Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KAMPUNG TANAUAN, Filipina - Pada kebiasaannya, nelayan akan menyimpan
hasil tangkapan di dalam peti sejuk, namun berlainan pula dengan mangsa
Taufan Haiyan di sini.
Para nelayan itu mengunakan peti sejuk untuk dijadikan bot bagi tujuan menangkap ikan.
Taufan Haiyan yang telah mengorbankan lebih 3,000 orang itu telah menjejaskan punca pendapatan petani dan nelayan yang miskin.
Ia sekali gus menyebabkan kumpulan nelayan tersebut berusaha untuk memulihkan taraf kehidu- pan mereka semula.
Sebuah keluarga nelayan yang tinggal di selatan bandar Tacloban dan
merupakan antara kawasan yang teruk dilanda taufan sejak 13 hari lalu
telah menggunakan peti sejuk yang dijumpai dalam timbunan sampah untuk
dijadikan bot.
Menurut seorang penduduk, Jimmy Obaldo, 52, idea untuk menggunakan peti sejuk itu datang daripada anaknya.
"Anak saya yang ingin mencuba menggunakan peti sejuk untuk pergi menangkap ikan.
"Sejak seminggu lalu, kami berjaya menangkap ikan, udang dan ketam dan dijual di pasar," ujar Obaldo.
Taufan Haiyan melanda wilayah tengah Filipina pada 8 November lalu
yang dianggap sebagai salah satu taufan paling kuat di dunia.
Ia menyebabkan banyak kemusnahan di pulau-pulau yang terdapat di tengah Filipina. - Agensi
Global
HERNAN PINEDA menggadai nyawa setiap hari dengan menggali emas di
sebuah lombong tidak berlesen di sebuah perkampungan kecil di San
Antonio, Columbia.
Rata-rata penduduk di San Antonio yang terletak di barat laut negara
itu, menetap dalam pondok yang diperbuat daripada plastik atau kayu.
Justeru, pendapatan lumayan hasil mencari emas sukar dilepaskan.
Kini, setelah penempatan itu didirikan kira-kira dua tahun lalu
terdapat beberapa kemudahan yang membantu kehidupan harian mereka
seperti kedai gunting rambut, kedai telefon bimbit, kedai perdagangan
emas dan kelab malam.
Colombia mempunyai lebih 14,000 lombong emas dan 56 peratus daripadanya tidak berlesen, kata pihak kerajaan.
Dari Januari 2012 hingga Jun lalu, seramai 86 orang terkorban
manakala 39 yang lain cedera dalam kemalangan di kawasan perlombongan
emas, menurut kementerian perlombongan negara berkenaan.
Pineda, 40, bapa kepada lapan orang anak merupakan salah seorang
daripada 4,000 pelombong termasuk wanita dan kanak-kanak yang melombong
emas di kaki gunung Antioquia.
Sangat lumayan
Dia bekerja di lombong haram itu sejak berumur 13 tahun. Di San
Antonio, dia memperoleh pendapatan berdasarkan emas yang ditemui setiap
hari. Setakat ini, pendapatannya sangat lumayan.
"Saya melabur wang yang diperoleh dengan membeli gerudi dan bersama rakan kongsi, kami melombong emas di sini," katanya yang turut memperuntukkan sebahagian daripada pendapatannya untuk membeli bahan letupan bagi memudahkan kerja-kerja melombong emas.
Dia bersama sekumpulan 20 orang pelombong akan memasang bahan letupan bagi tujuan memecahkan tanah dan batu serta membuat lubang alur bagi memudahkan dan menjamin keselamatan mereka ketika kerja-kerja melombong emas dilakukan.
Kegilaan melombong emas tersebut telah menarik ramai pelombong dari luar Antioquia untuk mencari lebih banyak logam yang bernilai tinggi itu.
Pekerjaan tersebut memang teruk, namun hasil yang diperoleh sangat lumayan. Kadangkala, mereka mampu memperoleh pendapatan harian sebanyak $265 (RM848), iaitu kira-kira 30 hingga 40 peratus berbanding nilai emas tersebut.
