Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Kerana takut dan menghormati kontrak yang sama-sama telah dipersetujui dengan MIG Metrowealth, Wawa Zainal mengambil jalan mudah dengan menyembunyikan status perkahwinannya dengan Aeril Zafrel.
Semalam merupakan kemuncak kepada kemelut mereka berdua apabila akhirnya telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan dakwaan Majalah BiPop Ahad lalu berkenaan pernikahan mereka pada 4 Februari lalu dan kelahiran seorang bayi lelaki yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Apapun, semuanya sudah berakhir dan Wawa Zainal kini sudah mampu menarik nafas lega. Cuma, dia perlu berjumpa dengan David Teo bagi menjernihkan hubungan mereka berdua dan kembali berlakon seperti sebelum ini. Di bawah ini ialah beberapa keping gambar perkahwinan mereka berdua yang berlangsung sebanyak dua kali.















NORWICH, Amerika Syarikat - Sebatang anak panah sepanjang 38 sentimeter menusuk dekat bahagian kanan kepala seekor kucing di sini.

Datuk Bandar Norwich, Peter Nystrom menemui kucing itu di anjung sebuah rumah di sini pada Isnin lalu. 

Beliau kemudian menghubungi polis. Seorang pegawai sebuah agensi kawalan haiwan kemudian menghantar kucing tersebut kepada seorang pakar bedah haiwan, Kathleen Tangari.

Pakar itu kemudian mengeluarkan anak panah tersebut menerusi pembedahan di sebuah hospital haiwan.

Menurutnya, anak panah itu tidak mengenai paru-paru dan jantung haiwan tersebut.
Beliau berkata, anak panah tersebut sudah berada pada kucing yang bernama Elliot itu selama dua hari. 

Tisu-tisu yang mengelilingi anak panah dalam badan haiwan itu telah menghalang banyak darah keluar sekali gus mengelak kucing tersebut daripada mati.

Kucing itu dipercayai sengaja dipanah oleh seseorang yang menjadikan haiwan tersebut sebagai sasaran latihan memanah. - Agensi


NEGOMBO, Sri Lanka - Satu pasangan pengantin, Nalin dan isterinya, Nisansala mencipta rekod bagi kategori pengapit pengantin wanita paling ramai.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan di sebuah dewan di Negombo yang terletak 30 kilometer ke utara ibu kota Colombo.

Dalam majlis perkahwinan itu, pasangan tersebut mendapat pengiktirafan Guinness World Records apabila mereka diiringi 126 orang pengapit pengantin wanita, 25 pengapit pengantin lelaki, 20 pembantu pengantin lelaki dan 23 wanita yang membawa bunga.

Pasangan itu memecahkan rekod lama yang dicipta di Bangkok, Thailand dengan catatan 96 pengapit pengantin wanita dalam sebuah majlis perkahwinan. - AFP








SEBAIK tiba di lokasi majlis bertemu dengan penyanyi popular kelahiran Korea Selatan, Sung Kyung Jeong pada Isnin lalu, sudah ramai yang tiba menantikan ketibaannya.

Masakan tidak, kehadiran penyanyi berkenaan sememangnya begitu dinantikan ramai memandangkan buat julung-julung kalinya gadis berusia 23 tahun itu menjejakkan kaki ke Malaysia.

Acara yang dijadualkan sepatutnya bermula pada pukul 6 petang. Bagaimanapun Hari hanya tiba di lokasi setengah jam kemudian. Bagaimanapun, dia lantas dikerumuni pihak media yang mahu membuat temu bual dengannya.

"Tujuan utama saya datang ke Malaysia semata-mata ingin bertemu dengan peminat di sini. Apa yang saya tahu, Gwiyomi begitu popular di negara ini dan mendapat sambutan yang luar biasa.

"Jadi, saya mengambil keputusan untuk menemui peminat di sini sebagai menghargai sokongan yang telah diberikan. Sudah tentu saya berasa sangat teruja untuk bertemu dengan mereka buat kali pertama," ujar penyanyi yang lahir pada 6 Februari 1990 itu.

