Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KULIM: Pengerusi
Persatuan Pengguna Kulim, Mohd Zailan Hashim meminta orang ramai supaya
jangan tertipu dengan kemiskinan dialami pengemis di beberapa lokasi
terutama di pasar malam.
Menurutnya, dia telah mengesan seorang
lelaki berusia 50-an yang tinggal di sebuah kampung di sini menjadikan
kerjaya mengemis untuk memperoleh wang.
Katanya, pembabitan lelaki ini terbongkar apabila kebanyakan penduduk di kampung bercerita mengenai aktiviti dilakukannya.
“Selepas mendapat maklumat, saya ke
Pasar Awam Kulim untuk menyaksikan penipuan yang dilakukan individu
terlibat. Kami kemudiannya mengekori pengemis itu sebaik sahaja selesai
menjalankan tugasnya.
"Dia berjalan ke belakang bangunan yang
berdekatan dan balik ke rumah dengan menunggang motosikal jenis Honda
EX5. Selain pasar awam, saya turut menemui lelaki ini di pasar malam,”
katanya.
Menurutnya, pengemis tidak seharusnya
mengambil kesempatan di atas kebaikan penduduk Kulim yang sedia
memberikan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesusahan.
“Saya meminta agensi kerajaan terlibat supaya memantau masalah ini dari terus merebak kepada golongan muda.
"Cuba kita bayangkan setiap pagi seorang
pengemis mampu memperoleh RM30 setiap hari, maka pendapatannya lebih
kurang RM900 sebulan dan ini meletakkan dia pada golongan bukan
berpendapatan rendah atau miskin," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pekida Labu
Besar, Ahmad Nordin Ismail berkata, masyarakat Kulim sedia membantu
siapa sahaja dalam kesusahan terutama pengemis yang selalu mengunjungi
kedai makan pada waktu tengah hari.
Menurutnya, sesiapa sahaja akan berasa terpanggil apabila ternampak seorang pengemis berdiri dalam keadaan lapar.
"Bagaimanapun, sekiranya mereka ini
benar-benar hidup merempat, kita boleh memberikan bantuan dengan mengadu
masalah ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya mereka
dapat ditempatkan di rumah perlindungan.
“Setiap kali mendapat nasi bungkus
daripada orang ramai, mereka akan diberi makan nasi lauk ayam dan air
sirap. Apa yang mereka makan lebih mewah dari makanan yang mampu dibeli
seorang buruh,” katanya.
Pegawai JKM Daerah Kulim, Md Nor Mohamad
berkata, pengemis yang melakukan aktiviti mereka di khalayak ramai
boleh ditahan melalui peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
Katanya, pengemis boleh ditahan mengikut Seksyen 3(2) Akta Orang Papa 1977, dan mereka boleh ditahan selama sebulan.
“Sekiranya JKM mendapati individu
terlibat memang seorang pengemis dan tidak mempunyai saudara mara dan
berusia melebihi 60 tahun, JKM akan menempatkan mereka di Rumah Seri
Kenangan di Bedong, Kedah.
"Bagi mereka yang menipu atau melakukan
aktiviti ini sebagai satu kerjaya, JKM boleh menahan mereka di bawah
Seksyen 3(4). Sekiranya individu itu berusia di bawah 60 tahun, mereka
akan ditahan selama tiga tahun di mana-mana Rumah Seri Kenangan,”
katanya.
Menurutnya, JKM akan menjalankan operasi
bagi membanteras kegiatan pengemis di Kulim dan meminta orang ramai
yang mempunyai maklumat supaya dapat memaklumkan kepada pejabat JKM
Daerah Kulim dengan seberapa segera.
- Sinar Harian
[Wow] - Berita Tempatan

KUANTAN: Seorang lelaki
layak digelar binatang apabila bukan saja merompak mangsanya, malah
tergamak menodai wanita terbabit walaupun didatangi haid dalam kejadian
samun dan rogol di sebuah taman perumahan di Sungai Karang Jaya, dekat
sini.
Difahamkan, dalam kejadian pada jam 6.20
petang, 7 Disember lalu, mangsa berusia 25 tahun yang juga anak kepada
seorang anggota polis bertugas di Temerloh diikat kaki, tangan dan mulut
menggunakan kain serta pelekat sebelum rumahnya diselongkar dan
pakaiannya ditanggalkan suspek.
Kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di rumah seorang diri terdengar pintu diketuk sebelum membukanya.
Sumber berkata, mangsa yang menyangka
rakan serumahnya pulang terus membuka pintu, namun terkejut apabila
seorang lelaki memakai topi keledar dan menutup muka meluru ke arahnya.
Lelaki itu kemudian menolak dan memeluk mangsa dari belakang sambil
mengacukan pistol mainan bagi menakutkannya.
[Wow] - Jenayah
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin
melahirkan rasa sedih melihat mangsa-mangsa banjir di Kuantan, Pahang
ketika tampil menghulurkan bantuan di empat buah pusat pemindahan
banjir di negeri itu.
Siti, 34, berkata, kebanyakan daripada mereka masih belum dibenarkan
pulang ke rumah walaupun banjir mulai surut kerana cuaca yang tidak
menentu buat masa ini.
"Ada di antara mereka rumah berdekatan dengan sungai jadi mereka
masih belum boleh dibenarkan pulang kerana bimbang air akan naik semula.
"Sebagai manusia sudah tentu saya sedih melihat keadaan mereka namun
saya kagum dengan semangat mereka yang terus tabah mengharungi dugaan
ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Siti yang turut ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa
telah menyumbangkan 700 pek barangan makanan dan keperluan asas seperti
makanan dalam tin, beras, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi,
berus gigi dan syampu kepada mangsa di bencana alam berkenaan.
Sumbangan itu dilakukan dengan kerjasama Yayasan Nurjiwa dan syarikat kosmetik miliknya, SimplySiti.
Empat buah pusat penempatan mangsa banjir yang sempat dikunjungi
penyanyi itu adalah Sekolah Menengah Gudang Rasau, Sekolah Kebangsaan
Pandan, Balai Raya Bukit Kuin 1 dan Sekolah Kebangsaan Kampung Padang.
Dalam pada itu, Siti berkata, dia sempat meluangkan masa bersama
mangsa-mangsa yang terlibat selain mendengar luahan mereka tentang
kejadian yang menimpa.
"Mereka ada memberitahu bimbang tentang keadaan rumah yang
ditinggalkan selain berharap dapat pulang untuk meneruskan kehidupan
seperti biasa," ujarnya.
Sementara itu, Siti berkata, dia bersyukur kerana niat murninya untuk
membantu mereka yang terlibat berjalan lancar seperti dirancang.
"Alhamdulillah perancangan untuk membantu mangsa banjir terlaksana
dan berharap sumbangan kecil itu dapat meringankan beban mereka pada
waktu ini.
"Biarpun keadaan sudah beransur pulih namun ramai di antara mereka
yang masih belum dapat pulang ke rumah dan bantuan barangan asas amat
bermakna buat mereka," katanya.
Siti turut menyeru individu atau pun syarikat korporat terus
menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir supaya keadaan mereka
lebih selesa dan teratur.
Setakat pukul 9 pagi Isnin, seramai 33,952 mangsa banjir masih
berada di 141 pusat pemindahan di sembilan buah daerah yang terjejas
akibat banjir di Pahang.
Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 27,700 orang di 35 pusat pemindahan.
[Wow] - Kisah Artis

PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak berusia 30 bulan yang
mendesak ayahnya membawa dia menaiki 'banana boat' ketika bercuti di
Pantai Purnama dekat sini meninggal dunia akibat komplikasi selepas
lemas akibat terjatuh ke dalam laut dalam insiden berkenaan.
Keluarganya yang tinggal di Pasir Panjang dekat sini, datang untuk
berkelah di pantai popular berkenaan bersama-sama tiga anak mereka pada
tengah hari Ahad.
Kanak-kanak berkenaan, Nur Hannan Humairah Mohd Hafrisham, kemudiannya memujuk ayahnya agar membawa dia menaiki 'banana boat'.
Ayah mangsa, yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur, akhirnya
mengalah dan membawa kanak-kanak berkenaan bersama-sama tujuh yang lain
untuk bermain 'banana boat'.
Dia telah memberitahu kepada pengusaha bot berkenaan agar tidak membawa botnya terlalu laju.
