Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


New York – Seorang penyampai televisyen mendakwa dia menjadikan air kencing Lady Gaga minyak wangi selepas mengumpulkan air kencing penyanyi itu yang di dalam tong sampah.

Pengacara rancangan kabel AS Watch What Happens Live, Andy Cohen memberitahu rancangan Late Night With Jimmy Fallon yang superstar itu kencing di dalam tong sampah di bilik persalinannya.

“Ia cerita lama tetapi memang Gaga melakukan demikian. Ketika ingin keluar, dia berkata: “Saya tidak dapat cari tandas, minta maaf saya membuang air kecil dalam tong sampah.

“Dia Lady Gaga dan seorang superstar. Setakat yang saya tahu, dia boleh buang air di mana saja dia mahu,” katanya.

Cohen berkata, dia meminta pembantu peribadinya mencari petua dan resipi untuk menyimpan air kencing itu dan menjadikannya minyak wangi. “Jadi, kami masukkannya ke dalam botol yang cantik.

Saya tahu, ia perbuatan yang salah tetapi jika anda tanya mengapa, saya lakukannya, saya akan berkata ia adalah artifak bintang pop yang bernilai,” katanya.

Sementara itu, Gaga memberi amaran kepada peminatnya di Twitter dengan berkata: “Anda sudah diberi amaran jika dia cuba menyembur ke arah anda”. – Agensi

Los Angeles – Satu daripada beratus-ratus kereta yang dipamerkan di pameran kereta LA minggu ini mendapat liputan meluas akhbar, tetapi bukan semuanya mendapat pujian.

Walaupun berharga AS$1.1 juta (RM3.5 juta), kereta biru Youabian Puma meraih pelbagai gelaran pelik, termasuk “raksasa”, “gila” hingga kepada “tidak munasabah”.

Kenderaan besar yang dipamerkan berhampiran satu daripada pintu masuk pusat konvensyen itu tampil popular apabila puluhan ribu peminat kereta membanjiri pusat itu mulai semalam.

Pameran terbabit berlangsung selama 10 hari. Kereta bernilai RM3.5 juta itu mendapat perhatian pengunjung dengan tajuk depan akhbar LA Times menggelarnya ‘benar-benar pelik’.

Laman Autoblog.com menggelarnya “nampak pelik” dan memetik kenyataan pengeluarnya yang menyifatkan ia “kenderaan untuk berseronok”.

“Lebih hebat daripada kehidupan, Youabian Puma memang tidak munasabah dari mana sudut pun anda lihat,” tulis carscoops.com, satu lagi laman media mengenai kereta yang meninjau kereta itu pada sidang akhbar sebelum pameran terbabit dibuka kepada awam.

Kereta itu disifatkan sebagai gabungan antara kereta sport dan kereta kebal oleh LA Times. Ia mempunyai saiz yang besar hampir 8 kaki lebar dan melebihi 20 kaki panjang. – Agensi



Aktres yang mula dicungkil bakatnya menerusi filem ‘Castello’, Liyana Jasmay, 25, menyatakan kerisauannya kerana berat badannya tidak bertambah walaupun dia sedang hamil 14 minggu hasil perkahwinannya dengan Fathuddin Mazlan pada 2 Februari yang lalu.
“Kini kandungan saya telah memasuki usia 14 minggu dan saya risau kerana berat badan saya tidak bertambah dengan banyak. 

Bertambah pun cuma satu atau dua kilogram sahaja. Sebelum ini, semasa kakak saya hamil, saya nampak pertambahan berat badannya dengan ketara. Namun begitu, saya telah berjumpa dengan doktor dan dia berpesan supaya saya jangan risau kerana apa yang penting sekali ialah kandungan saya membesar dengan sihat,” jelas Liyana ketika ditemui di majlis pelancaran lagu runut bunyi filem ‘Papadom 2′ di Red Box Sogo, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Liyana juga menceritakan yang kini dia mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan.

“Sebelum ini saya seorang yang kuat makan nasi, tapi sekarang kalau saya makan nasi dengan kuantiti yang banyak, saya akan muntah. Jadi, kadang-kadang jika saya teringin, saya akan mengambil nasi tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Baru-baru ini pun saya muntah apabila saya makan cekodok,” cerita Liyana lagi.

Selain itu, Liyana juga juga akan memperlahankan aktiviti lakonannya sepanjang kehamilan. Dia akan fokus kepada beberapa promosi filem lakonannya yang bakal ditayangkan dan Liyana akan menguruskan beberapa kerja belakang tabir untuk penerbitan drama-drama di bawah produksi miliknya iaitu Mermaid Studios.

Dalam perkembangan lain, Liyana juga bakal memasuki studio rakaman untuk merakamkan beberapa buah lagu untuk album terbarunya.

“Saya suka menyanyi. Jadi saya akan buat album seterusnya. Kali ini album itu akan memuatkan lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan untuk beberapa buah drama. Mungkin saya akan merakamkan sebanyak dua buah lagu sebulan, tapi semuanya bergantung kepada keadaan. Saya juga berminat untuk merakamkan satu lagu khas untuk anak saya kelak,” ujar Liyana mengakhiri perbualan. – gua.com.my


Seorang guru wanita di Newport, Selatan Wales, England terpaksa meninggalkan kerjaya guru setelah perbuatannya mengadakan hubungan seks dengan pelajar sendiri berusia 16 tahun, tersebar.

Clare Horton, 33,  guru Sekolah Tinggi Fitzalan, Cardiff menggoda pelajar tersebut dengan mengirim gambar seksinya di Facebook sebelum mengajaknya datang ke rumah dan melakukan hubungan intim.

Pelajar itu yang berasa bersalah, kemudiannya melaporkan hal ini kepada polis namun menyatakan dia tidak mahu membuat sebarang pendakwaan.

Setelah itu kisah Clare meniduri pelajarnya mula tersebar di sekolah dan kawasan setempat menyebabkan ia dibawa ke mesyuarat  panel disiplin guru. Siasatan mendapati kes ini berasas dan sudah pasti menjejaskan kerjayanya.

Clare, ibu kepada dua anak yang sedang dalam proses perceraian cuba membela diri dengan menyatakan  pelajar tersebut memang datang ke rumahnya tetapi mereka hanya tidur bersama tanpa melakukan lebih daripada itu.

Bagaimanapun tidak lama selepas kisahnya tersebar, dia memberikan surat perletakan jawatan.
Gambar 'Hanya Berlaku DI Malaysia' Volume 2

Jika anda terdapat gambar menarik di Malaysia, sila hantarkan ke okidumedia@gmail.com/ Fanpage Blogbahni




Sebelum ini nama pelakon, Faezah Elai jarang dikaitkan dengan sebarang kontroversi, sama ada daripada segi lakonan mahupun peribadi.
Namun begitu, menerusi laman sosial pelakon tersebut petang semalam, Faezah dilihat telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan luahan kecewanya terhadap segelintir pengikut laman sosial yang mendakwa dia sengaja ingin menunjukkan tubuh badannya yang langsing kepada umum.


Meneliti setiap bait kata-kata tersebut, pelakon filem Tanda Putera itu menjelaskan bahawa, dia tiada niat untuk melakukan perbuatan seperti yang didakwa dan tujuan utaman berkongsi foto-foto tersebut hanya untuk mempromosikan pakaian yang dipakainya pada ketika itu.

 

Pelik sungguhlah, kalau nak bergaduh pun bukan kat facebook lah. Memalukan diri sendiri dan juga turut memalukan dan menjatuhkan air muka isteri.


Cheryl Cole memang sering memakai pakaian yang jarang. Tapi kali ini ianya menarik perhatian salah seorang dari peminatnya, agak mengejutkan reaksi peminatnya ini kelihatan seperti histeria!

