Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

HOUSTON - Tembakan kemeriahan yang dilepaskan pada parti hari jadi
seorang gadis berusia 18 tahun mencetuskan lebih banyak bedilan senjata
api yang menyebabkan dua orang maut, dua lagi kritikal manakala 24 yang
lain cedera.
Insiden itu turut mencetuskan kekalutan apabila orang ramai terjun
dari beberapa buah tingkap di tingkat dua sebuah kediaman untuk
menyelamatkan diri, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).
Syerif Daerah Harris, Adrian Garcia berkata, acara malam Sabtu lalu
itu dihadiri lebih 100 orang dengan kebanyakan mereka berumur antara 17
hingga 19 tahun.
"Majlis tersebut bertukar menjadi parti liar," kata Garcia.
Menurutnya, ketika tetamu leka menari, seorang lelaki bersenjatakan
sepucuk pistol melepaskan tembakan untuk meraikan majlis tersebut.
"Kekeliruan yang timbul menyebabkan seorang lagi yang bersenjata api mula menembak ke arah orang ramai," ujar Garcia.
Seorang pengunjung parti berkenaan, Shaniqua Brown memberitahu agensi berita Associated Press bahawa parti tersebut tidak 'hingar bingar' seperti yang didakwa.
Katanya, dia mula mendengar bunyi tembakan di dalam rumah tersebut
dan merebak ke halaman ketika orang ramai bertempiaran lari untuk
menyelamatkan diri.
Pihak berkuasa memberitahu kelmarin bahawa 20 orang cedera dengan 16
mangsa mengalami luka akibat ditembak manakala empat lagi cedera ketika
melarikan diri.
"Dua orang yang terbunuh ialah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dan gadis berumur 16 tahun," jelas Garcia.
Susulan insiden tembakan tersebut, katanya, pihak berkuasa kini
memburu dua lelaki bersenjata dengan masing-masing berumur 17 dan 22
tahun.
"Insiden ini tercetus kerana kurang kematangan, akses mudah kepada
senjata api dan kegagalan untuk mengawal diri," tambah syerif berkenaan.
Seorang gadis, Mariah Boulden yang mengaku parti itu diadakan sempena
hari lahirnya memberitahu, dua pengawal telah diupah untuk memeriksa
badan tetamu bagi memastikan tiada senjata api dibawa masuk ke rumahnya.
Namun katanya, dua lelaki yang enggan membenarkan tubuh mereka
diperiksa meninggalkan kediaman itu sebelum menyusup masuk melalui pintu
pagar belakang.
"Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka tidak sepatutnya berada di sini," ujar Boulden. - AP
Global

Sejak dari berpuluh tahun dahulu, nelayan-nelayan di Vietnam telah
mengamalkan upacara mengebumikan ikan paus yang dijumpai mati sama ada
di lautan atau pun di daratan.
Kemudiannya, mereka akan bekerjasama untuk mengebumikan bangkai ikan paus yang besar itu untuk ditanam di daratan.
Menurut orang di sana, ikan paus bukanlah binatang yang diburu untuk dimakan dagingnya di negara bekas jajahan komunis itu.
Sebaliknya mereka sangat menjaga dan menghormati bangkai ikan paus yang sudah mati.
Sebagai contoh, pada 2010, bangkai seekor ikan paus telah dikesan di
kawasan pesisiran pantai dan sebanyak 10 bot nelayan telah bekerjasama
untuk memindahkan mamalia tersebut untuk ditanam di daratan.
Walaupun kedengaran pelik bangkai ikan paus ditanam di daratan, namun
perkara itu telah menarik minat pengunjung dan pelancong untuk melawat
kawasan tersebut.
Di bawah ini merupakan video dan gambar-gambar proses menanam bangkai
ikan paus yang terpaksa menggunakan trailer untuk mengangkutnya.
Pelbagai
Teknologi yang begitu pesat dan canggih
dalam telefon bimbit kadang-kala agak memeningkan untuk diikuti
perkembangannya.Dengan pengenalan kamera 41 megapiksel Nokia Lumia 1020
kepada pengesan cap jari iPhone 5S,ternayata telefon bimbit bukan lagi
hanya befungsi sebagai alat telekomunikasi,malah amat berguna dalam
aspek kehidupan harian secara amnya.
