Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Sydney – Seorang wanita langsing semula jadi dan kini hamil anak pertama menjadi sasaran kritikan kerana mempromosikan diet keterlaluan yang menyaksikan dia memakan pisang secara melampau.
Loni Jane Anthony, 25, dari Australia mendedahkan dalam blognya, dia memakan sehingga 20 biji pisang sehari, sama ada secara mentah dan dibuat minuman smoothie sebagai sarapan, makan tengah hari dan kadangkala mencampurkannya dengan salad ketika makan malam.
Selepas mendedahkan mengenai rancangan pemakanannya yang berasaskan buah-buahan kepada news.com.au, orang ramai menyifatkan wanita itu tidak bertanggungjawab dan suka memuji diri sendiri terutama melalui laman Instagram.
Loni menyatakan dia berbangga kerana mempunyai hampir 100,000 pengikut sambil memuat naik puluhan imej menunjukkan tubuhnya yang ramping.
Seorang pengguna menulis, tubuh manusia tidak mampu bertahan hanya dengan memakan buah-buahan kerana ia tidak seimbang dengan keperluan harian.
“Saya menghormati sesiapa saja yang membuat perubahan positif dalam gaya hidup mereka tetapi diet sementara seperti ini hanya akan berhasil selepas tempoh yang lama,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna mempertikai mengenai kehamilannya.
“Saya lebih bimbang kerana dia tidak memakan makanan yang betul seperti protein yang diperlukan bayi untuk tumbesaran yang sihat,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, Loni yang hamil 26 minggu berkata, dia tidak pernah mengalami masalah pemakanan seperti anorexia atau bulimia.
Loni Jane berkata, dia mula mempunyai tabiat memakan buah-buahan selepas letih dengan gaya hidup suka berparti yang menyaksikan dia hanya mengambil makanan ringan dan minuman keras. – Agensi
Global
Nampaknya selepas berterus terang tentang ikatan perkahwinan mereka, Aeril Zafril dan Wawa Zainal kian bahagia melayari rumah tangga bersama cahaya mata mereka, Ahmad Fakharuddin Attar.
Hal ini dapat dilihat daripada gambar-gambar yang dipos oleh Aeril dan Wawa di laman Instagram masing-masing.
Ada gambar yang menunjukkan Aeril seronok melayan keletah anak kecil mereka hingga masuk ke dalam kot bayi untuk menidurkannya manakala dalam satu pos Aeril menulis pada Wawa, ‘nampak kebahagiaan awak pada mata saya’.
Sweet kan?
Bagi yang belum tahu, pasangan sama cantik sama padan ini bernikah pada Februari 2012 di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya namun merahsiakannya sebelum berterus terang dalam satu sidang media, 12 Oktober lalu.
Hiburan
Kuala Lumpur – Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus.
Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidak berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga.
“Pasangan berkenaan dikatakan sering bergaduh menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungan sulit,” katanya.
Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan.
Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta.
“Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika masih berada dalam kereta.
“Bekas suaminya cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dulu menyalakan pemetik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya,” katanya.
Menurut sumber, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital.
Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pantas memeluk badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api.
“Akibatnya, bekas suami wanita itu juga melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital,” katanya.
Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
* GAMBAR HIASAN
Wanita Tak Puas Dicerai Dengan Talak Tiga, BAKAR DIRI Depan Bekas Suami Di Puchong!http://mynewshub.my/2013/11/13/wanita-tak-puas-dicerai-dengan-talak-tiga-bakar-diri-depan-bekas-suami/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/bakar-diri1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/bakar-diri1-150x150.jpgMyNewsHubJenayahUtamabunuh diri[Wow] - Berita Tempatan
RUPA-RUPANYA hari ini harga minyak petrol RON97 telah pun diturunkan 10 sen kepada RM2.75 berkuatkuasa tengah malam tadi tetapi ia dilakukan secara senyap-senyap.
Harga sebelum ini ialah RM2.85.
Malaysian Digest mengesahkan penurunan harga itu selepas menghantar wartawan mereka ke lokasi ke beberapa stesen minyak di ibu negara Kuala Lumpur.
Faktor mengapa, penurunan harga itu dilakukan secara diam-diam ialah bagi mengelakkan para pemandu menangguhkan pengisian minyak mereka.
Jika mereka mengetahui berkenaan penurunan harga itu awal, mereka akan menangguhkan untuk mengisi petrol dan stesen minyak akan menanggung kerugian.
Minyak RON97 turun selepas kira-kira dua bulan harga petrol jenis itu dinaikkan di mana kenaikan sebanyak 15 sen dari RM2.70 sen sebelum ini.
Bagaimanapun, RON95 kekal pada RM2.10 seliter manakala diesel pada RM2 seliter.
Tidak seperti RON95, harga RON97 ditentukan oleh peredaran pasaran dan kerajaan tidak perlu mengumumkan penurunan atau kenaikan bahan api jenis itu.
Isu Panas
Admin ingin memperkenalkan kepada korang beberapa keping gambar comel bekas kekasih Zizan Razak iaitu Leez Rosli yang juga merupakan bekas peserta AF4.
Sejak menyepi dari industri hiburan setelah putus hubungan cinta denga Zizan Razak, penyanyi lagu Itu Realiti ini kini muncul kembali dengan imej yang lebih cun, cantik dan comel. Admin yakin, ramai jejaka-jejaka di luar sana yang terpikat dengan kecantikan Leez.

Hiburan
NEW YORK - Sebuah lukisan yang dihasilkan pada tahun 1969 oleh
pelukis Britain, Francis Bacon mencatat rekod dunia sebagai karya seni
termahal pernah dijual dalam satu lelongan yang di- adakan di sini
kelmarin.
Lukisan berjudul Three Studies of Lucian Freud itu dibeli pada harga AS$142.4 juta (RM457.3 juta) dalam lelongan seni anjuran firma lelongan Christie's.
Karya seni itu menampilkan rakan Bacon yang juga seorang pelukis.
Lukisan itu dilelong selepas berlaku tawar-menawar selama enam minit
di bilik lelongan dan melalui telefon di Galeri Acquavella di Manhattan.
Sebelum ini, lukisan berjudul The Scream yang dihasilkan
Edvard Munch merupakan yang paling mahal apabila ia mencatat rekod dunia
pada tahun 2012 apabila dibeli pada harga AS$120 juta (RM385.4 juta).
Firma lelongan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan nama pembeli lukisan itu. - AP
Global

BARU-BARU ini, penyanyi bersuara saprano, Ning Baizura dikatakan mahu
membukukan kisah mengenai fantasi seksnya yang pernah hangat menjadi
bahan bualan suatu ketika dahulu.
Ada juga cakap-cakap nakal yang mengatakan penyanyi yang lebih mesra
dengan panggilan Ning itu tidak pernah penat untuk mencipta publisiti
bagi meraih perhatian orang ramai.
Namun, ketika ditemui pada sesi latihan Konsert Pelangi Untukmu di
International College Of Music, Jalan Pahang, Kuala Lumpur baru-baru
ini, Ning dengan tenang membidas dakwaan tersebut dan memberitahu kisah
sebenar
di sebalik isu berkenaan.
Kosmo!: Khabarnya, Ning berniat untuk membukukan kisah fantasi seks
yang pernah membadai kehidupan peribadi Ning suatu ketika dahulu. Adakah
dakwaan tersebut benar?
NING BAIZURA: Saya agak terkejut dan terkilan dengan dakwaan tersebut
kerana saya hanya merancang untuk menulis sebuah buku autobiografi
mengenai kisah hidup saya sepanjang bergelar anak seni, tidak tertumpu
pada perkara itu sahaja.
Jadi, apa pandangan Ning mengenai isu ini dan kesannya terhadap karier Ning?
Mungkin isu ini timbul akibat berlakunya salah faham. Tetapi ingin
saya tekankan, perkongsian kisah hidup saya dengan peminat bersifat
universal. Ia juga berkait rapat dengan jatuh bangun diri saya ketika
bergelar anak seni.
Sebagai seorang artis yang sudah 20 tahun berada dalam industri
hiburan, apakah sumber kekuatan utama Ning untuk terus melawan isu-isu
yang berunsur negatif seperti ini?
Tidak saya nafikan, banyak yang perlu ditelan sepanjang 20 tahun
bergelar anak seni. Sepanjang tempoh itu juga, saya semakin matang dan
faham tentang selok- belok industri hiburan terutamanya yang melibatkan
isu-isu berkaitan peribadi.
Apakah harapan Ning setelah isu mengenai buku ini selesai?
Saya berharap agar orang ramai khususnya peminat saya menjadi lebih matang dalam menilai sesuatu cerita yang disampaikan.
Apakah perkembangan terbaharu Ning?
Saya sedang menjalani latihan untuk konsert solo terbaharu yang akan berlangsung pada 16 November ini. Jadi, segala persiapan perlu dilakukan agar persembahan dapat berjalan dengan sempurna.
Boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai konsert tersebut?
Konsert solo saya itu diberi nama Pelangi Untukmu dan ia akan berlangsung pada 16 November ini di TM Convention Centre, Kuala Lumpur. Saya akan membawakan sebanyak 20 buah lagu lama yang diberi nafas baharu seperti Pasti, Curiga dan Awan Yang Terpilu. Saya juga akan memperdengarkan lagu-lagu baharu iaitu Embunan Bersinar, Bukan Wanita Sempurna dan Pelangi Untukmu.
Bagaimana dengan harga jualan tiket dan cara peminat boleh mendapatkannya?
Mereka boleh membeli tiket-tiket berharga RM50 dan RM 70 di www.ticketcharge.com.my. Bagi tiket berharga RM150, e-melkan butiran ke nmz.ning@gmail.com.
Kali terakhir Ning mengeluarkan album kira-kira tiga tahun yang lalu. Ada perancangan untuk album baharu?
Saya telah pun merakam tiga buah lagu baharu untuk album kompilasi bertajuk Kekal - Ning Baizura. Album ini sungguh istimewa kerana ia turut mengandungi tujuh lagu-lagu hits saya yang telah diberi nafas baharu. Peminat yang membeli tiket konsert berharga RM150 bakal menerima album ini secara percuma pada malam konsert sebelum ia dilancarkan Disember depan.
Ning kini sudah bergelar ibu. Bagaimana membahagikan masa dengan anak?
Alhamdulillah, buat masa ini saya seronok menjaga Rayyan (anak lelaki Ning). Bagi saya, setelah bergelar ibu, keluarga adalah keutamaan. Setelah itu barulah kerjaya.
Kosmo ONLINE

[Wow] - Kisah Artis
PELAKON filem Pe3, Kamal Adli atau nama sebenarnya
Ahmad Kamal Ahmad Adli, 27, mengaku tercabar apabila rakan baiknya
aktor, Fizo Omar sudah pun menamatkan zaman bujang, Ahad lalu.
Walaupun dia terlebih dahulu menyulam cinta bersama pelakon, Intan Ladyana, namun Fizo nampaknya lebih pantas apabila membuat keputusan berkahwin dalam tempoh perkenalan singkat dengan isterinya, Mawar Abdul Karim yang merupakan anak kepada pengasas tudung berjenama Fareeda.
Berpeluang bertemu Kamal pada hari perkahwinan Fizo, hero filem Kembar Siang ini memberitahu, dia berhasrat mengikut langkah rakan baiknya itu dalam tempoh dua tahun lagi.
“Perkahwinan Fizo seperti ‘panggilan’ untuk saya. Saya sebenarnya tercabar tengok dia kahwin dulu.
“InsyaALLAH, kalau ada rezeki, saya juga akan berkahwin. Saya memang tak nak tunggu lama. Tapi bukanlah dalam masa terdekat ini,” katanya.
Tambah Kamal, sebagai persediaan dia kini bekerja keras demi masa depan yang selesa kepada bakal isterinya kelak.
“Masa dua tahun itu digunakan untuk saya mempersiapkan diri dan melengkapkan apa yang sepatutnya sebelum menjadi seorang suami. Tapi, kalau katakan dalam masa dua tahun ini saya masih tidak berkahwin lagi, saya boleh anggap diri saya ‘loser’ lah.
“Banyak yang saya perlu bersedia. Intan pun tak mendesak dan dia sangat memahami," ujarnya.
Kecil hati dengan Fizo?
Meskipun gembira dengan perkahwinan rakan baiknya itu, Kamal bagaimanapun mengakui dia sebenarnya turut berkecil hati terhadap Fizo.
Jelas Kamal, manakan tidak, kerana dia dan Fizo sudah berkawan rapat sejak awal penglibatan dalam bidang seni sehinggalah mereka kini sama-sama terkenal tetapi dia tidak mengenali wanita yang berjaya mencuri hati Fizo itu.
“Saya tak pernah kenal Mawar dan saya sangat terkejut bila dapat tahu dia nak kahwin. Masa dia buat kejutan melamar Mawar pun dia tak beritahu saya. Masa mereka nikahlah saya baru jumpa Mawar.
“Sebagai kawan baik, saya pernah berborak mengenai hal kahwin. Tak sangka jodoh dia (Fizo) datang dulu. Apa pun, saya sangat gembira dan mendoakan rumah tangganya kekal bahagia. Saya harap Mawar boleh jaga Fizo dengan baik,” kata Kamal yang turut menyertai rombongan bagi pihak pengantin lelaki dengan membawa dulang hantaran bersama enam rakan artis, Iqram Dinzly, Johan As’ari, Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Karl Shafek, Nazim Othman dan Rosyam Nor.
Dalam perkembangan lain, Kamal kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri untuk slot Aksi di TV3 berjudul Jiwa. Drama arahan Khabir Bhatia itu turut menampilkan Faizal Hussien, Remy Ishak dan Siti Elizad.
Selain itu, Kamal juga berlakon dalam drama bersiri Terukir Di Bintang selain terlibat dalam program realiti terbaru TV3, Liga Lawak Superstar.

[Wow] - Gosip Hiburan
GOPENG – “Saya bunuh diri secara seksa,” itulah nota yang ditulis dalam
bahasa Mandarin yang dijumpai di samping mayat seorang lelaki yang
ditemui dengan kesan bakar di seluruh badannya di sebuah pondok di taman
permainan Taman Sayang di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari, lelaki berusia lingkungan 55 tahun itu ditemui orang awam berdasarkan bau petrol di kawasan terbabit.
Ketua Polis Daerah Kampar, Asisten Superintendan Ng Kong Soon berkata, hasil pemeriksaan menemui lelaki terbabit terbaring mengiring dalam keadaan berbogel dengan kesan 55 peratus melecur di seluruh badan.
“Malah siasatan forensik mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala, dipercayai mangsa menghentak kepalanya dengan batu sebelum melumur badannya dengan petrol dan bakar.
“Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui sebotol minyak berisi petrol, batu berlumuran darah dan nota membunuh diri,” katanya.
Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak mempunyai unsur jenayah.
“Kita sedang mengenal pasti mangsa berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada badan mangsa. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat,” katanya.
Kong Soon meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga lelaki lingkungan 50-an dengan ketinggian kira-kra 160 sentimeter tampil mengecam mayat terbabit. Sinar harian

[Wow] - Berita Tempatan
KUALA LUMPUR - Kekecohan mengenai penemuan lima objek yang disyaki bom
di loteng sebuah rumah banglo lama di Jalan Air Molek 2, Titiwangsa di
sini, berakhir apabila polis mengesahkan ia hanyalah barang perhiasan.
Terkejut dengan penemuan objek itu ketika mengemas loteng rumahnya yang sedang diubah suai pada kira-kira 10 pagi tadi, pemilik rumah itu seorang wanita berumur 54 tahun kemudian menghubungi polis kira-kira 1 tengah hari.
Sepasukan skuad pengesan bom dihantar ke rumah itu sejurus menerima laporan penemuan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil siasatan polis mendapati empat daripada objek itu disahkan unit pemusnah bom sebagai pemberat alat perhiasan yang digantung di siling rumah.
"Satu lagi objek ialah mortar tetapi tidak aktif kerana tiada bahan letupan dan besi pengetuk di bahagian hujungnya juga sudah tiada.
"Tiada sebarang nombor siri ataupun label pada mortar itu dan ia dipercayai digunakan untuk menentukan jarak tembakan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil siasatan mendapati objek berkenaan tidak berbahaya.
Ia dipercayai milik arwah bapa pemilik rumah itu, yang merupakan pesara tentera, katanya. - Bernama

Berikut adalah koleksi yang menakjubkan dari Marilyn Monroe dalam aksi
bogel untuk majalah Playboy yang diterbitkan semula bagi memperingati
kematian tragis bintang jelita tersebut.
Lima puluh tahun setelah kematiannya, dunia masih terpesona dengan Monroe.
Pakej khas ini yang menampilkan foto-foto Marilyn Monroe ini telah
dipilih dari ribuan foto-foto yang telah diambil pada zaman
kegemilangannya.
Ini termasuklah foto terakhir beliau sebelum beliau membunuh diri pada keesokan harinya.
![]() |
| Aksi bogel terakhir Marilyn Monroe sebelum ditemui mati pada keesokan harinya |

[Wow] - Sakit Mata
SEJAK akhir-akhir ini, aktres Dewi Perssik sering memuat naik
foto dia bersama seorang lelaki beraksi mesra dalam laman Instagram
miliknya tanpa menunjukkan wajah mereka.
Menurut laporan Kapanlagi, Dewi atau dipanggil Depe pernah
memuat naik sekeping foto tubuh wanita yang dipeluk seorang lelaki.
Walaupun tidak menunjukkan wajahnya tetapi orang ramai tahu ia adalah
Depe.
Ramai yang tertanya-tanya adakah orang yang memeluknya itu adalah kekasihnya?
Bagaimanapun Depe telah membalas persoalan peminat di Instagram
mengatakan 'kalaulah lelaki itu adalah orang yang mencintainya' dalam
bahasa Jawa.
Tidak hanya sekali, Depe memuat naik lagi foto dia bersama seorang
lelaki misteri. Dan foto tersebut menunjukkan tangan mereka saling
berpegangan.
[Wow] - Gosip Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments