Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

diana amir, gambar diana amir, pasangan baru suami isteri, majlis perkahwinan diana amir, pelakon, hiburan

Alhamdulillah, hari ini Diana Amir atau nama penuhnya Nordiyana Amir Hashim sah bergelar isteri kepada Habib A Rahman.Majlis berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. Tahniah kepada kedua mempelai.Semoga perhubungan Diana Amir dan suaminya kekal ke Jannah.

diana amir, gambar diana amir, pasangan baru suami isteri, majlis perkahwinan diana amir, pelakon, hiburan

diana amir, gambar diana amir, pasangan baru suami isteri, majlis perkahwinan diana amir, pelakon, hiburan
 diana amir, gambar diana amir, pasangan baru suami isteri, majlis perkahwinan diana amir, pelakon, hiburan
penyanyi, pemain muzik violin, hazama, artis, hiburan, Gossip Artis,

Penyanyi, Hazama Ahmad Azmi, 29, akui keluarga kedua-dua belah pihak tidak pernah menghalang hubungan cintanya yang terbaru bersama pemuzik wanita, Genervie Kam, 33.
Malah Hazama berkata dia dan kekasihnya yang berbeza agama itu sudah pun dibawa jumpa keluarga masing-masing.
 
"Keluarga saya mahu pun dia tidak pernah menghalang hubungan kami, malah kami sudah bawa berjumpa dengan keluarga masing-masing untuk diperkenalkan.

penyanyi, pemain muzik violin, hazama, artis, hiburan, Gossip Artis,

"Kami baru menjalinkan hubungan selama 6 bulan dan saya masih anggap kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing, namun tak dinafikan saya cukup selesa dengannya.
"Dia seorang yang sangat memahami akan diri dan kerjaya saya. Kami juga sekepala dalam banyak perkara mungkin kerana berada dalam satu industri.

"Malah, saya seronok bersamanya kerana kami banyak berbincang pasal muzik dan kerjaya bersama dan bukan hanya hendak bercinta sahaja,"katanya kepada murai.com.my selepas sidang media Anugerah Industri Muzik yang ke 20 (AIM 20) semalam.

Sejak awal bulan lalu, nama Hazama sering menjadi perbualan di kalangan media dan peminat kerana dikatakan sedang berkawan rapat dengan pemuzik itu yang juga seorsng pemain violin terkenal itu. Sebelum ini Hazama telah mejalinkan hubungan cinta selama 7 tahun dengan bekas kekasihnya.

Meskipun berbeza agama, Hazama memberitahu dia gembira kerana Genervie seorang yang terbuka dan minat untuk mengetahui beberapa perkara tentang agama Islam sejak mereka menjalinkan hubungan.

"Saya tak pernah memaksanya untuk mendalami agama Islam atau sebagainya sebaliknya saya lihat dia seorang yang suka bertanya mengenai beberapa perkara mengenai budaya Islam seperti mengapa orang Islam makan buah kurma ketika berbuka puasa.

"Saya hanya jawab dengan jawpan yang logik dan tanpa memberatkan dia mengenai Islam selebihnya. Terus-terang saya tidak mahu memaksanya untuk mendalami agama Islam atau memeluk Islam sebaliknya biarlah dia terima Islam dengan hati yang terbuka. Itu yang saya harapkan," luahnya lagi.
 
Mengenai perkembangan terbaru Hazama, dia sedang mempromosikan album Penglipur Lara dan bakal muncul dalam filem Hantu Nan Sempit tak lama lagi.
murai.com.my
 
chacha maembong, pelakon, artis, hiburan, Gossip Artis, adik emma maembong

Chacha Maembong Patah Tangan Kanan - Adik kepada Emma Maembong iaitu Chacha Maembong dilaporkan patah di bahagian pergelangan tangan kanannya akibat terjatuh di lokasi penggambaran drama slot akasia, malam tadi.

