Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Tinggal sehari sahaja lagi sebelum status ibu tunggal Rozita Che Wan bertukar menjadi seorang isteri kembali.
Sebaik sahaja kisah pengumuman majlis perkahwinannya didedahkan di media-media tempatan, ada yang mendoakan dan tidak kurang ada juga yang mencemuh majlis perkahwinan mereka yang mendapat tajaan sebanyak RM13 juta.
Banyak pihak menyifatkan jumlah itu sesuatu yang melampau dan tidak masuk akal.
Namun, kalau itu sudah rezeki Che Ta dan bakal suaminya, Zain Saidin, siapalah kita untuk mempertikaikannya.
Memetik kata-kata Che Ta di sebuah akhbar mingguan baru-baru ini, “kalau anda nak kahwin, dan ada orang datang nak taja, takkan tak nak. Saya bersyukur bila ada orang nak taja perkahwinan saya. Orang kata Che Ta belanja besar sampai RM13 juta untuk perkahwinannya, itu silap. RM10 juta itu adalah nilai tajaan barang kemas untuk tiga majlis berasingan (nikah, berinai dan bersanding). Belanja tajaan majlis perkahwinan hanya RM3 juta seperti pakaian, katering, dekorasi, fotografi, cenderemata dan solekan”.
Selain itu, wanita berusia 40 ini berkata dia langsung tidak terkejar-kejarkan gelaran Wedding of the Year yang sering kali dilabelkan oleh peminat dan pihak media.
Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga majlis pernikahan kedua-dua bakal mempelai ini akan berjalan lancar pada keesokan hari.
Tahniah buat Che Ta dan Zain!

Ipoh – “Bayi itu pasti mati jika saya dan rakan tidak menjumpainya,” kata Chong Lean Fatt, 48, yang menemui bayi baru dilahirkan dibuang dalam keadaan bogel di tepi longkang berhampiran Jalan Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia, di sini, pagi semalam.
Bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat itu dicampak di kawasan sunyi berhampiran lokasi projek pembinaan rumah kedai yang baru disiapkan.
Chong yang juga seorang kontraktor berkata, dia bersama seorang rakan serta wakil syarikat pemaju menemui bayi malang itu pada jam 11 pagi selepas terdengar tangisannya.
Menurutnya, dia datang ke kawasan itu untuk memasang jeriji besi di sebuah unit kedai dan segera memaklumkan kepada rakan.
“Saya beritahu rakan mengenai suara bayi menangis, tapi dia kata itu mungkin bunyi anjing liar atau kucing.
” Saya tidak puas hati dan memaklumkannya kepada wakil pemaju projek kedai itu yang datang untuk memantau kerja pengubahsuaian,” katanya. (sumber Harian Metro)

Artis jelita kacukan Jerman, Maya Karin pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon, Remy Ishak satu waktu dulu.
Tapi gosip cuma tinggal gosip apabila mereka akhirnya dilihat semakin renggang dan sejak itu, kisah mereka terhenti seketika.
Tup-tup, keluar pula gambar Maya menunggang motosikal bersama Remy Ishak hari ini. Baik Remy mahu pun Maya, mereka memuatnaik gambar tersebut di laman Instagram masing-masing.
Bersama gambar tersebut, Remy sempat mengusik Maya apabila menulis, ‘Setakat 120km/h, baik naik basikal Maya’.
Maya kemudiannya dilihat menjawab usikan Remy di bahagian komen.
Pengikut Instagram masing-masing yang mungkin tidak menyangka dua artis ini masih rapat seperti dahulu dilihat mula meninggalkan komen meraikan hubungan antara mereka.
Sejauh mana perhubungan mereka pergi, hanya masa dapat membuktikan. Yang penting tak salah untuk mereka berdua rapat memandangkan kedua-duanya sedang solo sekarang.
remy
bahaya
Dalam pada itu, Maya baru-baru ini turut digosipkan bercinta dengan penyanyi popular Switzerland, Bastian Baker.
Gosip Maya dan Bastian keluar apabila Maya dijemput menjadi tetamu istimewa dalam program Bastian Baker di Switzerland di mana mereka menyanyi bersama-sama termasuk lagu Maya, Bintang Syurga.
Tak apalah, kita tunggu sajalah siapa pilihan hati Maya untuk dijadikan suami satu hari nanti, Mat Salleh atau orang Melayu?