Pineda pula memperoleh pendapatan yang lebih lumayan berbanding pelombong-pelombong lain di bawahnya. Dia mampu memperoleh sehingga RM40,408 sebulan. Dia kini menyewa sebuah apartmen kira-kira 30 kilometer dari lombong berkenaan dan setiap seminggu dia ke Medellin untuk berjumpa teman wanitanya.
Dia sedar akan bahaya pekerjaannya yang berdepan risiko kematian ekoran keadaan lombong yang kurang selamat.
"Melombong emas sememangnya bahaya. Justeru, kami akan berusaha untuk memperoleh emas sebanyak mungkin. Bilangan pelombong yang semakin ramai memerlukan kami bekerja lebih cepat," katanya lagi.
Selain itu, katanya, terdapat juga risiko kerajaan menutup lombong berkenaan. Malah, kerajaan telah mengumumkan kawasan tersebut berbahaya dan berhasrat mengeluarkan kesemua pelombong emas.

Gelombang seismos
"Ia adalah sebuah kawasan yang mempunyai banyak aktiviti gelombang seismos. Gunungnya curam dan sangat berbahaya. Makin ramai pelombong, makin lemah struktur gunung yang boleh menyebabkan risiko tanah runtuh," kata Cesar Hernandez, pengarah pengurusan risiko Antioquia.
"Penempatan penduduk di San Antonio tanpa infrastruktur pengurusan air yang baik menyebabkan banyak kawasan ditakungi air sekali gus memburukkan lagi keadaan," katanya lagi.
Selepas 27 tahun bekerja menarah permukaan perut bumi, Pineda telah menyaksikan banyak kemalangan yang membabitkan rakan-rakannya termasuk ada yang terbunuh, buta dan lumpuh seumur hidup.
Pineda berkata, dia juga mempunyai masalah paru-paru yang serius. Ekoran itu, dia berhasrat untuk berhenti melombong dan bekerja di kedai yang dibelinya di Medellin, wang hasil kerja perlombongan.
Tetapi ia adalah satu keputusan yang sukar, katanya: "Godaan emas adalah besar dan hebat." - AFP

TURKI akan membina satu laluan terowong bawah laut Bosphorus bernilai 3
bilion euro (RM12.89 bilion) di bawah bandar Istanbul yang
menghubungkan benua Eropah dan Asia.
Ia merupakan antara projek mega yang dicadangkan sebagai laluan
kemasukan utama ke bandar negara yang berteraskan kerajaan Islam.
Terowong sejauh 13.6 kilometer (km) yang bakal dilengkapi dengan tiub
terowong itu disifatkan oleh pegawai kerajaan mereka sebagai yang
paling dalam di dunia dengan 60 meter di bawah dasar laut.
Pembinaan projek itu juga dijalankan sempena dengan tarikh ulang tahun ke-90 pembentukan negara Turki moden.
"Turki akan meraikan dua perkara besar pada masa yang sama serentak.
"Kami akan meraikan ulang tahun ke-90 republik ini pada 20 Oktober
dan pada tarikh itu juga kami akan merealisasikan impian lebih satu
setengah kurun yang lalu iaitu membina terowong laluan utama di bandar
Istanbul," kata Menteri Pengangkutan, Binali Yildirim awal bulan ini.
Terowong ini adalah sebahagian daripada projek besar Marmaray yang turut melibatkan usaha naik taraf laluan kereta api lama di kawasan pedalaman bagi mewujudkan laluan sepanjang 76 km sebagai penghubung kepada dua benua berkenaan.
Kos yang besar
Idea asal projek ini pertama kali diutarakan ketika era Kesultanan
Uthmaniah oleh Sultan Abdul Medjid pada 1860, namun kekangan kepada
peralatan teknikal yang kurang moden pada waktu itu menjadi penghalang
kepada pembinaannya.
Bagaimanapun, keinginan untuk membina laluan bawah laut itu semakin
kuat pada tahun 1980-an. Beberapa kajian turut mencadangkan bahawa
pembinaannya mungkin boleh dilakukan dengan melibatkan kos yang besar.
Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan yang juga bekas Datuk Bandar
Istanbul mengumumkan perancangan ini pada tahun 2004 sebagai antara
projek pembinaan mega bagi menangani masalah kesesakan bandar yang
didiami lebih 16 juta orang itu.
Impian beliau merupakan salah satu punca protes anti-pemerintah besar-besaran yang melanda Turki pada Jun lalu apabila penduduk tempatan mengadu bahawa rancangan pembangunan bandar utama ini memaksa mereka keluar daripada rumah masing-masing selain memusnahkan sejumlah kawasan hijau.
Projek tersebut turut mendapat pembiayaan utama daripada sebuah bank dari Jepun untuk program Kerjasama Antarabangsa dengan sumbangan sebanyak AS$1 bilion (RM3.2 bilion).
Pembinaan terowong yang dilabelkan oleh pentadbiran Erdogan sebagai projek abad ini sepatutnya siap sekitar tahun 2008, namun ia tertangguh selepas siri penemuan arkeologi utama di situ.
Sejumlah 40,000 objek purba ditemui dekat lokasi kira-kira 30 bangkai kapal pada era pemerintahan empayar Byzantine yang merupakan armada terbesar pada zaman pertengahan.
Namun, siri penemuan di luar jangkaan ini sebenarnya mengecewakan Erdogan apabila beliau pernah merungut bahawa isu artifak itu mengganggu rancangannya mengubah landskap Istanbul.
Isu pengangkutan merupakan masalah besar di Istanbul. Dianggarkan seramai dua juta orang menggunakan Jambatan Bosphorus yang sesak setiap hari.
Datuk Bandar Istanbul, Kadir Topbas percaya pembinaan terowong yang menghubungkan bahagian Asia dan Eropah di negara tersebut mampu menyelesaikan masalah dengan kapasiti 150,000 penumpang sejam. - AFP

Pada usia yang baru menjengah 20 tahun dan belum mendapat kunci
kebebasan daripada keluarga namun pelakon dan model jelita berkulit
putih mulus, Miera Leyana Kasmi kelihatan matang daripada usianya.'
Kesan daripada kegagalan percintaannya dengan pelakon Shahz Jaszle,
membuatkan Miera berhati-hati dalam mencari pengganti. Dia tidak serik
untuk bercinta lagi tetapi buat masa ini dia senang bersendirian.
“Kami bercinta tak lama tetapi cukuplah untuk saya mengenali hati
budi seorang insan bernama lelaki. Sekarang saya lebih suka berkawan
tambahan dengan sikap yang 'happy-go-lucky' dan gila-gila, mereka lebih
selesa berkawan dengan saya daripada mengajak saya bercinta.
“Buat masa ini saya tak mahu terjebak lagi dalam dunia percintaan. Betullah orang kata cinta itu buta, segalanya nampak cantik dan menarik tetapi bila dah terkena baru kenal dunia cinta itu apa sebenarnya. Lupakan cerita lama kerana banyak lagi perkara yang perlu saya buat untuk masa depan,” katanya.

Pun begitu, sebagai insan biasa Miera tidak pernah menolak untuk berasa dikasihi dan mengasihi.
[Wow] - Kisah Artis
London: Selepas berfoya-foya sehingga mabuk semalaman, seorang remaja
Manchester tidak menyedari dia membeli tiket penerbangan ke luar negara
dan kembali waras keesokan hari di Paris, Perancis.
Luke Harding dilaporkan membuat tempahan penerbangan ke Paris pada saat-saat akhir dalam keadaan mabuk.
Harding juga secara tidak sedar menaiki teksi ke lapangan terbang selepas menghantar rakannya pulang.
Ketika rakan lain lena di kediaman masing-masing, Harding, 19, tertidur di tandas lapangan terbang di Paris.
Beberapa jam sebelum itu ketika dalam keadaan mabuk, Harding menyatakan keinginannya menyaksikan Menara Eiffel.
Tanpa disedari dan dijangka sesiapa dia secara tidak sedar menempah penerbangan ke Paris pada awal pagi. Apabila terjaga dari tidur, dia terkejut kerana mendapati dirinya berada di dalam tandas di Lapangan Terbang Charles De Gaulle, Paris. Harding mengejutkan rakannya apabila dia menghantar tweet kepada rakannya dari Paris walaupun beberapa jam sebelum itu mereka berpesta di Oldham City.
Remaja terbabit yang memuat turun fotonya dari Arc de Triomphe dan Menara Eiffel kemudian menjadi sensasi di Twitter. - Agensi
Global
YANGON - MYANMAR. Pihak berkuasa Myanmar, semalam memaklumkan mereka
berjaya menggagalkan cubaan tiga lelaki yang merancang untuk melancarkan
serangan bom ke atas masjid di negara tersebut.
Jurucakap polis memberitahu salah seorang suspek penganut Buddha itu dipercayai pernah menjalani latihan bersama militan di sempadan negeri Karen.
"Suspek pertama diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di kawasan Yangon. Pihak berkuasa turut menemui serbuk pelbagai bahan dan serbuk letupan untuk menghasilkan bom bersama lelaki itu pada 13 November lalu," katanya dipetik AFP.
Menurutnya lagi, hasil siasatan ke atas suspek berumur 34 tahun itu membawa kepada penahanan dua lagi rakannya berumur 28 dan 31 tahun pada awal Sabtu lalu.
Difahamkan, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memburu lebih ramai suspek yang dipercayai terlibat dalam rancangan sama untuk mencetuskan keganasan etnik dan agama dengan menyasarkan masjid di negara itu.

KOLKATA – INDIA. Sebanyak 24 jongkong emas bernilai AS$1 juta (RM3.18
juta) ditemui tersorok di dalam tandas pesawat komersial, Jet Airways.
Menurut AFP, pengarah lapangan terbang, B.P Mishra berkata, penemuan menggemparkan itu berlaku ketika pesawat tersebut sedang dibersihkan di lapangan terbang Kolkata.
“Kami percaya ada penumpang cuba menyeludup jongkong emas terbabit berikutan duti import telah meningkat tiga kali ganda pada tahun ini,” katanya.

KUALA TERENGGANU - Seorang anak tergamak menjatuhkan maruah ibunya depan
khalayak ramai apabila ‘menyerang’ wanita malang itu di tempat kerja
dengan membawa sebilah parang sambil meminta wang RM500.
Bagaimanapun, tindakan biadab Muhammad Sufian Roslan, 21, menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah kepada ibunya, Zaleha M Hussin, 47, dengan niat menyebabkan mangsa berasa cemas.
Muhammad Sufian mengaku melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di depan kedai makan di Kampung Losong Dato’ Amar, di sini, pada 15 Ogos lalu, kira-kira 1 petang.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang ketika itu berada di kedai makan iaitu tempat dia mencari rezeki telah didatangi Muhammad Sufian dengan membawa sebilah parang panjang.
Sejurus ternampak kelibat mangsa, Muhammad Sufian terus meminta wang RM500, namun mangsa gagal menunaikan permintaannya itu disebabkan tiada wang.
Kegagalan mangsa memenuhi hajatnya telah menaikkan kemarahan sebelum Muhammad Sufian memaksa ibu malang itu pulang ke rumah dalam keadaan marah-marah sambil mengacukan parang tersebut ke arah mangsa.
Bimbang keselamatannya pada masa akan datang, mangsa nekad membuat laporan polis sebelum Muhammad Sufian ditangkap oleh bapa saudaranya sendiri pada 16 Ogos lalu, jam 11. 30 pagi dan diserahkan kepada pihak polis.

[Wow] - Berita Tempatan
Gosip paling hangat di antara artis-artis bujang kini kembali menjadi panas. Admin sangat kagum dengan hasil risikan serta kajian yang
dilakukan oleh peminat-peminat Zizan Razak dan Emma Maembong yang
mahukan 2 selebriti ini bercinta dan bahagia. Menerusi akaun Instagram
ZizanEmmaLoveStory, banyak bukti-bukti yang dikongsikan memperkuatkan
lagi khabar angin yang mereka berdua ini sedang dilamun angin cinta.
Antara “hint” yang terbaru ialah apabila konsert akhir AF2013
berlangsung, Emma telah pun memberikan kata-kata perangsang kepada Zizan
yang mengacarakan program realiti tersebut. Kedua-duanya menggunakan
simbol “love” ketika berbalas mesej di Twitter. Sweet bukan?
Pasti ramai yang gembira dan terharu sekiranya Zizan atau Emma membuat pengakuan mengenai status masing-masing. Zizan sudah tentu antara jejaka yang dikejar ramai sementara Emma pula antara “hot girl” di dalam dunia hiburan. Memang padan, memang sama cantik sama kacak dan memang sama comel.
Sama-samalah kita nantikan sama ada akan ada pengakuan daripada mereka berdua dalam masa yang terdekat ini. Buat masa ini, layankan lagi beberapa keping gambar mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
[Wow] - Gosip Hiburan
Fuhyooo ! Romantik giler.. Kalau di Eropah sebelum ini , hanya Rozita Che Wan seorang sahaja yang bergaya untuk gambar pra perkahwinannya, tapi kali ini Zain Saidin turut hadir untuk merakamkan detik istimewa mereka berdua di Bali.
Seperti biasa jurugambar yang membidik kenangan ini ialah Annas Easkey.
Pastinya banyak pihak yang tidak sabar untuk melihat gambar mesra bakal pengantin ini di Bali. Tidak sabar rasanya untuk menunggu sidang media pengumuman tarikh Zain dan Che Ta bakal bersatu menjadi suami isteri. Kot-kot jadi Wedding of the year.. Hehe
Hiburan
Bakat seorang anak muda dari Malaysia berjaya menambat hari juri Britain's Got Talent apabila berjaya ke pusingan ke-2 ujibakat pertandingan program itu. Beliau merupakan rakyat Malaysia dan Penduduk Asia Tenggara yang pertama berjaya melepasi ujibakat program yang terkenal di seluruh dunia itu.
Raja Syahiran, 20 pemuda yang berasal daripada Subang Jaya yang mempunyai bakay dan kebolehan unik mampu meniru suara komputer 'Chipmunk' dan juga turut mampu melakukan 'beatbox'. Sebelum ini, bakat Raja Syahiran telah terserlah pada tahun lepas apabila beliau berjaya memenangi pertandingan bakat JOHARA di Erafm.
Program 'Britain's Got Talent' adalah sebuah program pencarian bakat-bakat semulajadi yang lain daripada yang lain dimana mereka akan ditapis oleh juri-juri terkenal iaitu Simon Cowell, Alesha Dixon, Amanda Holden Dan David Williams.
Bukan calang-calang peserta yang mampu ke peringkta seterusnya kerana hanya yang terbaik daripada yang terbaik sahaja akan dipilih. Semoga Syahiran dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. SEMOGA BERJAYA!!
[Wow] - Hiburan
PASANGAN kontroversi Hollywood, Kanye West dan tunangnya, Kim
Kardashian sekali lagi menghangatkan dunia hiburan apabila muncul dengan
video muzik terbaru, Bound 2.
Video yang pertama kali ditayangkan melalui program ‘The Ellen
DeGeneres Show’ semalam menimbulkan pelbagai pandangan daripada orang
ramai yang menontonnya.
Ada yang menyifatkannya sebagai indah, namun ada juga yang mengecam
video berkenaan kerana menampilkan Kim dalam keadaan separuh bogel dan
sedang menaiki motosikal berkuasa besar bersama Kanye.
Ini kerana kedua-duanya sudah mempunyai seorang bayi perempuan, North
dan video yang diarahkan oleh Nick Knight ini dikatakan tidak sesuai
dengan status mereka sebagai ibu dan bapa.
Bagaimanapun, Kanye membidas elemen lucah atau bogel yang ditampilkan
melalui video itu, sebaliknya mengganggap ia mempunyai mesej
tersendiri.
Kami rasa mungkin orang yang amat ‘berseni’ sahaja yang dapat melihat mesej lain yang cuba disampaikan melalui lagu itu.
Namun, tidak menghairankan jika selepas ini pasangan ini akan terus
mencetuskan kontroversi hangat bagi menaikkan nama mereka selepas ini.
[Wow] - Selebriti
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments