Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

 

Satu kemalangan melibatkan 3 buah kereta mewah Lamborghini di KM 260.1 dari Port Dickson menuju ke Seremban. menurut info, lorong tengah & kanan terhalang dan menyebabkan keadaan trafik sesak.

3 buah kenderaan jenis Lamborghini tersebut melanggar sesama sendiri dan mengakibatkan kebakaran yang teruk pada kereta Lamborghini berwarna hitam. Ketiga-tiga kereta tersebut bernombor plat pendaftaran Singapura.

Melihat kepada foto kemalangan, kenderaan terlibat daripada model Lamborghini Gallardo - Sumber Gambar DTR Group








Tawau: Gagal memujuk isterinya pulang ke rumah, seorang suami menyimbah petrol ke rumah keluarga mentua sebelum adik iparnya yang cuba menghalang tergelincir ke dalam api dan terbakar hidup-hidup di Taman Semarak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, Darwin Tahang, 24, melecur hampir 95 peratus dan kini bertarung nyawa kerana dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Tawau, di sini.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila abang iparnya berusia 52 tahun yang mempunyai masalah rumah tangga datang ke rumah mentua sebelum memujuk isterinya kembali tinggal bersamanya.

Namun, selepas pujukannya ditolak, lelaki terbabit menuju ke arah keretanya lalu mengambil dua tong petrol sebelum menyimbahnya di hadapan rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, suspek kemudian menyalakan pemetik api sebelum mangsa yang menyedari tindakan gila abang iparnya cuba menahannya daripada berbuat demikian.


Beijing: Seorang murid perempuan mencampak budak lelaki yang ditemuinya bersendirian di dalam lif melalui balkoni menyebabkan mangsa terbunuh, semalam.

Yuanyuan yang berusia kurang dari dua tahun, sebelum itu berada di dalam lif bersama ibunya serta seorang budak perempuan di sebuah bangunan apartmen di Chongqing, barat daya China.

Rakaman kamera litar tertutup di dalam lif menunjukkan ketika ibunya menolak keluar basikal kecil dari lif, pintunya tiba-tiba tertutup.

Keadaan itu menyebabkan mangsa tinggal berdua saja dengan murid terbabit. Apabila pintu lif tertutup, murid perempuan itu mendukung Yuanyuan sebelum menghempas mangsa ke lantai. Tidak cukup dengan itu Yuanyuan ditendang, dipukul dan dipijak berulang kali. Apabila pintu lif terbuka di tingkat 25, murid berkenaan menolak mangsa keluar. 

 Laman web berita berbahasa Inggeris Shanghaiist melaporkan ketika itulah murid terbabit mencampak Yuanyuan dari bangunan itu sama ada dari tingkap atau balkoni. Kesan tompokan darah turut dilihat berhampiran dengan mayat Yuanyuan ditemui di atas tanah.

Kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke hospital berdekatan tetapi meninggal dunia akibat kecederaan dialami. - Agensi


Seorang wanita yang dikenali sebagai fitness blogger membuat heboh dunia maya . Sebabnya , wanita bernama Caroline Berg Eriksen ini mempamerkan foto selfie dirinya yang sudah kembali berperut rata empat hari pasca melahirkan .
Caroline yang merupakan isteri dari pemain bola sepak Norway , Lars - Kristian Eriksen dikenali sebagai fitness blogger ternama di negeri tersebut melalui blognya Fotball Frue . Dia menjadi buah mulut setelah pada 28 November lalu atau tepat empat hari selepas melahirkan seorang bayi perempuan , kerana mempamerkan foto dirinya di Instagram . Dalam foto tersebut , dia berpose hanya memakai underwear dan bra .

" I feel so empty , and still not ... 4 days after birth , " tulis Caroline pada caption gambar yang memperlihatkan betapa perutnya sudah sangat langsing .

Sampai saat ini foto tersebut sudah mendapat 3241 komen . Isi komen cukup berbeza ada yang mengkritik , terpesona atau memuji hingga menyebut foto Caroline ini boleh menjadi motivasi untuk menurunkan berat badan .

Foto selfie Caroline ini bukan hanya ramai di Instagramnya saja . Foto itu kemudian merebak ke pelbagai forum dan blog para ibu . Seorang blogger bernama Suzanne Aabel beraksi dengan mempersoalkan apakah dia dan Eriksen spesies yang sama . Blogger lain asal Australia bernama Rebecca Sparrow menyebut tindakannya merugikan sesama wanita .

" Pertandingan antara wanita untuk melahirkan dan kemudian segera memadam semua jejak dari tubuh mereka benar - benar tidak bermoral . Tidak ada kata lain . Ini lebih kepada obsesi ingin diakui ' lihat betapa aku masih seksi ' dan perlu endorsement , " tulisnya seperti dipetik Huffington Post .

Sparrow menambah lagi , ketika seorang ibu fokus pada penampilannya pasca melahirkan , ini boleh mengurangkan perasaan mereka yang sebenarnya . Perasaan untuk menikmati proses mengurus buah hati yang baru lahir . " Dan itu lah yang seharusnya menjadi perhatian semua ibu baru . Menjadi ibu itu menyenangkan dalam segala aspek , " tulis Sparrow di blognya .

Selain mengkritik , ada juga blogger yang memberikan sokongan pada Caroline . Seorang blogger di Cafe Stir misalnya menulis memang sudah sewajarnya wanita cantik isteri pemain bola sepak itu tampil menarik . Sehingga tidak hairanlah jika dia langsung langsing hanya dalam masa beberapa hari selepas melahirkan .

" Orang yang mengkritik boleh jadi punya masalah dengan dirinya sendiri . Wanita seharusnya mensyukuri apapun bentuk tubuhnya pasca melahirkan , " tulisnya .

Caroline sendiri yang saat hamil berat badannya naik 22 pounds atau hampir 10 kg , membela diri atas segala kritikan terhadap penampilannya . Dia mempamerkan foto tampil langsing setelah melahirkan untuk menunjukkan pada semua orang kalau tubuh wanita masih boleh tidak berubah seperti sebelum melahirkan . Sama seperti tulisan blogger di Cafe Stir , ibu berusia 32 tahun itu pun meminta semua wanita bangga pada tubuh mereka , tanpa peduli seperti apa penampilan mereka selepas melahirkan .

Sumber: wolipop.detik.com

PARK RIDGE, Illinois - Seorang warga Amerika Syarikat (AS), Gail Wise dipercayai sebagai wanita pertama di dunia yang memiliki kereta Ford Mustang keluaran syarikat Ford.

Wise membeli kereta dua pintu tersebut pada 15 April 1964 semasa berumur 22 tahun dan ketika dia bekerja sebagai seorang guru.

Dia membeli kereta tersebut di Chicago, dua hari sebelum presiden syarikat Ford iaitu Lee Iacocca memperkenalkan model itu dalam satu pameran.

Kereta itu kini masih digunakan oleh Wise dan suaminya, Tom.

Bagaimanapun, kereta tersebut tersimpan di dalam garaj rumah mereka pada tahun 1979 selama 27 tahun sebelum ia menjalani pembaikan dan pemulihan. - Agensi


Hai, tak tahulah macam mana nak cakap dengan budak-budak sekarang.
Semakin ‘advanced’ dalam segala hal.

Terbaru, seorang pelajar perempuan dengan bangganya berkongsi gambar air maninya sehingga menjadi viral di laman sosial.
Gadis itu menulis, “Basah, papa buat. Hee”.


AIR1

Sepatutnya, gadis di kala usianya hanya perlu sibuk bergelumang dengan pembelajaran, ini dah terlebih ‘maju’ ke hadapan dalam hal-hal yang tidak senonoh.

Bila terjadi perkara sebegini, siapa yang harus dipersalahkan, sama ada ibu bapa atau pun pelajar itu sendiri yang tidak tahu menilai mana satu perkara yang baik atau pun tidak?
Tepuk dada, tanyalah diri sendiri..

Kematian tragis aktor Paul Walker dalam sebuah kemalangan Sabtu lalu telah memberi satu tamparan hebat buat keluarga,teman rapat serta para peminatnya di seluruh dunia.

Namun insan yang paling sedih pada masa ini mungkin ialah teman wanita mendiang , Jasmine Pilchard-Gosnell,23.

Masih bergelar pelajar tahun akhir sebuah universiti di California, Jasmine dan mula bercinta ketika beliau berusia 16 tahun,manakala Paul,33.

Pasangan itu,telah menyulam cinta selama tujuh tahun dan hubungan mereka disifatkan oleh ahli keluarga masing-masing “mempunyai masa depan yang cerah”. Mereka juga pernah berbincang untuk memulakan kehidupan sebagai satu unit keluarga,apatah lagi Jasmine dikatakan begitu rapat dengan anak perempuan Paul,Meadow yang kini berusia 15 tahun.

Walaupun perbezaan umur mereka agak jauh iaitu 17 tahun,namun kedua-duanya mempunyai hubungan yang bahagia.

Bagaimanapun, kegembiraan mereka telah berakhir tanpa dijangka berikutan kemalamgan yang meragut nyawa aktor siri filem ‘Fast and Furious’ itu. Jasmine dilaporkan rebah setelah menerima panggilan telefon daripada saksi kemalangan itu, Jim Torp.

“Setelah mendengar panggilan telefon bahawa Paul mungkin tiada peluang untuk hidup,Jasmine serta-merta rebah ke lantai akibat terlalu sedih,” kata Torp.

Namun,Jasmine terpaksa meneruskan hidupnya dengan tabah setelah ketiadaan Paul kerana tanggungjawab membesarkan Meadow kini digalas oleh wanita itu. Malah,berita kematian Paul sampai ke pengetahuan anak perempuannya melalui Jasmine.

Kali terakhir kelibat Meadow dirakam adalah pada Rabu lalu dan remaja itu dikatakan kini berada di rumah keluarga Paul.
Atlet olahraga biasanya memiliki tubuh yang kekar, tidak seperti postur para model yang berjalan di atas catwalk. Namun beberapa atlet wanita dunia mempunyai tubuh 'sempurna' serta wajah yang cantik. Untuk itu, mereka masuk ke dalam deretan atlet wanita terseksi di dunia

 1. Lindsey Vonn
Seperti yang dilansir dari US Magazine, Lindsey Vonn merupakan salah satu atlet wanita terseksi di dunia. Ia merupakan seorang pemain ski handal yang telah meraih empat kali juara dunia.

 2. Hope Solo
Hope Solo juga termasuk deretan atlet wanita terseksi di dunia. Ia adalah kiper sepak bola Amerika Serikat yang pernah meraih dua kali medali emas di Richland, Washington. Ia menjadi kiper tim naasional sepak bola wanita di Amerika sejak 2000 silam. Ia terus mengikuti beberapa olimpiade sampai saat ini.

 3. Missy Franklin
Missy Franklin merupakan atlet muda yang baru berusia 18 tahun tapi telah merebut empat medali emas dan satu perunggu di 2012 London Games. Sebagai ungkapan kebahagiaannya memenangkan empat medali emas sekaligus, ia membuat tato Olimpiade di jarinya. Missy juga diklaim sebagai atlet terseksi walaupun usianya masih sangat muda.

 4. Nastia Liukin
Seorang atlet senam, Nastia Liukin, pernah memiliki lima medali di beberapa Olimpiade yang diikutinya di 2012. Selain itu, ia merupakan atlet wanita pertama yang menjadi model CoverGirl serta memiliki clothing line yang dilabeli dengan nama 'JCPenney'.

 5. Danica Patrick
Tidak salah jika Danica Patrick juga merupakan altet terseksi di dunia. Pasalnya ia memiliki wajah yang cantik dan tubuh seksi. Danica adalah seorang pembalap asal Amerika Serikat. Ia juga pernah masuk sebagai model cover majalah Sports Illustrated, SHAPE, dan ESPN. Bahkan Danica juga pernah tampil seksi di SI edisi swimsuit pada 2008 silam.

 6. Maria Sharapova
Maria Sharapova adalah atlet tennis wanita asal Rusia. Ia menduduki peringkat ke-3 tahun ini sebagai petenis profesional dunia oleh Women's Tennis Association (WTA). Tubuhnya selalu tampak langsing dan cantik. Ia mengaku tidak pernah melakukan diet, hanya olahraga dan memiliki ekstra air putih. Ia juga pernah menjadi model dari majalah SHAPE.

 7. Amanda Beard
Amanda Beard telah meraih tujuh medali Olimpiade untuk kejuaraan renang. Beard juga pernah berpose memakai bikini untuk majalah Sports Illustrated di 2005. Tidak hanya itu, Beard pernah tampil seksi di cover majalah Playboy pada 2007 silam.

8. Gabrielle Reece
Gabrielle Reece merupakan atlet voli wanita, model, serta aktris asal Amerika. Ia memiliki tubuh yang seksi dengan wajah cantik. Reece pernah berpose untuk Playboy di 2001 silam.

Sumber: wolipop.detik.com

Seorang pemuda dipukul sampai mati oleh penduduk setempat jam 4.30 pagi Selasa lalu selepas ‘kantoi’ cuba mencuri wang dari tabung masjid menggunakan dawai di Pandan Indah.
 
Shahreza Fauzi, 20, meninggal dunia di Hospital Ampang dipercayai kerana kecederaan parah di kepala, badan, tangan dan kaki akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

Pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui sebatang kayu yang mungkin digunakan untuk memukul mangsa.

Mayat Shahreza kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

The Star melaporkan, seorang rakan arwah sejak kecil yang cuma mahu dikenali sebagai Nazrin berkata, Shahreza tinggal bersama bapa tiri di Bukit Indah, Ampang selepas ibunya meninggal dunia lima bulan lalu. Bapa kandungnya pula sudah lama tiada.

Sebelum kematian, Shahreza menunjukkan perangai pelik termasuk memuat naik status berkaitan kematian di Facebook dan Whatsapp.

Susulan kematian Shahreza,  empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Jika sebelum ini pelakon Jehan Miskin pernah menggemparkan peminatnya dengan rantai seakan berbentuk salib, kali ini suami kepada Daphne Iking, Azmi pula dituduh sedemikian.

Ini semua gara-gara rantai yang dipakainya sewaktu menemani isterinya di sebuah majlis baru-baru ini.

Banyak peminat mengandaikan rantai yang dipakai Azmi merupakan rantai berbentuk salib namun Daphne menjelaskan rantai itu sebenarnya adalah berbentuk pedang, bukan salib seperti yang difikirkan banyak pihak.

Di sini penulis sertakan gambar rantai itu dan anda nilaikanlah sendiri.

Rasanya lebih manis kalau lelaki Muslim tidak mengenakan sebarang perhiasan yang menyerupai kaum wanita.


Itu lebih baik daripada menimbulkan pelbagai persepsi yang tidak baik kepada diri anda sendiri.

Bukan begitu?

SETIAP kali berlakunya pemindahan sementara untuk mangsa bencana alam di negara ini, kita akan lihat suasana yang ‘kelam kabut’ dan berselerak di pusat-pusat pemindahan tersebut.

Lebih parah golongan wanita. Bayangkan dalam usaha untuk menjaga ahli keluarga, mereka juga terpaksa menjaga menjaga aurat daripada dilihat ratusan mangsa yang bukan muhrim.

Ibu yang menyusukan anak lagi sedih, terpaksa menyusukan anak sambil orang lalu-lalang.
Pengalaman penulis lagi sadis, pada suatu hari seorang Menteri lelaki ini pergi melawat mangsa banjir di kawasannya.

Apalagi, berduyunlah pihak media datang membuat liputan.

Ketika beliau sedang bersalaman, seorang ketua kampung ini memberitahu yang anak buahnya baru melahirkan anak.

Apalagi pak Menteri dan puluhan jurukamera dan jurugambar pun meluru ke arah wanita yang dimaksudkan.

Ketika pak Menteri menghulurkan tangan untuk bersalaman, si ibu tadi mungkin kerana teruja diziarahi pembesar, terus menyambut salam tersebut sambil terlupa yang dia sedang menyusukan bayinya.

Apalagi terserlah ‘dua bukit’ si ibu di depan puluhan jurugambar yang bertugas…nasib baik si suami sempat menjerit;
” Jangan ambil gambar lagi, isteri saya sedang MENETEK! “

Bila dikenang kembali, lucu pun ada juga.

Moralnya di sini, kerajaan sudah perlu melihat semula kaedah yang lebih baik dalam bab penempatan sementara ini.

Di sini penulis sertakan gambar bagaimana kerajaan Jepun menyediakan penempatan sementara untuk rakyatnya yang dilanda gempa bumi.

Khemah yang disediakan sangat menarik, sekali gus boleh menyelesaikan masalah ‘privasi’ mangsa-mangsa ini.

Lagipun nampak ia lebih tersusun, sistematik, bersih dan kemas.
Mungkin harga khemah-khemah sebegini agak mahal namun rasanya kerajaan dah lebih dari mampu untuk menyediakan.

Inilah masanya untuk kita menunjukkan keprihatinan kepada rakyat yang masih ‘sudi’  memangkah kita untuk memerintah.
Itupun kalau kita masih ‘sudi’ untuk mengenang jasa merekalah
Nak tahu apa lauk tambahannya? Ini bukan lalat atau serangga biasa tetapi.. cuba anda perhatikan betul-betul dan dekat-dekat. Nampak sangat tukang masaknya tangkap muat jer tak tengok.. Dah sah anak ular sebesar itu pun tak nampak.. ishh.. kembang bulu roma admin..

p/s harap-harap kat Malaysia tak seteruk begini..