Bagaimanapun, ketika pengusaha tersebut hendak berpatah balik ke
kawasan pantai, dia melakukan 'stunt' yang menyebabkan semua penumpang
di atas 'banana boat' terjatuh ke dalam air.
Kanak-kanak lelaki itu hampir lemas namun berjaya diselamatkan selepas diberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.
Mangsa terus dikejarkan ke Hospital Port Dickson.
Dia kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'far di Seremban.
Bagaimanapun, keadaan bertambah teruk dan mangsa meninggal dunia tengah malam Ahad.
[Wow] - Berita Tempatan
Gambar Asruf seorang anggota Tentera
Laut Diraja Malaysia TLDM dipercayai mati dibunuh tersebar. Foto mangsa
tersebar dilaman sosial berikutan keluarga mangsa tidak berpuas hati
apabila anak mereka dilaporkan mati akibat lemas ketika sedang menjalani
latihan. Berdasarkan keadaan fizikal mayat mangsa, timbul elemen yang
meragukan apabila terdapat kesan tumbukan dan tusukan rokok pada badan
dan wajah mangsa seolah-oleh didera. Untuk info, mangsa yang dikenali
sebagai Asruf merupakan seorang anggota TLDM dan berasal dari Tenom
Sabah.
Kini, foto jenazah mangsa telah dikongsikan oleh ratusan pengguna
dilaman sosial demi menuntut keadilan terhadap kematian mangsa yang
meragukan. Pihak keluarga mangsa juga percaya bahawa kematian tersebut
ada kaitan dengan unsur kes penderaan.
Gambar Anggota Tentera Laut TLDM Mati Dibunuh Tersebar
Sumber: Melvister.com
[Wow] - Jenayah

Naples - UNTUK mendapatkan barangan yang diingini pelbagai cara
dilakukan . Parahnya , mahasiswi undang-undang di University of Naples
Federico II nekad menjual foto - foto bogel dirinya agar boleh membeli
skuter baru .
Mahasiswi berdarah Itali bernama Mary ini memaparkan iklan di laman Facebooknya dengan menutupi wajahnya memegang sebuah kertas berisi tulisan .
" Saya bersenang - senang sekarang dengan cara ini , kerana di masa depan saya melihat mencari pekerjaan akan sangat sukar , " tulis Mary dalam statusnya di laman Facebooknya , seperti yang dilaporkan oleh Mirror ( 7/12/2013 ) ..
" Mesej ini jelas bukan bererti seolah - olah saya menawarkan seks . Dengan cara ini saya ingin bersenang - senang dengan membuat foto bogel , " ujarnya .
Sementara itu , kerana banyak ibu bapa pelajar yang melaporkannya pihak kakitangan di University of Naples Federico II sedang menyiasat kes tersebut .
Mahasiswi berdarah Itali bernama Mary ini memaparkan iklan di laman Facebooknya dengan menutupi wajahnya memegang sebuah kertas berisi tulisan .
" Saya bersenang - senang sekarang dengan cara ini , kerana di masa depan saya melihat mencari pekerjaan akan sangat sukar , " tulis Mary dalam statusnya di laman Facebooknya , seperti yang dilaporkan oleh Mirror ( 7/12/2013 ) ..
" Mesej ini jelas bukan bererti seolah - olah saya menawarkan seks . Dengan cara ini saya ingin bersenang - senang dengan membuat foto bogel , " ujarnya .
Sementara itu , kerana banyak ibu bapa pelajar yang melaporkannya pihak kakitangan di University of Naples Federico II sedang menyiasat kes tersebut .
Global

Sebahagian orang menganggap bola sepak hanyalah satu permainan . Tapi ,
anggapan itu tidak berlaku bagi John Jimmy Macharia . Peminat Manchester
United asal Kenya itu bunuh diri selepas melihat The Red Devils kalah
0-1 dari Newcastle United di Old Trafford , Sabtu 7 Disember 2013 .
MU harus menelan kekalahan 0-1 dari Newcastle United melalui gol Yohan Cabaye . Ini adalah kekalahan kedua berturut yang dialami pasukan David Moyes setelah sebelumnya juga kalah 0-1 dari Everton di Old Trafford empat hari sebelumnya .
