Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Fiza Elite maki hamun Adam AF2 kerana cemburu buta - Baru sebulan
mendirikan rumahtangga, pasangan Adam AF2 dan Fiza Elite kini didakwa
bergoyah ekoran sikap cemburu Adam AF2 tatkala melihat isterinya sedang
mesra dengan bekas kekasih di sebuah stesen minyak.
Gosip terbaru ini mula kedengaran pada Ahad lalu selepas sebuah akhbar tempatan menyiarkan satu artikel yang mengulas tentang kemelut di antara mereka berdua. Penulis akhbar berkenaan mendakwa memperoleh maklumat tersebut daripada seorang sumber yang juga kru penerbitan sebuah produksi baru.
Antara yang terkandung dalam artikel akhbar tersebut ialah penyanyi Adam atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman, 30, dikatakan cemburu apabila melihat isterinya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32, sedang mesra berbual dengan bekas kekasih ketika mereka bertemu di sebuah stesen minyak.
Penulis gosip itu menyifatkan pergaduhan pasangan Adam AF2 dan Fiza Elite sebagai perang dunia ketiga dan ianya dikatakan bermula ketika mereka pulang ke rumah. Lebih menarik, semasa pertelingkahan antara mereka berdua, Adam AF2 sempat mempertikaikan kisah silam isterinya itu dengan dakwaan negatif.
Akibatnya, Adam AF2 dan Fiza Elite bergaduh besar sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang isteri kepada suaminya. Sumber itu juga menyebut, Fiza telah memaki Adam kerana tidak puas hati dengan sikap suaminya yang kuat cemburu itu, dipetik dari Kosmo.
Gosip terbaru ini mula kedengaran pada Ahad lalu selepas sebuah akhbar tempatan menyiarkan satu artikel yang mengulas tentang kemelut di antara mereka berdua. Penulis akhbar berkenaan mendakwa memperoleh maklumat tersebut daripada seorang sumber yang juga kru penerbitan sebuah produksi baru.
Antara yang terkandung dalam artikel akhbar tersebut ialah penyanyi Adam atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman, 30, dikatakan cemburu apabila melihat isterinya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32, sedang mesra berbual dengan bekas kekasih ketika mereka bertemu di sebuah stesen minyak.
Penulis gosip itu menyifatkan pergaduhan pasangan Adam AF2 dan Fiza Elite sebagai perang dunia ketiga dan ianya dikatakan bermula ketika mereka pulang ke rumah. Lebih menarik, semasa pertelingkahan antara mereka berdua, Adam AF2 sempat mempertikaikan kisah silam isterinya itu dengan dakwaan negatif.
Akibatnya, Adam AF2 dan Fiza Elite bergaduh besar sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang isteri kepada suaminya. Sumber itu juga menyebut, Fiza telah memaki Adam kerana tidak puas hati dengan sikap suaminya yang kuat cemburu itu, dipetik dari Kosmo.
Untuk pengetahuan, pasangan Adam AF2 dan Fiza Elite baru sahaja berkahwin
pada 26 September lalu di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),
Shah Alam dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap.
[Wow] - Kisah Artis

Kerana berkongsi sekeping gambar bersama keluarganya, Lana Nordin yang berpakaian seksi dalam gambar berkenaan dikritik peminat sehingga membuatkan pelakon itu mengamuk.
Dalam gambar yang admin paparkan di bawah, jelas kelihatan hanya Lana Nordin sahaja yang berposing seksi manakala tiga ahli keluarganya yang lain berpakaian sopan dan bertudung. Apapun, peminat perlu selidiki dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan tentang diri Lana.

Ekoran kritikan peminat yang tidak berpuas hati dengan penampilannya, Lana segera berkongsi sekeping lagi gambar dengan caption berbunyi "tu baju yg same masa shoot for Jodoh Itu Milik Kita...tang mane seksinya??? Haha so kecoh n benggong." Jadi dengan penjelasan Lana ini, diharap peminat tidak lagi melemparkan kritikan secara terburu-buru kepadanya.

[Wow] - Kisah Artis
Statistik kajian Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Untuk
Pengguna, Malaysia (ERA Consumer Malaysia) dan Pusat Penyelidikan dan
Sumber Pengguna (CRRC) menunjukan bahawa, antara golongan yang banyak
berhutang dan diisytihar bankrap adalah golongan muda yang berusia
berusia antara 18 tahun sehingga 35 tahun.
Hasil kajian didapati bahawa lebih kurang 47 % pekerja muda mempunyai
hutang yang serius iaitu lebih 30% daripada gaji bulanan mereka
digunakan utuk membayar hutang . Dan, kajian juga mendapati, 37 %
pekerja muda mengaku bahawa mereka berbelanja melebihi tahap kemampuan
mereka. Ia adalah sesuatu yang mengejutkan kita semua. Terfikir
bagaimanakah hal ini begitu mudah terjadi? Di manakah silapnya?
Menabung = Latihan berjimat cermat
Kali ini, saya ingin kongsikan sendiri pengalaman 10 tahun menabung
yang pada asalnya saya terinspirasi daripada amalan tabungan yang
diamalkan oleh abah saya sendiri. Semenjak sekolah rendah, saya akan
melihat abah saya sentiasa menyimpan duit syiling RM 1 beberapa keping
ke dalam tabungnya yang diperbuat daripada kayu setiap hari. Kemudian,
apabila sudah penuh – tabung itu akan dipecahkan. Lalu, antara insan
yang terpilih untuk membantu mengira wang adalah saya.
Tahukah apa perasaan saya ketika itu?
Sangat-sangat teruja, termotivasi dan terbangkit perasaan untuk
memiliki tabung sendiri. Wang yang banyak dihadapan mata membuatkan saya
begitu bersemangat untuk memulakan langkah awal untuk menabung seperti
abah saya. Namun, hasrat itu hanya benar-benar berlaku apabila saya
memasang tekad untuk menabung secara serius ketika tingkatan 5.
Wah! Itulah hasilan pertama yang penuh keterjuaan! Wang pada ketika
itu sekitar RM 280. Sehari seringgit, lama-lama membukit! Baiklah, saya
kongsikan bersama petua-petua yang berkesan untuk menabung :
1. Tanamkan MINAT Untuk Menabung
Ya. Ia syarat yang utama. Minat itu penting kerana menabung merupakan
satu pekerjaan. Ia perlu dilakukan setiap hari tanpa jemu. Tanpa minat
yang mendalam, lama kelamaan yang tinggal hanya tabung yang kosong tanpa
isi.
Macamana? Bolehkah dengan langkah pertama ini?
Anda berminat?
2. Pastikan Target Simpanan Yang Akan Ditabungkan Setiap Hari
Ini penting. Jumlah tabungan harian perlulah jumlah yang sama. Contoh
sehari RM 1. Justeru, kita akan pastikan setiap hari sebanyak RM 1 akan
dimasukan ke dalam tabung kita tanpa sehari pun tertinggal.
Jika tertinggal, maka kita akan cover balik dengan memasukan jumlah hari yang terlepas.
Sebagai permulaan, tidak perlu banyak. Jika mampu RM 0.50 maka,
menabunglah RM 0.50. Kemudian, lihatlah hasilnya setahun kemudian.
Saya yakin, pada tahun pertama anda akan begitu gembira!
3. Jenis Tabungan Yang Kukuh Dan Selamat
Saya syorkan jenis tabung anda adalah jenis yang diperbuat daripada
kayu, besi, aluminium atau ukiran tanah liat. Yang penting asalkan, ia
sukar dibuka. Jadi, wang kita sama ada syiling atau kertas akan kekal di
situ selepas setahun.
Jika terdesak pun, kita tidak akan usik wang tabungan kita kerana ia susah dibuka dan memerlukan usaha untuk memecahkannya.
