Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
ENTAH apa sudah jadi dengan anak-anak gadis kita pada masa kini.
Sudah elok-elok pakai tudung sekolah, ambil gambar begini pula.
Ke mana menghilangnya adat sopan dan rasa malu sebagai gadis Melayu dan beragama Islam.
Siap dengan ‘caption’ : “Nak kata apa? Hidup masing-ii kan.
”
Amboi, kalau lelaki yang buat begini, mungkin orang kata nakal. Tapi kalau perempuan?
Pesanan penulis, di zaman serba-serbi semua hendak disebar ini, tak perlulah nak muatnaik gambar-gambar begini ya. Nanti bukan setakat memalukan diri, tapi bawa sekali nama keluarga dan sekolah…
Isu Panas
Putrajaya – Sepasang kekasih memberi alasan cuma berborak kosong ketika dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Dataran Putra berhampiran Masjid Putra di sini, malam tadi.
Pasangan muda yang juga pelajar universiti tempatan itu ditangkap ketika sedang asyik memadu kasih di dalam kereta yang diletakkan di hadapan masjid berkenaan.
Ketika ditahan, didapati pelajar lelaki berkenaan sedang berbaring di atas peha pasangannya.
Pasangan itu kemudiannya diarah keluar sebelum diminta menyerahkan pengenalan diri masing-masing.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Wilayah-wilayah Persekutuan Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan bagi mengurangkan masalah gejala sosial terutamanya di kalangan muda-mudi di kawasan sekitar Putrajaya.
Menurutnya, sebagai seorang Islam mereka sepatutnya menghormati masjid sebagai tempat beribadat, bukannya memadu asmara sehingga memburukkan pemandangan di sekitarnya.
“Mana-mana pasangan yang berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai akan didakwa di bawah Akta 559 Wilayah-wilayah Persekutuan 1957, menurut sumber myMetro.
“Mereka akan diberi notis supaya hadir ke bahagian penguatkuasa pada waktu yang ditetapkan dan sekiranya ia gagal dipatuhi, satu waran tangkap akan dikeluarkan oleh pihak polis,” katanya ketika ditemui semasa Operasi Bersepadu Pegawai Penguatkuasa Agama Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini.
[Wow] - Berita Tempatan
Kuala Lumpur: Tindakan seorang ‘mekanik amatur’ menyiram ekzos motosikal dibaikinya dengan petrol mengundang padah apabila ekzos itu meletup, menyebabkan muka, telinga dan tangannya melecur.
Kejadian berlaku di rumah mangsa, Fathul Mizan Albar di Kampung Pandan, di sini, ketika remaja berusia 17 tahun itu membaiki motosikal Yamaha 125Z milik abangnya, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Fathul berkata, sebelum kejadian abangnya meminta dia membaiki ekzos motosikal yang dikhuatiri tersumbat.
“Saya tanggalkan ekzos itu dari motosikal dan memeriksanya. Yakin ekzos itu tersumbat, saya menyiram dengan petrol dan membakarnya seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini sebelum memadamnya kembali.
“Namun, beberapa minit kemudian ekzos itu tiba-tiba meletup,” katanya ketika ditemui wartawan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.
[Wow] - Berita Tempatan
Kajang: “Rakyat Malaysia, tolong hentikan sumbangan kepada anak saya. Malah, saya reda jika dia ditangkap dan dihukum,” kata seorang wanita warga Palestin selepas mengetahui anak lelakinya menipu dan menyalahgunakan wang sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu rakyat negara itu.
Malah, wanita berusia 60 tahun mahu dikenali sebagai Zahrah turut membuat laporan polis semalam selepas ditumbuk anaknya berusia 27 tahun itu di rumah tumpangannya di Sungai Kantan, di sini, semalam.
Zahrah berkata, dia dan seorang lagi anak lelakinya, Khaled Alzahar, 20, datang ke Malaysia dua minggu lalu selepas suspek menjemputnya datang, kononnya untuk membincangkan hal perniagaan.
Menurutnya, suspek berkahwin dengan seorang wanita tempatan yang menjalankan aktiviti kemanusiaan di Palestin, Mac lalu sebelum berhijrah dan menetap di negara ini tiga bulan kemudian.
