Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
London: Selepas berfoya-foya sehingga mabuk semalaman, seorang remaja
Manchester tidak menyedari dia membeli tiket penerbangan ke luar negara
dan kembali waras keesokan hari di Paris, Perancis.
Luke Harding dilaporkan membuat tempahan penerbangan ke Paris pada saat-saat akhir dalam keadaan mabuk.
Harding juga secara tidak sedar menaiki teksi ke lapangan terbang selepas menghantar rakannya pulang.
Ketika rakan lain lena di kediaman masing-masing, Harding, 19, tertidur di tandas lapangan terbang di Paris.
Beberapa jam sebelum itu ketika dalam keadaan mabuk, Harding menyatakan keinginannya menyaksikan Menara Eiffel.
Tanpa disedari dan dijangka sesiapa dia secara tidak sedar menempah penerbangan ke Paris pada awal pagi. Apabila terjaga dari tidur, dia terkejut kerana mendapati dirinya berada di dalam tandas di Lapangan Terbang Charles De Gaulle, Paris. Harding mengejutkan rakannya apabila dia menghantar tweet kepada rakannya dari Paris walaupun beberapa jam sebelum itu mereka berpesta di Oldham City.
Remaja terbabit yang memuat turun fotonya dari Arc de Triomphe dan Menara Eiffel kemudian menjadi sensasi di Twitter. - Agensi
Global
YANGON - MYANMAR. Pihak berkuasa Myanmar, semalam memaklumkan mereka
berjaya menggagalkan cubaan tiga lelaki yang merancang untuk melancarkan
serangan bom ke atas masjid di negara tersebut.
Jurucakap polis memberitahu salah seorang suspek penganut Buddha itu dipercayai pernah menjalani latihan bersama militan di sempadan negeri Karen.
"Suspek pertama diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di kawasan Yangon. Pihak berkuasa turut menemui serbuk pelbagai bahan dan serbuk letupan untuk menghasilkan bom bersama lelaki itu pada 13 November lalu," katanya dipetik AFP.
Menurutnya lagi, hasil siasatan ke atas suspek berumur 34 tahun itu membawa kepada penahanan dua lagi rakannya berumur 28 dan 31 tahun pada awal Sabtu lalu.
Difahamkan, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memburu lebih ramai suspek yang dipercayai terlibat dalam rancangan sama untuk mencetuskan keganasan etnik dan agama dengan menyasarkan masjid di negara itu.
Jurucakap polis memberitahu salah seorang suspek penganut Buddha itu dipercayai pernah menjalani latihan bersama militan di sempadan negeri Karen.
"Suspek pertama diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di kawasan Yangon. Pihak berkuasa turut menemui serbuk pelbagai bahan dan serbuk letupan untuk menghasilkan bom bersama lelaki itu pada 13 November lalu," katanya dipetik AFP.
Menurutnya lagi, hasil siasatan ke atas suspek berumur 34 tahun itu membawa kepada penahanan dua lagi rakannya berumur 28 dan 31 tahun pada awal Sabtu lalu.
Difahamkan, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memburu lebih ramai suspek yang dipercayai terlibat dalam rancangan sama untuk mencetuskan keganasan etnik dan agama dengan menyasarkan masjid di negara itu.
Global
KOLKATA – INDIA. Sebanyak 24 jongkong emas bernilai AS$1 juta (RM3.18
juta) ditemui tersorok di dalam tandas pesawat komersial, Jet Airways.
Menurut AFP, pengarah lapangan terbang, B.P Mishra berkata, penemuan menggemparkan itu berlaku ketika pesawat tersebut sedang dibersihkan di lapangan terbang Kolkata.
“Kami percaya ada penumpang cuba menyeludup jongkong emas terbabit berikutan duti import telah meningkat tiga kali ganda pada tahun ini,” katanya.
Menurut AFP, pengarah lapangan terbang, B.P Mishra berkata, penemuan menggemparkan itu berlaku ketika pesawat tersebut sedang dibersihkan di lapangan terbang Kolkata.
“Kami percaya ada penumpang cuba menyeludup jongkong emas terbabit berikutan duti import telah meningkat tiga kali ganda pada tahun ini,” katanya.
Global
KUALA TERENGGANU - Seorang anak tergamak menjatuhkan maruah ibunya depan
khalayak ramai apabila ‘menyerang’ wanita malang itu di tempat kerja
dengan membawa sebilah parang sambil meminta wang RM500.
Bagaimanapun, tindakan biadab Muhammad Sufian Roslan, 21, menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah kepada ibunya, Zaleha M Hussin, 47, dengan niat menyebabkan mangsa berasa cemas.
