Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara Zizan Razak berasa menyesal menerima tawaran mengendalikan program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) walaupun dikritik kerana dilihat gagal memberi kejutan kepada rancangan itu.
Namun, Zizan, 29, berkata, kehadirannya dalam AF 2013 itu berjaya meningkatkan rating program itu dari minggu ke minggu setiap kali disiarkan.
"Saya tidak pernah menyesal ambil tawaran ini kerana bagi saya ia sebagai satu cabaran utama saya untuk jadi lebih baik.
"Biarpun ramai yang mengkritik tentang pengacaraan saya namun setiap minggu rating program itu meningkat," ujarnya kepada mStar Online.
Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas cara dia mengendalikan AF 2013 yang dilihat hambar berbanding pengacara-pengacara lepas biarpun rancangan itu bakal memasuki peringkat akhir pada Ahad ini.
Tambahnya, sebagai orang baharu dalam bidang ini, dia perlu lebih banyak belajar terutamanya dalam mengendalikan program televisyen yang berskala besar dan popular.
"Saya tahu ramai yang cakap saya gugup dan masih bandingkan saya dengan pengacara lama, bagi saya ia adalah satu peringkat pelajaran.
"Tidak semua orang boleh terus jadi yang terbaik, saya terima kritikan tersebut dengan ikhlas dan perbaiki kelemahan diri," katanya.
Sementara itu, Zizan yang turut berlakon dalam telefilem Oh My Ganu iaitu kesinambungan drama bersiri bercorak pendidikan Oh My English mengakui ia pengalaman berbeza selain berharap mampu menarik peminat daripada golongan kanak-kanak.
"Selama ini saya hanya berlakon rama dan program untuk orang dewasa sahaja, ini adalah peluang saya untuk menarik peminat daripada golongan kanak-kanak pula.
"Lagi pun ini merupakan program drama pertama saya yang memerlukan saya untuk bertutur dalam bahasa Inggeris," katanya.
Oh My Ganu akan disiarkan pada 27 November ini, pukul 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 135 & 610).
[Wow] - Kisah Artis
KUALA LUMPUR: Perbalahan di antara pelakon Rabecca Nur Al-Islam dengan pengarah drama Erma Fatima masih belum selesai apabila pelakon itu menyifatkan Erma masih menyebarkan fitnah dengan menuduhnya artis yang tidak berdisiplin.
Rabecca atau nama sebenarnya Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 27, mendakwa, selepas dia menang saman terhadap pengarah itu pada 8 November lalu Erma didapati memfitnahnya menerusi laman Instagram dan Twitter.
"Kes sudah selesai. Tapi nampaknya ia seperti belum selesai apabila dia masih lagi memfitnah saya mengatakan saya tidak berdisiplin. .
"Keadaan itu boleh menjejaskan periuk nasi saya apabila pihak penerbit drama atau filem mungkin tidak akan menawarkan saya berlakon," katanya.
Rabecca ditemui pada sidang media khas di Harrods, pusat beli belah KLCC di sini pada Khamis.
Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila mahkamah majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak 40 peratus berserta lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.
Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman di mahkamah majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai 2013.
Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.
Sementara itu, Rabecca berkata, Erma boleh membuat rayuan di mahkamah jika enggan melunaskan baki bayaran seperti yang diarahkan tetapi bukan dengan cara memburuk-burukkan di laman sosial.
"Senang saja, jika tidak puas hati atau enggan membayar, buat saja rayuan di mahkamah.
"Tidak perlu memburukkan saya di laman sosial. Sekiranya dia masih lagi memfitnah, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan selanjutnya," tegas Rabecca.
Turut hadir pada sidang media tersebut, ialah peguam Rabecca iaitu Nordin Othman.
Tidak halalkan wang itu – Erma Fatima
Sementara itu Erma Fatima yang dihubungi berkata, dia akan menurut perintah mahkamah dan tidak berhasrat memanjangkan kes berkenaan sebagaimana yang dicadangkan oleh Rabecca.
Malah Erma juga bersedia untuk menjelaskan baki wang berkenaan sebanyak RM11,000 kepada wanita itu tetapi tidak menghalalkannya.
“Saya akan bayarkan wang itu kepada Rabecca tetapi saya tidak akan halalkannya. Kekalahan saya di mahkamah atas sebab-sebab teknikal. Saya pun tak mahu panjangkan kes ini lagi,” katanya.
[Wow] - Kisah Artis
Seorang gadis yang tidak dikenali telah masuk ke Akademi Filem Beijing. Gadis ini adalah berasal dari Luzhou dan dari seorang yang tidak dikenali menjadi seorang yang terkenal. Kecantikkannya telah menarik perhatian ramai lelaki di sana. Kini dia juga menjadi sensasi internet kerana dirinya begitu menawan.