“Malah, saya cukup sedih kerana anak saya (suspek) tergamak memukul isterinya hingga keguguran dan sebelum ini dia mengugut mahu menyembelih ayahnya sendiri ketika bekas suami saya itu datang berjumpanya di sini September lalu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
[Wow] - Berita Tempatan
DES MOINES, Iowa - Kembar tujuh yang dilahirkan pada tahun 1997 telah meraikan hari jadi mereka yang ke-16 tahun kelmarin.
Ibu kembar itu, Bobbi McCaughey yang merupakan seorang kakitangan sebuah sekolah berkata, dia kini menerima hakikat bahawa anak-anak kembarnya semakin dewasa.
"Salah satu perkara penting kini adalah mengenai hubungan mereka dengan rakan dan kawan berlainan jantina," katanya yang melahirkan mereka di sebuah pusat perubatan di sini.
Kembar itu terdiri daripada empat lelaki dan tiga perempuan.
Nama mereka ialah Kenneth, Kelsey, Natalie, Brandon, Alexis, Nathan dan Joel.
Semua kembar itu yang tinggal di Carlisle, Iowa, Amerika Syarikat mempunyai seorang kakak, Mikayla yang berusia 18 tahun.
Bapa mereka, Kenny bekerja di sebuah kilang logam.
McCaughey memperoleh anak kembar tujuh itu selepas dia menjalani rawatan kesuburan.
Rumah kembar itu mengandungi tujuh buah bilik tidur yang didermakan kepada mereka.
Namun, dua kembar tersebut, Alexis dan Nathan menghidap palsi serebrum iaitu pergerakan otot-otot mereka mengalami kerosakan.
Brandon kini merancang untuk memasuki perkhidmatan ketenteraan, Kenneth mahu bekerja dalam bidang pembinaan, Nathan mahu menceburi bidang sains, Joel berhasrat mendalami bidang komputer, Kelsey meminati bidang solekan manakala Alexis serta Natalie mahu melibatkan diri dalam bidang perguruan. - Agensi
Global
PORTEAU COVE, British Columbia - Seekor anjing laut dipakaikan dengan sebuah alat pemancar satelit di kepalanya oleh sekumpulan saintis di sini kelmarin.
Anjing laut itu dipakaikan alat tersebut selepas ia dilepaskan ke laut.
Haiwan itu dirawat selama beberapa bulan di Pusat Menyelamat Mamalia Marin Vancouver, Kanada selepas ia diselamatkan dari laut.
Alat itu akan membantu pergerakan haiwan itu di laut dan dipantau oleh para saintis. - Agensi
Global
TOKYO - Letusan gunung berapi di laut telah mewujudkan sebuah pulau kecil di perairan Jepun, kata beberapa pegawai semalam.
Ia merupakan kejadian pertama yang berlaku dalam tempoh beberapa dekad di negara ini.
Anggota-anggota tentera laut Jepun mengesan pulau tersebut menerusi asap yang menjulang tinggi ke langit di sekitar Kepulauan Ogasawara yang terletak 1,000 kilometer ke selatan Tokyo.
Pulau itu wujud akibat letusan gunung berapi di laut.
"Asap masih keluar dari pulau tersebut. Kami mengeluarkan amaran pelayaran bahawa pulau tersebut wujud dari debu yang jatuh di kawasan tersebut," kata seorang jurucakap sebuah agensi maritim Jepun.
Menurutnya, pulau itu tidak akan kekal lama kerana ia akan lenyap disebabkan hakisan.
Diameter pulau itu ialah 200 meter.
Beberapa letusan berapi pada tahun 1970-an dan 1980-an telah mewujudkan beberapa buah pulau kecil di Jepun.
Namun, sebahagian pulau kecil itu turut lenyap akibat ditengelami laut. - Agensi
Global
MEMUAT NAIK gambar sebentuk cincin tersarung di jari manis awal minggu lalu di laman Instagram, penyanyi Siti Adira Suhaimi atau Adira akhirnya membuka mulut untuk berkongsi cerita.
Biarpun selama ini sering menafikan hubungannya dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, kenyataan Adira secara tidak langsung mengiakan hubungan cintanya bersama jejaka yang berasal dari Kelantan itu.
Sebelum ini, baik Adira atau Shahrul Nasrun, masing-masing menyifatkan hubungan mereka sekadar kawan biasa dan tidak sampai ke peringkat bercinta.
Namun, gosip hubungan cinta mereka semakin kencang diperkatakan apabila Adira berkunjung ke rumah keluarga Shahrul Nasrun di Kelantan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan Ogos lalu.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Adira yang ditemui pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam berhubung penjelasan mengenai cincin tersebut.
Kosmo!: Adira ada memuat naik sekeping gambar menyarung sebentuk cincin di laman sosial Instagram, adakah itu cincin merisik atau bertunang?
ADIRA: It is just a ring (Itu cuma sebentuk cincin). Bukan cincin merisik atau bertunang pun (ketawa). Ia merupakan hadiah sempena hari jadi saya yang jatuh pada 19 September. Pemberian itu pun kejutan selepas hari jadi saya.
Kalau dirisik dalam masa terdekat, adakah Adira sudah bersedia?
Saya tidak merancang ke tahap bertunang atau merisik dalam waktu terdekat, terus terang saya katakan saya masih belum bersedia. Untuk ke peringkat itu saya perlu berjaya dalam karier terlebih dahulu dan merealisasikan impian saya kerana banyak lagi yang masih belum tercapai.
Sepanjang menjalinkan hubungan, adakah dia (Shahrul Nasrun) tidak mendesak Adira untuk mengikat tali pertunangan atau ke peringkat selanjutnya selain kekasih?
Tidak. Dia memahami situasi saya dan tidak pernah mendesak tapi saya tidak tahu apa kata hatinya, tunggu masa saja.
Apakah kualiti yang ada padanya (Shahrul Nasrun) yang membuatkan Adira terpikat?
Dia seorang yang matang dan saya memerlukan seseorang yang boleh membimbing saya. Jodoh itu saya tidak tahu tapi saya cuba melakukan yang terbaik.
Memandangkan Shahrul Nasrun hadir untuk memberikan sokongan pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 kali ini, adakah dia akan sentiasa hadir ke majlis yang membabitkan Adira selepas ini?
Kami sebenarnya jarang keluar kerana masing-masing sibuk. Kalau hujung minggu pun apabila dia ada kelapangan, saya pula sibuk dengan persembahan.
Jadi, masa untuk berjumpa sangat terhad dan dia pun tidak kerap menemani saya. Ini baru kali kedua dia menemani saya ke acara hiburan.
Berbalik pada lagu Dewi Cinta yang gagal tersenarai antara enam lagu terbaik minggu kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 tahun ini, apakah komen Adira?
Single ini dikeluarkan pada bulan September lalu, jadi mungkin masih tidak ramai yang menyedari akan lagu ini.
Saya tidak meletakkan sebarang harapan pun tetapi Alhamdulillah sampai ke peringkat ini. Insya-Allah muzik video lagu ini akan ditayangkan tidak lama lagi.
[Wow] - Gosip Hiburan
KUALA TERENGGANU: Seorang ibu tunggal bukan sahaja sanggup membuat pinjaman bank untuk diserah kepada kekasih yang dikenali melalui laman sosial Facebook, malah wanita itu sanggup mencagarkan rumahnya.
Tindakan penjawat awam berusia 50 tahun itu yang percaya kepada lelaki rakyat asing menyebabkan dia kerugian kira-kira RM209,000 akibat diperdaya sejak Ogos lepas.
Menyedari menjadi mangsa penipuan jenayah siber (Nigerian Scam), wanita itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu tengah hari Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata selepas dua bulan berkenalan dan bercinta, suspek memberitahu bahawa dia merupakan seorang kontraktor dan mahu memindahkan wang sejumlah US$10 juta (RM31 juta) ke negara ini namun alasannya wang itu tidak dapat dipindahkan.
Beliau berkata suspek kemudian memaklumkan kepada mangsa bahawa dia perlu membuka akaun bank tempatan terlebih dahulu sebanyak RM9,000 dengan alasan sebagai menampung jumlah wang yang akan dipindahkan nanti.
"Suspek mengambil masa dan membuat mangsa jatuh cinta sebelum menyakinkan mangsa untuk memasukkan wang ke dalam akaun bank dengan memberikan pelbagai alasan.
