Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Los Angeles: Doktor peribadi Michael Jackson berkata, hubungannya dengan bekas Raja Pop itu sangat rapat hingga dia tidak kekok memegang kemaluan penyanyi terbabit.

Dalam satu kenyataan berani kepada media semalam, Dr Conrad Murray berkata, dia memegang kemaluan Michael setiap malam untuk dipasang tiub khas kerana penyanyi terbabit tidak dapat mengawal kencing pada waktu malam.

“Michael selalu memakai seluar panjang hitam dan dia akan berada dalam tandas selama berjam-jam.
“Michael tidak tahu memakai kondom, jadi saya terpaksa memakaikan alat untuknya,” katanya.

Murray turut mengulangi keyakinannya bahawa Michael membunuh diri.

Murray mendakwa ketika meninggalkan bilik tidur Michael pada hari penyanyi itu meninggal dunia, dia percaya Michael bangun dan mendapatkan Propofol lalu menyuntik dirinya sendiri dengan ubat berkenaan.

“Michael menyuntik ubat itu terlalu banyak menyebabkan jantungnya terhenti,” katanya.

Murray juga mengatakan anak Michael mempunyai tiga bapa berbeza dan Michael bukan bapa kandung mereka.

“Michael memberitahu saya, dia tidak pernah tidur dengan Debby Rowe,” katanya.

Doktor itu menegaskan Michael juga memberitahu, dia pernah diserang secara seksual oleh seorang daripada doktornya ketika dibius menjadi separuh sedar.

Murray berkata, Michael meramalkan yang dia akan mati semasa di bawah rawatannya.- Agensi

London: Wanita berusia 30 tahun yang dikurung sebagai ‘hamba’ selama tiga dekad pernah menulis ratusan surat dan puisi yang mengimpikan kebebasannya.

Hanya dikenali sebagai Rosie, dia menjelaskan bagaimana menghadapi penderitaan diungkapkan ketika dikurung satu pasangan yang mengambilnya sebagai anak angkat ketika masih bayi.Kata Rosie, ibu bapa kandungnya meninggal dunia akibat kebakaran.

“Saya umpama seekor lalat yang terperangkap di sarang labah-labah,” katanya.
Rosie dikurung bagaikan banduan hampir sepanjang hayat bersama wanita rakyat Ireland yang berusia 57 tahun dan wanita warga Malaysia berusia 69 tahun. 
 

Mereka dibebaskan dari sebuah flat di Brixton, selatan London bulan lalu.

Pasangan suspek berusia 67 tahun dari India dan Tanzania didakwa pemimpin kumpulan radikal Marxist berpangkalan di Brixton.

Polis malam semalam cuba mengesan 13 alamat di sekitar London yang disyaki menjadi kediaman pasangan suspek sebelum ini.

Pendedahan itu dibuat ketika beberapa surat yang meluahkan kesedihan kerana dikurung sebagai banduan dan gambar mangsa termuda itu ditemui.

Mangsa yang dahagakan kasih sayang menghantar 220 surat dan puisi kepada seorang jirannya, Marius Feneck dan memberitahu lelaki itu bagaimana dia dikurung oleh “penjahat yang bersikap perkauman.”

“Saya mahu kamu tahu kebenarannya. Lelaki ini memang jahat dan membersifat perkauman.

“Saya merayu kepada mereka agar jangan pisahkan kita, tetapi mereka kata, mereka akan menyakiti kamu jika saya tidak berjanji untuk menjauhi kamu. Kemudian mereka mengurung saya di sini, mengunci semua pintu dan tingkap.

“Saya tidak berani untuk melarikan diri kerana saya tahu mereka akan menyakiti kamu jika saya lakukan demikian. Jadi, saya macam lalat yang terperangkap di sarang labah-labah.

“Saya minta maaf atas perbuatan jahat mereka yang mengaku keluarga saya itu. Saya bencikan mereka,” katanya. - Agensi


PUTRAJAYA – Kegiatan tiga orang remaja yang menjadi pengendali laman web muat turun filem tempatan dan luar negara secara haram akhirnya memakan diri apabila diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, dua daripada remaja terbabit kini mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang baru sahaja tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, tiga remaja berusia 15 hingga 18 tahun itu dikenalpasti mengendalikan tiga laman sesawang muat turun secara haram iaitu web www.allinoneatheremovies.blogspot.com, www.pjsenter.com dan www.piratebytez.com.

Katanya, penguat kuasa KPDNKK berjaya menjejak remaja terbabit di kediaman ibu bapa masing-masing iaitu satu di Selangor dan dua di Pulau Pinang dalam serbuan menerusi Ops Spyglass pada Oktober dan November lalu.