Sudah mula bergelar penyanyi sejak tahun 2010 dengan kemunculan single sulungnya berjudul Fan Cake, Hari memberitahu, dia sendiri tidak menyangka Gwiyomi akan menjadi satu fenomena.

Menurutnya, menerusi fenomena berkenaan jumlah peminatnya sekarang naik dengan begitu mendadak, lantas ia telah memberi impak terhadap kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

"Pastinya apa yang saya lalui ini memang di luar jangkaan sama sekali, apatah lagi Gwiyomi telah menjadikan diri saya popular di seluruh dunia. Selain itu, populariti yang diraih ini merupakan hasil sokongan yang diberikan peminat," ungkapnya.

Ujarnya, apa yang lebih membuatkan dirinya gembira dan bangga apabila gaya Gwiyomi bukan sahaja ditiru oleh peminat, malah ia menjadi ikutan beberapa selebriti terkenal yang turut memuat naik ke laman sosial gaya mereka.



"Dalam banyak gaya Gwiyomi yang saya tonton di internet, saya cukup tertarik dengan gaya yang ditampilkan oleh Nora Danish. Wajahnya bukan sahaja cantik, malah aksinya turut menarik minat saya.

"Secara jujurnya saya memang berminat untuk menjalinkan kolaborasi dengan Nora dan melakukan gaya Gwiyomi bersama-sama. Sekiranya ada peluang tersebut saya berbesar hati untuk menerimanya," jelas penyanyi yang berada di Malaysia dari 3 hingga 6 November lalu.

Menurut Hari, biarpun jadual kehadirannya ke negara ini sekadar menghadiri acara sesi bertemu peminat, dia memang menyimpan hasrat untuk mengadakan sebuah persembahan pada masa akan datang.

 

PENAMPANG - Kebimbangan seorang majikan terhadap pekerjanya yang tidak menjawab panggilan telefon terjawab apabila lelaki itu ditemui mati disyaki dibunuh bersama isterinya di sebuah kilang memproses makanan laut di Jalan Bundusan di sini semalam.

Mayat Chen Ching Woei, 42, dan isteri, Chang Ling Ping, 44, ditemui pada pukul 8 pagi dalam keadaan berlumuran darah di kepala di dalam bilik tidur oleh beberapa pekerja di kilang berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Sarawak bekerja sebagai pemandu lori di kilang berkenaan dan tinggal di bilik tersebut bersama pasangannya sejak dua tahun lalu.

Sebelum itu, majikan mangsa cuba menghubungi Ching Woei melalui telefon bimbit namun gagal lalu meminta pekerja lain mencarinya di bilik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan meneliti rakaman televisyen litar tertutup di kilang berkenaan bagi membantu siasatan.

Mayat pasangan itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kosmo

Selain berkongsi gambar-gambar pra-perkahwinan, Rozita Che Wan juga sempat memuatnaik beberapa keping gambar romantiknya bersama pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini. Kedua-dua mereka mengenakan pakaian, sut dan gaun yang serba hitam. Orang di sekeliling pun turut terpesona dengan aksi mereka.

Nampaknya, aktress jelita itu bukan sahaja sering kelihatan seksi bergaya malah memang berduit orangnya. Mungkin rezeki dari pelbagai tawaran yang diterimanya dalam lakonan, model dan pengacaraan.












Berikut ini adalah senarai 25 wanita paling seksi tahun 2013 berdasarkan salah satu siti popular di Indonesia.

Maksud seksi di sini bukan hanya di lihat dari bentuk dan lukuk tubuhnya, namun juga boleh dilihat dari cara berjalan, suara, maupun cara bersenyumnya:

Sesuai urutan abjad nama depannya, 25 wanita itu adalah :
ALICE NORIN



ANITA HARA



AURA KASIH



BELLA SAPHIRA



CINTA LAURA
 

CYNTHIARA ALONA



DARA – THE VIRGIN



FANNY FABRIANA


FARAH QUINN




INDAH KALALO



JULIA PEREZ



KARENINA SUNNY HALIM


LUNA MAYA


VJ MARISSA


MULAN JAMEELA



NITA THALIA
PURI MAHADEWI


RATNA GALIH


SANDRA DEWI


SHERINA


SISCA JESSICA


SYAHRINI


WIWID GUNAWAN



YEYEN LIDYA


YUANITA CHRISTIANI

Puteri Diana

NAMA Diana atau lebih dikenali dengan panggilan Puteri Wales sangat dikenali selepas berkahwin anak sulung kepada Ratu Elizabeth II, Putera Charles. Ibu kepada Putera William dan Harry ini begitu dekat dengan rakyat sehingga digelar Puteri di Hati Rakyat.
Namun, di sebalik kehidupannya yang sentiasa menjadi contoh kepada orang lain, Diana menemui ajal dalam kemalangan ngeri di sebuah terowong di Paris, pada 1997, yang turut meragut nyawa kekasihnya Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed.

Biarpun dikhabarkan pemandunya, Henri Paul memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan berlaku, namun ramai percaya kematian Diana disebabkan pembunuhan yang cukup terancang.

Kini, selepas 16 tahun peristiwa itu berlaku, kisah Diana kembali dihidupkan melalui pelakon cantik Naomi Watts.

Namun, entah di mana silapnya hasil pengarahan Oliver Hirschbiegel ini nampak banyak kekurangan.

Apatah lagi kebanyakan individu yang dibesarkan sekitar akhir 80-an dan awal 90-an begitu mengenali puteri yang lemah-lembut, penuh dengan senyuman ini.

Namun dalam filem kali ini, Diana 'dihidupkan' dengan kisah skandal dan kepura-puraan hidupnya sebagai seorang puteri raja.

Biarpun timbul simpati dengan nasib dirinya yang hilang hak privasi sehinggakan untuk keluar membeli-belah pun dia diburu paparazi, dan hidupnya yang sentiasa diaturkan setiap hari, namun ia belum cukup mengembalikan ingatan penonton terhadap Diana.

Pada pendapat penulis Hirschbiegel berjaya mengunci perhatian penonton dengan menyelitkan beberapa sedutan suara mengenai laporan tragedi kemalangan Diana sebelum penonton di bawa mengimbau hidup Diana dua tahun sebelum kematiannya.

Ia seterusnya akan membawa penonton melayari bibit-bibit perkenalan dan percintaannya dengan pakar bedah jantung, Doktor Hasnat Khan yang berasal dari Pakistan dan beragama Islam.


Hina Islam?
Bagaimanapun perkara yang menarik perhatian apabila Hasnat sebelum itu digambarkan sebagai seorang doktor yang suka merokok dan gemar meminum arak.

Tidak hanya itu, Hasnat juga digambarkan dalam filem ini beberapa kali melakukan hubungan intim dengan Diana. Selain itu, dalam satu sesi perbualan di tepi tasik, Diana sempat memetik maksud ayat yang ada dalam al-Quran dengan berkata kepada Hasnat : "Saya telah mengkaji dan saya lihat al-Quran ada di atas meja di tepi kamu ketika kita sedang 'bersama'."

Malah Hasnat menerusi dialognya, "Saya sendiri sudah lama tidak mengamalkannya (baca al-Quran)"... Secara tidak langsung menggambarkan dia tidak menjalani tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Meskipun kitab suci itu tidak ditonjolkan, namun dialog itu jelas menghina orang Islam.


Lakonan berkesan Naomi
Menyentuh mengenai lakonan pula, Naomi selaku pelakon utama berjaya menjelmakan Diana semula dengan penampilan dan wajah yang hampir seiras dengan puteri itu.

Malah caranya berdialog, senyum dan caranya berjalan mengingatkan kita pada seorang wanita yang pernah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia.

Namun, dalam keberkesanan lakonan yang boleh diberi lima bintang, ia dicacatkan dengan jalan cerita yang tidak kemas dan pengulangan beberapa babak terutamanya aksi ranjang.

Pada pendapat penulis, jika cerita ini digarap dengan lebih mendalam terutamanya memperlihatkan sisi Diana sebagai seorang ibu, ia tentunya lebih menarik.