Dua kekalahan berturut MU itu seolah-olah terlalu berat bagi Macharia . Lelaki 23 tahun asal Nairobi itu bunuh diri dengan melompat dari tingkat 7 sebuah bangunan setelah mengetahui Wayne Rooney dan kawan - kawan kalah dari Newcastle .
" Semua saksi mengatakan Macharia bunuh diri kerana MU kalah , tapi petugas masih terus menyiasat maklumat dari orang - orang yang bersamaanya saat kejadian , " ujar Ketua Polis Nairobi , Benson Kibue , seperti yang dilaporkan oleh Standard Digital .
Kibue mengatakan Macharia bukanlah penyokong bolasepak Kenya pertama yang melakukan bunuh diri setelah pasukan kesayangannya menelan kekalahan . Kibue juga tidak boleh memastikan sama ada Macharia bunuh diri kerana terlibat perjudian .
" Ini bukan kali pertama kami kehilangan anak muda kerana bola sepak Inggeris , yang tempatnya jauh dari Kenya . Mereka harus sedar ini hanyalah sebuah permainan , " tegas Kibue .
Kekalahan dari Newcastle membuat MU saat ini berada di kedudukan 9 liga perdana dengan 22 mata . Juara bertahan itu tertinggal 13 mata dari Arsenal di tangga teratas .
MU harus menelan kekalahan 0-1 dari Newcastle United melalui gol Yohan Cabaye . Ini adalah kekalahan kedua berturut yang dialami pasukan David Moyes setelah sebelumnya juga kalah 0-1 dari Everton di Old Trafford empat hari sebelumnya .
Dua kekalahan berturut MU itu seolah-olah terlalu berat bagi Macharia . Lelaki 23 tahun asal Nairobi itu bunuh diri dengan melompat dari tingkat 7 sebuah bangunan setelah mengetahui Wayne Rooney dan kawan - kawan kalah dari Newcastle .
" Semua saksi mengatakan Macharia bunuh diri kerana MU kalah , tapi petugas masih terus menyiasat maklumat dari orang - orang yang bersamaanya saat kejadian , " ujar Ketua Polis Nairobi , Benson Kibue , seperti yang dilaporkan oleh Standard Digital .
Kibue mengatakan Macharia bukanlah penyokong bolasepak Kenya pertama yang melakukan bunuh diri setelah pasukan kesayangannya menelan kekalahan . Kibue juga tidak boleh memastikan sama ada Macharia bunuh diri kerana terlibat perjudian .
" Ini bukan kali pertama kami kehilangan anak muda kerana bola sepak Inggeris , yang tempatnya jauh dari Kenya . Mereka harus sedar ini hanyalah sebuah permainan , " tegas Kibue .
Kekalahan dari Newcastle membuat MU saat ini berada di kedudukan 9 liga perdana dengan 22 mata . Juara bertahan itu tertinggal 13 mata dari Arsenal di tangga teratas .
Global

Sekarang ini apa yang anda lakukan, anda buat, sedang buat atau akan
buat, semuanya anda beritahu. Langsung tiada rahsia. Kiranya semua hal,
Facebook destinasi utama anda umumkan. Facebook tempat anda memberi
pandangan, perbualan malah berkongsi cerita dan juga berita. Setiap hari
anda layari Facebook, mesti anda biasa tengok ragam manusia yang
pelbagai di Facebook. Ada yang menjengkelkan, ada yang perahsia sehingga
Facebook kosong tiada sebarang info di situ. Dah tahu anti-social, buat
apa buat akaun Facebook. Aduhai pelik betul!
Kami nak kongsikan 10 jenis manusia paling menjengkelkan di Facebook.
Ini tiada kena mengena antara satu sama lain, ianya sekadar hiburan
semata-mata. Tapi jika anda terasa mungkin anda salah seorang!
1) Seorang yang sentiasa update status. Kiranya
manusia jenis ini seorang yang ketagih nak update status, ke mana, buat
apa, dengan siapa, semuanya mahu diberitahu. Tahukah anda ada orang yang
tak ambil kisah pun tentang status yang anda update malah menyampah
lagi ada. Langsung tiada rahsia.
Sebagai contoh: ‘Hari ini teringin nak makan ayam masak lemak cili
api’. Ataupun ‘rasa nak potong rambut hari ini’…Macam-macamlah lagi
dekat Facebook.
