Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Biasanya tema perkahwinan dengan berbagai macam keunikan dan keindahan, tapi jarang sekali kita melihat pengantin berkahwin dengan tema World of Warcraft (WoW).
Craig dan Zoe benar-benar komited untuk tema perkahwinan yang unik, kerana baru-baru ini mereka mempamerkan pakaian mereka di pesta pertunangan mereka di Taiwan. Pasangan itu berpakaian seperti watak-watak fiksyen permainan video King Varien Wrynn dan Tyrande whisperwind (kostum oleh EMI Cosplay).
Mereka juga akan mengenakan kostum World of Warcraft di tempat yang jauh lebih besar di depan teman-teman dan keluarga pada bulan Januari.
Cool
Kadang kala ucapan orang lain lebih menyakitkan berbanding tertusuk
pisau. Hinaan kerana bentuk fizikal yang berbeza membuat hati terluka
selama bertahun-tahun. Gadis cantik ini sering dihina 'Jaws' atau 'Yu'
kerana bentuk rahangnya dianggap aneh oleh orang lain. Pembedahan
plastik jadi pilihan untuk menghilangkan ejekan tersebut.
Teman-teman sering mengejek dan tertawa melihat daguku
Nama gadis cantik ini adalah Leanne Woodfull, usianya 20 tahun, tinggal di Dublin. Dipetik dari Dailymail.co.uk, Leanne mengaku bahawa sejak kecil sering mendapat ejekan jahat mengenai bentuk rahangnya yang menonjol. Bentuk rahang itu disebabkan pemakaian kawat gigi ketika usianya 11 tahun. Ejekan demi ejekan diterima Leanne sehingga beliau remaja, rakan-rakannya sering mengatakan mulutnya mirip yu.
Teman-teman sering mengejek dan tertawa melihat daguku
Nama gadis cantik ini adalah Leanne Woodfull, usianya 20 tahun, tinggal di Dublin. Dipetik dari Dailymail.co.uk, Leanne mengaku bahawa sejak kecil sering mendapat ejekan jahat mengenai bentuk rahangnya yang menonjol. Bentuk rahang itu disebabkan pemakaian kawat gigi ketika usianya 11 tahun. Ejekan demi ejekan diterima Leanne sehingga beliau remaja, rakan-rakannya sering mengatakan mulutnya mirip yu.
"Rahang besar menghancurkan hidup saya, dan saya sangat senang sudah
boleh tersenyum dengan percaya diri," ujar Leanne. "Saat menatap cermin,
saya senang dan lega kerana gadis 'yu' yang kukenal akhirnya hilang,"
katanya.
Kata keluargaku, aku cantik, tetapi ejekan orang lain menghancurkanku
Bukan tanpa alasan Leanne melakukan operasi perbaikan bentuk rahang. Bertahun-tahun mendapat ejekan dan ditertawakan rakannya sendiri adalah pekara yang sangat menyakitkan, membuat rasa percaya diri hilang. Leanne bahkan berfikir bahawa wajahnya cacat dan tidak boleh diperbaiki. Dia bahkan tidak mahu memaparkan fotonya di dinding rumah. Kadang Leanne menutupi dagunya dengan selendang.
Kata keluargaku, aku cantik, tetapi ejekan orang lain menghancurkanku
Bukan tanpa alasan Leanne melakukan operasi perbaikan bentuk rahang. Bertahun-tahun mendapat ejekan dan ditertawakan rakannya sendiri adalah pekara yang sangat menyakitkan, membuat rasa percaya diri hilang. Leanne bahkan berfikir bahawa wajahnya cacat dan tidak boleh diperbaiki. Dia bahkan tidak mahu memaparkan fotonya di dinding rumah. Kadang Leanne menutupi dagunya dengan selendang.
Keluarga Leanne sering mengatakan bahawa dirinya cantik, apapun bentuk fizikalnya, apapun yang dikatakan orang lain. Namun tetap saja, ejekan dari rakan-rakannya sangat menyakitkan, apalagi didengar hampir setiap hari. Rasa tertekan itu akhirnya membuat Leanne berani melakukan pembedahan agar rahangnya kelihatan normal.
"Pada mulanya saya bimbang, kerana setelah melakukan pembedahan, muka saya kelihatan (bengkak dan lebam), tetapi aku bersedia melakukannya demi mendapatkan wajah normal," ujar Leanne. "Apabila pembalut dibuka untuk pertama kalinya, saya sangat emosional melihat wajah saya," katanya dengan wajah bahagia.