4. Letak Tabung Ditempat Selamat Tetapi Mudah Lihat
Seterusnya, sewajarnya kita meletakan tabung kita ditempat yang
selamat tetapi ia mudah dilihat oleh kita. Kerana apa? Ia akan menarik
perhatian kita setiap hari di awal pagi untuk menabung.
Contoh, sebelum ke tempat kerja, sekolah atau univerisiti – tabunglah
yang akan kita lihat dan memasukan duit ke dalamnya sebelum berbuat
urusan kerja yang lain. Secara tidak langsung, ia menjadi perkara utama
yang kita lakukan setiap hari.
5. Masukan Menabung Sebagai Keutamaan Dalam Jadual Hidup
Kelihatan petua ini terlalu mudah, tetapi ramai yang gagal menabung
kerana “minda” si penabung tiada dalam agenda hidupnya. Akhirnya,
terlupa dan akan terus terlupa.
Mudah bukan, celik mata – antara perkara terawal kita lakukan ialah
masukan duit ke dalam tabung. Mulakan dengan mindsetting sebegini,
yakinlah bahawa akhirnya menabung akan menjadi sebahagian daripada
kehidupan kita.
6. Kenalpasti Punca Simpanan Tabungan Anda
Ada yang akan tertanya-tanya. Mana cukup duit saya untuk disimpan?
Maka pelbagai alasan yang akan kedengaran. Baiklah, begini sahaja. Kita
sebenarnya boleh semak seharian perbelanjaan secara menyeluruh dan akan
sedari ada barang-barang harian yang dibeli tanpa keperluan.
Jika kita gantikan ia dengan niat untuk menabung, maka wang itu akan
bermanfaat untuk tabungan kita. Bagi contoh seperti membeli surat khabar
2 jenis yang berbeza , maka kita kurangkan kepada satu. Satu akhbar
berharga RM 1.20 sudah boleh disimpan wangnya dalam tabungan kita.
Contoh lain ialah bayaran mencuci kenderaan kita motor atau kereta. Kita
rajinkan diri membasuh kereta dan wangnya tadi boleh disimpan sebagai
tabungan. Mudah bukan?
Bagaimana? Nampak laluannya?
7. Disiplin, Disiplin dan Disiplin
Wah! Penatnya membaca perkataan ini. Relaks dan tenang-tenang sahaja.
Untuk menjayakan misi menabung ini – saya perlu akui bahawa disiplin
adalah prasyarat yang harus ada amalan menabung. Tanpanya, segala impian
akan terkubur!
Bagaimana hendak disiplin?
Jawapannya : Paksa, paksa dan paksa diri. Jika sudah memiliki tabung,
maka paksalah diri untuk melaksanakannya. Jika terlupa, kita cuba cover
balik mana yang tertinggal. Yang terpenting, kita teruskan menabung
tanpa putus asa.
8. Berpegang kepada prinsip – Seringgit demi seringgit, lama-lama membukit!
Akhirnya, ialah yang harus ada kepada si pengamal amalan menabung.
Prinsip sabar, sabar dan sabar. Tiada kejayaan yang mudah dalam apa jua
lapangan dan bidang kerja. Begitu juga dengan menabung.
Sehari Seringgit, Lama-lama membukit akan menjadi kenyataan jika kita
terus cekal dalam kesabaran. Mulakan secara berperingkat-peringkat dan
bertahap. Yakinlah dengan diri sendiri.
Anda boleh!
Penutup : Rahsia Kehidupan
Yang terpenting yang saya perolehi daripada amalan menabung ini ialah rahsia mengecapi kejayaan dalam kehidupan. Apakah dia?
Itulah – istiqamah, konsisten dan berterusan. Melalui tabungan 10
tahun ini, saya telah menggunakan wang itu untuk pelbagai perkara –
termasuk perbelanjaan perkahwinan saya, membeli buku-buku ilmiah saya,
mengurus keperluan keluarga saya dan target masa hadapan ialah saya akan
gunakan ia untuk menunaikan ibadah haji pada tahun 2025 nanti.