"Selepas mangsa membuka akaun tempatan dengan jumlah diarahkan, suspek kemudian meminta RM200,000 lagi untuk dikenakan cukai," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Koh berkata wanita itu sanggup membuat pinjaman bank untuk memberikan wang RM200,000 yang diminta kekasihnya ke dalam akaun yang sama dengan alasan sebagai Bon Sekuriti.
Mangsa yang tidak mempunyai wang sebanyak itu kemudiannya mencagarkan rumahnya kepada pihak bank sebelum menyedari dirinya telah diperangkap lelaki yang mendakwa berasal dari United Kingdom itu.
Koh berkata sehingga November tahun ini, polis menerima 33 laporan berhubung penipuan jenayah siber di negeri ini yang membabitkan kerugian kira-kira RM1 juta berbanding 15 kes tahun lepas melibatkan kerugian RM200,000. - BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA: Polis menahan "pelajar sekolah", "jururawat" dan "pembantu rumah Perancis" dalam satu serbuan di sebuah pub di Jalan C180/1, Cheras Selatan, yang mana wanitanya memberi layanan kepada pelanggan lelaki dengan berpakaian seragam.
Lapan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) melakukan serbuan dan menahan 21 pelayan pelanggan (GRO) yang memakai pakaian seragam semasa operasi pukul 11.30 malam Rabu.
Pegawai D7 Inspektor Mohammed Jais berkata mereka menahan 20 warga Thailand dan seorang warga Laos yang semuanya memegang pas lawatan sosial di sini.
"Ia satu serbuan yang menarik. Sesetengah wanita memakai pakaian pembantu rumah berwarna hitam dan menghidangkan alkohol.
"Mereka cuba untuk berlari dan bersembunyi di dalam bilik rahsia yang disembunyikan dengan cermin apabila kita membuat serbuan ke dalam.
"Tiga wanita berjaya melarikan diri ketika serbuan itu," katanya, Khamis.
Inspektor Mohammed berkata pub itu telah beroperasi selama kira-kira lima bulan dan wanita terbabit mengenakan caj RM50 kepada pelanggan untuk bersama mereka yang beruniform selama satu jam.
"Kami merampas beberapa pakaian seragam, termasuk pakaian anggota polis, pembantu rumah Perancis, jururawat, kelasi dan pakaian murid semasa operasi," katanya.
mStar
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA: Pelakon Andrea Abdullah tidak serik untuk kembali berkahwin walaupun pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini.
Andrea berkata, dia menganggap kegagalan rumah tangganya bersama seorang jejaka Inggeris dua tahun lalu sebagai pengajaran selain berjaya mengubahnya menjadi wanita lebih tabah.
"Saya tidak perlu berasa namun kesilapan lalu adalah pengajaran terbaik untuk menjadikan kita manusia yang lebih sempurna," katanya kepada mStar Online.
Andrea bakal muncul dengan filem terbaharunya berjudul Hantu Tok Mudim bersama Izzue Islam, Harun Salim Bachik dan Sofi Jikan.
Ia ditayangkan bermula 21 November 2013 (hari ini).
Tambah Andrea, dia lebih bahagia dengan kehidupannya kini selain dapat memberi fokus kepada anak lelaki tunggalnya dan kehidupan.
"Sebelum ini kehidupan saya hanya tertumpu kepada orang yang saya cintai sehingga lupa untuk sayang kepada diri sendiri dan kini saya lebih tenang dan mampu membahagikan fokus saya terhadap pelbagai perkara," katanya.
Dalam perkembangan sama, Andrea mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan sahabat baiknya yang dikenali hampir tujuh tahun lalu.
Jelas Andrea, walaupun hubungan itu masih lagi baharu namun dia cukup selesa dengan lelaki tersebut kerana sifatnya yang memahami.
"Saya senang berkawan dengannya kerana telah mengenali hati budinya dan dia menjadi dirinya sendiri. Paling penting anak saya dapat menerimanya dengan baik," katanya.
Bagaimanapun kata Andrea masih terlalu awal untuk dia bercakap soal perkahwinan buat masa ini.
[Wow] - Gosip Hiburan
KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Sofia Jane mengakui sukar untuk mendalami dialek Kelantan bagi pementasan Makyung Kesaktian Anak Raja Gondang yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 29 hingga 2 Disember depan.
Sofia bagaimanapun berkata, selepas menjalani sesi latihan dan tunjuk ajar daripada pengarah Fatimah Abdullah dia semakin mahir bercakap dalam dialek tersebut.
"Dialek Kelantan memang sukar dan tidak mudah untuk mendalaminya tanpa bantuan pakar.
"Mujur Fatimah tidak jemu-jemu mengajar bagi memastikan sebutan dan gaya percakapan dialek itu dibuat dengan betul dan saya semakin berasa yakin," katanya kepada mStar Online.
Sofia ditemui pada sidang media kedua pementasan itu yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya di sini pada Khamis.
Selain Sofia, ia bakal menampilkan barisan pelakon seperti Rosnan Rahman, Vanidah Imran, Sabri Yunus dan Sufian Bujang.
Dalam perkembangan sama, Sofia berkata, dia bersetuju untuk terlibat dalam persembahan itu kerana ingin melakukan kelainan dalam kerjaya seninya.
Jelas Sofia, walaupun sukar namun dia tetap komited untuk mempelajari selok-belok mengenai makyung yang semakin dilupakan oleh generasi muda.
"Makyung adalah warisan negara kita dan penglibatan saya dalam pementasan ini adalah sebagai satu tanggungjawab sosial bagi memastikan ia akan terus kekal sebagai satu seni kebanggaan masyarakat Malaysia," ujarnya.
Sementara itu, Vanidah ketika ditemui berkata, selain perlu mahir dalam dialek Kelantan menerusi pementasan ini juga dia perlu menari dan menyanyi sebuah lagu.
Kata Vanidah, walaupun bukan bergelar penyanyi namun dia mengakui teruja untuk menyanyi pada pementasan itu nanti.
"Setiap hari saya akan berlatih dan akan mendengar lagu yang bakal didendangkan setiap masa jika berpeluang untuk memantapkan vokal dan sebutan.
"Ini kerana lagu dalam dialek Kelantan sangat unik dan mempunyai lenggok tersendiri membuatkan ia tambah istimewa," jelasnya.
Dalam pada itu, Fatimah memberitahu walaupun makyung itu nanti akan diubah dari segi teknikal namun keaslian jalan cerita dan konsep asal persembahan akan dikekalkan tanpa sebarang perubahan.
Malah dia sangat berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh dua pelakonnya iaitu Sofia dan Vanidah yang cepat menghayati dialek dan lenggok bahasa Kelantan.
"Ini adalah pementasan makyung yang terbesar pernah saya arahkan dan arah tuju persembahan setakat ini berjalan lancar ditambah dengan kredibiliti penari dan pelakon budaya Istana Budaya cukup mantap," ujarnya.
Selain aspek penceritaan, Fatimah berkata, alat-alat muzik yang digunakan untuk menghidupkan persembahan makyung seperti rebab, gendang ibu, gendang anak dan sepasang tetawak (gong), serunai dan geduk turut diberi penekanan supaya persembahan lebih mantap.
Makyung Kesaktian Anak Raja Gondang mengisahkan pengembaraan Anak Raja Gondang yang akhirnya sampai ke Negeri Hampa Beranyut.
Sebelum pengembaraan, baginda telah berpesan kepada bondanya, Puteri Gak Petera tentang petanda selasih yang ditanam di dalam pasu tiang seri istana iaitu jika pohon selasih itu layu di sebelah kiri bermakna dia dalam kesusahan dan sekiranya segar maka dia dalam kesenangan.
Maka bermulalah pengembaraan Anak Raja Gondang di mana dia telah bertemu dengan tujuh orang puteri ketika mereka bersiram di Kolam Banjaran. Anak Raja Gondang tatkala bertemu telah jatuh hati dengan Puteri Bongsu yang telah pun bertunang.
Tiket menyaksikan pementasan ini berharga RM253, RM103, RM73, RM53 dan RM33.
Ia boleh didapati di AirAsiaRedTic.com atau di kaunter BoxOffice, Istana Budaya.
[Wow] - Kisah Artis
Subscribe to:
Posts (Atom)








Recent Comments