Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


BEIJING - Satu ukiran kayu menampilkan lukisan bersejarah, Riverside Scene at Qingming Festival dinamakan sebagai ukiran kayu terpanjang di dunia oleh Guinness World Records baru-baru ini.

Ukiran kayu tersebut memiliki panjang 12.286 meter dan dihasilkan oleh seorang artis seni tempatan, Zheng Chunhui yang berasal dari wilayah Fujian.

Dia mengambil masa empat tahun untuk menyiarkan hasil seni tersebut beberapa teknik ukiran yang berbeza.

Dua versi lukisan tersebut masing-masing dari era Dinasti Song dan Dinasti Qing diukir pada kayu berkenaan.
Lukisan itu diukir pada batang pokok kapur barus berusia 1,000 tahun. - Agensi





ABU DHABI - Seorang pemuda di negara Teluk menyiarkan gambar di laman sosial Instagram yang menunjukkan dia bermain dengan singa di hadapan beberapa buah kereta sport sebagai simbol kemewahannya.

Akaun Instagram tersebut yang setakat ini memiliki lebih 250,000 pengikut menggunakan nama Humaid AlBuQaish.
Lelaki berkenaan kerap memuat naik gambarnya berdampingan dengan beberapa ekor singa dan cheetah.

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan tentang pekerjaan AlBuQaish tetapi dia jelas memiliki kekayaan yang didambakan oleh ramai orang.

Menurut pengurus Taman Hidupan Liar Ras Al-Khaimah di Emiriah Arab Bersatu, Jasim Ali, binatang buas itu kini dianggap sebagai simbol status dalam kalangan golongan kaya di Teluk.

"Seekor singa putih yang jarang didapati dijual pada harga AS$50,000 (RM159,275)
"Jika seseorang itu membeli haiwan yang amat mahal, dia mahu menunjukkan bahawa dia berupaya membeli apa sahaja yang dia mahu di dunia ini," kata Jasim

"Jika dia menjinakkan binatang buas seperti singa, dia mahu seluruh dunia tahu tentang keberanian dan kejantanannya," tambah pengurus tersebut. - Agensi








Sama ada Azhael mahupun Nabila, dua bintang ini dicanang bakal dinobatkan juara program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) berdasarkan persembahan konsisten mendahului dua carta teratas beberapa minggu sebelum final.

Malah, kelab peminat mereka ternyata semakin lantang di laman sosial menyatakan sokongan sehingga memberi petanda merekalah bakal juara terutama duo Azhael selepas undian kembali mendadak selepas kembali bertanding menerusi tiket AFMASUK.
Namun, hakikatnya biar kencang bertiup AF2013 bakal melahirkan juara yang tidak sepatutnya, ternyata pengundi Malaysia semakin bijak apabila menobatkan sendiri peserta ‘underdog’ Mohd Faizul Sany, 28, atau Faizul dari Tawau, Sabah itu.

Berlangsung meriah di Stadium Negara malam kelmarin, pasti di stadium sendiri dikejutkan dengan keputusan berkenaan apalagi dua persembahan Faizul menerusi lagu baru ciptaan Amir Jahari dan AG Coco iaitu Sepasang Sayap serta lagu tugasan Hanyut (Faizal Tahir) seakan tiada sorakan.
Berbanding yang lain, kewujudan Faizul bukan persoalan utama memandangkan dua kelab penyokong Azhael dan Nabila begitu kuat pada malam itu walaupun Faizul cukup hebat menerusi kedua-dua persembahannya.

Imbas kembali, jejaka pemalu itu hampir tidak layak ke Top 12 pada Konsert Prelude namun diserap semula selepas diundi penonton dan peluang itu tidak disia-siakannya.

Di luar jangkaannya sendiri, Faizul yang ditemui sejurus dinobatkan juara menyifatkan kemenangan itu hasil niat ikhlas mahu bekerja-keras serta memberikan hadiah itu buat ibu bapanya, Sany Saliun, 61, dan Shallena Langkab, 56.

“Saya tidak pernah terfikir pun sebenarnya mahu masuk uji bakat AF2013 namun atas desakan ahli keluarga dan paling kuat daripada teman-teman baik, saya kuatkan semangat untuk mencuba musim kali ini.

“Lagipun, melihat keadaan ibu bapa yang semakin tua namun masih berhempas-pulas mengerah kudrat demi keluarga, saya jadi perit membuatkan saya berazam mahu menggunakan bakat untuk mengubah nasib.

“Sedih bila lihat mereka masih gigih bekerja padahal masing-masing ada masalah kesihatan dan kerana itulah juga saya akan berikan semua wang tunai kemenangan itu kepada mereka nanti untuk pembiayaan kesihatan. Selebihnya terpulang kepada mereka mahu memberi berapa bahagian wang untuk saya,” katanya.

Tidak terlintas langsung mahu mengejar populariti, jejaka itu sebaliknya mengenepikan perasaan itu dan berjaya masuk dalam akademi, dia langsung tidak mahu mensia-siakan peluang seumur hidup itu.

“Terus-terang saya anggap penyertaan dalam AF2013 ini sebagai satu tanggungjawab dan kerja. Disebabkan itu, saya tidak mahu membazirkan masa langsung dan berusaha mengikuti semua pembelajaran yang diberikan.

“Jika diukur daripada segi kerja-keras, saya boleh katakan banyak peningkatan dalam diri saya terutama sekali daripada membuang rasa malu dan menjadi yakin, kemudian kepada aspek vokal dan tarian, saya sangat gembira,” katanya.

Akur di tempat kedua, Azhael yang dianggotai Mohd Azhar Osman (Azhar), 25, dan Hal Husaini Razmi (Hael), 25, nampaknya gagal mengekalkan kedudukan undian meskipun awalnya berada di tangga pertama serta menjadi bintang ‘favourite’.

Bagaimanapun, mereka yang menyanyikan lagu baru Hentian Terakhir (ciptaan Damien Mikhael & Altimet) serta Penglipur Lara (Hazama) malah berbangga apabila Faizul dinobatkan juara dan menyifatkan dia sememangnya layak menang selain menganggap keputusan semua tergantung kepada rezeki.

Turut kurang dijangka, Nadia Amira Othman (Amira), 20, yang menyanyikan Sesaat Untukku (ciptaan Keroz Nazri & Erda EE) muncul tempat ketiga diikuti Siti Ruhailah Hussien (Indah), 26, Nur Nabila Mohd Razali (Nabila), 21, dan Nur Aishah Aziz (Aishah), 19.

Secara keseluruhannya, peningkatan ketara jelas terserlah pada persembahan serta nyanyian keenam finalis di mana Indah misalnya memukau penonton dengan vokal hebatnya menerusi Jagalah Diri (Jaclyn Victor) dan Percayalah (ciptaan Aiman & Mohd Atlas).

Faizul membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000, kontrak rakaman RM100,000 dan trofi, Azhael dengan wang tunai RM30,000 dan trofi, Amira dengan wang tunai RM20,000 dan trofi, Indah dengan wang tunai RM10,000 dan trofi, Nabila dnegan wang tunai RM5,000 dan trofi serta Aishah diberikan trofi.

Juga diperkenalkan musim ini, anugerah AF Buzz Pilihan Penonton pula berjaya dimenangi Azhael.


Faizul sedia disirami kontroversi

Sang juara Faizul tidak dinafikan antara yang cukup pendiam antara semua bintang dan personalitinya lebih terserlah sebagai seorang lelaki lurus bendul.

Apapun, untuk terus bersikap begitu dalam industri mungkin menjadi jerat buat pendatang baru sepertinya namun menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia sudah sedia menempuh industri penuh ranjau ini.

“Tidak apa-apa yang perlu saya ubah kerana sepanjang pertandingan ini pun saya cuma menjadi diri-sendiri namun sedar bukan dalam akademi jadi penentu gambaran sebenar di luar sana.

“Bagaimanapun, kami sudah didedahkan dengan pelbagai aspek seperti berhadapan dengan wartawan dan turut diberi nasihat beberapa orang yang arif mengenai industri maka sekurang-kurangnya saya sudah ada sedikit peringatan,” katanya.

Memilih untuk terus mengetengahkan muzik berkonsepkan Pop Rock, Faizul juga sudah menetapkan hala tujunya dalam industri ini lebih kepada eksperimental.

Sangat mengagumi idolanya Faizal Tahir juga Inspirer AF2013 pertama, dia melihat muziknya akan lebih ke arah segar dan tidak klise sebagaimana muzik diperjuangkan penyanyi Coba itu.

Pada konsert berkenaan, Inspirer terakhir Datuk Siti Nurhaliza turut menyerikan pentas dengan mendendangkan lagu Seindah Biasa manakala Johan Raja Lawak serta Adi Putra tampil membuat gimik.

Dihoskan Zizan Razak, tiga juri tetap yang mengkritik persembahan setiap bintang iaitu Roslan Aziz, Sharifah Amani dan Edry KRU rata-rata berpuas-hati dengan persembahan finalis malam itu.


London: Seorang wanita menyebabkan seluruh dewan mahkamah tergamam apabila mengaku bersalah membunuh tiga lelaki dan membuang mayat mangsa ke dalam longkang.
Joanna Dennehy mengaku membunuh Kevin Lee, 48, Lukasz Slaboszewski, 31, dan John Chapman, 56, yang ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman antara Mac hingga April di Cambridgeshire.

Joanna, 31, dari Peterborough turut mengaku salah cuba membunuh dua lelaki, Robin Bereza dan John Rogers.

Mayat pengusaha pembangunan hartanah, Lee ditemui di dalam longkang di Newborough, Cambridgeshire pada 30 Mac dan dua lagi mayat mangsanya ditemui di Thorney Dyke.

Pengakuannya mengejutkan peguam bela Nigel Lickley QC yang berkata: “Saya tidak jangka dia akan membuat pengakuan ini. Kami perlukan sedikit masa untuk menilai apa yang sudah berlaku.”

Joanna yang duduk di kerusi tertuduh enggan bercakap dengan sesiapa.
“Saya mengaku bersalah, kes ditutup,” katanya.


Dia turut mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan menghalang pengebumian rasmi terhadap tiga mangsanya.

Kekasihnya yang memiliki ketinggian 2.17 meter, Gary Stretch, 57, menafikan terbabit terhadap dua cubaan membunuh dan membantu Joanna membuang mayat mangsa.

Leslie Layton, 47, dan Robert Moore, 55, sebelum ini turut menafikan membantu melenyapkan bukti pembunuhan dan menyembunyikan Stretch dan Joanna ketika mereka diburu polis.- Agensi


Kajang: Berang hasrat untuk bertunang dengan kekasihnya dihalang keluarga wanita terbabit, seorang lelaki dikatakan tidak puas hati lalu menyerang dan melepaskan tembakan ke arah adik lelaki teman wanitanya itu, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga anggota polis bertindak melepaskan lima das tembakan dan satu daripadanya menembusi bahu kanan mangsa.

Difahamkan, mangsa, T Solomon, 25, mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Kajang oleh keluarganya. untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil.

Suspek yang baru sebulan bertugas di Balai Polis Bandar Baru Bangi, di sini, sebelum itu dikatakan gagal memulangkan semula pistol jenis .38 Smith & Wesson di balai polis berkenaan sebaik tamat waktu kerja.

Bapa mangsa, T Tholilale, 59, berkata ketika kejadian dia berada dalam bilik dan mendengar pertengkaran di luar rumahnya di Taman Megah, Kajang, di sini, disusuli bunyi tembakan.

Hmetro

SETIU - Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, di sini, awal pagi semalam.

Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.


Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.


“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya.

Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam bilik.


Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.


“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara kekasihnya, suspek  yang berasal dari Besut itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.
Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain.

Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Mungkin disorok makhluk halus

SHAH ALAM - Pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinan remaja lelaki yang hilang di villa terbiar di Johor Bahru, masih berada dalam keadaan selamat.

Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi Nilai, Datuk Shamsuri Shafie berkata, mangsa berkemungkinan disembunyikan makhluk halus yang menghuni villa itu.

“Kebiasaannya rumah yang sudah lama ditinggalkan akan dihuni jin dan syaitan. Sekiranya benar mangsa pernah memasuki villa tersebut, tidak mustahil dia kini disorokkan makhluk ghaib.

“Mangsa tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dia boleh melihat orang di sekelilingnya. Kita kena percaya benda ini boleh berlaku kerana kewujudan alam ghaib sememangnya sudah dijelaskan al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Ditanya punca mangsa disembunyikan, beliau berkata, mangsa mungkin masuk villa itu secara tidak betul.

“Sebab itu, kita digalakkan memberi salam setiap kali memasuki tempat yang tidak dikenali. Sekurang-kurangnya salam tersebut dapat melindungi kita daripada gangguan jin dan syaitan.

“Kelemahan rohani juga punca mangsa diganggu di tempat keras. Ada kemungkinan juga mangsa terambil sesuatu di villa itu,” katanya.


Menurutnya, rawatan perlu diadakan di villa itu bagi menemukan semula mangsa.

“Cara yang paling mujarab ialah melaungkan azan di empat penjuru villa. Sebelum itu, perlu membaca al-Fatihah sekali, ayat Kursi tujuh kali dan ayat 115 hingga 118 dari surah al-Mukminun.

“Insya-ALLAH, makhluk halus berkenaan akan menghantar pulang mangsa ke alam kita. Sekiranya mangsa belum dijumpai dalam masa terdekat, kami di Pusat Rawatan Islam At Tobibi sedia membantu menawarkan ikhtiar,” katanya.

Amerika Syarikat boleh 'berbangga' dengan Alcatraz yang dikenali sebagai penjara paling seram di dunia atau Brazil dengan Penjara Carandiru sebagai penjara terkejam masa kini yang pernah menelan banyak korban banduan dalam rusuhan besar suatu ketika dulu. Namun Rusia (dahulu Kesatuan Soviet) mempunyai penjara yang paling mematikan di dunia, iaitu Glavnoe Upravlenie Lagerei (Penjara Gulang).

Penjara ini dibina ketika zaman regim Joseph Stalin yang merupakan diktator Kesatuan Soviet yang diberi gelaran “Steel Man” (lelaki besi). Joseph Stalin memerintah antara tahun 1922-1953. Selama berkuasa, Stalin dikatakan telah memerintah pembunuhan sekitar 40 juta orang warga Kesatuan Soviet (termasuk negara-negara yang kini merdeka dari Kesatuan Soviet).

Pada masa itu para penentang Stalin dikumpulkan di Penjara Gulag. Penjaga Gulag tidak ubah seperti neraka pembawa kematian. Jumlah mereka yang tewas disini adalah 7 kali lebih banyak dari jumlah korban yang meninggal akibat bencana. Kekejaman Gulag semakin kuat kerana lokasinya berada di tengah Hutan Taga, Siberia, Rusia yang suhunya selalu sejuk.

Sebahagian besar tahanan dihukum dengan keadaan yang menyedihkan. Ada yang dibunuh kejam, ada pula yang meninggal kerana kelaparan. Para banduan dikerah sebagai buruh paksa. Kemudian mereka kembali ke dalam kem kayu yang dilindungi pagar dan kawat berduri.

Penjara ini ditutup sejak tahun 1953, seiring dengan kematian Stalin. Namun ketika ini, kita masih boleh melihat bekas-bekas runtuhan bangunan. Rel-rel kereta yang digunakan untuk membawa tahanan masuk juga masih ada. Inilah salah satu saksi bisu kematian tahanan, banyak dari mereka yang melompat dari kereta ketika hendak dibawa ke dalam penjara.




Jennifer Lawrence telah dinobatkan wanita paling diidamkan di dunia walaupun memiliki sepasang mata yang juling. Lakonannya dalam Filem The Hunger Games telah menampilkan kecantikannya sebenar. Beberapa gambar di bawah ialah prinscreen daripada satu babak dalam Filem The Hunger Games ketika Jennifer Lawrence sedang memakai gaun merah paras dada. Sangat cantik dan sesuai dengan penampilannya yang dianugerahkan sepasang mata juling.







Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi sekitar jam 6.30 petang tadi, seramai 22 budak yang hilang daripada 30 orang sudah ditemui oleh pihak berkuasa manakala seorang lagi masih giat dicari sejak Sabtu lalu.
Ketika ini, sekeping gambar budak-budak terlibat sebelum dan selepas kejadian misteri di Villa Nabila sedang berlegar-legar di laman forum dan facebook page tempatan. Cuba anda perhatikan? Ada yang pelik dapat diperhatikan dalam gambar di bawah. Seperti kerasukan pula?



Selain itu, satu lagi gambar yang didakwa wajah sebenar budak lelaki yang masih hilang turut tersebar di laman sosial. Sejauh manakah kebenaran maklumat ini?



BELAJAR dari pengalaman lalu, penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kepada umum identiti kekasih barunya.

Memilih jejaka Melayu, dia sudah menjalinkan hubungan cinta sejak empat bulan lalu, memetik laporan Sinar Harian.

Menurut Marsha, biarpun usia jejaka itu muda dua tahun darinya, ia tidak menjadi sebarang masalah buat mereka.

Bagaimanapun, masih terlalu awal baginya untuk menamatkan zaman bujang biarpun usianya bakal menginjak 28 tahun pada tahun hadapan.

“Dulu saya sasar nak kahwin pada usia 25 tahun tapi tak tercapai. Jadi kini saya tak mahu letak sebarang sasaran. Bimbang bila dah sampai target, saya tak kahwin, ia akan menjadi tekanan kepada saya,” jelasnya.

Betul juga kata Marsha itu. Lebih baik ambil masa untuk mengenali hati budi pasangan daripada terburu-buru. Nanti tak pasal-pasal merana diri.

Menurut seorang forumer di sebuah forum hiburan, gadis di dalam gambar ini dikenali sebagai Fiza Falak yang merupakan adik kepada Sazzy Falak. Agak cun dan cantik juga orangnya kalau dibandingkan dengan Sazzy. Mungkinkah dia akan mengikut jejak langkah kakaknya untuk menjadi seorang artis atau pereka fesyen? Sama-sama kita nantikan.