Apakah perkara yang paling menggembirakan hasil daripada menabung?
Mengira wang simpanan yang banyak? Bagi saya tidak, yang
menggembirakan ialah apabila kita dapat memanfaatkan dan menggunakan
wang hasil tabungan untuk sesuatu yang berharga untuk diri dan keluarga
kita serta boleh disedekah kepada mereka yang memerlukan.
——
Tabung + Wang + Niat + Matlamat = Berkat!
[Wow] - Informasi

Moscow: Seorang remaja dilapor menjual daranya dengan harga sebanyak AS$30,000 (RM94,410).
Gadis berusia 18 tahun itu yang hanya dikenali dengan nama gelarannya
Shatunigha, mengiklankan jualan itu secara online, dengan menyifatkan
dirinya sebagai ‘baru dan tidak pernah diguna.’
Berasal dari Siberia, dia mencadangkan pertemuan di sebuah hotel di
Krasnoyarsk, tempat dia berharap menerima bayaran sebelum tidur dengan
lelaki yang bersedia membayar lebih daripada harga minimum yang
ditawarkannya.
Polis Russia berkata, mereka tidak akan menyiasat kes itu kerana pembeli berkenaan tidak melanggar undang-undang.
Polis Russia berkata, mereka tidak akan menyiasat kes itu kerana pembeli berkenaan tidak melanggar undang-undang.
“Saya perlukan wang dan kerana itu saya menjual barang paling berharga
saya,” katanya dalam laman lelong. menurut akhbar The Siberian Times.
Dia juga menuntut supaya wang itu diberikan secara tunai.
Lelaki yang didakwa membeli daranya ialah Eggeniy Volnov.
Bagaimanapun tidak ada butir lanjut mengenainya disiarkan.
Dia membayar lebih sedikit daripada harga yang ditetapkan remaja itu dan lelongan itu hanya berakhir satu hari saja.
“Tiada jenayah yang dilakukan. Ia juga tidak tergolong dalam kesalahan melacur,” kata seorang jurucakap polis.
Menurut laporan, remaja itu pernah menawar menjual daranya tahun lalu.
Lelaki yang didakwa membeli daranya ialah Eggeniy Volnov.
Bagaimanapun tidak ada butir lanjut mengenainya disiarkan.
Dia membayar lebih sedikit daripada harga yang ditetapkan remaja itu dan lelongan itu hanya berakhir satu hari saja.
“Tiada jenayah yang dilakukan. Ia juga tidak tergolong dalam kesalahan melacur,” kata seorang jurucakap polis.
Menurut laporan, remaja itu pernah menawar menjual daranya tahun lalu.
Global
Shanghai: Polis menyerbu sebuah rumah penyembelihan di bandar
Huai’an yang dapati menjual daging kucing tetapi mendakwanya daging
arnab kepada pengusaha restoran di wilayah Guangdong dan Guangxi.
Serbuan terbabit dilakukan selepas polis dan pegawai keselamatan makanan memperoleh maklumat mengenai kegiatan berkenaan.
Mereka menemui puluhan bangkai kucing tempatan yang sudah siap dibungkus di pusat penyembelihan palsu itu.
“Kawasan itu penuh dengan darah dan berbau busuk,” kata seorang anggota polis.
Akhbar Modern Express melaporkan, kepakaran pusat penyembelihan itu ialah menukar bangkai ribuan kucing menjadi perniagaan paling menguntungkan.
Sebahagian haiwan berkenaan dibiarkan hidup untuk dijual ke Guangdong dan Guangxi. Sementara yang lain disembelih atau dibiarkan mati sebelum dijual kepada resroran sebagai ‘daging arnab. - Agensi
Global

PELANGGAN
hanya bertuala dan menyimpan semua barang dalam almari kecil sebelum
naik ke tingkat atas untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.
Kewujudan lebih 10
sauna khusus untuk lelaki di sekitar Kuala Lumpur bukan semata-mata
untuk rawatan kecantikan, tetapi turut menjadi lokasi golongan lelaki
gay melampias nafsu sejenis.
Kegiatan sauna songsang itu semakin berkembang secara haram di sebalik lesen pusat kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Dalam tempoh dua minggu, wartawan membuat tinjauan di beberapa pusat
sauna gay sekitar Bukit Bintang, Jalan Klang Lama, Cheras dan
Brickfields.
Secara keseluruhannya, dengan bayaran sekitar RM20 hingga RM30 sekali masuk ke pusat sauna songsang, golongan gay ini boleh mendapatkan perkhidmatan bilik sauna, bilik stim serta beberapa kemudahan lain, termasuk gimnasium mini dan kafe.
Secara keseluruhannya, dengan bayaran sekitar RM20 hingga RM30 sekali masuk ke pusat sauna songsang, golongan gay ini boleh mendapatkan perkhidmatan bilik sauna, bilik stim serta beberapa kemudahan lain, termasuk gimnasium mini dan kafe.
Hasil pemeriksaan maklumat menerusi Internet membawa wartawan ke sebuah pusat sauna gay di Jalan Sultan Ismail.
Dapatkan Harian Metro
[Wow] - Berita Tempatan

PENGAKUAN dramatis Almy Nadia terpaksa menjual karipap untuk menyara keperluan seharian baru-baru ini mengejutkan ramai.
Di sebalik sensasi percintaan dan status perhubungannya bersama aktor
popular Fizz Fairuz yang kembali berputik sedang diperkatakan, kisah
karipap Almy itu seolah-oleh menunjukkan betapa pelakon yang baru
berusia 27 itu sedang dalam kesusahan untuk mencari rezeki.
"Rasanya semua itu salah faham. Itu cerita lama, saya ditemu bual
tentang perkara berkenaan sudah lama. Memang betul ketika itu saya tiada
tawaran lakonan dan daripada membuang masa melepak di KL, lebih baik
saya pulang ke kampung menolong ibu saya membuat dan menjual karipap.
Saya faham tentang tanggapan ramai apabila cerita saya jual karipap itu
tersebar.
"Ibu saya memang menerima tempahan karipap sejuk beku dan saya juga
ada mempromosikan jualan ibu menerusi akaun Instagram saya sejak sebelum
bulan puasa lagi. Jadi, memang saya tolong ibu dan saya tidak malu pun.
Cuma saya rasa ada sedikit yang tidak kena kerana ketika kisah itu
disiarkan, saya dilihat elok sahaja berada di lokasi penggambaran,"
katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri
berjudul Gadis Saza di ibu kota.
Tambah Almy dalam nada serba salah: "Seperti yang saya telah katakan,
keadaan saya tidak seteruk seperti yang disangka. Saya tetap ada kerja
dan cari duit secara halal tapi tidaklah sampai kelihatan seperti
terdesak."
Untuk drama bersiri 13 episod terbaharunya itu, Almy sibuk sehingga
16 November nanti sebelum menunggu mana-mana tawaran lain yang datang.
Ditanya tentang kepayahan hidup yang dilalui gara-gara ketiadaan
tawaran lakonan, Almy Nadia akui turun naik nasib yang dihadapi
segelintir pelakon seperti dirinya.
"Bukan pertama kali saya tiada tawaran lakonan, sebelum ini ada pernah berbulan-bulan juga saya tidak tawaran. Perkara itu biasa buat saya tapi saya okey sahaja.
"Sekarang stesen televisyen ada klasifikasi pelakon yang mereka mahukan, pelakon wanita kini ramai yang baharu. Tapi saya percaya setiap orang ada rezeki masing-masing. Saya pun faham peredaran semasa. Sekarang saya cuba tukar imej dengan berambut pendek, saya korbankan rambut panjang selama ini untuk tampil lebih segar, nampak lebih muda sikit," katanya berhasrat untuk memperbesarkan perniagaan karipap sejuk beku yang diusahakan bersama ibunya ketika ini.
Kata Almy, dia bagaimanapun bersyukur atas setiap rezeki yang diterima.
"Kekangan paling utama ialah modal, bila lama tiada tawaran lakonan, duit simpanan boleh habis untuk kegunaan harian. Jadi, saya kena stabilkan kewangan dulu. Sekarang saya berniat mahu mendaftarkan dulu perniagaan itu. Bila sudah ada sijil, barulah boleh serius dengan perniagaan. Setakat ini memang kami sudah ada pelanggan tetap, cuma kalau saya sibuk dengan lakonan, pembuatan karipap itu akan terhad sebab ibu saya memang tiada pembantu lain," jelas Almy.
Tutup helaian jualan karipap, Almy kini semakin matang apabila diajak bercakap soal masa depan. Ditanya juga tentang pengakuan Fizz yang akan menghantar rombongan merisik pada minggu depan, Almy masih berpegang kepada prinsipnya.
"Saya tidak mahu bercakap panjang tentang hal itu. Syukurlah hal pun keluar daripada mulut Fizz. Dia menunjukkan keikhlasannya dan saya lega," kata Almy.
"Bukan pertama kali saya tiada tawaran lakonan, sebelum ini ada pernah berbulan-bulan juga saya tidak tawaran. Perkara itu biasa buat saya tapi saya okey sahaja.
"Sekarang stesen televisyen ada klasifikasi pelakon yang mereka mahukan, pelakon wanita kini ramai yang baharu. Tapi saya percaya setiap orang ada rezeki masing-masing. Saya pun faham peredaran semasa. Sekarang saya cuba tukar imej dengan berambut pendek, saya korbankan rambut panjang selama ini untuk tampil lebih segar, nampak lebih muda sikit," katanya berhasrat untuk memperbesarkan perniagaan karipap sejuk beku yang diusahakan bersama ibunya ketika ini.
Kata Almy, dia bagaimanapun bersyukur atas setiap rezeki yang diterima.
"Kekangan paling utama ialah modal, bila lama tiada tawaran lakonan, duit simpanan boleh habis untuk kegunaan harian. Jadi, saya kena stabilkan kewangan dulu. Sekarang saya berniat mahu mendaftarkan dulu perniagaan itu. Bila sudah ada sijil, barulah boleh serius dengan perniagaan. Setakat ini memang kami sudah ada pelanggan tetap, cuma kalau saya sibuk dengan lakonan, pembuatan karipap itu akan terhad sebab ibu saya memang tiada pembantu lain," jelas Almy.
Tutup helaian jualan karipap, Almy kini semakin matang apabila diajak bercakap soal masa depan. Ditanya juga tentang pengakuan Fizz yang akan menghantar rombongan merisik pada minggu depan, Almy masih berpegang kepada prinsipnya.
"Saya tidak mahu bercakap panjang tentang hal itu. Syukurlah hal pun keluar daripada mulut Fizz. Dia menunjukkan keikhlasannya dan saya lega," kata Almy.
[Wow] - Kisah Artis

LOS ANGELES - Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang
di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles kelmarin menyebabkan
seorang ejen keselamatan tidak bersenjata terbunuh.
Insiden tembakan itu mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai sehingga menyebabkan mereka lari untuk menyelamatkan diri.
Penyerang terbabit dikenal pasti sebagai Paul Anthony Ciancia, 23, (gambar kecil) yang merupakan penduduk Los Angeles.
Suspek yang bersenjatakan sepucuk raifal berjaya menceroboh masuk
melalui sebuah pusat pemeriksaan di lapangan terbang itu sejurus selepas
pukul 9 pagi waktu tempatan kelmarin.
Tembakan rambang itu berakhir kurang dari 10 minit selepas polis menembak dan mencederakannya.
Media Amerika Syarikat melaporkan, Pentadbiran Keselamatan
Pengangkutan (TSA) pada malam kelmarin mengenal pasti pegawai yang maut
sebagai Gerardo Hernandez, 39.
Ciancia yang dipercayai mempunyai dendam terhadap pegawai TSA turut mencederakan tujuh orang.
Menurut Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti, Ciancia masih membawa sejumlah peluru ketika dia ditahan polis.
"Terdapat lebih 100 peluru lagi yang boleh membunuh sesiapa sahaja di terminal pada hari ini (kelmarin)," kata Garcetti.
Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memberitahu bahawa Ciancia merupakan seorang yang suka bersendirian.
Sejumlah 750 penerbangan tergendala selepas Pentadbiran Penerbangan
Persekutuan membatalkan jadual penerbangan pada hari kejadian.
Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung motif serangan itu. - Agensi
Global

DERA ISMAIL KHAN, Pakistan - Beberapa anggota pejuang pergerakan
Taliban di Pakistan mengebumikan secara rahsia pemimpin mereka,
Hakimullah Mehsud selepas dia mati dibunuh dalam satu serangan dron
milik tentera Amerika Syarikat (AS).
Puak Taliban itu juga berikrar akan melakukan satu siri serangan
pengebom berani mati selepas Hakimullah mati kelmarin di kubu kuat
pergerakan tersebut di Miranshah, barat laut Pakistan.
Kerajaan Pakistan turut mengutuk pembunuhan itu.
Seorang pejuang Taliban berkata, serangan dron itu berlaku semasa
Hakimullah menaiki sebuah kenderaan setelah menghadiri satu mesyuarat
dengan para pemimpin pergerakan tersebut.
Menurutnya, mayat Hakimullah dapat dikenal pasti selepas serangan tersebut berlaku.
Dia berkata, seorang pengawal peribadi dan pemandu Hakimullah turut terbunuh.
Sumber-sumber keselamatan Pakistan menyatakan, beberapa anggota
Taliban mengebumikan ketua mereka secara rahsia pada waktu malam kerana
takut tentera AS akan menghantar dron untuk melakukan serangan di
kawasan pengebumian itu.
"Setiap darah yang mengalir dari tubuh Hakimullah akan diganti dengan
satu serangan pengebom berani mati," kata seorang jurucakap Taliban,
Azam Tariq.
"Amerika dan rakan-rakannya tidak sepatutnya gembira kerana kami akan
melakukan serangan balas untuk darah pejuang syahid kami," tambahnya.
Hakimullah mengambil alih sebagai ketua pergerakan tersebut yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda pada tahun 2009.
Dua ketua pergerakan itu terbunuh dalam serangan dron milik tentera AS sebelum ini.
Beberapa komander Taliban akan mengundi untuk memilih timbalan Hakimullah, Khan Said sebagai ketua yang baharu.
Khan dipercayai dalang dalam satu serangan ke atas sbeuah penjara di
barat laut Pakistan yang menyebabkan 400 orang banduan dibebaskan pada
tahun 2012 serta serangan terhadap sebuah pangkalan tentera laut
Pakistan. - Reuters
Global
AHLI kumpulan rock terkenal Metallica mengakui mereka sukakan muzik yang dibawa oleh penyanyi remaja Justin Bieber.
Vokalis utama Metallica, James Hetfield memberitahu Rock Magazine
Justin adalah seorang artis berbakat besar dan turut mengelar diri
mereka sebagai 'Beliebers'.
"Saya berpendapat bukan mudah untuk menjadi Justin kerana selain
berbakat besar dia terpaksa berhadapan dengan semua perhatian yang
diberikan kepadanya pada usia muda.
"Bukan mudah untuk menghadapi situasi tersebut dan dia adalah seorang yang berani," katanya.
Sementara itu, pemain bass Metallica Robert Trujillo memberitahu dia
berharap Justin akan meninggalkan beberapa tabiat buruk seperti
dilaporkan media sebelum ini dan fokus kepada bidang muzik.
"Jika dia tidak mengubah sikapnya saya tidak mahu lagi menjadi 'Beliebers'," ujarnya.