Muhammad Sufian mengaku melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di depan kedai makan di Kampung Losong Dato’ Amar, di sini, pada 15 Ogos lalu, kira-kira 1 petang.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang ketika itu berada di kedai makan iaitu tempat dia mencari rezeki telah didatangi Muhammad Sufian dengan membawa sebilah parang panjang.
Sejurus ternampak kelibat mangsa, Muhammad Sufian terus meminta wang RM500, namun mangsa gagal menunaikan permintaannya itu disebabkan tiada wang.
Kegagalan mangsa memenuhi hajatnya telah menaikkan kemarahan sebelum Muhammad Sufian memaksa ibu malang itu pulang ke rumah dalam keadaan marah-marah sambil mengacukan parang tersebut ke arah mangsa.
Bimbang keselamatannya pada masa akan datang, mangsa nekad membuat laporan polis sebelum Muhammad Sufian ditangkap oleh bapa saudaranya sendiri pada 16 Ogos lalu, jam 11. 30 pagi dan diserahkan kepada pihak polis.
Bagaimanapun, tindakan biadab Muhammad Sufian Roslan, 21, menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah kepada ibunya, Zaleha M Hussin, 47, dengan niat menyebabkan mangsa berasa cemas.
Muhammad Sufian mengaku melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di depan kedai makan di Kampung Losong Dato’ Amar, di sini, pada 15 Ogos lalu, kira-kira 1 petang.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang ketika itu berada di kedai makan iaitu tempat dia mencari rezeki telah didatangi Muhammad Sufian dengan membawa sebilah parang panjang.
Sejurus ternampak kelibat mangsa, Muhammad Sufian terus meminta wang RM500, namun mangsa gagal menunaikan permintaannya itu disebabkan tiada wang.
Kegagalan mangsa memenuhi hajatnya telah menaikkan kemarahan sebelum Muhammad Sufian memaksa ibu malang itu pulang ke rumah dalam keadaan marah-marah sambil mengacukan parang tersebut ke arah mangsa.
Bimbang keselamatannya pada masa akan datang, mangsa nekad membuat laporan polis sebelum Muhammad Sufian ditangkap oleh bapa saudaranya sendiri pada 16 Ogos lalu, jam 11. 30 pagi dan diserahkan kepada pihak polis.
[Wow] - Berita Tempatan
Gosip paling hangat di antara artis-artis bujang kini kembali menjadi panas. Admin sangat kagum dengan hasil risikan serta kajian yang
dilakukan oleh peminat-peminat Zizan Razak dan Emma Maembong yang
mahukan 2 selebriti ini bercinta dan bahagia. Menerusi akaun Instagram
ZizanEmmaLoveStory, banyak bukti-bukti yang dikongsikan memperkuatkan
lagi khabar angin yang mereka berdua ini sedang dilamun angin cinta.
Antara “hint” yang terbaru ialah apabila konsert akhir AF2013
berlangsung, Emma telah pun memberikan kata-kata perangsang kepada Zizan
yang mengacarakan program realiti tersebut. Kedua-duanya menggunakan
simbol “love” ketika berbalas mesej di Twitter. Sweet bukan?
Pasti ramai yang gembira dan terharu sekiranya Zizan atau Emma membuat pengakuan mengenai status masing-masing. Zizan sudah tentu antara jejaka yang dikejar ramai sementara Emma pula antara “hot girl” di dalam dunia hiburan. Memang padan, memang sama cantik sama kacak dan memang sama comel.
Sama-samalah kita nantikan sama ada akan ada pengakuan daripada mereka berdua dalam masa yang terdekat ini. Buat masa ini, layankan lagi beberapa keping gambar mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
[Wow] - Gosip Hiburan
Fuhyooo ! Romantik giler.. Kalau di Eropah sebelum ini , hanya Rozita Che Wan seorang sahaja yang bergaya untuk gambar pra perkahwinannya, tapi kali ini Zain Saidin turut hadir untuk merakamkan detik istimewa mereka berdua di Bali.
Seperti biasa jurugambar yang membidik kenangan ini ialah Annas Easkey.
Pastinya banyak pihak yang tidak sabar untuk melihat gambar mesra bakal pengantin ini di Bali. Tidak sabar rasanya untuk menunggu sidang media pengumuman tarikh Zain dan Che Ta bakal bersatu menjadi suami isteri. Kot-kot jadi Wedding of the year.. Hehe
Hiburan
Bakat seorang anak muda dari Malaysia berjaya menambat hari juri Britain's Got Talent apabila berjaya ke pusingan ke-2 ujibakat pertandingan program itu. Beliau merupakan rakyat Malaysia dan Penduduk Asia Tenggara yang pertama berjaya melepasi ujibakat program yang terkenal di seluruh dunia itu.