Mumbai – Tarikh 11 Disember 2013 – 11.12.13 – kini menjadi hari paling popular untuk pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga selepas 10.10.10 (10 Oktober 2010), 11.11.11 (11 November 2011) dan 12.12.12 (12 Disember 2012).
Malah, beberapa dewan di seluruh Mumbai sudah ditempah untuk hari paling bermakna itu.
Di Lucknow, 3,000 majlis kahwin akan berlangsung esok, berdasarkan keterangan beberapa perancang perkahwinan.
Di daerah Dadar, dewan Suryavanshi Kshatriya Dnyati Samaj menjadi tempat perkahwinan antara Mamta Ibrampurkar dan Shreyas Wadkar.
Mamta berkata: Saya dan tunang berazam untuk kahwin pada 11.12.13 selepas membaca laporan mengenai pasangan yang berkahwin pada 12.12.12.
Pada mulanya, keluarga mereka tidak begitu menyokong sebelum mengubah fikiran.

Pencetak kad perkahwinan, Joaquim D’souza mengakui terlalu sibuk untuk mencetak kad perkahwinan membabitkan tarikh tertentu.

Kami sudah mencetak kad membabitkan tarikh tertentu sejak 7 Julai 2007 (7.7.7) kerana ia dianggap detik istimewa, katanya.
Joaquim sudah mencipta kad jemputan khas 11.12.13 untuk pasangan Darshan Kakkar dan tunangnya, Sharon Bangera yang berkata semuanya adalah kebetulan.
Kami buat keputusan tahun lalu untuk kahwin sebelum 14 Disember kerana bapa saudara Darshan akan ke luar negara pada hari itu.
Pada ketika itulah kami mula merancang majlis dan mendapati tarikhnya 11.12.13, kata Sharon dan Darshan yang merancang perkahwinan itu berbulan lalu.
Tukang tilik, Kanika Khatwani berkata tarikh 11.12.13 merujuk kepada suasana romantik dan kasih sayang.
Seorang ahli perniagaan, Devesh Garg, berkahwin pada 10 Disember 2012 (10.11.12) menyebabkan dia mahu meneruskan tradisi tarikh unik menerusi adiknya, Garvit untuk berkahwin pada 11.12.13.
Jika seseorang itu berkahwin pada tarikh unik, ia menjadikannya lebih istimewa dan kenangan yang pasti diingati sampai bila-bila, kata Garg.

AGENSI

Beijing – Menyedihkan. Sepasang kembar siam yang dibuang oleh ibubapa mereka, akhirnya ditempatkan di rumah anak-anak yatim di bandar ini.
Bayi berkenaan, yang dipercayai baru berusia tiga bulan, telah melekat di bahagian abdomen.
Ibubapa mereka dipercayai membuang bayi kembar siam itu kerana tidak mampu untuk menampung kos perubatan bayi terbabit.
Bayi itu dimasukkan ke rumah anak yatim di Henan pada 11 Ogos lalu dan diberi nama Zheng Hanjing dan Zheng Hanwei.
Kedua-duanya kini sedang menunggu rawatan khas untuk membolehkan mereka dipisahkan, seawal bulan depan.
Pemeriksaan dibuat di hospital kanak-kanak bagi menentukan sama ada mereka berkongsi alat sulit yang sama.
Minggu depan mereka akan menjalani pemeriksaan jantung dan abdomen.
Kembar siam itu juga terpaksa dialihkan oleh kakitangan hospital setiap jam kerana mereka tidak mampu mengalihkan badan sendiri.

