Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KISAH percintaan mereka pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu. Kini, Zain dan pelakon jelita, Rozita Che Wan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember depan.
Walaupun sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan mereka bakal berkahwin pada tarikh 11.12.13, namun baik Zain mahupun kekasihnya itu menafikan hal tersebut.
Ujar Zain, dia hanya akan memberitahu tarikh perkahwinannya kepada umum pada majlis sidang media yang bakal diadakan 25 November ini.
Selain itu, ada juga kenyataan yang dibuat Zain mungkin tidak akan menyenangkan banyak pihak.
Zain yang memegang watak Mr. Mid-
dleton itu, ditemui pada majlis pra tayangan telefilem Oh! My Ganu bertempat di GSC, The Garden untuk mempromosi lakonan terbaharunya itu. Oh! My Ganu akan bersiaran pada 27 November ini pukul 9 malam di TVIQ (saluran 135 dan 610).
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Zain yang berkongsi kisah tentang persiapannya untuk bergelar suami.
Kosmo!: Boleh ceritakan serba sedikit tentang persediaan perkahwinan anda dan Rozita Che Wan?
ZAIN: Oleh kerana semakin hampir tarikhnya, jadi kebanyakan sudah hampir siap, cuma tinggal sedikit sahaja lagi. Sehubungan dengan itu, kami akan mengadakan satu sidang akhbar pada 25 November ini untuk membuat pengumuman tentang tarikh pernikahan kami.
Pada majlis itu, kami akan menjawab soalan yang selama ini ditanya oleh semua. Diharap semua dapat bersabar.
Berapa peratuskah persiapan yang sudah anda buat menjelang hari tersebut?
Lebih kurang 80 peratus dan bakinya 20 peratus lagi seperti pemilihan tarikh dan ada juga sedikit yang masih perlu dikemas kini lagi.
Memang kalian tidak mahu mendedahkan lagi tarikh perkahwinan walaupun semakin hampir seperti yang dikatakan tadi?
Memang belum lagi dan akan diberitahu kelak. Saya memang suka sebenarnya ramai yang membuat spekulasi tentang tarikh kahwin kami. Kami berdua juga memang benar-benar belum tetapkan sebarang tarikh kerana kami masih lagi mencari hari yang sesuai. Mungkin tempat semua kami boleh tetapkan, namun hanya ingin mencari tarikh yang sesuai bagi semua orang.
Ada yang mendakwa persiapan perkahwinan anda mencecah sehingga RM200,000. Boleh komen?
Ya, lebih kurang begitu kosnya. Bagi sebelah pihak saya, RM100,000 dan begitu juga Rozita. Jadi, apabila campurkan kedua jumlah itu, maka ia menjadi RM200,000. Ia termasuk hantaran, mas kahwin dan wang yang dikeluarkan untuk majlis tersebut.
Lokasi masih sama seperti yang didengar iaitu bertempat di Shah Alam?
Lokasi juga masih lagi tidak mahu didedahkan. Ada beberapa lokasi yang menjadi pilihan dan mungkin Shah Alam, Selangor salah satu daripadanya.
Apa yang membuatkan anda sukar untuk memilih tarikh kahwin?
Ini kerana kami masih lagi ingin mencari tarikh yang sesuai untuk semua orang. Oleh kerana Disember hampir tiba, ramai yang ingin pergi bercuti dan sebagainya. Jadi, kesemua perkara tersebut akan diambil kira, terutamanya keluarga kedua belah pihak. Kami ingin mereka semua hadir menjadi saksi hari bahagia kami berdua. Itu yang kami cuba untuk mencari yang terbaik.
Ada yang berkata, pada hari perkahwinan, kalian tidak mahu menjemput media. Adakah benar dakwaan tersebut?
Bukan tidak mahu jemput media. Sebenarnya kami rasa ada hadnya yang kami perlu sediakan. Kami hanya menjemput wartawan sahaja, tidak jurugambar. Ini kerana, kami telah mengupah jurugambar peribadi dan akan memberikan gambar majlis tersebut sebaik majlis tamat.
Boleh kongsikan tentang perasaan anda memandangkan tarikh perkahwinan yang semakin hampir?
