Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.
Salah satu air terjun paling hebat dan indah, Iguazu Falls terletak di antara sempadan Brazil dan Argentina. Ia terdiri dari 275 buah air terjun yang terpisah antara satu sama lain sepanjang 2.5 batu dengan ketinggian 269 kaki.
Menjadi tarikan utama pelancong ke benua Afrika, Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.
Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan 'Golden Circle', tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.
Pelancongan

Shanghai – Misteri kehilangan seorang
bayi berusia empat bulan akhirnya terbongkar apabila ibunya menemui
anaknya itu di dalam mesin basuh, ketika dia mahu membasuh pakaian. Lebih mengejutkan mayat bayi itu dimasukkan dalam beg plastik sebelum disembunyikan dalam mesin basuh itu.
Selepas siasatan dijalankan, mereka tidak menyangka bahawa pembunuh bayi malang itu adalah ibu saudaranya sendiri. Suspek mengaku membunuh bayi berkenaan selepas bergaduh dengan kakaknya membabitkan isu wang.
Pembunuh tersebut, yang dikenali sebagai Lei ditangkap lewat malam semalam.
Setakat ini siasatan masih dijalankan.Keluarga wanita itu, yang seramai lapan orang telah berpindah dari Anhui ke Shanghai dan menetap di dalam sebuah rumah.
Mereka menyara hidup dengan menjual makanan di gerai di bawah apartmen yang mereka duduki. Kehilangan bayi itu disedari oleh neneknya apabila dia mendapati cucunya telah tiada di tempat tidur.
Susulan itu laporan polis dibuat selepas mereka bimbang bayi berkenaan diculik ketika mereka sekeluarga sibuk bekerja. Polis kemudiannya menjalankan gerakan mencari bayi berkenaan di seluruh kawasan namun gagal mendapat petunjuk.
Global
London – Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia.
Tandas ini digunakan pekerja di stesen
cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di
cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut.
Pekerja yang bekerja di stesen itu
dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan
helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan
bakar pada setiap musim luruh.
Namun, mereka pasti memerlukan
keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan itu dan pastinya tidak
kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu.
Tandas berbahaya itu sudah digunakan sejak 1939, di daerah yang bernama “Black Heart” dalam bahasa Altaya Selatan.
Satu kaji selidik terbaru mengenai
tandas luar biasa di seluruh dunia mendapati tandas di Altai itu
menduduki tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.
Tandas lain yang berkualiti turut dinamakan dalam kategori berbeza dalam kaji selidik itu. – Agensi
Global
New York – Seorang wanita muda yang
dilahirkan dengan kecacatan kaki membuat keputusan drastik untuk
memotong kakinya agar dia dapat memakai kasut tumit tinggi untuk kali
pertama.
Dilahirkan dengan kaki kirinya bengkok,
Mariah Serrano, 21, dimaklumkan doktor yang keadaannya tidak membolehkan
dia memakai kasut tumit tinggi atau mencapai impiannya untuk bekerja
dalam industri fesyen.
Mariah dari New York memutuskan untuk memotong separuh kakinya dan digantikan dengan kaki palsu.
Kini Mariah boleh memakai semua jenis kasut termasuk kasut tumit tinggi dan sandal.
“Sukar untuk membiasakan diri dengan
kasut tumit tinggi tetapi gadis tanpa kaki dan yang mempunyai masalah
kaki pun perlu belajar memakai kasut tumit tinggi buat kali pertama.
Saya tidak pernah rasa sangat glamor atau sungguh berkeyakinan.
“Apabila diberitahu yang saya tidak boleh memakai kasut tumit tinggi dan perlu melupakan impian saya, saya sangat sedih.
“Pakar berkata, terdapat pilihan lain
iaitu memotong kaki saya. Ibu sangat takut tetapi saya tidak boleh
melupakan pendapat pakar itu. Saya perlu memikirkannya secara mendalam,”
katanya.
Dalam kebanyakan kes, kaki yang bengkok
itu dipulihkan ketika zaman kanak-kanak dengan memakai pendakap atau
menjalani pembedahan. Namun, ketika Mariah berusia 16 tahun, keadaan
kakinya tidak berubah walaupun sudah menjalani lima pembedahan.
“Saya jemu memakai pendakap kaki. Disebabkan sebelah kaki lebih kecil, memakai kasut benar-benar satu masalah.