Jiangsu – Tertekan selepas terpaksa menemani teman wanitanya membeli-belah selama berjam-jam, seorang lelaki mengambil tindakan nekad dengan terjun daripada tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah.
Tindakan Tao Hsiao itu nyata menyebabkan pengunjung di situ panik dan berkeliaran lari.
Kejadian itu berlaku selepas Tao yang sudah lima jam menemani teman wanitanya membeli belah, telah letih dan mahu pulang.
Namun teman wanitanya enggan pulang dan mahu terus membeli barang.
Keadaan ini menyebabkan mereka bertekak dan saksi di situ mendengar Tao memarahi teman wanitanya.
jump1
“Kau dah ada banyak kasut, cukup banyak dan boleh dipakai seumur hidup.
Tidak ada gunanya untuk kau beli lagi kasut banyak-banyak,’’ itu bunyi jeritan Tao kepada teman wanitanya.
Namun wanita itu kemudian menuduh Tao sebagai kedekut dan cuba merosakkan perayaan Hari Krismas.
Pertengkaran antara mereka berakhir apabila Tao membuang beg ke lantai dan terjun daripada balkoni tingkat tujuh, sebelum terhempas ke atas perhiasan pokok krismas dan jatuh di tingkat bawah.
Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian bagaimanapun gagal menyelamatkan lelaki itu yang meninggal dunia serta merta.
“Ia merupakan satu kemalangan tragis, namun tahun ini merupakan tahun yang menyebabkan ramai orang tertekan,’’ kata jurucakap pusat beli belah itu.

Nashville: Sepasang suami isteri yang memesan makanan segera melalui kaunter pandu lalu mendapat lebih daripada apa yang diingini - satu beg berisi wang.

Menurut media wang bernilai ribuan dolar itu disiapkan untuk dihantar ke bank tetapi diletakkan dalam beg kertas yang digunakan untuk pelanggan berhampiran kaunter pesanan pagi semalam.

Seorang petugas secara tidak sengaja menyerahkan beg berkenaan kepada pasangan Greg dan Stacye Terry yang membuat pesanan sarapan.

Namun petugas itu menyedari kesilapan berkenaan sejurus kemudian dan mengikut pasangan terbabit ke rumah mereka yang terletak tidak jauh dari situ.

Sementara itu Stacye berkata, suaminya terkejut apabila membuka beg kertas berkenaan dan mendapati ia dipenuhi wang.

“Saya terfikir untuk melarikan wang itu tetapi menyedari ia tidak wajar,” katanya.
Pasangan itu kemudian mengambil gambar wang berkenaan sebelum menyerahkannya kembali kepada pekerja restoran terbabit.

- AP


Philadelphia: Keluarga anggota Tentera Marin AS yang membunuh diri di Greece mendakwa dia ditanam tanpa jantung selepas kerajaan negara itu melakukan autop- si haram dan tidak memulangkan organ berkenaan.

Sarjan Brian LaLoup sedang berkhidmat di Kedutaan AS di Athens apabila dia menembak diri sendiri pada malam 12 Ogos 2012. 

Pemuda berasal dari Coatesville itu menghadiri parti apabila mengaku mahu membunuh diri kepada seorang rakannya.
Menurut dokumen mahkamah, LaLoup, 22, merungut apabila merasai tiada sesiapa menyayangi dirinya.

Dia kemudian menembak mukanya sendiri.

Saman dikemukakan keluarga LaLoup mendakwa dia tidak dibawa ke hospital untuk dirawat sebaliknya diajak terus minum.

Pada petangnya LaLoup pergi ke sebuah bilik di dalam bangunan kedutaan yang menjadi tempat simpanan senjatanya sebelum membunuh diri.

Ketika kejadian LaLoup didakwa mabuk dan tertekan.

Warisnya percaya mayat LaLoup dibiar tanpa kawalan dan ada pihak tertentu menjalankan pembedahan haram bagi mengeluarkan jantungnya.

Apabila mayat LaLoup diterbangkan ke AS, autopsi kedua dijalankan dan barulah kehilangan jantung tentera terbabit dikesan.

Namun keluarga LaLoup tidak diberitahu sehinggalah dia selamat dikebumikan.

Apabila aduan dibuat kerajaan Greece memulangkan jantung berkenaan ke AS tetapi ujian DNA mendapati organ itu bukan milik LaLoup.

Justeru waris LaLoup mengemukakan saman dan menuntut pampasan bernilai kira-kira RM394,000. - Agensi


Selain Rozita Che Wan & Zain Saidin yang akan bernikah dan menjadi perhatian ramai Rabu ini, pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie juga akan menempuh hari bahagia beliau bersama Nina Ismail Sabri di Muzium Diraja Istana Negara Lama, KL.
Pastinya gambar pra perkahwinan sesuatu yang perlu buat pasangan moden demi abadikan saat saat akhir sebelum menempuh alam perkahwinan dan pasangan Jovian Mandagie & Nina tidak terkecuali. Lebih istimewa, gambar pra perkahwinan mereka diambil di bumi Eropah.
Diabadikan oleh pasukan jurugambar dari Pretty Peektures, kami secara peribadi suka akan gambar yang diambil lebih lebih lagi dengan latar belakang Eropah yang mempunyai ciri romantis tersendiri. Lagi gambar untuk tatapan anda selepas ini, enjoice!











Baru sahaja rasanya gambar mesra Cristina Suzanne bersama lelaki yang didakwa tunang beliau tersebar di internet, ada pula satu cerita timbul mengatakan pemenang Pelakon Filem Wanita Terbaik (ASK 2013) ini sudah kembali solo — putus tunang senang cerita.
Wartawan Melodi, Zuan Azmi mengajukan soalan berkenaan khabar angin itu kepada Cristina Suzanne di Anugerah Skrin 2013 yang lalu dan pelakon ini tidak menafikan perkara itu tetapi tidak pula mengiyakan sebaliknya mahu terus bercakap tentang kemenangannya.

“Itu Cris tak boleh cakap apa apa — kita menang (anugerah) ni, kita cerita tentang kerja — kalau ada jodoh kahwin — itu tak boleh cakap, rahsia,” ujar Cristian Suzanne yang seakan berdolak dalik apabila diajukan soalan berkali kali.
Tonton video penuh di’atas yang kami kerat dari episod penuh Melodi di Tonton.com.my untuk melihat reaksi Cristina Suzanne apabila digasak dengan soal putus tunang ini.


Qi Razali, mengesahkan konflik yang melibatkan dia dan pelakon Sharnaaz Ahmad yang 'tercetus' minggu lalu hanyalah salah faham dan ia sudah pun selesai.

"Ia cuma salah faham dan saya cepat memberi tindak balas selepas melihat gambar-gambar tersebut. Saya salah tetapi biasalah kalau sudah sayang mesti ada rasa cemburu. Perkara macam ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Terus terang saya cakap semua sudah selesai", katanya seperti yang dilaporkan Kosmo! hari ini.

Tambah Qi lagi dia bukan lah seorang yang mudah cemburu tetapi cuma terkejut sedikit.
Pelakon Friday I'm in Love ini juga memberitahu hubungan dan dengan kekasihnya (Nelydia) sekarang seperti biasa malah mereka sedang merancang untuk masa depan

Ditanya samada Qi sudah tengok gambar terbaharu di IG Sharnaaz yang dia mendukung Nelydia, Qi berkata dia sudah melihat gambar tersebut dan tidak merasakan ia satu provokasi daripada Sharnaaz.

"Saya tidak rasa macam itu. Semua itukan berlakon. Saya juga pernah singgah ke set penggambaran drama itu dan berjumpa dengan semua. Semua pelakon seperti kawan", katanya.


KUALA LUMPUR: Lelaki berusia 33 tahun yang meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan raya di Little India semalam, telah dikenal pasti sebagai Sakthivel Kumaravelu.
 
Menurut laporan The Straits Times, lelaki warganegara India itu merupakan pekerja pembinaan di sebuah syarikat bernama Heng Hup Soon.
Perkara itu disahkan oleh seorang lelaki yang mengecam mayat Sakthivel di bilik mayat Hospital Besar Singapura (SGH).

Lelaki itu berkata keluarga Sakhtivel belum diberitahu mengenai kejadian malang itu.

Kemalangan itu mencetuskan rusuhan di kawasan Little India dimana kenderaan polis dibakar oleh ratusan pekerja warga asing.

Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah.


- Astro Awani (T K Letchumy Tamboo)