Raja Syahiran, 20 pemuda yang berasal daripada Subang Jaya yang mempunyai bakay dan kebolehan unik mampu meniru suara komputer 'Chipmunk' dan juga turut mampu melakukan 'beatbox'. Sebelum ini, bakat Raja Syahiran telah terserlah pada tahun lepas apabila beliau berjaya memenangi pertandingan bakat JOHARA di Erafm.
Program 'Britain's Got Talent' adalah sebuah program pencarian bakat-bakat semulajadi yang lain daripada yang lain dimana mereka akan ditapis oleh juri-juri terkenal iaitu Simon Cowell, Alesha Dixon, Amanda Holden Dan David Williams.
Bukan calang-calang peserta yang mampu ke peringkta seterusnya kerana hanya yang terbaik daripada yang terbaik sahaja akan dipilih. Semoga Syahiran dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. SEMOGA BERJAYA!!
[Wow] - Hiburan
PASANGAN kontroversi Hollywood, Kanye West dan tunangnya, Kim
Kardashian sekali lagi menghangatkan dunia hiburan apabila muncul dengan
video muzik terbaru, Bound 2.
Video yang pertama kali ditayangkan melalui program ‘The Ellen
DeGeneres Show’ semalam menimbulkan pelbagai pandangan daripada orang
ramai yang menontonnya.
Ada yang menyifatkannya sebagai indah, namun ada juga yang mengecam
video berkenaan kerana menampilkan Kim dalam keadaan separuh bogel dan
sedang menaiki motosikal berkuasa besar bersama Kanye.
Ini kerana kedua-duanya sudah mempunyai seorang bayi perempuan, North
dan video yang diarahkan oleh Nick Knight ini dikatakan tidak sesuai
dengan status mereka sebagai ibu dan bapa.
Bagaimanapun, Kanye membidas elemen lucah atau bogel yang ditampilkan
melalui video itu, sebaliknya mengganggap ia mempunyai mesej
tersendiri.
Kami rasa mungkin orang yang amat ‘berseni’ sahaja yang dapat melihat mesej lain yang cuba disampaikan melalui lagu itu.
Namun, tidak menghairankan jika selepas ini pasangan ini akan terus
mencetuskan kontroversi hangat bagi menaikkan nama mereka selepas ini.
[Wow] - Selebriti
Sebuah liputan berita di saluran SCTV, Indonesia mendakwa Malaysia
merekrut rakyat negara itu bagi dijadikan askar wataniah di negara ini.
Dalam laporan yang dikatakan dibuat oleh wartawan mereka yang pergi
sendiri ke perbatasan sempadan Malaysia-Indonesia, terdapat ratusan
malah mungkin ribuan rakyat negara seberang diserap oleh Kerajaan
Malaysia ke dalam askar wataniah di bawah Tentera DiRaja Malaysia.
Kebanyakannya rakyat asal Indonesia yang lahir atau sudah lama
menetap di sini, tetapi ada juga didakwa masih memiliki dokumen warga
Indonesia.
Ada antara mereka dikatakan kini terlibat menjaga 17 pos keamanan
bersama di perbatasan Kalimantan Barat sepanjang 870km yang menempatkan
askar kedua-dua negara.
Laporan SCTV tersebut menyuarakan kekhuatiran tentang perkara ini
kerana jika terjadi konflik, askar yang berasal dari negara mereka akan
saling berhadapan dengan rakan senegara di medan pertempuran.
Wartawan stesen tersebut turut menemuramah Panglima Tentera Negara
Indonesia, General TNI Djoko Santoso untuk meminta ulasan namun beliau
menyatakan akan menyiasat terlebih dahulu dakwaan ini.
Meskipun sudah dimaklumkan perkara masih dalam siasatan, stesen
berkenaan kelihatan memainkan isu ini hingga ada pihak yang diwawancara
termasuk pengamal politik sana meluahkan kecaman terhadap Malaysia
dengan menyifatkan negara kita sebagai tidak beretika kerana
mempergunakan warga negara mereka.
Apa pun, ini adalah satu tuduhan berat dan pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan ini dengan segera dan telus.
Sekiranya benar, bukan Indonesia sahaja yang bimbang rakyatnya
dipergunakan, kita sendiri semestinya risau sejauh mana kesetiaan
individu yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam negara yang menjadi
benteng pertahanan kita.