“Saya terpaksa memakai kasut sukan
ketika malam prom sekolah tinggi semasa berusia 17 tahun. Saya rasa
cemburu dengan kawan-kawan yang memakai kasut tumit tinggi,” katanya.
Pada April 2009, dia bertemu pakar yang memberitahunya mengenai pilihan memotong kaki.
“Buat kali pertama, saya mula memikirkan yang saya boleh melaluinya tetapi saya masih takut.
“Sehinggalah saya membaca artikel
mengenai pereka kegemaran saya, Alexander McQueen yang mereka sepasang
kaki palsu untuk atlit Aimee Mullins, saya tahu apa yang perlu
dilakukan,” katanya. – Agensi
Global
Dek kerana kesilapan 20 tahun lalu, sepasang suami isteri yang
bahagia melayari rumah tangga terpaksa menerima berita yang
menghancurkan hati masing-masing iaitu mereka rupa-rupanya adik
beradik.
Kisah bagai dalam drama ini berlaku di wilayah Jiangxi, China.Wei dan Qing, yang menetap di pekan sama tinggal berdekatan dan
saling mengenali. Wei berusia empat tahun lebih muda daripada Qing.
Punca mereka mula berkenalan seterusnya mengikat cinta juga bagai
dalam drama cinta. Segala-galanya bermula apabila kawan-kawan sering
mengejek mereka berdua kerana mempunyai wajah seiras. Daripada situ Qing sering mengambil berat tentang Wei hingga mereka sama-sama jatuh cinta.
Hubungan yang terjalin sejak alam remaja itu berjalan dengan baik hingga mereka memutuskan untuk berkahwin tahun lalu. Sesudah berkahwin pun, kawan-kawan dan orang sekeliling masih tidak dapat berhenti daripada menegur wajah mereka sangat seiras. Perkara itu tidak dipedulikan dan mereka hidup bahagia sebagai suami isteri.
Hinggalah baru-baru ini, Qing dan Wei akhirnya memutuskan mereka sudah bersedia untuk menimang cahayamata.Saat berita gembira ini dikongsikan dengan keluarga, bapa Qing, Bao mula menunjukkan rasa tidak selesa dan bersikap pelik.
Akhirnya dia membuka rahsia yang selama ini menekan jiwa iaitu Wei kemungkinan besar adalah anak kandungnya juga.Hal ini kerana dia pernah menjalinkan hubungan sulit dengan mendiang ibu Wei, 20 tahun dulu.Hubungan itu hanya terhenti selepas dia berkahwin dengan ibu Qing.
Berita ini mengejutkan Wei dan Qing lalu mereka mengambil keputusan
untuk melakukan ujian DNA dengan harapan ia tidak memberitahu mereka
sesuatu yang sukar diterima akal.
Tapi seperti dijangka, keputusan mengesahkan mereka adalah adik beradik.
Dr Huang Jian dari Pusat Forensik Furong mengesahkan keputusan DNA Wei dan Qing kepada media tempatan, 20 November lalu.
Begitu pun, dia menyatakan tidak tahu apakah penyelesaian yang
dilakukan pasangan suami isteri muda yang sangat menyayangi satu sama
lain itu.
Kasihan, inilah sebabnya mengapa zina diharamkan. Ia membawa akibat
yang amat buruk bukan saja pada diri sendiri tapi juga keturunan.
Sumber: says.com, dramafever.com
[Wow] - Kisah Hidup
RANAU: Sekumpulan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berada
dalam operasi latihan khas di Gunung Kinabalu telah terkandas selama
tiga hari selepas salah seorang anggotanya mengalami 'penyakit gunung'.
Mereka dipercayai terkandas kira-kira 3,200 meter di sepanjang laluan
sempit gunung di antara Masilou ke Timpohon dalam kawasan Taman
Kinabalu sejak Rabu.
Dilaporkan bahawa mangsa yang dikenali sebagai Inspektor Mohd Zaiful
Zahari, rebah dan pengsan selepas mengalami demam panas dan tekanan
darah tinggi ketika mendaki gunung bersama 15 anggota PGA lain dan tiga
kakitangan Sabah Park kira-kira pukul 4.20 petang Rabu.
Kejadian ini memaksa operasi latihan dihentikan sementara kerana Mohd
Zaiful terpaksa bermalam di atas gunung dengan rakan sepasukan
sementara menunggu bantuan tiba.
Difahamkan kira-kira pukul 8 pagi pada hari berikutnya (Khamis),
sebuah helikopter dari Unit Udara Polis dikerahkan ke lokasi dalam
operasi menyelamat, tetapi terpaksa berpatah balik kerana kabus tebal.
Ini memaksa beberapa anggota PGA dan kakitangan Sabah Park mendaki gunung untuk memberi bantuan kepada mangsa.
Tetapi sekitar pukul 9.30 malam Jumaat, mangsa dilaporkan berada
dalam keadaan kritikal dan tidak stabil, memaksa polis menghantar
glukosa dan oksigen yang diturunkan kira-kira 200m dari kedudukan
anggota GOF.
Sehingga lewat malam Jumaat, helikopter masih belum dapat menyelamatkan mangsa kerana kabus tebal.
Ketua Polis Ranau Deputi Supritendan Abdul Rahman Kassim, ketika
dihubungi Jumaat, mengesahkan kejadian itu dan berkata semua usaha
sedang dilakukan untuk mencapai mangsa.
[Wow] - Berita Tempatan
KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia Datuk Rossa tidak gemar
memanjakan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadhan untuk hidup dalam
suasana kemewahan walaupun beliau berkemampuan berbuat demikian.
Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 35, berkata,
dia juga tidak pernah membeli mainan mahal untuk Rizky, 7, kerana
bimbang anaknya itu tidak akan faham erti kesusahan apabila besar kelak.
"Walaupun dia masih kecil, tetapi saya tidak senangkan dia dengan
membeli barang-barang mewah. Setakat ini barang paling mahal yang saya
belikan ialah iPod jenis biasa untuk dia mendengar lagu.
"Malah telefon bimbit untuk memudahkan saya menghubunginya saya berikan kepada pembantu rumah untuk dijaga," katanya.
Rossa ditemui pada pratonton drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Hotel Best Western Premier Dua Sentral di sini pada Khamis.
Bagaimanapun kata Rossa dia tidak menolak kadang kala Rizky berasa
keliru apabila melihat kehidupan glamournya sebagai selebriti.
Malah katanya, anak lelakinya itu sering bertanya dengannya mengenai
layanan istimewa diberikan kepadanya tidak seperti mana ketika berada di
rumah.
"Pernah sekali ketika menghantarnya ke sekolah, dia bersama bekas
suami saya, Yoyo perlu beratur panjang dan dengan pantas dia meminta
ayahnya potong barisan dan berkata 'kitakan artis'.
"Masa itu Yoyo berasa malu takut didengari orang sekeliling tetapi
saya lihat dia semakin faham erti bersikap sederhana," katanya.
Sementara itu, menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Rossa bersama penyanyi Hafiz berduet bagi lagu runut bunyi drama berkenaan berjudul Salahkah.
Bukan Kerana Aku Tak Cinta bakal disiarkan pada setiap Isnin hingga Rabu bermula 9 Disember depan di Astro Mustika HD (saluran 134).
[Wow] - Kisah Artis
PETALING JAYA: Penyanyi Alif Satar mengakui dia mencemburui
kejayaan Hafiz Suip yang dilihat begitu pantas mengukuhkan kedudukan
sebagai salah seorang artis yang berjaya.
Alif atau nama sebenarnya Alif Mohd Satar, 23, berkata, perasaan
cemburu yang diluahkan itu bagaimanapun bukan satu perkara negatif
sebaliknya kagum dengan pencapaian yang diraih penyanyi yang popular
dengan lagu Bahagiaku Deritamu itu.
"Memang saya sangat mencemburui Hafiz tetapi dalam konteks yang
positif. Kejayaan yang dimilikinya itu merupakan impian saya sejak
berusia 16 tahun lagi.
"Saya rasa iri hati lebih-lebih lagi saya yakin bakat nyanyian yang ada ini mampu melakukan lebih baik," katanya kepada mStar online.
Bagaimanapun tambah Alif, dia terpaksa akur bahawa rezekinya untuk
meraih perhatian dan populariti daripada peminat masih belum tiba.
Dalam pada itu, Alif tertanya-tanya apabila sehingga kini karier
nyanyiannya masih belum stabil tidak seperti mana rakan-rakan seangkatan
dengannya.
Alif turut mengakui terkilan dengan situasi itu apabila bakatnya masih belum dilihat secara meluas oleh masyarakat.
Sementara itu, Alif yang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya
yang dikenali sebagai Shadila, 29, tahun depan yakin kerjaya seni yang
masih lagi dibina tidak mungkin akan terjejas.
Alif sebaliknya menganggap rezekinya sebagai penyanyi mungkin akan lebih luas selepas mendirikan rumah tangga kelak.
"Pada pendapat saya, hal peribadi dan kerja tidak perlu dicampuradukkan dalam kehidupan seharian.
"Dan berkahwin juga tidak mungkin boleh menjejaskan periuk nasi kita
kerana perkahwinan itu adalah salah satu ibadah Dan semestinya selepas
berumahtangga, rezeki juga Insya Allah pasti akan bertambah," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Alif baharu sahaja muncul dengan album terbaharu berjudul Definisi.
[Wow] - Kisah Artis
Jom kita tengok gambar macam mana mangkuk tandas diuji untuk mengetahui keberkesanannya dalam mengepam najis sebelum dipasarkan. Jom layan gambar kat bawah ni..
Cool
Miri: Gara-gara gagal menyiapkan tugasan diberikan selain didakwa menghadapi konflik dengan tenaga pengajar, seorang pelajar lelaki cuba terjun dari sebuah asrama di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, pagi ini.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.43 pagi itu, kecekapan pihak bomba memujuk dengan bantuan kehadiran bapa pelajar tahun pertama jurusan Lokomotif berusia 18 tahun itu berjaya mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Difahamkan, kejadian mula disedari beberapa rakan mangsa yang memaklumkan perkara itu kepada beberapa kakitangan serta tenaga pengajar di institut berkenaan sebelum menghubungi polis dan bomba bagi mendapatkan bantuan.
Pihak pengurusan IKBN terpaksa memanggil bapa pelajar terbabit supaya datang ke tempat kejadian untuk memujuk mangsa.
[Wow] - Berita Tempatan

Selain kerap dijadikan contoh oleh para peminatnya, beberapa gaya
penyanyi lagu Jera, Agnes Monica juga tak jarang menjadi bahan olok-olok
para hatersnya.
Bermaksud memberikan gaya yang fresh dalam sebuah pengambilan gambar,
Agnes terus diibuli dan disamakan dengan Lipas Mati. Tak
tanggung-tanggung, seolah tak ingin ejekan tersebut berlalu tanpa bukti,
foto yang dibuat sebagai perbandingan pun diunggah ke situs-situs
jejaring sosial.
hasilnya, tak lama setelah beredar, foto itu langsung menjadi
pembicaraan seru di dunia maya. Di dalam sebuah kesempatan, Agnes sempat nafikan jika memang banyak sekali para pengguna situs jejaring sosial
yang jahil kepadanya. Agnes mengaku, banyak yang meledeknya di Twitter
walau hal tersebut hanya sekadar gurauan.
Meski begitu, Agnes juga berterima kasih kepada para fansnya yang
selalu membantu dan mendukungnya.
”Aku bangga banget sama fansku.
Mungkin karena fans aku militan saja, I love you guys so much. Di
Amerika saya tetap di support. Its mean so much,” urai Agnes, seperti
dimuat Liputan6, Kamis (21/11/2013)
[Wow] - Selebriti

Sepanjang hari ini industri hiburan tempatan gempar dengan kelibat Lana Nordin yang tiba-tiba mengaku sebagai kekasih baru Johan As'ari meskipun aktor itu diketahui ramai adalah kekasih penyanyi Shila Amzah.
Admin sendiri masih terkejut dengan gosip terbaru ini kerana tidak pernah terlintas di fikiran admin yang Johan memilih melamar Lana Nordin sebagai calon isteri dan bukannya Shila Amzah.
Apapun, kita lupakan kisah tiga selebriti ini dan beralih kepada pendedahan gambar-gambar terlampau Tasha Shila dan peninju Muay Thai yang didakwa sebagai kekasih barunya.
Cukup menarik dan gembar bagi admin kerana sebelum ini aktres jelita itu menafikan bercinta dengan seorang jejaka kacak yang juga peninju Muay Thai.
Hari ini, seorang penggiat forum Cari berjaya menemui akaun Instagram jejaka bergelar peninju Muay Thai itu dan memperolehi beberapa keping gambar beliau bersama Tasha Shilla yang kelihatan sangat intim dan mesra.
Jika diperhatikan pada gambar-gambar di bawah, jelas hubungan Tasha Shila dan peninju Muay Thai tersebut lebih dari sekadar kawan. Tidak mungkin Tasha sanggup bergambar sedemikian jika tidak menyimpan perasaan sayang.
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)

























Recent Comments