Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Aiman Hakim Bengang Dituduh Tak Berdisiplin
NAMA Aiman Hakim Ridza, 24, sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan tanahair.

Mula meningkat naik sewaktu drama bersiri Vanila Coklat yang dilakonkan bersama pelakon Izara Aishah disiarkan di kaca televisyen, dia kini terus melangkah jauh menerajui pelbagai lagi drama bersiri lain.

Terbaru, namanya sedikit tercalar apabila ada suara sumbang di luar sana yang mengaitkannya dengan masalah disiplin ketika bekerja dengan sebuah produksi.
Kecewa dengan tuduhan itu, Aiman memberi penjelasan mengenai perkara itu melalui Harian Metro.

“Selama ini saya tiada masalah bekerja dengan mana-mana produser dan pengarah, apatah lagi lakonan adalah sumber pendapatan.

“Saya sedih apabila ada pihak menuduh saya secara melulu, sepatutnya mereka dengar daripada saya juga apa sebenarnya yang terjadi. Cerita yang disebarkan secara sampai menyampai itu daripada seinci boleh jadi sedepa panjangnya dengan tokok tambah.

“Namun cubalah fikir, adakah logik selepas penggambaran bermula sejak 8 pagi dan selesai jam 6 pagi keesokannya, produksi mahu saya datang semula ke lokasi jam 11 pagi hari yang sama. Saya bukanlah mesin dan perlu berehat. Lokasi pula jauh yang mengambil masa hampir sejam perjalanan dari Kuala Lumpur.

“Jadi kepada mereka di luar sana yang tak tahu apa-apa mengenai kerja produksi, jangan terus menjatuh­kan hukuman ke atas saya dan janganlah hentam saya sesuka hati!” tegasnya.

Ada benarnya kata-kata Aiman itu. Iyalah, mana ada manusia yang sempurna. Kalau setakat silap sikit, tak perlulah dicanang dan ditokok-tambah melampau-lampau.
Sabarlah Aiman. Kalau tiada dugaan, tiadalah pengalaman.



36 Hari Sikat Rambut, Berbual Dengan Mayat Isteri
Kematian orang yang dikasihi memang sukar diterima. Bagaimanapun seorang suami di Kajang mengharungi detik sedih dalam kehidupannya dengan cara yang tidak masuk akal.

Seolah-olah menolak realiti lelaki ini terus membiarkan mayat isteri kesayangannya yang sudah meninggal dunia di rumah tanpa memberitahu sesiapa tentang kematian tersebut apatah lagi melakukan upacara pengebumian.

Selama 36 hari sebelum kelakuannya ini terbongkar, Wong Tuck Wei, 40, mendudukkan mayat si isteri, Lim Ah Tee, 42, di kerusi menghadap tingkap di bilik mereka dan menyikat rambutnya serta berbual dengan mendiang setiap hari, seperti biasa.

Kematian ini langsung tidak disedari anak tunggal pasangan berkenaan kerana bapanya memberi alasan ibunya sakit dan perlu berehat di bilik tingkat atas kediaman mereka di Taman Damai Perdana.

Segalanya hanya terbongkar selepas abang Ah Tee berkunjung ke kediaman tersebut dan terkejut dengan perkara ini lalu menasihatkan Tuck Wei melaporkannya kepada polis.

Menurut Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab,Tuck Wei membakar banyak setanggi, membuka kipas dan tingkap bilik selain meletakkan tuala basah di sekeliling tubuh mayat bagi menghilangkan bau busuk.

Apa yang menghairankan pihak polis ujarnya, tiada ulat langsung yang hinggap di badan mayat kecuali seekor kumbang.

Mayat dilaporkan sudah mereput dengan daging tertanggal daripada kulit hingga tinggal tengorak.

“Namun, keadaan rambutnya kemas dan cantik kerana disikat setiap hari,” kata Ab Rashid.
Sumber: BERITA HARIAN ONLINE




HYDERABAD – Sekurang-kurangnya 44 terbunuh semalam bas yang mereka naiki dan dipandu laju meletup lalu terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di lebuh raya di selatan India, kata polis. Hanya lima penumpang termasuk pemandu berjaya menyelamatkan diri.

Tragedi berlaku selepas bas terbabit merempuh kawasan yang sedang dibaik pulih di lebuh raya antara bandar raya Bangalore dan Hyderabad, sebelum tertusuk tangki minyak, kata jurucakap polis tempatan, Venkateshwarlu.

“Bilangan penumpang yang terbunuh adalah 44 orang termasuk kanak-kanak,” kata jurucakap.

Daripada 49 orang di dalam bas, lima termasuk pemandu dan pencuci bas, memecahkan tingkap dan menyelamatkan diri sebelum api marak, menyebabkan yang lain terkorban.

“Pemandu dan pencuci cuba melarikan diri tetapi polis berjaya menahan mereka dan kini ditahan untuk disoal siasat,” kata Venkateshwarlu, sambil menambah tiga lagi mangsa yang terselamat dimasukkan ke hospital.

Laporan media menyebut kebanyakan penumpang tidur ketika bas terbakar kira-kira 140 kilometer ke tenggara bandar raya Hyderabad, menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan diri.

Kebanyakan mangsa tidak dapat dikenali kerana rentung.
Kira-kira 140,000 maut dalam kemalangan jalan raya di India pada 2012, menurut Biro Catatan Jenayah Kebangsaan.

Keadaan jalan raya yang teruk, kenderaan dipandu laju dan kaedah pemanduan tidak berhati-hati menjadi antara faktor penyumbang dan kemalangan bas dengan angka kematian lebih ramai bukan asing di negara itu.
Mei lalu, sekurang-kurangnya 33 maut apabila bas terlebih muatan tergelincir dan terjunam ke dalam sungai di negeri Himachal Pradesh. – AGENSI





SEGERA: Pengawal Bank Buat Hal Lagi, Kali Ni TERLEPAS Tembak Di Kaunter Juruwang

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini Rabu, untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi, lelaki berusia 53 tahun terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan menggunakan pump gun di bahagian belakang kaunter juruwang.

“Ketika kejadian pengawal itu ditugaskan berkawal di ruang antara bilik kebal di ruang belakang kaunter juruwang dan siasatan lanjut mendapati dia mempunyai lesen senjata api yang sah.

“Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata tembakan itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan. – BERNAMA



Dari berita yg dibaca, adik beradik memang penagih heroin dan mereka mencuba dadahKrokodil yg berasal dari russia ni dlm setahun lebih yg lalu sebab harga dadah ni 10 ganda lebih murah dari heroin dan lebih stimm dari heroin..dlm masa sebulan baru nampak efek kata mereka..sampai laa ke hari ni dan inilah gambar terbaru mereka..

Mereka pada mulanya tidak tahu dadah yg mereka hisap tu Krokodil,iaitu campuran dari kodien dan bahan toxic seperti gasoline dan gas lighter,selang seminggu mereka mula sakit perut dan tak sampai sebulan si kakak terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana sakit yg melampau..

Krokodil diambil nama sempena nama buaya di russia sebab kesan dadah ni menyebabkan kulit penagih jadi keras yg mengerutu dan bersopak sopak mcm kulit buaya tu.




KITA sering terdengar akan pihak yang mendakwa telefon Nokia sebagai telefon yang “tidak boleh dimusnahkan”, nampaknya segalanya mungkin akan berubah.

Seorang penjaga stesen minyak di Florida, AS telah ditembak oleh perompak semalam didapati masih lagi hidup apabila peluru yang ditembak oleh perompak tersebut telah dihentikan oleh telefon pintar, HTC EVO 3D yang disimpan di poket hadapan beliau.

Penjaga stesen minyak tersebut bersama seorang lagi pekerja didatangi perompak yang mengarahkan mereka supaya membuka peti keselamatan. Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai akses kepada peti tersebut. Dengan penuh kecewa, perompak tersebut bertindak dengan menembak mangsa. Tembakan tersebut terkena pada dada mangsa namun peluru tersebut dihentikan oleh telefon pintar HTC yang mempunyai ketebalan 12mm tersebut.

Menurut pihak polis, mangsa langsung tidak perasan bahawa beliau telah ditembak hingga beliau mengeluarkan telefon tersebut dari poket beliau.

Setelah melihat laporan berkenaan dengan perkara tersebut, HTC telah menghubungi mangsa selain menghantar ‘pakej saguhati’ berupa peranti THC One serta aksesori tambahan untuk telefon pintar baru beliau.




Bocor Rahsia Pesakit Jumpa Doktor Psikiatri, Pusat Perubatan UKM Kena Bayar RM400K
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini Rabu memerintahkan pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan tiga yang lain membayar ganti rugi sejumlah RM400,000 kepada seorang pesakit kerana melanggar kerahsiaan dan memfitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu selepas mahkamah berpuas hati bahawa plaintif, Mohd Zairi Rasidi Abd Hadi, berjaya membuktikan kesnya terhadap empat defendan itu.

Mohd Zairi, 36, merupakan pesakit di Klinik Psikiatri PPUKM, memfailkan saman itu tahun lepas menamakan pengarah PPUKM; Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang menguruskan dan mengendalikan operasi PPUKM; Khairulnizam Nordin dan Zulkefli Mohd Rusly sebagai defendan selepas rekod perubatannya didedahkan kepada pihak ketiga.

Mohd Zairi, yang merupakan ketua komuniti di kawasan kejiranannya dan aktif dalam aktiviti pencegahan jenayah di Kg Muhibbah 2 di Puchong, memfailkan saman melanggar kerahsiaan dan memfitnah.

Vazeer dalam keputusannya memerintahkan pengarah PPUKM dan UKM membayar sejumlah RM200,000 bagi melanggar kerahsiaan manakala dua lagi defendan diarah membayar sejumlah RM200,000 bagi memfitnah.

Beliau juga memerintahkan kesemua defendan membayar sejumlah RM25,000 sebagai kos perundangan kepada plaintif.

Dalam penghakiman ringkasnya, Vazeer berkata apa yang jelas ialah nama baik plaintif telah tercemar berikutan pelanggaran kerahsiaan oleh kedua-dua defendan dan beliau dapat memahami bahaya yang ditimbulkan terhadap plaintif.

Beliau berkata di sisi undang-undang, pengarah PPUKM dan UKM bertanggungjawab untuk memastikan kerahsiaan maklumat perubatan pesakit dilindungi dan tidak disebarkan sewenang-wenangnya.

Vazeer menegaskan profesional perubatan dan hospital perlu menjaga rahsia pesakit dengan serius, jika tidak kepercayaan orang ramai terhadap profesion perubatan dalam menyimpan rahsia maklumat pesakit akan hilang.

“Perlu ada pemeriksaan ketat dalam sistem untuk memastikan pihak tidak bertanggungjawab tidak mempunyai akses kepada sistem itu atau orang yang mempunyai akses kepada sistem itu tidak menyalahgunakannya,” katanya.

Katanya satu lagi perkara yang mengusarkan dalam kes ini ialah kegagalan pengarah PPUKM menyiasat aduan plaintif apabila beliau membuat laporan.

Vazeer berkata pengarah dilihat tidak mengambil serius aduan itu untuk mengarahkan siasatan segera dilakukan untuk menyiasat bagaimana dokumen dicetak daripada sistem dan siapa yang bertanggungjawab melakukannya.

“Pelanggaran seumpama itu perlu disiasat segera,” katanya.
Beliau berkata plaintif juga telah digelar ‘orang gila’ oleh penduduk di kejiranannya.

“Saya sendiri dapat merasai kepedihan dan penderitaan emosinya semasa memberikan keterangan di mahkamah. Masyarakat kita masih belum dapat menerima hakikat bahawa seseorang yang berjumpa pakar psikiatri hanya berupa perjumpaan dengan profesional perubatan. Terdapat terlalu banyak prejudis terhadap sesiapa yang mendapatkan rawatan psikiatri,” katanya.

Vazeer berkata plaintif dalam keterangannya berkata beliau menghidapi kemurungan teruk dan sebab itu beliau mendapatkan rawatan di PPUKM dan beliau amat kecewa kerana kepercayaan yang diberikan kepada PPUKM untuk merahsiakan rekod perubatannya telah dilanggar oleh dua defendan itu.

Beliau berkata dalam perbicaraan pada 23 April tahun lepas, saksi kedua plaintif berkata beliau nampak dua defendan (Khairulnizam dan Zulkefli)mengedarkan salinan dokumen mengandungi butiran peribadi dan rekod perubatan rawatan plaintif di PPUKM kepada penduduk Kg Muhibbah dan plaintif sendiri turut menerima salinan dokumen itu.

Vazeer berkata ini jelas menunjukkan cubaan mereka (Khairulnizam dan Zulkefli) untuk mencemarkan nama baik plaintif.

Beliau berkata dokumen itu merupakan cetakan komputer dengan tajuk “Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Maklumat Pesakit” dan mengandungi maklumat mengenai tarikh temujanji plaintif di Klinik Psikiatri serta jenis ubat yang diberi kepadanya. – BERNAMA
*gambar hiasan.
Mohd Shukri Dahlan

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan individu pertama yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mayat pegawai wanita selepas ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan fokus utama mengesan individu pertama yang menyebarkan gambar mangsa sehingga berleluasa di laman sosial.

Beliau berkata, polis juga akan menyiasat petugas bank terbabit memandangkan gambar yang disebar adalah dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.

"Kita masih siasat dari mana asal penyebaran gambar ini malah kita juga sudah ambil rakaman percakapan dua anggota polis. Kita akan lakukan siasatan terperinci," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Dalam kejadian itu, Norazita Abu Talib, 37, ditembak dengan senjata api jenis 'pump gun' oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, juga tersebar di laman sosial.

Bagaimanapun, Mohd Shukri enggan mengulas lanjut berkaitan suspek namun mengesahkan 11 individu, termasuk tiga anggota keluarga lelaki itu, ditahan bagi membantu siasatan setakat ini. - Bernama
Gary lamar Ji Hyo
TERKENAL dengan jolokan ‘Monday Couple’ dalam program Running Man, Gary dan Song Ji Hyo, terus membuatkan peminat mereka menjerit kegembiraan.

Dalam episod terbaru, Gary dan Ji Hyo perlu membuka helmet menggunakan kunci dan Haha secara spontan telah mengusik Ji Hyo dengan menyuruh mereka berkahwin jika Ji Hyo dan Gary berhasil membuka helmet tersebut.

Namun sebaik Ji Hyo berjaya membuka helmet Gary, Gary secara spontan mengajak Ji Hyo ke gedung perkahwinan dan mengharapkan rakaman episod tersebut dapat diselesaikan segera.

Beberapa peminat yang sudah menonton rakaman berkenaan mengharapkan Gary benar-benar berkahwin dengan Ji Hyo, apatah lagi peserta tunggal wanita dalam program itu dikatakan sudah kembali single.
Jonas Brothers mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan mereka dan mengakui ia bukan keputusan yang mudah.
TRIO adik-beradik yang dianggotai oleh Kevin, Nick dan Joe iaitu Jonas Brothers telah mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan tersebut.
Kevin yang mewakili adik-adiknya berkata, mereka mahu membina kerjaya solo namun mengakui bukan mudah untuk berpisah sebagai sebuah kumpulan.
"Ia telah berakhir walaupun sukar untuk kami membuat keputusan itu kerana sebelum ini kami berkongsi segala-galanya," katanya kepada majalah People.
Jonas Brothers membuat kemunculan pertama pada tahun 2005 dan telah melancarkan tiga buah album iaitu It's All About Time, A Little Bit Longer dan Lines, Vines and Trying Times.
Anuar Zain
PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain tidak mempersoalkan lagu popularnya Lelaki Iniyang dinyanyikan semula oleh artis Indonesia, Cakra Khan menggunakan lirik berjudulTak Bisa Pilih.
Anuar berkata, ia disebabkan lagu ciptaan komposer Indonesia, Numata itu yang diikat kontrak dengan syarikatnya iaitu Anuar Zain Network sudah pun tamat pada lima tahun lalu.
"Eksklusif lagu tersebut dengan syarikat saya telah lama tamat tempohnya lebih kurang lima tahun lalu.
"Jadi terpulanglah pada komposer itu (Numata) untuk berbuat apa sahaja ke atas lagu ciptaannya," katanya kepada mStar Online menerusi e-mel yang dikirimkan si sini pada Rabu.
Tambah Anuar, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan perubahan lirik lagu tersebut kerana ia adalah hak komposer terbabit sama ada ingin membuat pembaharuan pada lagu tersebut ataupun tidak.
Cakra Khan
Sebaliknya kata Anuar dia berasa bangga kerana lagu itu dimaksimumkan penggunaannya dan sebagai penyanyi asal, Anuar berbesar hati apabila karya berkenaan dinyanyikan oleh bintang berbakat seperti Cakra Khan.
"Saya bersyukur kerana dapat bekerjasama dgn penggiat seni Indonesia yang amat profesional dan setakat ini tidak ada apa-apa masalah pun dengan Numata untuk dia mengubahsuaikan lagu berkenaan kerana itu adalah haknya.
"Bagaimanapun saya masih belum pernah mendengar lagu itu dalam lirik baharu dan akan mendengarnya. Tahniah saya ucapkan kepada Numata yang juga sahabat saya terhadap ilham yang datang untuk membuat pembaharuan pada lagu itu," ujar Anuar. mStar
Shila (kanan) bersama Darren Choy.
PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah sedia menerima pelakon Johan As'ari sebagai bakal suami sekiranya mereka ada jodoh.
Shila berkata, setakat ini Johan antara sahabatnya yang paling rapat tetapi dia tidak dapat mengesahkan hubungan itu serius seperti pasangan bercinta.
"Kami lebih selesa akrab tanpa perlu meletakkan ia sebagai satu hubungan pasangan bercinta.
"Johan juga antara sahabat saya yang paling rapat dan saya terima dia dengan hati terbuka sekiranya dia merupakan jodoh saya satu hari nanti," katanya.
Hubungan Shila dengan Johan As'ari bukan lagi rahsia.
Shila ditemui pada majlis pengisytiharannya sebagai artis naungan Warner Music Malaysia di Hotel Royale Bintang, Damansara di sini pada Rabu.
Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu itu, Johan muncul dalam hidupnya sebelum dia mengerjakan umrah pada Mac lalu dan kehadiran lelaki itu seperti memberikan aura positif padanya serta keluarga.
"Saya percaya ibu dan ayah mempunyai perasaan yang kuat terhadap kawan-kawan anak mereka di mana mereka boleh mengagak baik buruknya perangai seseorang itu.
"Alhamdulillah dia (Johan) hadir dalam hidup kami membawakan aura positif dan kalau nak tahu mak saya dan mak dia sudah lama berkenalan rupa-rupanya.
"Ini membuatkan jalinan antara keluarga kami juga semakin kuat. Dan pada masa sama saya dan Johan saling memberi semangat dalam kerjaya masing-masing," ujarnya.
Sementara itu, Shila yang kini menetap di China bersyukur dapat bernaung di bawah Warner Music kerana ia lebih memudahkannya dalam menguruskan kerjaya seninya di Malaysia.
"Sekarang ini saya muncul dengan album baru berjudul Shila Amzah. Memandangkan saya banyak menghabiskan masa di China, saya memerlukan sesebuah pengurusan yang boleh mempromosikan album saya di negara ini.
"Selepas pihak Warner menawarkan saya berada di bawah naungan mereka, saya rasa ini adalah peluangnya di mana kontrak diikat mengikut bilangan album yang dikeluarkan," tuturnya.
Turut hadir pada majlis itu, bapa Shila iaitu N.D Lala serta Ketua Pegawai Eksekutif Warner Music, Darren Choy.