Namun masih ingatkah kita lagi zaman
apabila telefon bimbit merupakan satu bentuk ‘luxury’ dan bukan
keperluan?Mari menjengah ke masa ‘lampau’ dalam satu senarai yang pasti
mengimbau nostalgia.
1. Motorola DynaTAC 8000X
Model paling vintaj dalam senarai ini,
kerana DynaTAC merupakan telefon bimbit pertama yang dipasarkan secara
komersial.Maka tidak hairanlah mengapa telefon ini dianggap sebagai
pencetus kegilaan terhadap telefon mudah alih.
Saiz dan beratnya tidak mengizinkan
telefon ini untuk disimpan di dalam kocek.Pengguna berupaya untuk
bercakap selama hanya 30 minit,walaupun masa mengecasnya adalah 10 jam!
Kos telefon bimbit ini pada waktu itu? $3,995.
2. Motorola StarTAC
Motorola StarTAC ini boleh dikatakan
lebih maju daripada masanya kerana merupakan model pertama yang
mempunyai rekabentuk ‘clamshell’. StarTAC mendapat sambutan hangat
daripada pengguna dengan 60 juta unit terjual.Telefon ini juga
membolehkan khidmat pesanan ringkas (SMS) serta bergetar apabila
menerima notifikasi.
3. Nokia 3310
Terjual lebih 126 juta unit seluruh
dunia,3310 merupakan telefon mudah alih paling ikonik generasi ini:
paparan monokrom, akses internet WAP dan salah satu permainan paling
mendatangkan ketagihan,Snake II.
. Motorola Razr
Satu lagi model ikonik yang mempunyai
salah satu daripada reka bentuk terbaik pada masanya.Dengan katupan
logam yang menawan serta papan kekunci berluminasi anggun,MOTORazr
merupakan simbol status kepada penggunanya.
Dipasarkan pada tahun 2004,model ini
begitu tipis dan ringan.Walaupun harganya agak mahal pada masa itu,Razr
tahan lasak dan mempunyai tempoh waranti yang panjang,menaikkan lagi
popularitinya dalam kalangan peminat.
5. Nokia N95
Dipasarkan pada tahun 2007,N95 merupakan
telefon pintar pertama di dunia. Dengan papan kekunci dwifungsi,N95
juga mempunyai Wi-Fi, akselerometer,kamera berlensa Carl Zeiss dan
penyimpanan data sebanyak 8GB;manjadikan teknologi yang dimuatkan
didalam telefon ini merentasi zamannya.
6. Apple iPhone
Sejarah baru dalam dunia teknologi telah
terlakar di saat Steve Jobs mengumumkan kemunculan iPhone kepada
dunia.Tanpa teknologi skrin sentuh yang dipelopori iPhone,mungkin kita
masih menggunakan stylus.Leceh.
Dengan paparan 3.5 inci,akses penuh
enjin pencarian Safari dan iTunes,iPhone mempunyai fungsi yang luas
setanding dengan harganya yang agak mahal dan keluaran yang terhad
ketika itu.
[Wow] - Informasi
KUALA LUMPUR: Penyanyi rap dan komposer Joe Flizzow kesal dan
berharap garis panduan yang ditetapkan dalam pencalonan bagi kategori
hip-hop pada Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) dapat dikaji semula
oleh pihak penganjur.
Joe atau nama sebenar Johan Ishak, 35, berkata, garis panduan yang
tidak jelas dan mengelirukan banyak pihak membuatkan kebanyakan artis
dalam genre tersebut enggan mencalonkan diri di AIM.
"Saya sudah empat tahun tidak hantar penyertaan di AIM kerana garis
panduan mereka keliru dan tidak jelas, malah ada beberapa perkara yang
saya tidak setuju yang mana ia menyekat karya seni kami dalam genre ini.
"Mereka seharusnya melonggarkan beberapa perkara atau berbincang
dengan beberapa pihak yang arif tentang genre ini untuk kaji semula
garis panduan itu. Jika tidak baik tidak perlu adakan anugerah untuk
kategori tersebut," katanya ketika ditemui mStar Online.
Tambahnya, ramai penyanyi hip-hop yang berjaya mengembangkan bakat
mereka ke peringkat antarabangsa namun tidak dapat diiktiraf melalui
anugerah yang dianjurkan di negara ini.
"Pihak AIM kata kurang pencalonan daripada penyanyi hip-hop namun
masalah sebenarnya ialah garis panduan tersebut merumitkan kami untuk
mencalonkan karya-karya kami.
"Contohnya salah satu garis panduan ialah perlu 60 peratus karya
dalam bahasa Melayu tapi bagaimana penyanyi hip-hop dalam bahasa Cina,
India atau bahasa lain yang mana ada beberapa orang daripada mereka
sudah terkenal dan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
"Jika begitu lebih baik mereka buat kategori tersebut sebagai lagu hip-hop terbaik Bahasa untuk bahasa Melayu sahaja," katanya.
Sementara itu, ditanya tentang lagu terbaharu berjudul Havoc
yang mengandungi hampir 60 peratus bahasa pasar tidak dimainkan di
mana-mana stesen radio milik RTM Joe berkata, ia bukan suatu perkara
baharu.
"Sejak saya bersama Too Phat lagi, lagu-lagu kami banyak di 'band'
oleh pihak RTM kerana mereka kata tidak menepati syarat dan tidak
memuaskan terutamanya penggunaan bahasa.
"Namun saya tidak kisah kerana bagi saya hip-hop adalah seni dan
dalam seni mereka tidak boleh menyuruh saya melukis itu dan ini kerana
ia adalah apa yang saya ingin lakukan mengikut cara saya.
Jika mereka (RTM) tidak siarkan banyak lagi radio lain yang siarkannya," katanya.
Tambahnya, biarpun terlalu banyak sekatan dan peraturan yang
ditetapkan, perjuangannya terhadap genre tersebut akan tetap diteruskan
agar ia diterima masyarakat.
[Wow] - Kisah Artis
HULU KLANG: Pelakon Sofi Jikan tetap mengotakan janjinya untuk
meninggalkan bidang lakonan selepas patah hati dengan situasi industri
perfileman di negara ini.
Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 43, berkata, dia
kecewa apabila pelakon sepertinya masih lagi dipandang rendah dengan
diberi watak stereotaip selain bayaran yang tidak setimpal dengan
usahanya.
"Saya sudah terlibat dalam bidang seni sejak tahun 1995 dan pernah
melakukan pelbagai kerja belakang tadbir sebelum bergelar pelakon tetapi
keadaan masih tidak pernah berubah.
"Jujurnya memang saya patah hati dengan keadaan industri perfileman
hari ini dan saya nekad untuk meninggalkan dunia lakonan," katanya
kepada mStar Online.
Sofi ditemui ketika majlis perasmian filem Hantu Tok Mudim di Pertubuhan Rumah Pendidikan Anak Yatim Selangor di sini pada Isnin.
Filem arahan Wan Hafiz itu menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, AR Badul, Harun Salim Bachik dan Adrea Abdullah.
Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 15 November ini.
Dalam perkembangan sama, Sofi berkata, bukan mudah untuk dia membuat
keputusan tersebut namun dia tidak dapat bersabar lagi dengan keadaan
industri perfileman yang semakin hancur.
Pun begitu kata Sofi, dia hanya akan sudi berlakon kembali sekiranya
jalan cerita dan watak ditawarkan mencabar kredibilitinya sebagai
pelakon.
"Sampai bila saya hendak berlakon sebagai gengster? Adakah setakat itu sahaja bakat lakonan saya?," soalnya.
Jelas Sofi lagi, dia juga telah menubuhkan syarikat produksi sendiri
iaitu 1Man Film Sdn Bhd dan berhasrat untuk menerbitkan karyanya sendiri
selain mahu bergelar pengarah.
Mengulas mengenai lakonannya dalam filem Hantu Tok Mudim, Sofi
berkata dia tertarik untuk berlakon dalam karya itu kerana peranannya
sebagai Lebai Kulup sarat dengan elemen komedi dan romantik.
