Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

SYDNEY – Hakim sebuah mahkamah di sini
membuat keputusan bahawa seorang warga Australia didapati bersalah
kerana mencampak teman wanitanya dari balkoni sebuah unit apartmen yang
didiami pasangan tersebut dua tahun lalu.
Keputusan itu sekali gus menamatkan satu siri perbicaraan pembunuhan yang menarik perhatian masyarakat di Australia.
Warga Australia itu, Simon Gittany mencampakkan tunangnya, Lisa Harnum yang merupakan seorang bekas penari.
Gittany mencampak tunangnya itu dari
tingkat 15 apartmen mereka selepas berlaku pertengkaran pada bulan Julai
2011 sejurus mengetahui Harnum merancang mahu meninggalkannya.
Warga Australia yang berusia 40 tahun itu hadir di mahkamah tersebut bersama teman wanita baharunya.
Ketika perbicaraan, dia tidak mengaku bersalah dan mendakwa Harnum tergelincir dan dia cuba untuk menyelamatkannya.
Namun, Hakim Lucy McCallum yang
mendengar perbicaraan itu menyatakan, kekurangan cap jari Harnum pada
pagar berkaca di balkoni apartmen itu menyebabkan kenyataan Gittany
tidak boleh diterima.
Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas Gittany pada Februari depan.
Mahkamah Tinggi New South Wales turut mendengar keterangan bahawa telefon Harnum diintip Gittany secara rahsia.
Gittany turut memasang kamera pemantauan di luar dan di dalam apartmen tersebut.
Salah satu kamera itu menunjukkan lelaki itu mengheret Harnum ke dalam apartmen pada malam kematiannya. – AFP
Global
China – Majlis perkahwinan merupakan saat-saat manis yang mahu dikenang oleh pasangan pengantin.
Namun lain pula dengan satu majlis perkahwinan sepasang pengantin di Shenzhen.
Ketika pasangan suami itu menikmati detik-detik indah itu, tanpa
disangka perempuan simpanan si suami telah menyerbu masuk ke dalam dewan
tersebut.
Berlaku perang mulut antara kedua-dua wanita terbabit dan aksi mereka itu dirakamkan, dan kini tersebar luas di internet.
Dalam rakaman itu, dapat dilihat aksi pengantin perempuan yang
menjerit-jerit marah kepada perempuan simpanan suaminya itu, sebelum
mereka `bergusti’ di lantai.
Sekali sekala dia menolak suaminya yang terpaku kerana terkejut dan tidak mampu melakukan apa-apa.
Hanya pelayan majlis itu yang membantu meleraikan kedua-duanya, namun perang mulut berterusan.
“Kau yang tidak mahu gugurkan kandungan itu , sekarang kau datang sini membawa perut yang besar ini.
“Mana aku tahu itu anak siapa? Adakah kau cuba paksa kami belikan
rumah untuk kau. Mana kami mampu,’’ itu antara jeritan pengantin
tersebut kepada perempuan tersebut.
Selama tiga minit mereka bergaduh dan beberapa kali terpaksa ditenteramkan oleh orang ramai.
Kedua-dua wanita itu kemudiannya keletihan dan terduduk di atas lantai.
Isu Panas
PENYANYI Katy Perry diselar ekoran persembahan pembukaannya pada Anugerah Muzik Amerika 2013 menerusi lagu Unconditionally dikatakan telah menghina budaya masyarakat Jepun.
Katy, 29, dituduh tidak peka dan sengaja merendah-rendahkan budaya
masyarakat negara itu apabila tampil dengan pakaian tradisional kimono
yang telah diubah menjadi seksi.
"Sebagai salah seorang peminatnya dari Jepun saya terkilan dengan
tindakan Katy yang tidak peka dengan budaya masyarakat lain memandangkan
dia adalah seorang artis popular dan menjadi ikutan ramai.
"Tindakannya yang merosakkan budaya Jepun sangat tidak sensitif," ujar salah seorang peminatnya di laman Twitter.
Anugerah Muzik Amerika 2013 telah berlangsung di Los Angeles pada malam Ahad lalu.
[Wow] - Selebriti
KUALA LUMPUR: Sikap pelakon Fizz Fairuz yang dilihat acuh tak
acuh untuk berganding bahu dalam kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) menerusi
Liga Lawak Superstar (LLS) menimbulkan rasa kecewa seorang ahli
kumpulannya, Kamal Adli.
Kamal berkata, selepas dimaklumkan pihak TV3 mengenai penarikan diri
Fizz itu, dia bertambah terasa hati apabila mendapati tindakan Fizz itu
disebabkan dia mahu ke United Kingdom bersama syarikat mutiara,
Rafflesia.
"Apabila pihak TV3 mengesahkan Fizz terpaksa menarik diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami akur.
"Cuma saya terkejut dan terkilan apabila melihat di Instagram
miliknya, dia bersama tiga artis lain iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan
Iqram Dinzly menyertai rombongan ke Cardiff yang dibawakan oleh
Rafflesia,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Fizz dan kesemua pelakon berkenaan dibawa menyaksikan perlawanan Liga
Inggeris antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) di
United Kingdom (UK) pada 24 November lalu.
Selain Kamal dan Fizz, Apa Kasih Tok turut disertai oleh Didie Alias.
Bagaimanapun tempat Fizz telah digantikan oleh pelakon Syafiq Kyle.
Menurut Kamal, disebabkan komitmennya dalam rancangan LLS, dia turut
menolak tawaran untuk ke Cardiff tetapi berasa terkejut kenapa Fizz
mengambil alih tempatnya sedangkan mereka bersama terlibat dalam
rancangan lawak berkenaan.
“Sebenarnya saya pun dijemput oleh Rafflesia untuk ke UK tetapi saya
terpaksa tolak kerana komitmen dalam LLS. Saya tak sangka pula tempat
saya itu Fizz yang ambil,” katanya.
Dalam pada itu, Kamal berkata, dia keliru apabila Fizz menghantar
mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan telah disingkir dalam
rancangan itu tetapi pihak TV3 pula memaklumkan pelakon itu yang memohon
untuk menarik diri.
Bagaimanapun Kamal tidak mahu terlalu memikirkan hal berkenaan
sebaliknya ingin mencari keserasian bersama ahli baharu iaitu Syafiq.
"Dia SMS saya meminta agar saya tenang dan berharap kumpulan kami
berjaya sehingga ke peringkat akhir. Saya sebenarnya enggan masuk campur
tentang urusan ini kerana ia lebih membabitkan antara Fizz dan pihak
TV3. Saya pun tidak tahu situasi sebenar diri Fizz,” katanya.
Dalam pada itu Syafiq Kyle yang dihubungi memberitahu pemilihannya
menggantikan Fizz dibuat oleh pihak TV3 serta dipersetujui oleh Kamal
dan juga Didie.
Kata Syafiq, walaupun kemunculannya dalam rancangan itu dilihat agak
kaku tetapi dia akan menggunakan pengalamannya bersama kumpulan Spy
Kampung yang telah terkeluar untuk memantapkan lagi AKT.
“Saya akan berusaha untuk memastikan kumpulan AKT ini akan berjaya sehingga ke peringkat akhir,” katanya.
Dalam pada itu ditanya mengenai sendirian Fizz dalam Twitter yang
mengatakan Syafiq tidak layak menyertai grup berkenaan, pelakon remaja
itu bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.
“Saya ada baca Twitter itu tetapi biarlah... TV3 yang panggil saya. Jadi, saya terima saja,” katanya.
[Wow] - Kisah Artis
PELAKON kontroversi Indonesia Julia Perez telah membantu pihak
polis untuk menangkap beberapa penjenayah yang dipercayai melakukan
rompakan di sebuah premis di Jakarta pada Rabu lalu.
Portal Kapan Lagi melaporkan Julia atau lebih mesra dengan
sapaan Jupe, ketika kejadian dia sedang memandu sendirian dan kebetulan
terlihat perompak cuba melarikan diri selepas melakukan rompakan lalu
melaporkan kejadian menerusi Twitter rasmi pihak polis Indonesia.
Jupe yang ketakutan tidak berani untuk turun daripada kenderaannya kerana perompak berkenaan membawa senjata tajam.
Selain memaklumkan lokasi kejadian, Jupe juga turut memberitahu pihak
polis perompak berkenaan telah masuk ke sebuah kawasan semak selepas
dia mengekori kenderaan mereka.
Pihak polis yang tangkas bertindak dengan laporan yang dibuat Jupe
menerusi Twitter terus mengambil tindakan dan memberitahu telah berjaya
menangkap penjenayah berkenaan atas maklumat wanita itu.
[Wow] - Selebriti
Secanggih mana handphone anda, mesti ada kekurangannya. So harini, admin nak share apa keburukan letak handphone pada poket belakang seluar anda
Jadi ingat jangan selalu letak handphone anda terutamanya Iphone di poket belakang. Ini selalu berlaku apabila memakai seluar fit yang pendek dan tempat yang paling sesuai letak handphone adalah di poket belakang. Kalau anda ingin mencuba dan melihat sendiri apa yang akan terjadi dengan iPhone anda, dipersilakan mencuba tanpa rasa menyesal.
Jadi ingat jangan selalu letak handphone anda terutamanya Iphone di poket belakang. Ini selalu berlaku apabila memakai seluar fit yang pendek dan tempat yang paling sesuai letak handphone adalah di poket belakang. Kalau anda ingin mencuba dan melihat sendiri apa yang akan terjadi dengan iPhone anda, dipersilakan mencuba tanpa rasa menyesal.
Pelbagai
Ini bukan gimik filem atau skrip drama lakonan mereka bersama. Sekurang kurangnya itu’lah yang dilaporkan Berita Harian hari ini. Johan As’ari telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa.
Mereka bertemu buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 yang lalu dan tiga hari kemudian, Johan As’ari terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan Lana Nordin.
Johan As’ari juga percaya & yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.
“Selepas bertukar nombor telefon, kami keluar makan tiga hari berturut turut sebelam saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” jelas Johan As’ari.
“Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin”
Lana Nordin hadir menemani Johan As’ari ke Balai Berita NSTP untuk promosi filem Paku namun mereka berdua nampak manja selain memanggil diri masing masing dengan gelaran baby & sayang tidak mampu menutup status mereka yang sedang hangat bercinta.
“Kalau ikutkan, kami tidka mahu menangguhkan perkara baik — cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa gesa,” tambah Johan As’ari yang tidak mahu dedahkan tarikh pernikahan.
Keberanian & Keikhlasan Johan As’ari Buka Hati Lana Nordin
Lana Nordin pula berkata yang beliau memang mencari teman hidup yang boleh membimbing dirinya selain hati beliau terpikat dengan keberanian Johan As’ari dan juga keikhlasan untuk menjadikan dirinya sebagai permaisuri hidupnya.
“Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan”
“Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin,” jelas Lana Nordin.
Sumber: Rotikaya
[Wow] - Gosip Hiburan
Tiga aktivitis memperjuangkan susu ibu dengan memakai bikini di tempat awam selepas satu syarikat mengeluarkan satu kentayataan susu keluaran mereka lebih berkhasiat daripada susu ibu. Mereka menggalakkan ibu-ibu untuk mengurangkan pembelian susu tepung dan meningkatkan penggunaan susu ibu.
Pelbagai
BIAR sebanyak mana pun tatu dan otot yang cuba ditunjukkan oleh
penyanyi Justin Bieber melalui laman Instagram dan konsertnya, itu tidak
dapat mengubah hakikat yang dia masih seorang remaja yang dipantau
keluarga.
Tersebarnya cerita dia meniduri seorang pelakon porno, Tati Neves telah membangkitkan kemarahan ibunya, Pattie Mallette.
Mallette dikatakan terus menghubungi Bieber sejurus mengetahui
perkara itu kerana bimbang anaknya akan dijangkiti penyakit serius
kerana melakukan hubungan rambang.
Bagi kami, memang patut dia dimarahi. Bayangkan jika dia dijangkiti
virus HIV dalam usia begitu muda, tidak tahulah apa akan jadi dengan
kerjayanya.
Hai, ternyata Bieber masih belum cukup matang lagi…
[Wow] - Selebriti
AGAKNYA mungkin sudah jadi trend zaman sekarang, semua hendak
disebarkan ke laman sosial termasuklah penghinaan kepada pihak berkuasa.
Jika sebelum ini ada Ah Beng ’1 Malaysia’ yang memuatnaik videonya
memarahi seorang polis trafik kerana menyamannya, kali ini heboh pula di
beberapa blog mengenai seorang remaja yang bakal dipenjara dua tahun
kerana perbuatan yang sama.
Bezanya, remaja ini mengambil gambar sebelum memuatnaiknya ke laman Facebook dengan status yang penuh dengan maki-hamun.
Berikut ialah butir kejadian yang dipetik melalui panggungopera.blogspot:
Seorang anggota Polis Trafik IPD K.Pilah semasa bertugas
kawalan kesesakan lalu lintas di Jalan Dato Ulu Muar Kuala Pilah pada
25/11/13 jam 10.30 pagi telah mengambil tindakan saman keatas sebuah
kenderaan yang menghalang lalu lintas,
Pemilik kereta seorang lelaki Melayu umur 20an mempersoalkan
tindakan saman dan pada masa sama lelaki tersebut bertindak mencabar dan
mencekak baju serta merakam gambar anggota Polis Trafik tersebut
menggunakan handphone.
Anggota Polis Trafik itu dgn tenang “TIDAK MELAYAN” provokasi pemilik kereta tersebut & beredar dari tempat kejadian.
Disebabkan TIDAK PUAS HATI dgn KETENANGAN Polis Trafik itu,
dia telah muat naik gambar tindakannya ke Facebook dgn kata2 makian
& UGUTAN.
Menurut sumber, satu laporan Polis dibuat selepas kejadian berlaku.
Tindakan:
1) Bertindak di atas kejadian Polis Kuala Pilah menyiasat kes
dibawah sek. 353 kanun keseksaan kesalahan menggunakan kekerasan bagi
menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
2) Lelaki disyaki telah ditangkap untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Pilah.
3) Sek.352 KK membawa hukuman 2 tahun penjara atau denda atau kedua duanya sekali.
Kami sokong jika orang yang berperangai sebegini diambil tindakan.
Memang betul akaun Facebook itu hak peribadi, tapi ia tidak bermakna
anda boleh menjadikan ia sebagai medan mencerca sesuka-hati. Jangan lupa
ya, negara masih ada undang-undang!
[Wow] - Berita Tempatan

DEREK Amato, 41, tidak menyangka kecederaan di bahagian kepala yang
dialaminya terhentak dinding kolam memberikan keistimewaan yang tidak
diduga.
Keistimewaan itu ialah, kemahiran bermain lapan jenis alat muzik yang berlainan secara profesional.
Sebelum kejadian, dia hanya tahu memetik gitar dan tidak tahu bagaimana untuk membaca atau menulis nota muzik.
Apa yang dialami oleh Derek ini sebenarnya mempunyai penjelasan dari segi saintifik.
Ia dinamakan Sindrome ‘Aquired Savant’, yang hanya dialami oleh 30
orang termasuk dirinya di seluruh dunia selepas mengalami trauma di
kepala.
Hentakan di kepala itu menyebabkan dia kehilangan 35 peratus
pendengaran, kerap sakit kepala dan adakalanya kehilangan memori, namun
bagi Derek ia masih kecil jika dibandingkan dengan kepakaran muzik yang
dimilikinya sekarang.
Bagaimanapun, doktor yang merawatnya turut mengingatkan Derek supaya
bersedia untuk menghadapi kemungkinan kehilangan ‘anugerah’ yang
dimilikinya kerana dia tidak mempunyai kawalan terhadap sindrom itu.
Global
DITAJA lebih RM3 juta ringgit ternyata tidak memberi kebebasan
sepenuhnya untuk pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin
mengemudi perjalanan majlis perkahwinan mereka.
Persandingan berkonsepkan dalam taman itu mensyaratkan beberapa
perkara yang harus dipatuhi oleh para tetamu, memetik laporan Berita
Harian.
Memandangkan hak penyiaran majlis diberi kepada Astro, tiada stesen
TV lain yang dibenarkan membuat liputan dan temubual bakal mempelai
hanya dilakukan oleh pihak produksi Astro.
Syarat lain yang turut dikenakan ialah, media tidak dibenarkan
merakam gambar mempelai, sebaliknya mereka boleh mendapatkannya dari
pihak penganjur selepas majlis.
Kawalan keselamatan juga dipertingkatkan sekaligus hanya individu berdaftar yang akan mendapat akses masuk pada majlis nanti.
Majlis itu juga akan dihadiri oleh 500 tetamu yang terpilih.
Fuh, memang ketat syaratnya ya! Kami pun tak tahu hendak cakap
apa. Mungkin ayat paling mudah, tiada apa yang boleh diperolehi secara
mudah dan percuma di dunia ini
[Wow] - Gosip Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)





















Recent Comments