Media Hiburan online yang menghubungi pengurusnya iaitu Faliq, mengesahkan hal tersebut.
 
“Ya, Chacha Maembong terjatuh selepas keluar dari tandas. Mula-mula dia diamkan saja tetapi selepas kesakitannya mulai terasa, dia memberitahu pihak produksi. Kemudian dia dibawa ke klinik.
 
“Melihatkan sesuatu yang dirasakan serius, doktor merujuknya ke hospital. Selepas menjalani imbasan x-ray, doktor mengesahkan pergelangan tangannya retak. Tangan Chacha Maembong perlu disimen untuk tempoh tiga minggu,” ujar Fali
Justin Bieber, Justin Bieber kemalangan, justin bieber mati dalam kemalagan, artis antarabangsa, penyanyi

Justin Bieber meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Route 80 antara Morristown dan Roswell. Beliau telah disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik kemalangan kenderaan dan telah dikenal pasti melalui kad pengenalan  yang ditemui  pada tubuhnya. Paramedik juga menyatakan tiada kesan ubat dan alkohol pada badan mangsa yang mungkin menjadi faktor dalam kemalangan ini.

Penyiasat Keselamatan Lebuhraya telah memberitahu pemberita bahawa Justin Bieber hilang kawalan semasa memandu kenderaan rakan di Interstate 80 dan kereta berkenaan telah terbalik dan berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan beliau mati serta merta di tempat kejadian. 

Kenderaan itu dipercayai telah bergerak pada kira-kira 95 batu sejam dalam zon 55mph pada masa kemalangan.

Saksi telah memberitahu bahawa kereta Justin Bieber melintasi garisan berkembar beberapa kali sebelum kemalangan dan melanggar tembok pembahagi jalan yang  menyebabkan kenderaan mangsa terbalik dan berpusing.

Ujian toksikologi akan dilakukan untuk menentukan sama ada beliau telah memandu di bawah pengaruh  daha atau pun alkohol.  Bagaimanapun,  penemuan awal menunjukkan bahawa atau dadah dan alkohol bukan penyebab pada kemalangan ini kerana ia adalah lebih cenderung keadaan jalan raya.

Majlis pengkebumian  untuk Justin Bieber belum diumumkan dan dijangkakan majlis diadakan secara tertutup disebabkan trauma yang  ini dijangka menjadi pengebumian keranda tertutup disebabkan oleh trauma yang teruk.
Walaubagaimana pun, kesahihan berita ini masih belum dipastikan. Ini kerana terdapat laporan beliau bukan mati disebabkan kemalangan.

Sumber : travelerstoday.com


SYDNEY – Nampaknya tiada sebarang batasan untuk sesiapa menunjuk-nunjuk kemewahan masing-masing kepada umum.

Sebuah syarikat Australia semalam dilaporkan menjadi pengeluar pertama kertas tandas diperbuat daripada emas dengan harga AS$1,376,900 (RM4,346,666).
Menurut laman sesawang syarikat Toilet Paper Man itu, kertas tisu itu menggunakan emas 22 karat dan setiap satu gulung disertakan sebotol champagne percuma.

“Setiap pesanan akan dihantar sendiri kepada pelanggan kami,” katanya. Bagi sesiapa yang bimbang kertas tisu emas itu tidak menyediakan kebersihan sepatutnya, syarikat terbabit berkata, mereka memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku.
Kata jurucakapnya, produk itu dihasilkan dalam tiga lapisan untuk memberikan keselesaan maksimum.

“Kami mendapat idea untuk menghasilkan kertas tisu ini selepas melihat beberapa hotel di Dubai menggunakan kelengkapan bersalut emas,” katanya. Menurut jurucakap itu, mereka menghabiskan masa empat tahun untuk menghasilkan segulung produk berkenaan.
“Ini adalah kertas tisu tandas paling mahal di dunia,” katanya. Setakat ini hanya satu gulung dihasilkan dan ia dijamin selamat digunakan. – Agensi


Bogota – Sekumpulan wanita di pekan kecil Barbacaos, barat daya Colombia dilaporkan melancarkan mogok seks kedua dalam tempoh dua tahun, menuntut agar jalan raya ke daerah terpencil mereka diturap semula.
Digelar sebagai “pergerakan silang kaki”, kumpulan wanita terbabit enggan berasmara dengan pasangan mereka hingga jalan raya yang menghubungkan pekan kecil itu ke seluruh negara diperbaiki, menurut seorang wartawan berpangkalan di Colombia, John Otis.
Dan tindakan mereka mungkin membuahkan hasil. Akhbar tempatan melaporkan yang kerja pembinaan mula dilakukan di jalan sehala yang dalam keadaan sangat uzur itu hinggakan perjalanan ke hospital berdekatan mengambil masa 14 jam dan ramai penduduk yang sakit mati sebelum sempat tiba ke hospital.
“Jika anda mahu menghantar satu kontena barangan Colombia ke China, kos untuk membawanya ke pelabuhan Colombia lebih mahal berbanding kos menghantar barangan itu dari pelabuhan Colombia ke China,” kata Otis.
Wanita di pekan itu pertama kali melancarkan mogok enggan berasmara dengan pasangan mereka pada 2011 sebagai membantah keadaan jalan raya yang uzur, dengan hakim Marybell Silva turut menyertai mogok itu selepas menyaksikan seorang wanita muda mati bersama anak dalam kandungannya kerana ambulans terkandas di jalan raya dan gagal tiba tepat pada waktunya di hospital. – Agensi
Ezad
PETALING JAYA – Penyanyi Ezad Lazim cemas apabila isterinya Nor Azeana Ramli mengalami kebocoran air ketuban selain disahkan terdapat perbezaan jenis darah antara ibu dan bayi dalam kandungan yang baharu sahaja mencecah tujuh bulan.
Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 34, berkata, pada mulanya dia bingung apabila dijelaskan doktor mengenai keadaan isterinya kerana ia merupakan kali pertama bakal menimang cahaya mata.
“Saya dan isteri tiada pengalaman dalam hal sebegini kerana belum pernah menyambut ahli baharu dalam keluarga dan ingatkan keadaannya tidak serius tetapi apabila dijelaskan oleh doktor barulah saya menyedari ia serius.
“Nasib baik kami cepat merujuk masalah tersebut ke hospital dan isteri saya masih ditahan di Hospital Ampang untuk pemerhatian lanjut. Anak dalam kandungan pun selamat,” katanya kepada mStar Online.
Faktor jenis darah (Rh) yang berbeza antara ibu dan anak dalam kandungan kebiasaannya tidak terjadi untuk kehamilan yang pertama namun apabila keadaan itu berlaku, ia boleh mendatangkan komplikasi kepada bayi seperti masalah kekurangan darah (anemia) yang teruk.
Ezad Lazim
Ezad setia menemani isterinya yang ditahan di Hospital Ampang.
Hampir 90 peratus perempuan Asia memiliki Rh positif, manakala hanya dua peratus perempuan Melayu dikesan memiliki Rh negatif.
Dalam perkembangan sama, Ezad berkata, isterinya menyedari air ketubannya pecah pada Selasa lalu dan telah pergi ke klinik untuk melakukan pemeriksaan.
Jelas Ezad, doktor di klinik berkenaan telah merujuk kes ke Hospital Ampang kerana bimbang kandungan isterinya mengalami masalah walaupun belum masa untuk bersalin.
“Pada mulanya saya dan isteri tidak terlalu bimbang kerana ingatkan ia perkara biasa bagi wanita mengandung namun apabila dirujuk ke hospital barulah kami mengetahui keadaan itu boleh membahayakan,” katanya.
Sementara itu, Ezad berkata, isterinya kini berada dalam keadaan stabil dan doktor telah memberi suntikan untuk mengelakkan kelahiran pra-matang memandangkan usia kandungan wanita berkenaan baharu sahaja mencecah tujuh bulan.
Nor Azeana dijangka bersalin anak pertama mereka pada Disember depan.
Ezad dan Nor Azeana iaitu wanita yang dipilih oleh ibunya telah bernikah pada 30 Mac lalu. - mStar Online
Diana Amir
PUTRAJAYA – Pelakon Diana Amir sah bergelar isteri kepada Mohd Habibbullah A Rahman, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat.
Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid berkenaan iaitu Hazaruddin Baharuddin.
Pengantin perempuan diwalikan oleh bapanya sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.
Pada majlis itu Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 27, turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, senaskhah Al-Quran dan cincin.
Kedua-dua belah pihak tidak menyediakan sebarang hantaran pada majlis tersebut.
Pasangan tersebut sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon berkenaan.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.
Turut kelihatan adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), David Teo dan beberapa rakan artis seperti Irma Hasmie, Heliza, Adam Corrie, Anita Baharom dan Yatt Hamzah.
Satu majlis doa selamat, khatam Al-Quran dan berinai telah berlangsung secara tertutup di Wisma Metrowealth pada Khamis lalu yang dihadiri ahli keluarga terdekat dan sahabat andai.
Dalam pada itu, Diana yang anggun dengan busana rekaan pereka fesyen Ezuwan Ismail berkata, dia bersyukur dan lega kerana majlis berkenaan berjalan lancar seperti dirancang.
“Alhamdulillah majlis berlangsung seperti dirancang dalam suasana cukup sederhana dan seperti pasangan lain kami berharap perkahwinan ini akan dilimpahi berkat dan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat,” katanya.
Diana dan suaminya belum menetapkan lokasi bulan madu mereka ekoran kesibukan jadual kerja masing-masing. – mStar Online
81365675603_295x200

BUKIT MERTAJAM –  Tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Jumaat atas pertuduhan membuli seorang rakan mereka pada awal bulan Mac lepas.
Kesemua pelajar berusia 15 tahun dan baru selesai menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Norzafirah Mohamed Ali.
Nurzafirah membenarkan setiap pelajar diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 November depan untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah pada 2.25 petang 4 Mac lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain manakala kesemua pelajar tidak diwakili peguam.
Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan klip video berdurasi seminit 32 saat yang tersebar di laman sosial YouTube, memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di sebuah bilik. -BERNAMA
Bogota – Seorang wanita Colombia ditahan kerana menjual dara 12 anak perempuannya, masing-masing dengan harga £125 (RM632).


Margarita de Jesus Zapata Moreno, 45, ditahan di Bogota awal minggu ini selepas seorang daripada anak perempuanya itu yang kini berusia 16 tahun hamil, kata polis.
Remaja itu berang selepas ibunya mengarahkan dia menggugurkan kandungannya.
Seorang lelaki dikenali sebagai Tito Cornelio Daza, 51, yang dilaporkan bapa kepada bayi dalam kandungan remaja terbabit turut ditahan.
Rangkaian televisyen Univision melaporkan Margarita yang mempunyai 14 anak semuanya akan menjual dara mereka sebaik masing-masing mencecah usia 12 tahun.
Dia kemudian memaksa anak-anaknya melacur diri bagi membayar bil kemudahan awam di kediamana mereka.
“Ia sungguh menyedihkan apabila seorang ibu sanggup melakukan demikian,” kata ketua polis Carlos Melendez yang menyiasat kejadian itu kepada wartawan.
“Si ibu mempunyai hubungan dengan pegawai tinggi, tetapi dia memperdaya lelaki lain agar berasmara dengan anaknya apabila mereka berusia 12 tahun,” katanya.
Margarita yang menafikan dakwaan terhadapnya berdepan hukuman penjara 10 tahun jika disabitkan bersalah.
Dia kini ditahan di penjara El Buen Pastro, manakala Daza ditahan di penjara Modelo.
Kedua-duanya dituduh mendera kanak-kanak bawah 14 tahun, selain turut memaksa mereka melacur.
Dua lagi anaknya iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan budak perempuan berusia sembilan tahun, bagaimanapun tidak menjadi pekerja seks dan kini di bawah jagaan petugas khidmat sosial.
Anak perempuannya yang membuat laporan terhadap ibunya kini menerima bantuan psikologi dari Institut Kebajikan Keluarga Colombia. – Agensi
Kesha

PETALING JAYA – Livescape Sdn Bhd iaitu penganjur konsert artis rap Amerika Syarikat, Kesha (Ke$ha) mendakwa kerugian lebih RM1 juta apabila Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) tidak meluluskan permit konsert berkenaan kurang 36 jam sebelum acara berlangsung.
Konsert yang diberi nama Kesha Warrior Tour itu sepatutnya diadakan di Stadium Negara dekat sini pada Sabtu pukul 8.30 malam.
Livescape dalam satu kenyataannya kepada media pada Jumaat malam berkata, pihaknya amat kesal kerana permohonan permit yang dikemukakan pada 10 September lalu ditolak pada saat-saat akhir.
“Kami kesal kerana surat permohonan menolak permohonan kosnert berkenaan hanya diterima pada pukul 11.24 pagi ini (Jumaat) bersama dua lagi surat yang sama bertarikh 1 Oktober dan 18 Oktober lalu.
“Pada masa kenyataan ini ditulis, kami masih belum menerima penjelasan rasmi kenapa konsert berkenaan tidak dibenarkan,” kata kenyataan itu kepada mStar Online.
Sebagai penganjur yang berpengalaman mengendalikan lebih 100 konsert antarabangsa, Livescape Sdn Bhd berkata pihaknya sudah mengemukakan pelbagai dokumen dan bersedia mematuhi segala garis panduan pertunjukan artis luar yang disyaratkan oleh Puspal.
Malah katanya pihak Kesha juga telah bersetuju untuk mengadakan persembahan bersesuaian dengan budaya negara ini selain menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia.
“Ia termasuklah kesanggupan Kesha membuat perubahan kepada lirik lagunya, pertukaran kepada almari pakaian serta mengubah beberapa peraturan tertentu sebagai menghormati garis panduan ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.
Ujar kenyataan itu lagi, pembatalan konsert pada saat-saat akhir mendedahkan promoter pertunjukan kepada kerugian yang tinggi walaupun pihaknya berhasrat untuk membantu negara dalam mempromosikan negara sebagai destinasi muzik ‘live’ berdaya maju selain kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.
Berikutan itu katanya, pihak penganjur akan membayar balik harga tiket yang dibeli penonton termasuklah menawarkan bayaran balik perjalanan kepada mereka dengan syarat-syarat tertentu akibat pembatalan konsert berkenaan.
Orang ramai boleh melayari www.facebook.com/livescapeasia untuk maklumat lanjut.
Kesha atau nama sebenarnya Kesha Rose Sebert, 26, terkenal dengan imej seksinya ketika membuat persembahan. – mStar Online
KMC Medical
NEW DELHI – Pelajar perubatan tahun pertama dari Sabah, Arnaz V Malitam, 20, meninggal dunia akibat masalah pernafasan atau “cardio respiratory arrest” di Mangalore, Karnataka.
Arnaz, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di KMC Medical College di Mangalore, tidak sihat sejak sekian lama dan dimasukkan ke sebuah hospital setempat.
Beliau meninggal dunia pada petang semalam.
Ibu bapa pelajar itu sudah berada di Mangalore.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Konsul Jeneral di Chennai membantu mereka dalam urusan untuk membawa pulang jenazah pelajar itu pulang ke Malaysia. – BERNAMA