[Wow] - Berita Tempatan
China – Ia sepatutnya menjadi satu acara yang akan dikenang oleh lima pasangan suami isteri yang baru berkahwin.
Namun ia menjadi mimpi ngeri apabila 100 ekor burung merpati yang dilepaskan ke udara sebagai melambangkan simbolik cinta mereka, telah ditangkap oleh penduduk tempatan untuk dimasak.
Tindakan penduduk kampung di Anhui itu nyata mengejutkan pengantin tersebut yang membawa burung-burung merpati putih itu untuk sesi penggambaran.
Penduduk yang kelaparan itu, berebut-rebut menangkap burung tersebut dan insiden berkenaan telah dirakamkan dalam kamera.
Dalam pada itu, salah seorang tetamu yang hadir berkata, penduduk menangkap burung-burung itu dengan jala dan tangan mereka.
“Selepas burung itu ditangkap, mereka mengetuk kepalanya dengan kuat dan dibawa ke rumah untuk dimasak.
“Ia merupakan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak menghormati majlis orang lain,’’ katanya yang nyata kesal dengan tindakan penduduk setempat.
Global
Penyanyi country terkenal, Taylor Swift menafikan semua lagu yang dihasilkannya sebelum ini berkait rapat dengan sejarah dalam hubungan cintanya.
Sebaliknya, Taylor menyatakan itu adalah suatu perasaan yang normal dialami sekiranya tengah berpatah hati dengan seseorang.
“Mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahukan. Tapi itu semua merupakan perasaan normal yang akan dilalui oleh setiap manusia yang melalui kegagalan dalam percintaan,” katanya yang dipetik menerusi New York Magazine.
Taylor sebelum ini pernah berpacaran dengan John Mayer, Harry Styles, Jake Gyllenhaal, Joe Jonas dan Taylor Lautner.
Kedua-dua bekas teman lelakinya, Mayer dan Jonas pernah menghasilkan lagu khas yang ditujukan buat Taylor selepas hubungan mereka kecundang di tengah jalan.
[Wow] - Selebriti
India –Baru berusia lapan tahun tapi sudah menjadi janda. Semuanya kerana perkahwinan yang diatur oleh keluarga.
Kanak-kanak itu, Fatima Mangre dikahwinkan dengan Arjun Bakridi ketika dia hanya berusia empat tahun.
Sementara Arjun pula ketika itu baru berusia 10 tahun.
Perceraian ini menjadikan Fatima sebagai mangsa cerai paling muda di India.
Insiden perceraian ini berlaku minggu lepas di kampung Nakhi, di Uttar Pradesh.
Fatima diceraikan selepas Arjun, datang menuntut isterinya itu untuk dibawa pergi ke rumah keluarganya selepas empat tahun dikahwinkan.
Ketika itu, barulah bapa Fatima iaitu Anil menyedari bahawa anak perempuannya itu masih muda.
Justeru dia memohon kepada bapa Arjun iaitu Dipak supaya mereka datang semula untuk menuntut Fatima apabila dia berusia 18 tahun kelak.
Keadaan ini menyebabkan berlaku pertengkaran antara Anil dengan Dipak yang nyata tidak berpuas hati dengan keputusan Anil itu lalu memfailkan perceraian.
“Saya akhirnya menyedari bahawa amalan mengahwinkan anak pada usia yang muda adalah salah kerana mereka sepatutnya menikmati zaman kanak-kanak,’’ kata Anil.
Susulan perkahwinan ini, pihak berkuasa telah memanggil Anil untuk inkuiri manakala Suruhanjaya Wanita Kebangsaan (NWC) juga mendesak Anil memberikan penjelasan.
NCW turut mengancam untuk mengambil tindakan ke atas ibu bapa Fatima dan Arjun.
“Ia merupakan satu skandal yang memerlukan tindakan keras. Bapa budak perempuan itu perlu memberikan penjelasan kenapa dia mengahwinkan anaknya yang hanya berusia empat tahun.
“Manakala bapa budak lelaki itu juga perlu menjawab kenapa dia menuntut pengantin perempuan yang hanya berusia lapan tahun,’’ kata jurucakap NCW.
Anil bagaimanapun telah menulis kepada NCW dan meminta supaya dia dimaafkan kerana berjaya menghalang anak perempuannya daripada dibawa ke rumah mertua.
Sementara Dipak pula dilaporkan sudah menghilangkan diri.
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)













Recent Comments