Jelas Sofi, walaupun ia watak antagonis namun korektornya berkembang
sehingga dia berjaya mencari sisi lain dalam dirinya sebagai pelakon.
"Jarang saya dapat peranan komedi sebegini dan peluang diberikan saya
ambil kerana ia adalah sebuah filem komedi dan pada masa sama saya
perlu menterjemahkan sifat romantik pada karakter Lebai Kulup," katanya.
Dalam pada itu, Sofi berkata, walaupun tidak lagi berlakon namun
selepas ini dia ingin bergiat aktif dalam bidang muzik sebagai penyanyi.
Malah katanya, dia telah pun merakamkan sebuah single bersama kumpulan Aisunam berjudul Madu dan yakin dapat diterima sebagai penyanyi.
"Selepas ini saya ingin buat kemunculan semula sebagai penyanyi
kerana sebelum ini saya memang berhasrat untuk menjadi penyanyi,"
katanya.
[Wow] - Kisah Artis

Halloween disambut setiap 31 Oktober. Jika anda mempunyai pasangan mungkin kostum di bawah boleh memberikan anda inspirasi untuk berpakaian sedondon.



Laporan asal Izismile
[Wow] - Lawak Bah

Katie Pipie (30) bekerja sebagai seorang gadis gelanggang sukan MMAsebelum beliau menjadi mangsa serangan asid. Pada tahun 2008 beliau berkenalan dengan seorang lelaki bernama Daniel Lych. Dua minggu selepas berkenalan Katie dirogol dan ditikam pada bahagian lengah oleh Daniel. Walaupun diserang Katie enggan melaporkan kejadian ini kepada polis kerana takut dengan Daniel.
Dua hari selepas itu Daniel menyuruh rakan beliau Stefen Sylvestre untuk menyimbah asik sulfurik ke muka Katie. Serangan ini berjaya ditangkap 3 kamera CCTV dan Daniel serta Stefan segera ditangkap polis. Katie terpaksa menjalani pembedahan dimana doktor terpaksa membuang kulit muka beliau. Selepas itu beliau koma selama 12 hari.
Beliau kemudian terpaksa memakai topeng khas selama 23 jam sehari bagi memastikan kulit baru akan tumbuh dengan elok paska pembedahan. Secara keseluruhan Katie menjalani 40 pembedahan bagi memperbaiki muka, dada dan tangan beliau yang rosak akibat simbahan asid. Daniel dan Stefan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana menyerang Katie.
Katie kemudian menjadi duta mangsa serangan asid di UK. Mari lihat perubahan rupa beliau sebelum serangan, selepas serangan dan akhir sekali selepas menjalani pembedahan.




[Wow] - Kisah Hidup
PENDUDUK di sebuah perkampungan di Kalimantan,
Indonesia melakukan tindakan mengejutkan apabila gemar memasak dan
memakan daging Orang Utan.
Mereka bagaimanapun mendakwa tidak memburu dan membunuh Orang Utan
tersebut tetapi menemuinya ketika sudah mati ditembak pemburu lain yang
menyangkakan ia seekor rusa.
Jadi hujah mereka, adalah lebih baik jika Orang Utan itu dijadikan hidangan daripada dibiarkan begitu sahaja.
“Dagingnya panas seperti rusa, keras tapi sedap daripada
daging lembu dan babi,” ujar Hanafi, 58, salah seorang yang merasa
hidangan tersebut.
Kawannya yang merupakan penduduk kampung sama, Ignasius Mandor, 50,
pula mengeringkan tulang orang utan tersebut dan menyimpannya.
Susulan kejadian ini, Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Indonesia
menahan tiga lelaki, Khamis lalu setelah siasatan mendapati dakwaan
orang utan tersebut sudah mati ketika ditemui rupanya hanya satu helah.
Perkara ini tersebar selepas gambar-gambar lelaki terbabit memasak
dan menyimpan tulang orang utan dikongsikan sempena Minggu Kesedaran
Orang-utan anjuran sebuah organisasi, minggu lalu.
Orang Utan merupakan spesies terancam yang kian pupus akibat aktiviti penebangan hutan untuk dijadikan ladang kelapa sawit.
Kini Orang Utan hanya boleh ditemi di sekitar hutan Kalimantan dan Sumatera sahaja.
Sumber: Dailymail
Global
AktressFarahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 29, merupakan antara penyanyi yang menjadi kegilaan ramai lelaki di luar sana kerana kelunakan suara dan penampilan beliau yang seksi.
Hiburan
KUALA TERENGGANU – Pelbagai alat perangsang dan permainan seks ditemui hasil serbuan pihak berkuasa di rumah kongsi pekerja warga asing di Pusat Pengeluaran Induk dan Baka Benih Udang Laut jenis Specific Pathogen Free (SPF) Kampung Telaga Putat, Setiu, awal pagi kelmarin.
Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Terengganu, Mohd Shahrir Khalil berkata, dengan penemuan pelbagai alat perangsang seks dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu membongkar aktiviti ‘gelap’ penghuni rumah kongsi berkenaan selama ini.
Menurutnya, peralatan itu disimpan dalam kotak dan disorokkan di dalam salah sebuah bilik di rumah kongsi tersebut.
“Hasil siasatan, seorang daripada penghuni itu mengakui kesemua peralatan seks tersebut adalah miliknya dan turut digunakan rakan lain bagi memuaskan nafsu masing- masing,” katanya, semalam.
Mohd Shahrir berkata, walaupun warga asing terbabit mengaku hanya mencari peralatan seks untuk memuaskan nafsu dan tidak melibatkan wanita, namun pihaknya bimbang aktiviti tersebut jika dibiarkan boleh membahayakan gadis tempatan.
“Ini kerana, lokasi rumah kongsi itu begitu hampir dengan kawasan perkampungan dan kita bimbang sekiranya aktiviti songsang ini tidak dibendung, ia boleh mendatangkan bahaya terutama kepada anak gadis tempatan di situ.
“Selain itu, kita turut mendapat maklumat aktiviti dan pergerakan pekerja warga asing di sini terlalu bebas dan mereka seolah- olah tidak segan berkeliaran di dalam kawasan kampung,” katanya.
Beliau berkata, operasi yang dijalankan turut mendapat kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu dan ketika serbuan, penghuni di rumah kongsi berkenaan sedang lena tidur.
Katanya, walaupun ada di antara warga asing terbabit cuba melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun usaha mereka gagal kerana seluruh kawasan sudah dikepung.
“Hasil serbuan, seramai 14 warga asing iaitu 11 warga Bangladesh, dua warga Myanmar dan seorang warga Indonesia ditahan atas kesalahan tidak memiliki sebarang dokumen sah dan ada di antaranya tinggal lebih masa.
“Kesemua warga asing berusia antara 23 hingga 38 tahun itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen1959/63 kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6 (1) (c) akta yang sama kerana berada di negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya. - Sinar Harian Online
[Wow] - Berita Tempatan
UNTUK kali kedua berturut-turut, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) di Manila diundi sebagai lapangan terbang paling teruk di dunia dalam satu soal selidik dijalankan sebuah laman web pelancongan.
Laman web “The Guide To Slpeeping In Airports” memaklumkan Terminal 1 di lapangan terbang berkenaan yang sentiasa sesak diundi sebagai yang paling teruk berdasarkan faktor keselesaan, kebersihan dan perkhidmatan pelanggannya.
Beberapa maklumbalas yang dihantar ke laman web itu adalah rungutan terhadap beberapa pekerja di lapangan terbang yang dikatakan biadap, jangkamasa lama untuk menunggu teksi dan kakitangan yang tidak menghormati penumpang.
“Ini semua adalah isu lama,” kata Pengurus Terminal 1, Dante Basanta.
Menurut beliau memetik laporan di dailychilli.com, masalah itu sudah pun diambil perhatian oleh kerajaan Filipina.
