Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
SEORANG wanita beraksi gila apabila memukul perutnya yang besar kerana mengandung dengan tukul besi untuk membuktikan perutnya itu agak keras dalam satu rakaman video.
Wanita itu Heather Thorpe, 24 tahun, melakukan aksi itu dirakamkan bekas teman lelakinya Sean Hanlon, memukul perutnya kira-kira sebulan sebelum melahirkan bayi itu, seorang bayi lelaki bernama Jonathon setahun lepas.
Bagaimanapun, apabila Sean yang berusia 26 tahun membawa rakaman itu kepada pihak polis, mereka enggan mendakwa wanita itu kerana tiada kesalahan jenayah dikesan.
Sean berang dengan keputusan polis dan berkata, jika ada video menunjukkan seorang bayi dipukul pastinya pelakunya akan diberkas serta-merta.
Rakaman itu dibuat apabila wanita itu berkaya “Bayi saya ketika ini sangat keras, anda lihat ya,” katanya. Video itu dirakamkan kira-kira setahun lepas sebelum Jonathon dilahirkan.
Video itu menunjukkan Heather menyelak bajunya dan memukul perutnya dua kali tanpa mempedulikan kesan buruk yang bakal berlaku kepada anak dalam kandungannya itu.
Menurut Sean, wanita itu juga pernah menumbuk perutnya sendiri supaya bayi itu keluar dengan sendirinya.
Heather kini tinggal bersama anaknya yang sudah pun berusia setahun di rumah keluarganya di Chelmsley Wood, West Midlands enggan memberikan komennya tentang kes ini.
Polis Wes Midlands dalam laporan siasatan kes ini bertarikh 3 Januari berkata Heather ketika itu dipercayai sudah mengandung kira-kira lapan bulan ketika video itu dirakamkan.
Seorang pekerja sosial pula melihat kekuatan pukulan dalam skala 1 hingga 10 yang paling kuat berkata pukulan dengan tukul besi itu adalah dengan kekuatan 5 atau 6 sahaja.
Pelbagai
Seorang pencuri ‘baik hati’ di China menyalin 1000 senarai nombor telefon sebelum memberikan semula kepada pemilik iPhone yang dicurinya.
Senarai nombor telefon itu pula disalin dengan tangan, menggunakan 11 keping kertas!
Menurut maklumat di media tempatan, iPhone milik Zou Bin dicuri awal bulan ini ketika dia berkongsi teksi dengan seorang penyeluk saku. Waktu kejadian dia baru pulang dari pub dalam keadaan mabuk.
Selepas menyedari telefon bimbitnya hilang, Zou Bin menghantar mesej kepada nombornya berbunyi:
“Saya tahu kamu adalah lelaki yang duduk di sebelah saya dalam teksi. Ketahuilah, tak susah pun nak cari kamu”.
Dalam mesej dihantarnya, Zou Bin turut menyuruh pencuri tersebut supaya melihat senarai temannya dalam nombor telefon, merujuk kepada geng kongsi gelap yang menjadi kenalannya.
Pesanan diakhiri supaya telefon bimbitnya segera dipulangkan ke alamat yang disertakan.
Apa yang berlaku, beberapa hari kemudian Zou Bin menerima satu bungkusan yang dihantar ke rumahnya.
Walaupun tiada iPhone yang telah dicuri, ia berisi kad SIM dan kesemua senarai nombor telefon dalam telefon bimbitnya.
Pelbagai
BENARLAH kata orang, harus ada batas dalam bergurau. Jika melampau, pasti buruk padahnya.
Itulah yang berlaku terhadap seorang remaja lelaki di New York apabila dia maut dalam satu kemalangan jalan raya akibat gurauan melampau pada hari ulang tahun kelahirannya.
Brandon Berman, 19, bersama beberapa lagi rakan sedang dalam perjalanan pulang dari pantai dengan menaiki kereta sebelum dia mengusik pemandu, Britanny Lahm, 24, dengan meletakkan kakinya di muka gadis itu.
Tidak cukup dengan itu, dia juga membuka payung dalam kenderaan tersebut.