Saya sudah mula rasa debarannya dan persiapan kecil-kecil yang tinggal ini saya perlu pastikan ia baik. Memang ketika ini perasaan
Kosmo
[Wow] - Gosip Hiburan
PETALING JAYA: Salah seorang pelawak dari Kumpulan Shiro iaitu Shahrol merupakan antara calon yang terpilih bagi menggantikan Faizal Ismail yang meninggalkan stesen Hot FM berkuat kuasa 15 November lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, buat masa ini pihaknya sedang menguji keupayaan pelawak itu selama tiga hari bermula Isnin lalu bagi menentukan kesesuaiannya mengemudi segmen AM Krew bersama Fara Fauzana dan AG.
"Shahrol mula ke udara pada Isnin lalu sehingga Rabu ini (hari ini) dan kita sedang lihat sama ada dia sesuai atau tidak untuk menggantikan tempat Faizal," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Sebelum ini, Faizal atau lebih mesra dengan sapaan FBI membuat kejutan apabila mengumumkan peletakan jawatannya sebagai deejay stesen radio itu dalam tempoh 24 jam sehingga menyebabkan peminatnya tertanya-tanya tindakan itu.
Dalam perkembangan sama, Seelan berkata, selain Shahrol, pihaknya sedang mencari beberapa lagi calon sesuai untuk diuji bakat sebelum memutuskan individu yang layak menggalas tugas berkenaan.
Bagaimanapun kata Seelan, jika tiada calon sesuai, segmen AM Krew akan terus mengekalkan Fara dan AG tanpa sebarang pengganti.
"Masih belum dapat dipastikan calon-calon lain yang akan diuji bakat bersama Shahrol kerana kami masih lagi mencari individu yang sesuai.
"Jika Shahrol berkebolehan, dia barangkali akan diserap menggantikan Faizal dan jika tiada yang sesuai segmen itu akan terus mengekalkan Fara dan AG," katanya.
Dalam pada itu, Seelan berkata, pihaknya akan terus mengamalkan penggiliran artis jemputan pada segmen itu kerana ia mendapat sambutan yang baik daripada pendengar.
"Sebelum ini artis seperti Zizan Razak, Abon pernah muncul dalam program berkenaan dan terbaru Faizal Tahir akan diberi kepercayaan untuk muncul pada Khamis ini.
"Malah kita ada beberapa nama yang sudah mengesahkan akan ke udara bersama Fara dan AG seperti Didie Alias, Bell Ngasri dan Afdlin Shauki tetapi mereka bukan calon menggantikan Faizal. Sekadar artis undangan sahaja," ujarnya.
Sementara itu, Shahrol ketika dihubungi berkata, dia merasakan belum layak untuk menggantikan tempat Faizal yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyiaran radio.
Bagaimanapun pengalaman mengendalikan program tersebut sejak Isnin lalu benar-benar menyeronokkan kerana dia dapat mempelajari perkara baharu dalam kerjayanya.
"Fara dan AG banyak membantu dan saya rasa cukup rendah diri dapat bersama mereka selama tiga hari ke udara.
"Namun untuk menggantikan Faizal saya merasakan diri saya belum layak," jelasnya.
[Wow] - Kisah Artis
IPOH - Pelanggan tegar Nasi Kandar Ayam Merah atau ‘nasi ganja’ di Jalan Yang Kalsom, di sini mengakui tidak mudah terpengaruh dengan sebaran khabar angin mengatakan premis berkenaan kotor, sebaliknya yakin makanan yang dijual bersih dan selamat.
Asyraf Mohamed, 26, berkata, dia dan keluarga adalah pelanggan tetap restoran berkenaan sejak kecil malah turut mengenali pengurusnya, Mohd Nihmatullah Syed Mustaffah, 59, yang tidak jemu memberi layanan terbaik kepada mereka.
“Kami sekeluarga sering berkunjung ke sini dan yakin makanan dijual halal serta tidak kotor sepertimana yang didakwa sebelum ini.
“Pada mulanya saya terkejut dan pelik dengan isu yang disebarkan namun perkara itu sedikit pun tidak memberi impak kepada kami sekeluarga yang amat meminati makanan di sini,” katanya.
Kakitangan kerajaan, Irham Aqil Zulkifli, 24, berkata, dia akan singgah ke restoran itu sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk menikmati makanan di situ.
“Saya mula mengenali ‘nasi ganja’ sejak 2009, dan menjadi salah seorang pelanggan tetap di sini. Bagi saya, mereka yang berasal dari Ipoh perlu sekurang-kurangnya sekali mencuba keenakan ‘nasi ganja’.
“Berhubung isu baru-baru ini, saya berpendapat sebagai orang Islam kita sepatutnya tidak sesekali percaya kepada benda yang tidak tahu hujung pangkalnya. Jika tiada bukti cukup, ia boleh menjadi fitnah,” katanya.
Tahap bersih memuaskan
Sementara itu, Mohd Nihmatullah berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah memberikan lampu hijau kepada mereka selepas membuat pemeriksaan terperinci ke atas premis berkenaan Sabtu lalu.
Menurutnya, pelanggan boleh menikmati semula makanan yang dijual di restoran berkenaan apabila premis tersebut beroperasi semula seperti biasa jam 9.30 pagi semalam.
Katanya, JKN berpuas hati dengan kerja pembersihan dan membaik pulih restoran tersebut dan membenarkannya dibuka semula hanya dalam tempoh tiga hari ditutup.
“Memang tidak dinafikan kami terpaksa menanggung kerugian akibat penutupan restoran ini namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perniagaan dan memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggan.
“Malah, restoran Yong Suan turut terkena tempiasnya kerana Nasi Kandar Ayam Merah sudah tidak asing lagi dalam kalangan orang ramai dan ia juga adalah tarikan pelancongan makanan di Perak,” katanya.
Kekal resepi asli
Nithmatullah juga tidak berasa begitu khuatir mengenai kepercayaan pelanggan kerana berita yang tersebar di laman sosial Facebook itu ternyata palsu.
“Kami masih mengekalkan resepi, kualiti dan keadaan yang sama tanpa sebarang pengubahsuaian dan pastinya 100 peratus tiada unsur najis dalam masakan kami.
Asyraf Mohamed, 26, berkata, dia dan keluarga adalah pelanggan tetap restoran berkenaan sejak kecil malah turut mengenali pengurusnya, Mohd Nihmatullah Syed Mustaffah, 59, yang tidak jemu memberi layanan terbaik kepada mereka.
“Kami sekeluarga sering berkunjung ke sini dan yakin makanan dijual halal serta tidak kotor sepertimana yang didakwa sebelum ini.
“Pada mulanya saya terkejut dan pelik dengan isu yang disebarkan namun perkara itu sedikit pun tidak memberi impak kepada kami sekeluarga yang amat meminati makanan di sini,” katanya.
Kakitangan kerajaan, Irham Aqil Zulkifli, 24, berkata, dia akan singgah ke restoran itu sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk menikmati makanan di situ.
“Saya mula mengenali ‘nasi ganja’ sejak 2009, dan menjadi salah seorang pelanggan tetap di sini. Bagi saya, mereka yang berasal dari Ipoh perlu sekurang-kurangnya sekali mencuba keenakan ‘nasi ganja’.
“Berhubung isu baru-baru ini, saya berpendapat sebagai orang Islam kita sepatutnya tidak sesekali percaya kepada benda yang tidak tahu hujung pangkalnya. Jika tiada bukti cukup, ia boleh menjadi fitnah,” katanya.
Tahap bersih memuaskan
Sementara itu, Mohd Nihmatullah berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah memberikan lampu hijau kepada mereka selepas membuat pemeriksaan terperinci ke atas premis berkenaan Sabtu lalu.
Menurutnya, pelanggan boleh menikmati semula makanan yang dijual di restoran berkenaan apabila premis tersebut beroperasi semula seperti biasa jam 9.30 pagi semalam.
Katanya, JKN berpuas hati dengan kerja pembersihan dan membaik pulih restoran tersebut dan membenarkannya dibuka semula hanya dalam tempoh tiga hari ditutup.
“Memang tidak dinafikan kami terpaksa menanggung kerugian akibat penutupan restoran ini namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perniagaan dan memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggan.
“Malah, restoran Yong Suan turut terkena tempiasnya kerana Nasi Kandar Ayam Merah sudah tidak asing lagi dalam kalangan orang ramai dan ia juga adalah tarikan pelancongan makanan di Perak,” katanya.
Kekal resepi asli
Nithmatullah juga tidak berasa begitu khuatir mengenai kepercayaan pelanggan kerana berita yang tersebar di laman sosial Facebook itu ternyata palsu.
“Kami masih mengekalkan resepi, kualiti dan keadaan yang sama tanpa sebarang pengubahsuaian dan pastinya 100 peratus tiada unsur najis dalam masakan kami.
“Selain itu, kami berharap kejadian sama tidak berulang dan meminta pelanggan untuk tampil menyuarakan masalah atau nasihat terus kepada kami pada masa akan datang,” katanya.
Premis Nasi Kandar Ayam Merah hanya beroperasi di Ipoh sahaja dan setakat ini, tiada cawangan lain dibuka di negara ini.
Premis Nasi Kandar Ayam Merah hanya beroperasi di Ipoh sahaja dan setakat ini, tiada cawangan lain dibuka di negara ini.
[Wow] - Berita Tempatan
KUALA LUMPUR: Pelawak Ahmad Nabil Ahmad, 30, mengambil keputusan untuk menukar nombor plat keretanya kerana bimbang menjadi sasaran penjenayah selepas kenderaannya itu dipecah masuk pada Isnin lalu.
Nabil berkata, dia nekad berbuat demikian kerana ketika ini nombor plat kereta Mitshubishi Lanser miliknya itu menggunakan kombinasi huruf yang ada persamaan dengan namanya.
"Ini merupakan pengalaman pertama apabila kereta saya dipecah masuk dan ia membuatkan saya risau apa yang bakal terjadi pada masa depan jika penjenayah atau sesiapa sahaja mengetahui ia adalah kereta saya kerana nombor pendaftarannya.
“Tindakan itu juga bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga," katanya kepada mStar Online.
Nabil ditemui di Hotel Istana di sini pada Selasa sempena majlis pengumuman barisan artis yang bakal membuat persembahan dalam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) di Hotel Istana yang akan berlangsung pada 14 Disember depan.
Dalam kejadian Isnin lalu, Nabil menyedari keretanya dipecah masuk oleh penjenayah selepas dia bersama isteri, Nazirah Ayub, 25, dan anak mereka Naira Mikayla yang berusia setahun selesai makan malam di sebuah restoran di Sungai Buloh, dekat sini.
Kejadian itu sedari ketika Nabil hendak mengundurkan keretanya apabila dia melihat cermin belakang sebelah kanan keretanya pecah.
Selain kad pengenalan, beg galas yang diisi baju sukan turut dilarikan penjenayah. Sementara itu, Nabil menyifatkan memiliki nombor plat kenderaan yang mempunyai persamaan dengan nama sendiri terutamanya bagi seseorang selebriti boleh mengundang bahaya tanpa sedar.
Beritahunya, walaupun nombor itu dilihat unik dan glamor, tetapi ia lebih memudahkan individu yang berniat tidak baik untuk melakukan jenayah.
"Saya nasihatkan buat para artis, walaupun seronok memiliki nombor plat seperti yang diinginkan, tetapi ia sebenarnya membahayakan. Lebih baik kita menggunakan nombor biasa sebagai langkah keselamatan," tegasnya.
[Wow] - Kisah Artis

Siapakah gerangan pelakon comel ini? Mungkin ramai yang terdetik di hati apabila menonton drama cerekarama Sejadah Kaabah. Rupanya-rupanya gadis comel ini ialah pelakon yang sama dalam Juvana. Eyka memegang watak Nadia iaitu anak makcik kantin yang meminati Daim.
Lakonan Eyka Farhana dalam Sejadah Kaabah sedikit sebanyak menaikkan namanya dan boleh dianggap terbaik dalam cerita ini. Malah ada yang mengatakan bahawa Eyka bakal menjadi seorang pelakon yang baik di sebalik bakat yang ada. Sejadah Kaabah yang nampaknya bakal menjadi antara drama terbaik tahun ini.
Hiburan
Perbualan berkenaan tahi ini mungkin dianggap perkara yang tak senonoh, busuk, dan menjijikkan. Tetapi dalam waktu yang sama, kita semua menjalani rutin membuang air besar hampir setiap hari. Malah ada yang buang air besar hampir 2-3kali sehari. Itulah hakikatnya, semua orang malu membicarakan soal tahi. Tapi tahukah anda, tahi itu mencerminkan sebagus mana diet yang anda semua praktikkan?
Berdasarkan “Bristol Stool Chart”, “Meyers Scale” atau dalam bahasa melayunya “Skala Tahi Bristol”. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.
Berikut adalah kelas-kelas tahi yang dimaksudkan:
Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.
Tahi jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia. Jadi, lepas ni jangan malas untuk buang air besar lagi ye.
Tahi jenis 3 dan 4
Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.
Tahi jenis 5,6 dan 7
Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!
Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!
[Wow] - Informasi

Gemuk atau obesiti bukan satu ciri idaman, baik lelaki atau perempuan. Semua nak kurus, nak cantik. Tapi sebab faktor genetik,pemakanan& etc ada yang merana sebab terlebih berat badan.
Ini antara 5 orang terberat dalam rekod dunia yang boleh dikatakan merana fizikal & mental:
1- Carol Yadger
Wanita pertama paling berat di dunia dan juga dalam sejarah manusia , rekod terberat yang pernah adalah seberat 727kg. Masalah lebihan berat badan yang melampau menyebabkan dia dijangkiti pelbagai penyakit seperti jangkitan bakteria sehingga Carol tidak mampu untuk berdiri atas berat badannya. Carol hanya mampu untuk hidup selama 34 tahun dan meningal kerana penyakit buah pinggang serta kegagalan organ berfungsi kerana lebihan lemak.
2- Jon Brower Minnoch
Berat badannya 132 kg ketika 12 tahun dan pernah dimasukkan ke hospital. Walaupun berat badan turun semasa menjalani rawatan tetapi selepas keluar daripada hospital berat badannya meningkat sebanyak 2-4 kali ganda dan yang terberat pernah direkodkan adalah 635kg.
3-Manuel Uribe
Mempunyai berat sebanyak 578kg dan pernah terlantar di atas katil selama 8 tahun setengah dari tahun 2001 sehingga 2008 dan sekarang Manuel dalam proses penurunan berat badan.
4- Walter Hudson
Dia mempunyai berat badan sebanyak 544kg dan mempunyai motto hidup yang pelik iaitu “makan apa sahaja dan nikmatilah ia“, Walter juga pernah mengalami pengalaman yang menyedihkan iaitu tersekat dipintu bilik sehinggalah pasukan penyelamat datang untuk memecahkan bilik untuk menyelamatkan Walter.
5-Rosalie Bradford
Makan ialah hobinya sejak dari kecil lagi dan apabila umurnya 14 tahun berat badannya sudah mencecah 92kg dan terus meningkat 140kg semasa 15tahun, berat maksimun yang pernah dicapainya adalah sebanyak 544kg . Ros juga pernah membuat cubaan bunuh diri beberapa kali kerana tertekanan dengan berat badannya. Dan pada umur 63 tahun Ros meninggal dunia.
Tentu korang tak nak jadi macam ni kan? Kalau rasa rasa BMI tu dah terlebih, & diet semuanya tak menjadi baik cepat jumpa doktor. Mungkin ada masalah dengan hormon iaitu leptin resistant yang tak mampu nak bagitahu otak kita yang kita dah kenyang.
[Wow] - Informasi
Wanita Taiwan berumur 30 tahun yang bernama Chen Wei-Yih ini telah berkahwin dengan dirinya sendiri dengan alasan tidak menjumpai pasangan yang sesuai untuk dirinya. Belaiu mengupah wedding planner dan menyewa dewan untuk menyambut majlis perkahwinan itu bersama 30 rakan yang terdekat. Perkahwinan yang berkos $5,675 itu menjadi berita hangat di Taiwan. Kebodohan manusia ni memang takkan habis..
Pelbagai
Seorang jurucakap di Afghanistan menyatakan, 17 orang termasuk yang ditemui mati dengan kepala mereka dipenggal kelmarin merupakan mangsa yang terperangkap dalam pergaduhan melibatkan dua komander kumpulan Taliban.
Beberapa pegawai tempatan sebelum ini mendakwa, kumpulan Taliban
menyerang satu parti di kawasan yang dikuasai mereka di selatan
Afghanistan dan memenggal kepala 17 orang termasuk dua wanita
Seorang pegawai tersebut, Neyamatullah Khan berkata, mereka dibunuh kerana mengadakan parti yang melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita berserta iringan muzik serta acara tarian yang melanggar ajaran Islam.
Serangan kejam itu berlaku di sebuah rumah dekat daerah Musa Qala, sekitar 75 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Helmand, Lashkar Gah.
Namun, jurucakap gabenor wilayah Helmand memberitahu, semua mangsa maut akibat terperangkap dalam pergaduhan melibatkan dua komander kumpulan Taliban.
Jurucakap berkenaan, Daoud Ahmadi berkata, mereka bergaduh dipercayai kerana berebutkan dua wanita itu.
Menurutnya, satu kejadian tembak-menembak berlaku semasa pergaduhan tersebut.
Namun, jelasnya, beliau tidak pasti pergaduhan itu mempunyai kaitan dengan muzik dan acara tarian yang diadakan atau sama ada beberapa anggota Taliban adalah antara mereka yang maut dalam insiden tersebut.
Seorang pegawai tersebut, Neyamatullah Khan berkata, mereka dibunuh kerana mengadakan parti yang melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita berserta iringan muzik serta acara tarian yang melanggar ajaran Islam.
Serangan kejam itu berlaku di sebuah rumah dekat daerah Musa Qala, sekitar 75 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Helmand, Lashkar Gah.
Namun, jurucakap gabenor wilayah Helmand memberitahu, semua mangsa maut akibat terperangkap dalam pergaduhan melibatkan dua komander kumpulan Taliban.
Jurucakap berkenaan, Daoud Ahmadi berkata, mereka bergaduh dipercayai kerana berebutkan dua wanita itu.
Menurutnya, satu kejadian tembak-menembak berlaku semasa pergaduhan tersebut.
Namun, jelasnya, beliau tidak pasti pergaduhan itu mempunyai kaitan dengan muzik dan acara tarian yang diadakan atau sama ada beberapa anggota Taliban adalah antara mereka yang maut dalam insiden tersebut.
"Semua mangsa dipenggal kepala mereka tetapi tidak jelas sama ada mereka ditembak terlebih dahulu," ujarnya.
Dalam pada itu, jurucakap Taliban, Qari Yousef Ahmadi menafikan dakwaan pihaknya terbabit dalam pembunuhan tersebut.
"Anggota Taliban tidak akan membunuh orang awam. Komander Taliban juga tidak bergaduh sesama mereka," kata Qari.
"Kami tidak tahu tentang kejadian ini. Sama ada ia berlaku atau sebaliknya, kami tidak terbabit," tegasnya. Kumpulan Taliban menguasai sebahagian besar daerah Musa Qala yang mengandungi lebih 100 buah kampung sejak 2001.
Pelbagai
CHICAGO – Aktiviti harian penduduk di Chicago yang menggunakan
komuter, telah dikejutkan dengan kejadian seorang wanita yang menyerbu
masuk ke dalam komuter itu dalam keadaan bogel.
Kejadian berlaku di stesen Granville.
Wanita yang mengalami sakit mental itu, turut menjerit dan menampar beberapa penumpang komuter berkenaan.
Dia kemudiannya mengaku dirinya adalah `tuhan’ komuter itu dan
mengarahkan semua penumpang turun, kerana dia telah mengambil alih
keretapi tersebut.
Keadaan itu menyebabkan komuter tersebut tergendala selama 15 hingga 30 minit.
Wanita tidak siuman yang berusia 31 tahun itu mahu memandu keretapi terbabit.
Polis kemudiannya berjaya mengarahkan wanita itu keluar daripada
keretapi berkenaan dan dia dibawa ke hospital untuk penilaian mental.
Global
JOHOR BAHRU – Remaja yang dilaporkan hilang kelmarin selepas
dikatakan masuk ke kawasan rumah banglo tinggal, Villa Nabila di Danga
Bay di sini ditemui malam tadi dipercayai menyorok di rumah rakannya di
Flat Desa Mutiara, di sini.
Remaja berkenaan bersama rakannya kemudian telah dibawa ke Balai Polis Bandar Dato’ Onn untuk direkod kenyataan.
Mengapa remaja itu bertindak demikian tidak diketahui tetapi pihak polis dijangka akan membuat sidang akhbar sebentar lagi.
Berita kehilangannya menggemparkan hampir seluruh negara selepas
tersebarnya kisah bahawa 30 orang remaja masuk ke Villa Nabila namun
hanya 7 yang berjaya keluar dan 23 lagi hilang.
Berikutan laporan polis yang dibuat keluarga berkenaan, polis telah
mengadakan gerakan mencari di sekitar kawasan villa itu dan kejadian itu
menarik perhatian masyarakat seluruh negara serta menjadi tajuk sensasi
di media sosial sejak kelmarin.
Villa Nabila disenaraikan oleh sebuah laman web pelancongan Amerika
Syarikat Expedia sebagai antara lima tempat paling berhantu di Malaysia.
Sementara itu. tinjauan wartawan Mynewshub.my di lokasi banglo
berkenaan pada pukul 8.30 malam tadi menunjukkan jalan di hadapan banglo
berkenaan sesak dengan kenderaan yang ingin melihat dengan lebih dekat
keadaan banglo yang didakwa berpuaka itu.
Deretan kereta diletakkan di bahu jalan begitu panjang sehingga ramai
yang sanggup berjalan kaki untuk sampai ke pintu masuk Villa Nabila.
Pada sebelah petang, pihak polis difahamkan telah menutup laluan
untuk ke banglo kosong itu tetapi pada waktu malam tadi, orang ramai
dilihat boleh berjalan kaki naik dan meninjau ke dalam kawasan Villa
Nabila.
Penulis mengambil peluang untuk berjalan bersama orang ramai dan
meninjau keadaan rumah kosong yang mempunyai pelbagai versi cerita
selepas lama ditinggalkan terbiar begitu sahaja.
Ada yang berani meninjau sehingga ke bahagian belakang rumah yang besar
itu dengan menggunakan lampu suluh dari telefon bimbit mereka untuk
menyuluh laluan kerana keadaan di sekitar rumah berkenaan begitu gelap.
Tidak kurang juga mereka yang datang sekeluarga dengan anak-anak
semata-mata hendak melihat keadaan Villa Nabila yang penuh dengan
cerita.
Suasana di dalam rumah tinggal berkenaan meriah dengan cahaya
daripada telefon pintar mereka yang menyuluh laluan dan ada yang sanggup
mengambil risiko menaiki tangga di dalam Villa Nabila yang sudah reput
tanpa menyedari bahaya jika tangga berkenaan runtuh.
Menjelang tengah malam, dua kereta peronda polis dihantar bagi memastikan keadaan itu kembali tenang selepas semakin ramai orang membanjiri rumah banglo tinggal itu.
Beberapa pokok besar yang tumbuh dalam kawasan rumah dengan akar yang mencengkam membuktikan sudah terlalu lama rumah agam itu ditinggalkan tidak berpenghuni.
Gambar di atas menunjukkan kawasan balkoni Villa Nabila yang menghadap ke arah jalan raya dan sebuah kolam renang yang sudah dipenuhi daun-daun kering.
Menyusul esok beberapa gambar yang menggemparkan di Villa Nabila diperolehi daripada mereka yang berada di sekitar kawasan itu lama sejak dari pagi sehingga ke malam hanya untuk memerhatian suasana Villa Nabila dan mengambil gambar yang penuh tanda tanya. – mynewshub.my
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)























Recent Comments