yang mempunyai ciri romantis tersendiri. Lagi gambar untuk tatapan anda selepas ini, enjoice!








Hiburan

Baru sahaja rasanya gambar mesra Cristina Suzanne bersama lelaki yang didakwa tunang beliau tersebar di internet, ada pula satu cerita timbul mengatakan pemenang Pelakon Filem Wanita Terbaik (ASK 2013) ini sudah kembali solo — putus tunang senang cerita.
Wartawan Melodi, Zuan Azmi mengajukan soalan berkenaan khabar angin itu kepada Cristina Suzanne di Anugerah Skrin 2013 yang lalu dan pelakon ini tidak menafikan perkara itu tetapi tidak pula mengiyakan sebaliknya mahu terus bercakap tentang kemenangannya.
“Itu Cris tak boleh cakap apa apa — kita menang (anugerah) ni, kita cerita tentang kerja — kalau ada jodoh kahwin — itu tak boleh cakap, rahsia,” ujar Cristian Suzanne yang seakan berdolak dalik apabila diajukan soalan berkali kali.
Tonton video penuh di’atas yang kami kerat dari episod penuh Melodi di Tonton.com.my untuk melihat reaksi Cristina Suzanne apabila digasak dengan soal putus tunang ini.
Hiburan

Qi Razali, mengesahkan konflik yang melibatkan dia dan pelakon
Sharnaaz Ahmad yang 'tercetus' minggu lalu hanyalah salah faham dan ia
sudah pun selesai.
"Ia cuma salah faham dan saya cepat memberi tindak balas selepas
melihat gambar-gambar tersebut. Saya salah tetapi biasalah kalau sudah
sayang mesti ada rasa cemburu. Perkara macam ini tidak pernah terjadi
sebelum ini. Terus terang saya cakap semua sudah selesai", katanya
seperti yang dilaporkan Kosmo! hari ini.
Tambah Qi lagi dia bukan lah seorang yang mudah cemburu tetapi cuma terkejut sedikit.
Pelakon Friday I'm in Love ini juga
memberitahu hubungan dan dengan kekasihnya (Nelydia) sekarang seperti
biasa malah mereka sedang merancang untuk masa depan
Ditanya samada Qi sudah tengok gambar
terbaharu di IG Sharnaaz yang dia mendukung Nelydia, Qi berkata dia
sudah melihat gambar tersebut dan tidak merasakan ia satu provokasi
daripada Sharnaaz.
"Saya tidak rasa macam itu. Semua itukan
berlakon. Saya juga pernah singgah ke set penggambaran drama itu dan
berjumpa dengan semua. Semua pelakon seperti kawan", katanya.
[Wow] - Kisah Artis
KUALA LUMPUR: Lelaki
berusia 33 tahun yang meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan
raya di Little India semalam, telah dikenal pasti sebagai Sakthivel
Kumaravelu.
Menurut laporan The Straits Times,
lelaki warganegara India itu merupakan pekerja pembinaan di sebuah
syarikat bernama Heng Hup Soon.
Perkara itu disahkan oleh seorang lelaki yang mengecam mayat Sakthivel di bilik mayat Hospital Besar Singapura (SGH).
Lelaki itu berkata keluarga Sakhtivel belum diberitahu mengenai kejadian malang itu.
Kemalangan itu mencetuskan rusuhan di kawasan Little India dimana kenderaan polis dibakar oleh ratusan pekerja warga asing.
Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia
Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan
selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah.
- Astro Awani (T K Letchumy Tamboo)
[Wow] - Berita Tempatan
KULIM: Pengerusi
Persatuan Pengguna Kulim, Mohd Zailan Hashim meminta orang ramai supaya
jangan tertipu dengan kemiskinan dialami pengemis di beberapa lokasi
terutama di pasar malam.
Menurutnya, dia telah mengesan seorang
lelaki berusia 50-an yang tinggal di sebuah kampung di sini menjadikan
kerjaya mengemis untuk memperoleh wang.
Katanya, pembabitan lelaki ini terbongkar apabila kebanyakan penduduk di kampung bercerita mengenai aktiviti dilakukannya.
“Selepas mendapat maklumat, saya ke
Pasar Awam Kulim untuk menyaksikan penipuan yang dilakukan individu
terlibat. Kami kemudiannya mengekori pengemis itu sebaik sahaja selesai
menjalankan tugasnya.
"Dia berjalan ke belakang bangunan yang
berdekatan dan balik ke rumah dengan menunggang motosikal jenis Honda
EX5. Selain pasar awam, saya turut menemui lelaki ini di pasar malam,”
katanya.
Menurutnya, pengemis tidak seharusnya
mengambil kesempatan di atas kebaikan penduduk Kulim yang sedia
memberikan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesusahan.
“Saya meminta agensi kerajaan terlibat supaya memantau masalah ini dari terus merebak kepada golongan muda.
"Cuba kita bayangkan setiap pagi seorang
pengemis mampu memperoleh RM30 setiap hari, maka pendapatannya lebih
kurang RM900 sebulan dan ini meletakkan dia pada golongan bukan
berpendapatan rendah atau miskin," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pekida Labu
Besar, Ahmad Nordin Ismail berkata, masyarakat Kulim sedia membantu
siapa sahaja dalam kesusahan terutama pengemis yang selalu mengunjungi
kedai makan pada waktu tengah hari.
Menurutnya, sesiapa sahaja akan berasa terpanggil apabila ternampak seorang pengemis berdiri dalam keadaan lapar.
"Bagaimanapun, sekiranya mereka ini
benar-benar hidup merempat, kita boleh memberikan bantuan dengan mengadu
masalah ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya mereka
dapat ditempatkan di rumah perlindungan.
“Setiap kali mendapat nasi bungkus
daripada orang ramai, mereka akan diberi makan nasi lauk ayam dan air
sirap. Apa yang mereka makan lebih mewah dari makanan yang mampu dibeli
seorang buruh,” katanya.
Pegawai JKM Daerah Kulim, Md Nor Mohamad
berkata, pengemis yang melakukan aktiviti mereka di khalayak ramai
boleh ditahan melalui peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
Katanya, pengemis boleh ditahan mengikut Seksyen 3(2) Akta Orang Papa 1977, dan mereka boleh ditahan selama sebulan.
“Sekiranya JKM mendapati individu
terlibat memang seorang pengemis dan tidak mempunyai saudara mara dan
berusia melebihi 60 tahun, JKM akan menempatkan mereka di Rumah Seri
Kenangan di Bedong, Kedah.
"Bagi mereka yang menipu atau melakukan
aktiviti ini sebagai satu kerjaya, JKM boleh menahan mereka di bawah
Seksyen 3(4). Sekiranya individu itu berusia di bawah 60 tahun, mereka
akan ditahan selama tiga tahun di mana-mana Rumah Seri Kenangan,”
katanya.
Menurutnya, JKM akan menjalankan operasi
bagi membanteras kegiatan pengemis di Kulim dan meminta orang ramai
yang mempunyai maklumat supaya dapat memaklumkan kepada pejabat JKM
Daerah Kulim dengan seberapa segera.
- Sinar Harian
[Wow] - Berita Tempatan

KUANTAN: Seorang lelaki
layak digelar binatang apabila bukan saja merompak mangsanya, malah
tergamak menodai wanita terbabit walaupun didatangi haid dalam kejadian
samun dan rogol di sebuah taman perumahan di Sungai Karang Jaya, dekat
sini.
Difahamkan, dalam kejadian pada jam 6.20
petang, 7 Disember lalu, mangsa berusia 25 tahun yang juga anak kepada
seorang anggota polis bertugas di Temerloh diikat kaki, tangan dan mulut
menggunakan kain serta pelekat sebelum rumahnya diselongkar dan
pakaiannya ditanggalkan suspek.
Kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di rumah seorang diri terdengar pintu diketuk sebelum membukanya.
Sumber berkata, mangsa yang menyangka
rakan serumahnya pulang terus membuka pintu, namun terkejut apabila
seorang lelaki memakai topi keledar dan menutup muka meluru ke arahnya.
Lelaki itu kemudian menolak dan memeluk mangsa dari belakang sambil
mengacukan pistol mainan bagi menakutkannya.
[Wow] - Jenayah
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin
melahirkan rasa sedih melihat mangsa-mangsa banjir di Kuantan, Pahang
ketika tampil menghulurkan bantuan di empat buah pusat pemindahan
banjir di negeri itu.
Siti, 34, berkata, kebanyakan daripada mereka masih belum dibenarkan
pulang ke rumah walaupun banjir mulai surut kerana cuaca yang tidak
menentu buat masa ini.
"Ada di antara mereka rumah berdekatan dengan sungai jadi mereka
masih belum boleh dibenarkan pulang kerana bimbang air akan naik semula.
"Sebagai manusia sudah tentu saya sedih melihat keadaan mereka namun
saya kagum dengan semangat mereka yang terus tabah mengharungi dugaan
ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Siti yang turut ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa
telah menyumbangkan 700 pek barangan makanan dan keperluan asas seperti
makanan dalam tin, beras, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi,
berus gigi dan syampu kepada mangsa di bencana alam berkenaan.
Sumbangan itu dilakukan dengan kerjasama Yayasan Nurjiwa dan syarikat kosmetik miliknya, SimplySiti.
Empat buah pusat penempatan mangsa banjir yang sempat dikunjungi
penyanyi itu adalah Sekolah Menengah Gudang Rasau, Sekolah Kebangsaan
Pandan, Balai Raya Bukit Kuin 1 dan Sekolah Kebangsaan Kampung Padang.
Dalam pada itu, Siti berkata, dia sempat meluangkan masa bersama
mangsa-mangsa yang terlibat selain mendengar luahan mereka tentang
kejadian yang menimpa.
"Mereka ada memberitahu bimbang tentang keadaan rumah yang
ditinggalkan selain berharap dapat pulang untuk meneruskan kehidupan
seperti biasa," ujarnya.
Sementara itu, Siti berkata, dia bersyukur kerana niat murninya untuk
membantu mereka yang terlibat berjalan lancar seperti dirancang.
"Alhamdulillah perancangan untuk membantu mangsa banjir terlaksana
dan berharap sumbangan kecil itu dapat meringankan beban mereka pada
waktu ini.
"Biarpun keadaan sudah beransur pulih namun ramai di antara mereka
yang masih belum dapat pulang ke rumah dan bantuan barangan asas amat
bermakna buat mereka," katanya.
Siti turut menyeru individu atau pun syarikat korporat terus
menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir supaya keadaan mereka
lebih selesa dan teratur.
Setakat pukul 9 pagi Isnin, seramai 33,952 mangsa banjir masih
berada di 141 pusat pemindahan di sembilan buah daerah yang terjejas
akibat banjir di Pahang.
Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 27,700 orang di 35 pusat pemindahan.
[Wow] - Kisah Artis

PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak berusia 30 bulan yang
mendesak ayahnya membawa dia menaiki 'banana boat' ketika bercuti di
Pantai Purnama dekat sini meninggal dunia akibat komplikasi selepas
lemas akibat terjatuh ke dalam laut dalam insiden berkenaan.
Keluarganya yang tinggal di Pasir Panjang dekat sini, datang untuk
berkelah di pantai popular berkenaan bersama-sama tiga anak mereka pada
tengah hari Ahad.
Kanak-kanak berkenaan, Nur Hannan Humairah Mohd Hafrisham, kemudiannya memujuk ayahnya agar membawa dia menaiki 'banana boat'.
Ayah mangsa, yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur, akhirnya
mengalah dan membawa kanak-kanak berkenaan bersama-sama tujuh yang lain
untuk bermain 'banana boat'.
Dia telah memberitahu kepada pengusaha bot berkenaan agar tidak membawa botnya terlalu laju.
Bagaimanapun, ketika pengusaha tersebut hendak berpatah balik ke
kawasan pantai, dia melakukan 'stunt' yang menyebabkan semua penumpang
di atas 'banana boat' terjatuh ke dalam air.
Kanak-kanak lelaki itu hampir lemas namun berjaya diselamatkan selepas diberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.
Mangsa terus dikejarkan ke Hospital Port Dickson.
Dia kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'far di Seremban.
Bagaimanapun, keadaan bertambah teruk dan mangsa meninggal dunia tengah malam Ahad.
[Wow] - Berita Tempatan
Gambar Asruf seorang anggota Tentera
Laut Diraja Malaysia TLDM dipercayai mati dibunuh tersebar. Foto mangsa
tersebar dilaman sosial berikutan keluarga mangsa tidak berpuas hati
apabila anak mereka dilaporkan mati akibat lemas ketika sedang menjalani
latihan. Berdasarkan keadaan fizikal mayat mangsa, timbul elemen yang
meragukan apabila terdapat kesan tumbukan dan tusukan rokok pada badan
dan wajah mangsa seolah-oleh didera. Untuk info, mangsa yang dikenali
sebagai Asruf merupakan seorang anggota TLDM dan berasal dari Tenom
Sabah.
Kini, foto jenazah mangsa telah dikongsikan oleh ratusan pengguna
dilaman sosial demi menuntut keadilan terhadap kematian mangsa yang
meragukan. Pihak keluarga mangsa juga percaya bahawa kematian tersebut
ada kaitan dengan unsur kes penderaan.
Gambar Anggota Tentera Laut TLDM Mati Dibunuh Tersebar
Sumber: Melvister.com
[Wow] - Jenayah
Subscribe to:
Posts (Atom)






Recent Comments