Justin telah merakamkan semula sebuah lagu kumpulan itu yang berjudul Fade to Black yang popular sekitar tahun 1984.
[Wow] - Selebriti
SHAH ALAM: Pelakon Nad Zainal menafikan dia dan kekasihnya,
aktor Azman Kombos telah putus cinta seperti mana dilaporkan oleh sebuah
akhbar baru-baru ini.
Nad atau nama sebenarnya Nadia Zainal, 23, berkata, hubungan mereka
masih berjalan seperti biasa dan memberitahu tidak pernah timbul
sebarang masalah dalam percintaan mereka.
"Sejujurnya saya tidak pasti bagaimana cerita berkenaan boleh timbul
kerana hubungan kami masih berjalan seperti biasa dan bukannya seperti
dilaporkan.
"Malah saya sendiri tidak mengetahui berita berkenaan dikeluarkan
sehingga ada kenalan yang memberitahu saya," katanya kepada mStar Online
ketika ditemui pada majlis Debaran Anugerah Skrin 2013 yang diadakan di
Plaza Alam Sentral di sini, malam Jumaat lalu.
Pada acara yang mengumumkan lima pencalonan terbaik bagi 30 kategori dipertandingakan, Nad tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Mawar Pitih Tanda Perpisahan arahan Bade Azmi.
Dalam perkembangan berkaitan, Nad berkata, cerita berkenaan timbul
mungkin disebabkan dia tidak lagi memuat naik gambar bersama kekasihnya
di laman Instagram seperti sebelum ini.
Jelas Nad, selepas ditimpa beberapa kontroversi sebelum ini, dia
memilih untuk bersikap 'low profile' tentang hubungan cinta mereka
kerana bimbang akan menimbulkan salah faham peminat.
"Kami berdua lebih selesa untuk tidak mendedahkan kisah percintaan
melebihi daripada kerjaya masing-masing tambahan pula kami sedang
membina tapak dalam industri.
"Jika terlalu mendedahkan tentang kisah-kisah peribadi bimbang ia akan menimbulkan masalah lain kemudian hari," jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai tunggakan pembayaran baki akhir
teater Maduku Kalut yang gagal dilunaskan pihak produksi sebelum ini,
Nad menjelaskan masalah itu telah pun selesai.
Kata Nad, pihak penerbit iaitu Mohd Amer Shafiq Khalip telah
menjelaskan baki pembayaran kepadanya yang tertunggak sehingga
menimbulkan kontroversi.
"Sudah tiada masalah kerana saya telah menyelesaikan tanggungjawab
untuk teater berkenaan dan pihak penerbit sudah membuat pembayaran
kepada saya," ujarnya.
Sementara itu, Nad memberitahu dia sangat merendah diri apabila
tercalon dengan nama-nama besar dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik
Drama ASK 2013 seperti Datin Umie Aida, Nora Danish, Sharifah Amani dan
Sherie Merlis.
Kata Nad, dia berbangga tercalon dalam kategori itu dan sudah menganggap ia sebagai satu kemenangan buatnya sebagai pelakon.
"Soal menang atau kalah bukan isu kerana saya sudah cukup gembira
apabila nama tersenarai dengan semua pelakon-pelakon hebat dalam
kategori sama," katanya.
[Wow] - Gosip Hiburan
TAIPEI- TAIWAN - Itik kuning gergasi yang sinonim sebagai lambang
keamanan antarabangsa setinggi 18 meter terletak di utara daerah Taoyuan
menjadi sebahagian daripada 'mangsa' gempa bumi bermagnitud 6.3,
semalam.
Media tempatan melaporkan, itik gergasi yang bakal dipamerkan ketika
pameran Florentijn Hofman itu terpaksa dibaiki selepas dilaporkan bocor.
Kelmarin, gempa bumi kuat itu turut dirasai penduduk tempatan termasuk menggegarkan beberapa bangunan sekitar bandar Taipei.
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments