Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Di laman sosial bergambar Tumblrs, kucing antara subjek yang sering mendapat perhatian.
Namun manusia tak pernah puas dan sentiasa berkreatif.
Mungkin bulu gebu dan aksi lincah sudah terlalu biasa, maka kini
pemilik kucing menghias binatang kesayangan mereka sebelum mengepos
gambarnya.
Trend yang sedang hangat diikuti adalah mengenakan stokin panjang pada kucing.
Pencetusnya adalah Katja Wulff dan teman lelakinya Dan, yang tinggal di Gothenburg, Sweden.
Mereka mempunyai tiga ekor kucing iaitu Gucci, Iggy dan Zappa tapi
hanya seekor iaitu Gucci sering dipakaikan stokin atau selar ketat
panjang.
Menurut Wulff, tiada masalah untuk melakukan sedemikian pada Gucci
kerana ia biasanya hanya duduk diam dan merelakan dirinya dipakaikan apa
sahaja sebelum diambil gambar.
Berasakan gambar-gambar Gucci dalam pakaian tersebut lucu dan comel,
pasangan kekasih ini kemudiannya memuatnaik gambar tersebut di
meowtfit.tumblr.com hingga menjadi tumpuan ramai.
Menurut Wulff dan Dan, kucing yang paling sesuai digayakan dengan
stokin ketat adalah kucing Siam dan Mesir memandangkan baka ini
mempunyai naluri ingin tahu dan gemarkan perhatian.
Sumber: Metro UK
[Wow] - Fesyen
ADUHAI, kami sangka isu ‘kenakalan’ Adi Putra dengan isteri orang,
Nooraida Abdul Mutalib, 30, sebelum ini sudah surut dek penangan kisah
kahwin rahsia Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.
Rupanya, ia panas sekali lagi berikutan khabar angin yang menyatakan
pelakon itu menggunakan individu berpengaruh bagi menggugurkan kes
tersebut.
Melalui sisipan Bipop dalam Berita Harian Ahad, suami kepada wanita
itu, Amiruddin Osman, 56, tampil semula memberi kenyataan mengenai
perkara itu kepada wartawan Zubir:
“Saya terdengar cerita Adi ada bertemu seseorang minta
bantuan individu berkenaan untuk menggugurkan kes beliau. Tapi, saya
yakin pihak berwajib akan menjalankan tugas mereka dengan telus. Saya
dimaklumkan kertas siasatan berhubung kes ini sudah disiapkan, begitu
juga keputusan laporan forensik.
“Namun, saya hairan mengapa Adi menafikannya, walhal dia
sendiri mengaku dengan saya beliau mengenali Nooraida. Ketika mereka
mula berkenalan, Nooraida sudah memaklumkan mengenai status dirinyanya
sebagai isteri, sebaliknya Adi tidak mengendahkannya.
“Malah Adi terus menggoda isteri saya. Bagi saya nak ‘nakal’
boleh, tapi jangan kacau isteri orang! Isteri saya mengaku, dia teruja
apabila seorang artis popular seperti Adi ‘melayannya’.”
Memang panas! Kami yakin kalau anda berada di tempat pihak-pihak yang
terbabit dalam kes ini, mungkin anda sudah tutup muka dengan baldi.
Malu sungguh.
Kepada suami-isteri di luar sana, peliharalah keaiban pasangan dan
jagalah maruah diri agak tidak terlibat dengan skandal yang seperti
ini.
[Wow] - Kisah Artis
JOHOR BARU – Pusat pembangunan Danga Bay mungkin lebih dikenali
sebagai sebahagian daripada projek bernilai jutaan ringgit yang
dibangunkan oleh Iskandar Malaysia.
Tetapi, ramai termasuk penduduk tempatan di sini tidak mengetahui
bahawa, portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia
menyenaraikan ia antara lima tempat berhantu di Malaysia.
Ia tersenarai menerusi sebuah banglo lama tinggalan, dikenali
sebagai Villa Nabila, terletak di atas bukit yang menghadap Selat
Johor.
Banglo tersebut menyimpan rahsia selama 40 tahun dan terdapat beberapa versi bagaimana ia memperoleh status tersebut.
Ia termasuk kes pembunuhan yang berlaku di kalangan keluarga Caucasian kaya yang tinggal di banglo itu.
Versi lain mendedahkan bagaimana pembantu rumah merupakan dalang
pembunuhan itu dan membunuh keluarga tersebut termasuk seorang anak
perempuan bernama Nabila dan mayatnya ditanam di suatu lokasi dekat
kawasan banglo tersebut.
Salah satu cerita yang menarik perhatian adalah ahli keluarga
tersebut dibunuh oleh dua lelaki yang diupah oleh saudara mereka kerana
sikap tamak.
Antara kepercayaan karut di sekitar kawasan itu adalah pelawat perlu memasuki rumah tersebut dalam nombor genap.
Sekiranya mereka melawat dalam nombor ganjil, terdapat ‘individu
lain’ dalam kumpulan itu apabila mereka meninggalkan banglo tersebut.
Tinjaun The Star mendapat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di
kawasan sekitar walaupun mengetahui bahawa banglo tersebut mungkin
berhantu.
Salah seorang daripada mereka, Azmirul Syafiq Azmadi, 12, berkata dia
dan rakan-rakannya datang ke kawasan itu untuk melihat sendiri jika
terdapat hantu di rumah tersebut.
“Saya pernah terdengar mengenainya dari rakan saya dan orang tua bahawa rumah itu berhantu.
“Kami mungkin akan kembali lagi pada waktu malam untuk mencuba
nasib,” katanya sambil menambah mereka tidak melihat sesuatu yang pelik.
Expedia turut menyenaraikan Kellie’s Castle di Perak, Banglo di Jalan
Turi, Bangar, banglo kolonial di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan
Apartment Ria di Genting Highlands sebagai antara tempat-tempat lain
untuk memburu hantu.
Penolong Pengarah Pelancongan Johor, Amirul Asyraf Ibrahim yakin
menerusi penyenaraian itu akan menarik lebih ramai pelancong terutama
mereka yang gemar melawat tempat-tempat menyeramkan.
“Di negara lain, terdapat beberapa pakej mengenainya untuk menarik
pemburu hantu dan mereka yang mahukan sesuatu yang mencabar,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga bersedia untuk bekerjasama dengan ejen
pelancongan bagi mempromosikan pakej aktiviti memburu hantu dan fenomena
ghaib di Johor. – The Star
Pelancongan
Abang Nara memang kagum dengan tahap ke”grand”an majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang bakal berlangsung.
Kalau sebelum ini ‘photoshoot pre wedding’ mereka telah
berlangsung di London, Che Ta juga turut sama ke kota Paris untuk
beraksi di Eiffel Tower.
Pasti wow kadaboom gambar-gambar yang akan dikeluarkan nanti.
Dengan gaun serba hitam daripada Rizman Ruzaini, Abang Nara dah dapat
bayangkan majlis perkahwinan Che Ta dan Zain bakal menjadi “wedding of
the year”.
Namun begitu, tarikh 11.12.13 telah dinafikan oleh Zain sebagai
tarikh hari bahagia mereka menyebabkan ramai yang tertanya-tanya bilakah
tarikh keramat penyatuan dua hati ini.
Tak sabar rasanya untuk melihat gambar-gambar rasmi pra perkahwinan
Che Ta yang telah dibidik oleh Annas Easkey. Pasti menarik dengan Eiffel
Tower sebagai latar belakang. (Beautifulnara.com)
Hiburan
Rio: Penyanyi popular Justin Bieber dilihat cuba menyelinap keluar
dari ‘rumah pelacuran’ Centaurus di Brazil Jumaat lalu berselimutkan
kain putih dengan bantuan pengawalnya yang membungkusnya.
Laporan mendakwa remaja berusia 19 tahun itu kemudian masuk ke tempat
duduk belakang sebuah kereta yang menunggu bersama dua wanita dari
kelab berkenaan.
Menurut sumber dalaman, Bieber menyangka dirinya tetamu di sebuah kelab peribadi.
Satu laman web melaporkan Centaurus disenaraikan sebagai rumah
pelacuran ‘keempat terhebat’ di dunia sambil menambah ‘$210 boleh
membeli 40 minit bersama mana-mana gadis pilihan anda’.
Walaupun penyanyi kontroversi itu disorok dalam selimut, sebahagian daripada tatu pada pergelangan tangannya dapat dilihat dengan jelas.
Bieber yang kini berada di Brazil untuk beberapa persembahan juga dilaporkan dihalau dari hotel mewah Copacabana Palace di Rio Selatan. Bagaimanapun, sumber mendakwa dia meninggalkan hotel itu secara sukarela selepas untuk mengelak masalah keselamatan akibat peminatnya yang menyerbu bangunan terbabit.
Ini bukan kali pertama Bieber terbabit kontroversi. Dua minggu lalu
dia dilihat menayangkan sejumlah wang yang banyak di sebuah kelab
eksotik di Texas. - Agensi
[Wow] - Selebriti
Sao Paulo: Seorang lelaki papa kedana dilaporkan tinggal dalam sebuah
liang lahad yang dikongsi bersama rangka sahabat karibnya sejak 13
tahun lalu.
Fabio Beraldo Rigol berkata, dia berpindah ke kawasan perkuburan di Santa Isabel itu selepas menjadi miskin dan mula menagih dadah. Katanya, disebabkan kemelaratan dia dibuang oleh keluarga dan tiada tempat lain untuk berlindung.
“Saya terpaksa keluar dari rumah dan merayau di jalanan.
“Pada satu malam hujan lebat dan entah bagaimana apabila saya sedar, saya berada dalam kubur,” katanya.
Disebabkan terlampau melarat, Rigol terpaksa “meminta kebenaran” daripada rakannya untuk menumpang dalam kubur berkenaan.
Kata bekas broker itu, dia hanya keluar meninggalkan kawasan berkenaan untuk meminta sedekah bagi mendapatkan makanan.
RIGOL tinggal dalam kubur rakan karibnya sejak 13 tahun lalu.
Rigol berkata, pada awalnya dia hidup sama seperti orang lain dan bergantung kepada perniagaan untuk mencari sumber rezeki.
“Bagaimanapun perniagaan saya gagal dan saya mula menagih dadah,” katanya. Rigol berkata, dia tidak ada masalah hidup dikelilingi rangka dan tanah perkuburan yang sering dikaitkan dengan hantu.
Sebaliknya, kata Rigol, dia lebih takutkan orang yang masih hidup.
“Saya tak pernah nampak hantu walaupun pada ketika tertentu keadaan di sini agak sunyi,” katanya. - Agensi
Fabio Beraldo Rigol berkata, dia berpindah ke kawasan perkuburan di Santa Isabel itu selepas menjadi miskin dan mula menagih dadah. Katanya, disebabkan kemelaratan dia dibuang oleh keluarga dan tiada tempat lain untuk berlindung.
“Saya terpaksa keluar dari rumah dan merayau di jalanan.
Disebabkan terlampau melarat, Rigol terpaksa “meminta kebenaran” daripada rakannya untuk menumpang dalam kubur berkenaan.
Kata bekas broker itu, dia hanya keluar meninggalkan kawasan berkenaan untuk meminta sedekah bagi mendapatkan makanan.
“Bagaimanapun perniagaan saya gagal dan saya mula menagih dadah,” katanya. Rigol berkata, dia tidak ada masalah hidup dikelilingi rangka dan tanah perkuburan yang sering dikaitkan dengan hantu.
Sebaliknya, kata Rigol, dia lebih takutkan orang yang masih hidup.
“Saya tak pernah nampak hantu walaupun pada ketika tertentu keadaan di sini agak sunyi,” katanya. - Agensi
Global
Shah Alam: Niat tegar sekumpulan individu berstatus jutawan dan
hartawan memperoleh ‘saham akhirat’ dengan menyalurkan pelbagai
sumbangan bernilai lebih RM500,000 kepada seorang ustaz dari Kemboja
bagi membantu masyarakat Islam miskin di negara berkenaan, berakhir duka
apabila diperdaya lelaki terbabit sejak lima tahun lalu.
Wajah sebenar ustaz berkopiah yang berpenampilan warak itu
terbongkar apabila dia dikesan menyalahgunakan sumbangan termasuk wang
tunai yang diberikan untuk kepentingan diri termasuk membina banglo
miliknya di negara berkenaan.
“Kami yang mengharapkan ‘saham akhirat’ dengan memberikan
sumbangan sejak lima tahun lalu juga boleh dianggap ‘terkantoi’ kerana
terlalu meletakkan kepercayaan kepada ustaz terbabit bagi menguruskan
pelbagai sumbangan bernilai lebih RM500,000.”
Itu antara luahan seorang daripada lima individu berstatus jutawan dan hartawan, yang ditipu ‘hidup-hidup’ oleh ustaz terbabit yang berubah sikap sejak tiga tahun lalu yang dipercayai berjaya mengumpulkan pelbagai kekayaan hasil penipuan.

Daripada sumbangan berbentuk wang ringgit, barangan keperluan harian sehingga membina semula sebuah sekolah agama, ustaz terbabit turut menerima sekitar RM1,200 setahun daripada seorang penyumbang di Malaysia sebagai upah mengajar kanak-kanak di Kampung Cham, Kemboja sejak 2011.
[Wow] - Berita Tempatan
HULU TERENGGANU - Perbuatan sepasang remaja menjadikan sebuah pondok
dalam kebun kelapa sawit, di sini, sebagai port memadu kasih mengundang
padah apabila kegiatan tidak bermoral mereka dihidu anggota SRS Paloh
Nyior, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, pasangan berusia 16 tahun terbabit dipercayai sedang melampiaskan nafsu, namun hasrat mereka terbantut apabila menyedari kehadiran anggota SRS Paloh Nyior dan polis.
Difahamkan, remaja perempuan berasal dari Kampung Telaga itu terlebih dahulu menunggang motosikal mengambil pasangannya yang tinggal di Kampung Getang sebelum kedua-dua mereka tiba di kawasan kebun kelapa sawit tersebut sekitar jam 7.30 pagi.
Setiausaha SRS Paloh Nyior, Abdul Manat Ibrahim, 63, berkata, kehadiran pasangan terbabit disedarinya setelah mendapati terdapat sebuah motosikal berhampiran pintu pagar kebun sawit itu ketika dia sedang melakukan rondaan.
“Sebagaimana kebiasaan, saya kerap lakukan rondaan sekitar kawasan kampung apatah lagi malam tadi (semalam) bertugas sebagai anggota SRS.
“Ketika melalui kebun sawit ini, saya lihat sebuah motosikal dan ia adalah motosikal sama ditemui pada minggu lepas,” katanya.
Kata Abdul Manat, dia mengesyaki sesuatu setelah mendapati pintu pagar kebun berkunci manakala pemilik kebun itu tinggal di Kemaman.
“Saya memaklumkan anggota SRS yang lain selain turut hubungi polis. Pondok terletak kira-kira 50 meter jaraknya dari pagar ini pernah jadi lokasi penagih dadah,” katanya.
Menurutnya, hasil serbuan didapati sepasang remaja dalam keadaan mencurigakan.
“Mereka akui pernah ke sini sebelum ini. Dalam pondok ini turut terdapat gebar dan bantal tidak pasti sudah ada atau dibawa mereka.
“Pasangan ini dibawa ke Balai Polis Kuala Telemong sebelum dimaklumkan ibu bapa masing-masing,” katanya.
Difahamkan, remaja lelaki itu sudah tidak bersekolah manakala yang perempuan masih bersekolah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, kedua-dua remaja itu ditahan untuk jalani ujian air kencing, bagaimanapun hanya remaja lelaki didapati positif dadah serta masih ditahan. Sinar harian

LAMAN media sosial Facebook adalah aplikasi paling popular bagi pengguna
telefon pintar di Asia Tenggara, menurut laporan firma kajian pengguna
Nielsen.
Tinjauan 10 Aplikasi Telefon Pintar Paling Popular Asia Tenggara itu berdasarkan Laporan Telefon Bimbit Nielsen baru-baru ini, merangkumi pasaran Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand.
Menurut kajian itu, Facebook adalah aplikasi telefon pintar paling banyak digunakan di Indonesia, Malaysia dan Filipina.
Aplikasi popular lain di rantau ini adalah Google Play Store, YouTube, Line dan permainan Candy Crush Saga.
"Pemilik telefon pintar di Asia Tenggara meluangkan purata 45 minit setiap hari untuk menggunakan aplikasi di telefon pintar mereka.
"Pengguna di Malaysia menggunakan aplikasi bagi tempoh paling lama iaitu 66 minit setiap hari diikuti Thailand (46 minit), Filipina (41 minit) dan Indonesia (40 minit)," menurut Pengarah Telekom dan Amalan Teknologi Serantau Nielsen Sagar Phadke.

SHAH ALAM – Sepucuk pistol lama jenis Browning ditemui di dalam tandas
lelaki Stadium Shah Alam di sini, ketika perlawanan akhir Piala Malaysia
antara Kelantan dan Pahang, malam semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Roslan Abdullah berkata, pistol mengandungi tujuh butir peluru itu ditemui oleh anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar stadium itu kira-kira jam 9.30 malam.
Menurutnya, polis masih belum dapat mengenal pasti motif pistol itu dibawa masuk.
"Kita tidak tahu siapa pemilik pistol itu." katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Dalam perkembangan lain, seramai lima individu berumur 19 hingga 24 tahun ditahan kerana membakar mercun, suar dan membaling botol, manakala 86 lagi ditahan kerana terlibat menjual tiket palsu.
Pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan tidak ada rekod jenayah. Seorang daripada mereka adalah penuntut sebuah universiti tempatan.
“Keterangan mereka telah diambil dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz menjelaskan gambar mesra dia
bersama bekas kekasihnya, Adira yang dimuat naik menerusi Instagram
milik penyanyi wanita itu hanyalah foto biasa sahaja.
Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 23, berkata, foto
tersebut diambil ketika bertemu di sebuah majlis perkahwinan rakan
mereka pada minggu lalu.
"Itu gambar biasa sahaja. Kami tiada apa-apa hubungan pun, hanya
sekadar rakan sekerja. Harap mana-mana pihak tidak salah anggap
berdasarkan foto yang dimuat naik itu," katanya kepada mStar Online.
Hafiz berkata demikian ketika diminta mengulas sekeping gambar
mesranya dengan Adira yang dimuat naik melalui Instagram milik Adira.
Foto tersebut turut memaparkan dua lagi rakan di samping mereka.
Dalam pada itu Hafiz meminta mana-mana pihak tidak mengaitkannya lagi
dengan Adira kerana bimbang khabar angin tersebut melukakan hati
kekasih penyanyi wanita itu.
"Memanglah dahulu saya dan dia (Adira) bercinta. Tapi itu tiga tahun lepas dan sekarang ini kami hanya kawan.
"Rasanya tak manis jika kami dikaitkan lagi. Nanti apa pula kata
pasangannya yang mungkin terluka dengan gosip sebegini," ujarnya.
Sementara itu, Hafiz berkata dia akan berduet dengan penyanyi Indonesia Datuk Rossa menerusi lagu terbaharu berjudul Salahkah, ciptaan Charly Van Houten (Setia Band).
Penyanyi yang popular dengan lagu Bahagiamu Deritaku itu telah
pun bertolak ke Jakarta pada Isnin (semalam) untuk mengadakan sesi
rakaman sekali gus penggambaran klip video di sana.
"Jika sebelum ini saya berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Muara Hati kini saya dapat berduet pula dengan Rossa. Kerjasama ini adalah satu penghargaan yang besar buat diri saya.
"Saya harap lagu ini akan membuatkan para pendengar berpuas hati.
Tambah pula komposer yang mencipta lagu ini bukan calang-calang orang,"
tuturnya.
[Wow] - Gosip Hiburan
PENYANYI Demi Lovato mengambil langkah lebih berjaga-jaga untuk terus menjauhkan diri daripada alkohol.
Lovato dilaporkan berjaya tidak mengambil minuman beralkohol ketika berhibur dan makan bersama rakan-rakannya di Manhattan.
Akhbar The New York Post, memetik sumber-sumber sebagai berkata yang penyanyi berusia 21 tahun itu akan memastikan bahawa tiada sebarang alkohol disediakan ketika di meja makan dan meminta agar tidak memasukkan alkohol dalam mana-mana makanan mereka.
Lovato pernah menjalani proses pemulihan di sebuah pusat pemulihan alkohol pada tahun 2011.
[Wow] - Selebriti
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments