Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Chris Booth dan James Mollison ialah dua orang jurugambar yang menghasilkan projek Where Children Sleep dimana mereka mengembara keseluruh dunia untuk melihat "bilik tidur" kanak-kanak. Ada yang mempunyai bilik yang mewah dan tak kurang juga ada yang tinggal sebagai gelandangan. Siri foto ini menginsafkan.



Cool
Kuala Lumpur – Seorang lelaki kurang upaya dilibas dengan parang oleh suspek dipercayai mempunyai masalah mental ketika sedang minum di restoran mamak Jalan Bangsar di sini hari ini.
Kejadian jam 10.45 pagi itu mengejutkan lebih 10 pelanggan di restoran itu yang lari bertempiaran ketika suspek mengamuk dengan menggunakan parang.
Mangsa cedera di muka dan ditetak di beberapa bahagian badan. – BH Online
[Wow] - Jenayah
KUANTAN – Keadaan banjir di Pahang kini semakin buruk dan semakin banyak mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri ini.
Bandar Kuantan kini hampir lumpuh apabila kebanyakan kawasan terputus bekalan elektrik dan air, selain jalan raya di sekitar bandar dinaiki air sehingga melebihi satu meter akibat hujan tidak berhenti hingga hari ini.
Beberapa kawasan perkampungan dan perumahan di sekitar Kuantan turut terputus bekalan elektrik dan air, selain dinaiki air sehingga melebihi dua meter.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri sehingga jam 11 pagi tadi, sebanyak 11,721 mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Jerantut.
“Di Kuantan, sebanyak 4,148 mangsa banjir ditempatkan di 33 pusat pemindahan, Rompin (3,615 mangsa di 10 pusat pemindahan), Pekan (2,716 mangsa di 9 pusat pemindahan), Maran (1,179 mangsa di sembilan pusat pemindahan) dan Jerantut (63 mangsa di sebuah pusat pemindahan).
Tinjauan mendapati kebanyakan premis perniagaan, swasta dan institusi kewangan di bandar Kuantan tidak beroperasi berikutan bekalan elektrik terputus.
Pengamal media di Pahang turut menghadapi kesulitan untuk beroperasi bagi melaporkan situasi banjir terkini di Pahang.
Penduduk di kawasan rendah dan kawasan perumahan di sekitar Kuantan diarah bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan dan dijangka berlaku air pasang dari laut dan bertembung dengan air Sungai Kuantan serta Sungai Lembing pada malam ini.
Berdasarkan tinjauan Bernama, beberapa pusat pemindahan juga mengalami masalah bekalan makanan dan keperluan asas berikutan kawasan penempatan mangsa banjir tidak dapat dihubungi menerusi jalan darat. - BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
Selepas hubungan cintanya Ahmad Albab
iaitu anak kepada pengarah Eirma Fatim berakhir beberapa lalu, belum ada
berita mengkhabarkan pelakon Sharifah Sakinah bertemu pengganti.
Sehinggalah malam tadi sewaktu majlis
malam gala tayangan filem terbaru lakonannya, Ular, bertempat di
e@Curve, adik kepada pelakon dan pelawak Sharifah Shahirah itu tidak
datang keseorangan. Apa yag jelas, dia hadir bersama seorang jejaka yang
tidak kurang segaknya.
Lantas pihak media terus bertanyakan pada tuan empunya badan, siapakah gerangan jejaka tersebut? Adakah kekasih baru Sakinah?
“Bukan. Dia tu trainer gym saya, Murad
namanya. Tapi sebenarnya dia trainer kak Lin (Sharifah Haslinda). Memang
dia selalu temankan saya. Kalau dia tak ada kelas, memang 24 jam dia
dengan saya. Dia tu anak angkat mak saya sebenarnya. Dia nak jadi
pelakon sebenarnya, jadi itu yang saya bawa dia malam ni untuk dia lihat
sendiri bagaimana kerja pelakon.
“Sekarang ni saya dalam proses nak
kuruskan badan. Dalam masa 6 bulan ni saya dah turun 12kg. Macam hari ni
(malam tadi) saya bawa Murad ke sini, jadi makanan macam nasi goreng
dan kueh teow goreng yang ada hari ni, semua tu saya tak boleh makan.
Dia tak bagi. Kalau dia tak ada, memang saya dah makan dah”, katanya
kepada pihak media sekaligus memberitahu buat masa ini dia masih lagi
solo.
‘Ular’ Yang Pertama
Sementara itu berkongsi mengenai filem
Ular, Sakinah berkata filem arahan Jason Chong itu merupakan filem
sulung lakonannya. Walaupun watak yang dibawakan ringan tapi sebagai
orang yang baru nak berjinak-jinak di layar perak, Sakinah berasa
bertuah dan bangga dapat bekerjasama dengan pelakon hebat seperti Lisa
Surihani, Yusry juga produksi yang sangat komited.
Disebabkan dia sudah biasa berlakon
sejak dari kecil, jadi dia tida berasa kekok untuk berlakon di laya
lebar. Mengimbas saat kira-kira dua tahun lalu, dia seronok sepanjang
menjalani penggambaran Ular.
“Ni filem sulung saya. Penggambaran masa
tahun 2011, masa tu umur saya 21 tahun. Lebih kurang 3 minggu kami
berada di Pulau Tioman untuk penggambaran.
“Watak saya ringan saja iaitu sebagai
seorang gadis yang gedik bernama Lin. Dia kawan baik kepada Amy (lakonan
Zarina Anjoulie). Saya seronok sepanjang penggambaran. Sepatutnya ada
babak saya bersama ular sebenar, tapi pihak produksi tak buat sebab
risikonya besar.
“Sepanjang kat pulau tu, nak diikutkan
memang tak selesa sebab banyak nyamuk dan lepas tu kena shoot dalam
hutan. Tapi saya okay saja”, katanya.
Ular arahan pengarah Jason Chong, bakal ditayangkan di pawagam pada 5 Disember ini. – Malaysian Digest
Hiburan
Apa yang anda lihat di dalam majalah selalunya bukan diri mereka yang sebenar. Semua telah diberi 'retouching' agar dapat memikat hati pembaca. Tak percaya? Cuba anda tengok sendiri.







Sakit Mata
Selepas selamat bergelar suami isteri pada 10 November yang lalu, pasangan Fizo Omar dan Mawar ada memaklumkan kepada media yang mereka akan terbang ke Eropah untuk percutian bulan madu mereka dan nampaknya ketika ini mereka sedang berada di sana.
Fizo Omar melalui akaun Instagram beliau ada berkongsikan beberapa keping gambar sekitar destinasi pertama mereka di Dubai, UAE untuk tatapan para peminat sebelum pasangan ini terbang ke kota London untuk percutian Eropah mereka.
Bercakap tentang gambar di Instagram, Fizo Omar baru baru ini menegur sebilangan individu yang datang dan menulis komen negatif terhadap gambar yang dikirimkan melalui laman sosial itu — walaupun ianya hanya gambar dikalangan keluarga.
“Saya sebenarnya boleh terima teguran dari anda semua sebab saya pun manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan tapi, kalau nak menegur bukan memalukan sesiapa di laman sosial yang boleh dilihat berjuta orang,” luah Fizo Omar.
Pedulikan sahaja mereka, lebih ramai lagi yang gembira melihat kehidupan Fizo Omar lebih lebih apabila sudah bahagia berumahtangga ketika ini.
Rotikaya

Hiburan

Satu kemalangan ngeri telah berlaku sekitar pukul 5.40 petang semalam di Batu 19 Sandakan. Dua penunggang motorsikal maut digilis apabili bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.
Mengikut saksi ditempat kejadian, motor tersebut cuba memotong sebuah kenderaan namun tidak menyedari lori tersebut telah menghampiri mereka. Takziah kepada keluarga mangsa
[Wow] - Berita Tempatan

Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menawarkan
60 unit Myvi Edisi Terhad FEM (Female Empowerment Movement) kepada
golongan wanita sebagai usaha bagi menjayakan kempen FEM yang memberi
fokus kepada golongan terbabit.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh
berkata, kempen seperti itu dilihat dapat menyumbang 20 hingga 30
peratus kepada jualan tahunan syarikat.
“Kempen yang fokus kepada golongan sasaran ini salah satu strategi kami bagi mengekalkan penguasaan pasaran automotif di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran kempen PERODUA FEM di sini, semalam.
Kempen terbabit menyaksikan PERODUA menawarkan Myvi dilengkapi
pelekat trendy, kusyen kulit dan warna putih Ivory. Semua ciri istimewa
itu bernilai RM4,000 dan apa paling menarik, harga unit terbabit tetap
berada pada harga semasa iaitu RM56,000 seunit.
Beliau berkata, golongan wanita perlu berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan memiliki atau pernah memandu kereta PERODUA untuk menikmati tawaran terbabit. Mereka juga perlu berdaftar di laman web www.peroduafem.com.my untuk menikmati pelbagai kemudahan lain dan berkongsi maklumat mengenai isu wanita.
Katanya, sehingga kini, laman web itu mencatatkan 2,000 keahlian dan syarikat menyasarkan 10,000 keahlian menjelang akhir tahun depan.
Ketika ditanya kesan kenaikan tarif elektrik kepada operasi
syarikat, Aminar berkata syarikat akan cuba terus menawarkan harga
berpatutan kepada pelanggan dengan mengurangkan kos pada setiap
peringkat dalam rangkaian pembekalan.
[Wow] - Motokar

Nairobi: Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual
semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda
berusia 28 tahun.
Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri.
Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki.
Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas
kesalahannya mendera kambing. Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe
tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun
selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing. Kambing
yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh
pegawai pendakwa kes.
Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu.
Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok.
Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak
Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat
itu.
Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis.
Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva
kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi. -
Agensi
Global

Kota Bharu: Tiga tahun lamanya seorang wanita menderita sukar tidur
malam kerana diganggu mimpi ngeri, malah sepanjang tempoh itu dia hanya
boleh melelapkan mata apabila berbaring dalam posisi mengiring.
Semua itu dilaluinya angkara perbuatan sihir anggota keluarga sendiri yang tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka.
“Jika saya tidur telentang atau meniarap, badan terasa sakit seperti
ditimpa besi atau menjadi panas seperti kena rebus,” kata ibu tunggal
beranak satu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 37.
Menurutnya, akibat perbuatan sihir itu juga berat badannya yang sebelum ini 80 kilogram (kg) menyusut 20kg kepada 60kg.
Menurutnya, akibat perbuatan sihir itu juga berat badannya yang sebelum ini 80 kilogram (kg) menyusut 20kg kepada 60kg.
Wanita berasal dari sebuah kampung di Gua Musang itu berkata,
penderitaannya selama tiga tahun itu berakhir selepas dirawat seorang
pengamal perubatan Islam
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA:
Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu
menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman
pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk
sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.
"Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara
begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di
mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya
seolah-olah ingin sindir saya?," katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap
Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan
pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan
Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah)
daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.
Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu
gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus
sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.
Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn
Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3,
bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.
Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.
Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan
meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara
berhemah.
Dalam pada itu, Rabecca mendakwa dia terkejut selepas mendapat tahu
Erma cuba mempengaruhi pihak atasan sebuah organisasi media agar tidak
menyiarkan apa-apa berita yang mengaitkan mereka berdua berhubung saman
berkenaan.
"Saya tak faham kenapa dia perlu berjumpa dengan pihak atasan media
tersebut meminta mereka tidak mengeluarkan berita tentang hal berhubung
kekalahannya di mahkamah?
"Biarlah... apa tindakannya sekalipun, ia tidak akan menjejaskan saya," tegasnya.
[Wow] - Kisah Artis
SEJAK bintang Juvana, meluahkan rasa cintanya terhadap pelakon seksi,
Lana Nordin, sehingga kini nama pelakon ini masih menjadi bualan hangat.
Bermula dengan pendedahan mengenai cinta hatinya, kontroversi demi
kontroversi ligat menghiasi perjalanan pelakon filem, Balada Pencinta
ini.
Tidak menyangka pendedahan itu bakal melukakan hati teman tapi mesranya, Shila Amzah, akui Johan, Shila juga turut menyekatnya dari kesemua laman mikro milik penyanyi ini.
Walaupun sehingga kini, Shila masih belum memberi penjelasan kepada media mengenai perkara itu, timbul pula kontroversi baharu mengenai lagu barunya yang turut dikaitkan dengan Johan.
Menerusi muzik video, Masih Aku Cinta, Shila memilih Johan sebagai pelakon utama dan Isnin lalu, anak dara ND Lala ini mengepilkan ‘teaser’ lagu itu serta memberitahu video muzik itu bakal dimuat naik syarikat rakaman, Warner Music Malaysia, pada
malam berkenaan.
Namun, sehingga kini, muzik video itu masih belum dipertontonkan ke laman perkongsian, Youtube, malah 'teaser' yang ada turut dibuang secara tiba-tiba.
Ini menimbulkan tanda tanya buat pengikut laman sosial Shila Amzah dan tidak kurang juga yang menduga sesuatu termasuk muzik video ini telah ditarik balik.
Ada segelintir pihak membuat andaian bahawa muzik video ini bakal dibuat semula susulan konflik yang berlaku antara Johan dan Shila, baru-baru ini.
Pun begitu, wakil daripada Warner Music, tampil menafikan segala khabar angin berkenaan dan meminta masyarakat dan peminat tidak membuat spekulasi.
Menurut Anne, muzik video itu sepatutnya dipertontonkan pada malam Isnin lalu, namun, atas sebab masalah teknikal, ia terpaksa ditunda.
"Muzik video itu tidak akan ditarik semula atau dibuat semula. Kami akan mempertontonkan video itu pada hari Selasa sekiranya masalah teknikal itu dapat diatasi.
"Sebenarnya, usaha untuk memuat naik muzik video itu dilakukan sejak malam Isnin lagi. Namun, terdapat masalah sambungan yang melibatkan syarikat daripada Hong Kong.
"Jadi, terpaksa memakan sedikit masa. Yang pasti, muzik video itu masih asal dan sebelum ini kami tidak pernah memuat naik sebarang muzik video lagu itu," katanya ketika dihubungi Zass.
Tidak menyangka pendedahan itu bakal melukakan hati teman tapi mesranya, Shila Amzah, akui Johan, Shila juga turut menyekatnya dari kesemua laman mikro milik penyanyi ini.
Walaupun sehingga kini, Shila masih belum memberi penjelasan kepada media mengenai perkara itu, timbul pula kontroversi baharu mengenai lagu barunya yang turut dikaitkan dengan Johan.
Menerusi muzik video, Masih Aku Cinta, Shila memilih Johan sebagai pelakon utama dan Isnin lalu, anak dara ND Lala ini mengepilkan ‘teaser’ lagu itu serta memberitahu video muzik itu bakal dimuat naik syarikat rakaman, Warner Music Malaysia, pada
malam berkenaan.
Namun, sehingga kini, muzik video itu masih belum dipertontonkan ke laman perkongsian, Youtube, malah 'teaser' yang ada turut dibuang secara tiba-tiba.
Ini menimbulkan tanda tanya buat pengikut laman sosial Shila Amzah dan tidak kurang juga yang menduga sesuatu termasuk muzik video ini telah ditarik balik.
Ada segelintir pihak membuat andaian bahawa muzik video ini bakal dibuat semula susulan konflik yang berlaku antara Johan dan Shila, baru-baru ini.
Pun begitu, wakil daripada Warner Music, tampil menafikan segala khabar angin berkenaan dan meminta masyarakat dan peminat tidak membuat spekulasi.
Menurut Anne, muzik video itu sepatutnya dipertontonkan pada malam Isnin lalu, namun, atas sebab masalah teknikal, ia terpaksa ditunda.
"Muzik video itu tidak akan ditarik semula atau dibuat semula. Kami akan mempertontonkan video itu pada hari Selasa sekiranya masalah teknikal itu dapat diatasi.
"Sebenarnya, usaha untuk memuat naik muzik video itu dilakukan sejak malam Isnin lagi. Namun, terdapat masalah sambungan yang melibatkan syarikat daripada Hong Kong.
"Jadi, terpaksa memakan sedikit masa. Yang pasti, muzik video itu masih asal dan sebelum ini kami tidak pernah memuat naik sebarang muzik video lagu itu," katanya ketika dihubungi Zass.
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)

















Recent Comments