Selepas pulih, Leanne menjadi gadis yang percaya diri. Dia senang diambil gambar dan memakai pakaian bergaya. Leanne lebih selesa dengan keadaan ini kerana tidak ada lagi yang mengejek atau menertawainya.
"Rakan saya mengatakan, saya kelihatan cantik. Saya benar-benar merasa cantik untuk pertama kalinya dalam hidup saya," ujar Leanne.
[Wow] - Kisah Hidup
Pelakon siri Fast Furious, Paul Walker dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California beberapa jam yang lalu.
Paul yang terkenal dengan watak Brian O’Connor dikatakan gagal
mengawal Porshe Carrera GT baru milik beliau sebelum melanggar sebuah
tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut
meletup.
Turut meninggal di dalam kemalangan ini ialah seorang penumpang yang
masih belum dikenal pasti. Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica
untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip
derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina.
UPDATE-1: Paul Walker dikhabarkan sebagai penumpang dalam kejadian maut ini dan bukannya sebagai pemandu seperti laporan awal.
Kematian beliau sangat mengejutkan kerana hanya 2 hari yang lalu
sebuah teaser untuk Fast and Furious 7 menunjukkan babak beliau di
majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh di dalam
kereta yang juga terbakar.
Kami difahamkan penggambaran filem Fast and Furious 7 masih belum
selesai dan kematian watak utamanya pasti akan menyebabakan pertukaran
jalan cerita. We will miss you Brian O’Connor. Keep on speeding on the
other side.
[Wow] - Selebriti
Mesti ramai yang tak percaya wanita ini, Mizutani Masako telah berusia 44 tahun kerana dia masih kelihatan seperti pada usia 20-an. Dia mempunyai dua orang anak dan menjadi sensasi internet selepas dia muat naik videonya meluangkan lima jam sehari untuk penjagaan kulit supaya kelihatan seperti 20 tahun.
#Gambar 1, 2 dan 3 sahaja tanpa ada solekan di muka.
#Gambar 1, 2 dan 3 sahaja tanpa ada solekan di muka.
[Wow] - Sakit Mata
Sir Richard Olaf Winstedt (2 Ogos 1878 - 2
Jun 1966), atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt, merupakan
pengkaji Timur Inggeris dan pentakbir koloni dengan kemahiran Malaya
British. Winstedt dilahirkan di Oxford, mendapat pendidikan di Magdalen
College School and New College, Oxford, dari mana dia menerima MA.
Pada 1902 dia menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, dan ditempatkan di negeri Perak di mana dia mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Pada 1913 dia dilantik sebagai Pegawai Daerah di Kuala Pilah, dan pada 1916 menyertai jabatan pendidikan. Pada 1920 Winstedt menerima DLitt daripada Oxford.
Pada 1902 dia menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, dan ditempatkan di negeri Perak di mana dia mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Pada 1913 dia dilantik sebagai Pegawai Daerah di Kuala Pilah, dan pada 1916 menyertai jabatan pendidikan. Pada 1920 Winstedt menerima DLitt daripada Oxford.


Olaf Winstedt ade satu sifat buruk. Bila dia ditugaskan ke negeri2 FMS, dia tidak buat kerja yang ditugaskan instead, dia selongkar istana2 Melayu and study psal manuscript2 lama..
In 1909 dia tulis dalam satu unpublished Journal by Asiatic Society.. ilmu memanggil pontianak. Recorded from account of Dato' Amarabangsa Wiraja/Wijaya.. sorang pawang yg amat ampuh zaman tu dari Temenggor.. sometimes in 1850's
Read this LOUD and CLEAR!
Misteri Sejarah
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk memperkenalkan produk terbaharu kepada pengguna di luar sana.
Namun, janganlah sampai ke tahap mengeksploitasikan pula kan…
Seperti yang terjadi di China, sebuah syarikat produk mandian telah
mengambil pendekatan dengan menggunakan wanita bogel dalam tujuannya
memperkenalkan produk mandian terbaru.
Ketiga-tiga wanita itu berbogel dengan hanya kepala dilitupi ‘shower
cap’ sambil menunjukkan demo mandian dengan produk tersebut.
Banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk tujuan mempromosikan barang.
Takkanlah orang ramai di luar sana tak tahu cara-cara menggunakan produk mandian kan..
Hmm, macam-macam hal.
Harapnya gimik sebegini tidak menjadi amalan di negara kita la ya!
Pelbagai
PASIR PUTEH – Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah ungkapan yang
menggambarkan nasib malang menimpa seorang pemuda yang terlantar sakit
sejak enam bulan lalu, sebelum isterinya menuntut cerai tanpa alasan
munasabah.
Abd Manas Mohamed Noor, 31, yang diserang penyakit jantung dan lumpuh
kini bergantung harap kepada kedua orang tuanya yang dihimpit
kemiskinan.
Akibat penyakit itu, dia pernah koma selama hampir sebulan kini
mengalami kekejangan otot, selain tidak sedarkan diri untuk tempoh
tertentu.
Lebih menyayat hati, apabila dalam keadaan begitu, isterinya yang
berusia 40 tahun dikatakan tidak sanggup berkongsi derita lalu mengambil
keputusan pulang ke negeri asal, Pulau Pinang bersama anak tunggal
berusia lima tahun selepas menuntut cerai daripadanya.
Abd Manas dari Kampung Tualang Rendah dekat sini, pernah bekerja
sebagai pemandu lori di kedai alat pembinaan tetapi terpaksa berhenti
kerana penyakit yang ditanggungnya.
Dia dimasukkan ke Hospital Tengku Anis (HTA) sebelum dirujuk ke
Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ), Kota Bharu pada 16 Mei lalu,
dalam keadaan koma untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Selama 28 hari, tidak menampakkan tanda dia akan sembuh dan akhirnya
pada 14 Jun lalu, Abd Manas `diminta’ pulang ke rumah oleh pihak
hospital dalam keadaan tengkuknya masih berlubang dibaluti tiup plastik.
Kini dia terlantar di rumah dengan hanya sekali sekala dikunjungi kakitangan perubatan untuk memberi rawatan susulan.
Ibunya, Semah Awang Deraman, 55, berkata, dia bersama suami, Mohamed
Noor Ibrahim, 62, dan anak-anak lain terpaksa menjaganya walaupun mereka
dihimpit kemiskinan.
Menurut Semah, tiada apa yang mampu dilakukan keluarganya sekarang
bagi mengubati penyakit yang dialami Abd Manas, selain memberikan kasih
sayang.
“Makcik dah tak tahu nak buat macam mana, hanya kasih sayang yang
dapat makcik berikan, dia sepatutnya dijaga isteri tapi apa nak buat,
nasib malang terus menimpanya.
“Kami pernah berikhtiar dengan mendapatkan khidmat pakar perubatan
tradisional, selain tidak putus berdoa tapi ia juga belum menunjukkan
tanda-tanda dia akan sembuh,” katanya.
Katanya, walaupun Abd Manas menerima bantuan orang kelainan upaya
RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, ia hanya
meringankan sedikit bebanan ditanggung.
Semah berkata, selain perbelanjaan keluarga, mereka terpaksa
menyediakan keperluan Abd Manas seperti bekalan susu, ubat-ubatan serta
lampin pakai buang dan jika terdesak, mereka terpaksa meminjam duit
jiran. – Sinar Harian
[Wow] - Berita Tempatan
Susulan pendedahan Johan As’ari yang dikatakan sudah bersedia untuk
mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lana Nodin, bermacam-macam
spekulasi dan andaian yang timbul selepas itu.
Antaranya, tindakan penyanyi yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan
mesra dengan Johan sebelum ini, iaitu Shila Amzah yang memuat naik
status serta gambar berkaitan isu tersebut membuat peminat terus
berteka-teki mengenai kesahihan status mereka satu ketika dulu.
Mengulas lanjut mengenai tindakan Shila itu, Johan melahirkan
kekecewaannya selain menyifatkan perbuatan penyanyi itu sebagai tidak
matang.
“Bagi saya dalam hal sebegini Shila Amzah menunjukkan sikap
yang tidak matang. Apa yang boleh saya katakan dia dah pun block akaun
Instagram saya dan juga akaun media sosial yang lain. Saya pun tidak
pasti kenapa dia bersikap demikian,” katanya yang dipetik menerusi
portal Buahmulut.
Johan juga pernah mengeluarkan kenyataan di akhbar bahawa dia hanya
menganggap Shila sebagai adiknya sahaja dan tidak lebih dari itu.
Pelakon berusia 27 tahun itu juga menjelaskan keluarganya tidak
pernah membenci Lana berikutan timbulnya isu mengatakan keluarganya
tidak bersetuju dengan pilihannya itu.
“Mereka bukan tidak bersetuju dan membenci Lana tapi keluarga saya
suruh kami berkawan dulu dan kenal hati budi masing-masing sebab
perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibawa main-main,” katanya
lagi.
Ketika berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2013 semalam, pasangan
ini hadir bersama dan Lana kelihatan sopan, tidak seperti sebelum ini
dimana imej seksi sering kali tidak dapat dipisahkan daripadanya.
Mungkin ini merupakan langkah perlahan-lahan Lana untuk berubah menjadi lebih baik seperti mana yang dikatakannya sebelum ini.
Baguslah begitu, pelan-pelan kayuh ya Johan.
Hiburan
PETALING JAYA: Ibu kepada pelawak Shamshul Ghau Ghau, Rokiah Ibrahim, 91, meninggal dunia pada pukul 12.30 malam Jumaat kerana sakit tua.
Shamshul atau nama sebenar Shamsul Azahar Aliddin, 45, berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubu Gajah, Selama, Perak.
"Arwah sudah lama mengalami sakit tua tapi sejak dua minggu kebelakangan ini sahaja sakit dia agak teruk.
"Arwah tidak mahu makan sehingga malam tadi menghembuskan nafas terakhir di rumah kakak saya di Tanjung Malim, Perak," ujarnya.
Tambah Shamsul, dia dan adik-beradik yang lain menerima pemergian tersebut dengan hati yang tenang.
"Saya dan keluarga masih lagi dalam perjalanan pulang, InsyaAllah jenazah akan dikebumikan selepas Asar nanti,
"Pesanan terakhir arwah seperti biasa ialah menjaga keluarga dan ibadah dengan baik," katanya.
Sementara itu, bapa kepada penyanyi Misha Omar, Omar Ismail, meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi tadi.
Misha atau nama sebenarnya, Samiha @ Aisah Omar, 31, menulis di laman twitter berkata jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pantai Irama, Bachok, Kelantan pada pukul 12.30 tengah hari Sabtu.
"Alhamdulillah jenazah sudah selamat dikebumikan, terima kasih atas ucapan takziah daripada sahabat semua," tulisnya.
[Wow] - Kisah Artis
Seorang pelukis dari Houston, Natalie Irish mengunakan cara yang unik dan tersendiri untuk menghasilkan lukisan iaitu dengan mengunakan bibir. Dengan mengunakan tekanan yang berbeza pada kanvas, Natalie Irish mampu menghasilkan lukisan yang sempurna dan menakjubkan.
Bakat seni Natalie Irish dikesan sejak beliau kecil lagi dan hampir semua hasil kerjanya akan mendapat perhatian dan beliau menguasai semua pertandingan seni yang disertainya.
Bakat seni Natalie Irish dikesan sejak beliau kecil lagi dan hampir semua hasil kerjanya akan mendapat perhatian dan beliau menguasai semua pertandingan seni yang disertainya.
Antara karya terbaik beliau
Pewitttt.. Nakal!! Hahahaha
Ciuman Pertama di kain kanvas
Bentuk dah jadi
Dan hasilnya.. Kebaboom!!
Cool
Untuk muncul dengan identiti sendiri dan mencipta kelainan, Anugerah Skrin 2013 mengangkat tema glass atau
kaca sebagai konsep bagi penganjurannya yang sudah masuk edisi ke 15.
Konsep ini dipilih sebagai simbolik di mana drama & filem merupakan
refleksi kisah sebenar manusia.
Anugerah Skrin 2013 kali ini menampilkan
Nad Zainal buat pertama kali sebagai pengacara majlis digandingkan
dengan dua veteran bidang pengacaraan Awal Ashaari & Faizal Ismail.
Hiburan

Pelakon, Lana Nordin, 34, bakal mengubah
penampilan diri daripada seorang selebriti yang selalu mengenakan
pakaian seksi untuk menjadi seorang wanita yang bertudung.Menurut
sumber, keputusan itu diambil oleh Lana kerana cintanya kepada kekasih
hati, Johan As'ari, 27.
"Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak
lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga
memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini
sepanjang berkenalan dengan Johan.
"Katanya kepada saya, kalau boleh,
biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana
menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah
serius!"
Semalam, Johan sebelum ini dikaitkan
dengan Shila Amzah meluahkan keinginannya untuk menyunting Lana sebagai
isteri setelah terpikat dengan kelembutan pelakon tersebut.
Dalam pada itu, tambah sumber, Lana juga
telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika
menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan.
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)





































Recent Comments