Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Walaupun sudah menjelaskan dirinya tidak pernah bercinta dengan jejaka kacak yang merupakan peninju Muay Thai itu, nama Tasha Shilla sekali lagi menjadi perhatian apabila dikatakan dia dan lelaki tersebut, Hans bercumbuan mesra di sebuah kafe hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tasha sekeras-kerasnya menafikan perkara tersebut kerana mustahil untuk dirinya berkelakuan kurang manis di hadapan umum sebegitu.
“Astaghfirullah! Mengucap panjang saya. Memang saya berada di hotel berkenaan pada minggu lalu. Cuba fikir secara logik. Mana mungkin saya akan melakukan perkara itu di depan orang. Saya ada bersama dengan kawan-kawan yang lain. Perkara ini adalah tidak benar dan akan memalukan diri saya dan keluarga,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.
Kalau mustahil dilakukan di hadapan umum, adakah perilaku kurang manis ini tidak mustahil dilakukannya dalam keadaan tertutup?
Hmm, macam-macam hal..
Kalau sebelum bagi kenyataan tu, fikirlah dulu baik buruknya kerana awak tu selebriti, yang secara tidak langsung segala perlakuan dan tingkah laku anda mungkin dicontohi oleh peminat-peminat tegar anda.

Jika sebelum ini nama Yana Samsudin kerap kali digosipkan menjalinkan hubungan istimewa dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari namun kedua-duanya menafikan perkara tersebut.
Kali ini, Yana dikatakan intim dengan seorang pemain hoki kebangsaan yang beberapa tahun lagi muda usianya daripada Yana iaitu Fitri Saari.
FITRI
Menerusi laporan Bi-Pop hari ini, kedua-dua figura ini saling mengagumi kehebatan diri di lapangan masing-masing.
Malah, Yana juga dikatakan pernah dilihat berada di stadium hoki di Ipoh dan Kuantan untuk menyaksikan ‘temannya’ itu beraksi.
Selain itu, Fitri juga pernah menghadiahkan kayu hoki berwarna merah jambu kepada pelakon berusia 29 tahun itu.
Wah, kalau betul bercinta, memang taste Yana pun lebih kurang Tasha Shilla yang lebih menggemari ahli sukan menjadi kekasih hatinya.

Akibat kemalangan yang kecil, seorang lelaki hampir menjadi mangsa jenayah selepas dua orang lelaki cuba mencuri keretanya.
Derick Chong berkongsi pengalamannya diserang dua suspek lelaki pada 5 Disember lepas pada waktu tengah malam di Seri Petaling, Kuala Lumpur di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia (MCAC).
Ketika itu Derick dalam perjalanan ke Bukit Jalil.
Menurutnya, sebuah kereta telah melanggar bumper keretanya dari belakang.
Derick keluar dari keretanya kerana pemandu kereta di belakang mahu berbincang dan menawarkan bayaran menyelesaikan kemalangan itu.
“Ketika kami berbincang, lelaki itu mengeluarkan pisau dan parang. Saya terus melarikan diri kembali ke kereta dan lelaki itu memecahkan cermin tingkap kereta saya dan cuba mematikan enjinnya namun saya berjaya melarikan diri,” katanya.
Derick berkata terdapat dua lelaki di dalam kereta itu dan memandu sebuah Honda City berwarna perak keluaran tahun 2008 atau 2010 dengan nombor pendaftaran WUM 1979.
Jika anda terlibat dalam kemalangan dan pemandu atau penunggang lain yang turut terlibat dilihat seperti mencurigakan, jangan keluar dari kereta dan pandulah ke kawasan yang lebih ramai orang.
Lebih elok, pandu kereta anda ke balai polis dan selesaikan segala perkara berkaitan kemalangan itu di sana. – MYNEWSHUB.MY

SEORANG lelaki berusia 60 tahun dari Australia kini menanggung derita kerana terdapat satu ketumbuhan misteri di perutnya yang semakin membengkak.
Segala-galanya bermula apabila lelaki itu, John Macdonald meminum beer daripada sebuah tin yang telah terjatuh di dalam sungai.
Beberapa jam selepas itu, dia telah jatuh sakit sehingga terpaksa melalui empat pembedahan serta mengambil ubat antibiotik tetapi keadaan perutnya yang bengkak masih tidak menunjukkan sebarang perubahan untuk mengecut.
Beliau ketika hari kejadian sedang memancing di Sungai Brisbane.
“Saya ingin bercerita kepada dunia dan berharap ada seseorang di luar sana yang boleh menjawab segala misteri dan merawat saya untuk kembali pulih,” katanya.



Pelakon Neelofa mengakui dia berkawan rapat dengan penyanyi rap Caprice tetapi menafikan mereka berdua pernah bercinta.
Ini kerana, sebelum ini Caprice pernah terlepas cakap di program Melodi bahawa kelancarannya dalam bahasa Melayu adalah disebabkan bercinta dengan Neelofa pada satu ketika dahulu.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Neelofa berkata kepada portal Gua, “kami memang sudah lama berhubungan rapat. Malah, huubngan rapat tersebut masih kekal ke hari ini. Tapi tidaklah sampai ke tahap bercinta”.
Neelofa juga memuji Caprice yang dikatakannya sangat kuat berusaha untuk menempatkan diri dalam bidang seni suara setanding dengan penyanyi-penyanyi rap yang lain.
Dalam perkembangan lain, pelakon kelahiran Kelantan ini akan terbang ke Los Angeles pada awal Januari depan bagi mendalami ilmu lakonan di New York Film Academy (NYFA).
Sebelum ini, pelakon Liyana Jasmay juga pernah mengambil langkah yang sama untuk memantapkan lagi bakat lakonan yang dimilikinya.

NEW DELHI – Seorang pekerja rel memotong telinga bosnya gara-gara berang apabila tidak dibenarkan bercuti, semalam.
Pembantu Jurutera Chamundeshwari Electricity Supply Corporation, C Swamy berkata, BN Venkatesh naik angin dan menyerang ketuanya selepas diminta menangguhkan cutinya sehari.
Katanya, cuti Venkatesh terpaksa ditangguhkan sehari kerana syarikat berkenaan menghadapi masalah kekurangan pekerja.
“Venkatesh mengeluarkan sebilah pisau dari kocek seluarnya sebelum menyerang dan memotong secebis telinga Swamy.
“Dia juga menendang mangsa di dada serta perut,” katanya.
Akibat serangan nekad itu Swamy terpaksa mendapat rawatan di unit rawatan rapi sebuah hospital tempatan.
Ventakesh bagaimanapun menyerah diri tidak lama selepas kejadian dengan mendakwa Swamy mempersendakan kastanya ketika dia meminta cuti. – Agensi
SURGERY

Inilah yang dikatakan jodoh.
Walaupun mengetahui wajah sebenarnya isterinya sebelum pembedahan kosmetik dilakukan, seorang doktor pakar bedah plastik di Korea dikatakan telah tertawan hati dengan pesakitnya itu sendiri.
Gadis tersebut, Huyn Jang Jin telah ditaja oleh pihak universitinya untuk melakukan pembedahan plastik di wajahnya selepas rupanya yang dikatakan menyerupai lelaki sering kali diejek dan dibuli oleh orang-orang di sekelilingnya.
Sebaik sahaja melakukan pembedahan itu, doktor yang ditugaskan melakukan perubahan terhadap wajahnya itu dikatakan telah jatuh hati dan terpesona dengan ‘kecantikan’ yang dimiliki oleh Jang Jin.
Kiranya doktor itu berpuas hati dengan hasil kerjanya sendiri kan..
Sungguh ironi sekali kisah cinta mereka ini.
SURGERY1
SURGERY3
SURGERY4
SURGERY5

Subang Jaya: Angkara menegur suami yang malas bekerja, seorang wanita menerima padah apabila dibelasah, disepak terajang dan ditampar lelaki terbabit.
Bukan itu saja, wanita berusia 19 tahun yang mendirikan rumah tangga hampir setahun itu dikatakan sering menjadi mangsa amarah suaminya berusia awal 20-an. 
Sumber berkata, dalam kejadian terbaru Rabu lalu kira-kira jam 4 petang di rumah mereka di Putra Heights wanita terbabit dipercayai menegur suaminya yang bekerja sebagai penyelia itu kerana sudah tiga hari tidak bekerja. 

“Berikutan teguran itu, suami mangsa dikatakan tidak puas hati menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Gagal mengawal marah, lelaki terbabit kemudian membelasah mangsa,” katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa dengan segera keluar dari rumah sebelum dinasihati keluarga supaya membuat laporan polis. 
Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Putra Heights kelmarin kerana bimbang dicederakan lagi. 



SINGAPURA: Rusuhan tercetus di kalangan pekerja dari Asia Selatan, di sini, malam tadi, dan merosakkan kereta polis dan beberapa kenderaan di kawasan digelar `Little India', kata saksi dan media tempatan.
Kejadian berkenaan yang berlaku di republik yang mengamalkan perundangan ketat tercetus di kawasan biasanya dibanjiri ribuan pekerja, kebanyakannya dari benua kecil India, pada hari cuti mereka.
Punca kejadian tidak begitu jelas dan keadaan kemudiannya terkawal dalam dua jam, kata orang ramai yang berada di kawasan itu memberitahu AFP.

“Polis mengesahkan rusuhan berkenaan di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire, kira-kira 9.23 malam.

“Anggota polis di kawasan itu sedang mengawasi keadaan. Orang ramai dinasihati supaya menjauhi kawasan berkenaan,” menurut kenyataan Polis Singapura menerusi Facebook rasmi jabatan itu.

Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan sekurang-kurangnya dua kenderaan, termasuk ambulans terbakar di jalan.

Wartawan AFP yang berada di kawasan itu pula melihat tingkap kenderaan polis dan ambulans dipecahkan. - AF

Kuala Lumpur: Western Union Company (WU), peneraju dalam perkhidmatan pengiriman wang sedunia, mempunyai bilangan pengguna terbesar di Malaysia berbanding dengan negara lain di Asia Pasifik sejak 2012 sehingga kini.
Pengarah Urusan Western Union Malaysia, Chew Mei Ling berkata, pihaknya percaya melalui saluran yang betul yang disediakan untuk pengguna memudahkan lagi proses pengiriman wang.
Beliau berkata, Malaysia melaksanakan beberapa langkah keselamatan yang berkesan untuk menjalankan pengiriman wang yang sah dan mudah sejak penguatkuasaan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (MSB) 2011.
“Kami memuji usaha Bank Negara dalam pemodenan perkhidmatan pembayaran wang melalui peningkatan akses dan kawalan untuk pengguna di Malaysia, termasuk pekerja asing dan peniaga.
“Rangka kerja baru lesen MSB telah memperbanyakkan lokasi pemindahan wang yang berdekatan dengan tempat tinggal dan tempat bekerja akan menggalakkan orang ramai menggunakan saluran sah dan boleh dipercayai untuk pengiriman wang,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, Malaysia adalah kuasa besar di rantau ini kerana mempunyai 2.6 juta pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara jiran dan seluruh Asia Tenggara melalui perkhidmatan pengiriman wang.

MELAKA: Semua 13 anggota pelatih komando yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki dipukul ribut, di perairan Melaka, kelmarin, ditemui selamat kira-kira 1.19 pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri mereka ditemui orang awam dalam keadaan selamat di Pantai Kundur, Pantai Puteri, kira-kira 1.19 pagi tadi.
Malam tadi, 13 anggota tentera dilaporkan dikhuatiri lemas berikutan bot dinaiki hilang ketika mereka menjalani latihan asas komando mendayung ke Pulau Nangka, kelmarin.
Difahamkan, ketika kejadian bot dinaiki mereka bersama empat bot lain dalam perjalanan dari pesisir pantai Sungai Udang ke pulau berkenaan.

Dipercayai kira-kira jam 9 malam, kumpulan terbabit dilanda ribut serta ombak besar dan hanya tiga bot dinaiki seorang pegawai dan 35 anggota berjaya menyelamatkan diri dengan mendarat di Pulau Upeh, di sini, kira-kira jam 12.30 malam.

Kehilangan kesemua pelatih komando itu kemudiannya disahkan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau yang dihubungi dipetik berkata 13 anggota pelatih komando berkenaan sedang menjalani latihan mendayung.

Menurutnya, gerakan mencari anggota terbabit dijalankan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Terdahulu, jurucakap di Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan 13 anggota tentera di perairan Selat Melaka dan Pasukan Penyelamat Di Air dihantar ke lokasi untuk mencari dan menyelamatkan mangsa.

Brasilia: Ratusan remaja miskin Brazil - sesetengahnya semuda usia 11 tahun menjadi tempat pekerja pembinaan stadium Piala Dunia 2014 memuaskan nafsu masing-masing.
Menurut siasatan media kadang-kadang ada bas dipenuhi kanak-kanak dilihat memasuki bandar raya Sao Paolo dipercayai untuk dijadikan pelacur.
Sumber berkata, kanak-kanak terbabit biasanya diambil dari pelbagai petempatan miskin di seluruh Brazil.


Setiausaha Kehakiman Sao Paulo, Eloisa de Sousa Arruda berkata, kerajaan memang bimbang dengan keadaan itu.

Katanya, remaja perempuan dari Congo dan Somalia turut dikesan tiba lapangan terbang antarabangsa di Sao Paulo.
“Dipercayai mereka dibawa ke sini oleh sindiket mafia Russia,” katanya.


Menurut Eloisa kerajaan bimbang kanak-kanak terbabit sebahagian daripada ‘tsunami’ pelacur dikuasai kumpulan dadah, rangkaian pemerdagangan manusia, malah mafia Rusia.

Katanya, mereka menyasarkan pengunjung asing yang bakal datang ke Brazil untuk menyaksikan pertandingan bola sepak Piala Dunia Jun depan. 

“Kekurangan sokongan politik juga menyukarkan perbuatan itu dibendung, malah remaja terbabit mencari pelanggan tanpa berselindung walaupun ketika itu ada polis membuat rondaan,” katanya.

Siasatan media mendapati pelanggan biasanya dibawa ke hotel murah atau ke bilik tidur mereka di kawasan miskin yang digelar favela.

Sementara itu penduduk setempat berkata, ramai gadis mereka dipaksa melacur oleh kumpulan penjenayah.

Seorang daripada pelacur itu, Poliana, 14, berkata, dia menjual tubuh ketika pekerja pembinaan berehat pada waktu makan tengah hari. 

Caj yang dikenakan kadang-kadang serendah RM13. 

Poliana - yang kelihatan seperti gadis biasa, kecuali perutnya yang hamil - berkata kebanyakan pelanggannya terdiri daripada buruh binaan Arena Corinthians. 

“Saya mula melacur pada malam kematian ibu saya. 

“Memang sebelum itu saya ada memikirkan melakukannya, tetapi apabila ibu mati saya hilang arah.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk mencari nafkah lalu saya terus ke stadium mencari lelaki yang mahukan seks,” katanya.

Menurutnya, ramai lagi gadis dari kawasan miskin turut melacur, malah ada yang baru berusia 11 tahun.

“Selalunya saya yang paling tua. Bila Piala Dunia bermula, ramai lagi yang akan datang.

“Semua menganggap mampu membuat duit lebih dengan begitu ramai pelancong,” katanya.

Seorang lagi remaja, Thais, 16, yang juga penagih dadah berkata, dia mengenakan bayaran antara RM20 dan mampu melayan sehingga 15 pelanggan sehari.

“Hampir semua pelanggan saya buruh binaan.

“Pelanggan tiada masalah membuat bayaran, tetapi kadangkala mereka melayan saya dengan teruk.

“Apa boleh saya buat? Ibu bapa saya sudah meninggal dunia dan saya perlukan wang,” katanya. 

Menurut siasatan Majlis Bandar Raya Sao Paulo, buruh binaan di stadium itu ditemui bapa ayam yang menawarkan khidmat seks dengan gadis muda.

Malah, 57 peratus daripada pekerja ditemui mengakui pernah menggunakan khidmat pelacuran kanak-kanak.- Agensi