Menurut beliau, NAIA yang mempunyai kapasisi menguruskan 6.5 juta penumpang setahun terpaksa menguruskan penumpang lebih banyak daripada jumlah maksimumnya sekarang iaitu 8.1 juta penumpang tahun lepas.
Di tempat kedua, lapangan terbang paling teruk di dunia ialah sebuah lapangan terbang di Itali iaitu Lapangan Terbang Bergamo, di tempat ketiga ialah Lapangan Terbang Calcutta, India dan di Islamabad.
Agak mengejutkan juga apabila sebuah lapangan terbang di Kota Cinta iaitu Paris, Lapangan Terbang Beauvais di tempat kelima paling teruk.
Terminal 1 di NAIA ialah yang paling tua di antara empat terminal lapangan terbang itu yang dibina 32 tahun lalu.
Sementara itu, lapangan terbang yang diundi terbaik pula ialah Lapangan Terbang Antrabangsa Changi (Singapura), Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul (Korea Selatan), Lapangan Terbang Antrabangsa Schiphol, Amsterdam (Belanda) dan Lapangan Terbang Antarbangsa Vantaa di Helsinki (Finland).
Anda pula, tontonlah beberapa video yang menunjukkan antara sebab mengapa NAIA diundi sebagai lapangan terbang paling teruk di dunia
Global
KEMAMAN – Hasrat dua pelajar Ranaco Education & Training Institute (Reti) pulang ke hostel selepas tamat kelas berakhir dengan tragedi apabila maut dirempuh sebuah treler dalam nahas tragik di Kilometer 155.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Jambatan Geliga, Chukai, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Mohd Ezrein Fitri Shaiful Bahari, 18, yang menunggang motosikal dan rakannya yang membonceng, Mohd Shaufi q Shahfuan Soilin, 22, terperosok bawah treler dan nyaris digilis.
Mohd Ezrein yang berasal dari Taman Seri Paya Rumput, Melaka dan Mohd Shaufiq yang berasal dari Kuala Penyu, Sabah, merupakan pelajar semester pertama jurusan Diploma Pengurusan Profesional Keselamatan dan Kesihatan dan mula belajar di kolej berkenaan pada sesi kemasukan Oktober lalu.
Nahas itu berlaku hanya kira-kira satu kilometer dari kampus Reti dan mereka baru sahaja tamat kelas jam 3 petang serta dalam perjalanan pulang ke hostel di Taman Banggol Indah, Mak Lagam yang jaraknya kira-kira 7 kilometer dari kampus.
Rakan sebilik mangsa, Mohd Shafik Afdal, 18, berkata, kedua-dua rakannya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika mereka makan tengah hari bersama di kafe di hadapan kampus.
“Semasa makan bersama, arwah Mohd Ezrein nampak agak gembira kerana dia beritahu pada saya yang ibunya baru sahaja kirimkan duit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kemaman, semalam.
Mohd Shafik berkata, dia hanya tahu tragedi menimpa dua rakannya itu selepas tamat kelas. “Semasa saya mahu pulang saya lihat jalan sesak. Ketika menghampiri lokasi kejadian sayu hati saya lihat kedua-duanya terperosok bawah treler,” katanya.
Treler terbabas Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika treler yang menghala ke arah Kuala Terengganu- Kuantan terbabas lalu melanggar motosikal mangsa yang juga dari arah sama.
“Berikutan itu, penunggang dan pembonceng tercampak atas penghadang tengah jalan lalu terperosok bawah treler yang melintangi jalan empat lorong berkenaan.
“Berikutan nahas ini, laluan dari Geliga ke Kuala Terengganu terpaksa ditutup dan dilencongkan ke Mak Lagam.
Laluan ke Kuantan pula dibuka satu lorong,” katanya. Nahas berkenaan menyebabkan jalan dari arah Kuala Terengganu-Kuantan sesak sejauh lebih 10 kilometer selama beberapa jam.
Pemandu treler berkenaan yang berusia 34 tahun dan berasal dari Taman Kampung Padang, 1, Kuantan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Chukai. - Sinar Harian Online
[Wow] - Berita Tempatan
Subscribe to:
Posts (Atom)













Recent Comments