Pelantun lagu The Girls Aloud ini kelihatan bergaya dengan baju jarang yang menampakkan branya ketika keluar bersosial di London bersama teman lelakinya Tre Holloway dan ibunya Joan...hah? Ibu?

Dan pada ketika itu juga salah seorang dari peminatnya tidak dapat mengawal kegembiraan dapat bertemu Cheryl secara 'live' ketika baru keluar dari The Rose Club.
Saksi yang berada di situ berkata, peminat tersebut terjerit-jerit: "Oh my God, I can't believe it's Cheryl Cole, oh my God! oh my God!" ketika penyanyi itu berjalan keluar.

Cheryl mencetuskan kontroversi apabila beliau mahu menyaman racangan realiti tv X Factor USA dan menuntut £1.4 juta apabila dimalukan oleh Simon Cowell tahun lepas.
Namun, semalam, sebelum melakukan persembahan di Capital FM's Jingle Bell Ball di London, beliau tidak banyak mendedahkan mengenai tindakan samannya itu.










Untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....

Hanya sekadar lawak Jenaka :)

Kebanyakan orang terutamanya perempuan cukup risau sekiranya menghadapi masalah kulit berminyak. Sebenarnya, kulit muka berminyak banyak kelebihan berdasarkan pandangan aku. Korang tak bangga ke?


-Tak sakit sangat jika muka kena tumbuk kerana penumbuk akan tergelincir oleh minyak yang ada pada muka.

-Lelaki yang gatal tentu teragak-agak untuk mencium pipi kerana geli pada kulit muka yang berminyak.

-Sekiranya memerlukan minyak untuk melicinkan sesuatu, maka dengan mudah mengikisnya pada muka.

-Kalau naik motor ketika hujan, tentu muka takkan basah kerana sifat minyak dan air yang takkan bercampur.

-Kulit muka selamat dari dihinggapi debu kerana terperangkap oleh minyak yang ada pada muka.

TAMPIN – Seorang pekerja Majlis Daerah Tampin (MDT) tidak menyangka duit RM1 yang diperolehnya hasil jual beli sebelum ini mempunyai keunikannya yang tersendiri apabila cetakan BNM 1 timbul di bahagian tengah gambar Yang Dipertuan Agong.

Pekerja berkenaan, Mohd Amir Sheir Zuman, 25, berkata, keunikan wang itu hanya disedarinya apabiladia ingin membuat bayaran ketika membeli nasi lemak tiga minggu lalu dan dia terus menyimpan kembali wang berkenaan.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kerja, dia membelek kembali wang berkenaan dan menunjukkan kepada rakannya yang lain bagi membolehkan mereka mengesan keunikan duit berkenaan.

“Selain cetakan BNM 1 yang timbul, wang kertas ini juga lebih kecil saiznya berbanding wang RM1 biasa.

“Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan kemungkinan duit ini merupakan cetakan pertama RM1 lama ataupun cetakan terakhir sehingga menyebabkan BNM 1 berkenaan timbul berbanding duit kertas lain,” katanya ketika ditemui di Taman Rekreasi Tampin, dekat sini, kelmarin.

Sementara itu, Mohd Amir berkata, walaupun hanya RM1, ada seorang lelaki pernah menyatakan hasrat mahu membeli wang kertas itu dengan harga RM600 kerana ingin menggunakan duit berkenaan bagi tujuan perubatan.

Menurutnya, buat masa ini dia tidak membuat sebarang keputusan untuk menjual wang kertas berkenaan, bagaimanapun, dia tidak menolak sekiranya ada individu yang dapat menjelaskan sebab keunikan duit berkenaan dan menawarkan harga yang munasabah kepadanya.
Gambar 'Hanya Berlaku Di Malaysia' Volume one.

Kalau anda mempunyai banyak lagi gambar menarik di Malaysia, sila hantarkan ke Okidumedia@gmail.com/ Fanpage Blogbahni.