Sakit Mata
Daripada aktivis alam sekitar, seorang lelaki menjadi terlalu obses hingga melanggar fitrah manusia.
Begitu pun, dia bukan orang pertama melakukan tindakan gila iaitu mengahwini sesuatu yang bukan manusia.
Jika sebelum ini ada yang berkahwin dengan objek seperti patung dan bantal, Richard Torres dari Buenos Aires, Argentina pula memilih untuk berkahwin dengan sebatang pokok.
Perkahwinan Torres dengan pokok yang menjadi pilihan hatinya itu dilakukan Ahad lalu, lapor KXAN.COM.
Mengenakan persalinan kot putih dan topi biru, lelaki yang bekerja sebagai pelakon selain aktivis itu turut menjemput tetamu di hari bahagianya bagi menjadi saksi dia mengungkap lafaz setia.
Selepas melafazkan janji, Torres diberikan sebentuk cincin seterusnya mengucup pokok tersebut beberapa kali sebagai simbolik sudah termeterai ikatan suami isteri.
Daripada segi lain, Torres menyatakan dia bertindak mengahwini pokok kerana mahu membawa satu cara baru untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu alam sekitar terutama di negara-negara Amerika Latin.
Pelbagai
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mungkin antara orang yang paling bengang dengan kekalahan pasukan tersebut kepada Manchester United Ahad lalu, namun seorang penyokong Arsenal di Uganda lebih merana lagi dengan keputusan perlawanan itu.
Begitu pun, silap terletak di bahu penyokong terbabit juga, Henry Dhabasani apabila dia memutuskan untuk mempertaruhkan rumahnya bagi keputusan perlawanan dengan kawannya yang merupakan penyokong Manchester United, Rashid Yiga.
Jika Dhabasani mempertaruhkan rumah, Yiga pula sanggup melepaskan kereta baru dan isterinya jika Arsenal menang.
Pertaruhan mereka ini bukan main-main apabila dibuat secara bertulis di depan pemimpin tempatan dan beberapa orang sebagai saksi.
Dilaporkan, Dhabasani yang mempunyai tiga isteri dan lima anak, pengsan di akhir siaran langsung perlawanan sebaik menyedari kekalahannya.
Akibat tindakan bodoh, dia dan keluarga diusir dari rumah oleh Yiga dan beberapa penyokong Manchester United, Isnin lalu.
Global
Bukan nak menyibuk tapi Murai Batu sampai terbeliak mata selepas dapat tahu salah seorang peserta Mister Planet Malaysia yang sedang rancak dijalankan sanggup jual badan dan rupa hanya semata-mata ingin merebut gelaran juara.
Malah, Murai Batu dapat tahu, peserta berkenaan disifatkan sanggup menggadai maruah seandainya itu adalah cara terbaik untuk dirinya menang dengan cara yang mudah.
Sunggupun Murai Batu tidak tahu sama ada perkara ini benar atau tidak, peserta tersebut yang di lihat antara yang paling mendapat sambutan dalam pertandingan ini telah kantoi bersikap sedemikian dalam salah satu ujian yang dijalankan.
Bagaimanpun, pihak pengajur difahamkan telah menasihati peserta berkenaan dan mata yang dipungutnya telah ditolak atas kesilapan tersebut.
Dalam pada itu, Murai Batu dengar cerita, beberapa peserta yang lain pula sudah sangat teruja untuk beraksi separuh bogel di depan lensa kerana tahu bentuk badanya merupakan daya penarik utama buatnya untuk menang.
Yang penting, Murai Batu rasa tidak seronok kerana perkara sebegini boleh berlaku?. Yelah, setahu Murai Batu pertandingan ini dibuat untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
Kalau baru peringkat begini sudah buat perangai teruk macam gini, macam mana pula nanti bila sudah dipilih untuk wakil negara? Mungkin sesuatu yang diluar jangkaan berlaku dan menjejaskan imej negara.
Nasihat Murai Batu, penganjur kenalah betul-betul memilihdan melatih pemenang yang akan diumumkan pada penghujung November ini. – Murai.com.my
[Wow] - Hiburan
TERNYATA aksi ‘nakal’ penyanyi Miley Cyrus sewaktu MTV Video Awards pada Ogos lalu mengubah persepsi pelantun Blurred Lines, Robin Thicke terhadap gadis itu.
Melalui laman web Perezhilton.com, jejaka itu tidak mahu lagi digandingkan bersama Miley untuk masa akan datang.
Biarpun nama gadis itu melonjak naik selepas persembahan pada malam itu, ia tidak mengagumkan Robin yang merasakan kontroversi itu sudah cukup baginya.
“Oh tidak, tidak, tidak. Tidak, tidak, semestinya tidak. Semestinya tidak,” tegasnya.
Melihat betapa banyaknya perkataan ‘tidak’ itu, kami memang percaya Robin sudah serik untuk berduet bersama Miley.
Hai, lelaki pun tahu erti malu. Mungkin Miley sudah putus urat malu agaknya.
[Wow] - Selebriti
India – Akibat terlalu obses dengan rancangan di televisyen, seorang remaja berusia 14 tahun telah menculik seorang kanak-kanak berusia setahun dan mencampaknya ke dalam sungai.
Tujuan remaja itu berbuat demikian adalah bagi melihat sama ada polis mampu menangkapnya.
Remaja itu yang obses dengan program Savdhaan India, iaitu yang rancangan yang menyiarkan cerita-cerita jenayah di India, telah menculik Sumit Singh ketika kanak-kanak itu bermain di luar rumahnya.
Kejadian tersebut disaksikan oleh jirannya yang melihat remaja itu membalut bayi tersebut dengan kain sebelum mencampaknya ke dalam sungai.
Malangnya mayat kanak-kanak lelaki itu tidak ditemui meskipun pihak berkuasa sudah empat hari melancarkan gerakan mencari dan menyelamat di sekitar sungai terbabit.
Dalam pada itu, bapa dan ibu mangsa, Santosh Singh, 34, serta isterinya Urvashi, 29, yang berasal dari Indore, Madhya Pradesh, kini berada dalam keadaan tertekan selepas kehilangan satu-satunya anak mereka itu.
Santosh ketika ditemui berkata,sehingga kini mayat Sumit gagal ditemui meskipun usaha mencari telah dilancarkan.
“Kami hanya boleh mengharap agar Sumit diselamatkan oleh individu lain,’’ katanya.
Ketika kejadian Sumit sedang bermain di luar rumahnya apabila dia diculik. Ketika itu ibunya hanya masuk sekejap ke dalam rumah dan selepas keluar, dia mendapati anaknya itu sudah hilang.
Sementara polis pula memberitahu, remaja itu pada awalnya menafikan dia mencampak kanak-kanak tersebut sebaliknya mendakwa dia hanya membuang sampah di dalam sungai.
Namun selepas beberapa hari, akhirnya remaja itu mengaku dan memaklumkan dia berbuat demikian kerana meniru rancangan di televisyen.
Jelas polis itu, remaja tersebut ingin menguji polis sama ada pihak berkuasa boleh menangkapnya kerana dalam rancangan itu, polis gagal mengesan pesalah.
Dia kini dihantar ke pusat tahanan juvana sementara menanti perbicaraan di mahkamah.
Remaja itu juga tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal sebaliknya bersikap agresif.
Keluarganya juga mengesahkan remaja itu sering menonton program berkenaan dengan kusyuk dan akan mengamuk jika ada orang lain menukar rancangan yang lain.
Global
Hungary – Seorang bayi yang dikandung oleh wanita yang mengalami `mati otak’ telah dilahirkan menerusi pembedahan selepas 27 minggu berada dalam kandungan ibunya.
Bayi itu lahir pada bulan Julai lalu ketika ibunya bergantung sepenuhnya kepada mesin sokongan hayat.
Wanita yang berusia 31 tahun itu mengalami serangan angin ahmar ketika dia sedang mengandung 15 minggu dan meskipun mengalami mati otak, namun janin di dalam kandungannya itu sihat. Doktor kemudiannya membiarkan wanita itu bergantung kepada mesin sokongan hayat sehinggalah bayi tersebut dilahirkan.
Dua hari selepas kelahiran anaknya itu, wanita itu meninggal dunia. Bayi itu kini semakin sihat dan ini adalah kes ketiga di dalam dunia yang mengalami keadaan yang sama.
Doktor membenarkan bayi tersebut dibawa pulang bulan lepas dan pasukan perubatan mengambil masa untuk membuat pengumuman mengenai kejayaan berkenaan kerana mahu memastikan bayi itu selamat.
Keluarga bayi tersebut bagaimanapun tidak mahu nama dan identiti wanita itu serta anaknya didedahkan bagi tujuan privasi. “Selepas dua hari wanita menjalani caesarean, tahap kesihatannya semakin menurun dan peredaran darah dalam badan juga terhenti.
“Kami cuba menyelamatkannya namun gagal dan mesin sokongan hayat telah dimatikan,’’ kata doktor yang merawatnya, Dr. Bela Fulesdi. Jelasnya, ketika bayi itu dilahirkan beratnya hanya 0.5 kilogram namun sebaik dikeluarkan, bayi itu menangis dan mula bergerak-gerak.
“Ia merupakan satu keajaiban dan kami yang terlibat dalam pembedahan tersebut tidak akan melupakan detik-detik tersebut,’’ katanya. Sepanjang tempoh mengandung, bapa bayi itu dan neneknya akan menggosok perut wanita itu.
Selain itu mereka juga akan bercakap dengan janin di dalam kandungannya. Muzik terapi juga dimainkan bagi membantu perkembangan janin.
Manakala kedudukan wanita tersebut pula sentiasa dialihkan kerana doktor bimbang dia akan mengalami jangkitan di bahagian belakang. Selepas kematiannya, organ seperti buah pinggang, pancreas dan hati milik wanita itu telah didermakan kepada empat pesakit lain.
Global
Sydney – Seorang wanita langsing semula jadi dan kini hamil anak pertama menjadi sasaran kritikan kerana mempromosikan diet keterlaluan yang menyaksikan dia memakan pisang secara melampau.
Loni Jane Anthony, 25, dari Australia mendedahkan dalam blognya, dia memakan sehingga 20 biji pisang sehari, sama ada secara mentah dan dibuat minuman smoothie sebagai sarapan, makan tengah hari dan kadangkala mencampurkannya dengan salad ketika makan malam.
Selepas mendedahkan mengenai rancangan pemakanannya yang berasaskan buah-buahan kepada news.com.au, orang ramai menyifatkan wanita itu tidak bertanggungjawab dan suka memuji diri sendiri terutama melalui laman Instagram.
Loni menyatakan dia berbangga kerana mempunyai hampir 100,000 pengikut sambil memuat naik puluhan imej menunjukkan tubuhnya yang ramping.
Seorang pengguna menulis, tubuh manusia tidak mampu bertahan hanya dengan memakan buah-buahan kerana ia tidak seimbang dengan keperluan harian.
“Saya menghormati sesiapa saja yang membuat perubahan positif dalam gaya hidup mereka tetapi diet sementara seperti ini hanya akan berhasil selepas tempoh yang lama,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna mempertikai mengenai kehamilannya.
“Saya lebih bimbang kerana dia tidak memakan makanan yang betul seperti protein yang diperlukan bayi untuk tumbesaran yang sihat,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, Loni yang hamil 26 minggu berkata, dia tidak pernah mengalami masalah pemakanan seperti anorexia atau bulimia.
Loni Jane berkata, dia mula mempunyai tabiat memakan buah-buahan selepas letih dengan gaya hidup suka berparti yang menyaksikan dia hanya mengambil makanan ringan dan minuman keras. – Agensi
Global
Nampaknya selepas berterus terang tentang ikatan perkahwinan mereka, Aeril Zafril dan Wawa Zainal kian bahagia melayari rumah tangga bersama cahaya mata mereka, Ahmad Fakharuddin Attar.
Hal ini dapat dilihat daripada gambar-gambar yang dipos oleh Aeril dan Wawa di laman Instagram masing-masing.
Ada gambar yang menunjukkan Aeril seronok melayan keletah anak kecil mereka hingga masuk ke dalam kot bayi untuk menidurkannya manakala dalam satu pos Aeril menulis pada Wawa, ‘nampak kebahagiaan awak pada mata saya’.
Sweet kan?
Bagi yang belum tahu, pasangan sama cantik sama padan ini bernikah pada Februari 2012 di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya namun merahsiakannya sebelum berterus terang dalam satu sidang media, 12 Oktober lalu.
Hiburan
Kuala Lumpur – Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus.
Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidak berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga.
“Pasangan berkenaan dikatakan sering bergaduh menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungan sulit,” katanya.
Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan.
Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta.
“Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika masih berada dalam kereta.
“Bekas suaminya cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dulu menyalakan pemetik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya,” katanya.
Menurut sumber, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital.
Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pantas memeluk badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api.
“Akibatnya, bekas suami wanita itu juga melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital,” katanya.
Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
* GAMBAR HIASAN
Wanita Tak Puas Dicerai Dengan Talak Tiga, BAKAR DIRI Depan Bekas Suami Di Puchong!http://mynewshub.my/2013/11/13/wanita-tak-puas-dicerai-dengan-talak-tiga-bakar-diri-depan-bekas-suami/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/bakar-diri1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/bakar-diri1-150x150.jpgMyNewsHubJenayahUtamabunuh diri[Wow] - Berita Tempatan
Subscribe to:
Posts (Atom)






Recent Comments