2) Seorang yang sentiasa check-in @ check-out tempat/traveller. Individu
jenis ini hanya gunakan Facebook untuk beritahu di mana mereka check-in
atau check-out sesuatu tempat. Lebih-lebih lagi jika mereka sedang
bercuti, fuiyo penuh dengan news feed.
Sebagai contoh: Check-in di hotel sekian.
3) Seorang yang sentiasa muat naik gambar anak/baby mereka yang baru lahir. Masalahnya, kerap sangat muat naik gambar sampai orang menyampah.
4) ‘The Masterchef Wannabe’. Ada individu seperti
ini, teruja untuk muat naik gambar mereka masak. Pagi petang siang malam
dengan gambar masakan. News feed penuh dengan gambar masakan.Yang tiada
kena mengena jadi rimas pula.
5) Manusia yang ketagih dengan game di Facebook. Semua
game di Facebook mereka main, Candy Crush, Farmville, Mafia Wars. Malah
ada yang sampai minta nyawa atau bagi notification dekat orang yang
tiada kena mengena dengan game pun.
6) Manusia yang selalu minta ‘friend-request’.
Mungkin mereka kawan lama anda yang inginkan talian persahabatan
bercantum semula. Mereka ingin berkawan dengan anda sehingga gambar masa
muda masih dalam simpanan.
7) ‘Self Promoter’. Individu jenis ini sangat
menyakitkan hati. Sentiasa tag nama anda pada bisnes peribadinya. Anda
jadi rimas dan menyampah pula. Kalau remove tag takut kecil hati pula
tapi kalau setiap barang yag dijualnya ditag nama anda. Melampau pula.
8) Pasangan bercinta. Mereka langsung tiada rahsia
malah yang agak privasi juga mahu dikongsikan pada semua. Gambar
peribadi, masalah cinta semua mahu dikongsi. Contohnya: ‘Rindunya dekat
si polan – letak gambar sekali’
9) Individu yang suka kongsi maklumat. Seorang yang sangat intelektual, gunakan Facebook untuk berkongsi berita, cerita menarik.
10) Individu yang suka ‘like’. Anda letak status atau kongsi apa-apa pun, individu tersebut hanya sukakan like tanpa berkata sesuatu. – Wanista
[Wow] - Informasi

Nampak gayanya sebahagian pengguna P1 Wimax sudah begitu marah dan
tension dengan tindak-tanduk penyediaan perkhidmatan internet itu sampai
mereka mewujudkan satu page khas di facebook bagi berkongsi pengalaman
dan rasa marah.
Page itu boleh dilayari di sini P1 Wimax Sucks.
Satu hal antara pengguna dan syarikat itu.
Hal yang kedua ialah apakah peranan aktif yang dimainkan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam hal ini.
Lojik akal memperlihatkan dengan jelas bahawa sudah tentu
tahap menyampah dan tension pengguna P1 Wimax sampai ke tahap tak tahu
nak luah kat mana sehingga terpaksa buat page FB.
Sudah tentu ramai yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya di hati mereka. Takkan suka-suka nak buat page camtu.
Cubalah nilai antara aduan yang dibuat di page berkenaan di mana pihak P1 pun harus lihat apakah ia benar atau salah faham;

salam.kes sy pulak lastmonth kereta kena rompak.laptop n p1
brdband yg ada dlm kereta pun sekali kena angkut…baru pakai 3
bulan,kontrak 2 tahun…..dah buat police report copy,by hand hantar ke p1
jalan templer, mintak replacement for the brodband..tp peg kat cs
kaunter mintak settle payment RM 578..dahle xboleh bg broadband baru,
even dah ade police report..not that i sengaja bg perompak curik brdband
tu??klau hilang kes kite buat hilang lain la kisahnye kan…ni siap nak
denda rm200,brdband 399…….then i chose to stop the contract..kena byr
jugak 700……..then dia ugut nnt name kena blacklist dgn CTOS…….then balik
office, tgk emel, die hantar bil payment rm958++………..wth??p1 mmg
sucks.so now i nak report kat tribunal pengguna..any of u penah report
kat tribunal pengguna tak??
Lagi aduan;
saya juga mangsa p1 ni.. Baru2 ni dpt la mesej yg nama dah
disenaraihitamkan. Masa mula2 saya ingat lagi salegirl tu beritahu kalau
blacklist pun hanya dengan p1 kalau kita x bayar. Dulu langgan p1
dengan bayaran RM49 sebulan. Tp kenapa current bil saya ni rm999? Mohon
penjelasan.
Lagi;
Tq admin for approval..
Well mcm korank aku pon kene jugak tp lom terminate lagi. Skrg
ni dlm proses nk terminate cuma isu aku ialah apa yg dibayar tak
berbaloi. Byr bln2 119 utk 4mbps tp tak pernahnya dpt, busuk2 dpt 1mbps
atau below.. tp banyaknya salu x dpt laaa.. reception mmg sgt trok, jrg
jumpa dye pergi 2mbs.. tu bangang ke pandai tuh P1 menipu org!???
Komplen dh banyak kali, buat troubleshoot pon bnyk kali tapi hasil ttp
sama. Aku manage utk dpt approval utk waive pen…
Lagi;
p1max memang sux,,saya ada hutang dengan aeon.
dan motor. tapi baru berapa RM saja.
tapi dengan P1max . hutang mengalahkankan beli motor.
sedar2 dah 3k . nak buat pinjaman bank boleh keluar penyata hutang dengan p1max
BOIKOT p1max!! puck u p1max.
srry admin . sekadar nak meluah perasaan
Lagi;
nak Tanya : last 2 weeks dapat msg dari P1 kate Nye kene clearance kan outstanding balance Rm1.1k untuk clearkan nama dari CTOS.
saya dah setahun lebih tak guna p1, lepas kontrak tamat, then
bila call customer service, dia kata akaun dah cancel sbb tamat kontrak.
tup tup, dapat msg tu.
saya ingat mmg salah saya sbb tak pergi center isi form utk tamatkan kontrak ke ape ke..
tp tadi baru tahu, yang ramai dapat kes mcm nie.
Soalan Nye.. : perlu ke bayar 1k tu?
* btw, thanks approve admin..
Sebenarnya bertimbun luahan perasaan pengguna di page itu… jadi kalau
ada orang yang prihatin di SKMM dan P1 Wimax … sila la ambil tindakan
yang perlu. Di atas adalah contoh aduan yang memperlihatkan rasa marah
pengguna.
Isu Panas

Kisah-kisah seperti lagenda yang membabitkan tentang jelmaan haiwan ada yang menganggap ia sekadar satu cerita dongeng. Kali ini kami mahu berkongsi dengan anda tentang satu cerita yang dipercayai kisah benar.
Di mana ia berlaku, tiada sebarang maklumat yang diterima. Terpulang
juga pada kita sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya. Kisah ini
merupakan seorang bayi yang telah bertukar menjadi seekorbuaya.
Apa yang peliknya, buaya ini mempunyai sifat seperti seorang manusia.
Ia mahu mandi, menonton televisyen dan sebagainya. Jom layan gambar di
bawah ini
Difahamkan, dia tidak suka muka atau kepalanya dipegang. Kecuali, ahli keluarganya sahaja.
Aku nak bercerita pasal pengorbanan seorang ibu.
Kisah ini benar, tetapi terserah samada nak letakkan kepercayaan atau
tidak. Aku ambil kisah ini daripada seorang teman di Twitter. Begini
kisahnya.
Ada seorang ni ada kembarnya dan kembarnya lelaki, manakala dia ini
seorang perempuan. Kembar sepasang kiranya masa dalam kandungan ibunya,
dan apabila tiba hari nak melahirkan , biasalah dulu-dulukan lahirkan
bayi di rumah saja. Tetapi bayinya tiada dan kemudian kelihatannya bidan itu seperti dimasuki sesuatu.
Dia seolah olah di rasuk lalu berkata ‘dia akan datang sebagai anakmu
dalam masa 3 hari lagi’. Kemudian keadaan bidan itu tidak diketahui,
mungkin pengsan selepas itu. Keadaan ibunya pula? Wallahu’alam.
Si kembar bertanya di mana kembarnya seorang lagi? Semua orang ingat gugur sebab darah
keluar banyak sangat ketika itu. Tiga hari kemudian , wanita itu selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki yang disangkakan gugur itu, tertapi ternyata tidak. Alhamdulillah, bayi lelaki itu dilahirkan sempurna sifatnya seperti manusia biasa. Memang manusia pun.
Seperti yang di janji kan oleh “sesuatu” (yang memasuki tubuh bidan) itu. Hari ke-3, si ibu terkejut melihat seekor anak buaya bersebelahan bayi lelakinya. (Nama kembar dia tak tanya la pulak) Kemudian buaya ini diberi nama Nur Hasanah. Binti ? (Tak tanya bapa dia, hehe) Anak buaya itu dijaga rapi, ditatang bagai minyak yang penuh.
Bagaimana dia menjaga si bayi lelaki, seperti itu jugalah layanan yang
diberi pada si anak gadisnya (buaya) itu. Hinggalah sekarang, dia
berusia 21 tahun. Tapi sekarang, dah lain.Dia hanya makan seminggu dua kali, dan makanannya adalah seeokor ayam yang ditahlil.
Ya, ditahlil. Pastikan ayam itu wajib ditahlilkan terlebih dahulu baru
dia akan makan. Jika tidak, dia takkan makan dan akan mengamuk. Dia
buang air besar/kecil setahun sekali. Wahh senang nak jaga lah ya !
Untunglah.
Kalau dia ingin katakan sesuatu, misalnya, tukarkan cadar, nak makan, nak tonton televisyen atau apa saja, dia akan goyangkan badannya dan jika tiada yang mengerti hasratnya, dia akan masuk ke dalam badan,
kemudian setelah hasratnya tertunai, kembalilah dia ke dalam jasad
buaya semula. Hairan bukan? Dia masih mempunyai naluri manusia. Tukar
cadar? Yaa, dia tidur atas katil. Tonton televisyen? Yaa, dia gemar
menonton kata ibunya. Kembarnya? Jalani kehidupan seperti biasa.
Si ibu membetulkan bantalnya. Dia menggoyangkan tubuhnya, menandakan dia tidak nampak televisyen.
Kini, dia (buaya) itu dijadikan pameran kerana keanehannya dan
difahamkan keluarganya mempunyai keturnan Pahlawan Buaya. Kemudian, dia
merupakan generasi terakhir. Terserah mahu percaya atau tidak. Allah itu
Maha segalanya. Nampak tak, walaupun ibunya mungkin menerima serpihan mulut jahat, tetapi si ibu masih setia menjaga.
[Wow] - Kisah Hidup
Ini la masalahnya. Ikutkan kata ahti, akhirnya badan yang merana. Ikutkan nafsu, lepas dah putus cinta habis segala bagai rahsia terbongkar.. aduhai.. ketika ini di laman2 sosial tengah berbicara isu gadis bernama Fatihah. Siapa dia neh? Malas la aku nak share gambar dia. Dia neh pun sedang trauma. Tak pasal2 jadi mangsa. Yelah, yelah aku bukan nak bekap bab maksiat tue. Tolong la faham sama. Tapi aku cakap dia neh pun mangsa keadaan juga beb. Cuba bagi ruang sikit.
Ikut dari cerita dia kat bawah neh, kes neh berpunca dari boifren dia neh hah..
Lihat laporan polis neh beb ;

Kena ugut bunuh. Bersama setiap hari. Malang betul dapat kenal lelaki gila. Lepas tue lelaki gila tue buat hal. Apa yang lelaki ini buat beb?
1. Bercinta dengan wanita bernama Fatihah.
2. Tatau la jadi apa kan, tetiba je lelaki neh create account facebook. Then upload gambar2 dia dengan gambar2 fatihah. Yang jadi citer tue, gambar2 dia sedang beromen pun ada. Tatau la sebelum ke selepas ke apa ke. Yang pasti gambar2 tak elok tue pun dia pergi sebarkan sekali.
3. Sah2la nak bagitau bahawa dia dah tidur dengan perempuan tue. So dia taknak la mana2 lelaki mendekati perempuan tue lagi. Nak calarkan maruah perempuan tue le konon nya..
4. Then menyamar sebagai Fatihah. Komen bukan2. Aku nak letak gak komen2 tue kat sini, tapi masalah nya komen2 tue di attachkan sekali dengan gambar maksiat.. tak jadi aku nak letak weh. Cuma dalam komen2 tue ada la yang dia neh cabar jabatan agama untuk tahan dan hukum mereka berdua.. dan dia kutuk JDT sekali. Haha.. macam celake. Tetiba JDT plak jadi mangsa.
5. Mungkin ini berpunca dari perhubungan dorang yang dah putus.. aku check2 juga fb yang ex dia create tue.. fuhhh start dari tahun lepas lagi dah ada. Kalau nak di ikutkan, gambar tue citer gambar tahun lepas. Yang dia uploadkan tue.. fulamakk.. jangan2 memang dia lama upload di facebook dan set privacy. Hanya dia je boleh tengok ke apa ke.. then bila dah putus, dia set kepada public pula. So sekarang semua orang boleh tengok. Memang gile laki neh.
Aku bukan nak bekap perempuan neh. Aku tengok kes Fatihah neh boleh dijadikan pengajaran kepada perempuan2 di luar sana. Lainkali jangan sesekali buat maksiat kawan2. Sorok2 pun jangan. Apatah lagi terang terangan. Sekali dapat boifren gile meroyan macam kes Fatihah neh mana nak letak muka? Mak bapak pula macam mana? Sedih mereka tahu tak. Sedih2 Fatihah, sedih lagi family dia. Lebih2 lagi mak dia. Mungkin Fatihah rasa ahh aku yang paling malu di dunia neh tapi sebenarnya mak yang melahirkan itu yang rasa lebih malu.. mohon sangat Fatihah minta maaf pada ibu sendiri.. dengar citer, kes neh akan dibawa ke mahkamah. Saman malu gamaknya kepada keluarga lelaki yang buat onar neh..
Dan kepada Fatihah pula. Jadikan ini pengajaran. Tapi ini bukan penamat kehidupan. Kalau ikut aku, aku nya pemikiran simple jek. Benda dah jadi kan. Ko taubat sudah. Dan teruskan hidup macam biasa. Orang nak kata biar depa kata sebab orang ada mulut ma. Lama kelamaan orang akan berhenti mengata dan mengata orang lain pula sebab story baru masuk setiap hari ma. Kes ko akan hilang dan tutup begitu saja. So ko jangan risau. Cuma ko kena tabahkan ahti ko bilamana ko keluar rumah, orang mungkin akan pandang semacam. Lelaki2 gatal mungkin akan mendekati ko dan mula la bagi ayat mengedik. Nak test la apa la. Dan anggap ko macam pelacur. Tapi still ko kena tabahkan ahti ko. Kuatkan semangat. Jika ko ada keinginan untuk berubah, bertaubat, insya-Allah ruang dan peluang untuk ko sentiasa ada. Janji ko ada keinginan nak menjadi semakin baik. Cuma ko kena bersabar sedikit la dalam masa terdekat neh.. sebab isu neh masih baru lagi kan. Itu je la nasihat yang aku boleh bagi. Dan ingat, jangan sesekali ulangi benda macam neh dengan mana2 lelaki kecuali suami kamu yang sah, Fatihah. Ingat tue..
Isu Panas

WALAUPUN bukan beragama Islam, seorang model seksi, Felicia Yeap yang pernah menghiasi majalah lelaki ‘FHM’ dan Playboy kini tampil berhijab penuh dan menutup keseluruhan auratnya persis wanita Muslim yang lain.
Sebelum ini kehidupannya penuh bergelumang dengan dunia glamor, memenuhi tuntutan kerjanya sebagai seorang model.
Cakap apa yang sahaja yang tidak pernah diperagakannya, bikini, tampil separuh bogel, semuanya pernah.
Namun, kesedarannya untuk menutup tubuh badannya dengan pakaian yang longgar serta tidak mendedahkan mendapat tumpuan umum.
Antara sebab dan alasan yang diberikannya ialah, dengan menutup aurat dia merasakan maruah dirinya lebih tinggi jika dibandingkan ketika zaman ‘jahilliyah’nya dulu.
Di bawah ini penulis kongsikan gambar-gambar dua zaman berbeza Felicia buat tatapan pembaca semua.
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)











Recent Comments