Izreen Azminda

PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda, 28, mengakui tidak berasa malu untuk tampil di khalayak dengan tubuh badan yang berisi.

Izreen berkata, selepas melahirkan anak sulung, Muhammad Adrian Umar pada 13 Julai lalu, berat badannya masih belum mencapai tahap yang ideal.

Bagaimanapun kerana tidak sabar untuk kembali berlakon, dia sanggup muncul di televisyen walaupun belum langsing seperti yang diharapkan.

"Sebelum melahirkan Adrian, berat saya mencapai 80 kilogram (kg), tetapi selepas pantang saya berjaya menurunkan sehingga 66 kg dan masih cuba untuk mencapai ke berat yang ideal iaitu 55 kg.

"Tetapi sudah hampir setahun saya tidak bekerja dan selepas bersalin, rasa teruja pula untuk kembali berlakon sehinggakan saya tidak kisah untuk tampil berisi di khalayak walaupun kebanyakan artis perempuan akan memastikan mereka langsing dahulu sebelum mula kerja," katanya.

Tambah Izreen, dia juga lebih bersemangat untuk memulakan kerja apabila suaminya, Mohammad Riza Baharuddin turut memberikan sokongan dan galakan.

Bagaimanapun Izreen berkata, dia kini tidak lagi memilih watak-watak antagonis yang terlalu ekstrim seperti melibatkan aksi-aksi ranjang atau berpelukan kerana ingin menjaga statusnya sebagai isteri dan ibu.

"Memang awal-awal lagi suami dah pesan, nak berlakon boleh, tetapi janganlah pilih watak yang boleh menjejaskan nama keluarga satu hari nanti.

"Alhamdulillah, pihak penerbit tidak lagi melihat saya hanya boleh membawa watak jahat semata-mata tetapi mereka memberi peluang untuk saya mencuba pelbagai karakter," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Izreen dicalonkan sebagai pelakon Pembantu Terbaik menerusi drama Perempuan Itu Ibu bagi Anugerah Skrin 2013 (ASK2013).
nabilahudaseksi4

Dunia akhir zaman, apabila gambar seksi yang ditegur kemudian telah disekolahkan semula oleh artis dan kipas susah mati Nabila Huda.

Antara yang dibahasakan Nabila ialah;

” apa masalah kau ni??aku ni tengah shootong based on the true story.kau kalau nk memekak kt ig aki nk membebel tak tentu pasal,buat semak je baik kau unfollow.kalau baik sgt delete instagram kau.stop using any smart phone sbb buat tambah dosa je.nasib kau baik la aku tak block kau lagi sbb kesian org mcm kau ni mmg sejenis yg memerlukan contoh2 kehidupan org lain yg bahagia supaya kau tak la kolot sgt hidup dlm kelompok manusia yg berfikiran negative..hey a life kakak!”

” pls la jgn memekak kat instagram org.dah la semak,visit my IG tak habis2,ni nak pokpekpokpek ckp psl dosa la itu la ini la.macam bagus je semua bila berckp.dosa n pahala tu antara aku dan tuhan.korang tkde hak nk nilai apa2 or bg nasihat pun.aku share gambar belakang tabir saloma ni and it’s supposed to be P&C,so tolong la hargai.ni baik muda n tua mulut nk pokpek je.kite semua takkan tau dimana kite akn berada bila masa tu datang.so chill la everyone! “

” i dont need any teguran from anybody.u should appriciate all of my photos.awk ada dgn sy tak bila sy penat berkerja?time korang tgh berehat senang lenang goyang kaki kt rumah,sy pulak tgh bekerja keras buat yg terbaik utk tontonan anda semua.tapi apa yg korang buat,kecikkan hati sy.kejam sungguh manusia ni kan?sorry sy tak penah sentap because i know what im doin.sy sentiasa maafkan semua yg menyakitkan” 

Tapi betul juga apa yang dikatakan Nabila, kadang-kadang peminat ni terlampau over bila mengkritik gambar artis. Hmm ape pendapat anda? Gambar penuh selepas ini. (Mediamalaya.com)
nabilahudaseksi6
nabilahudaseksi3

GAMBAR pasangan bercinta di atas kini tersebar di laman Facebook sehingga mendapat kecaman dan teguran daripada warga internet yang prihatin daripada melihat kedua-duanya ini terjebak lebih jauh dalam alam cinta mereka.

Mereka turut memarahi orang yang memberi komen ke atas gambar ini dengan menyifatkan teguran itu sebagai menjaga hal ehwal orang lain sedangkan kebaikan sendiri tidak seberapa.

Mereka mendakwa jika tertangkap pun hanya perlu membayar denda dan kemudian selesai kes.

Begitu mudah pemuda pemudi kita sekarang ini, atas nama cinta, nak dedah dan pamerkan gambar berdua konon-konon cinta mereka paling hebat dan paling indah dalam pada masa sama tidak menyedari orang menyampah melihat perangai mereka berdua.

Teka-teki mengenai tarikh perkahwinan Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, akhirnya terungkai apabila pasangan popular ini memilih untuk bernikah pada 11 Disember depan bertempat di Gazebo Setia City Convention Centre, Shah Alam, selepas solat Maghrib sekitar jam 7.30 malam.

Pengumuman ini dibuat dalam satu sidang media khas yang diadakan di Setia City Convention Centre sebentar tadi.

Majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 10 Disember, jam 8 malam. Acara persandingan pula pada 13 Disember di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Pada sidang media tersebut, pasangan ini turut memberitahu mereka menerima tajaan barangan perkahwinan bernilai RM13 juta termasuklah cincin Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Astro Ria menerusi saluran 104 diumumkan sebagai penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan.

Terdahulu, pasangan pelakon popular ini telah mengadakan majlis merisik bertempat di Carcosa Sri Negara pada 29 September lepas, dihadiri oleh 60 orang tetamu yang terdiri dari keluarga dan kenalan rapat. Pasangan ini turut mengadakan sesi fotografi pra-perkahwinan di beberapa lokasi sekitar Eropah dan Bali. – Gua.com.my

Kejadian ini berlaku di bandar Kota Kinabalu. Wanita ini sedang menunggu rakannya diluar pintu masuk sebuah Hotel Horizon di Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan terapi. Tiba-tiba wanita ini didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan cuba untuk merampas beg tangan dan telefon bimbit wanita tersebut.

Lelaki ini telah mengeluarkan pisau untuk mengugut wanita ini. Namun wanita tadi tidak memberikan juga beg tangan dan telefon bimbitnya. Akhirnya lelaki itu terus menikam bahagian perut wanita ini. Wanita ini menjerit untuk meminta tolong.  Nasib baik pengawal keselamatan yang berada berhampiran mendengar jeritan wanita tersebut dan menyelamatkannya.

Kepada anda yang terlepas untuk menonton program hiburan Melodi di TV3 hujung minggu lalu, ini sebahagian kisah yang di’paparkan menjadi perhatian kami. Dalam satu temubual bersama wartawan Melodi, rapper Caprice mendedahkan yang beliau pernah berpacaran dengan pengacara & pelakon popular Neelofa.

Kenyataan itu timbul apabila beliau diajukan soalan tentang dirinya yang di’gelar poyo kerana sering bertutur dalam bahasa Inggeris di’kalangan rakan & Caprice secara sponton berkata yang selepas dating dengan Neelofa, kebolehan bertutur bahasa Melayu beliau semakin baik.

Caprice kemudian berkata yang mereka sudah berkawan lama & Neelofa sendiri pernah muncul dalam salah satu video muzik terawal beliau untuk lagu Dem Girls. Ooooh. (rtky/m)


 

Artis seksi Hong Kong, Angelina Zhang, kembali menyita perhatian publik di negaranya. Hal itu lantaran tujuh foto telanjangnya bocor di dunia maya. Ia dengan jujur mengakui bahwa itu adalah fotonya.

“Betul itu memang saya. Foto tersebut diambil tahun 2009 oleh salah seorang teman fotografer Hong Kong. Saya tak perlu menyembunyikannya,” kata Zhang seperti dilansir Divaasia.

Namun ia menolak jika foto dirinya disebut foto porno. Menurutnyam foto itu merupakan hasil karya seni. ”Foto-foto tersebut sangat artistik,” ujarnya.

Dengan tersebar luasnya foto-foto syurnya di dunia maya, Angelina merasa kecewa dan sangat marah. Ia menduga mantan managernya lah menjadi biang keladinya. Angelina berupaya menempuh jalur hukum didampingi oleh sang suami, Mark Wu.
  ”Orang yang telah merilis foto-foto ini adalah binatang dan harus dihukum. Itu sebabnya kami minta bantuan polisi,” ujar Zhang kesal






AFRIKA SELATAN – Meskipun dilarang menyiarkan gambar kediaman mewah Presiden Jacob Zuma, namun media-media di negara berkenaan terus menerbitkan gambar berkenaan.
Ia melibatkan kediaman Zuma yang diubah suai melibatkan kos RM62 juta dan menjadi kontroversi selepas ia didakwa menggunakan wang pembayar cukai.
Terdapat sekuang-kurangnya 20 bangunan di dalam kawasan berkenaan termasuk beberapa unit banglobesar, klinik perubatan, kolam renang, tempat pendaratan helikopter dan kuarters bawah tanah.
Tindakan kerajaan yang membuat keputusan untuk pengubahsuaian itu telah mencetuskan kemarahan rakyat Afrika Selatan tatkala 10 juta penduduknya hidup dalam kemiskinan dan menetap di kawasan setinggan.
Larangan menyiarkan gambar berkenaan dikeluarkan oleh Menteri Siyabonga Cwele yang memberi amaran kepada pihak akhbar, bahawa jika mereka ingkar maka mereka dianggap mencabul undang-undang negara.
“Tiada sesiapa pun termasuk media dibenarkan mengambil gambar rumah itu atas alasan keselamatan.
“Ia tidak dilakukan di mana-mana tempat.Kita tidak pernah melihat imej White House disebabkan alasan keselamatan,’’ katanya.
Bagaimanapun arahan itu tidak diendahkan sebaliknya gambar kediaman tersebut dimuatkan di muka depan beberapa akhbar.
Editor terbabit memaklumkan, penyiaran gambar berkenaan bukan bertujuan membahayakan nyawa sesiapa pun sebaliknya ia merupakan peranan media sebagai pemantau kepada wang rakyat.
Sebelum ini kerajaan mengambil masa beberapa bulan untuk merahsiakan kos perbelanjaan kediaman itu yang dipanggil ‘Zumaville’ yang dibina di KwaZulu.
SAN DIEGO – Seorang lelaki yang telah dilarikan  bapanya sejak lebih tiga dekad lalu dan dibesarkan di Mexico, akhirnya bertemu semula dengan ibunya selepas dia ditangkap ketika cuba menyeberangi sempadan secara haram.
Meskipun David Barrick, 37, hanya boleh berbahasa Sepanyol, namun ia bukan halangan untuknya berkomunikasi dengan ibunya, Kathy Amaya yang hanya boleh bercakap bahasa Inggeris.
“Ibu sayangkan kau dan amat merindui mu. Ibu tidak akan biarkan kau pergi lagi,’’ itu kata-kata yang diluahkan Amaya selepas bertemu dengan anaknya di lapangan terbang San Diego.
Mereka berdua akan menghabiskan masa selama beberapa hari di San Diego sebelum balik ke Wisconsin di mana Amaya menetap ketika ini.
Amaya mempunyai empat anak yang lain, semuanya adalah adik tiri Barrick dan mereka semua tidak sabar lagi untuk bertemu dengan abang mereka itu.
Menurut Amaya, dia telah mencari anaknya itu selepas bekas suaminya membawa Barrick keluar dari rumahnya di Chicago. Biarpun dia mengetahui mereka berada di Mexico namun Amaya tidak mengetahui di mana kedua-duanya menetap.
Memandangkan dia tidak mempunyai wang, maka Amaya tidak mampu untuk mengupah seorang penyiasat persendirian.
Barrick dibesarkan oleh datuk dan neneknya serta tidak pernah mengetahui bahawa ibunya mencarinya selama ini.
“Bapa saya memberitahu bahawa ibu saya telah meninggalkan kami. Saya tidak mengetahui siapa ibu saya,’’ kata Barrick.
Dia ditangkap ketika menyeberangi sempadan secara haram pada 30 Oktober lalu di pantai San Diego.
Ketika ditangkap Barrick berkata dia dilahirkan di Amerika Syarikat, justeru dia berhak berada di situ. Pada mulanya pasukan penyiasat tidak mempercayai perkara itu.
Sehinggalah seorang seorang kakitangan di sempadan memaklumkan kepada Amaya mengenai anaknya itu.
Barrick dilahirkan di pada 1977, dan selepas bapanya menjadi seorang yang panas baran, ibu dan bapanya telah bercerai, ketika dia berusia setahun.
“Selepas beberapa ketika, bapa saya dibenarkan melawat saya dan pada suatu hari, dia terus membawa saya,’’ katanya.
Meskipun Amaya membuat laporan polis, namun selepas mengetahui bahawa Barrick berada bersama bapanya, pihak berkuasa tidak lagi bimbang.
Barrick dibawa ke Mexico bersama bapa dan ibu suadaranya dan kemudian meninggalnya bersama datuk dan neneknya.
Barrick juga hanya beberapa kali bertemu dengan bapanya dalam tempoh 30 tahun. Dia kini mahu memfokus untuk belajar bahasa inggeris dan akan mengembangkan bakat sebagai pemuzik.