Kemuncak gurauan yang membawa maut itu ialah apabila dia menarik tali bikini Lahm sehingga terbuka dan menyebabkan gadis itu melepaskan stereng kereta.
Akibatnya, kereta yang dipandunya hilang kawalan sehingga terbabas dan terbalik sekaligus mengakibatkan kematian Berman dan mencederakan yang lain.
Itulah yang dikatakan nasi sudah menjadi bubur. Nyawa pun sudah tak dapat dikembalikan lagi.
Semoga kejadian ini dijadikan iktibar bagi anda di luar sana selepas ini supaya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu yang bodoh.
Global
MELALUI akaun Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign (MCAC), dikongsikan lagi satu kes cubaan samun yang berlaku di Jalan E 5/13, Taman Ehsan, Kepong, jam 6.30 pagi, semalam.
Dua perompak bertindak memecah tingkap kenderaan mangsa yang baru sahaja masuk ke dalam kereta dengan hulu parang.
Apabila mangsa menjerit dan menekan hon, seorang daripada mereka memberi amaran supaya mendiamkan diri sebelum datang ke tingkap pemandu dan memecahkannya.
Mangsa yang kemudiannya keluar dari kereta cuba merampas parang tersebut sehingga mengakibatkan tangan dan kakinya cedera.
Akhirnya, perompak tersebut meninggalkan kawasan kejadian tanpa berjaya mendapat apa-apa hasil daripada mangsa.
Laporan polis sudah dibuat dan mangsa menyatakan salah kedua-duanya kerap berlegar di kawasan perumahannya antara jam 4 hingga 7 pagi pada hari bekerja dan jam 4 hingga 5 petang pada hujung minggu.
Sekiranya penduduk di Taman Ehsan Kepong terlihat sebarang aktiviti yang mencurigakan, mereka diminta melaporkan segera ke balai polis yang berdekatan.
Pada masa yang sama, MCAC menasihatkan agar mereka yang berdepan dengan situasi ini agar tidak melawan jika tidak mempunyai asas dalam mempertahankan diri kerana nyawa lebih berharga.
[Wow] - Jenayah
Maghribi – Tiga remaja yang mendapat liputan meluas susulan gambar bercium mereka yang dimuatnaik dalam Facebook hingga menyebabkan mereka ditangkap, kini memohon supaya mahkamah hanya memberikan teguran, berbanding hukuman penjara.
Remaja tersebut berdepan hukuman penjara lima tahun kerana berkelakuan tidak senonoh.
Rayuan berkenaan dibuat peguam mereka semalam dan hakim dijangka memberikan keputusan kes berkenaan pada 6 Disember ini.
Tertuduh adalah sepasang kekasih iaitu remaja lelaki dan perempuan berusia 15 serta 14 tahun dan seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun.
Pasangan remaja itu telah bercium manakala rakan mereka pula telah mengambil gambar berkenaan ketika waktu persekolahan di bandar Nador.
Mereka hadir di mahkamah bersama ibu bapa masing-masing dan peguam bela mereka.
Menurut peguam bela mereka, terdapat tanda-tanda positif bahawa hukuman itu mungkin diringankan.
Isu Panas
Berdasarkan carian daripada beberapa sumber di internet, berikut
adalah Port/ Sarang Gay Paling Terkenal di Malaysia. Diharapkan
pihak-pihak berkenaan hendaklah menyiasat segera maklumat ini. Tolong
buat serbuan dan pemantauan ke atas port-port gay tersebut sebelum kita
semua dihukum sepertimana Kaum Nabi Lut.
1. Kuala Lumpur: Stesen LRT Pasar Seni: 7am-9am; 12pm-1pm
2. Seremban: Terminal One; Parkson Terminal One Aras Bawah
3. Johor: Bus Stand Larkin – Aras Bawah
4. Kota Bharu: Fitness Center – Hotel R
5. Kuala Lumpur: Blue Boy Club (BBC) – Jalan Bukit Bintang
6. Kuala Lumpur: Jurassic Park – kawasan tempat letak kereta belakang Jalan Tunku Abdul Rahman
7. Petaling Jaya: Tasik Kelana Jaya – biasanya sebelah malam
8. Petaling Jaya: kawasan taman permainan kanak-kanak bersebelahan
Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Juga di tempat letak kereta
berhampiran kompleks renang MBPJ.
9. Petaling Jaya: Sudut Selera Taman Bandaran Kelana Jaya
10. Kuala Lumpur: Taman Tasik Permaisuri – biasanya dari tengah malam sampai Subuh
setiap Sabtu dan Ahad
11. Cheras: Restoren Q Bistro (malam)
12. Kuala Lumpur: Stesen KL Sentral – tandas lelaki belakang eskalator
13. Ipoh: Taman kupu-kupu – KTM Ipoh
14. Melaka: Infinity Cafe Jalan Melaka
15. Melaka: Starlight Bistro, Plaza Melaka
16. Melaka: Taman padang lama antara Bukit St Paull dan Resotren A&W – biasanya pukul 11pm ke atas
17. Penang: Sixty9ine Mansion, Batu Ferringgi
18. Penang: SOHO Gastro Pub, Tanjong Tokong
19 Penang: Mega Mall Shopping Complex, Prai
p/s: rasanya masih banyak lagi port-port lain yang tak disebutkan di
sini. Harapnya pihak berkuasa akan memantau tempat-tempat ini dan
mengambil tindakan dengan segera.
sumber: billyinfo.blogspot.com
Isu Panas
Gula-gula sememangnya sinonim dengan kanak-kanak mahupun orang dewasa, pendek kata kebanyakkan antara kita memang menyukainya dan mungkin hanya segelintir sahaja yang tidak menyukai makanan manis ini. Kali ini akan dikongsikan suatu tempat yang pasti akan disukai oleh penggemar gula-gula.
Dubai merupakan salah satu kota yang berkembang tercepat di dunia dan juga sebagai kota metropolitan yang sibuk. Dubai selalu penuh dengan kehidupan dan dipenuhi dengan aktiviti dan anda tidak boleh memaksa diri anda untuk tidur di bandar kehidupan ini. Pelancongan adalah industri yang berkembang pesat di Dubai dan ada begitu banyak hal bagi pelancong untuk dilakukan di Dubai, bahawa tidak ada jumlah waktu yang akan cukup untuk melawat setiap daya tarikan bandar ini.
Jadi di sini di kumpulkan senarai beberapa tempat pelancongan terbaik di Dubai. Percayalah bahawa sangat sukar untuk mencari tempat yang menakjubkan seperti di Dubai yang penuh dengan perkara yang luar biasa.
Lagi-lagi Dubai menarik dunia dengan membuat kedai gula-gula terluas di dunia yg dinamakan Candylicious. Luas kedai tersebut mencapai 10.000 kaki. Canopy’a adalah lollipops yang besar-besar dan tersedia juga “pick and mix” dinding (yang juga terbesar di dunia), jadi kita boleh ambil coklat atau gula-gula yang ada di dinding dengan warna yang kita suka! Juga gula-gula M&Ms yg membuatkan pengunjung teringat akan era 80-an.
Konsep Candylicious sendiri adalah fantasi, santai and memori masa kecil , digabungkan konsep kedai gula-gula dengan imaginasi termaju di dunia.
Pelbagai
Kapal angkasa NASA yang dipanggil SOHO –The Solar & Heliospheric Observatorytelah merakam gambar ini ketika sedang membuat kajian tentang pelepasan gas di matahari. Menurut pihak NASA, mereka menggelarkan imej ini "Giant Angel" yang sedang terbang menuju ke matahari. Tapi ada jugak pihak yang membuat lawak dan mengatakan "They found Chuck Norris's kite".
Misteri Sejarah
CHINA – Tembok besar China yang penuh dengan keunikan dan menjadi
tumpuan pelancong seluruh dunia, kini dalam bahaya selepas hampir dua
pertiga daripada tembok berkenaan telah dimusnahkan dan dirosakkan oleh
penduduk setempat.
Penduduk berkenaan meruntuhkannya untuk membina laluan selain dijadikan tempat untuk mereka berteduh.
Selain itu ada juga penduduk yang menjadikan tembok tersebut sebagai baja untuk tanaman mereka.
Pembinaan jalan raya juga menyumbang kepada kemusnahannya.
Keadaan itu berlaku akibat kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan terutama di kawasan pedalaman.
Menurut kurator muzium Longxi, Chen Jun pihaknya tidak dapat
menghalang penduduk tersebut daripada memusnah tinggalan sejarah yang
dibina pada zaman Dinasti Qin itu.
“Kami cuba menghalang penduduk namun bahagian tembok yang dirosakkan
itu tidak termasuk dalam zon perlindungan.Kami tidak mampu berbuat
apa-apa,’’ katanya.
Tembok Besar China dibina kira-kira 2,200 tahun lalu dan ia
kemudiannya dibina semula pada Zaman Dinasti Ming, kira-kira 700 tahun
lalu.
Pada 2006, kerajaan telah melaksanakan peraturan bagi melindungi Tembok
Global
KAHERAH – Alia al-Mahdi, seorang wanita yang tidak bermoral kerana
sanggup berbogel semata-mata memperjuangkan kebebasan, sekali lagi
mencetuskan kemarahan umat Islam.
Kali ini dia telah mempersendakan `azan’ di dalam media sosial.
Dia mengejek-ejek azan dan menggesa supaya laungan Allahu Akbar ditukar kepada `wanita maha agung’.
Penghinaan itu ditulisnya dalam facebook miliknya.
Dia juga telah menukar kalimah Syahadah mengikut sesuka hatinya.
Tindakan kurang ajar itu telah mendapat kutukan dan kecaman ramai,
malah seorang ulama Sheikh Nasser Radwan mahu Alia dibicarakan kerana
menghina agama Islam.
Beliau juga menggesa Universiti Al-Azhar dan Menteri Dalam Negeri
supaya bertindak segera ke atas Alia agar dia tidak lagi berani
mencetuskan kontroversi di negara berkenaan.
Dalam pada itu, salah seorang ahli majlis Al-Azhar yang juga seorang tokoh agama, Mahmoud Muhna menyifatkan Alia sebagai murtad.
Beliau mahu Alia dibicarakan di bawah undang-undang jenayah dan tidak dibiarkan berterusan menghina Islam.
Alia sebelum ini mencetus kontroversi selepas dia bergambar bogel di
internet atas nama kebebasan dan menuntut hak untuk bersuara.
Global
Bila kita fikirkan tentang pramugari, mesti kita akan terfikir wanita yang cantik dan anggun, Itulah sebabnya bukan mudah untuk jadi peramugari, kalau wajah berjerawat conform kena reject! Ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi pramugari amatlah banyak jadi hanya yang layak je mampu menjadi pramugari.. Post kali ini adalah post wanita anggun. Mari melihat pramugari yang cantik dari seluruh dunia.
1) Pramugari Thailand
Boleh tahan kan semua pramugari-pramugari. Semua manis, putih, gebu belaka. Fuhh....
Siapa tidur masa dalam flight rugi woooo
2) Pramugari Amerika
Perhatikan pakcik di sebelah kakan tu, nak berdarah hidung tu
3)Pramugari Rusia
Pergh kaki akak ni bukan main panjang lagi
4)Pramugari UAE
Ayu giler akak ni, Fewit!
5) Pramugari Jepun
Putih Melepak
6) Pramugari Arab Saudi
Pramugari Arab Saudi
7) Pramugari MAS

Nak kenal boleh?
8) Pramugari Fireflyz

Pramugari Fireflyz
9) Pramugari AirAsia
Pramugari AirAsia
Boleh tahan kan semua pramugari-pramugari. Semua manis, putih, gebu belaka. Fuhh....
[Wow] - Sakit Mata
PASIR PUTEH - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya
diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu
akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar
melalui laman sosial.
Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.
Rujuk mereka yang layak
Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.
“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.
“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.
Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’ namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.
Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.
Suara mengerikan
Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.
Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.
Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.
"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.
Sudah dipasung
Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.
Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.
“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.
“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu.

Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments